Jump to content

coisox

Members
  • Content Count

    1224
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by coisox


  1. Bab nie aku kurang mahir. Kat clickbank kita boleh sort by popularity or gravity. Satu lagi, clickbank nie org tengah, so rasanya tak perlu takut kena con. Sebab customer boleh mintak refund.

    kalau pasal quality/junk tu susah laa nak tau especially jual ebook. takkan nak beli sendiri pehtu baru tau tak best. rugi laa kalau ada banyak produk nak kena try. so paling senang, terpaksa bergantung kepada testimoni dan jumlah conversion laa kot. pehtu tengok laa berapa ramai yg mintak refund (yg nie aku tak tau katne nak check).

  2. biasa aku tunggu org cabar melalui YM aku. tak kisah laa dia nak ajak kat yahoo or chesspark, baru aku login. Aku ada portable chesspark kat thumbdrive smile.gif

    Kalau nak ajak kat yahoo, aku tak suka main melalui YM sebab banyak lagging. Aku prefer masuk ke room tertentu. Beside, ada system rating.

    Berkenaan 4 steps, memang laa pening. apa nak buat... aku pun takat boleh sampai 4 tiers je. pehtu aku akan select cabang yg paling penting utk fikir sampai 6 tiers. on early game aku pikir 2-3 tiers je. middle/end game baru 4-5 tiers.

    Aku nie jenis casual bukannya tournament player cam Gizto. So biasa aku main 10-15 minit. malas nak main 1 game lama2 kat internet. tapi nak main banyak game takpe.

  3. silap laa penerangan pasal direct link tu. Direct link tak perlu beli domain. Kita buat promosi then terus drive traffic ke website producer melalui affiliate link tu. Tu laa pasal panggil "direct". Kalau kurang paham lagi, nie contoh senario:

    Daftar kat ClickBank --> Pilih Produk --> Dapatkan AffiliateURL --> Daftar AdWords --> Pilih Keywords --> so kat iklan Adwords tu nanti, terus letak AffiliateURL. So bila orang click kat iklan kita, terus sampai ke website producer tanpa melalui website kita.

    So tak perlu laa kita prepare artikel, daftar domain, buat website. Nak masking affiliateURL pakai laa TinyURL (takyah belek jauh2, just 42/43 pun ada). Cuma kalau nak direct linking, kita kena make sure producer tu punya landing page (tempat di mana dia membasuh ayat2) bagus. Jangan plak direct linking terus ke "pay by credit card". Mesti direct linking ke page yg ada ayat hype2 tu. Kiranya kita lepas tangan laa, malas nak entertain customer but terus forward ke owner.


    QUOTE
    aku nak tanya plak..domain name nih bleh tak klu nak byar bulan2?ke memang kene setahun gak..

    memang setahun. kalau takut sangat, pakai laa free domain dulu utk test market. Takpun beli domain yg general (cth bestproduct.com, careyourself.com, healtylife.com). Pehtu bila kita review pasal pape produk, buat laa subdomain (cth slimmingbeauty.healtylife.com). Kalau hosting tu tak support subdomain, buat laa subfolder (cth www.healtylife.com/slimmingbeauty)

  4. QUOTE
    (1)hati - hati
    (2)perlu ade sikap kejam

    Loor... macam nie punya nasihat pun ada. mana ada konsep kejam dalam chess. hati2 tu dah wajib. nie aku nak elaborate skit tips utk yg baru nak berjinak:

    1. Fikir 4 steps ke depan adalah level sekolah. Kiranya kalau dalam MLM tu, ada 4 level/tier laa.
    2. Biasanya yg membezakan quality pemain 1200++ vs 1400++ ialah jumlah mistake yg dilakukan. Asalkan kita hati2 tak bunuh diri, ok laa tu. Org yg dlm lingkungan 1200-1400 nie bukannya ada daya serangan sangat pun. Just kurangkan silly mistakes.
    3. Lawan laa ngan pihak yg lebih kuat sedikit sahaja. Kalau lawan ngan yg power sangat, memang takleh paham apasal kita kalah.
    4. Dah jalan jangan tarik balik.
    5. On early game, cuba perah otak camne nak curi 1 pawn. Dah leading 1 pawn, senang skit nak buat serangan.

    Tips2 lain seperti kuasai 4 petak tengah, jgn kuar queen terlalu awal, try to castleling cepat2, tak per lu laa ku huraikan.

  5. QUOTE(yurckk @ Nov 4 2008, 06:00 PM) <{POST_SNAPBACK}>
    ok, berdasarkan pemahaman aku.
    bila org dah land ke page final. iaitu just click a single button je utk beli barang.
    that time org akan buang cookies rite?
    (Firefox > Tools > Clear Private Data)
    ye betul. tu kalau dia nak buang cookies laa.

    QUOTE(yurckk @ Nov 4 2008, 06:00 PM) <{POST_SNAPBACK}>
    sbb ape yg aku tau, cookies dah buat dalam landing page kita.
    so ble org refer dr web kita. cookies akan melekat kt final page(produk).
    so dr situ jugak system dyrg detect dari mana dtgnya referral2 ni rite?
    betul.


    Buat niche nie memang perlukan kesabaran laa. Especially utk org yg tak reti mengarang. Nie nak share my first experience... Lepas aku decide niche and dapat 4 product from Clickbank, aku tulis laa artikel2 (aku buat kat localhost dulu) berdasarkan petikan fakta2 dari ke empat-empat producer tu punya website. Cedok sini skit, sana skit jadi laa artikel. Memula dah ready nak launch, tapi rasanya nak improave kan lagi content. Sp aku buat laa furthur research from another source. But this time, aku google yg takde kena mengena ngan affiliate program. Aku cuba dapatkan fakta dari government website (cth kementerian kesihatan, etc) dan juga dari website2 yg nampak macam takde kepentingan. Kemudian aku dapati ada percanggahan fakta ngan artikel2 yg aku telah siapkan. So kena research lagi nak tau mana satu yg betul.

    So kesimpulan aku kat sini, bukan semua producer dah buat research bebetul sebelum kuarkan eBook diorang. Kita jgn laa main promote dan ambik fakta dari website producer tu sebab ada yg salah. Ini laa benda yg melambatkan proses aku nak launch website tongue.gif Tu belum lagi buat duplicate artikel utk target audience yg berlainan.

  6. kau beli PC tu branded or pasang sendiri? Kalau branded, kau takleh pasang grafik card sebarang especially yg mahal (kalau GF 9600 tu ok laa). Sebab power supply diorang biasanya cukup makan. Lebih2 lagi jenis yg cute, stylish, kecik, powersaving, etc.

    Kalau tak nanti kau akan kena syndrom Blue Screen.

    Lebih teruk kalau kat casing kau tu ada sticker warranty kedai. So kalau kau bukak casing utk tukar power supply void warranty. Ada tau kedai camnie.

  7. tadi baru lepas berasap nagn Gizto. Seperti yg diramalkan, aku bungkus 2 game biggrin.gif

    Nak terrer? Ada 2 cara:
    1. Study game, hafal opening dan step dari buku
    2. Feel the game

    Cara paling cepat nak terrer ialah cara pertama. Chess nia sejak zaman dulu org main. So setakat step 1-20 tu, boleh kata lebih kurang. So kalau kau hafal apa yg patut, apa yg tak patut, kau cepat terre. Bermain ngan org jenis nie ibarat berjalan di periuk api. Silap step, kena trap.

    Kelebihan hafal opening banyak sangat. first serangan kau lebih teratur, 2nd kau jimat masa on early game (ye laa...buat pe nak buang masa kalau setakat stereotype steps), 3rd, kau menyediakan perangkap tanpa kau sendiri sedari (bagi beginers laa).

    Cara yg kedua, ialah belajar 100% dari pengalaman sendiri. Cara nie tak bagus sangat tapi lebih "Feel". Kau kena tanya diri kau, nak jadi chess player yg camne? Utk suka2 atau cari makan? Kau akan lebih gembira bila berjaya menjumpai step/opening kau sendiri (well, actually camne kau jumpa pun memang dah ada kat dlm buku tongue.gif).

    Bagi aku, main chess nie ibarat nak berperang minda. So aku tak suka baca buku dan hafal opening semata2 nak cepat terrer. Aku akan lebih gembira bila teknik baru yg aku jumpa, berkesan.

  8. QUOTE(yurckk @ Nov 3 2008, 07:05 PM) <{POST_SNAPBACK}>
    mcm mn produk dr clickbank nk tahu ref tu dtgnya drpd webpage(landing page) kita?
    -mmg boleh track, tp mslshnye kte mcm xde kne mgena dlm produk dyrg..so watpe nk kasik kita commision.. am i rite or im confusing? laugh.gif
    or does our landing page kena register with clickbank?

    Landing page tak perlu register with ClickBank (CB). Kat CB tu laa kita generate affiliate link. atau kita buat sendiri ikut format yg telah ditetapkan oleh clickbank. Memang bukan produk diorang yg kita promote tapi diorang dapat comission hasil produk yg kita jual. Bila visitor click button "Buy" kita (yg ada affiliate link tu), first sekali visitor akan di redirect ke clickbank tanpa disedari (means dia buat on background proses), pehtu redirect semula ke website producer. Masa nie CB dah masukkan cookies kat browser visitor tu. Bila visitor tu purchase kat website producer, berdasarkan cookies tadi (yg ada ID kita), dia akan send report kat CB. Then CB laa yg buat backend proses (pembahagian commision, berapa dia nak cut dari producer, etc). CB nie org tengah je. Dlm erti kata lain, ada 2 org tengah; Producer --> CB --> Kita --> User

    Maybe kau akan tanya, kenapa nak melalui ClickBank?
    1. Ramai producer daftar ngan CB sebab diorang tau ramai IM daftar utk jual produk org lain. So tak payah laa producer nie cari agen sendiri.
    2. Komisyen terkumpul. Katakan kau deal direct ngan beberapa producer and kau berjaya jual produk berus gigi 10 unit, kasut 10 unit, sabun 10 unit dari producer yg berlainan. So takkan producer2 tu nak issue cheq bernilai RM50-100 utk pos kat kau kan? Kalau melalui CB, hasil komisyen kau terkumpul utk beberapa produk dari beberapa producer yg berlainan.
    3. Keboleh percayaan. CB nie memang confirm akan bayar komisyen. Bila korang berjaya promote barang, CB dah potong bahagian masing2 siap2 sebelum diagihkan kepada ClickBank+Affiliate+Producer. Kalau deal direct ngan producer (especially producer freelance yg buat ebook pelik2), belum tentu diorang bayar. Ye laa, bayangkan kau je laa satu-satunya org yg berjaya jual ebook dia 2-3 keping. Kau ingat dia rajin sangat ke nak pos cheq?
    4. Management. ClickBank ada tool utk tracking hasil jualan korang, tengok statistik, etc.

    QUOTE(jimatweb @ Nov 3 2008, 10:36 PM) <{POST_SNAPBACK}>
    1. Siapa yg dah buat ? apa hasilnya ? Boleh beri sikit report tak ?
    Bukan apa takut yg dok baca & bg respond ramai ...... tp yg betul2 take actions tak tahu lah.

    Jalan je bro. Takyah nak tunggu hasil org lain. Tak kisah laa samada org lain take action or not. Aku akan cuba bagi progress report lepas sebulan aku buat benda nie, atau lepas aku dapat RM500 yg pertama. smile.gif AKu harap, by the end of this year, aku akan berjaya dapat RM500.

  9. Oh, tertinggal plak pasal landing page. Aku cuba menjawap persoalan kau tu sekaligus nak dapat comment from sifoo samada betul ke tak. Nie aku sinopsiskan pasal landing page yg aku dah paham.

    For business model: AdWords
    Traffic driver = AdWords (atau diorang panggil PPC). Bila user Google, dia akan nampak iklan kau kat tepi. Iklan nie bila org click, akan sampai ke landing page.
    Landing Page = Salah satu page dari website kau. kat sini laa kita letak ayat2 power utk membasuh visitor kita tentang penting nya beli produk. kat sini kita taruk link kepada Review Page
    Review Page = kau review produk kat sini. kat sini laa kita taruk button "Buy" yg mengandungi affiliate link tu (reference URL). Bila user click button nie, dia akan sampai ke website producer sekaligus boleh beli.

    Landing Page & Review page boleh disekalikan. Aku rasa ramai yg sekalikan. Tapi somehow, aku rasa ada kelebihan asingkan (depend on cara kau nak basuh visitor).

    For business model: BUM Marketing
    Trafic driver = Search engine. (err... actually kurang tepat nak cakap camnie).
    Landing Page = Articel yg kau submit kat Squidoo misalnya. Bila org search kat Google, Google akan display content dari artikel kau ni. So kena pandai guna keyword supaya Google boleh jumpa artikel kau nie. Kat artikel nie laa kau basuh reader tentang penting nya beli produk. Then kita link kepada Review Page kat website kita
    Review Page = Biasanya kita taruk dlm 2-3 produk utk solution yg sama supaya visitor rasa ada hak utk memilih. Then kita letak button "Buy"


    For both business model, utk setiap niche, kau buat beberapa landing page. Misalnya niche kasut rollerskating. So kau nak review pasal 3 jenis kasut Heelys, Nextag dan Proline.

    Nie cth landing page pertama (utk org yg search keyword kasut utk anak)

    "NEED TO BUY ROLLER SKATING SHOES FOR UR CHIELD'S BIRTHDAY?"
    Believe us, we are the expert ...bla...bla... pepandai laa kau basuh
    Pehtu kau list 3 jenis brand. Kau kata laa brand Heelys tu yg paling bagus sebab bla...bla...

    Nie cth landing page kedua (utk org yg search keyword proline shoes)

    "HOW TO SKATE LIKE STATE PLAYER IN 2 WEEKS"
    We have made it. bla...bla... basuh lagi
    Pehtu kau list 3 jenis brand tadi (Heelys, Nextag dan Proline) but this time kau kata plak yg kononnya Proline tu paling power. Pependai laa kau goreng.

    Kesimpulannya, landing page nie ada banyak yg mana kita promote benda yg sama tapi kita oleh ayat supaya spesifik utk user tertentu. So kalau pakai WordPress, sila buang link kat tepi "recent articles" sebab kita taknak laa visitor cuba click kat situ. Cuba bayangkan, dia dah yakin nak beli Prolink, pehtu dia nampak link kat tepi "The best shoes for ur chield". Bila dia click, kau kata plak brand lain lagi bagus. smile.gif

    P/S: Kalau nak maklumat lengkap, terpaksa laa kau selak belakang)

  10. Sifoo, aku tolong jawab soalan nie ya.

    Bila kau nak promote product from ClickBank, dia akan generate reference URL (cth namaKau.namaProducer.bla..bla..). Tu bukan nama domain. So kat website kau, kat button "buy" kau tu laa kau taruk link nie. So bila visitor nak click je kat button kau tu, kat statusbar akan display reference penuh nie. Dan bila dia click, dia akan nampak reference penuh nie kat address bar.

    So kalau nak sorok, pakai laa benda macam TinyURL tu (benda nie dinamakan URL masking)

  11. Thank you so much DS. Actually yg buat aku tak reti nak offer apa utk mailing list aku sebab aku jual produk org. Dan kalau aku buat research and bagi newsletter, aku takut plak hasil research/newsletter aku tu dah cover the whole content in the produk yg aku nak promote tu.

    For my next niche (maybe dlm 2-3 bulan lagi), aku akan buat produk sendiri sebab aku rasa lebih senang dari sudut permasalah yg telah aku utarakan. For my 1st niche, aku pilih niche yg bukan kemahiran aku tapi aku sendiri perlukan solutionnya. So sambil aku kaji utk diri sendiri, aku promote laa produk org.

    Utk permasalahan 4 aku tu, kesimpulannya kalau producer tak sediakan page yg khusus utk purchase (means taknak bercampur ngan presale), kita takleh buat pape laa? Nak tak nak, my prospect terpaksa gak baca presale producer tu (or kalau dia bijak, scroll to bottom).

    P/S: Best betul tool marketingbully tu especially boleh tanam cookies.

  12. QUOTE(Dominant Star @ Nov 3 2008, 12:35 PM) <{POST_SNAPBACK}>
    1. ko takleh main pick-up jer sesiapa untuk kasi diorang free product ko tuh.. MESTI DARI LIST KO.
    2. aku akan 'paksa' diorang review untuk aku whatever product it is that I'm selling.
    3. ko boleh letak alternate text untuk picture tuh.. put something related to your niche.. to be precise.. your keywords
    4. ada cara but only for some affiliate network. So far yang aku jumpa adalah untuk Clickbank and WCCL groups. Karang aku post kat sini.

    1. Macam mana nak collect list kalau jual produk orang? Apa yg aku boleh offer kat email diorang?
    2. Adakah kau buat produk sendiri?
    3. Ho ho... teknik nie memang aku pakai. Sometimes kat forum tertentu, dlm smiley tu laa aku tanam backlink Tapi yg aku maksudkan is penggunaan symbol "right" yg berlebihan. Jelas sangat nak "paksa" org beli.
    4. Aku tengah berjinak ngan ClickBank. Ada 4 produk (for the same niche) aku nak promote but semua URL yg ClickBank generate tu menyebabkan visitor aku akan sampai ke presale producer (yg berserabut tu). Aku dah basuh visitor aku ngan LandingPage kemudian drag ke Review Page. So kalau kali ke-3 visitor click masih lagi blum dapat beli, mesti diorang lari. Camne nak bypass kalau producer sendiri tak sediakan page khas utk order?

  13. Aku nak tanya skit sebab nak Google pun tak tau nak google apa. Biasa website yg jual barang ebook nie, dia punya style lebih kurang jek:

    1. Penuh ngan testimoni yg pada pendapat aku, authur tu reka2 sendiri. Dan aku percaya ramai yg yakin tu testimoni tipu.
    2. Suka sangat guna logo bebanyak.
    3. Terlalu banyak janji manis dan tak berlapik. Macam produk super perfect sedangkan tengok design ebook pun hancur. In other words, OverHype.

    Benda camnie dah jadi trend kan? Macam pakai template plak. Bukak je website, kalau kat atas guna SEMUA HURUF BESAR, pehtu kat tepi banyak gambar testimoni, confirm kalau scroll down akan jumpa banyak . Dah laa bersepah ngan hype.

    So even aku dah buat presale, tapi bila visitor click button buy aku, still akan redirect ke presale producer tu plak. Takde plak URL utk direct ke page beli product. Maksud aku, producer tu letak form credit card sama ngan landing page dia yg penuh ngan overhype tu.

    So nak tanya pengalaman org lama, ada ke mana2 statistik mengatakan teknik2 (overhype) kat atas tu benar2 berkesan? Sebab kalau tengok website yg professional, takde plak guna pendekatan camtu.

    Satu lagi, korang biasa dapat email JV dari Nigeria kan? Yg kononnya nak share berjuta2 tu. Ramai ke yg terpedaya ngan email camtu? Aku rasa kalau dia berlapik sikit, misalnya kata nak share USD50k ke, maybe lebih mudah org kena.

  14. Game nie sangat sesuai untuk onboard GPU:
    Garden Defense
    Built A Lot 2
    World of Goo

    Aku suka gile game tuh. Bila umur dah meningkat nie, ada grafik card pun dah tak tau nak main game apa. Semua macam stereotype. Tapi kalau layan game2 casual best laa plak.

    Kalau nak game yg lebih serious, aku suggest kau cari keluaran 2005 ke bawah. Sebab grafik card zaman tu lebih kurang sama level ngan onboard GPU zaman sekarang.
×
×
  • Create New...