Jump to content

sawi

Members
  • Content Count

    1650
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by sawi


  1. aku pernah kena, masa tu tahun 2004, salah format partition, habis semua kerja dari tahun 1999.
    pengajaran lepas tu sentiasa buat backup kat CDRW, kemudian bila tech DVD murah, pakai DVDRW.

    tp sejak 2008, aku malas dh nak burn2, kebetulan harga shared hosting murah + hdd space diberi besar.
    so aku mula backup semua benda upload ke hosting aku jer, tp terhad utk document jer la.

    gambar/video still masuk dvdrw.

    kalau msk pendrive pun masalah jgk, kadang2 terhilang, terpadam, terkena virus, terkena curi :D
    kalau external hdd, sayang plk nak simpan benda2 backup sahaja, kalau simpan backup + guna harian, risiko utk terkena virus/terpadam/hilang tetap ada...

    so sekarang aku tgh nak beli HDD DOcking, sbb kat office ni berlonggok HDD lama dr 2GB -> 10GB yg tak pakai.
    Igt nak jadikan HDD lama ni tempat backup data2 penting. Takpun kalau ada HDD Docking, beli jer hdd secondhand, ramai kat forum jual murah2 yg 40GB/80GB.

    [quote][img]http://www.freshgizmos.com/wp-content/uploads/2008/10/sata-hdd-docking-station.jpg[/img][/quote]

  2. Allah dah janji, laksanakan perintah KU, AKU akan jaga urusan kamu.
    tapi kita rasa kita hebat, mempertikai perintah Allah dengan macam2 alasan seperti hukum2 Allah tidak sesuai di zaman ini, hukum2 Allah tidak sesuai untuk negara ini, jadi Allah berikan kita peluang utk tunjukkan kehebatan kita, laksanakanlah hukum ciptaan manusia, dan Allah biarkan kita, terbukti hukum manusia tidak langsung mampu membendung malahan jenayah, maksiat semakin membusuk dalam masyarakat.

    cuba kita tgk, sejak dulu, lama dulu hingga hari ini, pelbagai cara dibuat, kononnya utk mengatasi masalah sosial utamanya di kalangan remaja. Sekitar tahun 1990-an, ketika gejala sosial remaja mula menular, mcm2 dibuat, rakan muda, dsb, tapi apakah usaha yg sudah lebih 10 tahun itu memulihkan? atau kini semakin teruk?

    dgn menjadikan Islam 100% sbg cara hidup sahaja dapat selesaikan masalah ini.

    jika di peringkat individu, pastilah kita kena jaga Iman dan Amal kita.
    jika di peringkat keluarga, pastilah ibu bapa perlu "Islamkan" anak2 mereka sejak dalam kandungan lagi.
    jika di peringkat masyarakat, pastilah komuniti masyarakat itu sendiri perlu mengimarahkan surau/masjid dgn program2 di samping mengeratkan sillaturahim kejiranan
    jika di peringkat sekolah, pihak berkuasa...pastilah ada peranan masing2..
    dan jika di peringkat negara, kerajaan/pemimpin lah yang bertanggungjawab BERUSAHA utk menjadikan Islam;Quran & Hadith sbg sumber utk segalanya.

    mmg tak mudah utk laksanakan 100% hukum2 Allah secara "on the spot", perlaksanaan mestilah secara berperingkat. Sama juga ketika Rasulullah menyebarkan dakwah Baginda satu ketikan dahulu.

    kita hari ini boleh dikatakan menghampiri kepada masyarakat "Jahil"... Jadi USAHA perlu dimulakan dgn kesedaran terhadap masyarakat ttg apa yg BETUL dan apa yg SALAH. Dalam masa sama, perangkaan secara BERTULIS ttg undang2/sistem pemerintahan Islam perlu dirangka, agar mudah utk dibentangkan, diedarkan utk menerangkan, memahamkan masyarakat utamanya yg bukan Islam, apa hak2 mereka dsb.

    masjid/surau mesti jadi tempat yg "tulus, lurus" utk nyatakan yg mana BETUL & SALAH, tanpa apa2 ugutan atau gangguan.

    kadang2 kita lebih ditakutkan dgn Amerika/Zionis...
    Contoh : takut kalau laksana HUDUD nnt kena serang mcm Afghanistan, Palestine, dsb. Tapi apakah kita lebih takutkan mereka dari takutkan Allah? Contoh lagi : ada yg kata, tgk Taliban, laksanan hudud, tp ramai rakyatnya menderita akibat hudud... kita dengar, kita baca, tp apakah benar sumber yg kita baca dan dengar? apakah kita sendiri mengkaji di mana silap atau kurangnya Taliban?

    Kita harus belajar dari Quran, Sunnah & ambil contoh dari Rasullullah. Hukum Allah perlu dilaksanakan, muktamad, cuma cara dan usaha utk melaksanakan itu perlu betul dan ada strategi.

    Itu sahaja jalan yg dapat selesaikan semua masalah JENAYAH, EKONOMI, GEJALA SOSIAL dsb.
    yg lain2 tu hanya jadi penyebab, punca. Contoh, hiburan punca gejala sosial, zina,buang bayi. Kita tutup hiburan, tp dlm masa sama hanya berlandaskan hukum ciptaan akal manusia. So, kita tutup satu punca, tp akan timbul punca lain yg akan membawa kepada masalah yang sama, dan mungkin masalah sama akan semakin meningkat.

    Nak selesai masalah kena lah cari asal usul kepada masalah.
    Jadi di mana asal usul segala masalah? Apa yg berlaku hari ini takkan berlaku selain dgn izin Allah, kita pasti yakin akan hal ini kan? Jadi kita tahu, Allah tahu apa yg berlaku, dan kepada siapa kita mohon utk selesaikan masalah? Tak malu ke kita mintak pertolongan Allah tp taknak ikut perintah Allah?

    sekian... Harap betulkan andai ada yg silap, aku tulis tu takde tujukan kat sapa2 sebab aku sendiri malu pada Allah sbb banyak sgt dosa aku.

  3. [quote name='aczan' date='29 April 2010 - 09:50 AM' timestamp='1272505821' post='1028138']
    Sawi, aku berminat nak beli canon ip4000 tu. jadi nak tahu kat mana kau beli printer tu? harganya berapa? adakah ianya siap dengan ciss? Dakwatnya berapa sebotol dan berapa ml? Dan ianya jenis berapa warna?
    [/quote]

    sorry to say...
    rasanya Canon IP4000 dah susah nak cari stock sekarang, atau dalam erti kata lain, dah tak dijual.

    Canon IP4000 ni model tahun 2005, aku beli lepas raya ahun 2005, harga dalam rm400. Kualiti printing mmg cantik sebab pakai 5 invidual ink tank (black bci3ebk / black bci6bk / color - bci6c, bci6m, bci6y)

    CISS utk printer ni maybe antara rm60-100 sbb 5 tank.
    tapi aku tak pakai CISS utk printer ni, just guna compatible ink jer sbb sekarang aku pakai IP3300 + CISS sbg printer utama.

  4. kuasa Allah je yg takleh dipersoalkan :)

    Sultan manusia biasa, so mustahil takde buat silap.
    Setiap kesilapan perlu ditegur, cuma dgn cara yg betul.

    Seperti kita nak tegur kesilapan ayah/ibu kita, takkan nak terajang, tengking, maki, hina kan?
    Mesti dgn cara yg sopan.

    Namun tak semua org sedia menerima teguran atas kesilapan, apalagi bila berkuasa, berdarjat, tambahan pula yang menegur itu musuh/lawan, atau org bawahan.

    Seperti kita menegur ibu/bapa yg membuat silap, ada antara ibu/bapa yg mendengar, tetapi tidak membuat perubahan/membetulkan kesilapan.
    Ada ibu/bapa yg mendengar dan membuat perubahan, ada yg marah, dsb.

    Andai Sultan buat silap/salah guna kuasa, kita rakyat berhak menegur, mempersoalkan.
    Tapi org pertama yg bertanggungjawab menegur/mempersoal adalah org terdekat dgn Sultan, spt penasihat, org2 istana, dsb.
    Andai org terdekat tidak ambil tahu, maka rakyat jelata berhak menegur/mempersoal.
    Tetapi jika Sultan takmau dgr, maka tanggungjawab rakyat utk menegur dah tertunai, maka tinggalkan urusan Sultan dgn Tuhan.

    Apapun...
    Pemimpin yang baik sentiasa menerima teguran dan membuat perubahan kepada kebaikan org bawahannya.
    Pemimpin yang baik menerima baik kritikan musuh/lawan, daripada menerima pujian/sanjungan kawan.

  5. [url="http://sufawi.blogspot.com/2010/04/25-pesanan-luqmanul-hakim.html"][b][size="4"]25 pesanan Luqmanul Hakim[/size][/b][/url]


    01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

    02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

    03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

    04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

    05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

    06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

    07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

    08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

    09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

    10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

    11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

    12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

    13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

    14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

    15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

    16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

    17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

    18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

    19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

    20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

    21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

    22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

    23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

    24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

    25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

  6. connect cable LAN dari switch ke wireless modem router tersebut.
    sepatutnya selesai masalah.

    kalau tak blh maybe range ip address pc dalam LAN tak sama dgn ip range pc guna wireless
    dari diagram kat atas agak kurang jelas dlm beberapa perkara
    1.pc dlm LAN tu ada internet? jika ada internet dari wifi modem router yg sama ke?
    2.ip address dlm LAN & wireless assign by DHCP? jika ya, DHCP ada di mana, adakah pada wifi modem router tu?
    3.adakah modem router tu device berbeza dgn wireless router? atau wifi modem router? sbb gambarajah tu tak brp clear..
    -->modem router ada dhcp sendiri
    -->wifi router ada dhcp sendiri
    -->jadi seeloknya off dhcp pada wireless router
    -->wireless router sambung kepada switch, bukan pada modem router, ini memudahkan komunikasi wireless device dgn LAN
    4.internet? adakah semua pc sama ada dari LAN @ wireless dpt internet dari satu sumber sahaja (cth dr modem router sahaja)

  7. [quote name='rizan razer' date='21 April 2010 - 09:07 PM' timestamp='1271855260' post='1026750']
    masalah waste ink yang melimpah kat absorber printer Canon tu ada lagi tak sekarang nih?
    [/quote]

    aku ada dua printer canon
    1-ip4000 pakai compatible ink + refill - dh guna sekitar 4 thn lbh - dh pernah keluar "full absober" tp buat reset bg tak keluar mesej tu lagi, trs pakai tanpa sebarang masalah, apalagi utk melihat dakwat melimpah atas meja

    2-ip3300 pakai CISS - dh guna sekitar hampir 3 tahun, dh keluar pun msj "full ink absober", buat reset jgk supaya tak keluar lagi mesej berkenaan, pakai dgn cemerlang hingga hari ni

    dua2 printer ni pakai utk printing, anggaran print out tiap2 bulan, 300-1000pages

    cara nak reset mesej ink absober full, try search kat google, "how to reset ink absober full for canon XXXX" try la baca pelan2, mesti ada.
    mmg leceh skt, tp berbaloi sbb printer murah+kos printing murah+kuatliti ok+untung lebih

    cuma canon ni nak kena selalu buat cleaning utk bagi printing pattern cun.

  8. kalau kat office cara paling berkesan, dgn andaian anda org berkuasa utk bhgn it @ it admin @ etc
    1. penguatkuasaan/pekeliling
    -step mula2 bawak masuk meeting dgn ketua jabatan/bos
    -beritahu satu persatu masalah yg berlaku
    -bgtau psl main game, dh block...
    -dh block bwk modem sendiri, ada "hole" security pada data/LAN
    -kena cerita terang2, supaya ketua jab/bos faham.
    -cadangkan utk kuatkuasa/keluar pekeliling melarang :-
    (i)main game waktu kerja
    (ii)guna wifi modem sendiri utk akses internet
    -so bila dah ada pekeliling n dikuatkuasa baru pegi step berikutnya

    2. pemantauan, laporan, amaran lisan, surat amaran 1,2,3
    -dapat kesan, ada yg langgar peraturan buat la apa2 tindakan ikut pekeliling yg dh diberi

    atau boleh jugak cari jalan utk disable terus usb device, maknanya pendirve pun takleh guna. Kalau company besar2 mcm bank, tak silap mmg conform takleh cucuk pendrive kat pc office.

  9. byk cara nak bypass, TAPI sebelum tu..
    -kat office tu ada rules pasal penggunaan internet tak?
    -office guna gateway server tak?
    -atau office just sharing internet guna router "bodo" jer tanpa monitoring software/hardware?

    -jika ada server @ monitoring, maknanya ada log.
    -bila ada log, maka apa anda buat akan di log.
    -apa di log blh jadi bukti penyalahgunaan andai mmg ada rules penggunan internet.
    -kalau ter"kantoi" jgn salahkan it admin, atau salahkan putera.com

    -andai web kita nak masuk tu penting, just inform pada it admin, kalau nak official, blh bwk msk meeting, atau buat format letter apply unblock website kita mansuk tu (jika penting, dan tak patut di block)

    -CONTOH : kat office aku ni tak block facebook, awal2 pagi masuk keje, staff sibuk dgn facebook (lps sarapan), adakala dr 9am smpai 10am still tak tumpu pada keje, 80% ngadap facebook+game, 20% buat keje, bila kena block ada yg marah. Tp bila tak block "melampau" plak :) . Tp jgn ko terasa plak, ni contoh yg blh kita sama2 fikir, andai kita jadi bos, tentu kita pun block benda2 mcm ni.

    cara nak lepas:
    -guna proxy
    -browse dgn no ip website berkenaan
    -dll

    tp spt dikatakan, jika server@h/ware ada log, smua kita buat tu akan direkod @ dikesan dgn mudah oleh it admin

  10. [quote name='kamarul' date='15 April 2010 - 04:19 PM' timestamp='1271319550' post='1025820']
    dua2 webhosting ni xpnh down ke?
    ataupn kalau down, dia akan bgtau atau bg notis.
    [/quote]

    aku cuma tambah perisa atas info dari tasek16

    masalah down ada kat mana2 hosting, takde lagi kot hosting berani bagi jaminan 100% uptime, paling tinggi pun 99.9%
    -katakan 99.9% dari setahun, agak2 brp hari downtime?
    -simple calculation utk 99.9% uptime = 43.2minit downtime utk sebulan (rujuk -> http://www.ozzu.com/hosting-forum/uptime-guarantee-explained-t68306.html)
    -tapi bukan maknanya web kita akan down 43minit tiap2 bulan.
    -99.9% maximum total downtime utk tempoh sewaan kita setahun.
    -so kiralah, berapa maximum downtime kita ada :)

    server down ni banyak sebab
    1.sebab "breakdown"
    -ni benda tak dijangka, cth tiba2 hdd failure, so mmg tak sempat nak notice customer.
    -cth tiba2 je kita takleh akses web, kita buat report, br phk hosting sedar, dan troubleshoot.
    -nak troubleshoot plk, mula2 support monitor remotely dr office, kalau hardware problem, kena la somebody turun ke DataCenter utk fix/replace h/ware

    2.sebab "shutdown"
    -maintenance/update/patch
    -selalunya notice akan diberi melalui latest news di website, atau dihantar ke email customer, atau dalam client account di web hosting (kena login tgk jadual maintenance hosting)
    -takat ni tak terjumpa lg hosting sms/call bila nak buat maintenance yg melibatkan downtime :)
    -tp selalunya downtime yg terancang ni tak lama berbanding downtime akibat disaster spt h/ware rosak.

    aku dh pakai
    -mesrahosting dh lebih 7 tahun (utk web company)
    -ipserverone setahun (personal)
    -internet-webhosting lebih 3 tahun (personal)

    paling memuaskan internet webhosting dr sudut support dan harga.
    apalagi kawan rapat kerja kat situ, hehehe :)

    mcm mesrahosting, support mmg "payah" skt, cuma aku terus pakai lagi utk company sbb somebody yg "pegang" syarikat Mesra.net Sdn. Bhd. ni bagi layanan yg baik pada aku, hehehe.

    boleh tgk ranking hosting di malaysia kat sini -> http://www.webhosting.info/webhosts/tophosts/Country/MY

  11. aku ada pakai 2 hosting
    1. [url="http://mesrahosting.net/"]Mesrahosting[/url]
    2. [url="http://www.internet-webhosting.com/secure/aff.php?aid=saw21109&promotion=yes"]Internet Webhosting[/url] (tgh ada promo skarang...)

    dua2 ok, tp antara 2 tu, Internet Webhosting paling bagus dr sudut support

  12. kalau tanya aku, antara pilihan yg ada

    -kalau pentium4 tu socket 775 pakai dulu processor tu
    -beli board baru socket 775 dlm range harga rm250 ke atas (tanpa intergrated graphic)
    -beli graphic card, kalau takde bajet besar beli yg murah2 dlm range harga rm100-150 dulu @ cari yg 2nd hand dlm range harga sama
    -beli ddr2 ram 4GB samaada 2x2GB atau single 4GB
    -harddisk/dvd drive pakai yg lama, casing pun blh pakai dulu yg lama.
    -power supply yg lama yg ok boleh pakai dulu, tp jika ada bajet beli baru, plg teruk beli la yg dlm range rm150-200 utk 500W mcm CM power plus walau takde bajet nk beli yg hebat2/true power ke
    -so total bajet dlm range rm800

    -andai bajet ada lebih, tukar processor, paling rendah bajet dlm range rm200-300, dpt la intel dualcore proc @ amd x 2 proc
    -atau bajet yg sama utk graphic card.
    -total bajet kat sini campur yg asas di atas, dh dalam range rm1000-1200

    -kalau bajet ada lebih, tukar processor + graphic card sekaligus, utk boleh pakai autocad latest version dgn lebih smooth.
    -rasanya dgn mid-range proc + graphic card, total bajet still dlm range rm1500

    -kalau bajet mmg besar, takyah ambik dualcore @ amd x2, sambar quadcore/i3/i5/i7 @ phenom x3@x4 terus :D
    -tukar casing bling bling
    -tp bila processor + graphic card "KUAT" kena la PSU yg "POWER", bajet akan melonjak di sini.

    ---
    kesimpulan :
    apapun bergantung pada bajet, sila kira duit dlm poket, dlm dompet, dlm laci, dlm tabung, dlm bank, berapa maximum bajet ko ada sekarang?
    dgn menyatakan bajet anda, lebih mudah otai2 kat sini tolong listkan apa patut diupgrade, dituakr, dibuang :D

  13. selain max speed utk download/upload yg menggiurkan, adakah speed utk download/streaming unlimited?
    kalau sekarang, streamyx "lekat" streaming speed pada 20-25Kbps jer utk waktu puncak, nak laju kena tgk streaming video lepas 1@2am.

    kalau still speed streaming/download "melekat" mcm tak best jgk la

  14. [quote name='Superior' date='21 March 2010 - 11:06 PM' timestamp='1269183992' post='1022392']
    maksud aku kalau nak elak orang trace kita daripada kita ditangkap? IP mana perlu ditukar?
    macam kes aduka taruna tu kena tangkap..

    nak tukar IP..

    adakah langkah off on modem tu yg terbaik?
    [/quote]

    selagi guna streamyx, tukar mcm mana pun blh kena tangkap.
    kita connect ke internet dgn ID kita iaitu talian telefon atau simkad kalau guna wireless broadband.
    kalau guna proxy, tak pasti la mcm mana, tp still boleh di trace dgn mudah sbb internet kita still ikut modem/talian telefon/simkad.

    kalau nak selamat pegi online kat cc, bila dpt trace dr cc, n siasatan polis dibuat still boleh carik jgk.

    cara mudah takde, cara susah ada, online kat luar negara :D

    tp kalau ada cara lain, boleh la share kan :D

  15. [quote name='Superior' date='21 March 2010 - 10:35 PM' timestamp='1269182131' post='1022383']
    ok. so cara nak ubah IP streamyx tu macamana????

    adakah dengan off on modem sahaja sudah menukar IP?

    maksud aku IP dalam http://whatismyip.com
    [/quote]

    IP dalam http://whatismyip.com tu adalah public IP, yg streamyx bagi.
    kalau pengguna streamyx home user @ SOHO dgn dynamic IP, IP mmg akan berubah bila kita reconnect ke internet.
    kalau guna modem dlm mode router auto dialing, off modem dlm 15 saat - 30 saat, on semula, dpt la ip baru yg automatically assign by streamyx server (bukan kita blh pilih nak ip apa2)

    kalau guna manual dialler, just disconnect & reconnect.

  16. [quote name='khairuddin_25' date='20 March 2010 - 05:26 PM' timestamp='1269077204' post='1022256']
    Salam ahli Putera.

    Mintak tolong ajar, aku ditugaskan persatuan untuk membuat web yg bleh berforum, berbincang. web tu plak hanya org yang berdaftar dan dibenarkan pendaftarannya oleh admin jer bleh masuk web ni. bleh la, mintak tolong ajar.

    Susah atau senang nok wat web tu, beritahulah jer kat cni. klu ada kaedah yg lbih baek, lgi baik. kongsilah... huhuhuhuhu
    [/quote]

    smua forum mcm phpbb ada fungsi private.
    cuma kena rajin explore function2 dlm tu.

    kalau nak ada portal mcm whiztech & ongbok ckp tu, kena la kerja lebih skt.
    atau kalau lagi rajin, boleh gunakan 3rd party modification utk hasilkan portal pada forum.

    cth kalau guna phpbb ada board3portal @ phpbb portal : cth [url="http://jomtenet.com"]forum aku[/url] buat ni ada portal, tp simple n limited, tak mcm kalau guna joomla/drupal, blh buat mcm blog, news, etc.

  17. [quote name='a_meq' date='17 March 2010 - 10:02 PM' timestamp='1268834541' post='1021970']
    salam....hehe....
    mlu lak nk tnya...
    tp nk tnya gak la...:D.....
    ram 1 gig bleh la msuk win7 ni.. -_-
    [/quote]

    takde masalah.
    512MB pun still boleh kalau just pakai utk surfing + word
    sbb, aku dah try dah, smooth je running, tinggal kalau bukak website yang byk flash, ada java, rasa la lag/lembab atau kalau bukak dokumen yg byk graphic.

  18. [quote name='aczan' date='18 March 2010 - 12:46 PM' timestamp='1268887574' post='1022046']
    Model 6 dakwat ni memang dah ada, tapi aku tanya tuan kedai tu, katanya..model ni tak boleh buat ciss!!! Tu aku tak berani nak buat sendiri ciss tu..takut tak menjadi...
    [/quote]

    ko tanya kedai printer yg ada jual CISS ke.
    kalau kedai CISS kata model tu tak boleh, maknanya
    1...mmg model tu tak boleh atas sebab2 tertentu
    2...CISS utk model tu belum dikilangkan :)

    CISS ni bergantung pada
    -dakwat, kalau dapat buat 6 tank, tp stock dakwat takde jual, tak jalan jgk
    -ciri2 keselamatan printer, mcm ip3300, cartridge ada cip, kalau buat CISS, kena cabut cip dr original cartridge pasang pada CISS cartridge.

    mcm masa mula2 aku beli ip3300, pegi kedai supplier CISS paling besar kat lowyat (PineApple apa ntah nama kedai tu), bukan takat kedai tu bgtau CISS utk ip3300 takde, takboleh pasang, compatible ink pun takde@takleh guna kat ip3300

    lps beberapa bulan, dh melambak compatible ink, dkt 1/2thn lps tu dah ada CISS.
    cuma kena manual re attach cip dr original cartridge.

    utk model printer ko yg 6 dakwat ni, kena sabar dulu kot, :D

  19. biasanya model2 baru keluar CISS nya blm dikilangkan.
    kena bagi sikit masa pada para pembuat CISS siapkan utk model berkenaan.

    mcm dulu mula2 keluar canon ip3300, aku beli printer ni.
    pusing seluruh lowyat pun takde ciss model ni, termasuk compatible ink.

    lepas tu, compatible ink pun dijual, n tak lama lepas tu CISS pun dan available.

    kalau model printer tu blm ada di pasaran Malaysia, maka CISS nya pun pasti takde lagi.
    kecuali ko terer, kalau dakwat refill utk 6 cartridge tu ada, boleh jer modified CISS tu utk 6 catridge, beli 2 set CISS kosong.

    dulu mula2 pada CISS, aku tak reti, takut nak pasang, beli printer siap CISS kat kedai je.
    masa pakai canon ip3300, aku beli CISS kosong, pasang sendiri, senang je, asalkan tau basic mcm mana CISS berfungsi.

  20. -ghost / full backup, TAPI kena rajin buat, kalau tak, dh pakai 3-5bulan, pc prob, ghost smula, dh byk update/software yg diupdate/install kena reinstall/reupdate.

    -selain tu amalkan penggunaan pc secara berhemah.
    Tau apa kita buat, bila nak install, tau jgk apa yg kita sedang install, perhatikan setiap step masa install, jgn next..next..habis smua pakej dlm software tu install, padahal tak guna, atau tak perlu pun.

    Cth mcm install shockwave player, ada dlm tu sekali sama ada google toolbar atau norton online scanner toolbar, kalau main next..next, benda tu ikt install. Kalau dh mcm2 toolbar di install, lama2 pc jadi sembab utamanya bila guna internet.

    kadang2 kita nak test software yg baru, tak pernah dgr namanya, tak pasti software tu selamat ke tak, ada trojan ke tak, atau yg rajin cari cr@ack, hati2 masa execute file, kalau rajin buat la research dulu skt.

    kalau guna elok2 lepas setahun pun peformance pc still mantap.

  21. asasi ni bukan lagi Ijazah @ Diploma, tp lebih spt STPM
    asasi ni mcm matrik la.
    apa beza asasi dgn stpm?
    -asasi ni program bawah U, tamat asasi, trs transfer msk program ijazah U berkenaan
    -stpm bawah sekolah, abis stpm, tunggu result, apply upu, berasing dgn bdk SPM, dip.

    tapi ramai tak sanggup ambik asasi/matrik, silibus agak berat, exam bukan sistem semester. tp taktau la sekarang, aku dulu matrik 1 1/2 tahun (1998-99), final exam keluar semua yg belajar 1 1/2 tahun. Kalau ambik Dip/Ijazah, final exam berdasarkan silibus sem berkenaan jer, so ringan skt.

    asasi sains hayat ni lebih pada BIOLOGI
    kalau habis, nnt trs transfer ke program Ijazah U berkenaan dlm bidang berkaitan spt
    -kedoktoran, veterinar, ekologi, alam sekitar, dan sebagainya yg core dia BIOLOGI

  22. aku tau sape ada driver INWUSB28GN -> search no model tu kat http://www.google.com
    hasilnya ko akan dapat link ke website ni -> http://www.infosmart.com.tw/products/inwusb28gn.htm
    di website berkenaan ada link download driver for windows -> http://www.infosmart.com.tw/download/inwusb28gndrive.zip
×
×
  • Create New...