Jump to content

9W2VDR

Learning
  • Content Count

    3
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by 9W2VDR


  1. [b]Apakah itu Radio Amatur?[/b]

    Sepuluh Perkara yang anda perlu tahu berkenaan Radio Amatur(dipetik dari risalah MCMC)
    Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai Ham Radio ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.Pengguna-penggunaRadio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruhdunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.


    [b]Bilakah Radio Amatur bermula?
    [/b]
    Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di AmerikaSyarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.


    [b]Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?[/b]

    Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?

    [b]Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini ?[/b]

    Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.

    [b]Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini? Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?[/b]

    Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengansatu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau Ham Radio, anda boleh membuat unit Ham Radio anda sendiri.

    [b]Siapa yang boleh membantu saya?[/b]

    Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut.

    [b]Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?[/b]

    Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:

    [b]* Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau

    * Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.
    [/b]

    Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan.


    [b]Adakah saya perlu membayar yuran[/b]?

    Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.

    [b]Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?[/b]

    Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!
    [media]http://www.youtube.com/watch?v=06RuQ7TYSSI[/media]

  2. [quote name='abixpert' timestamp='1175588427' post='462088']
    radio amatur ni buat apa?
    aku xtau...
    <img src="http://forum.putera.com/tanya/public/style_emoticons/<#EMO_DIR#>/biggrin.gif" style="vertical-align:middle" emoid=":D" border="0" alt="biggrin.gif" />
    [/quote]

    sila lihat dokumentari ni > [url="http://www.youtube.com/watch?v=y-1uWqLJTOA"]My link[/url]

    dan yang ini > [url="http://www.youtube.com/watch?v=06RuQ7TYSSI&playnext=1&list=PL1E92B672D36424C5"]My link[/url]

  3. [quote name='bagans' timestamp='1132548428' post='228243']
    radio amatur...kt putera.com nih ada ke sesapa yg penah join...kenapa susah sgt nk join..kena amik lesen laa itu laa ini..laa....ceritala pengalaman adda di sini..boleh?
    TQ
    [/quote]

    utk pengetahuan saudara.. radio amatur adalah dibawah Akta Komunikasi.. tidak susah bagi mana2 yang betul2 minat dalam hobi radio amatur.. Yang penting kena ada minat.. kalau tak der minat memang tak leh nak follow.. wallahuaklam..

    berdasarkan pengalaman teman..
    Dulu teman saja jer suka2 nak main radio ni sebab tengok kwn kelab kete mudah berhubung.. pertama kali mengenali radio amatur teman join persatuan radio amatur selangor (PRADAS).. tak sampai 6bln kwn ajak ambik exam.. memang teman tak baca buku apa pun.. main hentam jer.. bila exam membe teman kantoi teman lulus.. nak tak nak masa tu baru nak cari radio.. sebab dah lulus.. rugi kalau tak memancar.. dari situ teman belajar.. QSO memang dah boleh.. sket2 teman knal ramai rakan2 radio.. lama2 jadii seronok bak kata rakan2 radio erat diudara erat jua didaratan.. dan sekarang alhamdulillah rasanya kalau daerah selangor audio teman pagi2 time nak pegi koje mesti ada kalau tak cuti atau ada masalah tertentu luar kawasan.. apa pun salam kontek kenal dari teman- de 9W2VDR a.k.a along pak ago go..
×
×
  • Create New...