Jump to content

omgwtfbbq

Learning
  • Content Count

    9
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by omgwtfbbq


  1. aku boleh bagi klu je supaye ko cube sendiri, tiade suap2, :125:

    [list]
    [*] untuk output kepada skrin, gune function [font="Courier New"]cout[/font]
    [list]
    [*]contoh:

    [code]
    cout << "Makan nasi!\n";
    [/code]
    [/list]
    [*] untuk input dari keyboard, gune function [font="Courier New"]cin[/font]
    [list]
    [*]contoh:

    [code]
    int x;
    cin >> x;
    [/code]
    [/list]
    [*] gunekan if/else @ switch/case untuk membuat keputusan bagi nilai yang diterima
    [list][*]contoh:

    if/else
    [code]
    if (x == 10) {
    cout << "x bernilai 10!\n";
    } else {
    cout << "x bukan 10:(\n";
    }
    [/code]

    switch/case
    [code]
    switch (x) {
    case 10:
    cout << "x bernilai 10!\n";
    break;
    default:
    cout << "x bukan 10:(\n";
    }
    [/code]
    [/list]
    [/list]

    lepas tu nak tulis program, fikirkan turutan proses yang perlu untuk mencapai apa yang assignment tu mahukan,
    aku bagi klu sikit untuk turutan proses tu,

    [list]
    [*] output ke skrin pilihan yang ada dan apa mesej yang perlu seperti "Press number 1.."
    [*] input dari keyboard untuk pilihan menu
    [*] output ke skrin mesej "Press Y to.."
    [*] ko tambah la lagi ape yang sesuai lepas ni.
    [/list]

    [quote]
    lgpn lecturer ak baru ajar bende2 yg basic2 je
    ramai org x puas ati ngan lecturer tu smp diorg wat assg ni copy paste je..
    tolong ye...
    thx
    [/quote]

    ajar benda basic tu setakat mana?

  2. [IMG]http://i.imgur.com/6TLwh.gif[/IMG]

    [quote]
    Kebanyakan student IPTA/IPTS yang ditugaskan membina sistem boleh dikatakan salah memilih tajuk dek kerana menyangka sistem tersebut mudah... Malah ada juga kalangan student yang cuma ada asas programming dah diminta buat sistem canggih-2 oleh lecturer.. [b]sedangkan lecturer pun ajar cuma basic jer.... Bodoh punya lecturer...[/b] Di sini aku nak bg tips utk korang sebelum decide sistem apa korang nak buat... Ni merupakan salah satu kesilapan pelajar, sebab [b]hanya dok ikut cadangan lecturer... pergi mampus sama dia la[/b]... dia ajar korang pun lbh kurang jerr, pastu demand korang wat sistem canggih-2...
    [/quote]

    seronok betul

    [quote]
    3) Sistem untuk telefon bimbit menggunakan JAVA, J2ME, J2EE... Kdg-2 aku tak faham kenapa bersusah payah sgt nak develop sistem ni... sdgkan korang cuma belajar asas programming... korang cuma belajar VB 6, cuma belajar PHP... Lepas tu nak buat sistem mcm ni... Dah la tu demanding lbh-2, nak sistem ni leh buat tu la, leh jd mcm ni la... boleh jdkan hp bertukar jd kamen rider la... jdkan henpon bertukar jd Transformer laa... Lastly sistem tak menjadi... korang demanding sgt...
    [/quote]

    aku lagi tak faham, kenapakah perlu menghadkan kepada apa yang dipelajari sahaja? bukankah buat projek ini, dapat memberi pengalaman kepada pelajar? boleh menjadi bonus point bila nak mintak kerja nanti, sekarang pun banyak demand untuk position mobile app developer @ java programmer.

    [RANT]
    bagi yang bakal membuat final year project nanti,

    apabila nak memilih tajuk sendiri @ dari lecturer, pilihlah projek yang mampu mencabar diri anda, yang anda tidak tahu nak mula dari mana. sepatutnya final year project bukanlah seperti assignment @ projek akhir subjek tahap kesusahannya, kalau buat ape yang kite dah tahu, apekah yang kite dapat pelajari? kemajuan takkan tercapai jikalau kita duduk di takuk yang sama, keluarlah dari zon selesa, buanglah budaya suap-menyuap. berusahalah kerana kepuasan menyiapkan sesuatu projek yang kita mulakan, tak dapat dibayangkan. apa2 pun, terpulang kepada diri anda samada untuk menambah baik diri anda agar lebih bernilai dalam industri atau sekadar ingin menyiapkan projek dan grad je.
    [/RANT]

    sekian, maap :3:

  3. pasal pendedahan awal itu, saya setuju, cuma bagi pelajar yang baru pertama kali terdedah kepada C++ awal2 lagi didedahkan pula dengan konsep2 yg berkaitan dalam gui programming mungkin terasa seperti dihentam ombak :P. Pelajar perlu terlebih dahulu didedahkan dengan asas bahasa C++, konsep OOP, memory management dan apa2 yang berkaitan agar mereka faham apa yang sedang berlaku apabila mereka menggunakan pustaka ini.

    penyelaras kursus(?) mungkin boleh menyelitkan topik gui programming menggunakan pustaka2 tertentu diakhir silibus pembelajaran @ buat satu kursus lain yang mendedahkan pelajar dengan topik2 advance seperti gui programming, threading, networking, etc2

  4. lecturer terima @ tak, tu lain hal.

    tapi kalo nak guna, biarlah sesuai dengan keadaan dan keperluan. Bagi kelas asas pengaturcaraan cukup lah setakat cli, kerana tujuannya untuk memperkenalkan pelajar dengan bahasa itu. Benda2 extra mcm gui programming, thread programming, blabla.., itu sendiri2 je lah mengikut minat.

  5. ini adalah penerangan secara ringkas yang menjawab 4 keyword yang ditanyakan. Aku akan menggunakan analogy dan menjadikan kucing domestik sebagai model.

    secara ringkasnya object-oriented paradigm menjadikan objek2 diluar seperti kereta, pasu dan pokok yang masing2 mempunyai attribute dan fungsinya tersendiri sebagai programming model.

    [b]class[/b]

    class adalah blueprint yang menjelaskan ciri2 dan fungsi yang ada pada sesuatu objek itu.

    contoh kucing:

    attribute: berkaki empat, berbulu, berekor
    method: melompat, mengiau, menangkap tikus

    attribute dan method inilah yang menjelaskan sesuatu binatang itu adalah seekor kucing. kucing yang boleh disentuh itu dipanggil object bagi class ini.

    [b]subclass[/b]

    class yang inherit dari class yang lain pula dipanggil subclass. Ini adalah satu feature OOP

    contoh kucing:

    spesis kucing juga mempunyai pelbagai baka seperti Birman, Korat dan Burmilla, tetapi ia masih mengekalkan attribute/method tertentu (berkaki empat, berbulu, mengiau, dll) sebagai kucing domestik. Kita boleh gambarkan kaitan ini seperti di bawah, dalam class Felis Catus; Birma, Korat dan Burmilla inilah yang dikatakan subclass.

    [code]
    Kucing(Felis Catus)
    __________|___________
    | | |
    Birman Korat Burmilla
    [/code]

    [b]private method[/b]

    fungsi2 ini digunakan secara dalaman, object bagi kelas itu tidak dapat memanggil fungsi2 jenis ini.

    contoh kucing:

    fungsi dalaman kucing seperti jantung yang mengepam darah ke seluruh badan, terselindung dari dunia luar. Kita/kucing sendiri pun tak dapat control fungsi itu.

    [b]public method[/b]

    fungsi2 ini boleh dipanggil oleh object bagi sesuatu kelas itu.

    contoh kucing:
    menangkap tikus adelah salah satu fungsi yang mampu dilaksanakan oleh kucing samaada di arahkan @ atas inisiatif sendiri.

    contoh kod python yang berkaitan:

    [code]
    #!/usr/bin/env python2


    class FelusCatus:
    def __init__(self, warna):
    self.warna = warna

    self.__pamdarah()

    def meow(self):
    return "meow~"

    def __pamdarah(self):
    """
    fungsi: mengepam darah
    """

    class Birman(FelusCatus):
    country = "Burma"

    class Korat(FelusCatus):
    country = "Thailand"

    if __name__ == "__main__":
    kucing1 = Birman("oren")
    kucing2 = Korat("hitam")

    print "Baka Birman: ", kucing1.meow()
    print "Baka Korat: ", kucing2.meow()

    kucing1.__pamdarah()
    [/code]

    output:

    [code]
    Baka Birman: meow~
    Baka Korat: meow~
    Traceback (most recent call last):
    File "./cat.py", line 36, in <module>
    kucing1.__pamdarah()
    AttributeError: 'Birman' object has no attribute '__pamdarah'
    [/code]

    sedikit penerangan:

    didalam code di atas, [font="Courier New"]FelusCatus[/font] adalah sejenis class, [font="Courier New"]Birman[/font] dan [font="Courier New"]Korat[/font] juga adalah sejenis class tetapi, 2 class ini inherit class [font="Courier New"]FelusCatus[/font], maka ia dipanggil subclass. Kita dapat lihat dimana [font="Courier New"]country[/font] dan [font="Courier New"]warna[/font] adalah attribute dan [font="Courier New"]meow[/font] dan [font="Courier New"]__pamdarah[/font] adalah method bagi class ini

    [font="Courier New"]meow()[/font] adalah public method bagi class2 ini, ini dapat dilihat dalam output di atas dimana tiada sebarang masalah apabila [font="Courier New"]meow()[/font] dipanggil oleh objek2 bagi class itu. namun apabila fungsi [font="Courier New"]__pamdarah()[/font] dipanggil oleh object, error telah dilontarkan, ini adalah kerana [font="Courier New"]__pamdarah()[/font] adalah private. jika kita lihat, [font="Courier New"]__pamdarah()[/font] telah dipanggil dalam function [font="Courier New"]__init__()[/font], namun tiada error dilontarkan.

    ps:
    dalam python, tiada spesifik keyword untuk menjadikan sesuatu fuction itu private, tetapi meletakkan __ dihadapan sesuatu function akan menjadikan ia private (sebenarnya python mengubah nama function itu menjadi nama lain)

    sekian sahaja penerangan yang mungkin menambah kefahaman atau menambahkan lagi kekonfiusan atau tiada memberi apa2 kesan :unsure:

  6. walaupun ada kebarangkalian anda sudah mendapat jawapannya, tapi aku akan terangkan juga serba sedikit
    untuk rujukan forumer lain

    ':' dipanggil slice operator
    digunakan untuk memilih element berdasarkan index didalam sesuatu list, bermula dari kiri

    cara penggunaan:
    [code]
    list_variable[index_mula:index_tamat]
    [/code]
    pilihan akan bermula dari [b]index_mula[/b] sehingga [b]index_tamat-1[/b] (index_tamat tidak termasuk didalam pilihan)

    [code]
    index_mula(M) = 1
    index_tamat(T) = 4

    list -> [ 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7]
    index -> 0 1 2 3 4 5 6
    M T
    pilihan -> [ 2, 3, 4]
    [/code]

    index bermula dari 0, dan salah satu dari index boleh diabaikan
    [list]
    [*] index_mula diabaikan, pilihan bermula dari awal sehingga index_tamat-1
    [*] index_tamat diabaikan, pilihan bermula dari index_mula sehingga tamat list
    [/list]
    jika kedua2 nilai index diabaikan, seluruh nilai list termasuk didalam pilihan

    contoh:

    mengeluarkan 3 element bermula pada index 1 dari list
    [code]
    >>> numbers = [1,2,3,4,5,6]
    >>> numbers[1:4]
    [2, 3, 4]
    [/code]

    mengeluarkan 3 element pertama dari list
    [code]
    >>> numbers = [1,2,3,4,5,6]
    >>> numbers[:3]
    [1, 2, 3]
    [/code]

    mengeluarkan 4 element terakhir
    (peringatan: pilihan berdasarkan index dalam list, jadi anda perlu mengira untuk memastikan
    perlu bermula dari index keberapa untuk mendapatkan list terakhir)
    [code]
    >>> numbers = [1,2,3,4,5,6]
    >>> numbers[2:]
    [3, 4, 5, 6]
    [/code]

    sedikit leceh disitu, jadi anda pasti tertanya2 adakah cara lebih mudah? :103:
    ya ada! :125:

    Pilihan juga boleh dimulakan dari kanan, dengan menggunakan nilai negatif,
    bagi nilai negatif, index akan bermula dari -1

    [code]
    list: [3 4 5 6]
    index: -4 -3 -2 -1
    [/code]

    berbalik kepada contoh diatas, apabila mahukan 4 nilai terakhir didalam list.
    otak anda boleh diringankan dengan menulis seperti dibawah,
    [code]
    >>> numbers = [1,2,3,4,5,6]
    >>> numbers[-4:]
    [3, 4, 5, 6]
    [/code]

    string juga adalah list in disguise, hehe, jadi operator ini boleh digunakan kepada string
    [code]
    >>> str = "makan"
    >>> str[:2]
    'ma'
    >>> str[-3:]
    'kan'
    >>> str[-4:-2]
    'ak'
    [/code]

    sekian penerangan panjang dari saya yang sedang berehat ini, keh keh, diharap dapat menjawab persoalan yang bermain dipikiran
    jika ada kesilapan, yang lebih arif sila perbetulkan :)
×
×
  • Create New...