Jump to content

Young Man

Members
  • Content Count

    119
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by Young Man


  1. Boleh cabut hard disk dan jadikan sbg secondary di komputer lain, kemudian guna Kaspersky virus removal tools utk scann. download di sini:
    http://devbuilds.kaspersky-labs.com/devbuilds/AVPTool/

  2. Nak tambah sikit... Kalau nak jual komputer, nak jual pen drive, external hard disk dll tu sama juga. Tips untuk sesiapa yang nak jual/derma komputer, pastikan hard drive komputer itu telah di format dengan cara "low level format" agar peluang untuk retrieve balik data tipis. Walaupun kita tak jual komputer, kadang2 bila kita hantar komputer utk repair, kita xtau juga bahawa technician boleh retrieve balik segala data2 yang ada walau telah di reformat. Ni sebab reformat biasa tak akan menghapuskan data secara keseluruhan. So.. kalau pandai reformat sendiri/selenggara sendiri komputer tu, jimatlah sikit dan risiko kebocoran data peribadi pun dapatlah dikurangkan.
    Pasal data ni bukan setakat gambar/video tu yg tak baik dilihat, tapi data peribadi mcm no. kad kredit, rahsia syarikat (komputer syarikat) dan apa2 yang tak sepatutnya diketahui org lain, kita kena hati2 juga.

  3. Semua agama mengajar penganutnya berbuat baik, kecuali ajaran sesat yang dicipta oleh manusia sendiri. Rasanya ia satu hinaan jika kita menganggap agama lain itu tidak baik. Yang tidak baik itu bukannya agama, tetapi manusia sendiri yang lari daripada ajaran agama.

  4. [quote name='zizou6942' date='11 May 2010 - 10:38 AM' timestamp='1273545505' post='1030005']
    assalaumaalaikum wbt.

    1- di rumah kami, telah menggunakan talian streamyx 1Mbps, mau tanya macam mana nk setting wireless tu berbayar.maksudnya kalu jiran sebelah nk guna wireless kami,kena bayar ke ape ke..then br leh guna..


    ade ke camtu?teruk x cadangan gua nih?
    [/quote]
    xtaulah cara ni masih relevan atau tak, sbb saya tak pernah buat lagi.
    http://www.raymond.cc/blog/archives/2008/06/02/create-a-wireless-internet-hotspot-at-home-in-10-minutes-for-free/

  5. Berdasarkan pengalaman saya, biasanya kalau dah macam tu, router itu bermasalah/rosak. Namun kalau masih ada waranti, sila hantar untuk dibaiki atau ditukarkan dengan yang baru. Baru2 ini semasa bantu seorang kawan configure router, ada gak jadi macam tu. Rupanya kesemua 4 port router itu sudah rosak. hanya wireless je yang dapat connect.

  6. [quote name='longpetai' date='10 May 2010 - 07:44 PM' timestamp='1273491895' post='1029902']
    Salam,

    Saya menggunakan Aztech WL830RT4 802.11b/g Wireless Broadband Router kat rumah.Masalahnya sekarang saya tak connect network melalui router tersebut.Saya tidak pasti samada router saya tersebut telah 'rosak' kerana bila saya browse 192.168.1.1 untuk setting semula ia tak dapat nak acces.Saya dah cuba tekan reset juga masih tak OK.
    Untuk dapatkan kepastian, saya telah sambung semula PC saya direct ke Streamyx Modem dan dial up ke internet dapat access.
    Adakah ini bermaksud router telah rosak?..Apakah masalahnya dan boleh ke di baiki? atau dibuang terus dan beli lain.
    Sebelum saya beli, adakah router memang betul2 rosak atau salah setting kat mana...
    Untuk pengetahuan semua, sebelum perkara ini berlaku, router saya telah jalan dengan OKnya selama hampir setahun dan saya tidak melakukan apa2 setting balik pun.

    Sekian .Terimakasih.
    (mudah-mudahan ada nasihat dr tuan/puan/encik/cik semua...
    [/quote]
    Salam, ada kemungkinan router tu rosak juga. Macam mana dengan lampu router tu, semua ok?
    Cuba sambung balik router tu ke komputer kemudian pergi ke command prompt. Taipkan ipconfig /all dan bagi kitaorang tahu apa result yg keluar.

  7. [quote name='Nezict' date='08 May 2010 - 01:02 AM' timestamp='1273251728' post='1029521']
    hmm, ni dari pendapat aku la. pendapat aku ni lagi best kalau si nocturnal tu nak sambung, tapi dier sudah menyepi, sebab sibuk amik gambo, apakan daya... -_-

    masalah sosial ni bermula dari masyarakat sendiri. dari mana muncul masalah masyarakat tu, aku tak pasti. media, berkemungkinan besar. tapi apa yang aku nampak ialah [b][size="5"]social pressure[/size][/b] tu sendiri jadi punca masalah ni.

    ok, ada satu jenis lelaki, bukan semua ya, yang merasakan social pressure kalau takde awek. mana datang pressure tu? of course member2, ditambah pulak dengan ego dan nafsu sendiri. duit nak belanja awek, ayat tekel tu dah cerita lain tapi janji buaya mesti makan sekor ayam dulu.

    yang segelintir perempuan pulak, merasakan kalau tak tergedik2, tak seksi, tak pakai branded dan takde boyfriend, diorang akan rasa disisihkan member2. tak ngam le kononnya. tak menyerlah. macam lelaki, seolah2 diorang ni ada ego sendiri.

    haa, bila dua2 sudah sama2, takde ikatan yang sah, setan mula le cucuk jarum.

    bila diperiksa dah termengandung ni, haa, ada 2 jenis lelaki dan perempuan:

    lelaki:
    -ape lagi, nasi dah jadi bubur ayam mekdi, cabut le.
    -rasa bersalah yang membuak2, dengan gentle-nya jumpa family perempuan dan bertanggungjawab. yes, ada lelaki macam ni tapi susah nak jumpa la.

    perempuan (kalau lelaki blah, kalau tak blah ok le):
    -nak gugur ke tak nak? ada yang pilih untuk gugur. tak sanggup tanggung malu. ni [b][size="5"]social pressure masyarakat Melayu sendiri[/size][/b] yang akan pulaukan dan hina, caci, maki sehabis2nya kalau kantoi. ade yang jumpa doktor suruh gugurkan (mane2 pon ade, mostly non-muslim doctor). atau ade yang jenis hati kering sikit, main lompat2 ke, sengaja jatuh tangga dsb. This happens. Aku sendiri pernah jumpa.

    -ada yang tak nak gugur. dan mengambil risiko untuk bela budak tu sampai lahir. usually mak bapak tak tahu sebab diorang belajar kat IPT @ kerja kat bandar, jauh dari mak bapak. kalau cuti sem carik alasan nak kerja part time dsb.

    diorang mengambil risiko bela budak tu sampai lahir, dan letak budak tu dimana2 dengan harapan ada orang jumpa. selalu kes jumpa kat tong sampah tu bukan suka2 nak letak kat tong sampah, tapi sebab mindset kita memberitahu kompem ada tombot/tukang angkat sampah angkat sampah tiap2 pagi, dan pulak, orang ni yang kena bertanggungjawab. aduh duh duh.... :ph34r:

    menangani masalah buang bayi ada beberapa stage, iaitu:
    -macam mana nak halang perkara ni dari mula lagi sejak awal.
    -atau macam mana nak tolong budak ni bila bayi tu dah lahir.

    ada 2 situasi, 2-2 perlukan penyelesaian yang berbeza.

    aku melakan dengan [b]macam mana nak tolong budak ni bila bayi tu dah lahir.[/b]
    1. jabatan kebajikan masyarakat main peranan didik masyarakat dengan pelbagai saluran untuk nasihatkan sesiapa yang dah terlajak tu, pegi hospital @ klinik kesihatan awam.

    Jururawat2 ni baik, jumpe je. Kalau korang tak tau, kalau korang daftarkan anak korang yang belum lahir time bini korang mengandung, hmm, hambik ko, nanti tiap2 minggu ade je jururawat datang rumah nak cek condition bini korang tu. Cek peti ais, ambik rekod, nasihat berjuta dsb. Bende ni dah ada sejak 80-an lagi, lame dah. Cuma ramai je tak tahu. Dulu lagi hebat, jururawat tu datang naik basikal, time moto ngan kereta tak femes lagi.

    Sekurang2nya budak tu dapat diberikan kepada orang yang nak anak tapi takde rezeki. Invitro antara kaedah dapat anak yang amat femes kat Malaysia ni, walaupon harganya amat mahal, RM10k keatas kalau tak silap. Tapi ada jugak yang takde rezeki atas keadaan tertentu, budak2 kat hospital yang takde mak bapak ni la yang diorang nak bela.

    Ramai orang yang nak anak, tapi tak dapat. Orang yang tak nak, senang2 je dapat. Tu la kekuasaan Tuhan. Tuhan Maha Adil. Ada give and take antara manusia.




    ok, yang kedua, [b]macam mana nak halang perkara ni dari mula lagi sejak awal.[/b]

    hmm ni melibatkan banyak perkara.

    Bab hudud tu, aku punyer pendapat ada kat thread hudud, so takyah nak diulang balik kat sini.

    Tapi, secara dasarnya, apa yang berlau ialah golongan muda telah dijangkiti budaya hedonisme, iaitu berfikir berlandaskan hawa nafsu.

    Bende ni nak cerita aku rasa 2 hari lagi aku tak abis taip.

    Tapi... aku rasa, ibu bapa perlu main peranan. Itu yang sebenar2nya. Kita tak mampu laksana hudud secara nasional, tapi cuba buat dirumah.

    Pernah tengok mak dengan anak perempuan keluar? Mak pakai tudung litup, kaki siap stokin, ada kadang2 pakai sarung tangan, anak... aku rase yang pakai g-string pon boleh nampak.

    Antara tanda2 hari kiamat kan 'hamba melahirkan tuannya'. Sapa hamba sapa tuan dalam rumah? Anak ke ibu bapa? :rolleyes:

    Banyak yang dah tak baca Al-Quran, hadis apetah lagi. Baca pon sekadar baca, maksud dah terbang kemana, lagikan nak faham apa maksud, kaji sedikit sebanyak dan amalkan. Kalau suruh bab kaji2, mesti tuding jari kat lecturer, professor, ustaz, ulama. Diorang kaji pakai otak jugak. Kita pon ada otak jugak. Jadi?

    Kita selalu dimomok2kan bahawa Barat tu keluarganya hancur berderai, retak menanti belah, anak2 rebel sana sini, tapi ada kita terpikir, kala betulla diorang macam tu, mana datang ahli2 fizik, kimia, ahli perniagaan, astronaut yang power? Semua datang dari rumah. It's time for us to read the book. Banyak buku2 dari Barat yang mempunyai ilmu2 pengurusan yang boleh dipraktikkan di tempat kerja juga dalam keluarga. Dulu Barat ceduk ilmu Islam ketika zaman Abbasiyah, sekarang giliran kita pulak ceduk ilmu diorang.

    Aku cadangkan mula baca The 7 Habits by Stephen Covey. Rm40 kalau tak silap last time aku beli. This book is freakin' good book. Cara pengurusan masa dan hubungan sesama manusia yang Al-Quran bagi point2 utama, tapi guidelines and how-to-do ada dinyatakan dalam buku ni. Abis baca boleh layan The 8th Habit, sambungan dier, yang menceritakan '6 Cancers' yang aku tengok dah macam sebati dengan masyarakat Melayu:

    * Cynicism (Sinikal, menyindir)
    * Criticism (Mengutuk)
    * Comparing (Membanding2kan)
    * Competing (Berlumba2)
    * Complaining (Membebel, kuat komen)
    * Contending (Bergaduh)

    Aku nak try bagi opinion aku atas opinion korang bagi kat atas:
    *Hudud
    You know my answer.

    *Kurangkan hiburan, AF, movie dan sebagainya.
    Hmm, to be truth, sini ada percanggahan pendapat yang utama antara kaum iaitu Cina dan Melayu. Yes, I can say majority Melayu memang nak kurangkan hiburan2 ni. Tapi majority Cina yang mengejar kebendaaan dan kekayaan dunia, keseronokan, well, it's hard, dudes. Diorang banyak yang tak percaya kiamat, lagi nak suruh kurangkan hiburan? Em em....

    Bab konsert dan AF, im my view, AF tu takde bende pon sebenarnya. You guys melihat AF sebagai paksi sebab AF rancangan hiburan berbahasa Melayu paling popular while actually:

    -Pergaulan diorang dalam 'rumah buatan' yang disiarkan dalam Diari AF tu dikawal. Sama je macam discussion kat universiti antara siswa dan siswi.
    -Konsert AF, penonton berada didalam persekitaran yang terkawal, semua ada seat, kalau nak berdiri tu lantak ko le. Orang2 berumur pon banyak, dan dioranglah sebenarnya pengikut setia AF. Budak2 muda, majority bukan tengok pon. Facebook manjang. Yang tengok ialah golongan2 nak kaya cepat bila jadi artis @ ada kawan2 dalam tu (termasuk aku dulu :P) @ just another way to kill time. Tu je.
    -Pakaian? Aku nak cakap no comment, tapi, yes perempuan2 dalam tu tak tutup rambut except Heliza dulu. Tapi apa yang aku nampak diorang bukan la jenis dress to kill, nampak tetek sana sini, lurah la ape la. I'm not very orthodox, sebab aku bukan ade power nak suruh diorang pakai tudung, well, tak payah tengok sudah.

    Internet. Well, ni perkara yang paling sukar sekali nak dikawal. Kalau kita tapis through ISP, kang kena banned macam Unifi aritu yang kene kutuk kaw2 through twitter ataupon insiden 'yorais' kat Twitter yang dapat top 5 worldwide, kalah cerita Haiti kena gempa (pada hari yang sama pulak tu. Google kalau nak tau 'yorais' tu apebende. Sapa sakit, TM jugak. Dahle majority ISP kat negara ni sewa line international bawah laut dari TM jugak. Em em....

    Pasal porno pulak, belum movie lagi ni, hmm, 2-3 tahun lepas Google Zeitgeist ada release statistik keyword2 porno yang bermacam2 jenis (tapi dirangkumkan atas kategori porno je), the guess what? Menurut statistik, capaian menikut daerah dan negeri paling tinggi mengakses porno untuk tahun itu ialah [size="1"][color="#FFFF00"]negeri Kelantan dan daerah Kota Bharu[/color][/size]. [size="6"]Dude, what's going on???[/size]

    *DNA
    Sorry la abang toy, tapi ni memang paling tak masuk akal la untuk tahun 2010 dan 10 tahun akan datang.

    USA pon belum mampu nak buat teknologi ni lagi la bang. Mahal sangat kos DNA processing ni. CSI tu tipu korang je. Atleast paling cepat 3 hari (untuk kes2 polis berprofil tinggi), dan usually 2 minggu tau. Untuk 1 DNA, belum ramai lagi.

    Kos lagi, tak silap aku kat pathology lab around Malaysia dioran cas about RM200 untuk sekali test.

    Kira anggaran rakyat Malaysia, 27 juta.

    27 juta x RM200 = RM5.4 billion. Tu belum campur purata kelahiran dan kematian setiap hari.

    Kos masa pulak, kalau rajin la 7 hari seminggu kerja, 1 hari 1 DNA untuk setiap orang yang bekerja buat proses tu:

    27 juta x 2 minggu / 52 minggu / 5000 orang yang proses = 207 tahun. :rolleyes:

    50 tahun lagi belum tentu DNA akan dimasukkan dalam IC. USA pon 20-30 tahun belum tentu lagi.

    Sekian.
    [/quote]
    Well, benda hiburan ni aku rasa banyak yang kena nilai. Daripada hiburan yg tak bermanfaat, kalau dapat ditukarkan kepada rancangan2 yang membawa ilmu pengetahuan sure semua kaum akan peroleh faedah daripadanya.

    Ok2.. tak ada apa yg kelakar sangat.. harap2 pak menteri kita ambik serius gejala buang bayi ni..

  8. [quote name='khairul anwar' date='07 May 2010 - 11:22 AM' timestamp='1273202554' post='1029411']
    berbilang kaum tu alasan ke?
    kan zaman nabi da ade contoh

    macam2 kaum ade dalam tu, yahudi pun ade
    tapi ok je?
    apasal tak ikut contoh pemerintahan yang ditinggalkan?

    nak tak nak je semua nie
    [/quote]
    Tak semestinya berbilang kaum tu masalah, tp itu semua kena mula dgn pendidikan. Klu x nanti akan diperkotak katikkan oleh sesetengah2 pihak, jd isu politik dgn agama bercampur baur. sbb gitu kita perlu ada corak pemerintahan utk semua, mcm masa Nabi buat piagam Madinah dulu.

  9. [quote name='OngBok' date='07 May 2010 - 10:41 AM' timestamp='1273200094' post='1029390']
    Salam & Selamat Pagi.
    Pagi tadi (Fri May 10, 2010) aku terdengar dalam berita jam 9.00
    Radio Klasik, kerajaan meminta semua cerdik pandai dalam negara ini
    memberi sumbangan berupa cadangan bagaimana masalah buang bayi
    semakin menjadi2 dan kaedah yang paling berkesan untuk menangani
    masalah ini.

    Apa lagi, kita sahut saranan kerajaan bersama2 memikirkan jalan
    penyelesaiannya.

    Cadangan hamba agak mudah dan ringkas;
    Kembali kepada Al-Quran & Al-Hadis (ini suruhan Nabi)

    Masalah yang berlaku dinegara ini berpunca dari mengingkari
    hukum2 yang telah tetapkan di kedua2 sumber berkenaan.

    Hukuman yang dikenakan ke atas pesalah zina tidak mengikut hukum Islam.
    Hamba yakin kalau kita laksanakan hukum hudud & qisas, masalah ini dapat
    dibendung dan berkurangan.

    Itu saja satu2 cara yang terbaik untuk menangangi masalah ini dan lain.
    [color="#2E8B57"][size="4"][b]"Laksanakan Hukum Hudud"[/b][/size][/color]

    Terima kasih.
    [/quote]
    Hai, selamat pagi OngBok, bagus, bagus! mari kita sahut seruan kerajaan untuk membentuk cadangan yg baik bagi mengatasi masalah ni.

    Pendapat sy;
    1. semua ni bermula dari rumah. Didikan dan bimbingan keluarga, institusi kekeluargaan, aspek keagamaan dll. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. oleh itu, kejayaan seseorang menjadi insan yg baik, berperikemanusiaan dan beriman juga bermakna kejayaan keluarganya mendidik anak tersebut.
    2. apabila masyarakat ada kesedaran ttg perlunya hormat menghormati antr satu sm lain, dan adanya tanggungjawab melindungi wanita daripada terus ditindas, secara tak langsung perkara ini dpt dibendung. Mcm skrg, sekeras mana undang2 melarang orang mengedar dadah, tetapi dek kerana xda kesedaran dan perasaan ego pengedaran dadah dapat terus berjalan secara berleluasa.


    3. Berlandaskan keadaan di M'sia yg sekarang ni berbilang kaum, sy rasa mmg susah nak laksanakan hukum hudud & qisas. Ia pasti akan menimbulkan isu terutamanya yg melibatkan Muslim & Non Muslim. Hukum hudud & qisas perlu dilaksanakan sesama Muslim, dan yg non Muslim kita kena ada undang2 dan hukuman yg lebih berat utk mengatasi masalah ni. Kalau pengedar dadah boleh dihukum mati mandatori, sy rasa perogol pun blh juga dihukum mcm tu. Buat masa skrg ni, pendidikan mesti mengatasi hukuman dulu, kerana kalau ada pendidikan boleh ada kesedaran. Kalau masih xda kesedaran, hukuman itu mesti digunakan sebagai alat utk menyedarkan org lain.

    *** Ini cuma pendapat sy yg tak seberapa dan saya tidak berhasrat utk mempengaruhi mahupun menyebelahi mana2 pihak.

  10. [quote name='khairul anwar' date='02 May 2010 - 06:12 PM' timestamp='1272795161' post='1028636']
    2nd adela
    kalo kedai jual
    harge dia sure melambung
    [/quote]
    hmmm... kalau mcm tu rasanya xperlu saya upgrade. Mahal oo.. beli baru lagi berbaloi.

    [quote name='ahaksz28' date='02 May 2010 - 03:06 PM' timestamp='1272783986' post='1028618']
    dekat kedai rasa macam takda dah.. DDR2 pon sikit hari je tu nak hilang..hehe
    [/quote]
    hehehee.. cepat nyer.. OK.. skrg saya dah tahu, kalau beli PC nanti boleh ambil DDR3 supaya tak susah nk cari upgrade/part lain kali.

  11. [quote name='ahaksz28' date='02 May 2010 - 03:12 PM' timestamp='1272784337' post='1028620']
    RPM = Revolutions Per Minutes

    memang tu la kira dianggap sebagai measurements untuk HDD performance.. :)

    makin tinggi RPM makin cepat data boleh diread.. :)
    [/quote]
    ok.. thanks.

  12. [quote name='SyamSouLCCreD' date='27 April 2010 - 02:04 PM' timestamp='1272348284' post='1027685']
    ceritanya berbunyi begini...hui hui hui...

    ak ade modem celcom 3g wireless broadband(USB) dan sebuah laptop..

    sejak kali pertama pakai okay je...and then, smakin lame komp aku smakin banyak virus..

    dan celcom 3g broadband td pn, dah xleh connect...

    jd, aku yakin dan pasti, virus2 tersebut lah yg men-tidakboleh-kan connection celcom 3g td...

    __________________________________
    jd jalan penyelesaian yg paling senang ialah format dan install balek komp tersebut...
    then, celcom 3g tadi tu pn bleh connect balek....
    _______________________________________

    tp yg aku nk tnye dan mintak tolong sangat2 kat korang ialah, ada tak lagi jalan penyelesaian yg laen selaen 'format n install window'??

    aku dah cube scan virus gne AVG 9 free....tp nggak jadi...pls, help me...
    [/quote]
    AVG ni selalu tertinggal virus, so Aku cadang gunakan Kaspersky utk antivirus.

  13. [quote name='sneaker' date='22 April 2010 - 09:56 PM' timestamp='1271944562' post='1026968']
    bro pharez, td aku ade dpt 1 sms dr agent stimik yg aku regis 1st time dulu. dia tulis lebih kurang gini lah


    so sekarang, macam mane ekk? aku kena tunggu lah agent ni uruskn strmx aku?
    [/quote]
    Hehehe, sekadar tolong jawab, Ya. kena tunggu TM utk aktifkan streamyx tu sbb agen ko dah htr permohonan.

  14. [quote name='takberapapandai' date='22 April 2010 - 12:41 PM' timestamp='1271911311' post='1026872']
    Tq, guys

    Limited account - itu jalan akhir. Sebab akan bermasalah pada setengah application.

    Solution ????? :ph34r:
    [/quote]
    kalau macam tu, block website sosial mcm facebook, website game etc. Kemudian install Deep Freze dan bekukan setting di PC. Bila dia orang install USB modem, installation tu hanya bertahan semasa komputer masih dalam windows. apabila restart, semua settings akan kembali seperti asal dan software USB modem tu akan hilang sepenuhnya.

    Tapi kekadang, limited akaun ni still the best solution.

  15. [quote name='takberapapandai' date='16 April 2010 - 12:42 PM' timestamp='1271392979' post='1025917']
    Salam,

    Aku tak tahu nak tulis kat topic mana - Hardware ke, Security ke tapi aku pilih kat sini.

    Kat router aku ni, aku dah block online game yg aku tahu staff kat opis ni main contoh yg ketara "Farmville oleh Zynga"

    Tapi masalah nya, di orang ni pi pasang USB wifi modem (Maxis,celcom dan...) utk access game ni.

    Bukan susah, plug and play je.

    Sampai kat PC kritikal yg aku disable internet pun dia orang guna (haram jadah betul)

    So macam mana kita boleh disable kan installation device usb macam ni dlm XP,Vista,Win 7.

    Adakah dgn disable wifi zero configuration boleh membantu, masalah nak test, aku satu usb wifi modem pun takde. ! :(


    Masalah main game tu takleh merisaukan tapi aku pun LAN security ni, dah breach.. :ph34r:


    Sesiapa ada pendapat.

    Tq.
    [/quote]
    OK, ko remove semua software broadband tu, E.g. Vodaphone, Mobile partner etc. Pas tu buat user akaun yg limited, maksudnya tiada admin privilage. Tengok dapatkah dia org nk install lagi? Tapi pastikan akaun administrator ada password, kalau tak dia org senang2 login.

  16. [quote name='SangWira' date='16 April 2010 - 06:00 AM' timestamp='1271368857' post='1025873']
    Aslm'alaikm...

    aku & mmbr2 aku kongsi internet dgn 1 cc dkt rmh kami... tp aku ade problem sket dgn sorg mmbr aku ni. die berhajat nk cut internet user laen spye tenet rmh kami bole laju...[of coz aku x stuju].

    so cmne aku nk halang niat x baek mmbr aku ni dari mengakses router cc tu lalu menyekat user laen? sebolehnya aku xnk gune ape2 sofwer/addon dsb.
    aku dh try gune 'hosts' file, tp tu hanye berkesan utk block website, router still bole akses...

    sesaper ade idea bole kongsi? ^_^
    [/quote]
    Tukar password router. Pas tu letak router tu kt tempat yg dia tak dpt nk ganggu. Kalau tak nanti dia gi reset router tu.

  17. [quote name='OngBok' date='15 April 2010 - 08:31 PM' timestamp='1271334696' post='1025841']
    Maaf? senang nya ko cakap.
    kalau potong sikit bayaran bil bulanan, baru boleh maaf.
    kalau tak, jangan harap nak maaf.
    [/quote]
    Hehehe... itulah yg biasa dia org cakap.. aku cuma call, dengan dan letak telefon aje..

  18. [quote name='kae' date='15 April 2010 - 08:08 PM' timestamp='1271333333' post='1025837']
    betul2.. aku pun masih tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti.. apa sebab slowdown nih
    [/quote]
    "Pelanggan yang dihormati, kami sedang mengalami gangguan perkhidmatan di sesetengah kawasan di Malaysia. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan." Itu le message yg aku dapat masa call ke 100.

  19. [quote name='kae' date='15 April 2010 - 07:46 PM' timestamp='1271331983' post='1025834']
    Tadi.. pukul 5 petang.. tetibe je internet kat rumah aku DC
    aku pun berang la.. ye la.. dah la baru balik rumah drpd keja.. pastuh tgk layan internet[baru 2-3 minit] pastu DC.. try 10 kali connect balik.. bukak wayar.. pasang balik.. reset modem.. dan siap restart pc lagi .. perghh..habis..masih DC lagi...
    hmm.. so.. dgn pantasnya aku beranggapan internet[Streamyx] slowdown la nih..

    aku kat area puchong..

    So.. cmne ngan korang..?
    [/quote]
    Sejak lima setengah tadi, Streamyx di seluruh Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan Lembah Kelang langsung tak dapat pakai. Itu info yg saya terima dari kawan2 kat sana. Tp kat Sarawak ni ok pula, no problem. Sy kat bahagian Kuching.
×
×
  • Create New...