Jump to content

dzulcarnine

Members
  • Content Count

    2075
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by dzulcarnine


  1. lama dah aku tau pasal benda nie (masa aku tengah buat perbandingan bank mana bagi better service for credit card).. cuma aku tak cakap sebab topik yg dibincangkan ialah kredit card, bukan debit card. bila ada prang dah tanya, aku pun terfikir nak letak info tu kat sini. my mistake, bukan'kasih' tetapi 'impian'. cuma pakai jenis nie, korang xdapat bonus point sepert credit card biasa. untuk info lebih, sila rujuk http://www.eonbank.com.my/Individual_Banki..._mastercard.htm


  2. ade baiknyer kita fokus kembali kat tajuk utama . Dah banyak yg lari tajuk walaupun ade sesatengah nyer betul tapi termasuk kedalam thread Cc .

    Cad credit  : Minimum you pay maximum you pain .

    1. Investment kat real estet : aku cadang kan ko bukak satu thread yg baru untuk nih .aku berminat untuk melontarkan pandangan disitu .  aku harap  ko buka satu thread nih dan jangan lari .! laugh.gif  stay put !

    2. Ulasan Isfan pasal komputer tuh pun boleh ler dibuka di thread yg lain .

    3. Ulasan dzulcarnine bab jangan beli kereta tuh pun boleh bukak thread  lain .

    4. cuba elakkan membawa masuk bahan kegunaan seharian seperti pisau , kereta ,peti ais .tv dan lebih menyedihkan mak ayah dan yg sekutu dengannyer kedalam thread ini .

    yang berusaha

    Hamlaww  rolleyes.gif

    apa yang dikatakan adalah PERUMPAMAAN. dan aku rasa ianya berkaitan, kecuali berhubung bapak, mak, nenek, abang, sedara mara & kengkawan


  3. oi mat, masa modem ko tu berkelip2 lampu DSL, ko cuba cabut semua telepon yang bersambung dengan line telepon ko tu. ko tgk lepas tu lampu dia akan berkelip lagi tak. tunggu la 2 - 3 minit.

    kalau perkara ni settle post kat sini. aku akan kasik tau solution dia. kalau tak settle jugak aku akan kasik ko satu lagi solution yang susah. benda ni amat biasa terjadi. so ko tak payah panik.

    nak celah sikit.. rumah kazen aku macam nie la situasi dia.. nak jugak dengar sollution tu


  4. ko emosi ni apehal? apa ko tau pasal ADSL team? apesal kitorang jugak ko persalahkan? kitorang tak configure speed. department lain yang buat.

    jgn main bantai je mat. dari dulu aku tgk ko ban tmnet dan konco2nya. kalau ko pandai sangat ko g keje kat helpdesk la. jadi kastemer servis ke hape.

    ala.. biasa la tu.. kan dia ada member keja helpline tu.. so dia rasa dia tahu semua benda la. tongue.gif


  5. aku nyampah gune dg sbb mlm td aku tgk kredit 4 ringgit..

    bangun pagi dah 0 dah.. yg peliknye aku tak gune pun phone tu nak send sms ke, call ke, tenet ke

    kalo x silap aku, digi nie tak tolak terus kredit masa ko hantar sms. akan ambik masa sikit untuk tolak ammount yg guna untuk sms


  6. selain dari sensitif !! ko pun cepat tegang iye !!?? harap maklum !!  smile.gif  laugh.gif  aku harap ko dapat baca ulasan2 topik kat sini  dengan tenang dan bersahaja !  smile.gif

    bukan cepat tegang, cuma aku menghayati pembacaan aku. bila tengok kat ayat tu ada '!', aku akan menekankan pembacaan. jadi, setiap kali baca ayat ko, aku akan rasa seolah2 ko cuba menimbulkan situasi pergaduhan. ko rasa senang dan bersahaja sebab orang lain tak buat ayat yang mengandungi '!' banyak sangat. cuba ko bandingkan ayat ko dengan ayat orang lain. aku rasa nisbah penggunaan '!' adalah 1 =20. aku rasa user lain pun rasa kurabf selesa bukan sebab ayat ko membidas penggunaan kad kredit, tetapi kerana ayat ko menimbulkan suasana pergaduhan. anyway, back to the topic, aku tak nak komen lagi pasal benda nie sebab tuan punya topik berfikiran tertutup. kata buat perbincangan, tetapi tak terima even 1% pun komen membina pasal penggunaan kad kredit nie. orang yang macam nie, kalo jadi pengarah syarikat, alamatnya ramai yang akan berhenti kerja. ramai yang akan cari kerja lain. kalo tak pun, staff dia akan jadi seorang yang talam 2 muka kerana kutuk bos kat belakang


  7. bagi aku, ketiga tiga telco nie ada kelebihan masing masing. aku pernah guna tiga2 telco. dulu aku guna hotlink, adala dalam 4 tahun aku guna.servis ok sebab jarang kena network busy (kat area aku la).

    since last year, aku bagi nombor tu kat parent aku sebab aku pakai postpaid celcom. celcom punya kelebihan, dari segi network coverage. tapi, selalu kena network busy, terutama kalo ada ada apa perayaan kat tempat aku. sebabnya, kat sarawak nie majoriti pakai celcom kerana nwteork coverage. so, bila ada apa2 function besar besaran,maka banyak pnegunjung guna celcom sebab tu busy memanjang. lagi satu yang aku suka pakai celcom postpaid nie... call nationwide flat rate. so, aku tak payah bimbang kalo kena call number kl ker, sabah ker, terengganu ker.. sebab rate dia sama.

    pada masa yang sama jugak, sekarang kat phone satu lagi aku guna prepaid digi, khas untuk sms terutama untuk sms kat family & fren aku yang 6 orang tu... tapi sekarang baru 3 jer dalam list tu. aku guna mtv power pack, so sms kat family n fren adalah free. yuran pun hanya rm5 sebulan. secara purata, aku hanta lebih kurang 1000 sms untuk memebr aku 3 orang tu dalam masa seminggu. so, berbaloi la bayar rm5 untuk mtv power pack nie. kelemahan digi plak, coverage memang hampeh. even kat rumah aku nie pun, hanya kat beberapa tempat jer boleh guna. bagi aku, digi hanya leh guna untuk user bandar jer.. yang jarang tranvelling. buat info user sekalian, tahun lepas, digi dapat keuntungan yang besar... staff digi dapat bonus at least 1.5 bulan. ada yang dapat sampai 6 bulan gaji. dan menurut member aku yang bapak dia orang kuat digi, digi dapat untung besat dari pengguna prepaid. tak banyak sangat untung dari user postpaid. sebab tu la digi berani buat servis yang bukan2 untuk prepaid nie


  8. ni situasinye.. ko kat area yg remote sikit... kata la dalam kawasan kg.. kata la time tu cuti.. cam cuti panjang baru ni.. cuti raya cina + awal muharam + hari wilayah.. tetiba kete ko rosak, and anak ko sakit.. so kene tow kete masuk bengkel n anak kene masuk sepital...

    so.. kat situ rasanya credit card memainkan peranan.. nak kuarkan duit asb/asn, bank tutup.. sbb asb/asn kene pakai buku utk pengeluaran... atm lak dah kehabisan cash sbb org ramai kuarkan cash utk cuti panjang.. atm terdekat lagi 20km... kete kene tow dalam 200, upah bekki dalam 300.. anak masuk sepital kene bayar dalam 150... duit nak bermalam kat hotel, dalam 400... so macam mana tu?

    ni antara situasi.. mmg bende ni tak berlaku 365hari dalam setahun.. tp possibility tuk berlaku tu ada.. dan dalam waktu canggni, kita harus bersedia...

    tu belom lagi kes kita tersilap bajet.. ingat dalam wallet cash ada 200.. skali time nak baya, rrerupanya cash ada 150 je.. haa.. nak tak nak, bende yg nak dibeli tu, harus dibeli jugak, si kita advance la dulu pakai cc...

    kes lain, kat sepital swasta, kakak aku nak bersalin.. memula bajet leh beranak normal, skali kene operate.. jumlah yg kene bayar utk operation tu 6k++ tuhh dia dah simpan savings utk beranak dalam 4k je.... gille mahal.. mujur la ada cc.. nak harap kat sedara mara, bape sgt leh bg dalam waktu terdekat cenggitu...

    lagi, sesekali balik kg jupe mak mertua, bawak mertua jejalan kat kota bharu.. singgah lak kedai mas.. mertua terliur nak beli rantai emas ke, gelang ke.. mertua bawak cash 300 je.. maklumla.. org kg tak bawak cash byk.. pastu kita sebagai anak/memnantu kene la tolong mak ayah.. dahulukan pakai cc sbb cash reserve utk perjalanan balik.. minyak n toll.. sekurang2nya dapat berbakti pada mak ayah/mertua..

    bab kene charge interest ke hapa ke.. tu ko perlu isau kalo ko tu jenis tak reti nak wat bajet dalam kehidupan ko... seperti yg aku tegaskan, cara penggunaan cc kene betul.. guna cc bukan utk kemewahan, tp utk keselesaan, jgn swipe cc sesuka hati diluar kemampuan.. dalam tempoh interest free dalam 20 hari tu, ko settlekan cepat2 at least separuh dari jumlah ko swipe.. so ko leh elak kene interest tinggi.. pastu jgn simpan lama2 baki dept.. sbb lagi lama simpan, lagi byk interest...

    jgn wat cash withdrawal.. tu keje gille...

    amik kad kedit yg ada promosi annual fees free at least setahun.. kalu dapat 3 tahun lagi best... bila dah nak abis tempoh setrahun/3tajun annual fees free tu, ko ckp nak terminate kad... ehhehe.. selalunya dia akan extend ko punya promotion utk setahun dua lagi.. ahahhaa.. tektik ni...

    so kesimpulan aku, jgn nak condem sesuatu tu ikut pandangan kita je.. ada org kata siti nurhaliz cantik, ada kata tak cantik.. camtu la manusia.. sume subjektiff

    satu cara lain utk ko elak risiko bahaya bawak cash, ko wat akaun semasa.. wat satu buku cek...

    satu kes, opis mate aku.. dia simpan cash 3-4k dalam wallet dia utk bayar duit deposit kete bariu nak beli.. dia singgah toilet.. then kelalaian dia, dia tetinggal wallet tu dalam bilik air.. (org pompuan biasala.. dah jupe mekap, brg lain sume lupa)... abis lesap duit dia sume... cara nak atasi, bayar la sesuatu yg byk nilai cengguti pakai cc/cek.. then, nnti topup balik transfer akaun pakai cash kat bank.. selamat dan kurang risiko..

    jgn liat bayar cc... jgn lewat bayar cc... jgn peram baki hutang cc.. jgn berlagak kalu ada cc..pepndai wat bajet bulanan utk satu famili dan seisi rumah.. bajet utk dapur bape, kete, simpanan, cc, mak ayah.....

    tu sume nasihat utk diri aku dan korang sume...

    pengalaman mengajar...

    mari kita consider means of financial kita.. selain cash, kita renung2kan kegunaan cc dan cek... tp cek jatuh ke rangking no 3.. no 1 cash, 2- cc, 3 -cek.. sbb tak sume tpt leh terima cek...

    *aku tak setuju kalu sorang tu ada sampai 6 cc.. takut tersilap langkah, tersilap bajet, makan diri.. dan kalu walletr ko tercicir, jadik satu keje lak ko nak kene report kat sume bank... berpada2.. beringat2

    ikhlas dari aku

    sekian..

    takyah explain pepanjang, sebab dia akan tetap kata, JANGAN PAKAI KAD KREDIT, siap dengan tengking lagi ( '!" tu, kalo baca dengan intonasi yang betul, akan menimbulkan siotuasi yang teramat tegang. dan dalam perbincangan/discussion, situasi tegang seharusnya dielakkan. Harap maklum)


  9. takkan 365 hari tuh ko akan berdepan dgn masaalah yg sama bit doubt gak answer ko nih !! 

    lagi lagi ulangi ayat yang sama. apa kata ko ubah topik jadi "AKU BENDI KAD KREDIT, AKU BENCI KAD PLASTIK, AKU BENCI ORANG PAKAI KAD PLASTIK, AKU BENCI ORANG YANG BUAT KAD PLASTIK, AKU TAK AKAN TERIMA APA APA KOMEN PASAL KAD PLASTIK, AKU TAK NAK PAKAI KAD PLASTIK, AKU TAK AKAN SENTUH KAD PLASTIK, AKU TAK AKAN GUNA KAD PLASTIK, AKU TAK AKAN LIHAT KAD PLASTIK, KALO KORANG PAKAI KAD PASTIK SIAP KORANG AKU KERJAKAN". fikirlah, kalo ko takleh nak disiplinkan diri guna benda tu, tak semestinya orang lain pun macam ko jugak!. dari awal dah cakap benda tu ada baik, ada buruknya. kalo guna untuk keperluan tak jadi masalah(such as masa travelling untuk deposit hotel, gila ka nak bayar cash sampai 400 semata2 untuk deposit? habis nak makan rumput ka????? ). tapi jadi masalah besar bila guna untuk BERGAYA. sekian, terima kasih.


  10. kalo yang selalu travelling atas urusan kerja, lagi la perlu benda plastik nie.mana tak nya, bila check in hotek, kena sediakan deposit untuk 2 malam (walaupun hanya stay untuk 1 malam). kopak la cash kalo macam tu. tapi, bila ada kad plastik nie,kad nie boleh jadi penjamin, so tak perlu bayar deposit 2 malam.


  11. ilek la... emo sangat tu. okay, bagi aku, kesimpulannya, benda plastik nie kalo kat tangan otang yang betul, memang bermanfaat. tapi kalo kat tangan orang yang kureng, memang akan memusnahkan masa depan. sama jugak macam benda lain.. misalannya pistol. pistol kalo berada di tangan orang yang betul2 menggunakannya seperti polis (yang beretika), tak jadi masalah kan? tapi kalo pistol berada di tangan penjenayah, memang pistol tu akan menimbulkan masalah. semua benda ada baik, ada buruknya. terpulang kepada pengguna untuk memilah nak guna atas jalan yang mana. yang penting, sendiri mau ingat la masa depan masing masing


  12. munkin betul kata2 ko !! tapi takkan dalm 365hari tuh ko akan berdepan dengan masaalah yg sama ?? a bit doubt gak answer ko nih !!!  dry.gif

    not saying that asal ada masalah sikit jer terus guna kredit card. maksud aku seperti yang aku explain tu... pakai, then bayar terus, takyah tunggu statement pun. bayar jer terus


  13. memang la... actually, bagi aku la.. kedit card nie guna untuk last resort. satu lagi, sekarang memang tak selamat bawak cash banyak banyak. lagi lagi la kalo nak belipart untuk komputer. risai jugak bawak cash melambak lambak. so, alternatifnya, pakai la kad kredit. tapi, etika guna kad kedit nie kena jaga. cam yg aku cakap, guna kad kedit sebab tak nak bawak banyak sangat cash. so, caranya bayar pakai kad kredit, then pegi bank, withdraw ammount yg pakai tu, then terus bayar (kan sekarang banyak tempat ada mesin untuk bayar kad kredit). dengan cara nie, boleh elakkan kecurian cash, elak hutang (bayar on the sport) dan satu lagi, dapat la bonus point sebab guna kad kredit. bonus point tu plak guna la untuk redeem hadiah

×
×
  • Create New...