Jump to content

hafizamrepair

Members
  • Content Count

    170
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by hafizamrepair


  1. ha, ha, lama betul tread ni :152: . macam-macam cara. Biasa CQ40 Amd la yang selalu masalah overheat chipset ni, CQ40 Intel takda masalah overheat. Model CQ41 AMD dengan CQ42 AMD pun ada masalah overheat chipset ni. Jadi elakan beli model-model ini jika nak guna lama.


  2. Salam, kalau Laptop Acer yang dulu, biasanya guna phoenix bios iaitu dalam crisis disk tu ada file phlash16.exe. biasa model Laptop acer yang guna phlash.exe ni contohnya model 4520, 5550.

     

    Untuk model 4752 tak pasti, samada masih guna phoenix bios atau guna H2O insyde. kalau H2O insyde, file untuk flash berlainan.

     

    Ok,katakan Acer 4752 ni guna Phonex bios.Cuba buat step di bawah ini

     

    1) Download file Crisis disk . Dan file bios Laptop di  http://www.acer.com.my/ac/en/MY/content/drivers 
    2) Buat Usb Crisis disk menggunakan WINCRIS (memerlukan Floppy disk atau usb pen drive / usb flash drive). 
    3) Jangan lupa untuk menggantikan kata nama "BIOS.WPH" fail di file bios laptop korang. Adalah penting untuk menamakan semula fail BIOS untuk "BIOS.WPH". 
    4) Pastikan bateri dan Power jack disambungkan ke laptop. Juga keperluan laptop berada dalam keadaan Power-off. 
    5) Pegang di key FN + Esc dan kemudian tekan butang Power (tanpa melepaskan FN + kekunci Esc). 
    6) Lampu USB / pen drive / flash akan berkelip apabila laptop membaca file bios pada usb pendrive. Korang boleh melepaskan kunci FN  + Esc. 
    7) Semasa dalam proses pemulihan, paparan skrin laptop akan sentiasa kosong. 
    8) Proses Pemulihan akan mengambil sedikit masa (satu atau dua minit). Laptop secara automatik akan memulakan semula apabila proses pemulihan berjaya. Korang harus melihat POST selepas memulakan semula.

     

    Jika Acer 4752 ni guna H2O insyde bios.Cuba buat step di bawah ini

    1. Pasang USB pendrive pada Komputer yang running Windows. 

    2. Open My Computer. 

    3. Right-click pada USB Drive dan pilih Format.

    4. Pilih untuk File system pendrive kepada FAT32 dan tekan Start. 

    5. Selepas format dah siap download BIOS terbaru untuk Laptop korang contohnya di http://www.acer.com.my/ac/en/MY/content/drivers atau dari alternative download location yang lain..

    6. Buka ZIP file yang korang dah  downloaded (guna winrar atau 7zip) dan copy semua  files tu pada USB pendrive:  &  FLASHIT.EXE  & serta bios file (katakan bernama 3309.FD) (nama BIOS mungkin berbeza berdasarkan model) 

    7. Di usb pendrive, rename BIOS file (3309.FD) kepada ZG5IA32.FD ( nama ini dapat dari code nama motherbord laptop)

    8. Cabut atau remove USB pendrive dari komputer korang, cucuk pada usb port Acer 4752 yang bermasalah.

    9. Tekan key Fn dan Esc secara serentak.Tekan key tersebut serentak dan tekan power-on button. Release Fn+Esc selepas beberapa saat. Kalau korang perasan led pendrive akan blinking semasa kaedah ini dilakukan. 
    10. Semasa kaedah ini dilakukan Acer Aspire One akan access  file bios firmware didalam pendrive yang korang buat tadi dan  flashing Bios firmware baru pada IC EEPROM Bios. 

      Selepas beberapa ketika, led pendrive akan berhenti blinking dan Acer 4752 akan reboot dengan sendiri.

    Lakukan dengan hati-hati, serta sila pastikan bios file yang korang masukkan di pendrive adalah untuk model yang betul.

     

    Jika silap cara yang digunakan, kemungkinan netbook Acer tersebut akan bermasalah tak dapat detect usb pendrive, jika masalah ini terjadi,korang terpaksa buka casing laptop dan cabut IC EEPROM bios netbook untuk flash menggunakan EEPROM programmer.

     

  3. laptop: lenovo V470

     

    baru2 ni air tertumpah kat laptop, lepas biar sehari kat rumah (rumah aku takde kipas / air cond, paneh badanduang orang minang cakap)

     

    aku cuba on, tapi stuck kt bios

     

    aku dah cuba:

     

    -reseat RAM, takde apa2 beeping masa on laptop 

    -on tanpa hard disk, sama juga

     

    apa lagi aku patut buat selain beli baru pasal aku memang takde fulus sekarang ni? tunggu claim masuk

    Salam, kalau masalah sebegini, kena buka housing Laptop, cari bahagian yang terkena air tu dan cuci motherboard tu, guna alcohol atau boleh juga cuci dengan air sabun dan bilas dengan air bersih (tapi sila cabut dulu bateri CMOS) dan jemur pada suhu bilik sehingga kering.

     

    Untuk elektronik PCB board, pencuci sebenar adalah TCE (Trichloroethylene) 


  4. Assalamualaikum dan selamat sejahtera smua..

     

    sye ade masalah dgn laptop acer aspire 4736G,beliau akan padam sendiri bila nk masuk starting windows.

    dah format HDD dan setup windows baru.tp masih mcm tu gak..bila masuk je starting windows dia padam.restart blk pun jd mcm tu..ape masalah beliau sebenarnye?mohon pencerahan dari pakar² di sini..terima kaseh..

     

    p/s: sye gune windows 7..ade try install windows xp tapi xdpt,bila nk masuk installation,keluar blue screen..

     

    ACER ASPIRE 4736G/4736Z
    Masalah yang selalu dialami
    1.Laptop shutdown bila masa Loading Windows / Starting Windows
    2.Jika power ON Laptop menggunakan bateri, LCD laptop blankscreen, LCD screen keluar gambar pecah-pecah

    Penyebab Kerosakkan
    1.Komponen yang bekalkan dan stabilkan voltage untuk Processor telah fail/faulty
    Penyelesaian Masalah.
    1.Tukar komponen yang menyebabkan sistem motherboard mengalami masalah


  5. [quote name='putera_1930' timestamp='1347436110' post='1084504']
    salam suma master2...di sin saya ingin meminta pendapat semua ahli yang tahu dalam masalah saya nih,,,pc sy mempunyai masalah shutdown sendiri setelah boot cd rom untuk memformat pc sy..apakah punca untuk masalah ini dan cara selesaikn..harap ahli dapat membantu.. :(
    [/quote]

    Salam, cuba terangkan secara specific masalah PC.macam dvdbane tanya ada keluar bluescreen tak (bsod).

    Bagi spec PC tu kalau boleh dan sebelum ni ada masalah lain tak.Sebab detail ini dapat bantu forumer lain memastikan masalah sebenar PC anda.

  6. [quote name='izwan hamatez' timestamp='1347518637' post='1084527']
    assalamuallaikum...ok ,aku nk tny notebook aku hp pavilion dv800 ni bila aku on je dia kluar bunyi x berhenti2...lama lak tu smpai kena off..on blk bnyi lg....ada x sapa2 yg mengalami mslh mcm aku ni dpt diselesaikan...dan mintak bntuan sapa2 yg thu....
    [/quote]

    Salam , jika keluar bunyi [b]buzer beeps tak berhenti-henti[/b], biasanya sila cuba [b]servis dulu ram dan slot ram Laptop.[/b]

    Kalau tak jadi, [b]reset balik sistem bios[/b] laptop dengan cabut bateri cmos laptop.Cuci juga [b]Laptop Heatsink dan kipas serta ganti thermal [/b]compound jika dah keras.Harap membantu.

  7. [quote name='Nurfatiha' timestamp='1341912439' post='1083275']
    Wasalam...start ja dkt bios trus restart....sya guna windows 7..masuk safe mood pon tk dapt...pening dah ngan masalah ni...nak hantar kedai utk repair boleh ke file tu diselematkan..
    [/quote]

    Kalau masalah macamni, ada beberapa cara, yang boleh digunakan untuk backup data penting dalam HDD laptop tu:

    1.cabut hdd laptop tu cucuk direct ke kabel sata motherboard PC (buat sebagai slave)

    2. cabut hdd laptop tu, cari enclosure external hdd- buat sebai external hardisk

    3. cabut hdd laptop tu, cari laptop lain (kalau tak ada, pinjam dari kawan)yang support interface hdd, boot cd windows live atau guna hiren boot cd, backup data penting ke pendrive jika ada

    Salam nak tanya, boleh bagi detail model penuh laptop awak.

  8. [quote name='Nurfatiha' timestamp='1341835413' post='1083253']
    Tolong....laptop tak boleh buka windows...bila on ja terus restart...bagai mana nak backup file penting dalam document jika berlaku masalah spt ni...
    [/quote]

    Salam, laptop restart masa kat mana, tengah loading windows atau masa post bios dah restart.

    Kalau masa loading windows dah restart dan keluar pernyataan windows dah corrupt ke, boleh guna hiren boot cd, download iso dan burn pada cd.

    Kalau masa loading windows off sendiri, kemungkinan ada masalah hardware motherboard atau overheating.

  9. [quote name='khairy1985' timestamp='1340988384' post='1083038']
    saya cuba format,tapi tidak boleh boot from cd...adakah masalah dari player atau tidak dapat detect hard disk?
    [/quote]

    Salam, kadang-kadang masalah Disk Boot Failure Insert System Disk ni disebabkan bios problem boleh jadi juga.

    Cuba buat langkah-langkah ni:

    1.Cabut bateri cmos, alih jumper rtc cmos pada clear, cabut semua power, tinggal dalam 10 minit.Lepastu setkan balik jumper paa asal.On balik computer.

    2.Jika tak boleh, cuba check HDD tu ada tak kat bios.Kalu takda, check dulu kabel interface HDD tu,tukar yang lain kalau ada,Kalau ada HDD tu, setkan priority 1st boot CD-Rom.Boot CD windows installer.

    3.Kalau tak boleh juga,otion lain untuk format guna usb Windows installer untuk format.Buat macam langkah no.2

    4.Kalau tak boleh juga, format. Guna Hiren Boot Cd, Guna Linux gparted, check hdd, ok ketak, kepas backup hdd, full format HDD tu dulu baru format.

    5.Kalau tak boleh juga, guna hiren boot cd, pilih option LowLevelFormat.


    Harap membantu.

  10. Salam, betul cakap tasek malaya, biasanya kalau ada masalah masa buka video, kebiasaan adalah masalah codec, tapi file corrupted juga boleh sebabkan masalah yang sama.cuba buka file tu guna Kmp player [url="http://www.mediafire.com/?f3p4trkxtjntank"]http://www.mediafire...f3p4trkxtjntank[/url].harap membantu.

  11. Ni spec 10.1" LCD Screen for Benq JoyBook Lite U105 U105i LED WSVGA Netbook

    Size: 10.1"
    Resolution: 1024X600
    Resolution Type WSVGA
    [b]Connector Type 40 pin [/b]
    Backlight Type LED Backlight


    HP MINI 110-1131DX LAPTOP LCD SCREEN 10.1" WSVGA LED
    Screen Size 10.1"
    Screen Type LED
    Resolution 1024 X 600 (WSVGA)
    [b]Connector 40 Pin Connector[/b] (Located on bottom left when looking from back side of the screen).

    Patut sama tu, kalau tengok spec: 40 pin.Apa yang tak sama

    Awak kena buka Cover panel lcd tu, ambil LCD hp mini tu, pakai kabel flex Benq.Tak boleh ambil skali flex riben LCD HP mini terus sambung ke soket LVDS motherboard Benq

  12. [quote name='smileatoq' timestamp='1339727829' post='1082781']
    Lcd hp mini takle masuk ke benq. Soket dia tak sama. Kalu tukar yg baru lcd screen bemq tuh confirm selesai masalah tak?
    [/quote]

    Oh ye ke, masalah juga tu.Biasanya untuk Acer one, Lenovo ideapad S, Hp mini, Toshiba Nb biasanya sama conector tu.

    Cuma kalau jenis slim connector sama tapi kedudukan lain.Benq tak pasti pula.Cuba la bawa kedai test kat sana.Tu solution paling murah.Kena test dulu.Sebab masalah yang saya sebutkan tu terjadi kat HP mini.Harap membantu.

  13. [quote name='smileatoq' timestamp='1339585623' post='1082748']
    Dkat safe mode sama gak. Mana nk cari lcd panel yg len. Nk sama jenis ke or leh masuk yg brand len?
    [/quote]

    LCD 10.1 untuk netbook bagi test masalah tu, tak kisah, boleh pakai semua.Cuma kalau nak tukar kena pasang yang betul.Untuk netbook ada 2 jenis 10.1 biasa dengan slim.

    2jenis LCD netbook ni lain kedudukan slot connector dengan tempat skru.Kalau takda LCD untuk test, bawa je kekedai konputer, test kat sana, cakap lcd rosak.

  14. [quote name='smileatoq' timestamp='1339553236' post='1082734']
    tukar dah resolution dia. tetap sama. display tetap besar. tak fit screen. dh try tukar hard disk guna system win xp pn sama.
    [/quote]

    Salam, dah cuba test kat external monitor, cuba check resolution kat external ok ke tak.

    Kalau ok, kemungkinan besar problem pada LCD netbook BenQ tu.masalah ni saya pernah jumpa pada HP mini, resolutian tak boleh adjust fit pada 1024x600.Dah tukar driver atau format windows pun tak jadi.

    Masalah berpunca dari LCD LED panel netbook HP mini.Tapi cuba test dulu guna LCD panel lain pada netbook BenQ tu dulu untuk pastikanya.

    Boleh ke post ni kalau nak tengok masalah HP mini tu: [url="http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2011/07/windows-7-cara-dapatkan-extend.html"]http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2011/07/windows-7-cara-dapatkan-extend.html[/url].

    Solution yang paling murah ada 1 cara:

    1.EXTEND RESOLUTION PADA NETBOOK LEBIH DARI 1024 x 600 tapi netbook tu kena hanya pakai intel media acelerator je.



    Untuk win7 caranya:



    Run [b]regedit[/b], cari[b] find[/b], dan taip nama registryni : [b]Display1_DownScalingSupported[/b]



    [b]Tekan find next, tukar value dari 0 pada 1.[/b]

    [b]Lepastu tekan F3 untuk find next semula, tukar value dari 0 pada 1 [/b]

    [b]Ulang cara ni sehingga semua values yang dicari semua set to 1.[/b]

    [b]Lepastu restart/ reboot netbook.[/b]

  15. [quote name='MEGAT' timestamp='1337258008' post='1082028']
    Sebelum ini laptop aku ni kena blank screen langsung tak boleh on aku pi hantar kedai dah ok. Aku tanya tukang repair tu dia kata power managment punya pasal. Laptop aku ni dah x pakai bettery sebab dah rosak dan aku pakai adapter saja. Repairer itu kata power suply itu confius, itu menyebabkan laptop x boleh on. Dia pesan kat aku lepas tu aku x boleh format macam biasa aku buat sebelum ni kerana kalu aku format masalah akan timbul semula. Dia kata lagi dia dah disable apa benda dalam sistem managment untuk solve masalah ni aku tak berapa faham. Sekarang ni masalahnya window 7 pro yang dia install tu [lanun] tak boleh update, surf pun jadi lambat ada side x boleh buka. Masalah baru pula la ni bila on tak sempat nak load window dah restart kena on off dua tiga kali baru window nak buka tu pun nak tahan berapa lama x tau.
    Aku minta maaf kerna terlalu panjang dok cerita cuma nak orang faham. Aku nak minta tolong la disini master atau otai2 bagi idea macam mana nak buat ni aku tak mau hantar pi kedai dah.
    [/quote]

    Sebenarnya, saya rasa technician kedai tu hanya off kan core CPU pada bios dan d idevice manager pada sistem windows Laptop.

    Masalah sebenar adalah pada komponen yang bekalkan voltage pada CPU (Proadlizer Capacitor).kalau untuk L300, komponen tu tulis NEC Tokin 0e907).

    Tapi komponen ni susah nak buka atau rework, sebab housing NEC Tokin ni lembut sangat.Korang kena rosakkan komponen tu dulu.Baru boleh solder komponen yang baru.

    Dan ada risiko dia jika tidak buat dengan hati-hati,.Motherboard boleh mati terus (tak hidup).jadi sila dapatkan , rakan atau technician yang korang percayai untuk ganti komponen ini.

    NEC tokin ni boleh diganti dengan smd tantalum capacitor 330uf/2.5v kena solder 4 biji.

  16. Salam, rasanya file masih ada, tapi hidden .Awal tahun 2012 dulu , famous virus shortcut, virus tu akan menyebabkan semua file dengan folder yang infected jadi shortcut dan file dengan folder asal jadi hidden File .



    Kalau masalah macam tu, dah kena virus shorcut.File tak hilang cuma dah jadi hidden file.Cuba trycara ni kalau nak nampak file asal.

    1. Control Panel
    2. folder option ->view
    3. show hidden file -> select
    4. hide protected operating system -> untick option tu
    5. apply

    Tapi sebaiknya scan dulu,dan jika tak dapat masuk ke setting folder option, boleh cuba guna smadav antivirus [url="http://www.viruslokal.com/"]http://www.viruslokal.com/ [/url]


    Free dan kecil je, antivirus ni.Agak berguna untuk mengawal masalah shortcut virus.

  17. Salam, kalau jadi lagi masalah time/tarikh lari kat computer lepas tukar bateri cmos/rtc (patut bateri baru ada bacaan 3.0v) tu.

    Cuba servis contact housing pemegang bateri cmos tu.Kadang-kadang bila dah lama dia oxidation/kotor.

    Cari contact cleaner ,sembur housing tu atau guna alcohol pencuci head dvd tu, guna berus gosok kat contact tu.

    [img]http://3.bp.blogspot.com/-L14PZ2AjjQE/T1SKz4RLSWI/AAAAAAAACG8/a-4GjF_ANnk/s1600/cmos-batterie-sockel-plusminus-1.JPG[/img]

    Atau boleh guna solder iron, solder kat bahagian contack pemegang tu bagi point contack tu tebal sikit supaya betul-betul sentuh kat bateri (buat kat 2-2 point +ve atau -ve).Harap membantu

  18. [quote name='shyong_sam' timestamp='1334799989' post='1081200']
    Salam,

    Thnx tuk sume pandangan korang warga putera, Saya dah jumpa masalah sebenar adalah skrin LCD dan bukan motherboard so saya advice kat member saya tu hantar kat acer centre tuk replace skrin LCD sbb saya x da stok skrin.

    Problem solve, thread close.
    [/quote]

    Ok.bagus la dah jumpa problem yang sebenar.Biasanya jika ada problem pada LCD tu ada beberapa step bleh guna untuk pastikan masalah adalah LCD atau motherboard atau komponen lain cthnya riben LCD:

    1.Test guna LCD tester (yang pecah pun takpa-janji masih nampak video).
    2.Test guna external monitor (cucuk kat projector port di laptop)

    Harap membantu.

  19. [quote name='dzulnikon' timestamp='1330411064' post='1079708']
    aku ada lah buyer ni, aku letak la hrga rm300, aku ckp la laptop aku ni ok. aku bwk la skali technian HP, sbb tkot dia xcaya la kan, pastu dia leh kata rm300 tu mhl sngt. pastu dia kata Laptop v3000 ni senang dpt 2nd hand rm400, ada ker? aku rasa cam nak lempang jer muka dia tu..pergh. Aku gi la kedai yg tawar rm50 dgn pegawai tribunal pngguna..pergh xnk merah muka lak tu. hahaha...tp alat ganti HP ni ada ker yang murah skrng ni? ^_^
    [/quote]

    Salam, dah jual ke Laptop Compaq V3K tu.Sebenarnya untuk Compaq V3k ni ada 3 version kena faham.

    1.Compaq V3000 pakai processor AMD turion X2 dengan Grafik chipset Nvidia.
    2.Compaq V3000 (tapi biasanya HP DV 2xxx) pakai processor Intel core 2 duo dengan Grafik chipset Nvidia.
    3.Compaq V3000 pakai processor Intel core 2 duo dengan intel dislay intregrated.

    Biasanya yang model bermasalah adalah yang no. 1 & 2.Awak punya yang mana satu. Kalau yang no.3, biasanya takda problem dan tahan lama.Untuk harga kedai tu tawar harga yang rendah kemungkinan, dia ingat yang awak punya model no 1-2, serta risiko masalah overheating dan ingin keuntungan yang banyak.Biasa lah kedai, mesti kira kos overheat dan dia beli untuk jual balik dan bukan untuk pakai.

    Jika nak harga yang tinggi untuk laptop yang korang pakai, lebih baik jual pada end user yang berminat dengan laptop tu dan setuju dengan harga yang korang tawarkan di mudah atau website seumpanya.

    Tapi model V3k memang spareparts senang cari dan senang diperolehi kerana masalah pada model ini yang guna chipset nvidia.

  20. [quote name='shyong_sam' timestamp='1334728229' post='1081145']
    Salam,

    Saya ada kawan minta tlg cek masalah notebook acer 4736z. Time saya on notebook tu ada garisan pastu kekadang kekadang skrin blank jer, sebulan lepas saya pernah cek notebook ni cuma time tu masih ok lagi condition cuma ada garisan kat atas skrin cuma x seteruk kali ni saya ada gitau kat kawan tu supaya bersedia bila2 masa akan rosak dan kemuncaknya kelmarin dia gitau cuma ada garisan & kekadang blank. Saya suspect antara motherboard atau skrin tapi u all tau la kan kita mana boleh gitau masalah gunakan perkataan "rasanya ini yg rosak" maksud saya gimana nak pastikan bhw betul2 motherboard atau skrin yg rosak supaya kawan ni pun confident ngan jawapan saya. Otai2 kat luar kalo ada tips2 yg berguna share la erk....

    TQ
    [/quote]

    ACER ASPIRE 4736G/4736Z

    [u][b]Masalah yang selalu dialami[/b][/u]

    1.Laptop shutdown bila masa Loading Windows

    2.Jika power ON Laptop menggunakan bateri, LCD laptop blankscreen., LCD screen keluar gambar pecah-pecah

    [u][b]Penyebab Kerosakkan[/b][/u]

    1.Komponen yang bekalkan dan stabilkan voltage untuk Processor telah fail/faulty

    [u][b]Penyelesaian Masalah.[/b][/u]
    1.Tukar komponen yang menyebabkan sistem motherboard mengalami masalah

    [url="http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2011/06/list-masalah-yang-dialami-laptop.html"]http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2011/06/list-masalah-yang-dialami-laptop.html[/url]
×
×
  • Create New...