Jump to content

hafizul amri

Learning
  • Content Count

    13
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by hafizul amri


  1. Salam..

    Baru-baru ni, saya mendaftar Unify dan kontraktor datang pasang Unify tu dekat rumah.
    Semasa pasang Unify tu, kontraktor TM ada bagitahu yang wireless ni mungkin ada problem dengan laptop berjenama Compaq.
    Mungkin laptop compaq tidak dapat kesan wireless pada router ni.
    Tapi masalah ni boleh diselesaikan dengan configure setting pada router tu.

    Saya pakai laptop Acer, jadi, tidak ada masalah untuk connect ke router tu, dan setakat ini, tak ada kawan saya yang pakai laptop compaq.
    Walaubagaimana pun, saya minta kontraktor tu configure kan terus setting pada router tu supaya
    laptop Compaq juga boleh detect wireless tu.

    Semalam, kawan saya baru bawa balik laptop Compaq dia, dan bila cuba search wireless unify tu,
    tak dapat dikesan.

    Mungkin ada lagi setting yang tak kena pada router tu.

    Saya tahu macam mana nak masuk ke setting router tu, dan dah cuba masuk, tapi tak tahu kat mana setting
    yang perlu diubah.

    Saya nak call kontraktor tu balik, tak ada nombor, lupa simpan kat mana nombor tu.
    Harap-harap ada ahli putera dekat sini yang dapat membantu..

  2. Tutorial PHP dalam bentuk video boleh dapatkan disini.

    http://jomphp.com/koleksi-tutorial-video-belajar-php-mysql-secara-percuma.html
    Koleksi video tutorial tu memang bagus.

    Kalau kat youtube, search 'phpacademy', video tutorial phpacademy pun sangat bagus
    dan mudah difahami.

    Sangat rekomen. :35:

  3. [quote name='sitoplasmat' date='25 November 2010 - 10:09 AM' timestamp='1290650962' post='1054355']
    smart web nei...simple jer..mudah utk berurusan..tapi klu buat tengah2 pun ok..sara kekok pula bile tengok tak center..
    [/quote]
    Terima kasih sitoplasmat atas komen tersebut. :)

    [quote name='LanoZ' date='25 November 2010 - 02:29 PM' timestamp='1290666578' post='1054391']
    Website yang baik... kira macam mudah.com tu ker konsep dia... by the way, cuma too simple la... tambah ler unsur grafik bagi nampak lebih menarik... anyway, good website.. :D
    [/quote]
    Mudah.com ke mudah.my? :D Konsep dia mmg lebih kurang mcam mudah.my, tapi kami akan cuba buat kelainan agar ia lebih unik sedikit.
    Dan InsyaAllah, nanti kami akan tambahkan grafik. Terima kasih atas cadangan tu LanoZ :)

  4. Saya tak berapa faham tentang nombor version ni..

    Seperti Xeonn bagi contoh, Skype Version 1.4.74.0.

    Major = 1
    Minor = 4
    Revision = 74 <----Nombor dari SCM
    Build = 0


    Nombor Major, Minor dan Build tu apa?
    Sekarang saya pun guna source control, tapi tak ada pula nombor Major dan Minor tu,
    yang ada cuma nombor Revision sahaja.

  5. Btul tu.. programmer tak perlukan kepantasan menaip dengan laju..
    tapi, kalo laju akan memberikan kita kelebihan..

    Sori kalo silap section, confius tak tau nak letak section mana.. huhu

    Ok.. ni dia tips nye..

    TIPS MENAIP LAJU

    1. Menumpukan ketepatan daripada kelajuan
    - ini adalah kerana perkataan yang ditaip dengan tepat akan membantu kelancaran.
    - manakala perkataan yg ditaip salah akan menyebabkan kelancaran terbantut
    - jadi, janganlah sesekali risau dengan kelajuan, taiplah dengan kelajuan yang termampu sahaja
    - kelajuan akan meningkat dengan sendirinya apabila membuat latihan
    - jadi, ketepatan lebih utama daripada kelajuan, kerana tidak ada gunanya kalau laju tetapi tidak tepat
    - manakala ketepatan akan membantu kelajuan

    2. Memberi arahan melalui minda
    - sebenarnya, minda kitalah yang memberi arahan kepada jari-jari kita untuk bergerak dan menekan butang tertentu
    - sekiranya kita tersalah taip, ini adalah kerana minda kita telah memberi arahan yang salah.
    - percayalah bahawa, jari-jari kita tidak pernah melakukan kesilapan dan ia selalu mengikut apa yang diarahkan
    - tetapi yang melakukan kesalahan adalah minda kita kerana kesilapan memberi arahan
    - pastikan apa yang kita hendak taip adalah jelas dan berada dalam kawalan minda kita
    - jangan memberi arahan kepada jari kita untuk menekan kecuali memberitahu apa yang perlu ditekan
    - kerana ia akan membuatkan banyak jari yang gatal menekan secara rambang
    - sekiranya jari kita terasa kaku untuk menekan butang, ini adalah kerana berlaku konflik pada arahan

    3. Latihan
    - jari kita tidak memerlukan latihan tetapi sebaliknya minda kitalah yang memerlukan latihan
    - sebenarnya kita melatih minda kita untuk memberi arahan dengan tepat
    - serta membiasakan minda kita untuk memberi arahan dengan lebih laju
    - jangan menyangka bahawa jika kita melatih tangan untuk menaip laju, kelajuan menaip kita akan meningkat
    - sesiapa pun boleh menaip dengan kepantasan maksimum dengan syarat apa yang ditaip tidak semestinya tepat
    - jangan buat latihan semasa minda kita kepenatan.

    p/s: mungkin ada kaitan dengan penggunaan minda bawah sedar

  6. Salam programmer2 semua..
    Tentu ramai antara kita yg ingin memiliki kemahiran menaip terutamanya sebagai seorang jurutaip kerana dengan adanya kemahiran ini, seseorang dapat menjalankan aktiviti di hadapan PC masing-masing dengan mudah seperti chatting, posting entry blog, email, typing coding dan sebagainya yang memerlukan keyboard untuk menaip.

    Tips yg akan saya berikan ini insyaAllah amat berkesan bagi meningkatkan kemahiran menaip kita.
    Tetapi, tips2 ini ditujukan bagi mereka yg pernah belajar menaip dengan cara yang betul tanpa melihat keyboard, tetapi tidak berpuas hati dengan kelajuan menaipnya. Namun bagi mereka yg masih belum mempelajarinya, bolehlah membeli atau mendapatkan software menaip seperti 'Mavis Beacon Teaches Typing'.

    Sebenarnya tahap kelajuan menaip saya ini masih belum mencapai tahap advanced, namun saya rasa tidak salah kalau saya nak kongsikan tips2 ini dan saya juga tidak sabar2 untuk kongsikannya kpd orang lain. ::icon_biggrin::

    Selepas sebulan saya belajar menaip menggunakan software 'Mavis Beacon' sambil2 mengisi masa boring waktu cuti sekolah, saya telah mencapai kelajuan sebanyak 30 Word per Minutes (WPM). Kemudian setelah lebih kurang setahun, kelajuan menaip meningkat kepada 40WPM, peningkatan yg sedikit mungkin sebab jarang buat latihan. Dalam 6 bulan kemudian, walaupun sudah banyak kali buat latihan menaip, tetapi kelajuan masih tetap dalam lingkungan 40WPM jugak. Puas mencari pelbagai tips dari internet, tetapi, masih tetap sama jugak. Sambil2 buat latihan, saya berfikir, bagaimana nak tingkatkannya.. lama-lama barulah saya dapat tips tu.. Semasa menggunakan tips tu, dengan serta merta, dari 40WPM meningkat menjadi 50WPM dan menjangkau 60WPM. Alangkah gembiranya saya pada waktu tu.. huhu..

    Then lama-lama, saya terlupa akan tips tu.. hinggalah apabila saya praktis, kelajuan hanya sampai 50WPM lebih jer... selepas lebih kurang 6 bulan (iaitu dlm minggu ni) barulah saya ingat balik tips tu.. sebelum ni (waktu cuti akhir semester) dah 20 hari lebih saya praktis menaip, sejam sehari, asyik 50WPM lebih jer, susah untuk tingkatkannya.. kemudian bila saya guna tips tu, suatu yang mengejutkan saya bahawa, kelajuan menaip saya telah mencecah sehingga 80WPM, tapi takleh maintain. Sekarang saya hanya bleh maintain menaip antara 60WPM hingga 70WPM sahaja. Target 80WPM utk dlm masa 1 minggu. Misi lak 120WPM dlm masa setahun.. huhu..

    Nanti saya akan kongsikan tips tu pada lain waktu.. huhu

    ::icon_smile::
×
×
  • Create New...