Jump to content

Shamil

Members
  • Content Count

    116
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by Shamil


  1. Salam

    aku ade prob dgn YM..aku x leh nk install..k cite ni cm ni..aku baru beli laptop..pakai vista..ak dah download software YM 8.1 tp time nk install dia jd lame gile..dulu time aku install YM kt PC lame aku xde lak masalah cm ni..ak install dr mlm smpai pg pn x siap lagi..kenape ek?? aku pakai modem hp..aku pakai Digi..ade prob ke ngan internet aku or laptop aku?? ke ade kaitan dgn firewall??

    Tolong ye wahai warge putera yg tahu prob aku ni..

    Thanks..

    heh.. biar betul dari malam sampai pagi !! dulu time aku install lambat gak... tapi cuma 2 jam je ! time tenet aku prob


  2. nak tanya la...camne peralihan kuasa nak dijalankan ni?..

    bukan ke utk bentuk kerajaan, ialah time pilihanraya je?...

    kalu cam 16sept (jika realiti) ni bukan time pilihanraya kan, so peralihan kuasa tu melalui tandatangan, mou ke apa?..

    sorrylah, aku mmg xtau sgt bab politik ni... :blink:

    lagi pon Bn xdpt mngekalkan mejoriti 2/3 sbb tu Pr Ble wat pape pon ! Jika 40 org MP ni lompat , PR akan Dpt Mejoriti 2/3 !! kita boleh bentuk kerajan


  3. heh !! Nampak sngat BN Takut !!! Baca aritikel nih !

    BNBBC atur lawatan ke 'oversea' 7-19 Sept?

    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    RAMAI yang tertanya-tanya adakah sasaran 'taukei' PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim 16 September ini bakal menjadi kenyataan atau gimik politik semata-mata.

    Akhbar dalam talian Mstar yang menghubungi beberapa pemimpin Pakatan dengan yakin berkata, segala proses dan urusan penting yang berkaitan berjalan dengan lancar dan hampir selesai sementara beberapa aspek teknikal dan perundangan sedang diperhalusi.

    Di sebalik pendirian sedemikian wujud desas-desus ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan mula 'bercuti' di luar negara mulai Isnin ini sehingga minggu ketiga September - tempoh yang dianggap sebagai kritikal menjelang pembentukan kerajaan baru.

    KLpos.com sendiri menerima sms yang tersebar sejak semalam yang mengatakan ahli-ahli parlimen BN akan dibawa ke luar negara mulai 7 hingga 19 September ini.

    Khabarnya lawatan anjuran BN Back Bencher Club (BNBBC) ini akan dihadiri kesemua MP dari BN.

    SMS tersebut tidak menyatakan dimanakah 'Retreat' itu diadakan kerana menurutnya ia diadakan di sebuah lokasi rahsia.

    Ahli-ahli Parlimen terbabit khususnya anggota Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) telah diminta menyerahkan pasport mereka untuk urusan rasmi susulan, lapor Mstar lagi.

    Bagaimanapun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BNBBC menafikan cuti itu - yang dikenali sebgaai lawatan sambil belajar ke luar negara - ada kaitan dengan sasaran Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini.

    "Lawatan ini diadakan ekoran cadangan daripada beberapa anggota kami (BN-BBC). Kami mahu anggota kami diberikan pengetahuan terkini mengenai maklumat teknologi tinggi pengeluaran makanan dan pertanian... jadi kami boleh membahaskan Bajet (2009) dengan baik di Parlimen <_< apabila bersidang kelak (selepas Aidilfitri)," kata Pengerusinya, Datuk Seri Tiong King Sing.

    Jelas beliau, tempoh dua minggu ini merupakan masa yang sesuai untuk berbuat demikian walaupun bulan Ramadan telah bermula.

    "Selepas Aidilfitri, Parlimen akan mula bersidang," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu ketika dihubungi.

    Sementara itu, Timbalan Pengerusi BN-BBC, Datuk Bung Mokhtar Radin ketika dihubungi berkata, memang ada satu lawatan sambil belajar diaturkan untuk anggota kelab tersebut luar negara berkemungkinan hujung minggu ini..

    "Memang ada lawatan ke luar negara bertujuan untuk meneroka teknologi pertanian dan perindustrian bagi mana-mana Ahli Parlimen dari BNBBC yang berminat.

    "Mungkin lawatan itu akan diadakan hujung minggu ini. Berapa ramai ahli Parlimen yang akan ikut belum diputuskan lagi," jelas MP Kinabatangan lagi

    Ketika ditanya ke mana destinasi dan jangka masa lawatan tersebut, Bung Mokhtar berkata, perkara tersebut juga belum diputuskan.

    "Belum diputuskan tapi selalunya kalau lawatan sambil belajar mungkin lamalah sikit," katanya.

    Bagaimana pun KLpos.com difahamkan tidak semua MP-MP BN ini maklum dengan perkara tersebut.

    Ada yang masih tidak tahu menahu tentang perkara ini.

    Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menafikan beliau ditawarkan untuk pergi bercuti pada 8 September ini.

    "Mana ada saya tak dapat apa-apa tawaran pun untuk pergi bercuti," katanya apabila dihubungi.

    Malah, beliau juga menafikan beliau ditawarkan untuk melompat parti.

    "Mana ada perkara itu tidak benar.Saya tak pernah ditawarkan untuk melompat parti," katanya.

    Ketika ditanya di mana beliau akan berada pada 8 September ini dan seterusnya, Tajuddin berkata: "Tidak ke mana-mana. Saya sibuk mesyuarat bahagian di Perak."

    Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir juga mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui tentang lawatan tersebut.

    "Saya tidak tahu, saya tidak diberitahu. Kalau ada pun saya tidak akan pergi kerana ada banyak urusan perlu diselesaikan di sini," kata Exco Pemuda Umno itu yang akan mengumumkan pendirian rasmi merebut kerusi Ketua Pemuda Sabtu (esok).

    Dalam pada itu, anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin memberitahu, sehingga kini "semua perancangan berjalan dengan lancar."

    "Hanya tinggal beberapa aspek seperti soal teknikal dan perundangan yang perlu diselesaikan.

    "Pelan sasaran 16 September kekal sebagaimana telah diumumkan (oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim). Dalam waktu terdekat, sasaran ini akan dicapai," katanya.

    Difahamkan tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) - kesemuanya dari Sabah dan Sarawak - telah menyatakan persetujuan untuk menyertai sebagai komponen Pakatan Rakyat manakala hampir 30 wakil rakyat BN pula akan menganggotai parti-parti komponen secara individu dengan sebahagian besar dalam PKR.

    Ketika diminta mengulas mengenai waktu terdekat yang dimaksudkan, beliau berkata, ia akan dicapai dalam beberapa hari lagi.

    Beliau tidak menolak desas-desus bahawa ada Ahli Parlimen yang ingin mengumumkan hasrat mereka sertai Pakatan Rakyat esok.

    Bagaimanapun pucuk kepimpinan mahu pengumuman dibuat serentak, kemungkinan minggu depan.

    Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR telah berulang kali mengatakan bahawa kerajaan persekutuan baru akan dibentuk menjelang 16 September ini.

    "Banyak pertemuan telah diadakan setakat ini... pertemuan-pertemuan ini juga dikendalikan oleh komponen Pakatan Rakyat yang lain, bukan PKR sahaja," katanya.

    mStar Online juga difahamkan ahli-ahli Parlimen yang menyatakan keinginan itu termasuklah mereka yang berada dalam Kabinet.

    Semalam Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak, Dominique Ng Kim Ho yakin peralihan kuasa kerajaan persekutuan 16 September ini akan menjadi kenyataan tetapi enggan mengulas spekulasi Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara mereka yang bakal sertai Pakatan Rakyat.

    "PKR Sarawak sangat yakin sasaran 16 September (bentuk kerajaan) akan berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang," katanya kepada mStar Online.

    Beliau menyatakan demikian sehari selepas Anwar dilaporkan menemui beberapa Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung di ibu negara.

    Malah pada Khamis lalu, seramai enam wakil rakyat dari Sarawak sudah menemui Anwar iaitu pada petang selepa bekas Timbalan Perdana Menteri mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

    Menurut beliau, sehingga hari ini hampir 30 orang Ahli Parlimen BN dari Sarawak dan Sabah telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai Pakatan Rakyat.

    "Keseluruhan dari kedua-dua negeri ialah hampir 30 orang. Dari Sarawak saja kita ada lebih 10 orang yang akan lompat menyertai kita membentuk kerajaan baru pada 16 September nanti," kata beliau.

    Ada juga yang mengatakan jumlah yang telah bersetuju melompat melebihi 40 orang.

    Namun 'dateline' yang Anwar bagi semakin hampir. Mungkinkah ianya menjadi kenyataan?

    Ataupun pagi 17 September nanti Anwar akan kata; "Kalau bukan minggu ini, minggu depan, tidak bulan ini bulan depan, tak tahun ini tahun depan, namun lawan tetap lawan".. Selamat / KLpos, Mstar


  4. Itulah, bila orang dah cakap tu adalah, kalau tak diorang takkan persoal kenapa anwar salam dengan bush dan penyokong anwar plak beri gambar paklah salam dengan bush. Aduhai...dunia2..."Pengaruh?"...memang pun dia orang yang berpengaruh dan dia dalam carta bawah 100. Agaknya kamu tak faham apa yang di maksudkan dengan "Pengaruh".

    contoh;

    1.Ali isap dadah kerana pengaruh rakan-rakan.

    2.Rakyat malaysia terPENGARUH dengan janji-janji manis atau dikenali janji atas langit Anwar ibrahim.

    x begitu en shamil?

    Itulah barat, terang-terang mereka mempermainkan kita, tp kita masih tetap membutakan hati kita.

    Tapi yang pastinya MALAYSIA akan MUSNAH.

    P/S: Cuba fahami makna perkataan PENGARUH.

    betul gak ko ckp ! tapi mana kau tahu Malaysia akan musnah??? Jahat Sngat ke Anwar Tu ? Setahu aku anwar ok, dan dia ada gak mnegakkan islam.. bkn krjaan yg ada skang ni buat islam baru !


  5. pasal apa proton tak buat kete bentuk macam honda city 2009?payah sangat ke

    Proton xde barjet kot !! Atau pon pereka dorang dah mati akal pasal nak reka model baru

    bagi aku remaja, aku lagi suke Myvi sbb dia cm stylo skit . tapi kalau kete besar2 cm persona ni remaja2 yg blum brkahwin kbnyakannya xsuka ! tapi papehal pon Persona lagi Ok , lagi2 yg persona baru kuar aritu !


  6. pasal gambar adalah agenda hubungan dua hala malaysia dan amerika. Takkan x taw kot? Kalau ini saya tak kisah sebab agenda mereka memang tentang hubungan dua hala, tetapi yang saya rasa pelik Anwar salam dengan bush untuk apa?

    Bila Anwar Salam Dgn Bush??? Aku xprnah nampak pon ! Yg aku tau US Masuk cmpur hal undang2 ngara ada lah !! lagipon anwar kan ramai pengaruh kat luar negara , kalau kat dalam malaysia rakyat memburuk-burukkan dia ada la ! Org luar smua hormat dgn dia ! sampai tersenarai dlm carta 100 org paling berpengaruh dlm dunia lagi , nak harp paklah dgn najib no seribu pon blum tentu ! :rolleyes:


  7. main2.jpg:rolleyes:

    Populariti siri TV, "KAMI" masih terasa hangatnya apabila perjalanan ceritanya dilanjutkan dan diangkat ke layar perak menerusi filem "KAMI" yang akan menemui penonton Aidilfitri ini.

    Filem "KAMI", sebuah persembahan Grand Brilliance dan terbitan syarikat Red Films, menyusuri perjalanan hidup lima remaja hasil garapan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak, dua sutradara yang pertama kali bergabung idea dan menghasilkan karya yang pastinya menepati citarasa penonton masa kini.

    Dalam mensasarkan golongan remaja, minat terhadap filem ini dihebatkan lagi dengan kehadiran band-band indie serta gig yang menjadi latar penceritaan kepada perjalanan lima sahabat itu yang bakal menamatkan persekolahan mereka. Pendekatan seumpama ini memang menjadi daya tarikan Red Films, yang giat dengan usaha menerbitkan karya baru untuk penontonnya. Sutradara dan jalan cerita yang bukan lazim bagi karya mainstream ini pula sejajar dengan usaha Grand Brilliance untuk memartabatkan industri perfileman tanahair.

    Penerbitan filem seperti "KAMI" ini, mewujudkan landasan buat sutradara aliran baru yang diharap menyuntik pembaharuan serta kelainan untuk menarik serta meningkatkan minat penonton kepada karya anak tempatan.

    Pengurus Besar Grand Brilliance, Ahmad Puad Onah berkata, pihaknya menyedari bahawa populariti siri TVnya adalah antara kelebihan buat "KAMI". "KAMI", pada asasnya sudahpun mempunyai fan base yang agak kukuh. "KAMI" ada peminatnya, namun ia masih menjadi cabaran kerana penonton, terutama peminatnya menaruh harapan tinggi - apakah versi filem mampu memberi kepuasan?

    "Harapan ini disandarkan di bahu dua sutradara muda Effendee Mazlan dan Fariza Azlina," katanya ketika berucap di majlis pra-tonton "KAMI" di sini semalam yang dihadiri lebih 300 tetamu, termasuk pelakon utama dan wakil media tempatan.

    Penerbit Eksekutif Red Films dan "KAMI", Cik Lina Tan berkata, "KAMI" adalah sebuah filem yang memaparkan kehidupan, persahabatan dan cabaran segolongan remaja masakini, Kami yakin penonton dapat mendekati dengan cerita dan watak – watak yang ditonjolkan serta dihiburkan dengan muzik daripada band-band Indie Malaysia seperti Meet Uncle Hussain, Laila's Lounge, Hujan dan sebagainya".

    Filem "KAMI" mengekalkan Liyana Jasmay sebagai Lynn, Syarul Ezani (Ali), Nas-T (Abu), Juliana Evans (Sofie) dan Zayanah Ibrahim (Adii) juga Zahiril Adzim sebagai (Boy). Ia meneruskan kisah lima sahabat ini yang bakal meninggalkan zaman sekolah.

    Lynn, tanpa diketahui rakan-rakannya telah berpindah dari kampung bersama ibunya untuk membina hidup baru setelah Lynn didapati bekerja untuk Boy, seorang pengedar dadah.

    Lebih mengeruhkan keadaan, Lynn yang menulis majalah terbitannya sendiri iaitu KAMI dibawah nama samaran Teka Teki telah menyumbangkan ulasan yang mengkritik pedas band Ali di dalam sebuah majalah muzik tempatan. Dalam kesukaran menyembunyikan rahsianya, Lynn mendapati semua rakannya juga mempunyai rahsia masing-masing.

    "KAMI" bermula dengan Abu melarikan diri dari rumah akhlak untuk bersama Ali meraikan hari terakhir Lynn, Sofie dan Adii menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Namun, kegembiraan mereka tidak kekal apabila kehidupan lampau Lynn kembali menghantui dan mencetus konflik lalu memaksa setiap daripada mereka untuk berhadapan dengan pergolakan hidup masing-masing dan membuat keputusan yang bakal mengubah hidup mereka buat selama-lamanya.

    Ahmad Puad dalam ucapannya berkata, "KAMI" dibikin pada bajet kurang RM1 juta, "KAMI" juga membuktikan hal berkaitan bajet bukan penghalang dalam menghasilkan karya yang bermutu. "Biarpun bukan dengan bajet biasa bagi filem-filem mainstream, "KAMI" langsung tidak berkompromi dengan mutu."

    "Saya kira, tidak keterlaluan untuk mengatakan filem ini ada rencahnya untuk menjadi sebuah karya yang bukan saja menarik dari segi jalan ceritanya, malah mampu menarik minat penonton sekaligus memberi pulangan, tambahan ditayang pada musim cuti Lebaran," jelasnya.

    Bagi memperhebat promosi "KAMI", siri jelajah negara menerusi persembahan band-band indie di gig anjuran Hotlink telah diadakan. Band, antaranya Meet Uncle Hussain, Laila's Lounge, Bittersweet, OAG dan Couple bergabung bagi memeriahkan siri jelajah itu yang diadakan beberapa bulan sebelum penayangannya.

    Filem "KAMI" mula ditayangkan diseluruh pawagam mulai Hari Raya Pertama ini. :rolleyes:


  8. aku undi fantasi! haha.....

    takpe, kita tgk 13 ari lagi..

    tp jgn nanti kalau takk jadi, dia p umum tarikh lain lak!

    tpi aku baca artikel bnde ni dah komfem...

    KUALA LUMPUR, 4 Sept - Ketua KeADILan Sarawak, Dominique Ng berkata Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru 16 September nanti dengan penyertaan lebih 40 ahli parlimen.

    "Bila tiba 16 September nanti, akan terbukti siapa yang bermimpi dan bercakap besar," kata beliau dalam satu sidang media di Kuching baru-baru ini.

    Kenyataan beliau itu dikeluarkan ketika terdapat laporan mengatakan pemimpin tertinggi KeADILan bertemu dengan pemimpin sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) di Kota Kinabalu pagi semalam yang berikrar untuk menyertai Pakatan Rakyat.

    Ng menjangka bilangan wakil rakyat BN yang mencukupi akan menyertai Pakatan untuk memboleh pembangkang mendapatkan jumlah yang mencukupi untuk menumbangkan kerajaan pada tarikh 16 September ini.

    Beliau juga mengumumkan bahawa KeADILan Sarawak akan mengadakan jamuan makan malam di Kuching pada 15 September dan di Miri esoknya sebagai meraikan Hari Malaysia.

    Selain itu, beliau berkata cuti umum pada 16 September akan diumumkan di Malaysia Timur bila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.


  9. Btul tuh..100% aku sokong..alah, games kan utk menenangkan fikiran..bleh main ngan anak, isteri..family entertaiment..

    Muka biar tua, jiwa biar muda beb..tapi jangan muda bab lain plak..game xpe..

    <{POST_SNAPBACK}>

    hahaha.. betul !! Nanti Smua kebulur xmakan ! Goreng ps3 BUAT KEROPOK... AKU MAEN2 JE RRR

×
×
  • Create New...