Jump to content

gcloud

Members
  • Content Count

    193
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by gcloud


  1. Saya dah cuba satu cara yang terbaik dengan install divx codec/plugin ke dalam pc anda.

    Terlebih dahulu anda perlu download /codec/plugin . Link seperti dibawah

    Divx codec size: 507 Kb

    Selepas download install divx codec dalam pc anda. Sekarang anda boleh memainkan divx video dengan menggunakan kebanyakkan video player seperti Windows Media Player, Power dvd, WinDVD dan sebagainya.

    Dalam contoh ini saya menggunakan PowerDVD. Mainkan divx video anda di PowerDVD kemudian tekan"pause" untuk babak/scene yang dikehendaki. Press button "Capture Frame" (ikon kamera) dan "paste"kan dalam perisian image editor anda. Selepas tu "save" mengikut format yang anda kehendaki...Itu sahaja semoga dapat membantu.

    sample:

    user posted image

    Babak dari filem "Hide And Seek" - Dakota Fanning -Twentieth Century Fox


  2. mengapa selepas sesuatu video tu di edit kualiti gambarnya menurun(makin tak cantik) selepas diburn. Atau pun memang cam tu.....????? Aku guna windvd creator.

    Sebenarnya banyak sebab mengapa punca kualiti video menurun.

    1. Ia berlaku semasa proses capturing. Kalau boleh capture pada resolusi video yang tertinggi. Ini mengelakkan kesan penurunan quality gambar yang teruk jika anda convert ke format lain terutama VCD. Sebagai contoh capture pada resolusi 720x576 dan bitrate antara 6mbps - 8Mbps jika anda capture dalam format Mpeg 2 (DVD). Tetapi yang terbaik capture dalam for DV (avi.) tetapi bergantung kemampuan system PC anda.

    2.Gunakan perisian yang baik. Dari pengalaman saya bukan semua video editor mempunyai video encoder yang baik. Walapun mempunyai interface atau ciri-ciri editing yang baik tetapi bila bab encoding banyak yang kurang berkualiti. Maksudnya editor yang baik tetapi encoder yang kurang berkualiti. Itu sebabnya bila anda convert ke format lain cth VCD gambar begitu teruk berpetak dan sebagainya. Saranan saya jika anda ingin mengedit video gunakan software seperti Pinnacle Studio 7/8/9 atau ulead videostudio, ulead MediaStudio Pro 7. Ini kerana ia merupakan editor dan encoder yang baik Atau gunakan Tsunami Mpeg Encoder jika anda menggunakan sumber DV

    3. Kita harus faham apa output terkhir kita. Maksudnya apakah format yang hendak kita buat. Kebanyakkannya dari kita memilih format VCD untuk final output. Format ini membolehkan video selama lebih kurang 1 jam 10 minit di masukan ke dalam CD. Sebenarnya apabila kita convert ke VCD kita telah mengurangkan saiz video tersebut sebanyak lebih kurang 50 kali dari saiz asal supaya dapat dimuatkan dalam satu CD. Jadi itu sebabnya gambar amat berbeza dengan sumber asal. Sila semak penjelasan saya mengenai VCD.

    http://forum.putera.com/tanya/index.php?showtopic=973&st=51

    Jalan yang terbaik ialah (jika boleh) ouputkan format video anda ke DVD. Kerana kadar mampatan tidaklah setinggi VCD dan qualiti gambar lebih baik.

    4. Jangan gunakan CD burning software untuk encodekan video anda. Sebagai Contoh Nero Burning . Nero merupakan burning CD/DVD yang baik tetapi ia bukan lah video encoder yang baik. Jika anda ingin burn ke VCD formatkan video anda terlebih dahulu ke format VCD (mpeg 1 ) dan baru gunakan Nero atau apa-apa burning software untuk burn VCD anda. Satu lagi pastikan video yang hendak di burn benar-benar mengikut spesifikasi sesuatu fomat video. Jika sumber asal dalam bentuk PAL final output hendak PAL. Jika anda ingin gunakan Nero untuk Burn VCD pastikan file mpeg 1 (VCD) menepati spesifikasi VCD. Kalau tidak Nero akan Re encode (meng"encode" semula) file video anda. Jadi gambar menjadi lebih buruk.

    Saya harap penjelasan saya dapat membantu.


  3. gcloud, saya rasa kita perlukan satu subforum khusus utk membincangkan hal berkaitan dengan video editing, kalau sedara ingin menjadi moderator, saya boleh tolong usulkan hal ini kepada admin?

    Saya juga setuju satu subforum khusus untuk video editing sebab peminat video editing boleh boleh terus merujuk ke subforum ini. Mengenai menjadi mod tu saya rasa sesiapa pun boleh jadi. Saya akan cuba menjawap soalan jika mampu. Terima kasih tentang usul/cadangan saudara.


  4. Assalamualaikum....CODEC, nak tanya sikit..

    saya ada beli "dazzle digital creator 80" dan menggunakan videocam jenis 'JVC s-vhs tape" software pula studio 9.... tapi bila dah siap editing dan bila burn dalam vcd dia macam begoyang-goyang gambar dia kenapa ha???

    komputer yang saya gunakan jenis cpu amd athlon 1.8mhz,ram 1gb dan display card nvidia tnt2 400 128mb...... apa sebab hasil dia macam tu tak macam vcd biasa????

    anyway terima kasih!!

    Saya rasa soalan anda sangat bagus dan jarang dibincangkan. Sebenarnya ia tiada kena mengena dengan sistem PC anda atau camera atau capture device anda. Sebenarnya ia berlaku disebabkan format VCD itu sendiri.

    Sebelum saya saya menerangkan sebabnya saya rasa elok saya terangkan sejarah VCD itu sendiri untuk kita kongsi bersama kerana ia ada kena mengena dengan soalan di atas. VCD sebenarnya telah dibangunkan oleh Sony dan Philips untuk memasukan Audio video kedalam CD pada sekitar awal 90an. Ia dicipta

    dicipta untuk tujuan dimainkan dikomputer bukan untuk di TV. Pada masa itu komputer tidaklah sehebat kuasa seperti sekarang. Jadi mereka mencipta satu format yang berdasarkan format Mpeg (motion picture expert group) iaitu mpeg 1 untuk digunakan menghasilkan VCD. Format ini tidak memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi sesuai dengan kebanyakkan PC pada masa itu. Ini disebabkan ia telah dimampatkan (compress) sebanyak 50 kali (1/50) jika dibuat perbandingan dengan sumber asal seperti format DV. Dari segi quality VCD dipanggil "half resolution video" kerana ia bukan sahaja mengecilkan dari segi saiz fail tetapi juga mengecilkan separuh resolusi video tersebut sebagai contoh saiz asal video tersebut (cth DV) adalah 720x576(PAL) maka ia telah dikecilkan kepada 352x288 (PAL). Disamping itu kadar bit (bitrate juga telah dikurang kepada

    1150 bps.

    Jika kita membuat perbandingan dengan video tape (VHS) Kualiti VCD dikatakan dibawah VHS kerana. Dari segi resolusi VHS adalah 352 x 576 bermakna garis melintang (horizontal line) 2 kali lebih dari VCD. Dari segi bitrate VHS biasanya antara 2000 bps ke 2500 bps lebih dari VCD. Garis lintang ini sebenarnnya mempunyai kaitan dengan soalan di atas.

    Berbalik pada pada VCD jika kita imbas kembali ia dicipta untuk komputer dan kita kita ketahui kebanyakan Screen komputer bersifat "progressive" yang mana ia mempaparkan imej secara keseluruhan frame pada satu-satu masa. Ia sama seperti filem yang ditayangkan di layar di pawagam. Berbanding TV dan kebanyakkan kamera video image yang dirakamkan secara "interlace" yang mana dua frame disatukan menjadi satu frame yang dipanggil "field". Maksudnya dua frame akan dipecah-pecahkan (berganti-ganti) dan disatukan dalam satu frame. TV akan mengimbas field ini secara berganti (dari atas kebawah atau sebaliknya) Tujuan teknik interlace ini dicipta untuk menghasilkan pergerakan yang "smooth" terhadap image yang dirakam. Untuk menghasilkan pergerakan yang menyerupai pergerakkan semula jadi imej mestilah dimainkan sebanyak 50 frame persecond. Pada peringkat awal penciptaan TV, ia tidak mampu mengimbas atau mempaparkan imej sebanyak 50 framesecond dan hanya mampu mengimbas 25 frame persecond (Sistem PAL). Jadi untuk menghasilkan ilusi 50 frame persecond maka interlace ini dicipta dan diteruskan sehingga sekarang. Untuk menghasilkan kesan interlaced ini garis lintang mestilah 576 (PAL) dan 480 (NTSC) yang mana 288 untuk field 1 dan 288 untuk field 2.

    Bagi VCD garis lintang telah ditetapkan (whitebook) hanya 288(PAL) dan 240 (NTSC) jadi ia tidak mampu menghasilkan kesan interlace tadi. Jadi secara umumnya VCD tidak dapat menghasilkan pergerakan semualajadi kerana telah kehilangan ilusi 50 frame tadi. Jadi di skrin TV ia seolah-olah hanya mempaparkan 25 frame persecond. Jadi untuk mengatasi masalah ini maka Super VCD (SVCD) telah dicipta yang mana garis lintang ditambah kepada 576 (480x576)

    Berkenaan dengan gambar yang kelihatan bergoyang pada VCD adalah berpunca dari kesan di atas yang mana VCD tidak mampu memngasilkan kesan interlace tadi dan hanya mengasilkan kesan "progressive" (25fps) Sekali kuat bergoyangnya dalam sumber asal bermakna 2 kali kuatnya kesan goyangannya dalam VCD. Mengenai mengapa kebanyakkan VCD yang kita hasilkan tidak seperti VCD biasa kita dapati di pasaran (Cth telemovie), sebenarnya banyak faktor. Pertama kamera yang digunakan. Kebanyakan prduction house menggunakan kamera Betacam, DVCPro, High Defination camera (HD cam) atau "high end" DV Cam sperti Canon Dv XL1 (3ccd) yang mana qualitynya jauh lebih baik dari camera untuk pengguna biasa. Selain itu mereka juga menggunakan kamera filem (16mm atau 35mm) untuk filem cereka dan melalui proses "telecine" sebelum convert ke VCD / DVD / VHS. Secara umumnya resolusi filem jauh lebih baik dari video dan itu sebabnya apabila di pindah ke VCD gambar boleh dikatakan baik. 90 peratus kamera yang digunakan diletak di atas tripod . Jadi gambar lebih stabil dan " smooth". Ini tidak termasuk penataan cahaya yang secukupnya semasa penggambaran. Poces memindahan (convertion) adakalanya menggunakan peralatan yang mahal (software / hardware) yang mana mungkin tidak termampu oleh pengguna biasa.

    Secara umumnya pita video (VHS) jauh lebih baik dari segi quqliti gambar jika dibandingkandengan VCD walaupun VCD itu telah diencode dengan software / hardware yang terbaik. Inilah realiti VCD.

    Tips jika anda ingin merakamkan video ke VCD

    1. Pakai tripod atau pegang dengan tetap (tidak bergoyang) pada kamera anda kesan goyangan dalam VCD dua kali lebih dari sumber asal (cth VHS,S-VHS, DV atau Beta)

    2. Kurangkan zooming kerana gambarnya yang di zoom mudah menghasilkan kesan goyangan. Kalau hendak zoom pakai tripod.

    3. Jika perlu gunakan video light kerana gambar VCD agak gelap sedikit.

    Saya harap penjelasan saya dapat membantu anda mengenai kenapa masalah yang anda nyatakan terjadi. Jika ada yang kurang pasti sila hubungi saya di [email protected]


  5. waaa rancak jugak, gloud apa spec pc yg kau guna utk buat kerja-2 NLE nie, berapa kah masa yg diambil utk encoded sejam avi file.

    Sebenarnya untuk NLE pada pendapat saya hampir semua PC terbaru boleh membuat kerja-kerja editing. Cuma ada beberapa tambahan seperti capture card, firewire card serta cable (jika pakai DV atau DVCpro), graphic card, h/disk yang besar serta RAM yang mencukupi. Jika anda melakukan simple editing P4 1.7 , 512 ram dan 32mg AGP card sudah memadai. Tetapi jika anda memalukan tugas-tugas seperti rendering "effects" yang kompleks memang anda memerlukan PC berkuasa tinggi atau stesen kerja (workstation).

    Buat masa ini saya hanya mengunakan tiga mesin iatu Mac G4 (dual processor 1 Gig ram 60gig h/disk (internal) 120 gig external - firewire. 1 PC P4 1.7 , 512 ram dan 32mg AGP dan 1 PC P43.0 HT, 1 Gig ram 128mg graphic card dan dua hardisk (120+120g) serta Sony DVD Dual Layer writer. Kesemua mesin dipasang F/wire card (untuk tujuan networking antara pc dan video capturing) dan 1 Mesin dipasang dengan Matrox RTX100 untuk tujuan capture analog / digital. Satu lagi TV Sony 14 inci untuk preview video.

    Mengenai masa encoding bergantung pada format video yang kita pilih serta bergantung kepada hardware serta software yang digunakan. Untuk tujuan encoding saya lebih gemar mengunakan PC kerana terdapat banyak pilihan software untuk encoding seperti Tsunami Mpeg untuk VCD / DVD. Biasanya untuk encode I jam VCD dengan menggunakan Tsunami Mpeg dari sumber DV (avi) dengan menggunakan P43.0HT seperti di atas, masa yang di ambil adalah lebih kurang 28 fps (frame persecond) atau lebih kurang 50 minit. Unuk DVD terdapat dua pilihan samaada menggunakan Software atau real time encoding dengan menggunakan Matrox rtx100.


  6. akum warga putra!

    aku nak tanya member semua apa software yg leh letak sarikata kat video atau movie,aku dah cari tapi tak jumpa lak yg baguih.

    terima kasih huh.gif

    Untuk mencuba saya sarankan Ulead DVD Workshop. Ia bukan saja memboleh anda memasukkan sarikata yang mana terdapat kod khas untuk semua jenis bahasa (cth. english, malay, dsbnya) yang mana boleh dipilih jika anda burn ke DVD. Ia juga berfungsi sebagai "DVD authoring software" yang mana anda boleh create "chapter" atau fungsi PBC seperti terdapat VCD atau seperti terdapat dalam DVD movie. Tidak seperti authoring software yang lain Ulead DVD Workshop sangat fleksibel anda boleh create chapter from scratch dan ia juga bertindak sebagai burner untuk VCD / DVD. Jika anda mempunyai broadband anda boleh mencuba dengan mendownload software ini (saiz 67.1MB) - 30 days full functional (trial version)

    Ulead DVD Workshop http://www.ulead.com/dws/trial.htm.

    Satu lagi cara ialah memasukkan text sarikata semasa anda membuat editing. Software yang saya rasa sesuai untuk tujuan ini adalah seperti Pinnacle studio 7 / 8 / 9. Ia mudah dilakukan kerana anda boleh menentukan masa, dimana, saiz serta warna text sarikata anda kerana ia di letakkan di dalam layer yang berasingan dengan video dan audio di dalam "timeline" . Jadi anda boleh menentukan masa dengan tepat untuk sarikata anda. Tetapi proses rendering mengambil sedikit masa kerana ia terpaksa membuat rendering video dan text sarikata. Tetapi hasilnya amat memuaskan. Ia juga boleh melakukan fungsi senikata lagu seperti dalam VCD karoake. (Anda boleh membaca Help file dalam software untuk tujuan ini)

    selamat mecuba


  7. Hmmmm...... Masalah ngan Vegas 5b...

    Kalo dalam Adobe Premier dia ada efek transparency.....ni utk super impose atau cantum kan dua imj yg satu movie dalam blue/green screen....tapi naper dalam Vegas takder... atau efek dia nama lain.....aku try efek luminance... background ok dah ilang....tapi efek kaler imj dah takder(B/W je).... naper yek...atau dia memang takder funtion nih....pls advise.....TQ...

    Sebenarnya saya tidak pernah mencuba Vegas 5. Tapi apa yang saya ketahui kebanyakan video editing mempunyai fungsi untuk superimpose / chromakey / overlay dan sebagainya. Mengenai masalah image menjadi b/w ini (backgroud menjadi hitam dan image subjek menjadi putih). Ini selalunya dipanggil "matte" di mana di dalam proses matting ini yang hitam akan menghasilkan image / video background yang anda pilih dan yang putih akan menghasilkan image objek yang berada di hadapan blue/green. Dalam kata lain ia menghasilkan "alpha channel" (seperti fungsi transparency terdapat dalam adobe photoshop) Fungsi matting ini sebenarnya ada dalam kebanyakan video editor seperti Adobe Premiere / after effects dan sebagainya. Ia kadang kala digunakan untuk "fine tuning" kerja-kerja superimpose. Seperti Adobe Premiere / after effects fungsi superimpose telah di"shortcut"kan. Jadi apabila kita klik saja pada fungsi "blue / green screen dan sebagainya ia terus terhasil. Tapi untuk kerja-kerja " fine tunning" proses matting ia amat-amat membantu. Sebenarnya superimpose ini boleh dilakukan dengan sebarang warna latarbelakang asalkan warna tersebut solid dan tidak sama dengan warna subjek terutama kulit. Oleh sebab itu warna biru / hijau menjadi warna pilihan kerana warna ini sangat kontrast dengan warna kulit...Jadi mengenai Vegas 5.0 anda boleh mencuba (bermain-main dengan fungsi yang ada)... semoga dapat membantu...


  8. Saya menggunakan miniDV camcoder, telah meng capture ke pc dgn menggunakan firewire. Format avi terhasil dan jelas. tetapi masalahnya ia memakan ruang yang besar dlm HD saya. Saya tak dapat copy ke CD sebab saiz sangat besar. Saya convertkan kedlm format mpeg dan menggunakan nero utk burning jadikan VCD, tetapi gambar yang terhasil sangat menduka citakan. Kabur dan mcm "pixelated". Macam mana nak atasi masalah ini ye? Lagi satu kalau menggunakan windows movie maker, gambar videonya lagilah teruk, walaupun ruang kecil je digunakan. TQ.

    Memang saiz dv sangat besar . I jam memakan ruang lebih kurang 13g. Jadi ada beberapa pilihan boleh di buat. Pertama rakam semula ke VHS, kedua convert ke DVD (Mpeg2) dan yang paling popular ke VCD (Mpeg 1). Untuk covert ke vcd ada banyak encoder untuk dibuat pilihan antaranya mengunakan encoder seperti MainConcept, Encoder yang terdapat dalam Ulead Media Studio Pro, Pinnacle studio 7/8/9 dan yang paling popular dan terbaik setakat ini adalah Tsunami Mpeg Encoder (TMPGenc). Software ini menghasilkan quality yang baik, jelas dan tidak ber"pixel" (bergantung kepada sumber asal). Di samping itu banyak setting tambahan yang mencantikan hasil video anda. Namun begitu setting sedia ada (template untuk VCD) pun sudah cukup untuk menghasilkan VCD / DVD yang berkualiti. Malahan terus terang saya katakan jika sumber anda dalam quality yang baik (DV sebagai contoh) hasil yang anda perolehi setaraf dengan VCD telemovie yang ada dipasaran malahan mungkin lebih baik

    Caranya capture DV anda dan gunakan Tsunami Mpeg Encoder (TMPGenc) untuk encode. Dari segi masa encode bergantung kepada CPU dan system komputer anda. Selepas itu gunakan Burning software sperti nero untuk burn menjadi VCD (Gunakan setting untuk burn ke VCD tanpa perlu encode ke VCD)

    Download Tsunami Mpeg Encoder (TMPGenc)

    http://download.pegasys-inc.com/download_f...58.169-Free.zip

    semoga berjaya!


  9. Ok...nampaknya ramai yang meminati video editing... Jadi saya rasa topic ini sangat menarik dan berguna. Kalau dulu CODEC banyak membantu tapi sekarang dia tak support lagi. Tapi tak apa, saya akan cuba membantu (sekiranya mampu) menjawap setiap soalan dari anda semua. Saya bukanlah pakar tetapi sedikit sebanyak pengalaman selama lebih sepuluh tahun dalam bidang ini saya rasa boleh saya kongsi bersama dengan anda semua. Begitu juga dengan saya sentiasa belajar dari anda semua kerana bidang ini tiada penghujung...

    Gcloud Multimedia

    http://www.gcloud.com


  10. Ok Photoshop selalunya digunakan untuk image manipulation. Ia juga digunakan untuk web grafik. Tapi kalau nak buat artwork 2D gunakan saja vector graphic software seperti Adobe Illustrator, Macromedia Freehand dan sebagainya. Sor far Adobe Photoshop is the best untuk image manupulation. Ia selalunya digunakan oleh syarikat Iklan, Graphic Designer, Video production House, Syarikat penerbitan majalah dan sebagainya. Walaupun terdapat software seperti QuarkXpress, Paintshop Pro dan sebagainya ia masih tak dapat menandingi Photoshop terutama photoshop Versi terbaru Photoshop CS (Version 8). Jika anda mempunyai digital camera, peranan Photoshop sangat diperlukan kerana kebanyakkan perisian yang disertakan bersama digital camera amat terhad fungsinya.

    Cuma yang menjadi masalah kepada pengguna baru adalah ia sangat komplikated. Banyak terms yang perlu difahami. Namun kalau anda berminat dalam bidang grafik ianya adalah satu kemestian untuk mahir dalam menggunakan perisian ini. Untuk pengetahuan semua saya telah menggunakan Photoshop sejak versi 2.0. Pada masa tu tak ramai yang tahu tentang persian ini. Hanya yang terlibat dalan Desktop Publishing saja mengenalinya dan ianya pada masa itu hanya popular dikalangan pengguna Mac sahaja. Kalau anda berminat beli buku khusus tentang photoshop atau anda boleh menulis email kepada saya di [email protected]. InsyaAllah saya akan jawap sebaik mungkin

×
×
  • Create New...