Jump to content

maa93

Learning
  • Content Count

    19
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by maa93


  1. [color="#800080"][size="4"][font="Century Gothic"][font="Century Gothic"]assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

    Saya sedang mencari part time/full time penulis artikel segera. Setiap artikel yang berjaya memenuhi spesifikasi akan dibayar sehingga USD5.

    Syarat2.

    1. Terbuka kepada sesiapa
    2. Artikel WAJIB bersifat ASLI, yakni mestilah dikarang oleh anda sendiri
    3. Artikel wajib dalam Bahasa Inggeris
    4. Panjangnya tidak kurang dari 350 patah kata.
    5. Tiada kesalahan grammar ataupun spelling walaupun kecil.

    *sesiapa berminat, sila email kepada saya di overscurry[at]gmail.com. Selepas itu, saya akan berikan tajuk kepada anda untuk dikarang. Selamat Mencuba[/font][/font]![/size][/color]

  2. HULU SELANGOR: Tiga remaja perempuan dikurung dan dijadikan hamba seks selama sebulan oleh seorang guru yoga di Kuala Kubu Baru, di sini, sebelum diselamatkan polis, Rabu lalu.

    Ketika serbuan di rumah guru yoga berusia 54 tahun terbabit, polis menemui beberapa peralatan seks dan dua peket dadah dipercayai syabu.


    Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy, berkata pihaknya percaya sepanjang sebulan dikurung, mangsa yang berusia 16 hingga 20 tahun dirogol berulang kali, selain didera secara seksual termasuk diikat dan dirantai pada katil.

    Menurutnya, ketiga-tiga mangsa dilaporkan oleh keluarga mereka tidak pulang selepas mengikuti kelas yoga di rumah guru terbabit pada hujung November lalu. “Seorang daripada ibu mangsa membuat laporan anaknya yang berusia 16 tahun keluar bersama suspek dan selepas itu tidak pulang ke rumah. Ibu mangsa memberitahu dia menghubungi suspek, tetapi suspek enggan memberitahu di mana anaknya berada,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Norel Azmi berkata, selepas menerima laporan ibu mangsa yang juga seorang penoreh getah berusia 38 tahun pada 30 November lalu, pihaknya menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes itu.


    Menurutnya, siasatan polis mendapati suspek mempunyai 11 rekod jenayah dan dia kini direman empat hari sehingga 3 Januari ini.


    Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

    Dalam kes berasingan, seorang wanita berusia 22 tahun membuat laporan mendakwa dirogol rakan teman lelakinya di Pangsapuri Putra Ria, Bangsar, di sini, pada 22 hingga 27 Disember lalu.


    Sumber polis berkata, sepasukan anggota forensik pergi ke lokasi kejadian semalam bagi mencari bahan bukti dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. “Namun, polis menyiasat kemungkinan kejadian berlaku kerelaan wanita itu,” katanya.

    metro

  3. Seorang gadis yang juga blogger di sebuah kolej di Singapura berumur 19 tahun yang hanya dikenali sebagai Felicia kini menyara hidup dengan menjual seluar dalam yang pernah di pakainya dengan slogan “by my used undies, get sexy video“. Dia menjalankan perniagaan jual seluar dalam itu dengan tujuan untuk menampung kos pengajian di kolej, nama kolej tu tak didedahkan.

    Felicia menjual seluar dalam melalui laman blog miliknya. Setakat ini, dia sudah berjaya menjual 16 seluar dalam terpakai dengan harga $30 Dollar Singapura (RM70) hingga $45 Dollar Seingpapura (RM104) setiap satu. Kesemua seluar dalam (panties) itu sudah dipakai oleh Felicia paling kurang selama 12 jam sebelum di jual di blognya.

    Setiap pembeli yang membeli dua seluar dalam Felicia akan menerima hadiah percuma berupa videonya sedang menanggalkan pakaian (stripping) satu persatu di hadapan kamera,video itu dikirim melalui email. Konpom tak ada di YouTube atau di mana-mana website di internet. JIka terdesak, apa saja boleh dilakukan untuk menyara hidup.

    Sekurang-kurangnya, Felicia tidak meminta-minat duit dari ibu dan bapanya lalu berusaha mencari duit dengan aset yang dimilikinya, walau sekadar seluar dalam wanita.

    sumber : AsiaOne

  4. ni kisah lawak sebenarnya masa aku join kem kepimpinan tempoh hari kat sebuah sekolah menengah di timur tanah air nak dekat area2 pasir puteh, kelantan. Ada satu malam ni, aktiviti persembahan teater sepatutnya stat pukul 8.00 malam dalam tentatif program aku tu, tapi lewat stat.

    Nak cover punya hal, ada sorang mamat ni nak volunteer buat persembahan silap mata. Kitorang dalam dewan tu cakap 'on' je lagipun nak tunggu semua prob setup semua dulu. Tambah2, kitorang dah lama tak tengok silap mata. First2, dia bagi rules and regulations. Dia cakap, lampu dewan wajib tutup semua. Kasi stage je yang 'on'.

    Pastu, lampu dipadamkan. Gelap gelita dewan masa tu. Kitorang dah stat gabra semacam je. Pastu rules no.2, mamat tu cakap, semua orang wajib tutup mata sehingga dia cakap boleh bukak, baru boleh bukak. Ok, fine. Kitorang pun tutup mata. Then, mamat tu cakap dia nak buat silap mata, nak tukar manusia jadi ular.

    So, dia mintak sorang antara kitorang volunteer untuk dijadikan manusia tu. Lama gak tunggu, then lepas 5 minit, ada sorang budak laki ni naik stage. Lepas tu, dia dan mamat tu(kononnya ahli silap mata) berbisik. Tetiba dak laki yang naik tadi tu pun turun stage. Aik? Kitorang sume buat muka pelik.

    Then ahli silap mata tadi tu pun cakap guna mic, yang dak laki tadi tak penuhi syarat2 yang dikehendaki sebelum dijadikan bahan uji. Lepas 10 minit, sorang laki dak laki ni naik stage. Dia pun dijadikan bahan ujian sebab penuhi syarat2 yang dikehendaki.

    Sebelum mulakan, dia cakap, sesiapa yang bukak mata sebelum diberitahu, ular tu akan gigit kitorang. Aku dan kawan2 pun mula rasa takut. Yela, muka mamat tu bukan main serius. Then, proses stat, kitorang disuruh stat tutup mata. Kitorang pun ikutlah dengan redhanya.
    Masa kitorang tutup mata, kitorang dapat bunyi dengan jelas suara mamat yang dijadikan bahan uji kaji tu meraung kesakitan yang amat dashyat.


    Dia jerit macam kena seksa je bunyi. Gegar 1 dewan. Kitorang bertambah 'cuak' dan takut. Nak terkencing pun ada. Then, next 3 minit, kitorang pun diarahkan bukak.
    "1,2,3... bukak mata korang", cakap mamat 'bajet' ahli silap mata tu dengan garaunya.

    Then, kitorang bukak slow2.. Kitorang nampak budak tadi meliuk-liukkan badannnya dengan lentoknya di atas stage. Aku tengok Ahli silap mata tu tersengih. Sume muka kengkawan aku cam tak puas hati. Naik berang pun ada. Haha. Aku rasa cam nak baling je kasut tumit tinggi yang aku pakai ni kat dua-dua orang yang duk atas stage tu. Sumpah! sakit ati giler. Kalo korang jadi aku tyme tu, korang buat ape agaknya?

    (Huda, 16, pasir mas)


    *Hantarkan kisah lawak dan lucu serta pengalaman yang tak dapat dilupakan anda ke [email protected]

    sumber : http://overscurry.blogspot.com/2010/12/ko-nak-makan-kasut-tumit-tinggi-ke_29.html

  5. Aduhai. sedihnya anak mama apabila dapat tahu bahawa fahrin ahmad telah menzahirkan keputusannya untuk bersara dalam bidang seni tanah air. Keputusan itu dibuat semasa beliau menghadiri sesi sidang akhbar tajaan sut pakaian lelaki untuk Anugerah Skrin 2010, Lord's tailor.

    Beliau memberi alasan kerana pemintaan atau tawaran berlakon untuknya ada turun naiknya. Fahrin mengatakan beliau mungkin menceburi bidang perniagaan. Tetapi, jenis ape perniagaan tersebut tidak diberitahu. Nampaknya, satu lagi bintang tanah air kita yang akan mengikuti jejak langkah Rosyam Nor.

    sumber : http://overscurry.blogspot.com/2010/12/fahrin-ahmad-mahu-bersara-dari-menjadi.html

  6. [quote name='LanoZ' timestamp='1293524048' post='1057953']
    Hari nie dengar diorang (newspaper Indon) kata Malaysia main bola pakai dukun pulak... hahahaha.
    [/quote]
    dah kalah tu kalah ar...aku rasa dukun diorang kuat lagi..haha

    [quote name='awi216' timestamp='1293636931' post='1058076']
    kalu pasal bomoh bleh menang.. dah lama Indon menang world cup.. akai ada... hahahaa
    [/quote]
    tahu pun..haha

  7. [quote name='Jedi' timestamp='1282602529' post='1045829']
    [img]http://www.upload3r.com/serve/230810/1282602478.jpg[/img]

    [img]http://www.upload3r.com/serve/210810/1282456014.gif[/img][img]http://www.upload3r.com/serve/210810/1282455991.gif[/img]

    [img]http://www.upload3r.com/serve/210810/1282455988.gif[/img]
    [/quote]
    bajet style r tuh..haha

    [quote name='hampeh' timestamp='1278610623' post='1041002']
    [img]http://www.dula.tv/blog/wp-content/uploads/2009/12/sharks-with-human-teeth.jpg[/img]
    [/quote]
    jadi lucu pulak..bukannya gerun..haha

    lawak giler...haha

    lawak 18sx untuk aku anti-naik motosikal..hahaha

    lawak2x..thumbs up

  8. [quote name='akuccputsedut' timestamp='1293531493' post='1057973']
    yer betul tuh... orang semakin tua nih semakin sensitif... so kita nih kena arr beware or buka mata luas2.. kadang2 sikap kita tuh kita rasa ok jer... tapi bagi diaorang terasa pulak...
    [/quote]

    betul..aku pun dapat rasa perubahan tu berlaku pada mak aku..maaf yea mak..hehe

    memang..mak aku selalu buat camtu kat kitorang adik beradik.. byk alasan dia cakap, contohnya dia cakap dia kencing manis la, dia dah kenyang la, "mama tak boleh makan benda tu la", mama x suka la, banyak lagi.. tapi aku langkah balik, aku cakap, kalo mama tak makan, buang je lah makanan tu@ bagi kucing je makan.. nak tanya, boleh ke aku cakap cam tuh? kot2 ma aku yg dh tua(sensitif) dia anggap aku samakan dia dengan kucing pulak.. agak2 dia terasa x?sop3x..

  9. Hari ini semua adik-beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti
    Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.
    Aku minta untuk membantu... "tak payah" katanya.
    "Biar mak yang buat.. nanti lain rasanya kalau kamu yang buat."
    Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang bakal merayakan Aidilfitri bersamanya.
    Aku tahu di sudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya.. tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.
    Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng.
    Bukan main khusyuk dan bersungguh-sungguh beliau cuba menyediakan juadah; semampunya.
    Apabila semua abang, kakakku dan anak saudaraku sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng oleh mak tadi.
    Semuanya pakat menjamu selera.. memang berselera semua sukakan nasi goreng mak.. mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..
    Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku :
    "Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu."
    Tiba-tiba abangku bertanya, "siapa yang tak makan lagi nasi ni?"
    Aku menjawab, "mak belum makan lagi.."
    Mak dengan bersungguh menjawab, "ehh mak tak mahu... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti jer sekejap lagi."
    Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati, " oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit kencing manisnya."
    Bila semua dah pulang.. aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. .lantas aku bertanya, "mak nak apa.. saya nak ambilkan.'
    "Tak mengapa, mak nak rasa makanan ni sikit.'
    Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku.. bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.
    Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya..
    Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan..
    "YA Allah, Engkau peliharalah ibu kami.. ampunilah dosanya.. berilah kekuatan kepada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga, amin.."

    sumber : iluvislam
×
×
  • Create New...