Jump to content
Sign in to follow this  
wanza

Wajarkah Poligami Diberi Ganjaran?

Recommended Posts

MB perjelas isu anugerah poligami

KUALA TERENGGANU 9 Dis. – Kerajaan Terengganu tidak bercadang memberi anugerah kepada lelaki yang berkahwin empat termasuk dengan ibu tunggal yang mempunyai anak di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh menjelaskan, beliau telah menyemak transkrip penuh ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini dan mendapati perkara itu tidak pernah disebut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal negeri, Wan Mohd. Wan Hassan.

Menurut beliau, laporan muka depan sebuah akhbar semalam yang menyatakan kerajaan Terengganu mengumumkan untuk memberi anugerah berkenaan adalah tidak benar.

‘‘Oleh itu, saya anggap tidak timbul sebarang isu berhubung perkara tersebut,†katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis Terengganu Bestari Bersama Rakan Cop di Taman Shahbandar di sini, hari ini.

Turut hadir Naib Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner 1 Acryl Sani Abdullah Sani dan beberapa exco kerajaan negeri termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia, Sukan dan Badan NGO negeri, Din Adam.

Idris mengulas laporan sebuah akhbar semalam yang memetik kenyataan Wan Mohd. pada sesi penggulungan Dewan Undangan Negeri kelmarin sebagai berkata, anugerah khas itu akan diberikan kepada lelaki yang berkahwin empat yang isteri kedua dan ketiganya mestilah ibu tunggal mempunyai anak.

Menurut Menteri Besar itu, beliau belum menelefon semula Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil yang menghubunginya pagi semalam untuk meminta penjelasan mengenai laporan akhbar tersebut.

‘‘Pada pagi itu, saya perlu menyemak dahulu apa yang dikatakan dalam transkrip tersebut sebelum memaklumkan apa-apa kepada Shahrizat,†ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, cadangan untuk mendaftar lelaki yang berkahwin empat termasuk melibatkan ibu tunggal yang mempunyai anak tidak mendapat sebarang bantahan daripada mana-mana pihak.

‘‘Oleh kerana tiada bantahan, cadangan mendaftar golongan lelaki itu akan diteruskan,†katanya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

wahhh!!! dah naik la post ko... takyah bagi apa-apa pendapat pon... tampal org lain punye jek.... tahniah! tahniah!

Note: aku nyampuk ni pon naik post aku gak nih... tahniah utk diri aku gak...

Share this post


Link to post
Share on other sites

wahhh!!! dah naik la post ko... takyah bagi apa-apa pendapat pon... tampal org lain punye jek.... tahniah! tahniah!

Note: aku nyampuk ni pon naik post aku gak nih... tahniah utk diri aku gak...

Aku bukan nak menagih post da.....tapi snok kalo bukak cite2 bab kahwin ni...

tambah2 lagi laki....cergas je....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...