Jump to content

Rekaniaga

Members
  • Content Count

    31
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by Rekaniaga


  1. Aku sokong, lebih baik kita gunakan sesuatu daripada terus membiarkannya kaku, mmg hidup agak complicated, pada aku krisis ekonomi ni adalah sesuatu yang biasa dan kita perlukan ini untuk terus melangkah ke masa depan dan mematangkan diri, kalau kamu semua tak faham, lebih baik tonton Astro Ceria

  2. QUOTE(mkhairulx @ Dec 28 2008, 07:02 PM) <{POST_SNAPBACK}>
    Salam nak tanya mcamana nak letak emas kat bank, boleh simpanke kat sana sebab selalu kita siman wang je kan, n kalu kita nak belimas tu dalam bentuk ape ye mcam cincin atau gelang ke, mitak bagi tunjuk ajar


    Konsep meletakkan emas di bank ialah bukan salah satu daripada konsep pelaburan emas, itu hanayalah proses yang sama ketika kita hendak menyimpan wang.

    Memang kita dibenarkan menyimpa emas di bank, malah kita juga dibenarkan menyimpan apa saja di bank selagi kita berduit dan yang amat memeritkan ialah kita perlu membayar caj peti besi yang kita gunakan untuk menyimpan emas. Jika kamu mempunyai emas bertroy2 ataupun kamu mempunyai set pinggan mangkuk emas, baik kamu gunakan perkhidmatan bank untuk menyimpan emas kamu, tapi jika kamu hanya mempunyai jumlah emas yang sedikit, dan kamu hanya berniat ingin membuat pulangan 2 kali ganda dari jumlah emas kamu, aku rasa lebih baik kamu simpan sendiri, lebih bagus kalau kamu berkahwin dan menyuruh isteri kamu memakainya, pasti selamat!

  3. QUOTE(ja mira @ Dec 28 2008, 10:40 AM) <{POST_SNAPBACK}>
    nak tanya..en.rekaniaga..,maksud beli emas tu...beli waktu harga jatuh and jual waktu harga naik kan? contoh beli emas RM100 then Jual dapat RM120 so untung kita RM 20 kan..ni contoh jer...tapi bila gawat..harga emas boleh naik ker...?saya tak pandai tapi nak cuba dulu...jangan mara

    and if kita beli emas and time gawat memang kita nak pakai duit,time tu pulak harga emas jatuh..nak tak nak kita terpaksa jual jugak sebab dah terdesak...bukan nih satu pembaziran ker?

    pe per thanks sebab sudi menjawab...


    Hi ja_mira,
    Terima kasih sebab sudi bertanya,

    Ya, kamu betul, maksud pelaburan emas ialah situasi di mana seseorang membeli emas tak kira pada harga jatuh atau naik, kemudian emas yang dibeli disimpan untuk satu jangka masa genting (dimana kamu menghadapi situasi kegawatan ekonomi kamu sendiri), kamu boleh menjual emas yang kamu ada ataupun melakukan pajakan ke atas emas yang kamu ada, (Aku lebih mencadangkan kalau kamu berdepan dengan situasi kegawatan ekonomi, lebih baik kamu pajakkan di mana-mana bank yang tidak mengenakan faedah atau faedah yang sedikit mengikut harga emas semasa)

    Di sini kamu sudah ada satu sumber yang boleh membantu kamu mengatasi masalah krisis ekonomi kamu sendiri,

    Kamu tak perlu risau tentang risiko kejatuhan harga emas, sebab harga emas ditentukan 2 kali sehari dan mengikut statistik, harga emas susah mengalami kejatuhan.

    Untuk pengetahuan kamu, sekiranya kamu melabur di dalam mana-mana unit amanah ataupun pelaburan berkala, pihak yang menguruskan pelaburan kamu juga ada melaburkan duit kamu untuk perlaburan emas selain blue chip dan matawang asing.

    Thanks anyway

  4. Azam aku ialah aku mahu mahu melihat Pagerank website aku www.rekaniaga.net meningkat ke angka 10 sebaris dengan Google dan Youtube!
    Mungkin ini juga azam aku untuk tahun-tahun seterusnya, 2010, 2011, 2012, 2013 dan seterusnya sehinggalah aku tukar dengan azam yang lain.

  5. QUOTE(K.I.T.T @ Dec 27 2008, 02:24 AM) <{POST_SNAPBACK}>
    weh jangan.jangan beli kereta dalam tempoh gawat ni.jangan ada komitmen apa2 pun.please keep cash in your hand.jangan simpan dalam bank.ekonomi negara kita akan `suffer` sikit.pasal negara kita banyak buat eksport ke jepun dan Amerika.lagi2 bende elektronik.bertahan dulu.kerana ada desas desus mengatakan keadann ini akan berlanjutan kurang-kurang 3 tahun.dalam tempoh 3 tahun ni akan ramai hilang kerja.kena buang keja pasal kilang@kompeni cuba merendahkan kos.so siapa keja kilang siap sedia la.lagi2 rekod keja x cantik.selalu buat hal.bank kat US dah runtuh.ramai orang dah mengeluarkan duit masing2 dalam bank.kerana orang dah hilang keyakinan terhadap bank.jangan buat hutang dalam tempoh terdekat ni.kesan dia mungkin x seteruk tahun 98.cuma pembangunan dan projek2 utk rakyat dihentikan sementara.so negara dalam keadaan slow.

    member cina aku kata orang melayu untung.pasal ada ASB.....aku x berapa paham la ASB ni.siapa keh explain?


    mana boleh bro.bende2 macam tu mana boleh simpan.mudah rosak.bercucuk tanam mmg boleh.tapi kalau keperluan asas nak simpan buat stok.nanti market beras kucar kacir nanti.permintaan melebihi penawaran.menyebabkan peniaga menaikkan harga beras.


    Insyaallah krisis ni takkan berlanjutan lebih dari tahun 2009, Kamu yang bekerja di kilang2 tak perlu takut sebab, yang perlu takut ialah pemilik-pemilik kilang tersebut

  6. Lepas ni ramai la forumer yang akan bukak thread dengan tajuk-tajuk yang agak memualkan seperti :


    1. Saya telah dilantik sebagai Perdana Menteri tapi...
    2. Saya baru dapat panggilan daripada APPLE Malaysia bahawa saya akan diberikan sebuah Macbook Pro berwarna hitam secara percuma tapi...
    3. Semalam, Jessica Alba mengajak saya bertemu ibubapanya untuk berbincang tentang perkahwinan kami, tapi...
    4. Seterusnya....
    Kesimpulannya ialah, kamu tak perlu banyak tapi jika sesuatu yang menguntungkan berlaku ke atas kamu.


  7. QUOTE(Anggun Sukma @ Dec 26 2008, 03:53 PM) <{POST_SNAPBACK}>
    kesan krisis mungkin dlm pertengahan thn 2009, so kita ada dlm 6-7 bulan lg buat persediaan, bagi yg mmg dah kaya & byk simpanan xpe la, tapi bagi yg keja kilang & gaji pun biasa2 jer, family pula ramai, ape kata kita mula start beli brg keperluan byk2..he..
    contohnye dlm setiap bulan beli extra 20kg beras, skrg harga beras dah turun..jadikan stock. So lepas tengah thn 2009, beras dlm dapur dah ada 140kg, bleh makan setengah tahun tuuuu...
    Pastu, kalau kat blakang umah ada space sket, manfaatkan le.. macam mak aku, habis belakang umah aku penuh dengan sayur2, he..bila time gawat, kalau nak beli daging mahal sgt, makan sayur pun tak mati...kan?kan? laugh.gif
    yang selebihnye, gula,garam,susu,tepung...pandai2 le beli sket2, mulakan dari sekarang...sure time gawat nanti, kita tak teruk sangat, yang penting, terus kerja, jgn berhenti.. rolleyes.gif
    Amacam idea aku?


    krisis ekonomi ni sebenarnya dah bermula sejak penghujung tahun 2006, dan merebak ke tahun 2007, september 2008 adalah klimaks segala bencana, dan natijahnya kita dapat rasa sehingga suku kedua tahun 2009, dah agak terlambat kalau kita cakap krisis ekonomi ni belum bermula.

  8. QUOTE(fotosintesis @ Dec 26 2008, 03:22 PM) <{POST_SNAPBACK}>
    aku da 3 taun kumpul emas. bagi aku ia pelaburan yang bijak utk jangka masa pjg. aku dari dulu lagi x yakin ngan mlm ni. so aku wat cara bli emas ni. time harga emas turun aku p kedai untuk bli emas. bli sikit2. aku ska amik 916 je. tokey kedai emas yang aku kenal dia bgtau kalau nak bli emas bli waktu tengah hari. waktu tu harga ada skit down.


    Betul mcm cakap tuan kedai emas tu sebab, Pihak London Gold Fixing akan melakukan sekurang-kurangnya 2 kali dalam satu hari untuk mereka menentukan harga emas, dan tahniah buat kamu fotosintesis sebab bijak melabur dengan membeli emas, tapi tak bermaksud yang MLM ni tidak boleh dipercayai.
    ,

  9. Ketika nukilan ini ditulis aku sedang menonton laporan tentang ekonomi Malaysia bagi tahun 2008 dan juga ramalan untuk tahun 2009.

    Aku tak pasti apa akan berlaku seterusnya pada tahun 2009 sebab aku bukanlah Michelle Morrow ataupun Teuku Zakaria yang mampu meramalkan apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Tapi yang aku pasti ekonomi Malaysia pada tahun ini adalah sangat teruk selepas apa yang berlaku pada tahun 1997. Pada tahun 1997, negara diserang oleh spekulator matawang dan semakin teruk apabila Perdana Menteri ketika itu mengumumkan bahawa kerajaan akan mengeluarkan sebanyak RM 10 juta ke atas projek jalan, rel dan saluran paip.

    Akibatnya banyak pelabur mengundurkan diri.

    Kali ini ekonomi Malaysia jatuh disebabkan oleh Amerika Syarikat yang kelam kabut ikutan keruntuhan ekonomi, perdagangan dan gadai janji sub prima perumahan yang bermula sejak tahun 2006 lagi dan berjangkit ke tahun 2007. Akhirnya pada 20 September 2008, purata indeks Dow Jones Industrial telah kehilangan 4.42 peratus mata dan diikuti pengambilalihan 2 syarikat gergasi gadai janji kewangan oleh kerajaan Amerika Syarikat melalui pelan penyelamat RM 700 bilion (Aku tak pasti ada berapa kosong). Ekonomi Amerika terus merudum dan mengakibatkan banyak negara merasai kesannya. Malaysia merupakan negara yang paling merasai kesannya. Sama seperti Amerika, Malaysia turut melakukan suntikan dana sebanyak RM 7 bilion kepada pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana supaya dapat terus bertahan. Tapi aku tak pasti selama mana pakej penyelamat RM 7 bilion itu dapat bertahan, mungkin lagi 7 bilion akan dikeluarkan dan dalam masa yang sama banyak syarikat Multinasional akan mengurangkan operasinya dan seterusnya bankrap dan kembali ke negara masing-masing. Ramai pakar ekonomi dunia meramalkan ekonomi 2009 akan menjadi lebih sukar, mungkin kamu akan lega bila membaca akhbar-akhbar tempatan yang bagi aku kurang realistik.

    Namun aku harap, ekonomi Malaysia pada tahun 2009 akan terus mengembang dan aku tabik dengan pentadbiran Singapura yang tak begitu terkesan dengan krisis ekonomi yang sedang melanda dunia hari ini. Sama seperti krisis yang melanda Asia pada tahun 1997, pentadbiran Singapura bijak menguruskan ekonominya.

    Oh Ya!, Kemana perginya dana 7 Bilion yang kerajaan keluarkan? Bagi aku sikit?


  10. Membeli emas bermaksud, kamu bawa duit kamu ke mana-mana kedai emas dan bagi tahu pemilik kedai emas tersebut, berapa banyak emas yang kamu boleh dapat dengan duit yang kamu ada sekarang, kemudian kamu bawa pulang emas dan simpan di tempat yang paling selamat.

    Harga emas sekarang begitu meningkat naik, itulah yang dilakukan pihak London Gold Fixing setiap hari, mereka akan melakukan proses menentukan harga emas melalui penilaian dengan 5 bulion dari serata dunia, HSBC adalah salah satunya wakil dari 5 bulion tersebut.

    Seterusnya, harga emas akan dinaikkan lagi bergantung kepada beberapa faktor yang sedang berlaku sekarang. Salah satunya ialah dari sebab kegagalan bank, itulah yang sedang berlaku sekarang di mana banyak bank sedang mengurangkan pekerja. Dan jika kegagalan bank berlaku, harga emas akan naik mendadak. Akan berlaku pengurangan dalam pasaran, dan permintaan akan menjadi tinggi.

    Seperti yang berlaku kepada AMERIKA pada tahun 1930, di mana pada era presiden Roosevelt berlakunya Great Depression, iaitu era di mana ekonomi dunia sangat genting, Presiden Roosevelt telah menggunakan emas sebagai pelaburan untuk rakyat amerika pada waktu itu, Seperti yang ingin dilakukan Tun Dr Mahathir satu ketika dulu ketika beliau ingin memperkenalkan sistem dinar emas sebagai pengganti kepada tunai, namun ditolak mentah-mentah oleh kebanyakkan negara. Aku pasti tujuan sebenar Tun ialah untuk mendidik rakyat supaya bijak menggunakan emas sebagai salah satu cabang pelaburan, dan bukan hanya menurut negara timur tengah semata-mata.

    Aku tak pasti kamu faham dengan penjelasan aku ini, tapi yang pasti, sekiranya berlaku kegawatan ekonomi seperti tahun 1997 ataupun 1930, aku tahu apa yang perlu aku buat. Bagi aku MLM juga bergantung kepada ekonomi, sekiranya ekonomi baik, MLM juga boleh bernafas, mungkin kalau ekonomi seseorang itu baik, dia akan membeli ubut gigi berjenama colgate ataupun darlie, tapi kalau ekonominya agak tenat, mungkin jenama tesco sudah memadai, Kan?


  11. Selamat tahun baru yang bakal menjelang tiba beberapa hari lagi, mungkin agak terlewat untuk aku melakukan promosi ini tapi tak kisahlah sebab aku tahu beberapa hari ni aku agak sibuk dengan penemuan-penemuan baru untuk aku mengembangkan lagi perniagaan aku. Kamu tunggulah nanti ya?

    Okeylah berikut ialah spesifikasi dan harga tentang promosi yang aku jalankan.

    1. Item : Kalendar Meja
    2. Size : 195mm (W) x 188mm (H)
    3. Pages : 16 pages / 8 sheets
    4. Printing Material : Art Card 230gsm
    5. Stand Material : Art Card 450gsm
    6. Finishing : Hotstamping
    7. Harga : RM 2.80 / pcs





    Untuk maklumat lanjut lawat laman web www.rekaniaga.net


  12. salam,

    Kalau nak nampak koporat, aku rasa lebih baik buatkan banner yang simple dan guna font sans family, lebih baik jangan letakkan gambar, kalau nak letak gambar better letak gambar korporat, business ataupun student. takpun letak logo jer, font jangan besar sangat.

    Tu jer pendapatan aku.

  13. Selamat tahun baru yang bakal menjelang tiba beberapa hari lagi, mungkin agak terlewat untuk aku melakukan promosi ini tapi tak kisahlah sebab aku tahu beberapa hari ni aku agak sibuk dengan penemuan-penemuan baru untuk aku mengembangkan lagi perniagaan aku. Kamu tunggulah nanti ya?

    Okeylah berikut ialah spesifikasi dan harga tentang promosi yang aku jalankan.

    1. Item : Kalendar Meja
    2. Size : 195mm (W) x 188mm (H)
    3. Pages : 16 pages / 8 sheets
    4. Printing Material : Art Card 230gsm
    5. Stand Material : Art Card 450gsm
    6. Finishing : Hotstamping
    7. Harga : RM 2.80 / pcs




    Untuk maklumat lanjut, Kunjungi laman web www.rekaniaga.net

  14. Memang gawat kembali lagi!, kali ini dijangka akan berpanjangan hingga ke suku kedua tahun 2009,
    aku rasa cara yang paling sesuai sekarang untuk melakukan backup ialah kalau kamu semua ada duit pelaburan yang disimpan di dalam mana-mana unit amanah eg ; ASB, ASN, Public Mutual, lebih baik kamu keluarkan dan beli emas sebanyak mungkin yang kamu mampu, Sebab itu yang sedang aku lakukan.

    Apa ironiknya membeli emas?

    Kamu mungkin tak merasainya sekarang, tapi percayalah yang pelaburan yang dibuat selain daripada membeli emas adalah tidak selamat sekarang. Terpulanglah, sebab aku pun hanya percaya kepada majoriti, itulah yang sedang berlaku di eropah sekarang.

×
×
  • Create New...