Jump to content

sawi

Members
  • Content Count

    1650
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by sawi


  1. yang terbaik = option 1
    SSD tu install OS + application penting (antivirus/driver application)
    HDD biasa 1TB tu install other application, masa nak install apa2 application biasanya kita boleh select nak install pada partition/drive mana.
    jadi buat satu folder program files di HDD 1TB

    SSD ni kelebihan pada speed, intall OS pada SSD cepatkan lagi proses boot, launch application.

  2. kalau ada spark kat sekitar kawasan mainboard/cpu, bukan masalah software, ada kaintan masalah hardware, seperti masalah ketika pemasangan hardware.
    cuba pasang di luar casing spt malaynux cadangkan.
    kalau di pasang luar casing ok, jadi boleh check :
    -casing
    -semua lubang skru pada mainboard
    -semua switch pada casing (on/off, reset)
    -apa2 connection casing ke board (front usb, casing speaker, casing fan, etc)
    check utk sebarang kerosakan fizikal pada body/wayar/etc

    selain tu jgn cuba assemble semula cpu heatsink + thermal paste...
    sebab kalau assemble cpu heatsink & apply thermal paste luar casing ni lebih mudah dan boleh nampak kalau ada masalah.
    kadang2 masalah spring/skru/apa2 saja yg "hold" heatsink dgn cpu tu tak ketat, dll...

    kalau sama jugak, kena cuba cari kawan2 yang guna processor sama socket dgn mainboard ko tu, then pasang processor dia, test, kalau on tanpa masalah shutdown, maybe processor anda dah ada masalah (tp jarang masalah pada processor kecuali mmg dah problem sejak di kilang/kedai @ di overclock secara extreme @ pernah overheat secara extreme)

  3. saya pernah guna
    D Link 24port FAST Ethernet switch (10/100) - ada 3 bijik
    Level One 24port FAST Ethernet switch (10/100) - 1 bijik
    TP Link 16port Gigabit FAST Ethernet switch - 1 bijik

    TP Link tu paling latest guna (dah sebulan)

    semua takde masalah, saya upgrade TP Link Gigabit sebab switch sebelum ni selalu hang sebab connection byk sangat (utk LAN sharing)

    kalau ikutkan antara JENAMA takde banyak beza selagi dalam spec yang sama utk FAST Ethernet Switch, kecuali utk Manageable Switch maybe byk beza dari sudut function/etc.

    kalau tanya saya, saya cadangkan try je beli TP Link tu, murah & berkualiti.
    kalau ragu2 boleh beli DLink, paling byk org beli, hehehe.

  4. sebagai contoh :
    streamyx = technology wired broadband/ADSL based on cooper cable
    dan ADSL pulak ada ADSL 2+ yg support max to 24mbps

    kalau ikutkan teori ringkas di atas, streamyx boleh support smpai 24mbps jika TM nak buat
    cuma sbb TM lebih berminat utk terus upgrade equipment mereka terus pada technology fiber, maka ia diperkenalkan, tapi...
    sebab ada tempat yang memang sukar utk 100% di fiber kan, jadi mana2 tempat yg begitu diberi pilihan utk kekal dgn cooper.

    dari sudut speed maybe boleh capai, cuma yg sukar cooper nak lawan adalah latency, guna fiber latency mmg pantas...

  5. ini andaian aku je...

    jika masalah berkaitan overheating - dia tak kira processor tu baru@lama.
    masalah overheating mudah berlaku atas sebab² :
    -pemasangan processor tak cermat/betul ~cth thermas paste tak apply/apply tak secukup rasa/tak rata/dll, clip/skru tak ketat/dll
    -suhu bilik mmg dah panas, tambah dgn pelbagai software/game running hingga cpu sentiasa load yang tinggi 80-100%, so mudah la berlaku overheating
    -lagi satu try check pada BIOS setting brp max suhu sebelum system auto shutdown?

    lain2 sebab yang buat system off sendiri adalah system tak ckp power, tp kalau tgk spec dgn psu yg digunakan tu dah ok rasanya

  6. kalau wifi hotspot tu mmg di provide percuma oleh pihak campus, rasanya takde masalah nak block site mcm torrent related, file sharing/storage, streaming mcm youtube, etc.

    tapi kalau kutip yuran, kena consider apa polisi penggunaan dari yuran yg dorang bayar.
    kalau yuran tu murah & tujuan wifi hotspot utk akademik, boleh la buat rule block site tertentu.
    kalau kutip yuran pun dah dekat2 harga langgan broadband, block youtube mmg ngamok la bebudak... :D

  7. kalau guna smartphone tanpa data plan mmg mudah jadi mcm ni.
    sebab smartphone tu sendiri mmg utk internet, hehehe...

    cuba godek segala setting, disable segala synchronize, disable segala auto backup/connect
    check semua application permission, kalau android remove any google account dlm tu.

    kalau android boleh buat trick macam ni...
    dalam apn setting tu, akan ada list segala gateway/server utk 3G/2G dan MMS
    edit apn utk 2G/3G -> del ip server/port (sila salin utk backup ; jika perlu)
    jgn del terus apn 2G/3G tapi edit dan buang setting server/proxy/port...sbb kalau del kadang2 telco try jgk connect.
    so tinggal apn utk MMS jer yg takyah usik
    jadi bila on data, dia tak dapat connect 3G/2G, tp blh download MMS

    kalau guna android 2.1 ada apps nama APNdroid ke apa ntah yg boleh only on MMS & disable 2G/3G

  8. lebih 20 org guna + heavy usage - QoS build dlm modem kadang2 tak dapat tampung/bertahan, modem hang atau reboot sendiri tu yang jadi putus2 atau slow sangat.
    itu tidak ambil kira lagi kalau ada salah satu pc yg terjangkit apa2 jenis malware/trojan yang send packet tanpa henti utk akses internet.

    kalau nak setup server, free + murah, try google -> untangle
    untangle ni linux based, cuma download file iso dan setup pada pc biasa, pc pentium4 pun dh blh
    cuma kena ada sedikit asas dalam networking, sebab nanti ada kena configure network interface pada pc tu.
    dan pc yg nak jadikan server kena ada 2 network interface card

    kalau susah, tapi company ada bajet besar, boleh beli system yg dah siap build in dgn hardware

    kalau takde bajet besar, takde tenaga nak setup server free, boleh cuba beli modem/router lain yg khusus utk heavy usage/enterprise level

    kalau semua di atas tak boleh di apply jugak, boleh cuba godek2 setting modem tu lagi.

  9. bagi yang bertanya tentang perkara berikut :
    - berkaitan CAP limit
    - apa jadi lps dh capai limit
    - line di CAP slow mcm mana lps dah lebih limit

    semua soalan di atas tiada jawapan tepat sebab :
    - TM Unifi blm kuatkuasa download limit
    - jadi bila blm kuatkuasa, takde siapa pun ada pengalaman apa jadi bila dh capai limit
    - juga tiada siapa tahu kena cap tahap mana lps dh lebih dari limit ditetapkan

    cuma kalau nak buat andaian, blh buat andaian berdasarkan download limit & apa terjadi lps lebih limit yg biasa ada pada mobile broadband mcm P1 / YES / Maxis / dll

    untuk zaman semua dgn kualiti HD, video HD, gambar HD...
    limit 120GB/month tu pun amat kecil.

    ada jugak terbaca (ntah dari mana, dah lupa...) contoh pakej VIP20, download limit adalah 120GB/month, jadi bahagi 30 = 4GB/day
    limit dikira ikut hari, kalau hari ni kita guna 2GB jer, tidak bermakna esk blh guna 4+2(baki dari hari semalam)
    kalau hari ke25 dlm bulan tu kita baru guna 50GB, tak bermakna hari ada lagi 5 hari sblm 30hb blh guna 70GB baki.

    nak lebih faham, download limit dikira per day, 120GB/30hari = 4GB/hari
    kalau dh smpai 4GB utk hari tu, download speed akan kena cap spt dlm terma dah syarat.

    tapi itu semua aku dengar2 je, sekadar khabar angin, :153:

  10. tatau la boleh ke tak. kalau motherboard ada byk port sata/ide dh boleh cocok byk2 dvd drive, then tambah psu, tp utk arahan burn serentak kepada lebih 1drive tu tak pasti mcm mana.
    kena tanya otai2 dlm ni yg pakar mod/electronic, hehehe...

    kalau mesin duplicator tu dia mmg ada board dia sendiri.
    pada mainboard dia akan ada 5-10 sata @ ide connector utk sambung byj2

    dan ada hardware utk control arahan burning.
    so master drive tu yg akan control beri arahan.
    masukkan dvd kosong dlm semua drive yg ada arahkan utk duplicate/copy,
    kemudia masukkan cd ori yg kita dh siap burn elok2 ke dalam master drive tu, arahkan utk duplicate.
    siap serentak keluar semua sekali.

  11. harga kalau complete set lebih rm1k jgk.
    nak murah beli casing yg ada controller/board jer, dvdrw beli asing2 kemudian...tu pun dah lebih rm500 utk casing + controller board (kalau beli yg dh siap, casing dia maybe cantik/tegap

    kalau nak murah lagi, DIY dari 0, pakai casing biasa, mod casing pc, then beli control board tu kat mana2 yg dpt... tp jadi satu kerja plak kan... hahaha..

    ni yg aku jumpa kat lelong -> [url="http://www.lelong.com.my/kx/dvd+duplicator.htm"]SINI[/url]
    kat lowyat pun ada, maybe ada lagi murah kat lowyat.

    kalau caj rm5 tu kira ok utk dvd takat conteng2 label pakai marker pen, kalau print pakai paper cd label pun berbaloi lg, sbb proses sendiri kat rumah kan.
    kalau hantar kat kedai utk buatkan pun utk dvd rm5 jgk dia caj kalau buat dlm 100dvd (tu blm kira casing/printing lg rasanya...)
    ni salah satu contoh perkhidmatan duplicate/printing/casing cd/dvd yg cun... -> [url="http://www.powerfox.com.my/"]SINI[/url]

    tp kalau buat sekali sekala, tak berbaloi nak beli set alat2 tu.
    kecuali tempat kerja tu mmg fokus buat kursus/seminar, mmg byk project mcm tu, then company mmg nak outsource keje2 bekalkan cd bahan2 kursus pada ko, berbaloi la.
    takut nnt ko beli lps tu tiba2 bos company decide nak lengkapkan opis dgn alat2 tu @ hantar kerja2 duplicate pada syarikat printing, rugi je (kecuali mmg berminat utk buat bisnes lain mcm jual cd ceramah ke, hahaha)

  12. [img]http://shop.leading.com.my/products/images/809/ECEE5.jpg[/img]
    ni contoh jer, harga takde mahal sangat skarang
    bajet kecik beli yg ada 1-3 drive jer, akan datang tambah sendiri.
    kalau rajin/ada kemahiran, blh DIY.

    kalau selalu nak burn dvd byk2 utk bagi peserta kursus, rasanya "wajib" ada benda ni.
    buat side income pun blh, caj la skt company utk setiap cd tu, hehe...
    pakai benda ni ada pro-contra, tp sekadar utk bahan2 spt dokumen kursus/nota/audio rasanya takde hal

    utk commercial dorang tak guna teknik "burn"
    tp replicator kot? aku tak pasti istilah sebenar.

  13. [quote name='mon678' timestamp='1322569854' post='1075785']
    nak tnya adakah ada limit Cd/DVD yang boleh di burn oleh DVD-RW ? brand DVD-RW yang mane pling tahan untuk burn CD/DVD yang banyak dalam suatu masa...aku pernah mengalami masalah , [color=#ff0000][b]baru burn CD dalam 15keping, DVD-rW aku mcm bengong2 x leh read CD kosong/DVD kosong[/b][/color]...[u][color=#ff0000]tp lepas aku off pc then on blik....DVD-Rw aku leh read CD/DVD mcm biasa[/color][/u]...adakah ada limit sesuatu DVD-RW itu blh burn...sebelum aku mengalami masalah tersebut, aku burn lebh 30keping CD pada sehari sebelum itu...aku pakai DVD-RW jenama LG 22x
    [/quote]

    masalah mcm ni biasa berlaku sebab "panas"
    hari sebelum tu burn 30keping "non-stop" ke?

    dvd burner kita guna kat pc tu utk home usage, mmg taktahan lasak utk burn terus menerus byk dvd.
    maybe masa burn 30dvd tu, burner tu overheat, tp tak rosak.
    so hari berikutnya lps burn 15cd dia dh bengong.
    bila off/on pc, burner tu mcm refresh/cool balik.

    kalau selalu buat project copy dvd & ada bajet "sikit", beli dvd burner duplicator.
    tak mahal sangat da sekarang

  14. bagi saya laptop brand apa2pun yg harga dalam range yg sama, cth brand Acer/Compaq/Toshiba/Lenovo/ASUS/dll yang harga antara rm1500-1800, kualiti hampir sama, ketahanan pun hampir sama.

    kalau betul nak tahan skt, beli yg price range rm2200 ke atas.

    tapi, apapun, kalau org tanya psl ketahanan utk harga bawah rm2k, jawapan saya...
    1. Lenovo tp design buruk skt
    2. Acer design pun ok
    3. ASUS
    4. lain2 spt Toshiba, MSI

    dulu saya suka Toshiba, tp terkena masa beli Toshiba, dalam bulan yang sama beli Acer, harga lebih kurang, tp Toshiba rosak dulu...
    kalau kat office, pernah test beli Acer & Lenovo, dua2 pakai lasak + byk tangan guna + bawak sana sini, dua2 masih bertahan

  15. kat windows 7 pun ada yang tak keluar hibernate di Start Menu, utk "keluarkan" hibernate tu ikot step mudah dari sumber web [url="http://www.troublefixers.com/cannot-see-hibernation-option-start-menu-power-button-in-windows-7-even-after-enable-hibernation/"]INI[/url]

  16. tambah sikit, kat negara2 luar yg beriklim sejuk ok je tak off pc, mcm sorang member aku kat UK, 24jam ada je nama dia kat YM, walau dia tgh tido.
    pc tahan lama sebab cuaca dah sedia sejuk. Pasal bill letrik pun takde hal sebab sana keje cleaner pun gaji menjilat jari, selain nak shoping barang dapor pun berbaloi harga barang VS kadar pendapatan.

    kat negara kita ni cuaca tak menentu, kebanyakan masa cuaca agak panas, jadi lebih cepat utk pc tu tiba ajalnya :159:
    [size=1]dah tu nak bayar letrik pun sakit nnt, gaji sini kecewa smpai menjilat dompet...nak jimat pun susah smua benda mahal [/size] :153:

    hibernate kalau windows 7 spt mon678 ajarkan tu
    kalau winXP, klik [b]turn off computer[/b] pada start menu, nnt keluar menu utk [b]restart/shutdown/standby[/b] utk bagi nampak hibernat[b] tekan butang shift[/b] pada keyboard, nnt kat kotak menu shutdown tu, [b]standy akan tukar jadi hibernate[/b]... cuba try test :3:

  17. kalau on tanpa pc tu proses apa2 mcm tak berbaloi :
    1. tak berbaloi utk pc tu sendiri habiskan usianya begitu sahaja :3:
    2. tak berbaloi utk tuan pc tu buang duit bayar bill, baik masok tabung masjid :159:
    3. tak berbaloi utk menambah kesan rumah hijau pada alam sekitar :140:

    kalau tak off tapi ada guna mcm on mirc bot ke, download, dgr music, jadikan pc tu sbg fax server, ada buat bisnes online perlu sentiasa auto check email every xxminit ker, atau lain2 fungsi, walaupun sekadar suka2, tp berbaloi sbb ada kegunaan.

    atau kalau tak off sbb malas tunggu reboot yg ambil masa...try guna function hibernate.

    kalau mmg suka jugak nak on 24jam, ok jer, tp adjust skt pada power options utk optimize, minimakan penggunaan elektrik bila pc tu fully idle, mcm setting utk power hdd/network interface/keyboard/mouse/any drive/etc

  18. mcm offtopic da ni, nak join offtopic jgk, hahaha...
    pasal panas enjin tu, tgk situasi, keadaan, etc...spt nasihat rakan2 lain di atas

    cth - kalau memang perjalanan jauh, so takyah panas enjin sgt, start, pakai seatbelt/on radio,aircond/selesakan diri di seat, (maybe dh ambil masa dalam seminit), dan gerak slow2, sebelum memecut, agak2 dah gerak jauh skt 5-10km, atau temp meter dah naik, pecut

    kalau kete tu jarang sgt geraknya, dah lama tak gerak ke, panas la lama skt, paling tidak biar smpai kipas radiator on, bagi gerak skt air radiator/etc

    kalau tak jalan jauh, panas la lama sket enjin tu, dalam 3mnt ke, baru gerak...

    mcm saya kete jarang sgt gerak jauh, seminggu ; purata dalam 40-50km - rmh -> opis dkt, mkn dkt2, gi surau dkt....
    sekali sekala paksa jgk gerak jauh skt.

    -----------------
    balik pada topik petrol pilihan...
    saya baru tukar kepada petronas daripada shell.

    sebab tukar = saja2
    perubahan lepas tukar = rasa best, hahaha

    tp sejarah nya, sebelum ni mmg pakai petronas sblm ada ron95 lg
    lps tu terpaksa isi shell sbb petrol dh nk hbs, jmpa shell je masa tu
    kemudian terasa enjin smooth/senyap, kekal dgn shell sampai la ada ron95
    lama2 rasa enjin kasar je, tak best je rasa feel driving
    try isi petronas lps tangki hampir2 kosong, dan terasa enjin smooth/senyap

    maybe kete pun ada rasa jemu/bosan minum myk brand sama, hahaha...

  19. pc biasa boleh jadi server
    server boleh jadi pc biasa

    bergantung pada penggunaan, kalau takat server kecik2 takyah la susah2 beli server puluh2 ribu.
    mcm kat office saya, ada server utk buat gateway internet (lbh kurang mcm squid), utk basic operation web/internet filtering/caching/firewall guna pc biasa dah memadai.

    tp kalau server utk application.database, cth mcm database website gov mcm ptptn nak ad online registration/dll, jgn nak ngada2 guna pc biasa, nnt menyusahkan customer/client.

  20. [url="http://jomphp.com/kompilasi-artikel-mengenai-windows-8-developer-preview.html"]LINK utk dapat review windows8 dalam Bahaya MELAYU[/url]

    windows 8 yg keluar ni adalah Developer Preview, bukan versi full.
    ramai yg download/setup dengan mengharapkan windows ni memenuhi keperluan harian.
    banyak lagi benda Microsoft blm siapkan kat windows8 developer preview.

    kalau utk versi developer preview ni laju berdesup sbb "maish kosong", blm pasti lagi mcm mana performance utk versi full nanti.
    cuma dari sudut improvement, sejak versi windows7 -> windows8, mmg byk improvement

    windows8 ni target dia utk all in one, maknanya windows8 akan boleh diguna utk pc biasa/tablet/smatphone, jadi applikasi nya nanti pun all in one, utk pc/table/smartphone akan guna aplikasi sama.

    sapa2 yg kerja buat apps/minat buat apps, boleh la cuba windows8 developer preview...
×
×
  • Create New...