Jump to content

Sousuke Aizen

Members
  • Content Count

    676
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by Sousuke Aizen


  1. Harap berhati-hati....

    QUOTE
    KUALA LUMPUR: Lebih 50 ahli perniagaan dikesan menjadi mangsa penipuan syarikat membekal mesin runcit automatik menjual air minuman sepanjang tahun lalu apabila wang pelaburan membeli alat berkenaan hampir RM1 juta hangus begitu sahaja.

    Lebih menyedihkan apabila kebanyakan mangsa yang dijanjikan pulangan keuntungan jangka panjang terpaksa menanggung azab lebih besar berikutan mesin air berkenaan didapati mudah rosak dan kini tak ubah seperti besi buruk.

    Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Micheal Chong berkata, sebanyak 24 aduan diterima pihaknya berhubung penipuan syarikat menjual mesin air berkenaan sepanjang 2007 membabitkan nilai kerugian RM425,000.

    Menurutnya, jumlah kes berkenaan terus meningkat kepada 25 kes sepanjang 2008 dengan nilai kerugian hampir RM500,000.

    “Angka kerugian ini menunjukkan seolah-olah berlaku penipuan terancang oleh syarikat terbabit yang berjaya memperdaya orang ramai melalui kaedah pujuk dan bayar.

    “Mangsa biasanya diberikan kertas kerja dan pelan pemasaran ‘luar biasa’ bagi menunjukkan angka keuntungan besar yang bakal diperoleh jika membeli mesin air berkenaan,” katanya.

    Menurutnya, kebanyakan mangsa yang yakin terhadap jumlah keuntungan diperoleh dalam tempoh jangka panjang tertarik dan bersetuju untuk membeli mesin air berkenaan yang berharga antara RM5,000 dan RM30,000 itu.

    “Tambah menghairankan apabila pihak syarikat turut menawarkan khidmat bantuan pinjaman bank bagi memudahkan mangsa membuat pinjaman membeli mesin air terbabit.

    “Masalah mula timbul sebaik wang dibayar dan mesin air berkenaan ditempatkan di beberapa lokasi dianggap strategik untuk memulakan perniagaan,” katanya.

    Mangsa biasanya mula menyedari ditipu apabila mesin air dibeli didapati adalah mesin terpakai yang kerap kali rosak dan tidak dapat berfungsi.

    Setiap kali mesin air berkenaan rosak dan perlu diperbaiki, pihak syarikat seolah-olah mengambil sikap lepas tangan dan enggan bertanggungjawab menyebabkan mesin terbabit terbiar.

    “Malah, ada syarikat pembekal turut mengenakan bayaran tinggi bagi kos baik pulih hingga membebankan pemilik mesin air,” katanya.

    Ada juga mangsa mengalami kerugian apabila mesin air berkenaan dirampas pihak berkuasa tempatan (PBT).


    Sumber: Harian Metro 3 Disember 2009
    http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMe...icle/index_html


  2. YA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA ADIL...
    YANG MAHA BERKUASA... YANG MAHA PEMBELA....
    LENYAPKANLAH SELURUH KAUM KAFIR LAKNAT INI (ZIONIS) DARI MUKA BUMI INI....
    BERIKANLAH MEREKA BALASAN DUNIA SEBERAT-BERATNYA....
    HANCURKANLAH MEREKA SEHINGGA TINGGAL SISA...
    KAMI TAK SANGGUP MELIHAT SAUDARA KAMI DIHINA DAN DIDERA TANPA BELAS KASIHAN...
    KAMI TAK SANGGUP MELIHAT ANAK-ANAK KECIL YANG TIDAK BERDOSA MENJADI MANGSA KEKEJAMAN KAFIR LAKNAT INI...
    KAMI MOHON YA ALLAH... TURUNKANLAH BALA KEPADA KAFIR LAKNAT INI SERTA-MERTA DI DUNIA INI....
    TUNJUKKANLAH KEKUASAAN MU YA ALLAH...
    HANYA PADA MU KAMI BERSERAH...
    HANYA KEKUASAANMU KAMI BERGANTUNG...
    HANYA IHSAN MU KAMI HARAPKAN...
    YA ALLAH... TURUNKANLAH BALA TENTERA YANG PERNAH MEMBANTU RASULLULLAH S.A.W UNTUK MENGHANCURKAN KAUM KAFIR... TURUNKANLAH BALA TENTERA BAGI MENGHANCURKAN KAUM KAFIR YANG PERNAH MENCUBA MERANAPKAN BAITULLAH... BIARKAN KAFIR LAKNAT INI HANCUR MENJADI DEBU....
    SESUNGGUHNYA KAU MAHA MENGETAHUI... MAHA PENGASIH... MAHA PEMBELA...
    PADA MU KAMI BERGANTUNG... PADA MU KAMI BERHARAP...
    SEGALA PUJI-PUJIAN BUAT MU YA ALLAH SERTA JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W...

  3. QUOTE(kyokusanagi @ Dec 26 2008, 06:07 AM) <{POST_SNAPBACK}>
    jangan jadi mcm hospital swasta kontroversi dulu dah..
    lebih pentingkan wang dari pesakit..xde wang xleh dapatkan rawatan..
    mcne klu terjadi hal2 kecemasan..soal melibatkan nyawa..

    kes hospital swasta tu dlu menyebabkan seorang ayah kehilangan anak sbb
    pihak hospital mintak bayaran dlu..tgk2..anak dah KO..

    x stuju langsung ijn di swastakan...


    Hospital Swasta mempunyai visi yang amat melunakkan dan indah didengar...
    Tapi polisi mereka rasa mcm tak mahu kita dgr ajer...
    Menyakitkan hati....

  4. QUOTE(leman77 @ Jan 2 2009, 09:43 AM) <{POST_SNAPBACK}>
    x abis psl hudud nie ker,org politik nie cam2 hari nie ckp lain esok lain

    penat dah aku tgk lagi2 PAS,mengarut2

    pastu undi pas dpt pahala

    mane belajar nyer ulamak

    aku respek haron din lagi



    Hummm... Entahlah... PAS byk berdolak-dalik pasal isu hudud ni...
    Mula nak laksanakan, bila DAP mengaum, tetiba lak nak tangguhka lak....
    Macam-2... Apapun mcm tu lah PAS bila dekat pilihanraya sibuk la pasal hudud...
    Bila hbs pilihanraya, senyap jap... UMNO lak lg la mengapi-apikan lg keadaan...
    Sengaja memprovok PAS yg menikus bila DAP mengaum...
    Entahlah dunia politik ni mcm-2...
    Apapun UMNO ada pendirian sendiri, tetapi tidak PAS yg byk berdolak-dalik...

  5. Korang baca la benda ni... Ni member aku yg tulis....
    Aku cuma tlg sampaikan je kat korang...

    QUOTE
    Sebab Lu Kaya!

    Assalamualaikum.. Ape pun gua minta maaf kalau kat sini ada yang terasa dengan ape yang gua nak
    luahkan.. Bukan niat gua nak kutuk ape pun..cume gua rasa terpanggil dengan sikap ORANG-ORANG KAYA kat BUKIT
    ANTARABANGSA tu!


    Wah!!! Bukan main lagi lu orang...rumah juta-juta...Harta juta-juta...buat rumah pun atas bukit..
    Kenapa buat rumah atas bukit?..Konon-konon darjat tinggi la...sama tinggi dengan malaikat?..sama tinggi dengan Nabi?..Ke nak privacy?..Atau memang taknak campur dengan masyarakat?...Gua tengok kebanyakkan orang meLAYU..tapi gua heran jugak...rumah juta-juta...harta juta-juta...tapi tempat nak mengadap Ilahi kecil je? Sebab apa?...

    SEBAB LU KAYA!!..

    Bukan main dasyat lagi bantuan makanan pun dari hotel 5 bintang...sebab nak bagi MANGSA-MANGSA yang KAYA makan!.Kalau kawasan runtuh tu jadi pada rumah setinggan...ada dapat ke makanan dari hotel 5 bintang ni??? Nasi bungkus lu orang buang bagi babi makan? nasi bungkus ape standard Sebab apa?..

    SEBAB LU KAYA!!


    Gua lagi tambah sakit hati bila ada pemimpin datang nak jenguk...nak tengok-tengok lu orang...tapi lu maki apehal?...Lu dah bagus sangat ke nak maki orang?..Pemimpin atau wakil rakyat nak datang nak tengok rakyat...tapi lu maki sebab tak tolong kerabat lu angkat barang! Lu sibuk pasal lu punya barang...ada lu pikir pasal TUHAN???...
    Sebab apa u jadi macam ni??

    SEBAB LU KAYA!!


    Lagi satu hal yang pemimpin dok bagi sumbangan..bukan sikit..tapi puluh ribu..!!...nak cakap b**doh tapi jadi menteri...tapi pikir balik memang b**doh pun!..lu dah tau yang duduk atas bukit tu bukan orang miskin!..duit ada berjuta...lu ada pikir rakyat yang tak ada rumah?..yang tak makan?...Rakyat yang ada rumah macam dah nak roboh??..Sbab apa???


    SEBAB LU KAYA!!!



    Lu orang boleh tepekik telolong macam hilang akal sebab rumah juta-juta ranap!...ada lu orang nak beristgfar?..Gua jadi heran ada makhluk macam lu orang!..Pasukan penyelamat nak tolong pun dah cukup bagus!..tapi yang lu nak maki dorang apehal?..Lu nak saman apehal?..Sebab apa??


    SEBAB LU KAYA!!



    Lagi gua tambah heran bila lu orang nak saman PBT...yang lu buat rumah atas bukit tu sapa suruh??..Nak pampasan???..JANGAN HARAP!..cukup baik la MB Selangor bagi penginapan kat hotel..Tak bersyukur lagi???...Itu
    tanah persendirian...lantak lu la nak buat rumah...tapi bile dah ranap lu sibuk nak saman??..Sebab apa?..


    SEBAB LU KAYA!!!

    Gua bukan dengki pasal lu kaya..peduli ape lu kaya!..lantak lu la..tapi lu kene ingat...ada yang lagi Maha Kaya...ada yang lagi Maha Besar...

    LU PIKIR LA SENDIRI!!


    P/S: Sesetengah ayat yg dipaparkan agak kasar... Tapi minta maaf admin and mod... Not my writing...

  6. Aku pun pakai IZZI gak....
    Mula-2 speed dia ok, pastu mula lak meragam....
    Aku report byk kali kat customer support tp xde perubahan....
    Alih-alih aku repot kat SKMM menggelabah dia...
    Pastu baru-baru ni barulah customer support contact aku...
    Pastu antar technician dtg check gelombang kat sini....
    Barulah ada perubahan...


  7. Actually rasuah kat Indonesia lg teruk dari kat Malaysia ni...
    Kalo x caye cuba korang tanya sendiri kat pekerja Indo kat Malaysia ni...
    Kebanyakan yang ada kelulusan tinggi mmg susah nak dpt keje kat sana...
    Selagi x bg rasuah selagi tu la x bekerja... sbb tu ramai yg cr keje kat sini...
    Sbbnya beberapa sektor kritikal spt perkilangan dan pembinaan rakyat kita tak berape minat...
    Tp ada kebaikan gak jika banyak Telco dan ISP kat sana....
    Internet mudah diakses, malah lebih murah sbb adanya persaingan...
    Jadi bila byk Telco dan ISP tentunya diorg berebut-rebut nak pikat customer...
    Diorg akan offer service dgn harga yg rendah...
    Tak mcm Malaysia... Diorg tggu customer komplen baru terkial-kial nak baiki service...
    Tiadanya persaingan menyebabkan byk Telco dan ISP kat Malaysia ni x mementingkan kualiti dan mutu perkhidmatan... Ramai juga yg mengatakan punca kerajaan menolak cadangan TNB utk sediakan service broadband melalui talian elektrik, adalah sbb kerajaan x nak TNB kacau TM...
    Sbnrnya TNB dan TM ada matlamat masing-2... TNB matlamatnya membekal tenaga elektrik, manakala TM lak membekal khidmat telekomunikasi... Masing-2 juga sykt GLC... Ada kepentingan kerajaan gak... Jadi... Contohnya, kalo nko keje sbg pembantu perubatan, ko xleh melakukan pembedahan... hanya doktor saje g boleh... walaupun pembantu perubatan jika dilatih boleh lakukannya... sbb matlamat berbeza-beza... Lgpun service TNB membekal tenaga elektrik juga masih belum sempurna, apa lg nak bekalkan khidmat Internet...

  8. QUOTE(wanjihan82 @ Dec 31 2008, 07:19 PM) <{POST_SNAPBACK}>
    tp kan kalo mcm di indonesia best... ada berbelas2 telco utk mobile phone, dan berpuluh2 ISP internet.... indon lagu maju teknologi komunikasi dr malaysia walaupun rakyat negara dia miskin.


    Sebab kenapa Indonesia byk ISP dan Telco, kerana untuk beli lesen penyedia ISP dan Telco ni kat sana, cuma bg suap sket menteri-menteri kat sana, dah dapat...
    Lgpun Kementerian kat Malaysia ni strict sket... Telco hanya terhad beberapa sykt je...
    Nak pegang lesen ISP bukan senang... Mcm-2 tapisan... Silap sket, kena gantung terus lesen...

  9. Kadang-2 bila bercakap ikut perasaan timbul lah hasutan dan fitnah dek kerana tak puas hati...
    Tapi kdg-2 yg bercakap tu pikir dia sorg je langgan streamyx kat Malaysia ni...
    Pelanggan streamyx bukan lah sorg dua... Tapi dah capai tahap puluh ribu...
    Capaian Internet slow disebabkan trafik.... Sedangkan highway 4 lorong pun boleh jammed, ni kan pulak broadband mcm streamyx... Server streamyx terpaksa melayan berpuluh ribu macam permintaan...
    Kadang-2 bila ramai yang download fail... Ianya terpaksa makan traffic gak....
    TM pun skrg tgh baiki perkhidmatan... Cuma kdg2 kita x nampak sbb yg tarik kabel kat tepi jalan tu cuma kontraktor... Bukan org TM yg buat...
    TM dah sediakan service streamyx ni dah lama, sedangkan perkhidmatan lain semua baru lag, sbb tu x byk masalah.... Bila service makin ramai yg langgan, percayalah masalah akan berlaku... Begitu juga dgn Celcom dan Maxis Broadband...

  10. Mgkin fail svchost tu ada conflict...
    Biasanya svchost ni berkait rapat dgn windows background service....
    Nak tahu apa yg berkait rapat dgn svchost ni,
    bukak Control Panel -> Administrative Tools -> Services

    check setiap service satu persatu dan mana-mana services yg berkait rapat dgn svchost tu, cuba disablekan dulu... Atau cara plg senang, repair blk guna cd windows.

  11. QUOTE(Sultan ultimatezezs-SE @ Dec 24 2008, 11:34 PM) <{POST_SNAPBACK}>
    Dalam senarai tu memang takde sesapa yang perfect,..kalau ada pun segelintir..

    Tapi takda kaitan pun untuk jadi penentang hukum hudud, kalau tak suka atau tak minat,..rasanya tak perlu cari alasan.

    Kalau dilaksanakan hukum hudud,..macamlah aktiviti dalam senarai kat atas tu dah tak boleh dibuat or must be jadi perfect,.. ibadat, social dan lain2.

    Hak individu.. kalau terkantoi maka kene lah hukum.. tak kira hukum hudud atau bukan.

    Alasan dan senarai tu semuanya tak sekuat nas2 dari Allah SWT,.. seriously, aku memang pandang sebelah mata jer kalau list seperti kat atas tu nak dijadikan alasan.

    Sebagai orang yang tidak menyokong hukum hudud, aku mengandaikan ko ni jenis atas pagar disini hatta ko juga mungkin bukan penentang...

    untu perkara ini,..biarlah ko menjelaskan saja kenapa tidak perlu hukum hudud kat Malaysia ni,.. kalau boleh ko senaraikan sekali keburukkan hukum hudud. Lepas ni kita ramai-ramai kanan menilai siapa yang sebenarnya "kelakar" tu. Hmm aku pun dah lama tak tergelak ni.

    Adat berforum biasalah ada pro. con. and provokes .. so, jangan ambil hati.. sebagai sesama muslim pun aku nak try ingat mengingati gak hehe.


    Huh huh huh... ko kata list yg aku bg tu ko pandang sebelah mata? Maknanya ko memandang remeh la amal ibadat dan dosa pahala sendiri.... Masya-Allah... Pertama sekali aku cakap, aku TAK PERNAH sekalipun mengatakan tak perlu hukum hudud kat Malaysia ni... Jangan tersalah hukum... Aku cuma mengatakan, tak perlulah kita sibuk-sibuk dan kecoh-kecoh pasal hukum hudud ni, ada baiknya kita betulkan diri sendiri dulu sblm terlambat... Hukum hudud ni xde keburukan, xde kecacatan... Sempurna 500%... Tetapi hakikatnya manusia suka sgt mengejar sesuatu yang sempurna sehingga lupakan diri sudah sempurna atau tidak amal ibadatnya... Apapun sepuluh list yg aku bg tu aku lgsung x berani pandang sebelah mata... Antaranya tetap tergolong dalam dosa-dosa juga... Allah tetap menilai dosa kita walaupun seberat zarah sekalipun... Demi Allah, aku sendiri tak berani nak pandang sebelah mata.... Apapun terima kasih banyak-banyak atas kata-kata saudara itu...

    http://pasmuda.blogspot.com/2008/12/dap-ta...-anwar-lge.html
    http://pasmuda.blogspot.com/2008/12/perlak...kin-lambat.html

    Belum laksanakan dah ada yang menentangnya... Baru sahaja ditentang dah ada yg mengalah...
    Inilah natijahnya jika isu sensitif ini tidak mampu difahami oleh bangsa lain...

  12. QUOTE(mitutoyo @ Nov 19 2008, 11:46 PM) <{POST_SNAPBACK}>
    sejarah malaysia yg tertulis sebenarnya byk menyimpang(dr pemahaman n pembacaan aku),sayap kiri xde tempat langsung,walhal dorg yg memula berhempas pulas,tetiba yang xde bersusah payah mengangkat senjata muncul sebagai wira dan terus diwarwarkan(bukan aku nk pro mana2,mcm ckp td atas pemahaman pembacaan aku),lepas merdeka pulak satu hal,dipenjarakan pulak geng2 sayap kiri nh(byk tokoh dipenjarakan,antaranya arwah pak samad,n etc(maaf aku byk yg dh lupa),media seperti akhbar pulak dijajah,masalah jg nh,tak adil n provokasi.
    Alhamdulillah kita dh merdeka,kita kena terima kontrak sosial yang telah dipersetujui dan undang2 lapok british yang masih ada nh sepatutnya di review semula,masing2 bertanggungjawab keatas hak-hak pribumi,bahasa,agama.
    Insyallah sekiranya semua faham xde masalah,yang pastinya ajaran islam tu lengkap(ad-dien).


    Puncanya ialah Dari Tunku Abdul Rahman...
    Itupun atas desakan British yg mahu pejuang kiri dilabelkan sbg pemberontak...

  13. Huh huh huh huh... Kelakar korang ni...
    Sebelum korang nak membetulkan orang lain, sila betulkan diri sendiri....
    Diri sendiri tak terbetul, nak betulkan kerajaan...
    Aku sbg saudara se-Islam dgn korang nak tanya....

    1) Sempurnakah ibadat kita?
    2) Banyakkah amal kita?
    3) Berapa banyak dosa dan pahala kita agak-agak skrg ni?
    4) Berapa peratuskah jaminan kita di akhirat nanti?
    5) Berapa banyak kesalahan undang-undang kita dah langgar?
    6) Pernah guna perisian haram?
    7) Pernah beli vcd atau dvd haram ataupun download dari Internet?
    8) Pernah download mp3 dari Internet secara haram?
    9) Pernah guna akaun 'phised' Rapidshare?
    10) Berapa kali sehari kita membaca dan menghayati Al-Quran?

    Kalo semua jawapan di atas salah satu ada cacat cela... Eloklah kita fikirkan pasal diri sendiri...
    Manusia suka sgt ambil tahu hal yang remeh temeh... Tapi masih x nak sedarkan diri...

    Memang, sememangnya hukum hudud tu wajid dilaksanakan, tp terpulanglah kpd kerajaan nak laksanakan atau tak....
    Yang perlu kita sibukkan sekarang ialah DIRI SENDIRI!!!!!
    Kain sendiri bercompang camping sibuk nak membetulkan kain org lain...
    Aku bukan tak suka perlaksanaan hukum hudud...
    Tapi korang kena fikir, usia dunia kita ni tinggal sikit... tinggal sikit tau...
    Banyak petanda-petanda awal hampirnya kiamat sudah pun muncul...
    Tapi pemikiran kita masih... masih... dan masih mahu mempersoalkan kenapa kerajaan x nak laksanakan hudud...
    Korang x nak persoalkan ke amal ibadat korang dah cukup ke belum?
    Tak nak persoalkan kesepuluh soalan di atas, kenapa ada yg bercacat-cela?

    Bagi aku la... selagi undang-undang negara ni...

    TAK MELARANG ORANG ISLAM BERSEMBAHYANG...
    TAK MELARANG ORANG ISLAM BERPUASA...
    TAK MELARANG ORANG ISLAM MEMBACA DAN MENGHAYATI AL-QURAN...
    TAK MELARANG ORANG ISLAM BERPEGANG PADA AJARAN ISLAM...
    TAK MELARANG ORANG ISLAM MELAKUKAN AMAL MAKRUF...
    TAK MELARANG ORANG ISLAM PERGI KE MASJID ATAU SURAU...
    TAK MELARANG ORANG ISLAM MELAKUKAN IBADAT MEREKA...
    TAK MELARANG ORANG ISLAM MELAKUKAN PERKARA YANG BAIK BAGI DIRI MEREKA DAN MASYARAKAT...
    TAK MELARANG SEGALA KEBAIKAN UNTUK AGAMA ISLAM DAN NEGARA

    Maka, kenapa harus aku persoalkan? Soal adil atau tak adil undang-2 itu terpulang kepada Allah menentukannya di akhirat kelak...
    Tak kena balasan di dunia, tak semestinya boleh terlepas balasan di akhirat, malah di akhirat azabnya lebih berat dari di dunia...

    Akan tetapi, ada sesetengah orang yang berlagak alim tetapi amal ibadat tunggang terbalik... sibuk nak bercakap pasal kewajipan perlaksanaan hudud...
    Padahal kewajipan 5 waktu tu pun liat nak buat, kadang-2 boleh tinggalkan satu waktu... Aku betul-2 tak faham... Kenapa pemikiran korang ni masih belum matang...

    Kesimpulannya di sini, janganlah kita berlagak seolah-olah kita pandai sgt dlm agama... Setinggi mana kita belajar... Hatta sampai di Al-Azhar sekalipun, masih belum cukup ilmu di dada tu... Bukalah Al-Quran dan hayati betul-2 isi kandungannya... Di dalam Al-Quran terkandung segala jawapan... Cuma korang je tak nak cari... Al-Quran itu adalah sebuah gedung ilmu yang tak terjangkau oleh akal... Di dalamnya korang boleh jumpa bermacam-macam jawapan, yang penting korang ada hati nak cari... Bukan cari kesalahan org lain... Jadilah umat Islam yg bersyukur... Andaikata esok ajal kita sampai, sempatkah lagi kita nak cover balik amal ibadat yg bercacat-cela tu?

    Fikirkanlah sejenak... Buka fikiran... Korang ada akal... Gunakan akal... Allah dah anugerahkan akal dan fikiran... Kenapa tak nak guna?
    Bila org kata org Islam bodoh, kita melenting... Tapi kita sendiri tak mahu gunakan anugerah yg Allah berikan sebaiknya...

    Aku cuma menyampaikan apa yg patut aku sampaikan... Aku tau, ramai-ramai yg sibuk persoalkan perlaksanaan hukum hudud ni kebanyakan baru sahaja cerai susu... umur masih hijau... belum dpt bandingkan mana yg betul mana yg tak...

    Apapun aku harap sesiapa jgnlah ambil hati dan melenting dgn apa yg aku kata ni, kita sama-sama renungkan...
    Mana yg baik kita ambil, mana yg tak elok kita hindarkan....
×
×
  • Create New...