Jump to content

gcloud

Members
  • Content Count

    193
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by gcloud


  1. maksud ko, paparan dia jadi macam sangkut2 ke? kalau convert dgn coding yg latest bkn xde masalah ke? ak x pernah cuba.sekadar berfikir je.

    Bukan sangkut-sangkut. dan bukan masalah convert atau codec. Apa yang saya nyatakan mengenai paparan di TV bukan di pc. Di pc tak ada masalah sekirannya kita guna codec yang bersesuaian atau graphic card yang sesuai atau monitor yang sesuai.

    TV maksimum resolution sekitar 720 x576....Hi def video cam selalunya dalam 1280x1080i jadi melepasi resolution standard TV...jadi kalau kita mainkan hi def video pun kita tak dapat quality yang sepatutnya. Melainkan kalau kita guna HDTV yang support full high def video format.


  2. askum otai semua

    saya ada masalah sket ngan conopus edius.

    saya baru nak try softwre nie selalunya saya guna ulead, adobe premier bla2.....

    masalah saya sekarang tak tahu macam mana nak kluarkan quick titler kat conopus edius 3.

    nak insert title camner dah puas saya try dan tgk kat help tapi tak berjaya gak tlgggg...

    dalam edius ada title track "T" rightclick pada timeline di title track dan pilih add title..dia akan keluar interface untuk title. satu lagi jika sesiapa yang ingin berlajar menggunakan Edius boleh refer tutorial untuk Edius di sini:

    http://www.ediustips.com/


  3. Bro- cloud saya nak tanya satu lagi bab pemilihan video camcoder yang paling cun untuk capture video. Model ape yang terbaik jenis pikul ( atas bahu ) budget dalam RM 15000 ke bawah untuk saya beli. Pada pendapat bro jenis DVD atau tape lebih baik. Saya pernah mencuba kedua-dua jenis. Boleh bagi pendapat. Thanks bro. Pendapat anda amat di perlukan.

    mana yang cun :)

    Bergantung pada apa final distribution..cth DVD, DV..Dvcpro, digibeta...

    Dvcpro..digibeta..semua ni untuk broadcast..MiniDV juga dierima pakai untuk broadcast quality memang jauh berbeza kalau banding DVD..satu format ini mudah diedit sebab di capture dalam intraframe..compression juga lebih rendah jadi quality memang baik. Jadi saya assume saudara memang buat editing secara intensive ..tapebased camcoder adalah pilihan terbaik. Cuma tape based banyak jenis cth macam saya terang di atas miniDV dvcpro digitbeta..etc..dan paling cost effective adalah miniDV. Dvd format bukan tak bagus..cuma kalau kita buat multiple generation editing quality akan drop..satu lagi susah sikit nak edit sebab di capture lain sikit dari format dv...satu lagi sestengah video editing software tak boleh edit mpeg2 format natively

    Pasal kamera bawah 15k ni banyak

    antaranya dari jenama Sony, Panasonic, Jvc, Canon.. semua brand ini bagus. cuma bergantung pada taste dan budget kita. Macam saya suka panasonic sebab certain feature sesuai dengan keperluan saya.

    Pasal shoulder mount camera ni..yap tak banyak bawah 15k..kalau atas 15k tu memang banyak lah..setahu saya Canon XL2 ada ciri shoulder mount harga retail dalam RM14,999..tapi selalunya kita bukan beli kamera saja mungkin kita juga beli akssori yang berkaitan dengan kamera tersebut..jadi harga keseluruhan mungkin jadi lebih 15k

    http://site-my.canon-asia.com/index.cfm?fu...od_type=xl2_pal

    Panasonic juga ada keluarkan model shoulder mount untuk 3ccd dv cam (MD10000) harga dalam 5K ke bawah.. tapi yang lain tu kebanyakkan nya jenis consumer handheld atau prosumer handheld

    Mengenai prosumer handheld dia tak ada shoulder mount tetapi terdapat ciri-ciri yang ada dalam kamera tersebut seperti size sensor yang lebih besar, 3ccd dan beberapa ciri-ciri yang ada dalam pro/broadcast video camera cth Panasonic DVX102, Canon MX2, quality memang outstanding ..banyak broadcast stesen guna kamera jenis ini cth kalau buat liputan luar sperti news gathering..dokumentari dan sebagainya. Cuma macam saya katakan tadi dia tak ada shoulder pad ..jadi kita kena pasang add on pada kamera tersebut suapaya dapat mengantikan shoulder pad pada kamera cth macam image di bawah:

    229480.jpg

    Trend terbaru syarikar pengeluar kamera video sekarang mengeluarkan kamera hi def cth dalam format HDV dan AVCHD...saya tak menggalakan menggunakan format ini buat masa ini sebab.. process editing slow untuk average pc sebab resolution yang tinggi dan menggunakan compression scheme yang agak tinggi . Buat masa ini kita masih guna Standard Def TV...jadi kalau high Def sekali pun bila kita nak mainkan di TV biasa kita tak dapat manafaat dari highdef...kalau kita nak jadikan DVD kita kena down convert ke Standard Def mpeg2 suapaya menjadi DVD video.. Mungkin dalam 5 tahun akan datang high def beransur menjadi main stream. pada masa itu kita boleh beli kamera jenis ini dan pada masa itu juga PC sudah pasti 4-5 kali ganda power dari pc yang highend sekarang ..jadi masalah editing mungkin tak timbul


  4. Sebenarnya kalau nak buat pan zoom pada image/photo memang saya lebih suka imaginate sebab lebih fleksibel..tapi kalau tak ada imaginate kita boleh buat dalam video editing software cth premiere, vegas..etc. Cuma pastikan image yang nak digunakan dalam high res...sekurang-kurangnya 2 mp sebab bila kita zoom in pada subject image masih jelas, sharp dan tak pecah....

    kalau nak buat dalam premiere...klik pada link dibawah: (flash tutorial - highspeed internet connection required):

    http://www.gcloud.com/tutorial/video/flash/photoanimate.html

    sample video:

    Click Here: Photopanzoom


  5. Tentang Chromakey (Blue/Green Screen) 2 saya dah biasa buat dan dah baca tutorial bro cloud lama dah.

    Yang saya heran macam mana gambar 2 buleh jadi hitam dan objek yang nak hilangkan jadi putih.

    Klu chroma key saya biasa buat dalam ulead, pinacle dan primier.

    Ok sebenarnya semasa kita buat chromakey ..cth lepas kita buat keyed out warna hijau/biru kita boleh setkan image ke mask only (hitam & putih) hitam=background putih untuk foreground... dalam premiere kita boleh setkan ke maskonly selepas buat proses keyed out

    di effect palette : Keying--->Alpha Adjust---> tick kan option Mask Only

    cr1.jpg

    Original footage

    cr2.jpg

    Mask Only

    Kita boleh render mask only ke video...untuk digunakan di mana-mana editing / effect software cth after effect atau particle illusion.. sebagai reference mana yang background dan foreground

    cr3.jpg

    Foreground Only

    cr4.jpg

    Composite foreground & Background

    Satu lagi nak tanya macam siaran lansung buat teknik tukar ke kamera lain dari satu sudut ke sudut lain macam mana dia buat.

    Untul live multiple camera production (mcp) selalunya kita guna video switcher....

    Panasonic_AG-MX-70_BG_black.jpg

    Semua kamera di sambungkan ke switcher dan pengendali switcher ini akan menentukan mana satu kamera akan di siarkan di Main monitor. dengan menekan button mewaikili setiap input/kamera...Cth kalau ada 3 kamera..jadi ada tiga monitor untuk setiap kamera ...satu lagi monitor sebagai main monitor...ada juga monitor dikhaskan untuk input lain cth dari pc atau video deck...Selalunya swither dibuilt inkan dengan video effects cth macam transition .etc ...jadi bila nak tukar dari satu kamera ke kamera lain kita akan akan tarik tombol ke atas kebawah (macam gear kereta otomatik di image kat atas tu) ...kalau tak guna transition effects just tekan button mewakili setiap input/kamera.... Dari switcher terus ke output cth video deck recorder atau projector untuk ditayangkan secara live...


  6. bro satu lagi saya nak tanya psal particel illusion bleh. saya skg guna versions 8.0.

    Tak salah saya PI baru version 3

    so saya try buat disappear image jadi tp image jadi statik dulu baru ilang.

    Sebenarnya "disappearing effect" tak semestinya image yang statik.. image yang bergerak pun boleh di "disappear" kan ...the best method untuk buat effect ini tambah transition cth "dissolve" antara clip yang ada objek dengan clip yang tak ada objek,,,jadi objek "gradually" disappear...

    saya nak tanya macam mana nak buat key eye. kat video macam dalam demo

    key eye atau keying ..kalau keyed /keying/chromakey saya dah buat tutorial yang panjang lebar di sini:

    http://gcloud.com/v2/?p=76

    Megenai PI insyaAllah saya cuba buat tutorial....


  7. unsure.gif sori bro saya nak ulang psal conopus immaginate.

    pasal map route yang lama telah dibincangkan.

    saya telah berjaya nak move kan map dan camera angel pun dapat.

    tapi still conpius tentang macam mana bro cloud masukkan video map route dalm conopus immaginate. sedang kan

    ia untuk gambar shj. saya cuma tak dapat untuk gerakkan tanda merah dalam map route bila masukkan dalam conopus immaginate.

    Ok sebenarnya saya masukkan line merah yang bergerak semasa editing ...untuk pengetahuan semua project file dari imaginate (.ivp) boleh diimport ke editing software cth Edius dan Adobe Premiere (kalau install plugin). Jadi animation yang dibuat di imaginate tak perlu dirender terlebih dahulu. Jadi project file tersebut boleh diinsert di timeline samada edius atau adobe premiere.

    jadi "trick" video map route tu saya buat macam ni:

    1. pertama saya animatekan image peta (peta.jpg) seperti mana saya mahukan cth saya akan buat panning/zooming ubah angle dsbnya. saya savekan sebagai imaginate project file cth map1.ivp

    2. Ini bahagian yang penting... open image peta tadi dalam image editing software cth photoshop setkan image tadi dilayer palatte sebagai layer mode (double click pada layer). Tujuan bila kita erase pada bahagian tertentu pada image dia akan create transperancy pada bahagian tersebut. Dalam kes ini saya erase laluan (route) pada peta dari mula sehingga ke akhir. cth dalam video saya buat saya erase laluan dari bandar Gurun sampai ke Ipoh..gunakan saiz brush yang sama dengan dengan line route tersebut..bila selesai savekan sebagai peta1.png . Kenapa saya save sebagai png file...png file suppport transperancy dan satu lagi canopus juga menerima file png....

    3. Buka semula imaginate dan open semula project file yang pertama tadi (map1.ivp)...Sekarang apa yang perlu kita buat tukarkan image peta (peta.jpg) kepada peta1.png. Jadi walaupun kita tukar image segala animation tetap sama cuma kali ini diganti dengan image yang ada transperancy pada "route"....dan savekan sebagai map2.ivp

    4. Buka samada canopus edius atau premiere (jika ada install plugin)...ok jika kita install canopus dan dalam masa yang sama di pc kita ada adobe preimere..canopus akan detect premiere dan akan install plugin untuk premiere..begitu juga dengan Edius.

    5. Dalam kes ini katakan saya guna Premiere. Pertama apa yang saya lakukan ialah memasukan project file yang pertama iaitu map1.ivp ke layer 1 (video 1) di timeline...kemudian untuk project file yang kedua saya masukkan project file yang kedua dalam layer 3 (Video 3) di timeline... Kenapa saya tak masukkan ke layer 2 (Video 2).?..ok saya akan terangkan kemudian kenapa.

    6. Di premiere buat satu color matte..caranya File---->New---->Color Matte. setkan color matte pada warna merah atau sebarang warna yang anda kehendaki untuk buat "route" kemudian letakkan di layer 2 (Video 2)...pastikan color matte sama panjang dengan layer 1 dan 3 . click pada bahagian kanan color matte dan drag ke kanan supaya sama panjang dengan layer 1 & layer 3..bermakna color matte yang berwarna merah berada ditengah dinatara image asal dan image yang ada transperancy....Jadikalau kita lihat di preview window kita dapati peta tadi line route tadi telah diisi dengan line berwarna merah disepanjang transperancy yang kita dah buat tadi..

    7.Here is the trick...tugas kita sekarang animatekan color matte supaya kilihatan bergerak dari permulaan route sehingga ke penghujung. caranya

    -click pada layer yang mengandungi color matte ...sebab kita nak animatekan object pada track video ini. Sebelum itu pastikan anda lock layer 1 dan 3 dengan click pada icon ditimeline (sebelah icon mata) ini untuyk mengelakkan anda ter animate layer lain selain dari layer 2. ok click pada layer 2 tadi dan di Effect Controls palatte click pada Motion ..expendkan bahagian ini supaya anda boleh lihat option-option lain dibawah option Motion. Penting untuk animatekan color matte pastikan anda click pada icon stop watch pada setiap option yang ada .Ini kerana ia akan create keyframe untuk setiap animation yang kita akan buat. satu lagi unclick pada "uniform Scale: ini memboleh kan anda resize object tidak mengikut keseragaman..Sekarang resize color matte anda supaya jadi lebih kecil dan ubah kedudukan supaya berada di permulaan route..saiz dan kedudukan route boleh diadjust samada di preview window atau di effect control palatte.

    -Dragkan slider di timeline pada frame yang anda kehendaki dan resize atau movekan color matte tadi supaya ia seolah-olah sedang berada di laluan tersebut... buat animate seterusnya sehingga sampai ke penghujung route...dan mainkan video anda..adjust pergerakkan dan saiz color matte supaya seemless atau bersuain dengan animasi peta tadi...setelah selesai renderkan video anda kepada format yang anda kehendaki....

    Mungkin agak complicated..tapi jika anda sudah biasa dengan prmiere atau photoshop...teknik ini boleh dibuat kurang dari 30 minit dari mula hingga selesai.

    Sekarang saya rasa ramai yang email saya mengenai teknik sebenar untuk video " map route" dah saya terangkan kan cuma minta maaf sebab saya tak dapat nak terang kan secara graphic sebab pc yang saya guna masa tulis post ini diinstall premiere dan imaginate...


  8. Editing Software untuk edit AVCHD (Advanced Video Codec High Definition)

    Ramai pengguna yang membeli kamera video berdasarkan hard disk seperti dari Sony atay Panasonic mengeluh kerana software video editing tak boleh terima video file dari kamera video yang menggunakan format ini dan nak edit video agak lembab.

    Format video AVCHD adalah format video high def untuk consumer. Format video ini menggunakan MPEG-4 AVC (H.264) codec . Dari segi quality video memang diakui lebih baik dari mpeg2 dvd pada saiz file yang sama. Format ini juga merupakan salah satu format yang diguna pakai untuk next generation video disk seperti Blu-ray.

    Walaupun pun quality video format ini adalah baik tetapi masalah yang paling besar adalah

    1. Susah untuk di edit - Ini disebabkan nature mana-mana video yang dicompress berdasarkan GOP (Group of Pictures) Jadi ia memerlukan computer yang lebih berkuasa dan ram yang mencukupi (melebihi 2 gig). Satu perkara lagi oleh kerana video ini dalam format high definition sudah tentu graphic card yang mampu handle high def amat-amat diperlukan. Jika tidak semasa dimaikan di PC terutamanya video akan tersekat-sekat...

    2. Tak semua video editing software samada consumer atau pro support format video ini. Kebanyakkan consumer video editing software lebih selesa support video high def yang menggunakan format HDV (berdasarkan mpeg2 video codec).

    3. Walaupun dalam format high def ...pengguna akhirnya terpaksa juga down convert ke Standard Def seperti DVD untuk dimainkan di DVD player dan ditonton di standrad def TV...pemain blu-ray disk masih mahal dan masih terhad. Walaupun pengguna boleh direct connect dari video cam ke TV tetapi video iamge telah di convert ke standard Def secara onboard (camera)..terutama jika menggunakan normal video cable. Jadi kelebihan High Def tidak dapat ditonton. Melainkan TV tersebut adalah full HDTV dan mempunyai HDMI connection.

    Walaubagaimana pun anda masih boleh edit video dari kamera AVCHD di pc dengan menggunakan beberapa sofware. Apa yang pasti software-software ini bukan free dan semuanya adalah version yang terbaru.

    1. Pinnacle Studio 11

    2. Ulead Media Studio 11.5 (Pengguna version 11 perlu dapatkan update secara percuma untuk support AVCHD) sila rujuk artikle saya di sini : http://gcloud.com/blog/?p=260

    3. Sony Vegas Studio (Platinum Edition)

    4. iMovie version terbaru (untuk mac)

    Seperti yang saya katakan tadi untuk edit video dalam native AVCHD pc mesti berkuasa seboleh-bolehnya cpu dari multiple core dan ram lebih dari 2 gig. Saya pasti di dalam 2 - 5 tahun akan datang untuk edit format ini dengan smooth kemungkinan tidak mendatangkan masalah sebab pc akan lebih power. Ia seperti mana untuk edit Avi dv, Mpeg2 dvd beberapa tahun yang lalu. Cuma pada masa ini average pc memang agak lembab untuk edit format video ini secara native

    Sekiranya anda ingin edit video dari kamera jenis ini tetapi tidak mahu edit dalam format asal apa yang perlu anda lakukan:

    1. Transferkan video footage dari kamera ini menggunkan USB ke pc (just drag & drop - tak perlu capture)

    2. Guna mana-mana video encoder yang support untuk read format video ini. dalam kes ini saya menyarakan menggunakan Super (Sila guna mirror download untuk download), untuk convert video anda ke avi dv atau mpeg2 dvd yang mana kebanyakan software boleh terima format video ini dan lebih mudah untuk diedit. Tapi perlu diingat downconvert dari high def video ke standard video format juga memakan masa (bergantung pada jenis encoder, dan spec pc) . Tetapi sekurang-kurangnya anda masih boleh edit video dari kamera ini jika anda keberatan untuk edit dalam native format...

    3. Kebanyakkan kamera jenis ini juga mempunyai preset untuk anda shoot dalam resolution yang lebih rendah sama seperti Standard Def. Jadi cara ini tidak membeban kan pc. Walaubagaimana pun guna software yang saya nyatakan di atas jika anda ingin edit dalam format asal walaupun dalam standard definition.

    Pandangan peribadi saya.

    Jika anda belum mempunya kamera video dan suka edit

    1. Beli kamera video yang berformat avi dv (miniDV) atau mpeg2 dvd (samada berdasarkan dvd disk atau hard disk) Ini kerana lebih mudah di edit tanpa perlu pc yang highend

    2. Jika ada sudah ada kamera jenis AVCHD ....gunakan standard def masa shoot dan gunakan software yang saya nyatakan untuk edit jika anda ingin edit...

    Semoga dapat membantu.


  9. Assalamualaikum

    Dah agak lama saya tak buat tutorial. Kali saya cuba terangkan secara terperinci bagaimana untuk convert video ke VCD dengan cara yang sepatutnya iaitu bermula dari encoding sehinggalah ke peringkat burning

    Tujuan utama tutorial ini untuk mendapatkan quality VCD yang sepatutnya dengan menggunakan software Tsunami Mpeg encoder version 2.5 (free version). Walaubagaimana tutorial ini hanya dikhususkan untuk sumber dari avi Dv (dv cam format) disebabkan free version hanya support avi dv.

    Seterusnya proses burning dengan menggunkan Nero. Di sini saya akan menerangkan cara yang sepatutnya bila kita burn mpeg1 VCD apabila menggunakan Nero. Ini kerana pengguna Nero sering silap bila menggunakan Nero untuk burn ke VCD

    Pertama download TMPGEnc 2.5. di sini: Download

    vcd1.jpg

    Untuk melihat sample mpeg1 VCd yang dihasilkan oleh software ini download : sample

    Arahan: selepas download unzipkan file ini copy folder ini ke bahagian lain cth Program Files dan create short cut untuk file TMPGEnc.exe di desktop. Jadi anda boleh gunakan software ini dengan mudah:

    Untuk tutorial selanjutnya sila lawat laman tutorial saya di :

    http://gcloud.com/v2/?p=91

    Jika ingin berbincang boleh dibincangkan di sini atau di laman tutorial saya. Diharapkan tutorial ini kita dapat menghasilkan VCD pada tahap yang sepatutnya.


  10. tapi software ape yg bro gunakan

    Sebenarnya saya sendiri agak lama dah tak buat VCD...95% DVD :)

    Workflow editing yang selalu saya buat:

    Adobe premiere / Edius - capture...edit...

    -kalau edit dalam permiere selalunya saya save balik dalam avi dv...sebabnya: saya boleh transfer back ke dv tape untuk archive atau backup ..especially kalau event yang penting

    Untuk convert VCD atau DVD saya guna Canopus Procoder...kalau untuk VCD saya convert ke mpeg1 vcd pada highest quality possible yang boleh dieencode dalam canopus procoder - kemudian guna nero untuk burn ke VCD. Kalau dvd saya akan convert ke mpeg2 dvd (element stream - mpv (video) + mp2 (audio) ). So dua-dua file ni saya akan guna untuk authoring dengan menggunakan DVDlab pro. Di dvdlab saya buat menu , scene selection dan akhir sekali buat dvd image ( dvd folder)...sebelum burn ke dvd sebagai dvd video saya test video tadi guna cybelink power dvd dengan stimulate video dari dvd folder. Dengan cara ini saya boleh tahu bagaimana dvd tersebut berfungsi sebelum di burn ke dvd. Once dah berpuas hati saya guna nero...guna option DVD-video saya masukkan semua file dalam dvd folder (Video_TS) kedalam nero...then burn....

    Saya guna Procoder sebab quality terutama VCD adalah yang terbaik saya rasa...sebab sebelum ni meamng banyak cuba encoder . Satu lagi speed masa encoding I jam video boleh diconvert ke vcd dalam masa lebih kurang 15 minit... Tsunami Mpeg pun bagus tapi slow sikit dari procoder...

    Cuma cadangan saya sepatutnya sekarang ni kita sudah beralih kepada DVD sebabnya

    1. Player dah murah (bawah RM100)

    2. DVD blank dah murah

    3. Quallity - jauh lebih baik dari VCD - kalau diencode dengan betul kita susah nak bezakan original dengan dvd...

    4. Untuk tujuan "viewing" masa depan, DVD sekurang-kurang still acceptable..kalau VCD terus terang saya cakap memang tak sesuai langsung sebab quality lebih rendah dari pita VHS. terutama kalau video yang diconvert dari video cam... itu sebab 95% video yang saya buat sekarang memang dvd...Jadi kalau sayang video yang berharga jangan buat dalam bentuk VCD...sebabnya katakan macam ni dalam 5-10 tahun lagi kita bertukar ke LCD/Plasma TV bersaiz 40 in ke atas...kalau kita main VCD masa tu kita boleh lihat dengan jelas image berpetak, gambar blur, video motion tak smooth... Kalau DVD at least resolution dia lebih besar dari VCD, Bitrate dia lebih tinggi dari VCD..dan kebanyakkan dvd terbaru ada fungsi upresolution ...jadi bila dimainkan di HDTV cth gmbar masih cantik dan sharp... Tapi terpulang pada masing-masing...

    Note: Video masa akan datang dalam format Blu ray - 3 ke 5 kali ganda lebih baik dari DVD...kalau kita masih guna VCD masa tu....sure kita menyesal kenapa tak convert ke dvd sekurang-kurangnya.. Itu sebab video yang penting saya backup balik ke DV tape sebabnya unuk disesuaikan dengan format pada masa akan datang..kalau berkesempatan InsyaAllah :)


  11. ok bro dah faham mmg saya wat mcmtu,so tlg bagi cadangan software ape yg bro pakai utk burn vcd ke hasil yg lebih baikkk

    Kalau nak "burn" Nero pun dah ok. Cuma pastikan speed yang sesuai . CD media yang bagus... Satu lagi banyak yang confuse term "burn" & "Convert"

    Convert: tukar dari satu format video/audio ke format yang lain

    Burn: "memindahkan" video/audio yang telah diconvert ke CD/dvd

    So burn dan convert sebenarnya berbeza...walaupun saling berkaitan..harap faham apa maksud dia

    Macam mana nak jadi VCD yang berkualiti...emmm :) sebenarnya dah banyak kali soalan macam ni ditanya... dan saya pun dah terangkan dengan panjang lebar dan detail....


  12. bro gcloud,saya dah baca tutorial anda,syabas sgt membantu...dan mmg itu lah cara yg saya buat selama ini...cuma ada beberapa soalan?

    1) selepas editing,akan menghasilkan format mpeg1,then bila nak burn nero adakah,saya perlu burn

    di bahagian "make data cd" tidak burn as vcd seperti yg saya buat selama ini.

    Nero sekarang cth version 7 atau 8 di datangkan dalam satu package....maksudnya ada nero express. nero burning rom..etc...jadi untuk burn ke VCD gunakan NERO BURNING ROM sebabnya kita boleh pilih setting yang sesuai sebelum diburn ke CD. Secara default NERO akan burn sebagai NTSC (hidden setting). Jadi kalau video tersebut dalam PAL nero akan reencode balik ke NTSC..jadi video bertambah buruk..pertama video yang kita nak encode tadi memang dicompress ke mpe1 vcd kemudian nero akan ree-ecode balik ke mpeg1 vcd. Satu lagi nero bukan encoder yang baik.. Jadi gunakan NERO BURNING ROM untuk burn ke VCD.

    Ok kalau guna NERO BURNING ROM pilih option Video CD...sebabnya nero akan create folder cth CD, EXT, MPEGAV, PICTURES, SEGMENT dan VCD... folder-folder ini penting supaya bila kita play VCD disk di vcd/dvd player..player akan tahu disk itu adalah VCD...dan satu lagi mpeg1 yang kita encode akan ditukar ke .DAT dan dimasukkan kedalam folder MPEGAV...Jadi pilih option Video CD.

    Satu lagi pastikan apa format original..let say kalau original video dari video cam yang dibeli di malaysia selalaunya dalam format PAL..masa kita convert ke mpeg1 vcd kita kena convert ke PAL dan Di dalam nero juga gunakan PAL

    nerovcd.gif

    2) jika burn "make data cd" adakah vcd dapat dimainkan secara normal kerana file vcd selalunya mengandungi beberapa file yg lain.

    Macam saya cakap di atas kita kena burn sebagai Video CD sebab di akan create folder tertentu supaya VCD tadi menepati Spesifikasi VCD..kalau burn sebagai data...video player tak boleh baca sebagai VCD.

    Ini masalah selalu terjadi...kebanyakkan dari kita "beranggapan" apa saja video diburn ke CD terus jadi VCD...jawapan nya...No... begitu juga DVD ada struktur file tersendiri..begitu juga Blu-ray video ada struktur file dia tersendiri.. tak boleh simply burn.. :)

    Semoga dapat membantu


  13. Untuk pengetahuan dalam keadaan apa sekalipun VCD tak akan sama quality dengan original. Ini memang nature VCD. Walaubagaimana kita masih boleh maximizekan quality vcd pada tahap sepatutnya. Quality VCD banyak bergantung pada:

    1. Sumber asal

    2. Encoder (convertor) yang digunakan - tak semua encoder sama dari segi output quality

    3. Semasa burning - cara yang betul dan apa software yang digunakan

    kalau ada masa boleh baca artikel saya di sini:

    http://gcloud.com/v2/?p=36

    http://gcloud.com/v2/?p=37

    http://gcloud.com/v2/?p=82

    harap dapat membantu


  14. Sebenarnya saya rasa memang tak ada buku premiere dalam BM....kalau ada pun versi yang lama tak salah saya version 6.5 (sekarang (cs3)). Sala satu punca kenapa tak ada buku dalam BM sebabnya permintaan kurang (bukan tak ada permintaan). Jadi publisher tak berminat nak buat dalam BM...satu lagi dalam internet memang terlalu bnayak tutorial mengenai premiere...Dalam mana-mana software setiap tahun diorang upgradekan version terbaru dan mungkin interface yang yang baru jadi kalau dibuat dalam bentuk buku memang menyulitkan dan kos untuk membuat buku memang tinggi. Itu sebab kebanyakkan trend tutorial untuk software dibuat dalam benda CD/DVD - kos untuk update jauh lebih murah atau tutorial secara online ...Jadi pandangan saya cuba belajar dari internet atau mana-mana bahan tutorial sperti DVD-rom dan sebagainya. Mengenai bahasa inggeris tu memang tak dapat dielakkan sebabnya di dalam term video itu sendiri pun dalam bahsa inggeris..

    Macam ni...di dalam premiere ada help files bagi saya help file sudah cukup untuk kita tahu secara basic mengenai permiere..kalau tak faham boleh tanya soalan diruangan multimedia di forum ni..saya yakin ramai yang bleh membantu....yang penting kita kena ada effort sendiri untuk mencuba terlebih dahulu..Bagi kalau kita tahu basic selebih nya akan jadi lebih mudah...


  15. Banyak teknik remove background

    1. Cara paling simple dan terawal awal - shoot subjek di depan screen besar yang ditayangkan background lain. Teknik ni banyak digunakan dalam filem Melayu tahun 50' & 60

    2. Blue / green screen technique...teknik ini ada dua 1. secara optikal dan satu lagi secara digital. Cth digital chromakey yang pernah saya buat:

    http://www.gcloud.com/tutorial/video/chromakey2.wmv

    untuk tutorial boleh baca di sini: http://gcloud.com/v2/?p=76

    3. menggunakan teknik rotoscope...teknik dimana backgound dan objek asal di asingkan secara manual frame by frame sebelum dicombine dengan video/objek lain cth video clip Celine Dion dan Elvis presley di sini:

    Mengenai cara hilang wayar (string remover)

    Normally ada dua:

    1. Menggunakan teknik motion tracker.dimana kamera akan shoot dua scene yang sama . Dalam kes ini pertama shoot bersama object yang menggunakan tali..Kamera yang mempunyai motion tracker fuction akan merakam pergerakkan. Segala pergerakan dan seeting kamera di save di dalam komputer. Apabila selesai kamera tadi sekali merakam scene yang sama tapi tanpa objek. Pergerakan kamera selari dengan rakaman pertama kerana segala setting pergerakan kamera digunakan semula. Kemudian semasa editing kedua scene yang dirakam dicombinekan. Di dalam proses ini tali tadi dipadamkan secara frame by frame . Kesan tali yang dipadam tidak kelihatan kerana ia digabungkan dengan scene yang kedua (tiada objek)..Teknik serupa kalau kita biasa menggunakan photoshop ..

    2. Menggunakan tool seperti Healing tool dalam photoshop yang mana apabila kita apply healing tool pada tali cthnya...computer akan copy pixel yang paling hampir dengan tali dan menutup tali tersebut...

    actually banyak cara lagi tetapi cara di atas adalah paling common...


  16. bro...kalu mcm tu kena buat dlm after effect jer ker...dlm preimire tak leh ker?

    dalam permiere pun boleh dengan menggunakan teknik travelling matte..InysaAllah saya cuba terangkan teknik ini dalam permiere. Teknik sebenarnya banyak kegunaan dalam video. Untuk teknik comic style ni saya lebih suka guna after effects sebab lebih banyak option...


  17. salam semua,

    bro gcload ader tutorial yg terbaru tak?

    cara2 nk buat frame movie ala2 cam komik ker..cth camna haa aku nk cite..emmm

    camni emm cth dlm satu monitor tu ader banyak frame ader 3 segi 4 segi ..alaa kalu biasa tgk komik2 siperman ker superman ker ader frame tu..bebaru ni aku ader tgk cite apa haa..siperman ker hulk..ader frame camtu..

    gempak gak..rase2 macam nak test jer buat..

    Sebenarnya tak berapa susah untuk create comic style video. Apa yang perlu software graphic cth photoshop untuk buat comic layout dan composite software cth after effects.

    Di photoshop create satu image lebih kurang saiz A4.. buat layout (block) untuk memudahkan kita placing video semasa buat composite. Setiap block pastikan dalam keadaan transparent. savekan dalam format png atau tiff supaya bila kita save transparent masih kekal.

    Di After effect masukkan comic layout image dibahagian paling atas layer . Layer dibawah seterusnya masukkan beberapa video untuk di placing diblock comic tadi. Resize/crop video supaya bersesuaian dengan saiz block pada comic layout..

    Penting di dalam after effects disetiap layer ada option Parent.. untuk semua video (kecuali comic layout image) pastikan kita set parent video tadi ke layout image. Tujuan setkan parent ke comic layout image untuk memastikan semua video kekal pada layout image semasa kita animate comic layout...

    Cth simple comic style video:

    Comic style video (righ click save as../ save file as..)


  18. ok dik secera general CGI or computer generated image ni banyak dia punya maksud...dalam filem/video apa-apa image/visual yang dihasilkan meggunakan computer dipanggil CGI...3D image/ animation juga dipanggil Cgi...cgi boleh jadi latar belakang (samada statik atau bergerak) yang dihasilkan dari computer cth scene Bandar Metrofulus dalam movie Cicakman.. ini dipanggil digital Matte atau digital paiting...paling banyak menggunakan digital matte/paiting filem lord of the ring...

    Normally kalau object tu dalam 3d cgi diorang akan buat dalam 3d software cth 3d max, maya atau software yang diorang bangunkan sendiri...dalam kes ni tiada backround just object saja. Selalu bila diorang render animation 3D diorang akan savekan bersama alpha channel....So masa editing diorang akan combinekan sekali 3d object dengan yang lain ..

    3D software sahaja tak cukup untuk buat segalanya...selalunya ada lebih dari dua software cth software untuk 3D modeling/animation/rendering , composite/effect software cth after effect/shake/Combustion...untuk mix elemant 3d animation dengan element lain...then editing software cth Final cut pro., AVID, premiere...etc...

    jadi kalau adik nak belajar...buat simple dulu cth buat 3D Sphere dalam 3Ds max... animatekan object tu..masa render savekan sebagai avi atau mov (with alpha channel) kemudian gabungkan dengan element lain cth background dengan mengunakan software editing.... Once kita dah tahu konsep dia kita try buat yang advance sikit


  19. Assalamualaikum, Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Encik Shanai dan semua member putera.com Ucapan juga ditujukan kepada semua yang mengenali diri saya.

    Sempena menyambut ketibaan Syawal yang bakal menjelang saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan yang pernah saya lakukan samada melalui perbuatan mahupun tuturkata. Akhir sekali Selamat menyambut Hari Lebaran, maaf zahir dan batin.

    Kunjungi laman ucapan Hari Raya dari saya dan keluarga di:

    Laman Ucapan Raya Aidil Fitri 2007


  20. after effects ibarat photoshop untuk Video/movie..jadi spec komputer memang kena power. sekurang-kurang 1 gig ram ...good graphic card sebab kalau kita buat 3d enviroment dalam AE cth shadows, anti-aliasing ..etc memang kena graphic card yang bagus. Satu lagi pasal cpu better guna p4 3.2 and above...multiple core / procs recommended...so nak fully utilise fuction dalam AE system kena bagus...kalau tak... :)

    Sebenarnya AE pelengkap kepada normal video editing software terutama kalau buat composite, effects , motion graphic...etc...Nak beljar AE kena ada asas dalam term video...benda ni bukan dalam sehari dua..jadi kalau serious beli buku/dvd/cd-rom atau pergi ke lama web tutorial pasa AE....once kita dah tahu basic fuction dalam AE dan term dalam video editing ..definately yang seterusnya kita boleh belajar atau buat trial error sendiri:

    sample simple clip dari AE yang saya buat:

    1 Test1.wmv (right click save as...

    2.Test2.wmv (right click save as...

    insyaAllah saya akan upload lagi clip dari AE yang pernah buat sebelum ni


  21. Ok sebenarnya nak buat effect freeze pada certain frame dalam video clip tak sesusah mana. Hampir semua perisian video editing boleh buat. Kalau nak dalam adobe premiere ikut langkah-langkah dibawah:

    1.masukkan clip ke timeline ...setkan slider dimana kita nak freezekan frame tersebut:

    2.File--->Export---->Frame---->Settings----->General--->pilih format samada Bmp, Gif, Targa. atau Tiff.. cadangan gunakan Tiff.

    3.Cut bahagian yang kita setkan dalam langkah pertama supaya kita boleh insert image frame yang kita buat pada langkah kedua. Pastikan image tadi bersambung dengan video clip. Jangka masa freeze / still image kita boleh setkan dengan dragkan bahagian kanan clip freeze image ke sebelah kanan mengikut jangka masa yang kita kehedaki.

    tambahan :

    jika kita nak buat effets pada freeze frame tadi kita boleh masukkan effect samada menggunakan effect tools dalam premiere atau kita buat di image editing sofftware cth Photoshop. Kalau kita buat effect di photoshop. OPen still image yang kita buat pada langkah kedua dan apply effect yang kita kehendaki cth buang latar belakang dan ganti dengan latar belakang yang baru atau sebarang effects yang kita kehendaki kemudian save kan image tersebut...pastikan anda save dengan nama yang berlainan dengan iamge pertama tadi. Ini perlu kalau kita nak buat transition antara image pertama dan image yang telah di apply effects.

    Di premiere insert image asal kemudian masukkan image yang telah di apply effects...antara kedua-dua image ini apply transition effects supaya freeze frame / still image tadi bertukar secara dramatik dari normal ke image yang ada effects...

    Cth clip

    Freezevideo.wmv (right click save as...)

    Selamat mencuba :)

×
×
  • Create New...