Jump to content

MidNiteOil

Members
  • Content Count

    144
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by MidNiteOil


  1. aku nak cari notebook baru.harap korang semue boleh bagi pendapat utk membolehkan saye membuat pilihan yg bijak.kalu buleh ragenye dalam lingkungan Rm 3000, tahan lasak, dan lebih power. :D

    ada member kawe nok jual Toshiba Notebook...baru lagi!Dia dapat notebook lain yg baru, kompeni bagi....

    harga RM2300


  2. memang begitula caj untuk buat LAN....RM80 untuk satu point.

    Sebenarnya ada juga orang caj sampai RM120 untuk satu point (termasuk switch)

    Sebenarnya bila melihat pada sesuatu quotation tu...biasanya orang akan memilih harga termurah! Itu kita tak boleh nak tukar. Hakikat duniawi....

    Apa-apapun kau boleh huraikan satu persatu komponen LAN tersebut.Contohnya:

    Type 5 Wiring with RJ45 Wall Socket (switch point to PC point <30ft) - RM60 per point

    16 Port Switch - RM xx

    Router - Rm xx

    Wireless Access Point - Rm xx

    ADSL Modem - Rm xx

    Modem Line Lightning Protection - Rm xx

    UPS Power - Rm xx

    Begini la lebih kurang! Cuba listkan semua kemungkinan. Dan yg paling penting apa network kau mampu buat lebih dari yg lain....contohnya orang tak minta wireless, kau bagi free aje wireless function tu! he he..

    Cuba cerita detail sikit apa yg kau dah quote sebelum ni...


  3. Banyak link yang mati? Macam mana tu ye saya kurang faham maksud anda. Macam nilah apa kata saudara call saya dan kita boleh buat arrangement berjumpa somewhere atau kat opis saya kat Desa Pandan. Senang saya nak explain kat anda. Ok? No hp saya 0192381019. Nama saya Afifi

    Link yg mati, maksudnya "broken Link"...

    Sama macam kalau kita beli newspaper, ada page yg kurang!

    Kalau masih tak faham lagi...

    Contohnya bila kita buka halaman utama matrixcash.net

    kita diberi pilihan Bahasa...English dan juga BM! Bila kita tekan English....dia pergi ke link yg mati! Itu maksudnya...

    Begitu juga hyperlink "e-commerce", "world affiliates", "term & Condition","search" dan "subcribe/unsubscribe"

    Cuba "klik" dan lihat sendiri....


  4. ops jap jap..speker kecik cpu box?hurm not sure bout dat..yang mane ye.. :rolleyes:

    sorry

    Speaker tu kecik aje...macam Aiman!

    Biasanya wire ada 2, satu hitam dan satu merah...wire ni sambung terus ke speaker....dan punca sambung ke Mobo!

    pc_speaker_burn.jpg

    ni gambar nye...yg aku sempat jumpa!


  5. hi semua..aku nak mintak tlg bagi pendapat atau share la pe2..thanks

    camni cerita nye..aku ade mobo lame s370(kalau x silap) yang sappot intel celeron..so aku x tau cerita mobo ni atau pe pe yg rosak..jadi aku try la pasang tadi..aku rase aku pasang dah ok..kot2 la..

    then bile aku turn on..kipas PSU pusing(means get power),fan heatsink pusing power received la kot tetapi kat monitor aku x kuar ape2..just blip2 kat power punye l.e.d .FYI monitor ok sbab aku pakai monitor ni skang..

    so aku x dapat detect prob dia..then aku cube bukak ram(tinggalkan kosong slot) pastu on..mane la tau mobo dapat detect dan bunyi beep..tapi senyap jgak..xde sebarang detection

    korang rase pe masalah..mobo kong aite??

    tlg ye,...time kacihhh :D

    Ada dua kemungkinan...

    1. Celeron tu dah kong

    2. Mobo tu dah kong

    Biasanya kalau mobo dan CPU masih mampu berfikir atau tak brain dead laaa....dia akan keluarkan post test beep....

    dia ada bunyi beep panjang beep pendek untuk bagitahu status POST (power on self test)

    Sekiranya kau dah sambung speaker kecik yg biasanya duduk dalam CPU box tu....dan takde apa apa POST beep...nyata Board atau CPU dah rosak...

    Kalau ada beep...kau boleh cuba tengok memory atau v.card. Kalau masih takde apa apa keluar di skrin

    Sekian...


  6. tak gak aku rase...

    aku rase prob dengan modem ko kot...

    aku pernah jadi macam tue..

    tahu2

    modem yang rosak.

    Sekiranya bukan masalah Tmnet....

    Kau boleh cuba tengok dalam IE kau tu under Tools>Internet Options>Connections>Lan Settings

    Pastikan proxy server punya box "untick" atau tidak dipilih...tick "automatic detect settings"

    Tapi kalau mirc atau YM tak jalan selari dengan IE....sah ada masalah dgn TMnet.

    Eh...kau dah cuba EZnet tak? Dial 1315, tak payah username, tak payah password...4 sen /seminit(mahal sikit dari 1515


  7. hehe..tu den dah tau..den dah ado member tolong buekkan cross cable tu..tp bab nak setting kek komputer tu yg den x bape pasti..camno nak setting kek duo2 komp tu?

    Kadang-kadang kita kena cuba dulu....baru tanya!

    Perkara ni mudah sahaja! Jawapan pun dah banyak member-member berikan...

    Kau cucuk aje la xross link cable tu satu kat network card komputer kau, dan satu lagi kat komputer member kau!

    Pastu pastikan dua dua kom dalam workgroup yg sama! Dan IP group yg sama....bla bla bla

    Cuba dulu ya...


  8. Assalamualaikum MidNitOil, saya adalah salah seorang ahli matrixcash. Syarikat ni subscribekan website kepada subscriber dan subscriber dapat bonus lagi tuu RM147,660.00. Pelaburannya Minima RM 300 sekali bayar tuu. Kalau bro nak tahu bulan lapan ni Kite nak pegi ke Indonesia. Nak buat official launch kat sana. 200,000 dah tunggu. Kalau nak tahu ngan lebih lanjut call saya Afifi 0192381019

    Memang menarik...labur 300 dapat ribu-ribu! Tapi nak tanya sikit...

    Kenapa website Matrikcash tu banyak link yg mati ???


  9. Hanya orang yang jiwanya terletak pada komputer sahaja dapat merasainya :)

    Meh nak share citer ni...

    Aku ada PC yg umurnya dekat 2 tahun rasanya! Tak pernah servis...

    Masa mula mula bikin dulu memang dia lari 1500Mhz...AMD SEMPRON! Lepas 6 bulan pakai dia ada hanged sikit sana sini! Aku DC dia jadi 900Mhz

    Sampai la hari ni aku lari below spec! Masalah hanged tu hampir tak berlaku ( nak kata tak berlaku langsung, memang sah bohong...mana ada PC yg tak hanged)

    Tak siapapun dalam rumah aku ni notice yg PC tu di downclock kan below spec! Takde beza...(kecuali la kalau kita run testing software, maka terpampang la speed dia 900Mhz..)

    DC tu maksudnya "down clock!"

    Memang betul, OC memang ada seninya...begitu juga DC punya keje!

    Sama-sama memberi kepuasan kepada mereka yg mempunyai misi tertentu!


  10. assalamualaikum..

    nak tanya camna nak oc pc company yg dah tua ni(nak mintak baru tak dapat)... apa perkara yang perlu saya ambil tahu sebelum buat oc termasuk bajet nye.. pc ni guna intel xeon 1.7.. pc ni digunakan utk buat kerja design..

    Tak payah OC, kerana 10% hingga 25% OC bukan ada banyak bezanya! Tapi kau terbuka kepada risiko overheat your CPU la...your motherboard dan sebagainya!

    Kebanyakkan PC lebih rela kita...reformat semula dan "install FRESH" semua software yg berkenaan! Memang amik masa...tapi itu realitinya!Kalau boleh beli HD baru...lagi baik!

    Kalau komputer kita dah lebih dari 1500Mhz tu, kira bersyukur aje la! Kerana kita dah termasuk dalam kumpulan komputer2 yg laju! Yg tinggal hanya cara kita menyelenggara data yg keluar masuk ke PC kita! Atau cara kita memakainya!

    Tapi tak tahulah, apa software yg kau pakai....sekadar design 2D memang lebih dari cukup!


  11. xak la.. Moniter lama bleh lagi support resolusi 800x600 la...

    Ada jenis jenis monitor lama yg tak support resolution yg XP bagi....tak kira la beli tahun bila!

    XP biasanya setkan resolusi sesuatu komputer tu bukan ikut monitor yg kita pakai, tapi jenis Video card yg kita ada....kalau Video card tu boleh pegi sampai 1024 x 780! Dia akan setkan sampai situ...walaupun monitor lama kau tu mampu display 800 x 600 aje!

    Apa yg kau perlu buat, guna monitor 1 tu untuk boot kali pertama...dan reduce kan resolution satu takuk ke bawah, misalnya ke 800 x 600! Atau kalau nak confirm keluar gambar jadikan 640 x 480

    Pastu reboot PC tu dengan monitor 2!

    Kalau keluar gambar....cuba naikkan resolusi tadi balik! Kalau gambar tak stabil! Turun balik ke tempat asalnya!! Selamat mencuba


  12. kom aku set auto IP.... tapi skg x leh masuk sbb dia x leh nak renew IP...

    cuba repair tapi sampai skg dok appear windows renewing IP..

    camner nak buat yek? :o

    Kalau kom kita dok belakang server...mungkin server yg bagi kita IP tu down atau apa-apa antara kau dan server tu tak sambung! Router ke...NIC ke yg tak jalan...

    Kalau PC kau connect terus ke internet melalui modem...kau check modem tu dulu!

    Takleh nak bagi jawapan tepat...sebab keadaan masalah tu tak dihuraikan sepenuhnya!


  13. Thanks dzulcarnine.Tak pasti lah sama ada terklik tapi saya sentiasa berhati2 juga. Evoice pun teraktif.Ok tak apa lah nanti sham settle kat Kedai TM.

    Tapi pertanyaan saya.Jika kita ada Tmnet hotspot  kat kedai kita kemudian org nak surf net.Kat mana mereka nak register dan bayar kos pengunaan Sama ada kat yang punya hotspot atau kedai TM.Sorry ya.Ini bukan soalan paper.Thanks sekali lagi.

    Dia ada dua keadaan....kau nak jadi pemberi TMnet Hotspot atau kau nak jadi pengguna?

    Kalau nak jadi pengguna...memang tak payah susah2...cari aje notebook yg ada wireless connection dan pergi ke tempat yg ada hotspot! Anda boleh log-in dari situ!

    Untuk jadi pemberi...kau kena daftar dengan TMnet ...kata nak participate sebagai Tmnet Hotspot punya access point! Aku tak pernah buat, tapi asasnya TMnet akan tanya itu ini pasal kawasan yg kau nak bikin ni....dan kalau ada saper saper lalu atau duduk kat kawasan dan guna Hotspot melalui kau punya IP! Tmnet akan bayar pada kau dan bayaran bukan datang direct dari pelanggan tersebut!

    Bagus kalau tempat2 macam cafe, airport, bas terminal,perpustakaan,hostel....dan juga hotel hotel lobby!Yg banyak org luar, pelancong atau student!


  14. asalamualaikum...

    saya skang ni tgh dok study ttg proxy.

    so,nak tanya sikit tentang perbezaan antara client server application dengan proxy.

    dari segi perjalanan system  dan fungsi client server application ni.

    proxy ni paham ler ape fungsi dia...cuma client server app ni yg konfius skit...

    terima kasih......

    client server ni.. apa-apa applikasi yg bukan stand alone...untuk mencapai matlamat applikasi tersebut, perlu ada client side dan juga server side!

    Banyak contoh yg ada.... hanya pada awalnya client server ni lebih kerap dipakai pd sistem yg ada central database.Macam dekat bank tu...ada 5 komputer dekat kaunter depan....tapi kalau server down! Tak boleh keluar duit!

    Hah..ni contoh client server yg paling simple!

    Tapi kalau kau faham betul2 konsep client server ni....ianya perlu ada pemberi[serving] dan juga peminta[client]!Kalau nak ikutkan, internet ni pun banyak unsur client server didalamnya!


  15. Asalammualaikum......

    aku sebenar nak tanya, boleh tak kita tahu IP seseorg.....macam Email

    kalau kita tahu kita boleh tahu kan kedudukan PC dia kan.....

    sebab aku ada problem ....ada org hantar email kat kuarga aku....benda2 yg tak elok...aku dah sound dah tapi lagi teruk dia buat.....

    ingat nak report polis tapi email yg dia hantar...macam

    dia kutuk mak aku cakap tak reti jaga anak....dan sewaktu dengannya,

    aku malas nak report kat polis sebab email yg dia hantar tak menunjukkan ugutan

    tapi sapa tak sakit hati...kalau mak kena macam tu kan

    kalau ada sesiapa tahu ......tolg ahh aku benda ni dah belaku dalam 2 bulan

    sebelum ni aku segan nak tanya ko org......

    atau pun ada cara lain...tolong lahhh

    satu lagi kalau salah tempat sory ahhh...

    sebab tak tahu nak hantar kat topik mana

    Sekarang ni kau nak apa? tahu IP pun untuk apa? sedangkan kau dah tahu individu tersebut...

    Beginilah... kau boleh ban atau ignore apa apa emel yg datang dari dia..cuba refer pada SPAM filter! Kalau kau tak tahu nak guna SPAM...cari aje emel address baru dan....jgn bagitahu dia!


  16. saya ada membuat satu website http://raflin85.cjb.net.Masalahnya saya ingin promote site saya ke dalam mana-mana enjin web tanpa bayaran.Saya kurang pasti yang mana satu website yang selamat dan menyediakan perkhidmatan ini secara 100% percuma.Saya harap ahli putera.com dapat membantu saya.Kepada ahli putera.com silalah lawati laman web saya ini dan berikan komen atau cadangan di ruangan buku tamu.K adios......

    Boleh submit ke Yahoo atau Google secara percuma...cuma ianya akan ambil masa 1 bulan atau 2 untuk keluar dlm listing mereka!!!!

    Buat sementara waktu ni kau boleh juga search untuk cari tips tips macamana website kau ni mudah dijumpai contohnya keywords yg digunakan, metafile dan lain lain.... aku pernah buat 2-3 website, semua listed dalam masa 1 bulan dalam google! Sekarang dah lama tak buat website...mungkin org lain ada tips yg lebih terkini....bobaiiii


  17. eh tambah sikit...

    katakan lah kiraan aku tu betul....kau kena ingat simpan duit untuk maintanence. Macam-macam alat boleh rosak sepanjang operasi cc tu...dari komputer sampai ke aircon pun kau kena pikir!

    Pendapat peribadi aku, kalau diberi peluang untuk aku membelanjakan 20k, besar kemungkinan aku tak pilih cc sebagai bisnes ....kerana modal 20k tu nak dapat balik .... mungkin lambat sangat! Atau silap2 tak dapat balik modal asas tu....

    Tapi untuk pengalaman berniaga....susah kita nak nilaikan sesuatu tu dgn nilai wang ringgit!!!!


  18. Askum sume..

    1stly aku nk mintak maaf awal2 if thread nie dh ade yg bukak....ok camnie...

    aku ni org tgh jek yg kurang tau pasal nk bukak cc nie....kalu bleh aku nk tanyer proper step nk bukak cc .... mean secara details including lesen ..pc n etc...

    2nd..aku pn pening kepala sebab member aku nie nk bukak cc tp modal RM20k..aku rase cm x bleh tp tak tau laa camne...

    so hopefully sape yg berpengalaman dlm bukak cc nie harap dapat mmbantu n lagi yg buat aku terkujat die nk bukak in 1 mnth time so kalau kira2 dlm hjung bulan 8.

    oh ya 1 more die budget utk 10 pc jek...

    harap dibantu..

    thanks korang .......

    p/s: sape2 bleh ajar aku bt proposal cc ni bleh PM aku...tq smile.gif

    Tentang lesen tu semua kau tanya orang lain aje la...

    Yg aku nak bincang ni ialah macam mana nak calculate income...kita kira income cc hanya dari orang keluar masuk pakai komputer pada kadar RM2 sejam.

    Sekiranya kau hanya buka 12 jam sehari....dan ikut pengalaman aku ler...dia punya hit lebih kurang 30% - 40% aje purata!

    12 jam x 10 biji kom x 0.35 x 2 Ringgit x 30hari = Rm2520 sebulan!

    Kiraan ini berdasarkan kerja setiap hari, buka 12pm hingga 12 malam, 35% hit....dan RM2 sejam!

    Tolak sewa premis, air api, streamyx bla bla bla! Mungkin kau ada lebih Rm1000....[kalau suruh org jaga, kena bayar gaji la beb!!!]

    Apa yg aku cakap ni hanya model sahaja! Mungkin kiraan lari sikit memandangkan lain tempat lain sikit perangainya!Bole la dibuat pedoman!

    Dan satu lagi mungkin ramai tertanya apa benda hit rate tu..ianya ialah peratus 10 biji komputer kau dalam kegunaan. Kalau hit rate 35%, maknanya kom kau tu dalam 12 jam dia hidup , hanya 35% masa aje ianya disewa, selebihnya 65% dia dok idling buang karan!!he he

    Sebelum aku akhiri, buka cc ni memang senang! 20k pun cukup kalau pandai dan fasih pasal alat yg nak pakai....dan income mungkin boleh kurang atau lebih dari apa yg aku kira diatas! Yg aku nak sarankan disini, bila kita buka CC tu, jangan dok ingat income dari org sewa komputer sahaja...pelbagai kan mengikut keadaan dan kehendak pelanggan....

    Kalau pelanggan banyak student suka buat printing, printer hendaklah cekap dan baik kualitinya....dan tambahkan servis servis lain seperti khidmat baik pulih komputer, photostat, print digital photo....dan sebagainya! Gerenti sukses..! ok chow


  19. Masalah kau mungkin begini...kau boleh masuk internet! Tapi tak boleh masuk "setting" melalui 192.168.1.1 Betul tak?

    Dan kau tak boleh ping 192.168.1.1....langsung!

    Aku suspek router kau tu berfungsi sebagai modem biasa dan bukan router! Cuba kau cerita lebih lanjut berapa buah komputer yg ada sekarang yg bersambung dgn router tersebut...

    Dan juga, adakah kau sambung melalui USB atau melalui RJ45 port???

    Dan terakhir, Apa IP kau bila kau connect ke internet?[ni boleh check dekat network connection, kalau IP kau bukan 192.168.x.x, sah router kau dah disetkan menjadi modem function...]


  20. Wireles ini ada gangguan dengan prosessor taks?

    maksud aku..ada yang berfungsi pada gelombang 2.4GHZ (kalo salah tlf betulkan)

    adakah akan berlaku gangguan terhadap PC yang berkelajuan 2.4GHZ

    Tidak ada gangguan kerana 2 frekuensi yg berbeza....

    Pada CPU atau pun processor frekuensinya dalam bentuk digital....dan untuk wireless dan yg berkaitan, frekuensi nya dalam bentuk RF atau radio signal.. atau secara amnya dikenali sebagai analog signal! Dua benda ni mungkin mempunyai "value" yg sama, tapi mereka sebenarnya wave atau gelombang yg berbeza...

    Secara mendalamnya 2.4Ghz dari processor sebenarnya 'square' wave...dia takde kebolehan untuk memancar...ianya sebenarnya kekerapan pintu-pintu transistor pada processor membuka-tutup

    Sebaliknya pula, 2.4Ghz yg dikeluarkan oleh Wireless..telepon cordless rumah dan sebagainya ialah radio wave. Ianya gelombang analog yg boleh dipancar dan diterima sama kategori seperti suara[transmitter] dan juga telinga kita[receiver].

    Digital wave hanyalah ulangan denyutan dalam bentuk square wave...ianya tak boleh dipancarkan seperti gelombang analog...seperti microwave, suara kita atau soundwave, radio wave dan x ray!Dan juga cahaya...eh lupa pulak aku yg cahaya juga adalah sejenis gelombang!

    Dan pesanan terakhir, jangan pula keliru sekiranya orang menyatakan music dari CD itu...dalam bentuk digital! Mengapa pula kita mampu mendengarnya?

    Sebenarnya apa yg kita dengar[soundwave], lihat [visible light wave] rasa [radiation atau heat wave] dan sebagainya seperti X-ray dan microwave...kesemuanya ini dalam bentuk analog dan bukan digital!

    Kalau dah semua analog, kenapa kita selalu jumpa peralatan mempunyai ungkapan "digital" dalam spesifikasi peralatan tersebut??

    Hal ini untuk kau pula lah memikirkannya....

×
×
  • Create New...