Jump to content
zeeron1ty

Usahawan Kafe Siber

Recommended Posts

hurm.. cun gak kalau sumer owner cc upload gambar cc masing2.. atleast bleh tukar2 idea.. nanti nak upload gak ar gambar cc aku.. korang yang ada cc pon upload la skali..

Share this post


Link to post
Share on other sites

hiasan luar tu dah ok.

cuma kena touch-up skit bahagian dalaman.

PC pun kena power skit

erm.. kat bahagian luar tu saya rasa ada masalah skit la.

kat 2nd floor kan?

biasanya premis kat 2nd floor orang terlepas pandang atau malas nak jengok..

contohnya kat bangunan PKNP jalan besar, kuantan.

kedai kat ground floor lebih maju. kat 2nd floor plak macam nyawa-nyawa ikan je.

banyak premis dah mula kosong.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ermm.... kebanyakan customer budak2 nk main game kan?

nmpknye ko kena blaja tarik cutomer lebih dewasa kot. aku cadangkan ko mahirkan diri buat duit melalui tenet cam adsense ke dsbnye, pastu ajr customer buat camtu utk make sure ade customer tetap yg akan wajib online utk kemaskini program tenet tu.

sbb aku pon ade gak bace program pasang iklan tu tp x reti nk buat. klu ade cc yg buat sket tutorial suke aku dtg.

juz pendapat aku la...

klu nk buat la2 klasik pon no nedd klu customer majoriti remaja2 sbb diorg bukan pentingkan sgt pasal tu. pentingkan game jek.

tp better slalu ubahsuai suasana la kot menarik.

cam kat cc mentakab dulu ade cc yg slalu ubah kedudukan pc. kdg2 memanjang cam ko ni, kdg2 bulat. pastu die slalu buat cam suasana kat hotel.

Share this post


Link to post
Share on other sites

a'kum semua

aku baru jer register kat sini,itu pun aku nak dapat maklumat tentang cc kena ambil lesen hiburan,bagaimana dengan tempat koorang...

aku terpanggil untuk nak bagi info kat sapa-sapa nak buka cybercafe atau cc..

sebenarnya aku dah buka cc dari tahun 2002...cc aku kat kulim.kedah ( dekat dengan politeknik kulim )

dalam bulan mac 2007 semua pengusaha cc kat kulim nie dikejutkan dengan lesen hiburan,kalau nak buka cc kena ada lesen hiburan,walaupun kita buat perkhidmatan menyewa komputer,internet,print,kepada budak-budak poli/u yang nak buat kerja.

lesen kalau murah tak apa ,ini sampai RM18000 setahun...aku buat 10 biji saja...mak oooi mahall...aku cuba pergi penang tanya MPSP,MPPP tentang lesen cc nie,dia orang kata lesen cc bagi negeri pulau pinang dibekukan.

aku cuba apply lesen hiburan kat pejabat daerah kulim tapi untuk buat games saja,sebiji pc rm200 untuk setahun. 4 ahli jawatankuasa akan mai tengok kedai dan bincang nak bagi lesen atau tidak.sekarang nie dalam proses...

orang dari majlis,bomba,POLIS d7,pej.daerah dan pej,tenaga kerja

pekara nie aku ingat satu malaysia....

sapa yang nak buat cc tu cuba pie tanya dulu sebelum buat,jgn jadi macam aku dilema..

aku rasa

disini ada link bahas dalam parlimen bab cybercafes

http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-12042006.pdf

http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-23-10-2001.pdf

Share this post


Link to post
Share on other sites

hiasan luar tu dah ok.

erm.. kat bahagian luar tu saya rasa ada masalah skit la.

kat 2nd floor kan?

biasanya premis kat 2nd floor orang terlepas pandang atau malas nak jengok..

contohnya kat bangunan PKNP jalan besar, kuantan.

kedai kat ground floor lebih maju. kat 2nd floor plak macam nyawa-nyawa ikan je.

banyak premis dah mula kosong.

kalau kita dah masuk bidang bisness nie...kena ingat rezeki pasti ada...

cc aku pun kat tingkat 2 juga....aku buka tahun 2002 sampai sekarang..alhamdulillah....

bersabar...dan maintain...jer....jangan bagi tutup...

tapi kat tempat aku sekarang dilema lesen pula.....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ini kes yg disebabkan oleh PUSAT JUDI yg menyamar menjadi PUSAT KOMPUTER BERINTERNET. Perkara ini aku dah dedahkan dulu. Semak thread yg aku buat tu. DIsebabkan oleh PUSAT JUDI inilah, pusat komputer berinternet yg tulen menjadi sasaran. Percaya atau tidak, 100% tauke nye adalah org C.

Esok aku nak turun DBKL. aku akan tanya satu persatu BUAT KE RIBUAN kalinya. ^_^ Aku akan tolong dapatkan KENYATAAN BERTULIS daripada DBKL berkenaan status PUSAT KOMPUTER BERINTERNET.

Doakan agar aku berjaya.

----------------

Menerusi apa yg aku baca pada link yg apekpc bagi, aku tidak yakin PBT boleh melaksanakannya. Kerana, setiap undang-undang perlu melalui proses yg sulit lagi menyulitkan. AKu pun lupa. Selagi tidak diwartakan, selagi tu TAK BOLEH DIKUATKUASAKAN.

Wassalam.

Edited by xdsl

Share this post


Link to post
Share on other sites

xdsl... cc ko tingkat 2 kan..tp jenis bangunan ada koridor depan yer... bukan yg naik tangga then terus pintu kedai...

Share this post


Link to post
Share on other sites

@sawi :

tempat ni asalnya pemaju plan utk buat ALA commercial area mcm kompleks membeli belah dan terbelah...kekeke

tempat aku ni ada LIF. ^_^ sesapa nk datang, leh lar datang...kekekeke cc tak cantik.

Share this post


Link to post
Share on other sites

YOSH! Ittadakismas!! Kohkhohkohkhokhokhohkoh...

Sori geng, baru balik bercuti... wahahahahaha.. Sapa yg nak makan sate sila la datang, takat sate boleh ajer, kalu awek cun, tengok je boleh la.. ekekekke.. Tapi tempat aku ni orang keyhel kata tempat jin bertendang, mau ke korang datang? :lol:

Dan pasal pc tu pulak, spec yg aku taip tu ada 30 bijik, 20 bijik dah pasang, 10 bijik lagi aku tengah tunggu pc lama aku buyer amik. Masalahnya deal ngan buyer kalu tak amik deposit gini la selalu jadi. Spec macam bawah ni:

AMD X2 3800+

19" ACER WIDE SCREEN

160GB SATA HDD

1GB DDR2 667

7900GS 512MB 256BIT ===> 30 bijik, 10 standyby..

AXP 2200+

512MB DDR333

17" PHILLIPS CRT

80GB HDD

64 GF4MX440SE ===> 20 bijik

AXP 2600+

512MB DDR333

17" PHILLIPS CRT

80GB HDD

128MB ATI GC ===> 6 bijik

INTEL P4 1.8GHZ

80GB HDD

17" PHILLIPS CRT

128 ATI GC

512MB DDR333 ===> 12 bijik

Tapi pc lama lama aku ni, aku dah standby utk let go kat cc kenkawan aku kat tempat aku ni, tunggu derang angkut je ni.

Pasal persaingan tu, mmg aku tak leh nak cakap apa la, mmg kat sini pom teruk jugak. Dan pasal cc tingkat atas tu pulak, cc aku ni mmg kat tingkat 1, ground floor tak der kosong kat tempat ni, so kena buat kat atas. Lagi pom kat atas sewa dia murah sket, dlm rm1.2k je, kalu bawah dlm rm3k-4.5k Tapi advantage mmg pada ground floor la..

Pasal kastemer pulak, korang tau la, memacam manusia dlm dunia ni. Tak leh nak nak kata kalu dia pakai kopiah dia ok, kalu bogel dia teruk. Kalu bab duit ni, mmg sesapa pom jadi pening, walaupom duit tu tak sebanyak mana. Baru ni ada kes kat aku ni, ada seko baboon ni, dia guna pc 20 minit, lepas tu staff aku caj RM1, dia tak puas hati, TERANIAYA katanya, sedangkan kat pintu tu dah terang terang tulis MINIMA RM1.00 Dua hari berturut-turut dia datang kedai aku nak mintak singgit dia, nasib baik aku tak der masa dia datang, kalu tak aku suh buat repot polis je.. KHohkohkohkhokhokhohkohkho.. Itu siap kunun nak repot kat jabatan pe kejadah la mamat tu.. Mmg nak berniaga ni kita kena berlembut dan tegas dlm masa yg sama, berkeras pada tempatnya, dan jadi samseng bila kita terpaksa jadi samseng. Kalu kita lembut, lembik, mmg kena pijak pijak la kita...

Dan pasal lesen hiburan tu, kat tempat aku ni tak der ura ura lagi. Setakat ni ok lagi, yg jadi masalah kat sini, kalu kaum tu bukak cc je mesti ada judi. Bukak je mesti ada judi. Agaknya kalu tak berjudi tak sah kut derang ni. Sini dah 2-3 cc kaum tu dah kena angkut dah.. Setakat ni cc aku dah biasa kena raid, kena test urine apa semua, tapi alhamdulillah, semua ok, tak buat salah buat apa takut.

Dan pasal kaum mak bapak yg serang cc tu pulak. Ko tulis kat depan cc tu, antara syarat dia, kanak kanak tak dibenarkan masuk tanpa kebenaran/pengawasan ibu/bapa/penjaga. Kalu masuk jugak kita tuduh dia menceroboh premis kita. Jadi kalu ada bapak bapak yg berlagak datang nak ligan nak sepah cc korang, korang tunjuk syarat tu kat dia, cakap kat dia, dengan dia dia sekali korang tuduh menceroboh nnti. Biasa la tu, kat sini pom, aku dah berapa puluh kali kena, tapi kalu masa tu aku yg jaga, aku cakap la kat dia, aku tak penah paksa anak dia guna, tak penah paksa anak dia masuk dan tak penah goda pom suh anak dia masuk. Jadi kalu dia berlagak sangat, aku cakap, lain kali anak dia masuk, aku akan terus kol polis, biarkan dia deal ngan polis. Setakat ni bapak bapak kat sini reti bahasa sket la lepas aku cakap camtu. Kalau tak sibuk nak menyalahkan cc je.

Aku penah masuk PBT kat tempat aku ni dulu. Citer ni dah 4 tahun lepas la, kira mamat ni salah sorang yg luluskan premit/lesen niaga la. Dia kata kat aku cc + internet ni benda lagha je, benda yg kita guna utk buat layan blue dan ceting je. AKu cakap balik kat dia, benda tu yg dia buat, benda tu je la yg dia tau! khohkohkhokhohkoh... Lepas 4 bulan, aku dapat lesen! Ahahahaha.. Serupa la jugak ada bomba + polis yg datang cek cc aku, dia kata cc ni patut tutup, sebab menggalakkan orang tengok blue, layari laman lucah. Jadi aku cakap kat dia, kenapa kita tak robohkan je jalan yg kita buat sebab ramai bebudak merempit/lumba haram? Kenapa tak haramkan je kereta sebab ramai orang buat pojek dlm kete? Kenapa tak robohkan je hotel sebab ramai orang buat maksiat kat dlm tu? Derang diam je...

Ini benda biasa yg kita akan jumpa kalu berniaga cc ni, benda benda negatif terlampau banyak dlm otak orang2 kita, sebab tu kita payah nak maju. Banyak sangat halangan/benda benda remeh temeh yg orang kita duk kecoh. Padahal benda benda postif yg perlu derang tak kecoh pom.

Apapom, bagi aku, aku tak der benda lain nak harap kat dunia ni, jadi aku yakin dan amat yakin, Tuhan aku tahu apa aku buat. Jadi aku buat je apa yg perlu dibuat, bolayan je apa akan jadi, sebab yg akan datang akan datang, kita kat sini buat je apa yg terbaik. Dan kalu kita tak bernasib baik, anggap je tu semua dugaan dari Tuhan.

Tak semua yg kita dapat tu totally hak kita. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

xdsl..skarang ko ada 2 plan..

1..pindah tempat baru...

2..kekal di mana ko berada sekarang dan buat perubahan pada cc

kalau pindah..kena kira segala costing... deposit kedai baru...nak renovate kedai baru..wiring socket...network... lori angkut barang...brp hari cc kena tutup...cat...or apa2 sajalah kos yg mungkin perlu di ambil kira...

kalau tak pindah...

kekal tempat sekarang... kena buat perubahan dari sudut pandangan luar...n maybe sususan dalaman...

buat decoration kat luar... utk dalam, tak semestinya tukar perabut..pc... buat permulaan boleh buat cc tu nampak lain n lebih cool dgn tukar cat... cat tak mahal sgt... cat beberapa ton warna... maybe separuh dinding warna lain..separuh warna lain..n guna plak cat lain warna utk bhgn kaunter...bhgn pc2 customer... tp kena pandai padankan warna..kalau tak nanti dlm cc nampak panas/tak ceria... selain cat... ubahsuai susunan pun blh nampakkan cc tu ada tenaga baru... jgn lupa...lantai pun main peranan.. kalau pakai tikar getah..tukar lain corak... kalau karpet..maybe kos tinggi nak tkr kan..biar la dulu...

then but flyer..pamplet... edarkan... bgtau apa kelebihan cc anda... tp kalau cc bawah tu mmg segala-gala kelebihan dia ada...kita takleh la tipu apa kita tak ada kan...so maybe boleh buat service yg kedai bawah tak ada buat... kalau dia tak buat printing..ko buat tawaran ttg pelbagai service printing...tawaran harga kalau print banyak..atau half price kalau nak print draft..or apa2 la yg logik... service scan gambar + tlg edit... maknanya ko blh buat mcm iklan di flyers...dan letakkan details service n caj di cc... cth : kalau buat scan saja brp RM?..kalau nak tlg edit brp RM?,,kalau ko pandai photo editing..blh buat service touch up gambar/..buat frame kat gambar ke... budak2 yg main myspace..friendster mesti suka nak bg gmbr2 cun..ada frame ke...

blh jgk buat service print gambar dr digital camera... guna glossy paper...photo paper... kalau dkt2 situ tak ada banyak kedai gambar lg cerah peluang... tp kena ada printer yg sesuai...kalau tak nnt kos dakwat printer plak tak tahan...

n many more business plan blh dicadang n rancang...tp bergantung pada keadaan tempat n customer yg ada di sekitar kawasan...

kalau tmpt ramai student kolej.. 'u'..kadang2 dia org ni nk guna pc utk typing assignment, search bahan2 di internet + sikit2 bukak myspace/friendster...so mesti nak cari cc yg tenang2...tak ada hiruk pikuk bising budak2 main game..budak2 memekak...n paling penting pc2 yg selamat, tak ada risiko virus... yg ni boleh buat tarikan utk salah satu service..cc yg aman damai...atau boleh bahagikan cc pada 2 bahagian..belakang utk budak2 memekak...depan utk typing..surfing..

tapi ni semua sekadar cadangan aku jer...antara pindah atau tak.. kadang2 pindah tu nampak mcm mudah...tp tanpa disedari amat menyeksakan disebaliknya...kecuali pasaran di tempat baru mmg baik...so berhabisan modal utk pindah mmg berbaloi...tp utk berapa lama..maybe lps satu2 tempoh..datang lagi pesaing bukak cc ditempat sama...so kembali masalah lama...takkan nak pindah lagi kot...

Edited by sawi

Share this post


Link to post
Share on other sites

cc aku kt area kepong..dkt ngan twintech..kwsan flat..tapi byk student yg menyewa kt flat nih..bab modal tuh, bgantung pd spec pc2 ko..mcm aku, estimed kn 1 pc = 2k..so 20 pc = 40k..tp spec medium..kira stkat nk men game2 baru nih, bleh lh..yg pnting ram kena power..kalu bleh, sumer pc ko, pakai ram 1 GB..senang di kemudian hari nnt..bab renovate plak, bgantung pada cara ko design cc ko tu..mcm aku, abis gak lah dlm 25k..tmasuk furniture, renovation, cat, plaster ceiling, wiring..n sumer skali lah..so, budget aku lebih kurang 70k gak lah..tmasuk ngan office equipment..

"byk lagi problem klo dah kita orng melayu meniaga ni.."

betul2..sokong 100 peratus..aku dah kena..tapi, yg penting, kita kena tabah..rezeki x kan datang bergolek kalu ati x tabah..anggap tu sumer ujian dari Allah..

hehe..nk tgelak plak..kes ko same mcm aku..ari ptama mmg kureng sket..rasa nk down jer..masuk ari ke-2 n ke-3, dh ok sket..promotion cane ko buat? mcm aku, promotion, gantung banner, tertulis; 2 minggu pertama, RM1/jam. by da way tahniah kat ko..aku ske anak-anak bangsa aku mencebur bisnes dlm bidang it nih..kita buktikn bangsa kita pun boleh..insyallah..

.

ye aku sokong....aku pon ada berangan-angan nak bukak cc nih.....sekarang masih belajar selok belok nak bukaka cc...thread ni memang berguna...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam,

Ni laporan aku pergi ke DBKL.

Waktu : 8:50pagi ~ 9:15pagi

TARIKH : 3 MEI 2007

Tempat : Menara DBKL 2, Jln Raja Abdullah (dekat Kampung Baru)

Aku sampai ke tingkat 10 setelah meninggalkan IC pada kaunter masuk pelawat. Kemudian, aku tekan nombor untuk pertanyaan tentang lesen. Tingkat 10 adalah tempat JABATAN PERLESENAN. Berikut adalah nombor giliran aku:

dbkl4au4.th.jpg

Setelah itu, aku dipanggil menerusi nombor. Aku pun pergi. Yg incharge ni nampak alim, seorang yg bertudung labuh, muka ayu, Puan ni aku respect. AKu bagi salam. Dia jawab salam. Aku terus mengeluarkan lesen premis aku yg Kafe Siber, seperti mana gambar di bawah:

dbkllesenhm2.th.jpg

Kemudian, aku membuka bicara. AKu mengatakan, aku faham dan sedar bahawasanya, lesen premis untuk KAFE SIBER / CYBER CAFE telah DIBEKUKAN. Aku terus melanjutkan cerita aku dengan mengatakan, aku ingin berpindah. Dan aku faham, tak boleh dibawa Lesen Premis aku yg atas tu, ke tempat baru aku. Jadi, aku bertanya kepada dia, boleh tak aku bukak Pusat Komputer Berinternet. Terus dia kata, BOLEH....... Tapi, jgn letak BERINTERNET. letak terus Pusat Internet. NO HAL.

Aku terus tersenyum lebar buat jutaan kalinya. Aku meneruskan soalan aku. "Nak kena dapatkan lesen premis tak". Puan tu jawab "Tak perlu. Tak perlu. Awak cuma perlukan SSM jer.". Aku tanya lagi "alhamdulillah, sy dah daftar SSM tapi Enterprise jer. Di bawah nama Aznetic Network.". Puan tu kata "Boleh... TAPI, JANGAN JUAL MAKANAN DALAM TU. SEBAB, KALAU AWK JUAL, AWAK DIKIRA SEBAGAI KAFE. Yg ada hanyalah komputer, boleh surf internet dan lain-lain (games, office, dll)".

Jadi, aku pun meneruskan perbincangan dengan Puan tu. Puan tu nasihatkan aku ambil borang lesen papan tanda. Kemudian aku tanya, aku nak jual barang2 komputer. Puan tu terus sahut, "awak kena ambil lesen perniagaan". Aku BLURRRRRRRRRR... Puan tu kata "awak ambil borang nih (lesen premis), untuk kedai yg jual @ servis pc, kena daftarkan perniagaan mereka. Awk ambil dan isi. Buat masa ni, untuk kemudahan awk, awk hantarkan lesen papan tanda dulu. Kmudian, baru buat lesen perniagaan utk Penjualan Brg2 komputer. Dlm SSM awk ada isikan tak?". Aku jawab, "ada... saya letak Pusat Komputer Berinternet, Menjual dan Servis barangan ICT, dan alat tulis".

Berikut aku sertakan borang dan resit bayaran. satu borang RM 1. Total RM 2.

BORANG LESEN PAPAN TANDA : dbkl1gs4.th.jpg

BORANG LESEN PERNIAGAAN : dbkl2ft7.th.jpg

RESIT BAYARAN : dbkl3rq6.th.jpg

Aku pun ucapkan jutaan terima kasih kepada Puan tu atas layan berhemah dia.

Kesimpulan :

Apa yg aku dpt menerusi perbincangan aku dengan ORG YANG LAYAK DIBICARA perihal lesen melesen ni, maka aku dapat menyimpulkan : CYBER CAFE adalah TIDAK SAMA dengan PUSAT INTERNET/PUSAT KOMPUTER BERINTERNET. DAN, PUSAT KOMPUTER BERINTERNET YG MENJUAL KOMPUTER/ALAT2 GANTI, PERLU MENDAPATKAN LESEN PERNIAGAAN. MAKA, DENGAN INI, PBT DI KUALA LUMPUR YAKNI DBKL, TELAH MENGIKUT LUNAS UNDANG-UNDANG. KERANA TIDAK DIWARTAKAN PADA SEBARANG UNDANG-UNDANG MAHUPUN AKTA PERIHAL CYBER CENTER/CYBER CAFE PERLU DIMASUKKAN KE DALAM SENARAI PUSAT HIBURAN.

Aku dengan beraninya, menyarakan kepada sekawanan taukey cc yg lain agar tidak gentar dengan "ugutan" PBT lain. Tampilkan diri anda demi memperjuangankan KEBENARAN. Kononnya, telah diwartakan pada tahun 1992. Ini semua mengarut. SEKIRANYA TELAH DIWARTAKAN, MENGAPA DUA ORANG AHLI PARLIMEN YG TELAH MENJADI SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN pada penggal yang berbeza, telah MEMPERTAHANKAN KEWUJUDAN PUSAT SIBER DAN CYBER CAFE????. Itulah persoalan yg berlegar di pikiran aku.

-------------------------------------

Sekarang aku meneruskan perjuangan aku. Aku nak pergi ke kedai yg bakal disewa utk ngorat tuan punya kedai pulak.

Sekian dulu laporan aku,

Zafir a.k.a. xDSL

Edited by xdsl

Share this post


Link to post
Share on other sites

@X-Group

Tak tau gak.... kena tengok kira-kira. ^_^ kalau lari budget...mampuih aku... hahaha

Aku cuma rasa sedikit terkilan apb ada pbt yg bersikap "poyo".

Share this post


Link to post
Share on other sites

@X-Group

Tak tau gak.... kena tengok kira-kira. ^_^ kalau lari budget...mampuih aku... hahaha

Aku cuma rasa sedikit terkilan apb ada pbt yg bersikap "poyo".

pbt kat aku x bayak masalah..

bayar RM160 setahun..

semua boleh buat (berkaitan komputer lah)..

Share this post


Link to post
Share on other sites

pbt kat aku x bayak masalah..

bayar RM160 setahun..

semua boleh buat (berkaitan komputer lah)..

mana punya PBT yg baik hati sgt ni... :blush:

Share this post


Link to post
Share on other sites

hohooo...

tahniah kepada XDSL.

baguih la hang.

saya respect la sama kamu.

tapi lain padang lain belalang kan...

kalau PBT kat area temerloh...

dulu aku ada pi tanya pasal lesen CC.

aku saja gatal-gatal tangan nak tanya pasal lesen CC

walaupun aku bukan nak buka CC pun (aku still diploma student kat poly)

bila aku tanya pasal lesen Pusat Komputer dan Internet... tau ak apa yang orang kat bahagian perlesenan tu kata..

TAK BOLEH!!!!!!!! SEBAB LESEN CC DAH DIBEKUKAN.

aku kata la bukan nak buka cc tapi nak buka pusat komputer dan internet.

dia kata la apa saja yang berkaitan perniagaan sewa komputer yang ada internet dikategorikan sebagai "CYBER CAFE"

puas aku terangkan kat diorang yang cyber cafe ngan pusat komputer dan internet tu lain definisi dia.

namun orang tu yang "JENIS JARANG MEMBACA" tetap definisikan sebagai cyber cafe.

apa la bodoh betul.. aku dulu darjah 1 pun dah tau apa makna "CAFE".

Share this post


Link to post
Share on other sites

hohooo...

tahniah kepada XDSL.

baguih la hang.

saya respect la sama kamu.

tapi lain padang lain belalang kan...

kalau PBT kat area temerloh...

dulu aku ada pi tanya pasal lesen CC.

aku saja gatal-gatal tangan nak tanya pasal lesen CC

walaupun aku bukan nak buka CC pun (aku still diploma student kat poly)

bila aku tanya pasal lesen Pusat Komputer dan Internet... tau ak apa yang orang kat bahagian perlesenan tu kata..

TAK BOLEH!!!!!!!! SEBAB LESEN CC DAH DIBEKUKAN.

aku kata la bukan nak buka cc tapi nak buka pusat komputer dan internet.

dia kata la apa saja yang berkaitan perniagaan sewa komputer yang ada internet dikategorikan sebagai "CYBER CAFE"

puas aku terangkan kat diorang yang cyber cafe ngan pusat komputer dan internet tu lain definisi dia.

namun orang tu yang "JENIS JARANG MEMBACA" tetap definisikan sebagai cyber cafe.

apa la bodoh betul.. aku dulu darjah 1 pun dah tau apa makna "CAFE".

hahaha... sian aok yek pidos. tu pegawai jenih babir tuh.

xpe la. try kat kuantan plak. kat temerloh market x brp memberangsangkan sgt.

Share this post


Link to post
Share on other sites

malas la..

bukannya nak buka CC pun

dulu ada la angan-angan nak buka CC bila tamat diploma poly nanti.

minat u mmg ada... tapi sekadar minat nat tau selok belok bisnes CC je...

rasanya cuma teruja je kot.

mybe terpengaruh bila banyak sgt baca topik ttg CC nih.. huhuuu.... :lol:

masa pi MPT dulu pun kebetulan lalu kat area tu dan ada rasa ingin tau betul ke lesen CC dibekukan.

dapat diploma poly nanti nak cari kerja sambilan dlu.

pastu ambik MUET lagi untuk baiki BAND.

pastu cuba apply UTM (guna saluran melalui JKM).

lepas dapat ijazah mintak keja ngan GOV .. income terjamin B)

Edited by pidos

Share this post


Link to post
Share on other sites

malas la..

bukannya nak buka CC pun

dulu ada la angan-angan nak buka CC bila tamat diploma poly nanti.

minat u mmg ada... tapi sekadar minat nat tau selok belok bisnes CC je...

rasanya cuma teruja je kot.

mybe terpengaruh bila banyak sgt baca topik ttg CC nih.. huhuuu.... :lol:

masa pi MPT dulu pun kebetulan lalu kat area tu dan ada rasa ingin tau betul ke lesen CC dibekukan.

dapat diploma poly nanti nak cari kerja sambilan dlu.

pastu ambik MUET lagi untuk baiki BAND.

pastu cuba apply UTM (guna saluran melalui JKM).

lepas dapat ijazah mintak keja ngan GOV .. income terjamin B)

x pon bukak kedai henset. polisas ade brp kapasiti student...? koi(aku) tgh buat market research ni.

keje GOV dunia jek terjamin, akhirat jage2 la. (kalau terikut budaya curik tulang = rezeki x berkat) :rolleyes: kena jage2 tuuuu...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...