Jump to content

bestfriend

Members
  • Content Count

    61
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by bestfriend


  1. aman je baca komen sawi ni,hm...
    penggunaan ayat yang lembut, mudah paham..

    ayat bro 2008 'Padahal yg menyokong ni pun main cedok je maklumat dari entah mana-mana' sekurang2nya depa sokong...

    tapi entahlah,tuhan ciptakan manusia ada sebabnya, ada hukumnya, ada panduan nya..

    macam gak manusia cipta kereta, ada panduan memandunya...tak boleh suke2 terus tekan minyak, masuk gear dulu kemudian tekan minyak baru kereta leh terus bergerak laju..


  2. salam...hm, korang...
    aku pun tak tau nak tanya kat sape pasal satu menda ni...ingat kalau dapat tanya bro2 yang pakai motor honda kat sini pun ok gak...
    aku ingat nak beli motor, tapi tak tau la pulak mana yang lagi best..
    dalam kepala aku cuma ada antara yamaha lagenda dengan honda 125 wave...LC tak masuk dalam list sebab aku dah beli sebijik..
    so, soalan aku: korang ingat mana lagi ok antara yamaha lagenda atau honda wave 125 ha?
    thanks in advance pada yang bagi pendapat

    p/s: sori la TS,tak nak buka thread baru..just nak ceriakan thread honda ni yang sedia ada...haha

  3. Umno lebih agresif menentang Hudud daripada DAP
    Zek Riy NS
    Fri | Dec 26, 08 | 12:01:57 pm MYT
    Saudara Pengarang,

    Umno adalah parti Melayu yang berjuang atas dasar kebangsaan, maka sebab itu Umno tidak berminat untuk membicarakan soal hukum ini. Umno lebih suka `mempromosikan' hukum yang tiada kaitan langsung dengan Islam bahkan ditentang oleh Islam. Akta ISA salah satu contoh di mana UMNO begitu mempertahankannya, malahan sanggup hilang rakan sekutunya demi Akta zalim ini. Iklan



    Apabila pemimpin PAS bersuara tentang hukum hudud ini, Umno akan mengambil kesempatan ini bukan untuk membantu merealisasikannya, bahkan akan mencari jalan untuk menunjukkan kepada rakyat betapa hukum ini akan ditolak.

    Maka, Umno akan mengambil dalil beberapa kenyataan pemimpin yang Non Muslim dari parti-parti yang sekutu dengan Umno atau pun yang sekutu dengan PAS. Apakah tujuan UMNO ini? Tujuannya hanya satu, iaitu bagi mempastikan PAS akan menempuh jalan yang getir dan sukar untuk melaksanakan hukum Allah ini.

    Apa yang nyata, musuh utama dan penghalang utama bagi PAS untuk melaksanakan hukum hudud ini adalah Umno. Walaupun DAP, MCA, Gerakan atau MIC secara terang-terangan menentang hukum hudud ini, tetapi PAS tidak pernah menganggap pemimpin-pemimpin yang Non Muslim di dalam parti tersebut sebagai penghalang atau musuh utama bagi PAS.

    PAS lebih awal kenal siapa musuh Islam yang hakiki. Umno lebih kuat menentang hudud melalui kuasa yang ada padanya sekarang. DAP contohnya, hanya mengeluarkan pendapat menentang hukum Allah ini, tetapi UmnoO lebih rakus dan zalim sehingga menggunakan kuasa dan undang-undang manusia untuk menentang undang-undang Allah.

    Umno tidak perlu menuding jari kepada PAS, DAP atau KeADILan di atas isu ini. Mereka perlu bertanya kepada diri mereka sendiri secara jujur dan ikhlas. Jika PAS mempunyai cita-cita dan usaha ke arah melaksanakan perintah Allah tersebut, adakah mereka (UMNO) mempunyai cita-cita dan usaha ke arah itu ? -azm _


  4. QUOTE(SiR_FAiZ @ Dec 30 2008, 01:37 PM) <{POST_SNAPBACK}>
    Sebabnya undang-undang manusia banyak kelemahan..
    Siapa berani nak mencuri kalau hukuman potong tangan??
    Nak ikut atau tak terpulang pada diri manusia..yang jelas dan nyata yang salah cukup bukti dihukum yang tak salah tak perlu takut kerana tak kan dihukum..itu je.


    siap potong kat khalayak ramai tu..buat pengajaran kepada semua..
    hati comfirm terusik punya...sah2 takut nak mencuri dah...
    try wat live masuk tv, hahaha....mmg cuak rasanya bakal pencuri2 dan perompak2..hehe(gurau jek)

  5. Hudud bukan tanggungjawab PAS sahaja, Umno halang hukum Allah
    Mohamed Hanipa Maidin
    Sun | Dec 28, 08 | 1:18:19 am MYT
    "Umno jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam." Iklan



    Agensi berita melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika PAS mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini

    "Kalau hajat mereka begitu, saya doakan supaya hajat mereka itu tercapai tetapi hakikat politik tidak begitu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia dan Pelancaran Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama di sini.

    Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pada Sabtu lepas bahawa parti itu akan tetap melaksanakan hukum hudud di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan.

    Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid pula berkata kenyataan Husam itu adalah "satu cerita politik" semata-mata kerana jikna PAS benar benar mahu melaksanakan, ia pasti sudah lama dikuatkuasa di Kelantan.

    Saya percaya para pembaca boleh melihat kontradiksi ucapan kedua-dua pemimpim Umno tersebut. Mahadzir Khalid kata hudud boleh dilaksanakan di Kelantan, Zahid Hamidi pula mengatakan hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa pindaan Perlembagaan.

    Kenyataan kedua-dua pemimpin Umno di atas adalah refleksi wajah sebenar Umno ketika berpolitik. Bagi pemimpin Umno peribadi seorang ahli politik dan peribadi seorang Islam adalah berbeza. Sebagai seorang Islam, ia boleh menerima hudud sebagai hukum Allah tetapi sebagai ahli politik ia sukar atau tidak boleh menerima bahawa hukum hudud wajib dilaksanakan. Bagi Umno perbezaan sikap antara orang Islam dan orang politik tidak menjadi satu masalah.

    Atas dasar itulah setiap kali isu hudud timbul, Umno meletakkan beban perlaksanaan hukum Allah tersebut hanya kepada PAS seolah-olah PAS sahaja yang diamanahkan melaksanakan perintah Allah tersebut. Hudud adalah perintah Allah dan yang demikian sesiapa sahaja yang mengaku dirinya sebagai orang Islam ia bukan sahaja wajib beriman dengan perintah Allah tersebut tetapi juga mesti berusaha melaksanakan hukum tersebut . Mana-mana orang Islam sama ada di dalam Umno, PAS , Keadilan, NGO atau apa-apa pertubuhan sekalipun wajib berusaha melaksanakan hukum hudud tersebut . Perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif orang-orang PAS sahaja.

    Umno benak tuduh PAS politikkan isu Hudud

    Jika Umno tidak benak dan dapat memahami bahawa hudud adalah perintah Allah maka Umno tidak boleh, dalam apa keadaan sekalipun, menuduh PAS cuba mempolitikkan isu hudud ini sepertimana yang dikatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid tersebut.

    Bagi PAS, tiada satu dikotomi ( pemisahan ) antara orang Islam dan orang politik. Apabila pemimpin PAS bercakap tentang politik ia bercakap sebagai seorang pemimpin Islam dan apabila ia bercakap tentang Islam ia juga bercakap sebagai pemimpin politik. Kenapa begitu ? Kerana itulah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu Rasul bagi seluruh umat manusia termasuklah orang �orang PAS dan orang �orang Umno.

    Oleh itu sama ada PAS berjuang bersendirian atau bersama Pakatan Rakyat , PAS tidak akan sama sekali meninggalkan matlamat perjuangannya untuk menegakkkan Islam yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk hukum hudud.

    Tetapi dalam masa yang sama PAS juga amat maklum di atas kejahilan majoriti rakyat negara ini tentang hukum hudud tersebut dan batasan serta halangan perundangan, perlaksanaan hukum hudud mungkin tidak dapat disegerakan perlaksanaannya meskipun diandaikan Pakatan Rakyat dapat memerintah negara ini. Atas dasar itu hasrat melaksanakan hudud tidak pernah menjadi penghalang kepada Pas untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak yang menuntut keadilan dan menentang kezaliman.

    PAS maklum DAP masih belum menerima hasrat perlaksanaaan hudud di negara ini. Penentangan DAP bagi PAS bukan perkara yang pelik. Jika Umno yang bermajoritikan orang Islam juga menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hudud apalah yang nak dihairankan DAP yang bermajoritikan orang bukan Islam juga menentang hudud. Apabila Kelantan dan Trengganu ( ketika diperintah oleh PAS ) ingin melaksanakan hudud , siapa yang mencabarnya di Mahkamah ? DAP atau Umno ?

    Saya optimistik DAP yang mempunyai ramai para intelektual boleh menerima hudud satu hari nanti kerana isu hudud bukan sahaja boleh dipertahankan dari sudut agama malahan juga menurut perspektif intelektual. Melihat sokongan yang makin meningkat ke atas kelab penyokong PAS dari kalangan orang bukan Islam, DAP kini tidak boleh menyatakan hudud ditentang oleh semua orang bukan Islam.

    Sepertimana yang saya katakan perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif PAS. Ia adalah tanggungjawab bersama baik Umno atau orang-orang Islam yang lain . Meskipun Umno menuduh PAS hanya berpolitik di dalam isu hudud , siapa yang boleh menidakkan kesungguhan PAS untuk cuba melaksanakan hukum Allah tersebut. Bukankah PAS yang telah bersungguh-sungguh menggubal enakmen hudud di Kelantan dan Trengganu ( semasa Pas memerintah ) .

    Apa yang lebih menarik sebelum Kerajaan PAS Trengganu mengemukakan enakmen hudud di DUN Trengganu , PAS telah mengadakan seminar dan memanggil semua pihak termasukah Umno untuk memberikan pandangan dan kritikan mereka terhadap Enakmen yang ingin dibentangkan tersebut. Setahu saya ini tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara. Hal ini juga saya nyatakan kepada salah seorang Ahli Parlimen di London yang bertanyakan saya tentang enakmen tersebut ketika saya melawat Parlimen England bersama Y.B Salahudin Ayub suatu masa dahulu.

    Umno halang hukum Allah

    Jika PAS berusaha bersungguh-sungguh cuba melaksanakan hukum hudud semasa memerintah Kelantan dan Trengganu, Umno juga tidak ketinggalan bersungguh-sungguh cuba menghalang perlaksanaan hukum Allah tersebut. Tidak cukup pemimpin Nombor 1 UMNO ( pada masa itu ) menulis surat amaran kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hukum hudud ada juga pemimpin UMNO yang sanggup mencabar undang-undang hudud tersebut di Mahkamah. Malahan yang lebih teruk sekali pemimpin UMNO sanggup melabelkan hukum Alllah tersebut sebagai hukum hudud PAS.

    Jika PAS boleh menyokong Bank Islam, Takaful , Universiti Islam mengapakah Umno amat sukar menerima hudud hanya kerana ianya digubal oleh Kerajaan PAS. Mengapa Umno tidak boleh sama sekali memberi ruang kepada PAS dalam isu hudud ini. Jika Perlembagaan menjadi penghalang sepertimana yang dikatakan oleh Zahid Hamidi mengapa selama ini Umno tidak bersedia memindanya bagi membolehkan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

    Paling minima yang Umno lakukan adalah jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam. Dalam perkara yang bukan agama jika kamu salah bercakap, kamu hanya membuat kesilapan dan kesilapan tersebut tidak akan menjejaskan aqidah kamu.

    Sebaliknya isu agama lain. Jika salah bercakap sila-silap akan tergelincir aqidah. Atas dasar itu dalam isu hudud diamnya para pemimpin Umno lebih baik daripada mereka bercakap. Ini kerana jika mereka diam kita mungkin rasa mereka jahil dalam isu hudud ini sebaliknya jika mereka bercakap barulah kita sedar memang confirmlah mereka ini memang jahil.- azm

    (Penulis adalah Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dan seorang peguam)-azm_



    Amaran pada Umno:Usah 'permain' Hudud, Qisas
    Harakahdaily
    Fri | Dec 26, 08 | 9:14:11 am MYT
    KUALA TERENGGANU, 26 Dis (Hrkh) - Tindakan menentang Hudud dan Qisas bukan sahaja melibatkan akidah seseorang tetapi dilihat sebagai 'menderhaka' kepada Sultan Terengganu yang telah memperkenankan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas di negeri Terengganu ini. Iklan



    Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu tidak teragak-agak untuk mengadap dan menghantar memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, sekiranya Umno-Barisan Nasional tidak menghentikan permainan politik murahan berkaitan isu hukum Hudud dan Qisas

    Ketuanya, Fariz Musa berkata isu Hudud dan Qisas tersebut sengaja ditimbulkan oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dengan tujuan memerangkap Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa dan menimbulkan polimik khususnya di kalangan masyarakat bukan Islam ketika berdebat di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

    "Tujuan Khairy tidak lain adalah untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina khusus di Parlimen Kuala Terengganu yang akan menghadapi Pilihan raya Kecil tidak lama lagi,"katanya yang dipetik dari laman web Buletin Online melalui wartawannya, SM Noor.

    Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di pejabat Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Terengganu, Gong Kapas, semalam.

    Beliau berkata isu Hudud dan Qisas tidak perlu dipolitikkan oleh Umno kerana ianya merupakan isu yang lapuk dan tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada para pengundi berketurunan Cina di Kuala Terengganu dan rakyat Terengganu amnya.

    Katanya, ia adalah kerana masyarakat keturunan Cina khususnya dan rakyat Terengganu amnya tidak jahil, telah arif dan matang berkaitan Hudud dan Qisas kerana mereka telah diberikan pengetahuan dan penjelasan oleh Kerajaan Negeri Terengganu sewaktu PAS memerintah Negeri Terengganu.

    "Kerajaan PAS Terengganu telah membawa Enakmen Kesalahan Jenayah Hudud dan Qisas Terengganu 2002 kedalam Dewan Undangan Negeri dan diluluskan sebulat suara. Enakmen tersebut juga telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 dan kemudiannya diwartakan pada 25 September 2002.

    "Walaupun masih belum berkuatkuasa namun kerajaan Umno-BN yang merampas kembali pemerintahan dari PAS pada tahun 2004 tidak menolak dan meminda Enakmen tersebut, di mana dalam kerajaan Umno-Barisan Nasional itu termasuk seorang wakil bukan Islam iaitu dari MCA,"jelas Fariz.

    Katanya wakil MCA tersebut sehingga hari ini tidak pernah menyuarakan apa-apa ketidakpuasan hati terhadap enakmen itu yang telah menjadi sebahagian daripada undang-undang bagi negeri Terengganu.

    Sehubungan dengan itu beliau berkata, sebenarnya Umno sudah terdesak dan tidak mempunyai isu sehingga isu hudud dan qisas cuba dipolitikkan .

    "Khairy sebenarnya yang masuk perangkap sendiri dan akan menjadi liabiliti kepada Umno dan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil P036 Kuala Terengganu.

    "Beliau harus sedar bahawa Enakmen Hudud dan Qisas telah menjadi undang-undang yang diperkenan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin,"tegasnya.

    Justeru katanya sebarang tindakan menentang atau mepelekehkan Hudud dan Qisas bukan sahaja membawa kepada menghina Islam dan implikasi aqidah, malah boleh dilihat sebagai 'menderhaka' kepada Sultan Terengganu yang telah memperkenankan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas di negeri Terengganu ini.

    Beliau juga mendesak agar semua pihak menghentikan segera sebarang perbahasan isu politik murahan Hudud dan Qisas yang cuba dimainkan oleh Umno-Barisan Nasional.

    "Semua pihak termasuk parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat harus lebih matang menghadapi karenah Umno yang sudah 'bankrup'dan mestilah mengambil pendekatan tidak melayan sebarang propaganda yang cuba dicetuskan oleh Umno-BN dan media arus perdana,"tambahnya.- azm/mks. _


  6. Hudud hanya untuk orang Islam - Presiden PAS
    Harakahdaily
    Sun | Dec 28, 08 | 1:31:58 am MYT
    SHAH ALAM, 28 Dis (Hrkh) - Memahami keresahan masyarakat bukan Islam, Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa pelaksanaan Hudud hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam. Iklan



    Masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, katanya.

    "PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam.

    "Pada kita, tidak timbul lagi soal Hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen 'Jom Sertai Pas' di Dataran Shah Alam semalam.

    Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau berkata belum tiba masanya untuk berbuat demikian.

    Abdul Hadi dalam pada itu menyatakan hukum Hudud di negara ini hanya akan dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil.

    "Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga," katanya yang dipetik daripada agensi berita. - azm _

  7. QUOTE(DRS @ Dec 28 2008, 09:54 AM) <{POST_SNAPBACK}>
    itu tanggapan salah tu
    kalau buat hukum hudud semua sama
    kalau org kafir pun mencuri, balasan dia tetap kena hudud jugak

    hukum hudud ni bukan mcm fatwa yg cuma pengiktirafan halal haram atau mahkamah syariah yg cuma kahwin cerai, so ofcoz yg itu cuma org islam je. tapi hudud ni hukum utk setiap kesalahan mcm undang2 mahkamah biasa contoh mencuri, membunuh, merogol dan sebagainya. ni negara Islam, kalau kita guna hukum hudud undang2 Islam, org kafir kena ikut. tak puas hati boleh pergi negara lain atau jangan buat salah, tu je.


    hahaha....lawak betul statement hang ni...
    la ikrahafiddin...tiada paksaan dalam beragama..kalau orang bukan islam masuk islam,then baru dikenekan hukuman hudud samada setuju atau tak..
    yang bukan islam nape nak di charge hukum hudud lak?dorang agama bukan islam tang mana pulak logik akal nak babitkan dorang dengan hukum islam ni sedangan dorang puasa pun tak, solat pun tak...semayang ikut stail dorang jek...
    macam gak lecturer aku kata, kalau kita masuk dalam sesebuah persatuan, kita dikenekan bayaran yuran tahunan(contoh) takkan orang yang tak masuk persatuan kita pun kene bayar gak?kan ke takde kene mengena tuh...
    orang bukan islam diberi pilihan samada nak ikut hudud atau tak...penguasa islam tak kan jatuhkan guna hukum hudud dan kes mereka akan dirujuk ke mahkamah biasa...

    bawak2 banyak membaca bahan2 ilmiah bro....

  8. QUOTE(diamondclow @ Dec 27 2008, 05:46 AM) <{POST_SNAPBACK}>
    pertanyaan...

    andai sekiranya hukum hudud ni dapat dilaksanakan di malaysia ni...
    lain2 kaum yg menetap @ menghuni bumi malaysia ni tertakluk dengan hukum hudud kan?

    dan bukannya tertakluk hanya utk mereka yg beragama Islam?

    sebabnya hukum ini relevan utk manusia seluruh alam...

    ps: akan terjadikah pemberontakkan antara kaum yg selama ini ditakuti oleh kerajaan selama ini?


    yang bukan islam tak kan tertakluk kepada hukum hudud..
    so, no point utk dorang nak risau kalau malaysia laksana hudud...
    sume undang2 just nak 'pantau' orang MELAYU ISLAM...
    alakullihal,kalau melayu islam wat salah confirm kene hukum tak kira pangkat dan darjat...

    p/s: aku pun heran sebenarnya, apa point orang bukan islam perlu rasa risau ek?tang mana yang hukum hudud ni 'kacau' kehidupan dorang?pasal murtad ke?

  9. hahaha...
    aku rasa takde siapa pun yang melenting..
    aku rasa koRG pun penah dengar cite pasal nabu luth dengan nabi nuh kan?
    isteri nabi-nabi tu mati bukan dalam husnul khatimah..
    adakah ko pikir nabi luth tak layak cite pasal tauhid walhal isteri baginda pun tak terjaga akidahnya?
    (pensyarah aku kata seolah2 tidak mengiktiraf kenabian nabi luth)
    bila kita cite pasal hukum islam,sekurang2nya undang2 itu sendiri akan membuatkan kita rasa gerun..
    dan seterusnya mencegah dari nak buat mungkar...

    aku rasa pun pun penah tengok video klip orang kene rejam kan?
    peh....ngeri r...otomatik tak jadi nak buat mungkar..

    bila ada yang sokong nak maktubkan hukum tuhan ni, sokong je r...
    siapalah kita nak takwil ibadat orang lain...
    macam gak nak kahwin, adakah semua orang rs dah ready nak kahwin, cukup nafkah zahir?
    tuhan dah kata, kita ikut cakap DIA, DIA akan mudahkan segala urusan manusia...INSYA-ALLAH!
    apa di fikir pasal orang bukan islam, hukum hudud tak melibatkan dorang...
    la takhaf wa la tahzan...pertolongan tuhan pasti tiba...
    bis cite...

    p/s: kadang2 tak semua menda boleh pikir pakai akal...contoh macam : nape tayammum tak sapu debu kat kaki skali?(contoh jek...HAHA)


  10. QUOTE(Zafirmscher4413 @ Sep 19 2008, 06:00 AM) <{POST_SNAPBACK}>
    Akhirnya my celcom broadband berjaya install kat aku punya laptop...hehehehe biggrin.gif .......lepas upgrade from Vista Home Basic ke Vista Ultimate 32 bit.......mungkin Vista Home Basic ni tak support agaknya...case close....hehehehe...


    macam mana ko wat zaf?
    masalah ko ni pun sama dengan aku ha..
    ada apa2 software yang leh setelkan ke?
×
×
  • Create New...