civ3 9 Report post Posted September 19, 2005 (edited) Sudut pelajar adalah forum di mana perbincangan sesama pelajar berkaitan maklumat dan tugasan yang berkaitan ICT (Information and Communications Technology). Oleh itu saya sebagai moderator di sudut pelajar ini telah membuat garis panduan dan diharap anda semua dapat memberikan kerjasama dan mengikuti garis panduan di bawah ini.1. Anda hanya DIBENARKAN membuka topik yang berkaitan isu² hal ehwal pelajar sahaja dan sila bincangkan secara positif.2. Anda diminta MENJAGA TUTUR KATA anda semasa perbincangan.3. Anda TIDAK DIBENARKAN membuka topik MLM (Multi Level Marketing) untuk memasarkan produk anda.4. Anda TIDAK DIBENARKAN membuka topik berkaitan yang merepek atau membuang masa seperti cinta dan sebagainya. Jikalau anda ingin membuka topik sebegini, sila pergi ke PUTERA.NET5. Anda TIDAK DIBENARKAN paste "soalan assignment". Jika anda memerlukan tentang sesuatu yg berbentuk tugasan, cuba usaha dahulu dengan menggunakan enjin pencari seperti Google. Jika anda sudah menemui jalan buntu dan atau ada sangkut di mana-mana, barulah minta pendapat ahli2 lain di dalam forum.GOOGLE.COMGaris panduan di atas akan diubah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. Edited March 18, 2006 by civ3 Share this post Link to post Share on other sites