Jump to content

no1

Members
  • Content Count

    1361
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by no1


  1. [quote name='khairul anwar' date='11 June 2010 - 12:21 PM' timestamp='1276230094' post='1036299']
    [b][size="3"][color="#000000"]"AKUM = Avde Kokhavim U Mazzalot" =HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT [/color][/size][/b]

    type salam jer
    [/quote]
    itulah dia yg dimaksudkan.. ^_^

  2. [quote name='oxy' date='11 June 2010 - 11:07 AM' timestamp='1276225670' post='1036285']
    akum, ntah naper hari ni nak checkout putera setelah 1.5 tahun tak login ever since putera pakai forum free. kelakar gak bila aku baca post2 lama aku. anyway, bila putera lama up balik?
    [/quote]
    dalam awal tahun ni jugak la.. peh 1.5 tahun ke ak terdampar kat forumotion? tak sedar..


    p/s: akum tu apa?

  3. Assalamualaikum wbt,

    [quote name='hairulfadly' date='11 June 2010 - 07:27 AM' timestamp='1276212425' post='1036249']
    rasa nak tergelak kucing ni buka pintu.. :lol:

    http://www.youtube.com/watch?v=K07FwyvxieQ
    [/quote]

    teringat kat kucing hitam aku buleh hilangkan diri dalam sangkar tanpa jejak... :ph34r:


    Rasa sakit pinggang lagi...

  4. [b]Hampir MENGGADAI sebuah KEIMANAN hanya kerana 20 sen[/b]



    [size="6"][font="Palatino Linotype"]B[/font][/size]eberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.

    Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?” Imam bertanya kepada dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni… nak beli tosei pun tak cukup,” kata Imam.


    Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen. “Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen,” kata Imam kepada pemandu bas.

    “Ohhh…!!! Terima kasih!!! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni… kan sedikit je nilainya,” kata pemandu bas. Imam menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur.” Pemandu bas tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam.”

    Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

    Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah… Kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai ‘tingkap’ untuk melihat ke dalam dunia Islam.

    [size="1"]source:zonbebas.com[/size]

  5. Assalamualaikum wbt,

    ulasan saye pasal cite Lagenda Budak Setan.. ehem2

    mmg tak expect tinggi sgt la time nak tgk sbb ternyata novel>filem.. stroyline yg agak laju dan diubah sikit (beberapa scene penting takde, kes takot tak muat nak sumbat 1 novel dalam filem n ikut kesesuaian latar masa)
    lakonan Que paling meyakinkan, saiko..
    pelakon yg jadi Emilia tu boleh tahan la blakon sbb dapat tiru sikit gaya Lisa..
    sinematografi cun, lagu latar menyedapkan telinga,
    cite ni takde la smpai nanges ber-tisu-an bagai dalam panggung, biase sahaje
    majoriti truly kipas-susah-mati LBS pun cakap biasa..
    dan Lisa [s]Surirumah[/s] Surihani adalah sgt cun :P

    sekian

  6. [b]Anjing Musafir[/b]



    Diceritakan bahawa pada suatu hari *Abdullah bin Jaafar sedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.
    Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.

    Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing.
    “Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?” Tanya Abdullah bin Jaafar.

    “Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” Jawab si hamba.

    “Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” Tanya Abdullah.

    “Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.” Jawab si hamba.

    Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus...bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.”

    Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.

    [size="1"]source:JAIPk[/size]

  7. [quote name='tasek16' date='03 June 2010 - 02:51 AM' timestamp='1275504661' post='1034600']
    Chatbox ni kira macam lepak / santai... kalau real punya lepak atau santai sure ada masa-masa tertentu maksudnya bukan sepanjang masa.

    cadangan aku macam ni...
    Kita boleh setkan masa official untuk session chat cth pukul 9.00PM atau apa-apa masa yang dikira sesuai..so member-member kat sini tahu cth pukul 9.00 pm masa untuk chat / sembang so mungkin ramai yang akan masuk chat box tu...

    admin atau sapa-sapa yang dipertanggung jawabkan untuk chat box ni boleh buat announce kasi semua member tahu..
    Announcement ni kasi laa semua member boleh nampak cth buat marquee text atau apa2 yang dikira sesuai.

    Kita juga boleh setkan cth pada hari2 tertentu jam 9.00PM kita boleh chat / sembang mengenai sesuatu isu yang khusus.. so kemungkinan cara ini juga boleh menarik minat untuk member2 join chat...atau kalau sapa yang malas join topik khusus boleh join lain2 room chat secara general.

    aku suka chatbox ni..tapi bila masuk tak ada orang... :(
    [/quote]

    setuju... kira mcam ada waktu2 perdana utk chatbox ni

  8. assalamualaikum wbt,

    err nak tumpang tanye sikit kat sini(nak tanye kat sebelah dah lock pulak)
    theme bar kat nun dibawah sane mmg akan tukar sendiri ke?? bila dah tukar dark konpem setelah beberapa ketika kemudian automatik tukar default blk... nak kate ak clear cache/cookies ke takde pulak..
×
×
  • Create New...