Jump to content

sawi

Members
  • Content Count

    1650
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by sawi


  1. Hah ko ada sebut impian nak jadi jutawan umur 25 kan?
    Biasanya org yg berjaya dgn tempoh masa singkat dgn [b]cara yang bersih[/b], mereka gunakan 24jam tu sepenuhnya utk kejar cita2 & impian...
    No more zon selesa... kerana sebahagian mereka yang kini sedang menikmati kejayaan di usian 40/50-an pun mengorbankan byk keselesaan utk selesa seperti sekarang.

    Mcm bisnes tu, tak semestinya kena guna modal 100% dari duit sendiri. Kalau boleh lagi bagus.
    Cuma kumpul duit ni satu disiplin, satu pengalaman, satu didikan secara tak langsung mcm mana nak manage duit.
    Nanti dah ada bisnes, bukan kita kena manage duit gaji sendiri, tp perlu manage gaji n keperluan pekerja kita, manage modal, manage sini sana utk syarikat/perniagaan.

    Sebut pasal loan, mmg rasanya sukar nak lari dari buat loan kalau nak terjun ke dunia bisnes yang sebenar, lagi2 bila nak setup perniagaan tu secara komersial, ada office, alatan, bla..bla... bukan sekadar freelancer/amatur. Takde masalah dgn loan, DENGAN SYARAT dah kaji n kira betul2, jgn syok dalam kepala jer, ramai tersungkur dgn loan, sbb bila buat loan besar2, then tak manage betul2, byk expand pada yg tak patut, selain peracangan perniagaan tak cukup, atau takde langsung, main agak2 je, "boleh ni" "ok ni"...

    Sekian bebelan aku yg rasa mcm tak ckp info, sbb malas search :P~

  2. aku bukan nak patahkan semangat, cuma nak bg sedikit info...
    banyak org kita gagal dalam perniagaan, seterusnya dibelit hutang akibat :
    -terlalu tergesa-gesa nak ada bisnes
    -terus buat big bisnes dgn modal besar
    -tak cukup pengalaman utk handle modal besar + bisnes
    -takde "case study" dlm bidang nak dibisneskan

    contoh la, kau minat bidang printing, advetising, media, web... etc ; bidang ni amat byk saingan sama ada saingan syarikat2 besar @kecil & saingan dari freelancer.

    Jadi kena dpt ckp info andai buat bisnes full time, sbb libatkan modal, salah manage, bisnes tak jalan, bank cari, at the end?
    Andai buat secara freelancer jer, maybe tak perlu fokus pada modal besar, just utk cari pengalaman, kenalkan diri, product, service pada client.

    Yang lain2 tu cuba la slow2 fikir, kalau rasa nak best, mmg smua taknak fikir yang susah2, kalau blh nak bayangkan yang senang2 jer, dpt duit, setup company, sewa office, ada bisnes...tp hakikat yang berjaya dlm bisnes sekarang pun tak semudah mereka impikan dahulu.

    KECUALI - ko nak bisnes cepat kaya dgn pijak kepala org, taktik kotor...blh la cepat ; hari ni register company, minggu depan lulus, minggu sama jgk ada office, minggu berikutkan dah tandatangan kontrak/tender puluh/ratus ribu, silap2 juta terus...takyah ada pengalaman takpe, ada air liur n ayat power jer dh ckp, tp sampai anak cucu mkn duit tu jadi darah daging yg blm tentu diterima Allah segala ibadat/amalan.

  3. contoh ...
    skarang anda msh dlm dilema, termenung, merenung fkr apa nak buat, nak buat mcm mana... how to.. to how...
    kadang2 sedar tak sedar, dari hari ke hari, bulan berlalu... tapi kita still berada di tahap yg sama, masih fkr how to...to how...
    mcm2 alasan masih berlegar, tp nothing to start with...

    kalau mmg betul kita rasa taknak keje mcm kita keje sekarang sampai tua/pencen, maka langkah pertama perlu dibuat.
    rasanya anda dh buat langkah pertama dgn fkrkan dan merenung perkara ini, dan post di Putera.Com ini utk minta pendapat.
    pendapat kawan2 yg diberi di sini sekadar tambahan maklumat, dapat tgk pengalaman org lain ceritakan, atau sbg suntikan semangat.
    tapi hak milik mutlak utk buat keputusan dan memulakan step adalah pilihan anda.

    kalau kerja sekarang sangat bz, anda masih ada pilihan :
    -takyah buat freelancer, tp mula kumpul duit skt2, cuba manage income bulanan mcm kita rollover modal meniaga
    -dalam masa sama, bulan ke bulan, slip gaji akan ada, lama2 lbh 3 bulan, maybe 6bulan, setahun?
    -so boleh korek2 info utk loan berniaga, cth : attend kursus mara, etc
    -atau buat freelancer, tp terus terang pada customer, bgtau ttg allocation masa anda ada utk buat kerja, n anggaran masa boleh siap, kalau customer nak urgent, customer faham n tak deal dgn kita, tapi kalau customer percaya pada service anda, n apa dia nak bukan urgent, customer rasa berbaloi menanti walau lama, lgpun takkan tiap2 hari anda kena kerja sampai malam-pagi, kadang2 kita punya byk masa bila berani utk korbankan masa zon selesa

    bisnes anda nak terajui tu bukan benda baru, so saingan ada di sekeliling. Bila anda nak terus terjun dengan bisnes tu, perlu modal tinggi dan risiko juga tinggi. Cth : kalau kat office aku ni, kalau nak service mcm bisnes anda impikan tu, sangat byk pilihan, ada sahaja org datang bawak profile, tak kurang hebat yg edar flyers, yg promote by email dan htr format letter utk menawarkan service.

    lagi bagus kalau buat permulaan ni anda cuba buat
    -start kumpul duit, walau seposen...
    -start kumpul maklumat lebih details, lagi bagus kalau dpt buat pelan kewangan, budget, kos, anggaran pendapatan untung rugi utk 6 bulan pertama bila mula buat bisnes anda impikan, maybe blh cari peluang borak2 dgn tokei kedai di bidang berkaitan, borak2 dgn pekerja di syarikat berkaitan, tgk volume customer, n segala macam info.
    -start cari maklumat loan, dan apa2 yg disediakan kerajaan melalui mcm2 agensi.
    -dan lain2...

  4. tu yg selalu memeningkan admin bab youtube ni... hehehe...
    kecuali ada budget besar, blh beli hardware mahal2 yg blh throttle bandwidth per user / by url mcm TM pakai tu :D, tp IPT takde bajet besar mcm tu, selalunya sub pada swasta je utk provide wifi service.

    mcm facebook tak makan bandwidth sangat, tapi ia memakan masa student @ melalaikan, walau ada yg pandai manage time, tp ....
    contoh lagi : hehehe sorry la aku suka bebel dgn contoh2 dr pengalaman...
    -ni kes kat IPTS, student msk guna pc lab utk search bahan
    -1st buka IE/FF search something related to study, sementara tu buka email
    -bila bkk email, dpt byk updates dr fb, buka fb, then dari sejam masa dia ada, rasanya tak sampai 15mnt pun tumpuan pada search bahan2, tp more pada berlegar di fb, dr status update, reply comment, menjalar ke profile kawan2 + comment...
    -status fb : busy/byk keje, tp sibuk comment sana sini... giahahahaha :D~

    sebab tu bila aku block something kat sini...aku selalunya akan bagitau client, keputusan block dibuat bukan sebab satu2 laman web itu tiada berfaedah, atau seumpamanya, tp atas dasar terdapat penyalahgunaan, selain menyumbang kepada kesesakan bandwidth yg menggangu urusan rasmi yg lbh peting, n dialu alukan siapa nak tgk real bandwidth monitor di skrin server, silalah lawat di blk server ...giahahaha~

  5. pasal youtube ni yg susah, sbb dlm tu ada yang berguna.
    tp andai tak block, % yg salah guna tu lebih tinggi...

    cth kat office aku ni...
    ada user yg buka youtube streaming sampai 4-5link, 1 tgk, yg lain pause biar download smpai hbs...
    ada yg jenis download youtube sampai 5-10 link serentak, bukan que 1 by 1, tp serentak download smpai 10 vid clip...

    itu kalau 1-2 org user, kalau kes IPT, brp ramai bila dpt msk youtube akn download segala mcm vid clip dlm tu, selain yg streaming secara langsung.

    cth kat UKM...
    bila UKM - JARING buat kerjasama, dpt free akses dlm sebulan kot?
    aku terlibat testing, mmg laju berdesup la wifi nya... lps tu student kena register utk guna, n siapa register akn dpt akses + kena caj per sem yg dipotong dr yuran ptptn terus.

    lps 3 bulan, dh mula line slow + problem...anggaran kasar aku lepas 1/2tahun masalh slow + down kerap berlaku (ini utk tahun 2009)
    tau kena slow? bayangkan, seorang student dgn laptop HDD bersize 160GB, boleh penuh sekitar 100GB HDD space dgn video drama korea dlm masa 1-2bulan!!

    ni bukan cerita dongeng, tp realiti, tu student perempuan, blm tau lg student lelaki apa pula di download.

    sekrang taktau mcm mana prestasi wifi nya, adakah yg throttle bandwidth + filter content atau bebas mcm dulu jgk :D

  6. aku ok jer minyak naik ke...apa benda naik, 100% subsidi minyak hapus pun takper... DENGAN SYARAT:
    -pemantauan ketat + PENGUATKUASAAN ketat terdahap kesan rantaian kenaikan minyak, gula, gas.
    --mcm sebelum ni, awal2 je menteri bagi amaran pada peniaga, dlm bulan pertama buat sport check rata tempat, msk bulan kedua, harga barang lain + makanan naik dan terus naik.

    -penjimatan dari subsidi tu dapat dirasai rakyat utamanya penambah baikan sistem pengangkutan awam, bkn takat naik taraf bas atau tambah koc lrt/lomuter, tp juga ketepatan masa, lokasi hentian yg strategik, budi bahasa pemandu bas, dan lain2.
    --supaya org ramai rasa berbaloi tinggal kereta moto kat rumah, lebih selesa, selamat dan cepat serta jimat naik bas/lrt/komuter/teksi.

  7. aku tak reti nak komen byk, cuma bersangka baik...
    maybe maksud Tempus lain...cuma perkataan Iman letak belakang tu maybe tak kena dgn maksud yg nak disampaikan.

    Iman walau apapun keadaan tidak sama sekali layak diletak dibelakang. Tgk blk apa dia Islam & Iman
    Islam terbina dr Rukun Islam & Rukum Iman, jadi dlm apa jua urusan keduniaan mahupun akhirat, Islam dan Iman ttp di depan.
    bila kita berniaga, kita tak tinggal solat, tidak rasuah, tidak menipu, itu maknanya Islam dan Iman kita letak didepan. Selalunya bila Islam & Iman letak didepan, Allah juga akn sentiasa dekat utk membantu asalkan kita yakin. Asal ilmu walau dr org kafir sekalipun ttp dari Allah.

    Islam ada konsep perniagaan tersendiri yg mana isi pentingnya si peniaga mendapat untung manakala si pembeli mendapat manfaat/kemudahan. Sbb tu akad penting dlm Islam, semoga yg membeli redha yg menjual untung.

    Cth mudah : bila customer mintak perkhidmatan aku, terlebih dahulu menerangkan baik buruk satu2 product, konsep dan undang2 spt cetak rompak, dsb. Selebihnya terpulang kepada customer utk memilih. Setakat 11thn berada di dlm bidang perkhidmatan IT di sini, takde masalah besar aku hadapi, selalunya customer faham dan tau setiap risiko atas apa mereka pilih bergantung kpd budjet kecil/besar/sederhana.

    [i]kalau sebut soal Palestine, smua tanggungjawan tu terletak di atas bahu kita semua umat Islam tak kira dr negara atau bangsa apa sekalipun. Kenapa masih tak berjaya, lihat sekeliling kita bagaimana keadaan kita dan saudara Islam kita. Sesungguhnya janji2 Allah itu benar, apa berlaku di Palestine dan kepada kita umat Islam hari dh pun Rasullullah ingatkan, juga byk difirmankan Allah di dalam Quran. Janji Allah Islam kembali gemilang, tetapi setelah umat Islam kembali bersatu dan bangkit. Selebihnya kita tanya pada diri sendiri.[/i]

    maybe Tempus blh betulkan statement Iman letak belakang tu jer. Soal perniagaan, apapun mmg kena tegas, sebab tegas itu sendiri adalah salah satu dari ciri2 dlm Islam.

    minta maaf semua sbb dah off topic.
    spt saudara TJ maklumkan, benda ni perlu jelas sbb soal akidah. Takut dari kata2 kita tadi boleh akibatkan yg lbh buruk hasil dr salah faham/salah erti.

  8. try setup ikut wizard...
    then biar modem reboot dlm 25saat, then try reboot jgk pc, baru buat dialer kat pc.
    kadang2 masa pc boot, tak detect bridge pada modem, lps kita setting bridge pada modem pc still tak recognize, so manual reboot pc lps modem selesai di setup+reboot.

    sepatutnya takyah reboot pc, tp pernah 2-3kali jgk dapat masalah mcm ni, mungkin sbb windows tu dah "lemau" :D

  9. berapa lama printer tu tak diguna?
    selalunya kalau pakai CISS ni, bila lama tak guna, ink dlm tiub tu akan blk ke tank sikit demi sikit.
    so caranya utk atasi masalah, buat cleaning byk kali sampai ink masuk semula...
    atau kalau cara 'jahat', ko angkat tank CISS tu tinggi dari printer, nnt ink tu akan gerak masuk ke dlm cartridge, agak2 dah masuk, trs buat cleaning utk stabilkan blk tekanan udara dlm cartridge + tank

    nak buat cleaning masuk dalam printer preferences/properties, pilih bahagian maintenance

  10. lagi satu, dynamic ip biasanya pakej utk HOME USER & SOHO
    fix ip pakej utk BUSSINES & CORPORATE user.

    bila ada masalah, call ke help center, kat situ dh dpt tgk status kita HOME/SOHO/Corporate.
    contoh : ada problem, aku call center, biasanya operator layan mcm biasa, tp bila aku tgk takde mood nk layan operator yg suruh flush dns la, tukar modem la, format pc la, aku akn kenalkan diri, saya en. xxx dari xxx sdn bhd, saya it person, kat sini kita guna server, kita dh check di peringkat kami, smua ok, guna backup modem pun sama masalah, so kami suspek masalah dot dot dot... baru la dpt no report, n dlm masa 1-3jam akan ada technician TM call update status, sampai report closed

    kalo home user, laluan dia panjang skt.

  11. kete auto baru dah takde OverDrive kan?
    mcm Vios, BLM, Rush, n beberapa kereta auto lain.
    mcm Vios baru & Rush, nak memotong just tarik D->3...
    kalau BLM, kena tarik jgk, tp leceh skt sbb tarik ke belakang, berbanding yg jenis tarik kiri kanan jer.

    rasanya tukar dari D ke 3 lbh kurang mcm fungsi OD kan?

  12. [quote name='Mr. EMr' date='11 June 2010 - 09:21 AM' timestamp='1276219272' post='1036270']
    rumit jg biz komputer ni yer, aku main belasah je.. B)
    [/quote]

    mmg rumit...
    bisnes komputer ni bukan hanya pada modal, sbb kalau ada modal besar tp takde 'skill" modal tu akn hbs mcm tu jer.
    kalau nak bisnes ala kadar blh la lebih kurang jer, tp untung pasti tak sebanyak mana, dan blm tentu untung tu untung yg "balik modal".
    kalau betul nak terjun dlm dunia bisnes komputer ni, mmg kena proaktif, tak blh duduk kedai tunggu customer, kena byk "bergerak" dan paling utama kena byk "contact".

    cth : ramai org jual beger, tp berapa ramai yg boleh "mewah" dgn hasil untung jual beger. Ramai yg jual sbg part time, untung pun "part time", ramai jgk yg jual suka suka jer, untung tak seberapa, ada jgk yg tak pernah untung, dan tutup.

  13. boleh mintak anggaran harga? utk aircond aku nih...dah lama tak buat service...hehehe
    -service outdoor (chemical)
    -check tekanan gas (kalau tak perlu tambah adakah kena caj utk mintak cek tekanan gas jer?)
    -kalau tambah gas kira mcm mana RM?
    -check amp reading (kalau mtk check amp reading jer lepas buat chemical + check gas (tambah gas), ada caj tak utk check amp reading jer?)

    sedikit komen :
    selalu org buat service aircond, cuci-check gas-tambah jika perlu...siap, jarang yg buat reading amp, bg aku reading amp penting jugak sebab...
    -selalunya setiap aircond ada tulis kat body brp normal reading utk amp
    -katakan dah cuci bersih, gas dh cukup, tp bila check reading amp, tinggi dr sepatutnya...so ada problem yg perlu di cari
    -kadang2 capilry tiub yg bergulung tu sumbat, perlu replace, kadang2 piping ada bengkok/tersepit perlu tukar, kadang2 ada maslah2 lain.
    -bila reading amp tinggi, bill elektrik tinggi jugak, selain hayat compressor pun makin pendek.

  14. kadang2 registration dah sah, tp ip kita tu tak "hidup" lg kat TM, so kenal call bgtau masalah.
    mcm aku dulu lagi "teruk", registration siap, TM dtg pasang modem, setup semua, test connect guna account test TM ok. Tapi takleh connect guna account aku, org TM yg dtg pasang call center, center bgtau line telefon office aku tu takde coverage streamyx, takleh aktifkan. Pelik sbb registration approve, tp tiba2 takde dlm rekod. Tp nasib baik settle hari tu jugak.

  15. kalau dlm kategori kurang mampu/pendapatan rendah, ada 2 pilihan
    1. beli installement.
    -byk risiko, nak beli installement pun paling tidak kena ada kredit card, kalau tak payah jgk, mcm2 borang plk kena submit. Tapi kalau dah ada credit card rasanya blh mampu je beli laptop murah mcm Tempus bgtau, rm888/rm13++

    2. beli netbook pakej jalur lebar TM yg kerajaan lancarkan, serendah rm38/month siap pakej internet 384Kbps. cuba rujuk kedai tm berhampiran.

    tp kalau berminat nak pilih options 1, takde masalah, itu hak anda :)

  16. kalau restotan melayu, conform akan terima padahnya.
    ni restoran bukan melayu kan?

    aku pernah sebut kat peniaga restoran/gerai melayu, kucing dtg jgn kedekut, paling tidak bg sisa makanan, tak suka jgn sepak2, buang elok2.
    tp kalau dah berniaga makanan, kucing mmg akan datang dan pergi, kita buat baik pada kucing tu, walau hanya bagi lebihan makanan InsyaAllah berkat, murah rezeki...tp kalau disepak2 didera, InsyaAllah tutup kedai. Dan satu gerai dah pun tutup dgn izin Allah~
×
×
  • Create New...