Jump to content

Sir Pyan

Members
  • Content Count

    1647
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by Sir Pyan


  1. [quote name='pcbase' timestamp='1307664020' post='1069969']
    google. yes google. bapak segala [lanun].
    youtube - banyak cetak rompak, anti kerajaan
    facebook - banyak cetak rompak, anti kerajaan jugak
    [/quote]
    Sangat setuju dengan sarcasm ini. :D

    Ni bukan kerja SKMM je ni, kalau ikut pekeliling tu, KPDNKK yang buat report kat SKMM. Pemalas jugak KPDNKK ni.

    [i]"The above mentioned URL/Web Address has been found by Ministry of Domestic Trade, Co-Operative & Consumerism (KPDNKK) to be in contravention of the following provisions of law in Malaysia: a) Section 41 of the Copyright Act 1987"[/i]

    Kemungkinannya diorang dapat aduan dari pihak lain yang report ke KPDNKK, lepas tu KPDNKK suh SKMM buat tindakan. Walhal main sebat macam membuta tuli. Kalau ikut prasangka jahat aku, tengok la nanti silap haribulan akan keluar satu website file sharing baru ala 1Malaysia. Sapa dapat tender? Who knows. Hanya prasangka peribadi yang tiada asasnya.

  2. Kalau boleh dalam menyelesaikan sesuatu isu, elakkan daripada taktik diversion yang lebih banyak mengundang retorik dan falasi daripada kebenaran yang sebenar. Kalau pekeliling tersebut benar, aku rasa tak puas hati bukan sebab SKMM gagal mengawal laman web lain seperti porno dan sebagainya, kalau itu yang aku rasa, aku sebenarnya dah alih isu kepada suatu isu lain tanpa menyelesaikan isu pertama. Macam dalam [url="http://en.wikipedia.org/wiki/The_Fox_and_the_Grapes"]cerita anjing dan anggur[/url], kalau anjing itu gagal makan anggur yang terlalu tinggi untuk dicapai, adakah patut dia mengatakan anggur itu tidak sedap, walhal ia hanyalah kelemahan diri sendiri? Jadi, adakah SKMM patut dihentam kerana pekeliling tersebut, kerana mereka dikatakan gagal mengawal perkara lain seperti porno dan sebagainya? Sudah tentu ini kurang tepat. Percayalah, tentang laman porno, aku rasa SKMM dah ambil banyak inisiatif, kenapa aku cakap macam tu, tak payah tanya, sebab aku takkan jawab, at least not in public. :D Isu di sini, mengikut laman kedua pekeliling tersebut adalah berkenaan akta hakcipta, dan seeloknya isu hakcipta dikaitkan, bukannya dengan falasi dan retorik lain.

    Yang aku tak puas hati adalah prosedur dan method mereka. Adakah disebabkan masalah hakcipta, keseluruhan laman web tersebut perlu dicantas? Kalau sapu terus semua sekali, tu kerja orang pemalas. Yang pastinya, sedangkan di Amerika Syarikat sana undang-undang hakcipta mereka sangat ketat, kenapa laman web demikian boleh lagi disiar? Ada beberapa laman web berbentuk file sharing tahu tentang undang-undang hakcipta, dan mereka mematuhinya. Sama seperti Youtube, hakcipta adalah hakcipta hanya jika ada pihak yang claim. Kalau tak ada yang claim, toksah nak menggatal kata benda tu ada hakcipta. Dan ini juga dipraktikkan oleh laman web lain, walau tak semua. Maknanya kalau ada pihak tak puas hati nak claim hakcipta, aduan boleh terus dibuat ke laman web tersebut, sebab mereka sendiri dah sedia kemudahan tu. Macam Youtube, dah berapa banyak video clip kena remove sebab akta hakcipta, samalah juga. Sebab tu masalah ni kena tackle satu-persatu.

    http://www.[waran tangkap]-bb.org, thepiratebay.org, movie2k.to
    No komen tentang website ni, sebab aku tak nampak kat mana dalam TOS dia ada sebut pasal copyright. Mungkin disebabkan mereka sarang piracy, mungkin ada patutnya, so aku takde masalah pasal benda tu.

    http://www.duckload.com/
    Yang ni dah tak boleh access, agaknya dah kena block kot.

    http://www.putlocker.com, megavideo.com, depositfiles.com, fileserve.com, filestube.com, megaupload.com
    Yang ni yang aku tak puas hati kalau depa block. Sebab website ni semua ada TOS, ada undang-undang pasal copyright, diorang sendiri boleh ambik tindakan kalau ada masalah bahan copyright, buat je la complain, aduan, kemudahan tu ada, kenapa tak pakai? Kenapa perlu block terus secara keseluruhan. Kalau tak percaya check la sendiri page dia.

    [url="http://imageshack.us/photo/my-images/685/depositfilesp.jpg/"]http://imageshack.us/photo/my-images/685/depositfilesp.jpg/[/url]
    [url="http://imageshack.us/photo/my-images/16/megavideop.jpg/"]http://imageshack.us/photo/my-images/16/megavideop.jpg/[/url]


    Diorang sendiri akan remove kalau ada copyright claim, apa susah sangat. Kenapa perlu block semua terus? Nampak macam orang pemalas buat kerja.

  3. Masalahnya depa buat kerja cam orang pemalas. Block ikut suka hati. Kalau depositfiles, megavideo dan sebagainya kena block sekarang, tunggu la nanti dengan rapidshare, dengan file sharing website lain pun silap haribulan kena jugak, lambat sikit lagi dengan youtube pun kena sapu jugak. Okeyla, katakanlah diorang nak block laman hina Islam, porno dan sebagainya, kalau laman tu hosting kat Blogger.com, adakah dengan seluruh domain Blogger.com kena block? Kalau ikut cara depa, silap-silap camtula yang depa akan buat. Sebab tu aku cukup tak puas hati benda camni.

  4. Assalamualaikum. Aku ada baca-baca sikit kat topik-topik bawah game development ni, dan ada juga yang perkenalkan Game Editor (http://game-editor.com) untuk buat game. Aku nak tanya beberapa soalan tentang software ni, memandangkan ia bukannya software yang full freeware, sebab game yang develop guna software tu cuma boleh diedar, tapi tak boleh dijual, kalau nak jual kena ambik lesen dia (ada beberapa pakej). Takpelah, tapi yang aku tak paham, beza lesen-lesen tu, kenapa pakej harganya lain-lain? Apa beza dan apa had-had tertentu untuk setiap lesen tersebut? Yang pastinya kalau yang paling mahal dah tentu game yang kita develop tu kita boleh buat apa saja ikut suka hati, nak jual ke apa, cuma aku tak berapa paham bab-bab perlesenan ni. Untuk info ni, boleh check kat website dia yang ni - http://game-editor.com/Buy

    Aku sebenarnya tengah belajar nak develop game, tujuan utamanya untuk apps iPad. Buat masa sekarang, aku tengah cuba guna software Game Maker oleh YoYo Games (http://www.yoyogames.com/), agak mudah nak faham, sebab interface dia ada sikit familiar dengan RPG Maker yang aku pernah guna dulu. Cuma yang aku tak pasti, adalah kemampuan Game Maker untuk port game dia jadi apps iPad, takut bila dah siap, tengok susah nak convert.

    Tengok Game Editor mudah sikit, dia kata benda ni cross platform. Tapi bahagian licensing dia pula yang tak berapa paham. So ada sesiapa tak yang baik hati merungkai kemusykilan di hati ini? He he he... Terima kasih banyak. ;)

  5. Hukuman mati? Setuju sangat. Tapi aku jamin lepas ni mesti ada suara sumbang yang kata, "kalau kita laksanakan hukuman mati, dikhuatiri nanti ahli keluarga yang jadi mangsa bapa tersebut takut untuk membuat laporan polis." Last-last, tak jadi. Macamlah benda ni tak pernah dibincang dulu.

    Aku tak nak sentuh sapa bagi idea. Karpal ke, kapal laut ke, kapal api ke, nazri aziz ke, (contoh, contoh je lah :wacko: ) aku lagi suka membincangkan tentang idea tersebut berbanding individu yang mengeluarkannya.

  6. [quote name='Nezict' date='25 July 2010 - 11:50 PM' timestamp='1280073003' post='1043072']
    2/5 bintang.


    The Sorcerer's Apprentice - Cliche'. Over cliche'. Tapi efek best. Bola la layan time2 bosan @ nak berseronok. Ending boleh lead kepada sequel (style disney). Tapi dengar2 nyer kutipan worldwide hancuss. Tapi aku tetap bagi...

    3/5 bintang.


    Inception - PeHHHHHHH!!!! Mantap bebbbbbb. Sape suke layan citer2 berat cam The Godfather trilogy, Matrix trilogy, Vengeance trilogy, ni memang citer korang. Efek mantap. Storyline mantap. Lakonan mantap. I loike Ellen Page. :wub: Ending tergantung menyebabkan frust menonggeng tapi best gak sebab klo tak wat ending camtu kompem bosan. To make it short, I lap u Christopher Nolan!!!!!

    aku bagi 5/5 bintang!!!!
    [/quote]
    Setuju dengan kedua-dua pendapat ni. Twilight aku tak leh komen, sebab tak tengok, memang aku tak follow dari dulu, tak suka vampire sissy. :D

    Tapi Inception, pergghhhh, memang tangkap nangis punya cerita. Aku bagi 4 thumbs up, campur jari kaki sekali. Feel dia sama macam kita tengok cerita sci-fi thriller lain, cam cerita Paycheck, Dejavu, Minority Report, dicampur dengan feel cerita Matrix sikit. Memang best. Aku siap tahan kencing masa dah dekat-dekat nak abis, takut miss scene, kalau miss mesti rasa lain macam, sebab cerita ni nak tengok kena tumpukan perhatian.

  7. [quote name='h!me' date='29 July 2010 - 09:34 AM' timestamp='1280367269' post='1043341']
    hahahaha.. kwn hang berlakon ka.. uik..
    tu ar ramai dok ckp nampak real.. tak tao nk p
    dgn sapa nih.. sume penakot2 belaka.... :lol:
    [/quote]
    Meh pi dengan aku. Tapi kena datang Seremban ler. Aku cerita-cerita hantu ni memang aku takkan pi tengok dengan member laki. Tak kuasa you. :blush:

  8. Tak perasan pulak aku ada topik ni. Buleh aku promo entry aku. :D Blog aku baru berumur 2 bulan, tapi setakat ni steady la, kalau tak tiap hari, 2 hari sekali aku pos. Tapi kebanyakannya semua pos aku tengah [i]ranting[/i]. Takleh wat apa kot, tempat meluahkan perasaan. He he he...

    Ok, entry update. Apa cerita menarik aku nak letak ya, oklah ni bolehlah, cerita pasal rokok.[url="http://13pedang.blogspot.com/2010/07/rokok-hakikatnya.html"]Rokok - hakikatnya[/url]

  9. [quote name='loy_azloy' date='26 July 2010 - 09:32 AM' timestamp='1280107964' post='1043122']
    P.S terbaca komen2 kat akhbar online berkaitan logo MU dan Milan,mufti kita dicemuh,Islam dibodoh2kan oleh pengkomen..geram dan sedih...
    [/quote]
    Sekeliling aku, yang mula2 buat statement tu bukan Muslim. Lepas aku explain kat dia dan tengok reaksi dia, baru aku tau sebabnya diorang ni jahil. Sebab aku cuit sikit, dia tanya lagi, dan soalan dia berbentuk curiosity, bukannya untuk batu api. Sebab utama dia keluarkan statement macam tu sebab dipengaruhi unsur politik, kena pulak yang mula bangkitkan isu masa tu adalah Nooh Gadut, dan aku tau member aku tu pro pembangkang. Bila aku terangkan kat dia yang benda ni takde kena mengena dengan sentimen politik baru dia paham. Aku tau para ulama macam Harussani dan Nooh Gadut mungkin tak berapa disenangi pro pembangkang. Aku pun tau para ulama macam Nik Aziz tak berapa disenangi oleh pro kerajaan. Tapi walau macamana pun, mereka ni tetap golongan ulama, ilmu mereka amat kita perlukan.

    Akhir kata, memang Melayu tak punya apa-apa. Bahkan setiap manusia dalam dunia ni tak kira apa kaum tak punya satu apa pun. Tapi sebagai Melayu yang kebetulan umumnya telah menerima hidayah lebih lama dari kaum lain di Malaysia ni, kita memiliki satu benda yang tak mungkin dapat diambil. Islam. Maka peganglah benda tu sampai mati.

    Aku cuma akan menyokong perpaduan atas dasar Islam. Bubar semua parti, tubuh parti baru. Kedua-dua pihak dari parti asal diagih kuasa dengan saksama dan tiada berat sebelah. Keahlian dibuka termasuk kepada golongan India Muslim, Cina Muslim, dan juga apa bangsa sekalipun asalkan dia seorang Muslim. Kalau nak main serap parti sini, serap parti sana, tu aku tak caya. The thing is, boleh buat ke?

  10. [quote name='tasnim' date='16 July 2010 - 02:22 PM' timestamp='1279261348' post='1042134']
    [font="Lucida Sans Unicode"][/font][size="3"][/size]
    BGI SY LA KAN...BUKAN SMUA LLKI SUSAH NK FHAM..DE JE LAKI YG KITE BLEH FHAM..IT IS BASED ON HIS ATTITUDE...
    LAKI NI DIE LBIH KPDA STRIGHT TO THE POINT..DIE X DE NYER NK PUTAR2 AYAT NI..KLU X SUKE YG TU, DIE CKP X SUKE,PSL EMOSI NI X KISAH SGT..
    TP PPUAN LBIH KEPADA EMOSI...NK CKP PE2 PUN, FKIR DLU..BLEH KE X CKP MCM NI...
    [color="#FF0000"][/color]BUT ALL OF THESE AHVE ITS OWN EXCEPTION IN CERTAIN CIRCUMSTANCES...HIHIHIHI
    :rolleyes: :rolleyes: :rolleyes:
    [/quote]
    Ya betul, memang tak dinafikan, memang tepat sekali, aku setuju. Tapi aku pun nak teremosi sebab tengok huruf BESAR-BESAR belaka. :wacko:

  11. [quote name='loy_azloy' date='11 July 2010 - 01:32 AM' timestamp='1278783125' post='1041271']
    Sengoku Basara peh!!! memang best citer dia barkisarkan zaman maharaja Oda Nobunaga,sape2 kalau tau sejarah jepun atau pernah main game Onimusha,dan lain2 lagi game jepun diaorg pastu kenal nama tu.tapi seriusly cerita dia memang best! ditambah dengan perlawanan seperti bleach dan dragon ball.
    jalan cerita yang mudah difahami...seriously aku memang syorkan korang layan Sengoku Basara!!! :lol:
    [/quote]
    Anime Sengoku Basara tu memang based pada game dia, game dia base pada sejarah. Belum check lagi, maybe akan check jugak, cam best ni.

    Skang aku tengah layan Getter Robo yang lama-lama. G, Go, Shin, Shin X Neo, New Getter.

    Korek punya korek Youtube, terjumpa pulak intro Transformers Animated version Jepun punya. Bapak gempak, lain dia punya feel dia. Lagi-lagi JAM Project yang nyanyi. US version punya lebih original, tapi Jepun punya lagi, camano nak cakap, gempak kot.

    US
    [media]http://www.youtube.com/watch?v=WElNiiPJvUA[/media]

    Jepun
    [media]http://www.youtube.com/watch?v=OVMY6SxFBmk[/media]

  12. Cadangan aku untuk research, check semua penjenayah yang baru kena tangkap, pastu check berapa peratus ex-convict. Kalau ex-convict tu pulak, kesalahan macamana, dulu masuk penjara berapa tahun, penjara mana. Dari sini baru kita boleh buat kesimpulan tentang sistem penjara. Aku kalau nak cerita lelebih, aku pun tak pernah masuk penjara. :D
×
×
  • Create New...