Jump to content

Razif Jemaat

Members
  • Content Count

    77
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by Razif Jemaat


  1. saya yg paling terkena bila minyak naik ni....ini disebabkan saya berulang alik dari cyberjaya ke melaka. Skrang ni pun belanja minyak + tol saya pi keje rm 1000 sebulan....itu minyak harga rm1.92 je....aku rasa klu dengan rate skrang ni rm 2.70 mau kat rm 1500 untuk minyak kereta je!!!! kerajaan bg subsidi rm625 setahun tu cuma belanja minyak saya setengah bulan.

    isteri saya pun x sanggup tgk saya sakit poket ujung bulan, malam tadi beliau buat keputusan untuk berenti belajar. dan kami akan pindah balik ke Seri Kembangan ujung bulan ni. Satu keputusan yg amat menyedihkan, tapi kami terpaksa menerimanya. Nak duduk asrama, anak saya nak letak mana pula...tak terjaga. Satu keluarga menangis mlm tadi. isteri nangis sebab dia kena berenti belajar, saya nangis sebab terharu dengan keputusan isteri, anak aku nangis sebab tgk mak ayah dia nangis...terima kasih kerajaan malaysia....

    Untuk keluarga yg One Man income mcm saya ni, sure banyak effek...

    Tariff elekrik pun akan naik tidak lama lagi, berikutan diesel naik rm 1.....ahhh...malas nak pk apa lagi yg akan naik....

    Sumber: Blog Tun M

    Pilu hati saya membaca komen seorang rakyat Malaysia ni. Pengorbanan yg amat mengharukan. Kdg2 terasa betapa teruknya nasib kita, di sebuah negara yg mempunyai kadar pengeluaran minyak yg jauh melebihi kadar penggunaan. Tak tau nak ckp camner...


  2. JMTI pilihan yang agak baik. Selain sukatan pelajaran secara berkembar dengan Jepun, kemudahan2 pembelajaran sentiasa dipantau dgn baik. Jadi, segala kemudahan yang ada kat sana adalah kemudahan "first-class". Lagipun, ko akan dpt diploma kalu pilih JMTI kan? Mmg la sijil poli boleh ke degree, tp kalu kat JMTI, skrg2nya ko dah ada diploma.

    Sbb kalu dr sijil, risiko byk. Satu, kalu2 pengajian ko terkandas ms degree, skrg2nya ko dah ada diploma kalu dr JMTI. Kalu dr sijil, apa2 jd, ssh nnt. Kedua, Kalau pointer tak mengizinkan ko smbg belajar, diploma kau dah cukup berharga. Sbb, ko pasti akan "culture shock" apabila masuk degree dr kedua2 institusi ni. Diaorg byk praktikal, bila ko kat degree IPTA, ko akan fokus on teori2 dan pengurusan.

    Aku ckp berdasarkan pengalaman diri sendiri, rakan2 dan hasil dari perbincangan dgn org2 dlm industri. Sbb, ramai org menghadapi kesulitan yg sama ngan ko. Apa2 pon, terpulang pada diri ko sendiri, kat mana ko berada, sentiasa ingat ilmu yg ko pelajari tu perlu ko aplikasikan utk kepentingan diri ko dan masyarakat. Jgn mudah hilang arah tuju.


  3. Kalau nak masuk UiTM, buat pilihan betul-betul, sbb pengkhususan berbeza dari awal lg, kena buat pilihan ikut minat dan kemahiran. Berikut aku sertakan kos di FTMSK UiTM:

    a. Bachelor of Science (Hons) Information Technology (Gabungan sumer kos komputer dlm FTMSK)

    b. BSc (Hons) Computer Science (Ni pure Computer Science)

    c. BSc (Hons) Data Communication and Networking (Ni network. Gabungan electrical engineering dan comp science)

    d. BSc (Hons) Netsentrik (Network gak. Gabungan © dan (e))

    e. BSc (Hons) Information System Engineering (System development)

    f. BSc (Hons) Artificial Intelligence (Ha.. ni belajar logical programming)

    g. BSc (Hons) Multimedia Computing (Ni bkn animasi)

    Tu tak ikut turutan kod program. Kalu pure computer science, (B) adalah pilihan sepatutnya. Terpulang kepada anda untuk pilih mengikut minat anda. Bkn setakat minat, skop kerja, peluang pekerjaan, peluang masa depan, semua tu kena ambil kira. Boleh tanya lanjut, kalu apa2 yg tak faham.

    Terima kasih.


  4. Sori lmbt reply. Lepas login istudent portal, kat sebelah kanan ada link ke sistem HEP. Lps tu, dah masuk sistem, pegi ke permohonan kolej online. Ada info psal pemohon. Semak CGPA kat situ. Sepatutnya anda akan lihat CGPA terkini anda.


  5. Ini sekadar pandangan...

    UniKL adalah sebuah institusi yang diperbadankan di bawah MARA. Ini bermakna mudah utk anda mendapat pinjaman dari pihak MARA. Selain itu, kualiti pembelajaran yg menumpukan kpd praktikal selain dari teori semata2 turut membuatkan UniKL menjadi institusi yg dikenali dgn agak cepat. Mmg yuran kat atas kertas agak tinggi, tp jika anda mendapat pinjaman MARA, bilangan yg perlu anda bayar amat mengejutkan (PM sy utk maklumat lanjut), berdasarkan kpd pointer. Kalu anda setakat lulus pon, anda dah dpt pengurangan yg amat berbaloi jika dibandingkan dgn PTPTN.

    Di Uniten pulak, ada disediakan pinjaman di bawah Yayasan Tenaga Nasional. Sy tak berapa tahu psal tu, yg tu biar org2 yg mengetahui terangkan.

    Dari segi tahap pendidikan, rsnya tak jauh beza, bergantung pd individu itu sendiri.

    Terpulang pd anda sekarang.


  6. Salam, mencelah skit. Kawan aku belajar kat UTeM. Dr skill dan projek2 dia, dapat lihat kemampuan dia dalam bidang animasi. Dia kata, kalau minat animasi, terutama kalu nak buat pilihan antara IPTA, UTeM mungkin yang terbaik. Tetapi bukan isu tenaga pengajar yg dia tekankan, tetapi individu itu sendiri. Kalu minat bidang animasi, mesti sedia belajar dan sanggup berkorban masa ke sana, ke mari utk buat projek2 kecil. Utk dapatkan pengalaman. Universiti hanya platform utk kt berada dlm landasan yg betul, lain2 tu, terpulang pada diri kita.

    Hanya pendapat utk dikongsi bersama...


  7. Masalah dah selesai. Company ni bengong skit, pakai 2 router, pastu konflik IP. Tp yg agak mengelirukan ms memula tu, sbb Windows ok je. Linux tak dpt route keluar bila ada konflik tu, tp windows dpt. Bila off salah satu router tu, baru linux dpt masuk internet. Aduh... Pening. Bagus gak praktikal, dpt byk ilmu tambahan yg tak dpt ms dlm kelas.

    Terima kasih kpd prontoxp gak sbb sedia membantu.


  8. Salam semua... Saya ada kemusykilan sedikit.

    Saya baru install CentOS 5.1 ke dalam salah sebuah PC kat ofis. Masalah saya, PC ni takle nak masuk internet. IP, gateway, DNS semua dah set mcm dlm Windows. Semua PC yang guna Windows boleh masuk internet. Cuma yg guna Linux, termasuk guna Ubuntu LiveCD pon tak jalan. PC CentOS ni boleh ping antara internal PC dan gateway, tp takle ping keluar.

    Mintak tlg yee.. Terima kasih didahulukan.


  9. Assalamualaikum,

    Aku org baru kat sini. Baru post ar, tp dah lama dah baca2 info kat sini. Baru terasa nak post. Moga2 kedatangan diri ini diterima baik anda semua. Buat permulaan, biar aku perkenalkan diri

    Nama: Razif

    Fakulti/ Kampus: FTMSK, Shah Alam

    Apa lg ek? Kalu ada apa2, boleh la bertanya...


  10. Assalamualaikum, benarkan sy mencelah sedikit.

    Pertama skali sy ucapkan tahniah kpd anda semua yg sayangkan negara kita ini. Mmg benar, jika kita bercerita tentang Angkatan Tentera Malaysia, byk yg org awam tidak ketahui. Ini adalah sebahagian dr cara ATM sejak dr dahulu lg, kenapa? sy pon masih tak faham.

    Namun begitu, di kalangan pemerhati pertahanan, kekuatan ATM masih agak seimbang jika dibandingkan dgn angkatan tentera rantau Asia dan dunia. Mmg kita memiliki persenjataan yg terhad, namun, ia diseimbangkan dgn beberapa aspek yg lain.

    Biar sy betulkan pendapat tentang nuri. Nuri adalah heli yg amat berkemampuan, dan telah menjalani proses naik taraf dari semua aspek. Heli ini masih berkemampuan dan kebanyakan kemalangan yg berlaku adlh disebabkan faktor geografi dan juga kesilapan juruterbang. Bkn kerana kita tidak mahir, namun faktor geografi kita yg berbukit bukau byk mengganggu operasi kita dgn kadangkala berlaku tiupan angin kencang secara tiba2 (sedangkan juruterbang USAF pon takut keadaan ini).

    Tentang kekuatan ATM secara amnya, biar sy nyatakan serba sedikit. Antaranya:

    a. Pasukan Komando kita (GGK, PASKAL, PASKAU) merupakan antara komando yg paling disegani di dunia. Jika anda tdk percaya, anda boleh tny veteran2 yg pernah terlibat dlm misi PBB. Tugas2 komando termasuk sabotaj aset musuh, 'jungle warfare', tempur jarak dekat dsb. Sbg contoh, di Lubnan, komando kita diberi kepercayaan untuk menjadi kawalan rapat kepada aset2 penting PBB. Israel juga amat gerun akan kedatangan kita di sana.

    b. Pasukan PARA (Payung Terjun) - percaya atau tidak, pasukan PARA 10 Briged kita amat digeruni musuh. Pasukan ini dianggap sebagai anak didik komando tetapi menjalankan misi dgn cara yg agak berbeza. Pasukan PARA bergerak dlm tim yg ramai, 500 - 2000 orang bagi sesuatu misi. Sbg info, pasukan PARA kita sahaja memiliki keupayaan skill, kemahiran, latihan yg keras, keberanian jauh melebihi komando Angkatan Bersenjata Singapura. Tak perlu banding dgn komando kita, PARA sudah memadai.

    c. ASTROS - Walaupun dlm bilangan yg kecil, astross mempunyai keupayaan menembak roket berganda sehingga jarak 90km dan amat digeruni jiran kita. Sesiapa yg mahukan video latihan pelancaran peluru berpandu ini, boleh PM sy, atau dapatkan dari http://army.mod.gov.my

    Byk lagi yg perlu sy terangkan kpd anda tentang ATM. Cuma satu pesan sy, pihak ATM sentiasa mengkaji kelemahan g ada dan sentiasa memastikan aset yg ada dpt digunakan dgn sebaik mungkin.

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh menjadi ahli di http://www.gempurwira.com portal bg warga Malaysia yg menyokong ATM secara serius. Bkn iklan, tp dgn melayari forum ini, pandangan anda tentang ATM pasti berubah dan anda akan yakin dgn kemampuan kita sbg angkatan yg digeruni di peringkat antarabangsa. Cuma, pendaftaran forum ini agak leceh dan anda perlu menunggu pengesahan admin dalam tempoh 2 minggu hingga 3 bulan atas dasar keselamatan. Terima kasih.

    Orang biasa yang cintakan keamanan.

    "DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR"

×
×
  • Create New...