Jump to content

troikasix

Members
  • Content Count

    90
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by troikasix


  1. Sekurang kurangnya biarlah ada pendedahan awal. Saya jalankan interview selalu menyedihkan bila tanya ini tak tahu, tanya itu tak tahu. Asyik2 jawapan "saya tahu basic" je.

    Sehinggakan, para graduan sangka C++ cuma untuk command line saje. Asas yang diajar kat UNI tu pun dah lama tak digunapakai dalam industri.

  2. Pustaka Qt http://qt.nokia.com

    Kengkawan,

    Pustaka Qt ni tersangatlah bagus. Apakata, daripada asyik dok

    cin << cout << untuk program C++ duk kat command line, guna pustaka Qt. Macam macam ada.

    Terutama utk buat assignment ka, tutorial programming, guna Qt lagi senang. Siap boleh kluar result pakai GUI. Click click terus siap program untuk assignment.

    Rasanya, lecturer bole terima ka?

  3. [quote name='umarzuki' date='16 July 2010 - 10:30 AM' timestamp='1279247448' post='1042110']
    letak command tu dalam [b]/etc/rc.local[/b]
    nanti tiap kali reboot, sistem ko akan run command tu

    ni contoh aku punye utk enable wireless tiap kali nak masuk sistem
    [code]rmmod ssb
    rmmod wl
    modprobe lib80211
    insmod /root/wl/wl.ko
    exit 0
    [/code]
    [/quote]

    Bagus idea ni. Tapi aku perasan, lepas dlm setengah jam guna, signal drop balik. Lepaih tu buat semula rmmod .. modprobe ok semula. Sekarang, setiap setengah jam terpaksa buat.

    Pening betul.

  4. Korang..

    Mesin mainan aku ada wireless chipset BCM4322 802.11a/b/g/n. Tak tahu apa jadi, lepas upgrade ke kernel 2.6.34 terus koneksyen wireless jadi lembab. Separuh dari yang sepatutnya. Streamyx 2.0MB, jadi 1.0 MB. Pakai kabel, ok boleh dapat 2.0MB, jadi betulla bukan masalah router/wap. Downgrade kernel ke 2.6.33 pun tak bawa perubahan. Kenan 2.6.34 melekat trus.

    Bila rmmod kernel module wl, lib80211 dgn lib80211_crypt_tkip and then Modprobe balik 3 module tu. Heran, jadi ok plak wireless.

    Paling aku tak suka, masalah selesai secara magik. Maknanya, lepas boot komputer, kena buat rmmod and modprobe balik. Macam takder keje lain aku nak buat.

    Rasanya dah hampir seminggu cari penyelesaian/penerangan yang sepatutnya. Mintak tolong sesapa yang dapat bagi penerangan. Puas mencari sedunia laman web, ubuntu, suse, sabayon, mandrake, centos redhat. Suma orang pening. Ubuntu lucid dah betulkan, tapi dorang tak explain betul-betul apa yang terjadi. Aku plak pengguna Gentoo.

  5. carriage return seingat saya control character yg bermaksud return to beginning of line.. basically untuk formatting laa (i.e dalam text-based program).

    Nak tambah sket pasal penggunaan carriage return \r sebab aku dah terkena.

    CR = Carriage Return (\r)

    LF = Line Feed (\n)

    Dalam Windows, End Of Line kena guna CRLF (\r\n).

    Dalam Linux + Unix and variant guna LF (\n)sahaja

    Macintosh up to Versi 9.0 guna CR (\r) sahaja.

    Oleh sebab, sistem operasi berlainan guna cara berbeza, lebih selamat utk gunakan C++ endl. Kompiler akan mengubah kepada endl = CR/LF/CRLF.

    Contoh:

    //Windows:
    cout << "Ini adalah satu ayat\r\n";
    
    //Linux/Unix
    cout << "Ini adalah satu ayat\n";
    
    //Macintosh up to version 9.0
    cout << "Ini adalah satu ayat\r";
    
    // Untuk portability, yang terbaik
    cout << "Ini adalah satu ayat" << endl;

    Kepentingan isu ni, adalah apabila output merupakan text file. Kalau bukak text file yang dibuat di linux dalam windows notepad, semua ayat dalam fail tu akan menjadi satu ayat yang panjang.

    Format Aksara moden seperti UNICODE, UTF8 lebih memeningkan kepala.


  6. buang
     else
        main();
    alternatively, gantikan dengan
    return 1;
    dan main tu kena return integer...so main tu jadi ----> int main (){ //rest of codes} kalau nak wat program tu akan kembali kepada awal2 main selepas setiap pembelian atau selapas pembatalan, gunakan while loop dan sebagainya
    Hampir betul, tapi pengisytiharan fungsi main dia guna
    void main()
    Jadi tak perlu
    return 1;
    samada biarkan buang semua atau pun guna "return;" shj. Sepatutnya mengikut standard C/C++ pengisytiharan fungsi 'main' mestilah dgn salah satu dari yang berikut. Tetapi semuanya memulangkan 'int' supaya OS tahu samada tamat program dengan error atau tidak. "return 0" bermaksud tamat program sempurna.
    int main(void);
    
    int main();
    
    int main(int argc, char *argv[]);


  7. #include <string>

    std::string strNama;

    if(strNama=='namie')

    Hampir betul.

    Cuma kena tukar dari single quote (') kepada double quote ("). Single quote menunjukkan satu aksara.

    #include <string>
    
    char a;
    a = 'm';    // Contoh penggunaan single quote
    
    std::string strNama;
    if(strNama=="namie")  // Mesti guna double-quote(")

    Tapi kena ingat, C++ adalah case sensitive. Jadi "Namie", "namie", "namiE", semuanya tak sama.


  8. Nak cipher decipher ni bukan keje senang.

    Kalau setakat nak encrypt password baik guna hashing trus. MD5 ker,.. Sha1 ker.. Pastu simpan jer hash string tu dalam database. Lagi selamat. kalau ada orang boleh bukak database tengok password pun takleh make sense pasal hash string tu.


  9. Bila kita menulis dalam bahasa C++, kita boleh guna semua pustaka bahasa C.

    Tapi kalau kita menulis dalam bahasa C, tak semua pustaka C++ kita boleh guna.

    Sebab tu header file ni semua dirombak balik supaya lebih cepat kita tahu, apa yang boleh guna dengan tak boleh guna.

    C++ membezakan pustaka bahasa C dengan membuang extension *.h pada semua fail dan menambah prefix huruf "c" untuk pustaka C.

    // Pustaka C++ format baru
    #include <iostream> // dulu iostream.h
    #include <string>   // dulu string.h
    #include <vector>  // dulu vector.h
    
    // Pustaka C format baru
    #include <cstdio>  // dulu stdio.h
    #include <ctype> // dulu type.h
    #include <cstring> // dulu string.h
    #include <cmath> //dulu math.h

    Rasanya, lebih stylo format baru nih.


  10. Slalunyer bila ada perkataan "Embedded" maknanya programming utk alatan kecik2 macam handheld device (handphone etc). Tapi GURU C++ Bjarne Stroustroup (http://www.research.att.com/~bs/bs_faq.html#EC++), kata, its a subset kpd bahasa C++. Bjarne tak suka langsung dgn benda2 embedded ni.

    Maklumla, banyak kelebihan dah dikurangkan. Buat apa nak pakai C++ kalau sumanya dah dikurangkan. Fikir-fikirkan dan slamat beramal.


  11. Aku Dip in Accounting.

    Skang buat customization software ERP dalam JAVA. Buat CSharp programming web based + desktop app utk one of the customer. Last time buat 3 projek dalam C++ (Accounting software, Billing system dgn Inventory system) MFC. Buat POS system guna QT C++.

    Nasihat aku, truskan. Aku dok cari orang yang berminat, paper tu pedulikan. Aku pun tak penah ada paper pape. Kalu serius nak buat programming, hantar detail kat aku http://www.alternateintelligence.com/contactus.html. nanti we meet and diskass. Preference pada orang yang sanggup tak tido 2 hari 2 malam siapkan projek.


  12. keyword operator adalah kelebihan c++ utk membuat operator overloading. Bahasa lain takder lagi overloading camni. Function overloading diorang ada la.

    Contoh function overloading

    int tambah( int x, int y ); <--- Prototaip utk fungsi penambahan

    int tambah( int x, int y, int z ): <--- Fungsi menggunakan nama yang sama, ttp berbeza parameter.

    contoh tadi boleh digunakan dalam bahasa C++, Java, C# dan ... (err apa language lagi yek?).

    Dalam C++ operator macam campur (+), tolak (-), kali (*), bahagi pun boleh di-overloadkan. camni:

    int operator+(Date dt, int n)

    {

    return n + dt.day;

    }

    maknanya, kalau kita ada struct/class Date camni

    struct Date

    {

    int day;

    int month;

    int year;

    }

    kita boleh buat kod ranggi lagi mengancam

    Date harini = {15,7,2008};

    int minggudepan = harini + 7; <-- Nampak tak? tak perlu guna 'harini.day' utk penambahan

    Kesimpulannyer:

    operator char*(void);

    adalah overloading utk casting kepada data type char*. biasa kod camni sepatutnya dok dalam class string, tapi setau aku rupa dia sebenar

    operator const char*(). return type dia takder, so akan guna return type const char*.


  13. Codeblock is a good IDE.

    Memang by default tak ada compiler. Ko kena install separately, pastu settings pun kena buat. Kalau nak senang, uninstall balik codeblock tu, install mingw. Kemudian baru install codeblock. Codeblock akan detect mingw.


  14. Coding kat atas jelas guna MFC libraries, CDialog, Message Handler AFX_MSG_MAP etc.

    Biasanya, MFC pisahkan sesuatu class kepada 2 jenis file, Header (*.H) dan implementation (*.cpp). So kalau kita declare sesuatu class CRLBDlg misalnya:- MFC akan create 2 fail

    RLBDlg.h // Declaration

    RLBDlg.cpp // Implementation

    jadi...

    Mana peginya suma header files RLB.H RLBDlg.H CellRange.h etc.. etc.. Kalau tak ada, mana bole compile. StdAfx.h tu cuma MFC standard header jer.

×
×
  • Create New...