Jump to content

Gunso

Members
  • Content Count

    1731
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by Gunso


  1. :bismillah:
    [quote]“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010,”[/quote]

    oleh itu selamat hari raya semua... kalau ada silap dan salah sepanjang kat sini harap diampun... :155:

  2. [quote name='Panglima Khalid' date='06 September 2010 - 04:27 PM' timestamp='1283761667' post='1047334']
    reply berbaur politik, jangan klik spoiler jika tak mahu baca..
    [spoiler]yup...itu dah status menghina tu...

    Islam ajar ambil sambil senyum, pastu diorang dah beredar nak buang dalam tong sampah sambil hempuk deras2 pun terpulang lah, jangan buang dalam keadaan dia nampak/dengar/dekat/tahu.

    tapi iman orang awam nih, smpai tahap tu ke? benarlah kata nabi mafhumnya "barangkali kefaqiran mengundang kekufuran"
    apa orang bagi terima je, takde nak tapis2, ilmu pun takat mana sangat yang dipelajari, fardhu ain pun ntah tahu entah tak.

    -=-=-=-=-=-
    kalau ikutkan kaedah Islam, duit yang bercampur halal dan haram boleh diterima dalam keadaan Sah/halal tapi makruh. cumanya apabila dah terang jelas ditaja oleh syarikat judi, dan tidak pula dikatakan ada sumbangan luar dari sumber yang halal, maka kita anggap ianya 100% ditaja dengan sumber judi.

    jumaat lepas, PAKSI kawasan Parit Buntar mengadakan ziarah Ward Hospital dan menyampaikan sumbangan Eidul Fitri, tapi mungkin kerana tidak ada sokongan politik perkara ini tidak dihebohkan dan mungkin juga modal kecil, buat malu ja masuk media pun, sumbangan sikit je..Allahu a'lam.
    [/spoiler]
    [/quote]

    haha.. sumbangan yang mcm tuh lebih baik dari sumbangan yg semata2 nak masuk tv pastuh cerita balik sampai dekat seminggu...

    sedangkan kalau nak bg sumbangan atau derma pon kalau boleh jgn sampai tangan kiri tau... dan si penyumbang pulak tak tau berapa yg dia jumlah yg dia keluarkan ketika dia bg sumbangan tuh...

    nih siap tayang kat tv dan di hebahkan keseluruh negara... tapi apa nak buat... sesetengahnya bg kerana ada agenda di sebaliknya...

  3. mmg patut pon tarik... tak mcm iklan raya pon...

    gambar yg di utamakan beca ajaib (si santa) dgn bunga teratai (budha)...

    gambo masjid nun di hujung sana... sekali sekala jer tunjuk...

    yg tukang lulus pon tah apa tah perasaan dia time tgk iklan mcm tuh siap boleh bg lepas...

    cerdik sgt lah tuh... melayu melineum konon... ini bab agama lah... agak2 lah...

  4. susulan akibat kritikan org ramai...

    [quote]
    [b]Iklan Raya: TV3 mohon maaf[/b]
    Oleh MUZLINA ABU BAKAR
    [email protected]
    utusan 6 sept 2010

    KUALA LUMPUR 5 Sept. - Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) hari ini memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang boleh memesong akidah terutama kanak-kanak.

    Sehubungan itu, iklan tersebut yang ditayangkan sejak Khamis lalu telah pun dihentikan penyiarannya semalam.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan ketika dihubungi hari ini berkata, bagi pihak TV3 beliau meminta maaf kepada masyarakat Islam terutama penonton TV3 di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

    "Sebagai orang yang bertanggungjawab meluluskan iklan itu, tidak terlintas di fikiran saya untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak sebaliknya hanya melihat itu sebagai daya kreativiti pengarahnya.

    "Dalam iklan selama seminit itu, ia menggambarkan impian seorang kanak-kanak dengan beca ajaibnya sesuai dengan tema TV3 tahun ini iaitu Sinari Lebaran,'' katanya.

    Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan sempena hari raya yang menggambarkan seorang 'Pak Haji' mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.

    Ia seolah-olah menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.

    Iklan tersebut juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.

    Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

    Menurut Farid, dengan mengambil kira rungutan dan rasa tidak senang penonton, iklan tersebut telah pun dihentikan pada pukul 9 malam tadi selepas lima kali disiarkan.

    ''Walaupun iklan itu baru lima kali ditayangkan, kami telah pun menarik penyiarannya demi memelihara keharmonian dan menghargai pandangan penonton.

    "Sebagai sebuah stesen televisyen yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada penonton, komen-komen begini sedikit sebanyak membantu kami untuk tidak melakukan kesilapan lagi," katanya.

    Farid berkata, disebabkan kesuntukan masa, mulai esok sebagai menggantikan iklan tersebut, TV3 akan menyiarkan iklan raya tahun lalu iaitu 'Ikan di laut, asam di darat' arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.

    Sementara itu, Douglas ketika dihubungi mengenai iklan daripada idea kreatifnya itu akur dengan apa juga keputusan pihak TV3.

    Katanya, sebagai Pengarah Kreatif TV3 beliau cuba melahirkan sesuatu yang menarik sesuai dengan tema kali ini iaitu Sinari Lebaran dengan menggambarkan keriangan kanak-kanak.

    "Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam.

    "Saya cuma mahu gambarkan impian dan keriangan kanak-kanak itu dengan beca ajaibnya untuk mencapai apa yang difikirkan kerana saya rasa ia cantik dan sesuai.

    "Saya benar-benar menyesal atas apa yang berlaku dan saya memohon maaf kepada masyarakat Islam di atas kesilapan yang tidak disengajakan,'' katanya.

    Beliau berkata, komen dan pandangan pelbagai pihak akan dijadikan panduan dalam menghasilkan sesuatu karya pada masa depan.

    Iklan Sinari Lebaran yang menelan kos sebanyak RM200,000 menjalani penggambaran tiga minggu lalu di Bukit Broga, Semenyih, Negeri Sembilan.

    Penggambaran selama seminggu itu mengabadikan babak beca ajaib dari Pulau Pinang, Perak dan Bukit Broga dengan menggunakan CGI dengan lagu latar hari raya ciptaan komposer Jerry dan Bijay dan dinyanyikan oleh Atilia.[/quote]

  5. org islam tuh sendiri patut sedar akan halal dan haram...

    bukan setakat makanan jer nak halal... tapi sumber nya gak sumber yg halal...

    nih dgar free jer terus nak ngap takde nak cek dari mana sumber ia datang...

    kalau dia org nak anjur kita boleh terang kat dia org bebaik utk tolak... dia org bukan tau pon pasal halal dan haram nih...

    nih org islam sendiri yg tau turut serta menjayakannya apa hal...

  6. hahaha... org yg terima pon pakai sebat jer semua...

    dah tau kompeni tuh dapat hasil dari yg haram masih gak mau terima...

    yg oner tuh dah mmg bukan islam bukan tau apa pon... yg penerimanya tuh kalau org islam patut tau dah...

    kalau dah tau mesti tolak ponya jadik takde lar isu mcm nih...

    nih pakai belasah jer... hal mcm nih takyah sultan nak murka...

    org islam yg terima dan bersama2 jayakan program tuh patut tepuk sikit dahi dia kasik sedar...

    kesian kat bebudak tuh tak tau apa2 dah kene sumbat dgn hasil haram...

  7. pasal hal masjid nih gov pon sama...

    buat masjid besar lawa2 hanya utk perlancongan... tah mcm2 org tah suci ker tidak selamba jer masuk masjid...

    sedangkan nak lintas lalu dlm masjid pon tak boleh kalau diri tuh berhadas besar... pihak pengurusan tak tau ker... mustahil tak tau... cuma buat2 tak tau... masjid dah jadik mcm tempat sarkis dah... sedangkan ianya patut jadik tempat utk beribadah... tapi jadik tempat org ramai berposing dan bergambar...

    tah apa2 tah...

  8. [quote name='Couchpotato' date='02 July 2010 - 12:41 AM' timestamp='1278002513' post='1039916']
    bia betol ade lg bawah RM700, budak cashier 7E pon basic 750...
    [/quote]

    kenapa tak cayer ker... nih dia org sendiri buat kajian...

    [quote][b][size="6"]442,000 pekerja bawah kemiskinan[/size][/b]

    Oleh HASHNAN ABDULLAH
    [email protected]

    PUTRAJAYA 5 Ogos - Kementerian Sumber Manusia (KSM) mendedahkan kira-kira 442,000 orang atau 34 peratus daripada 1.3 juta pekerja tempatan memperoleh pendapatan bulanan di bawah garis kemiskinan negara.

    Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, ia berasaskan kajian oleh Perolehan Pekerjaan Nasional KSM tahun lalu menunjukkan mereka meraih gaji bulanan bawah RM700 sebulan berbanding garis kemiskinan negara iaitu RM720 sebulan.

    Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sektor pekerjaan yang terlibat.

    ''Kajian itu menekankan tentang soal pentingnya tahap gaji itu dinaikkan terutama selepas KSM mendapati bahawa sukar untuk menyerahkan soal gaji pekerja kepada kuasa pasaran semata-mata.

    ''Pada masa sama kajian Bank Dunia mendapati bahawa pergerakan gaji di Malaysia hanya mencatatkan pertumbuhan 2.6 peratus setiap tahun sejak 10 tahun lepas berbanding peningkatan kos hidup dalam tempoh itu," katanya.

    Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

    Garis kemiskinan dalam negara ketika ini ditetapkan pada tahap pendapatan bawah RM720 sebulan.

    Subramaniam memberitahu, kebanjiran pekerja asing adalah antara beberapa sebab mengapa gaji pekerja tempatan tidak meningkat dengan ketara sejak 10 tahun lalu.

    ''Kerja-kerja yang memerlukan kemahiran tinggi pasti menuntut gaji yang tinggi namun dalam banyak keadaan, para majikan tidak membayar gaji berdasarkan kemahiran sebaliknya bergantung kepada pekerja asing yang tidak berkemahiran," katanya.

    Menurutnya, kerajaan pada dasarnya bersetuju supaya gaji pekerja tersebut harus dinaikkan selaras dengan kos hidup semasa.

    ''Sehubungan itu saya akan membentangkan cadangan KSM berhubung gaji minimum nasional kepada Kabinet hujung Oktober ini.

    ''Jika kerajaan bersetuju terhadap cadangan gaji minimum itu, satu peruntukan rang undang-undang yang baru akan diperkenalkan bagi meliputi semua aspek liputan, pihak berkuasa, badan penasihat, pelaksanaan dan lain-lain lagi.

    ''Satu Majlis Nasional berhubung gaji minimum juga akan dibentuk bagi memastikan pelaksanaan gaji minimum berjalan lancar," katanya.

    Sementara itu ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KSM 2009 di sini hari ini, beliau memberitahu, sistem kurikulum latihan kemahiran yang ditawarkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta akan diseragamkan sebelum hujung tahun depan.

    ''Usaha itu perlu bagi memudahkan kerajaan membangunkan modul pembelajaran dan tenaga pengajarnya supaya selaras dengan kehendak semasa," katanya.[/quote]

  9. haha... raya tak buat apa2 pon.. cuma carik baju sehelai ngan seluar sehelai kalau rajin.. kalau malas pakai apa yg ada jer...

    bukan nak buat apa pon... cuma nak bersedia time puasa nih jer... haih... tah berapa ketul ler kuih yg dapat dgn nilai RM1 nanti...

  10. kalau semua barang baru agak susah sikit nak kata ada barang yg rosak walaupon peratusannya tetap ada...

    lagi pon dah test mobo tuh kat kedai dan boleh idup...

    jadik mkn ada wayar yg ko salah cucuk ler tuh...

    nih biasa lah... time memula aku nak pasang pc dulu pon puas aku ngan member aku carik masalah apa silapnya...

    last2 hantar kedai... kat kedai rupanya wayar yg menyambungkan casing ngan mobo tuh salah masuk rupanya...

    so cuba cek dgn teliti... btw... ko punya pc yg nak pasang tuh apa spec dia...

  11. mkn ada ler tuh yang tak terpasang dgn betul...

    apa kata ko ceraikan balik pastuh ko pasang balik...

    lagi 1 kene pastikan jugak soket yg kecik2 drpd casing ke mobo tuh dipasang dgn urutan yg betul...

    kalau tak betul dia pon tak nyala gak...
×
×
  • Create New...