Jump to content

rockerzin

Members
  • Content Count

    230
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by rockerzin


  1. kelebihan streamyx berbanding dial up? banyak sangat!!! lebih laju, lebih murah, lebih menjimatkan ( cuma bil letrik yang naik lepas ada streamyx) dan sambil tenet leh gayut kat tepon. keburukan streamyx berbanding dial up plak... aku rasa xder kot... yang ada cuma keburukan yang sama dengan dial up, iaitu ; TMNET SAK. ohkokkohkhhkhko

    alamak bil letrik naik lepas ada streamyx? bior btui? ph34r.gif

    Bill letrik naik sbb online pc 24 jam biggrin.gif betul tak


  2. BERHATI-HATI bagi anak-anak yang suka ponteng, tidak kira ponteng sekolah, kelas biasa atau kelas tambahan kerana perbuatan itu kini boleh dikesan oleh ibu bapa apabila Fezasha Interactive House (FIH) berjaya membangunkan Sangseri, iaitu rumusan menyeluruh sistem pengurusan murid dan guru di sekolah.

    Anak ponteng sekolah bukanlah masalah baru di kalangan ibu bapa dan ia sukar dibendung, sedangkan pelbagai usaha sudah dilakukan oleh pihak sekolah, pihak berkuasa, mahupun ibu bapa sendiri.

    Ibu bapa yang mahu memenuhi tanggungjawab memberi pelajaran kepada anak akan menghantar anak ke sekolah, pusat tuisyen dan sebagainya.

    Tapi jika anak mereka ponteng, tidak ramai ibu bapa yang tahu melainkan selepas guru membuat aduan. Itu pun selepas beberapa hari murid berkenaan tidak hadir.

    FIH mengambil pendekatan mudah kerana gerbang berasaskan laman web itu mudah digunakan dan guru boleh menghantar maklumat murid kepada ibu bapa menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

    Pengarah Urusan FIH, Rafeza Osman, berkata sebagai permulaan gerbang Sangseri yang dibangunkan selama empat tahun itu mempunyai 24 ciri utama untuk kegunaan sekolah bagi menguruskan anak murid dan guru secara mudah, sekali gus mewujudkan rasa puas dan yakin di kalangan ibu bapa.

    “Disiplin pelajar kini semakin menurun walaupun pelbagai tindakan diambil terhadap mereka, terutamanya masalah ponteng kelas atau sekolah, walaupun mereka dihantar oleh ibu bapa ke sekolah sedangkan pada waktu perantaraan itu tiada siapa tahu apa yang berlaku kepada anak-anak mereka,” katanya.

    “Rumusan kami dianggap menyeluruh dan interaktif kerana ia berasaskan web dan boleh dicapai oleh ibu bapa di mana saja mereka berada. Ia juga disepadukan dengan sistem telekomunikasi mudah alih untuk penyampaian maklumat secara terus kepada ibu bapa menggunakan SMS,” katanya kepada Komputer, Selasa lepas.

    Antara 24 ciri itu, salah satunya ialah ‘Kedatangan Online’ yang mana guru akan memasukkan maklumat kedatangan murid ke dalam sistem menggunakan komputer yang akan dibekalkan oleh FIH kepada sekolah yang mengambil bahagian dan dalam masa tiga minit, ibu atau bapa akan mendapat SMS memberitahu mengenai kehadiran atau ketidakhadiran anak mereka.

    “Kaedah yang sama juga boleh digunakan oleh guru untuk menghantar SMS kepada guru lain bagi tujuan memanggil untuk mesyuarat atau sebagainya. Ciri ini juga sesuai digunakan oleh agensi kerajaan atau swasta kerana ia memudahkan dan cepat,” kata Rafeza.

    Laporan kemajuan pelajar, terutama keputusan peperiksaan juga akan dihantar terus kepada ibu bapa menerusi SMS menggunakan gerbang yang lengkap itu, selain turut menyediakan ruangan ‘chat’ yang membolehkan ibu bapa dan guru berinteraksi mengenai sebarang pemasalahan atau berbincang mengenai anak mereka.

    Sistem ini mudah disediakan dan pihak sekolah hanya perlu melanggan dengan kami secara percuma yang mana sekolah terbabit akan dibekalkan dengan komputer yang dihubungkan ke sistem rangkaian FIH menggunakan Internet. Semua bentuk penyelenggaraan juga akan dilakukan oleh FIH.

    Ibu bapa hanya perlu mendaftar dengan bayaran RM60 setahun bagi seorang pelajar.

    Rafeza berkata, gerbang ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan dan dalam proses menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Dalam tempoh dua tahun ia boleh diperoleh dalam bahasa Cina dan India dan ke bahasa lain untuk pasaran antarabangsa, terutama di Timur Tengah.

    Dipetik dari BH


  3. sad.gif aku rasa mustahil psu problem... ni mesti mobo .... sbb teknologi AMD 64 ni masih baru... mungkin sensitif sikit kot....aku pun mengalami masalah sama gak pc asyik restart gak... terutama kalo tersentuh agp tu....

  4. sad.gif macam masalah sama dgn aku ajer ......... mmg hardware ni.....

    pastu aku letak pc melintang terus ok...

    mungkin sbb heatsink berat sgt kot....

    bleh ko bagi detail pc ko tak........

    heatsink ape ko pakai.....

×
×
  • Create New...