Jump to content

Anarchy99

moderator
  • Content Count

    630
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by Anarchy99


  1. Rulez!!~

    • No Private Server Topic & Advertisement
    • No Spamming and Flaming
    • No Bot Topic/Post
    • No Cracking
    • No Hacking
    Assalamualaikum dan salam sejahtera

    This thread goes maybe to all forum on the net. Pembuka minda, apakah manfaatnya yang akan diperoleh apabila seseorang user klik pada 'New Thread' dan taipkan soalan yang ingin ditanyakan selepas itu tetapi akhirnya disuruh pula ke Google untuk mencari soalan yang ditanya itu ?

    Jadi, apakah konsep 'forum' sekarang ? Forum ditakrifkan sebagai 'tempat atau medium untuk seseorang mencari pandangan atau pendapat seseorang lain yang lebih pakar atau matang mengenai sesuatu soalan yang tidak difahami'. Oleh itu, apakah lagi kegunaan Forum jika semuanya diletakkan pada Google semata-mata.

    Adakah ayat-ayat seperti "Sila ke http://www.google.com.my/" merupakan jawapan bagi soalan yang ditanyakan oleh seseorang itu? Jikalau beginilah cara penyelesaiannya, lebih baiklah sebuah laman web forum tersebut menyediakan sebuah bot 'auto-reply' bagi setiap soalan/mail/post yang diajukan dan beritahu kepada pengaju soalan untuk rujuk terus dari Google.com dan soalan tersebut SELESAI atau yang paling sedih sekali apabila 'thread' itu 'layu' sahaja perlahan-lahan ke bawah. Inikah sebenarnya matlamat sesebuah forum ?

    Oleh yang demikian, saya menggesa anda semua dan diri saya sendiri untuk :

    1. Search dahulu tentang soalan yang anda ingin tanya di ruangan Search yang ada di forum

    Inilah yang menyebabkan ahli-ahli lain agak bosan/bengang kerana terpaksa menjawab soalan yang sama. Jika anda ingin mencari mengenai pengenalan 'ASP' (walaupun banyak di 'net'), anda boleh menaip 'asp' di ruangan search dan anda boleh memilih topik yang paling sama dengan soalan anda. Jika anda tidak menemuinya, dan selepas itu barulah anda boleh membuka 'thread' atau perbincangan baru. Ini tidak menyusahkan, tetapi senang sebenarnya !

    Dan kadangkala soalan yang anda ingin tanyakan adalah soalan popular dan Moderator yang bijak yang mengawal sesebuah bahagian forum tersebut telah 'stick' soalan tersebut di bahagian atas. Jangan lupa untuk lihat dahulu topik-topik yang telah di'stick' untuk memastikan anda tidak post soalan yang sama !

    2. Elakkan menggunakan soalan yang merayu atau yang tidak ada kena mengena dengan soalan

    Seperti, "Klik thread sini pls", "Tolong saya!!!", "Macam mana nie?", "best nie.. klik nih.." dan seumpamanya. Ini bukan sahaja menyebabkan ahli lain berasa 'malas' untuk klik soalan anda, malah kadangkala agak serabut. Oleh yang demikian, jika anda ingin membuka soalan yang baru, pilihlah satu tajuk yang mudah difahami dan user lain akan tertarik untuk membantu anda.

    3. Pastikan soalan anda tidak berulang dan tidak dalam BAHAGIAN YANG SALAH !!

    Pastikan anda tidak post soalan anda beberapa kali di dalam forum yang sama atau forum yang lain. Ini juga akan membuatkan user lain akan memandang serong kepada anda, seorang yang tidak sabar, kalut, dan tidak memikirkan orang lain yang turut sama berforum. Forum adalah percuma, oleh yang sedemikian, gunakanlah ia sebaiknya..

    4. Jangan tanya SOALAN SENDIRI dalam TOPIK (THREAD) ORANG LAIN !!

    Walaupun ada kena mengena dengan masalah anda (sedikit atau banyak). Ini mungkin boleh dikatakan menyampuk atau mencelah sesebuah kumpulan yang sedang membincangkan sesuatu perkara tetapi tiba-tiba dicelah oleh orang lain untuk bertanyakan soalan lain (berkaitan dengan soalan atau tidak). Buka thread baru dan tanyakan soalan anda. Jangan kisahkan tentang kos bandwidth or hosting kerana itu adalah hal 'Administrator'. 

    Saya tidak mahu bercerita atau bernasihat tentang benda lain kepada anda seperti hal-ehwal seperti 'api mengapi (flaming), memaki hamun (offensing other user) dsb. kerana itu adalah kerja seorang 'Moderator' (untuk membuat peraturan bagi kawasan jagaannya) dan juga 'Pemantau' yang telah dilantik oleh 'Administrator' dan anda tahu siapa diri anda.

    http://forum.putera.com

    http://www.putera.net

    Forum = A meeting or medium for an exchange of views.

    Puteranians = Panggilan bagi ahli-ahli Putera dot com (Puteranian untuk seorang Puteranian, dan Puteranians untuk ramai Puteranians).


  2. ok masalah aku dah settle... tapi bukan berpunca dr RAM or pci.. sbb aku test kat pc lain ok jer..... ntah laaa dr mane dtg nye... sbb aku bogelkan semua termasuk proc sekali... sbb proc tu org kedai tu yg pasang... lepas aku pasang balik semuanya...ok dah.... ntah laa proc tu tak pasang kemas kut.. btw thx semua..


  3. masalah dia ni hampir sama... ngan aku punye.. so aku nk tumpang tanya kat topic dia nie...

    mobo asus A7S8X

    masalah dia.. no beep sound + display .. mase on... aku dah check semua cable.. even buat balik dr mule... dah 4 keping RAM aku test.. result dia same gak.. power supply dah 3 ketul aku tukar... so ade sesape leh bgtau apa yg perlu aku buat.....

    sebelum .. jadi camni.. dia kuar gak error screen biru tu...pastu aku shutdown and nk reinstall balik windows dia terus buat hal..


  4. ragnarok ni dah terkenal bukan sbb game.. tapi sbb robot & ps dia.... + lagging tongue.gif .. so kalau nk buat rag2 sekali pun... kalau benda2 dr rag1 dibawa jugak.. baik stay jer kat rag1 tu.. and kalau dia masih amalkan p2p.. mmg dia takleh hidup...sbb kebykkan..game online sekarang dah start f2p ....aku tak nak laa nasib dia same mcm.. RYL2,Knightonline2 & gunbound2 .. pemain berkurang selepas version br wujud.. sbb version br mcm hampeh..... aku rase ragnarok tergugat... sbb keluarnya game2 br yg seakan2 ragnarok tp lg best grafik dia... tu pasal dia buat version br... tongue.gif lebih2 lg dgn keluarnya flyff ... huhuhuhu!!~ apa2 pun.. kita nantikan kemunculan.. ragnabot 2 huhuhuhuh!!~


  5. aku jugak di persalahkan dlm hal ini... sungguh terharu.. huhuhuhu!!~ Id?? a'a aku pun tertanya2 mane perginye dia.. kali terakhir aku jumpa char dia mase dia main kat sakray lama... dia ckp nk main MU online .. pastu dia terus senyap... x silap aku .. aku ade email dia.. nanti aku try hantar email..harap2.. email dia masih idup

×
×
  • Create New...