Jump to content
matalikola

Beep Error

Recommended Posts

Assalamu'alaikum................

"Maap tajuk lain sikit"

Sipnosis:......

1) Buka CPU ganti kipas dan pasang satu lagi kipas.

Punya "ngong" (sendiri lah ni) atau terlalu excited nak dengar kipas bunyi...........

2) Hook up power ke cpu dan ON kan....(hanya power ke cpu)

3) OFF power......(dah syok dengar kipas nyi)

4) Hook up saperti 'normal'

5) ON kan..............

(a) Power indicator nyala

(B) Activity indicator pun nyala....

© Monitor tak nyala......tak de signal dari cpu untuk dia nak nyala

(d) Hard disc sesekali bunyi..."serek2"..activity indicator terus nyala tak padam2..sampai kita padamkan.."OFF_KAN"

(e) Disamping tu....cpu speaker sesekali bunyi..."pet..pot"....(tu yang kata kentut2 mati...sebab tak leh initialize......

Sekarang apa ana bolih bikin?????? harapkan ANTA semua bagi KHIDMAT NASIHAT yg sangat x2 di perlukan bagi menghidupkan system ana.

Harap kan pertolangan nak start System macam mana?

Edited by zer0Nehza

Share this post


Link to post
Share on other sites

kasi spec poser supply ko pastu ko nyer cpu spec....susah nak g tau cam ni ....kan apa takut power supply ko x cukup power nak support semua lam cpu ko tu jer.,.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Power supply tu ngam kite cuma tambah satu kipas jeee.

Power 300 w.....

Guna 2 HD

2 cd dan dvd RW

Sabelum ni tak de apa2...

Connection dah CHECK..OK belaka.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Dah reset CMOS

sama juga.........

System HangUp....lansung tak initialize......bunyi....ada put...lama sikit pet.......tiga kali ...senyap.

HD activity light nyala...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bunyi BEEP pada motherboard komputer anda.

Terdapat beberapa jenis modul / model BIOS (basic input output system) pada motherboard anda. Pernahkah atau mungkin anda pernah mendegar bunyi BEEP pada komputer anda sewaktu masa menghidupkan / onkan komputer anda? Jika anda pernah mendengar bunyi BEEP, bagaimana pula anda mahu mentafsir bunyi BEEP tersebut? Di bawah ini saya sertakan beberapa jenis model BIOS yang popular.

AMI BIOS

1. Bunyi BEEP hanya sekali sahaja.

Kemungkinan RAM (random access memory) mempunyai masalah atau pun

tidak dipasang dengan betul.

2. BEEP sebanyak enam kali

Kemungkinan keyboard / papan kekunci anda sudah rosak atau tidak dipasangkan

dengan betul pada p/s2 port atau USB port.

3. BEEP sebanyak lapan kali

Kemungkinan VGA (Video Graphics Array) kad atau pun graphic card anda

mengalami masalah atau pun tidak dipasang dengan betul.

4. BEEP sebanyak 11 kali

Checksum Error iaitu melibatkan bateri CMOS anda pada motherboard. Anda boleh

menukar bateri CMOS yang baru jika mengalami masalah ini.

Award BIOS

1. Bunyi BEEP yang panjang

Memori anda mempunyai masalah atau tidak dipasang dengan betul.

2. 1 BEEP panjang dan 2 BEEP pendek

VGA kad atau graphic kad mempunyai masalah atau tidak dipasang dengan betul.

3. 1 BEEP panjang, 3 BEEP pendek

Kemungkinan keyboard anda bermasalah atau tidak dipasang dengan betul pada

p/s2 port atau USB port.

4. Bunyi BEEP yang berpanjangan (contiuouns BEEP)

RAM atau VGA kad anda tidak dipasang dengan betul.

Pheonix BIOS

1. 1 BEEP, 1 BEEP dan 4 BEEP

Disebabkan BIOS anda tidak berfungsi. Boleh update atau flash BIOS.

2. 1 BEEP, 2 BEEP dan 1 BEEP

Disebabkan motherboard anda yang sudah rosak.

3. 1 BEEP, 3 BEEP dan 1 BEEP

RAM anda mungkin bermasalah atau tidak dipasang dengan betul.

4. 3 BEEP, 1 BEEP dan 1 BEEP

Adalah disebabkan masalah motherboard computer anda.

5. 3 BEEP, 3 BEEP dan 4 BEEP

VGA kad atau graphic anda bermasalah atau tidak dipasang dengan betul.

Selain itu, sekiranya anda mempunyai modul BIOS yang lain, anda boleh melayari laman web http://www.bioscentral.com/

sumber: artikel aku dari inspirelab.com

Monitor blank screen.

1. Check power cable ke monitor anda.

2. Check signal cable computer anda,

3. Check power supply computer anda.

4. Check power connector ke mobotherboard anda,

5. Check RAM atau memori computer (random access memory) di motherboard anda. (Sila rujuk manual jika anda tidak tahu kedudukan RAM anda)

6. Check GC (graphic card) atau pun VGA (video graphic accelerator) computer anda. (Rujuk pada manual).

7. Check pemasangan IDE cable HDD (hard disk drive), IDE cable CDROM dan juga IDE cable floppy disk.

8. Pastikan tiada dua tau lebih VGA atau GC yang beroperasi pada satu-satu masa di computer anda. Jika ada dua atau lebih VGA yang beroperasi pada satu-satu masa, sila ke BIOS menu untuk disablekan salah satu daripada VGA itu.

9. Cuba tukar dan test dengan monitor lain dahulu.

10. Cuba tukar dan test dengan motherboard lain dahulu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

bg warning sket saper2 yg letak topik melampau2

dah la takde kaitan ngan apa yg dia tanya, bunyi p0n mcm %^*#

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sesekali gurau jangan lah marah pulak,

kan kekadang "humuor' tu bagus...lebih lagi kite pun tension gak...tiba2 comp mati.

kan detaling tu dah sebut maap kan.......maap2 le......jangan lah serious sangat.

kat mana kite leh check jenis bios....ligi pun le ni ....tak leh buat apa2 lagi

kite punya P4 generasi mula2.....1.5 g, usb pun v 1.0..agak2 jenis apa ...hak lain habis tak de dah...

Share this post


Link to post
Share on other sites

mintak maap kalo salah faham. ko ganti kipas proc ke kipas casing? rasenye kipas proc kan? kalo sebelum ni takde masalah macamni, mungkin kipas tu problem. cube tukar ngan kipas yang lain.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sesekali gurau jangan lah marah pulak,

kan kekadang "humuor' tu bagus...lebih lagi kite pun tension gak...tiba2 comp mati.

kan detaling tu dah sebut maap kan.......maap2 le......jangan lah serious sangat.

SEDARA..TOLONG TUKAR TAJUK TU..AKU SURUH TUKAR TAJUK, LETAK TAJUK YANG SESUAI SEBAB SENANG NANTI NAK DI INDEKS KAN DALAM SEARCH DATABASE FORUM NI..KALAU KO LETAK TAJUK KENTUT MACAM TU, KALAU NANTI ORANG LAIN YANG ADA MASALAH SAMA MACAM KO, CARIK DALAM SEARCH..KO INGAT BOLEH KELUAR KE TOPIK NI DALAM SEARCH RESULT..???

Share this post


Link to post
Share on other sites

cuba ko bkak balik ram...pastu pasang balik......

try one by one....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Iyelah tah apa2 la derang nih....banyak lagi bahasa/perkataan yang sesuai untuk masalah nih

Allo...starter...kasi edit la ini tajuk....geligeman ana nak baca....hilang semangat or atau saje nak buat lawak kat sini.

Share this post


Link to post
Share on other sites

utk matalikola :excl: ,sila tukar tajuk topik yg anda buka nii kepada yg lebih sesuai..

2. Elakkan menggunakan soalan yang merayu atau yang tidak ada kena mengena dengan soalan

Seperti, "Klik thread sini pls", "Tolong saya!!!", "Macam mana nie?", "best nie.. klik nih.." dan seumpamanya. Ini bukan sahaja menyebabkan ahli lain berasa 'malas' untuk klik soalan anda, malah kadangkala agak serabut. Oleh yang demikian, jika anda ingin membuka soalan yang baru, pilihlah satu tajuk yang mudah difahami dan user lain akan tertarik untuk membantu anda.[/code]

rujukan : tips menggunakan forum

Share this post


Link to post
Share on other sites

Rasanya inilah thread yang paling kelakar setakat nih...sejak sekian lama ana join kat putera nih...

Lepas nih jangan ada lagilah yang buat tajuk cam ni...

Share this post


Link to post
Share on other sites

kipas power unit tu apa?

kalo aku tak silap la, kipas processor kena yg low-profile jer boleh cucuk kat motherboard, takut ko nyer kipas gaban2 laju, cucuk kat mobo, tak leh support power, proc panas, sistem auto off, tu yg tak idup tu..

kalo betulla kes tu, cucuk direct ke psu la..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...