oreo81 0 Report post Posted January 8, 2006 Aku ader kemusykilan .....Apa gunanya "SYSTEM RESTORE" ni yek...Maksud nyer kita set balik sistem pc kita pada default setting ke?Cos, pc aku ni asik problem jer skang.tibe² jek dia hang...hem...Kalau betul bleh set balik macam asal,pc aku bleh ok balik ke?Mekacih... Quote Share this post Link to post Share on other sites
scorps 1 Report post Posted January 8, 2006 system restore???ko boleh rujuk kat siniok?? Quote Share this post Link to post Share on other sites
dzulcarnine 2 Report post Posted January 8, 2006 system restore tu untuk setkan balik pc ko ke keadaan masa buat check point. kalo tak silap, semua benda yg ko install selepas masa check point tu akan lenyap.. tapi document selamat. tapi kalo windows tu dah parah sangat keadaannya, memang x dapat pun nak pulihkan kalo pakai system restore Quote Share this post Link to post Share on other sites
civ3 9 Report post Posted January 8, 2006 Aku ader kemusykilan .....Cos, pc aku ni asik problem jer skang.tibe² jek dia hang...hem...←Terdapat beberapa faktor yang akan menyebabkan komputer anda menjadi lembap atau pun hang. Di bawah ini adalah beberapa factor yang dimaksudkan itu :1.Cakera keras atau pun HDD (Hard disc drive) anda tidak difragmented2.Komputer anda sedang menjalankan aktiviti spyware, Trojan dan virus tanpa anda sedari3.Terdapat banyak software² yang di pasang (install) pada cakera keras atau pun HDD (Hard disc drive) anda4.Ruang kandungan cakera keras atau pun HDD (Hard disc drive) anda tidak mencukupi Jumlah memori computer anda atau lebih dikenali sebagai RAM (Random AccessMemory) tidak cukup untuk menjalan aplikasi² yang berat seperti Adobe Photoshop5.Cakera keras atau pun HDD (Hard disc drive) anda tidak dibahagikan (partition)6.Masalah bad sector pada cakera keras atau pun HDD (Hard disc drive) andaSebagai penyelesaian kepada masalah² ini, anda boleh mencuba salah satu daripada cara di bawah ini :1.Difragmentedkan cakera keras atau pun HDD (Hard disc drive) anda sekurang-kurangnya seminggu sekali.2.Lakukan prosesclean-up setelah melusuri atau melayari laman web3.Lakukan proses pembahagian cakera keras (partition) sekiranya cakera keras anda mempunyai kapasiti yang besar. Manakala bagi Windows XP pula, adalah lebih baik cakera keras (Hard disc drive) anda dalam format NTFS4.Lakukan proses add/remove atau pun install kepada software² atau pun program² yang jarang diguna atau tidak berguna kepada anda5.Anda boleh mengeluarkan sedikit bajet untuk menambah (upgrade) memori computer anda. Sekiranya anda ingin melakukan proses yang berat kepada computer anda,pastikan memori anda sekurang-kurangnya adalah 512MB RAM.6.Sekiranya cakera keras anda mempunyai masalah bad sector, anda boleh melakukan proses Low Level Format (LLF). Sila dapatkan kawan² yang arif untuk melakukan prosess ini. Sekiranya cakera keras anda mengandungi banyak bad sector, adalah lebih baik anda membeli cakera keras yang baru7.Anda juga boleh mengurangkan bilangan proses komputer semasa proses startup berlaku. Caranya adalah, anda pergi ke menu Run, kemudian taip perkataan msconfig. Selepas itu, pilih startup taskbar dan buang tanda daripada kotak aplikasi computer yang tidak dikehendaki. Dan seterusnya klik ok. Sekiranya anda tidak tahu, sila minta bantuan rakan² yang arif tentang ini8.Anda boleh menjalakan proses antivirus untuk mengesan kemungkinan virus² yang berada di dalam computer anda9.Anda boleh muat turun perisian antispyware seperti Microsoft antispyware, Spybot, search & destroy dan juga spyware blaster. Perisian² ini adalah sebagai langkah untuk mencegah sebarang serangan spyware terhadap komputer anda.10.Anda juga mengurangkan bilangan Font yang terdapat di dalam komputer anda Quote Share this post Link to post Share on other sites
oreo81 0 Report post Posted January 8, 2006 wahh...sungguh aku kagum dengan jawapan korang....sesungguhnya, korang dah bukak skit minda aku untuk try solve problem aku ni.Mekacih yer kengkawan semua...Muahhh Quote Share this post Link to post Share on other sites
Amer 0 Report post Posted January 8, 2006 civ3, ayat ko padat dan SKEMA sekali.. Ko ada harapan nak jadi penulis kat Majalah PC.. Quote Share this post Link to post Share on other sites