Jump to content

BasicCX

Members
  • Content Count

    1879
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by BasicCX


  1. [quote name='Nokhead060606' timestamp='1297752145' post='1062005']
    toshiba satelitte tu 16 inch kan.pkai gc GeForce GT330M....ni gc mobile pc jenis moderate ke high-end?ade nvidia physics tak.
    [/quote]

    Ya, 16inci. http://www.nvidia.com/object/product_geforce_gt_330m_us.html kira high end laptop beza dengan model Qosmio, Qosmia ada Bluray disc je.

    Model Toshiba Satellite A665-1005X ni ada dua:

    1) Toshiba Satellite A665-1001[b]3D[/b] - Yang ni versi 3D dengan skrin 15.6" dan ada BlurayDisc - harga RM6499
    2) Toshiba Satellite A665-1005X - Yang ni normal dengan skrin 16"

    semua spesifikasi sama. Beza dengan harga paling tinggi cuma BlurayDisc je yang buat laptop tu jadi mahal.

  2. [quote name='Nokhead060606' timestamp='1297749885' post='1062000']
    Sekitar RM 3500 dan tidak melebihi 3800 klu boleh..aku nak yg bright screen punyar.aku duk sabah, so klu2 sana ade best.


    Adui tak mampu kita ni nak beli alienware…bapak nak mati maunya 10,000 ringgit tu.
    [/quote]



    [b]Toshiba Satellite A665-1005X - RM 3499 [/b] : http://www.acomcomputer.com/online/index.php?act=viewProd&productId=385
    Boleh dapat murah lagi disini (RM3259) : http://forum.lowyat.net/topic/989829

  3. [quote name='M3ntary' timestamp='1297734230' post='1061974']
    Agak² lama lagi masalah SB ni nak selesai? Ada dapat info dari mana² tak? <_< Kalau dah selesai pun ku still risau nak terus beli. Tunggu lama sikit baru nak beli. Ada kemungkinan tak ada kedai yang jual je laptop ngan SB yang problem tu? :155:
    [/quote]

    MSI Malaysia fix masalah Sandy Bridge dengan beri pelanggan SATA card.

  4. [quote name='akuccputsedut' timestamp='1297224610' post='1061466']
    boring arr kalau lelaki rendah... bila cakap kena tunduk... aku ske yang tinggi sket kalau cakap tak perlu dongak sangat tak perlu tunduk langsung... mata jer tgk ke atas... wah romantik nya keadaan itu.. wakakakakkakaka...
    [/quote]

    Banyak tengok cerita anime ni (ni mata mesti bersinar2).... :lol:

  5. [quote name='DarkWan' timestamp='1297223343' post='1061460']
    tidak suka dengan rakan di sebelah cubicles di tempat kerja? kalau boleh nak suruh dia pindah tempat atau berhenti kerja terus. pakai stokin busuk, buka kasut, sampai dia tak tahan. haha.

    ke nak contoh lain ?
    [/quote]

    Contoh tak terfikir ni... ke pernah mengalami? hehe

  6. [b]Jenis Perniagaan:[/b]
    Menjual T-Shirt

    [b]Modal:[/b]
    RM 3 untuk print sahaja

    [b]Rakan Kongsi:[/b]
    seorang kawan (untuk transport baju)

    [b]Lokasi:[/b]
    Universiti Malaya

    [b]
    Jumlah Bulanan:[/b]
    RM1400 - RM 2000 (boleh lebih lagi)
    [b]
    Tempoh Pelaksanaan:[/b]
    Sebulan

    [b]Komen dan Pendapat:[/b]
    Sangat mudah untuk diuruskan, cuma perlu design baju, iklankan baju, ambil tempahan & deposit, call dealer bincang untuk urusan design dan baju. tunggu baju sampai, bayar kepada dealer & hantar baju untuk kutipan pelanggan - baki selepas deposit adalah keuntungan bersih serta merta. :)

  7. [quote name='Roy Azloy' timestamp='1296968726' post='1061216']
    ye2 kite tunggu bulan februari nani bak kate kae, haha xkkan nak men game 13 inci kot, :lol:

    apepon kalo nak beli skrng sy pon suggest notebook ni ok gak, Lenovo Y560P, i7 2630QM + ATi HD6570@RM2999

    sedih sbb sandy dh prob, kalu AMD Fusion contoh notebook terbaik ader?




    haha part ni sy setuju, tapi sy x sarankan compaq atau hp....mak ai nk install driver bkn men susah kalo pki xp xpon vista, sebagai contoh kalo nk install sound driver bkn ley camtu je kene cari audio bus driver kalo x dpt cari satu je jln kuar iaitu install windows 7 haha baru k, :121:
    [/quote]

    Kalau netbook:

    HP Pavilion dm1z tak keluar lagi.... aku ingat nak ambil Acer Aspire One 522 la... 2-2 ni pakai AMD Fusion.

  8. [SIZE="3"][B]40 Penumpang Terselamat Apabila Bas Ekspres Terbabas Di Lebuh Raya PLUS[/B]

    SEREMBAN, 3 Feb (Bernama) -- Seramai 40 penumpang terselamat selepas sebuah bas ekspres yang mereka naiki dalam perjalanan ke Johor terbabas ke laluan bertentangan di Kilometer 245.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Tol Pedas-Linggi, dekat sini, Khamis.

    Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, pemandu bas Transnasional dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kluang itu dikatakan hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

    Bagaimanapun, bas itu tidak dirempuh oleh kenderaan lain di laluan bertentangan itu.

    Sejurus selepas kemalangan itu, pemandu bas berkenaan, Sabri Sharom, 48, telah membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah Seremban 2 di sini.

    Ketika ditemui, Sabri berkata beliau tidak dapat mengawal bas tersebut selepas tayar depan sebelah kanan bas itu tiba-tiba pecah.

    Dua buah jentera Bomba dan Penyelamat dari Rembau dan Seremban 2 bersama 12 anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk membersihkan tumpahan minyak di atas lebuh raya berkenaan.

    Kemalangan itu menyebabkan kesesakan sepanjang lima kilometer di kedua-dua arah lebuh raya itu.

    -- BERNAMA[/SIZE]

    [IMG]http://img833.imageshack.us/img833/9040/ns05450x265.jpg[/IMG]

    [IMG]http://img19.imageshack.us/img19/353/ns10450x258.jpg[/IMG]

    Gambar ehsan: Ondscene

  9. Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.

    Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

    Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

    Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

    Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

    Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

    Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

    Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

    Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

    Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

    Sumber: Malaysiakini

  10. [quote name='Roy Azloy' timestamp='1296207115' post='1060593']
    LG Optimus One pyh nak dpt, check kat lowyat dlm harga RM800 baru survey td mantap....
    [/quote]

    Dia bukan payah nak dapat. Cuma ada dekat LG Dealer/Retailer je. Kalau ko pergi kedai2 kecik jual hp memang tak ada jual.. dealer/retailer LG je ada jual.

    Lagi satu, kalau nak LG Optimus One ni murah boleh ambil pakej Celcom... paling rendah RM48 hinggit je hp ni... tapi kalau celcome ni tahu2 la..

  11. Aku dah pakai Galaxy 5, LG Optimus One dan Galaxy S. Kalau nak beli entry level aku cadangkan ambil LG Optimus One, fungsi lebih baik daripada Galaxy 5 dan bateri tahan lebih lama.

    Ni perbandingan antara Galaxy 5 dan LG O1: http://www.gsmarena.com/compare.php3?idPhone1=3516&idPhone2=3371

  12. [quote name='tuankyaz' timestamp='1295924695' post='1060301']
    [color="#0000FF"][/color]salam semua, aku dah beli heli v3lama..masalahnya apsal aku nak naikkan je heli tu mesti naik kebelakang,atau terangkat kekiri..kalo x naik kan trotel control body heli mesti gegar,tp kalo tgk dlm youtube xlah gegar mcm tu? apa masalahnya?..kat transmitter tu nak seting mcm ner servor tu ek? tolong la saya, bilah dah tukar baru

    sebenarnya ada teknik yang betul ke? mcm kena naikan heli tu cepat2 bukan slow2?

    putrajaya,p9
    [/quote]

    Cari pemain rc pro ajarkan. Kalau newbie memang selalu jahanamkan heli, macam aku terus beli Big Lama.. haha

  13. [B]Rosmah Mansor isteri kepada Najib Tun Razak kini semakin jelas menjadi Liabiliti kepada Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib. Rakyat dilihat akan menolak Barisan Nasional kerana muak dengan perangai Rosmah Mansor yang berlagak mengalahkan menteri.

    Sebelum ini MiLo SuaM ada mendedahkan kewujudan Pejabat Khas untuk menjaga kebajikan isteri Najib di bawah division F.L.O.M yang dipercayai sengaja disembunyikan daripada rakyat yang sebenarnya membawa maksud First Lady of Malaysia sila rujuk link ini[Pejabat Rosmah Mansor]

    Jelas sekali Jabatan Perdana Menteri sendiri bimbang jika kewujudan Pejabat Rosmah di Sri Perdana, Putrajaya ini diketahui oleh rakyat, maka hal ini akan memalukan Najib dan pimpinan Barisan Nasional. Mana tidaknya, seorang Perdana Menteri menyediakan sebuah pejabat khas untuk isteri di tempat kerjanya. Sangat melucukan bukan?

    [center][IMG]http://4.bp.blogspot.com/_BCK18V-MXh4/TT2IWNyASWI/AAAAAAAAA7g/w3LrWGD0N2k/s1600/office%2Brosmah.png[/IMG][/center]
    [center][i]Sumber: http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1947[/i][/center]

    Di dalam sebuah perbualan telefon yang dirakamkan, jelas sekali seorang pegawai khas di F.L.O.M bernama Nurul Rosemiemmy binti Khasimi@Mohamed yang boleh dihubungi melalui nombor telefon 03-8888 1972 atau 03-8888 3963 bertindak menyembunyikan kewujudan pejabat ini. Berikut video rakaman perbualan telefon dengan pegawai tersebut.

    [center][media]http://www.youtube.com/watch?v=PCpWWqeAf3E[/media][/center]

    source: [URL="http://milosuam.blogspot.com/2011/01/pegawai-khas-sembunyikan-maklumat.html"]Pejabat Rosmah[/URL][/B]
×
×
  • Create New...