Jump to content

rightbrainer

Learning
  • Content Count

    19
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by rightbrainer


  1. Open Source software kat bawah ni boleh guna dalam Windows, samada XP atau Vista

    Web Browser: Firefox

    Office: OpenOffice (macam Microsoft Office)

    Zip: 7zip (macam WinZip/WinRAR)

    IM: Pidgin, Miranda IM, Trillian

    RSS Reader: RSSBandit

    Text Editor: Notepad++

    Grafik: GIMP, Paint.NET, Inkscape

    P2P: Frostwire

    Media Player: VLC

    Semua tu Open Source la, kalau tak silap. Kalau silap sila betulkan, ahaha


  2. kalau copy paste, memang tak jadi bootable dvd, vista tu

    mula2, ko dapatkan dvd vista yang asal, yang konpem bootable.

    pastu ko bukak nero, cari option "Copy DVD". guna option tu untuk duplicate DVD Vista tadi ke dalam DVD-R ko

    kalau ko takde Nero, guna ImgBurn, boleh download free je

    nak copy DVD guna ImgBurn camni:

    - masukkan DVD Vista yang asal, pastu kat ImgBurn pilih "Create image file from disc". imej tu akan disimpan dalam fail ISO

    - bila dah siap fail ISO tadi, kat ImgBurn ko pilih "Write image file to disc", guna fail ISO tadi dan masukkan ke dalam DVD-R ko

    semoga membantu hendaknya.. artikel berkaitan (eceh):

    - http://sembangkomputer.com/cara-burn-fail-...am-cd-atau-dvd/


  3. Masalah bukak partition tetiba suruh format ni pernah jadik kat PC member aku. Mula2 aku nak guna software recovery macam EasyRecovery Pro untuk recover balik satu partition tu. Tapi secara sebelum tu saje2 la pergi scan disk kat partition tu, pastu dia jumpa bad sector suma, scan disk tu betulkan. Lepas restart balik PC, tetiba partition boleh bukak cam besa.

    So ko mungkin nak try dulu scan disk partition yang crash tu, ada rezki bleh elok terus. klu tak, guna la software recovery macam yang dinyatakan kat atas ni. Acronis bagus. Kalau nak guna software free (a.k.a x perlu [lanun]), guna PC Inspector Recovery


  4. assalamualaikum.

    untuk latihan industri, saya diberi tugas untuk membina sebuah laman web syarikat. laman web ini akan menjual produk seperti komputer. saya dikehendaki menggunakan ASP.NET

    contoh laman web yang lebih kurang serupa adalah di PC Depot:

    http://www.pcdepot.com.my/category/51/comp...20hardware.aspx

    malangnya pengalaman saya sebelum ini setakat HTML sahaja. hehe. dari kefahaman saya yang agak blur ni, ASP ni digunakan untuk menguruskan data, supaya laman web lebih dinamik. maknanye tak payahla kita nak tukar web site tu setiap kali ada produk baru yang nak dipaparkan, betul tak? hanya perlu update database je.

    ok, berbalik kepada contoh laman web PC Depot ni, ada beberapa soalan saya nak tanya:

    - gambar produk, harga, dan description adalah data kan? maknenye saya cuma perlu update data je bila ada produk baru, takyah sentuh dah design web site ni.

    - adakah produk - produk di laman web ini disusun dan distrukturkan menggunakan CSS?

    kalau sesiapa ada contoh beserta source code sekali, adalah sangat dihargai. meniru dan belajar dari contoh adalah kepakaran saya. ngehehe.

    sesiapa yang sudi membantu, minta tolong ye.

    alahai skema nye ayat.

    edit: sesiapa ada link untuk tutorial ASP.NET yang bagus dan mudah difahami pun tolong sertakan ye... tema kaseh

    edit lagi: kat sini aku sertakan juga link ke website yang aku tengah buat. memang buruk rupenye. sila komen dan bagi cadangan ye: http://www.geocities.com/hantarkatsini/


  5. umm

    dalam banyak kes, AV pun dah cukup

    tapi mungkin malware yg dtg dari malaysia dan indon ni, lambat sket AV nak pikap

    awk amik tools yang biasa2 cukup la: autorun, process explorer, hijack this, sandboxie, regedit utk buang virus scr manual

    harap membantu


  6. amschini;

    cuba detail sket pasal masalah awak tu. senang sket nak tolong.

    uhm. masalah pada driver sata selalunye berlaku bile awak pilih lebih dari satu driver sewaktu proses slipstream (guna nlite). pilih satu driver je, untuk OS yang khusus, dan jenis komputer yang khusus (deskop/laptop)

    begitulah hendaknye...


  7. Windows XP SP2

    Drivers

    Office 2003

    Avira

    Adobe Reader

    K-Lite Codec Pack

    Picasa

    CCleaner

    Winrar

    Nape tak install 7-zip ganti Winrar? OpenOffice ganti MS Office? Opera/Firefox ganti IE? Foxit ganti Adobe Reader? Sebab diaorang ni tak suka dengan benda yang diaorang tak biasa. Kang mula la komplen. Malas aku. Jadi aku install je la software default di atas... walaupun aku sendiri tidak menggunakannya. Huhu.

    Cam besa buat lebih dari satu partition. Pastu pindahkan My Documents. Pastu bersyarah kat diaorang 2-3 jam suruh letakkan fail dekat D:

    Slalu nye aku tak caj. Kecuali time tension.


  8. ok, suggestion for solution..

    1st thing, baca bismillah

    pegi kat PC membe, copy file Explorer.exe (dalam folder Windows) ke dalam pen drive

    pastu balik kat PC ko

    cucuk pen drive dgn penuh hemah

    klu bley bukak task manager kan..

    klik pada File | New Task (Run...), pastu kilik pada Browse..

    copy file Explorer.exe dari pen drive

    paste ke dalam folder Windows

    double click Explorer.exe yang baru paste tu..

    selesailah sudah.. same problem i encountered on a friend's machine.. solved using this way.. hope that helps ^^


  9. masuk Run (Win + R) dan taip CMD

    command prompt dah bukak, taip:

    attrib c:\autorun.inf -h -s -r -a

    del c:\autorun.inf

    attrib d:\autorun.inf -h -s -r -a

    del d:\autorun.inf

    restart komputer dan bukak partition C: dan D:

    tapi kalau virus tu still ada dalam PC, x guna gak xDD

    so, scan la dulu PC anda...

×
×
  • Create New...