Jump to content

Razif Jemaat

Members
  • Content Count

    77
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by Razif Jemaat


  1. Aku nak iklan skit. Sapa2 yg nak buku Quantitative Analysis for Management, buku teks utk QMT337, leh PM aku. Bila2 la, bkn skrg, tunggu masuk sem ke. Nak pinjam ke, nak beli ke. Dgn buku teks microprocessor utk diwakafkan (Utk CS225 & CS231).


  2. aku rasa smua kos akan ada math at least akan blaja QMT :)

    netcentrik ? Welcome to mynets :) www.mynets.org budak2 network n netcentrik pnye forum.. jenguk2lah kat sini sape2

    netcentrik byk blaja pasal OS, network operating system,, byk kajian pasal os especially linux . and nnt ko akan jmpe CIK Raihana dia ajar network operating system rsnye :) cik ok bkan puan :P

    kat shah alam ok je.. janji ko pandai jaga diri elok2.. selamat la.. ftmsk slamat lagi kot bdak2 dia lain mcm sket haha...

    pakaian bebas.. tapi kemas.. tutup aurat bg galz :P

    Hehe.. utk laman web mynets tu, masuk forum dia. Muka depan tak update lepas program LAN Party ari tu.

    http://www.mynets.org/forum

    Meriahkan forum tu. Kalau nak mintak note ke, e-book ke, study material yg lain, kebanyakannya dah ada kat situ. Kalu takde, request je. Nnt ada la ramai yg sukarela nak tlg.


  3. Tumpang kat topik ni kejap. Takut nak bukak topik baru. Skang ni aku nak beli kamera digital. Tgh berkira2. Aku tgk kat forum lowyat.net (LYN), ada beberapa pilihan kamera secondhand dan ada yg baru. Biar aku listkan.

    Casio Exilim Z57

    Panasonic Digital Camera DMC-FX7

    Canon PowerShot A460 Digital Camera - Yg ni fryshadow kata utk indoor tak lawa.

    FinePix Z2

    Kodak Easy share C613 6.2MP - Dah lebih bajet aku tapi baru

    Nikon Coolpix 3700

    Sapa2 leh tlg aku? Bajet aku dlm 300++. Tak kisah la baru ke second ke, janji kualiti ok, kalu video mode lawa tu kira bonus utk aku.

    Didahului dgn ucapan terima kasih.


  4. Apa citer2 awk? Tgk dulu matlamat hidup awk, lepas tu tgk samaada awk mmg minat nak jadi seorang warga pendidik. Sedia untuk menghadapi segala cabaran dalam mendidik generasi skarang. Kalau awk sedia utk menghadapi semua cabaran, mungkin maktab perguruan boleh jadi pilihan. Kalau awk impikan utk kerjaya professional, boleh pilih matrikulasi.

    Pendapat sahaja. Terpulang pd diri sendiri.


  5. Ok, aku nak bukak topik perbincangan utk bdk2 UiTM. Memandangkan kos sara yg hidup yg makin tinggi skrg, apa pendapat korang ttg peranan Unit NR? Dulu ada ura2 nak bagi bantuan, utk samakan bantuan bg pelajar yg duduk kolej ngan NR. Tiba2 senyap je. Komen2. Harap2 kita dapat berbincang dengan baik. Bkn nak cari kesalahan ke apa, cuma nak tau perspektif korang sumer ttg hal ni.


  6. Cadangan utk para pelajar IPT:

    - Jgn la bawak kereta besar2 lagi kalau setakat nak menunjuk2. Cari la kancil ke, myvi ke. Lain la korang anak org2 kaya (btul2 kaya tau, bkn buat2 kaya).

    - Kena la makan kat dlm kafe fakulti je, kurangkan keluar kampus nak cari makan.

    - Kurangkan acara lepak kat kedai mamak ngan kwn2. Sekali sekala boleh la.

    Kt kongsikan sama2 cadangan lain. Cadangan di atas bkn sahaja cadangan utk korang, tp cadangan utk diri aku sendiri. Tp, kena la aku bawak motor lak, takle bawak kancil. Tp betul ke kancil dan motor kos lebih kurang sama? Tolong2.


  7. saya dpt matrik tp saya tolak sbb saya dpat coz yang saya minat di politeknik PTSS oleh itu adakah tindakan saya itu btol??n btol ker poli susah nk sambg belajar...

    Tak rugi pon. Cuma bila dah masuk poli nnt, pastikan awk belajar elok2, kalau boleh dapatkan pointer tinggi, utk memudahkan awk nak smbg degree nnt. Yg paling penting, setkan niat dan matlamat awk betul2, supaya awk akan sentiasa berada dlm landasan yg betul. Apa2 pon, selamat berjaya menempuh alam IPT.


  8. JOHOR BAHRU 7 Jun – Segelintir pengusaha bas ekspres di Terminal Bas Larkin di sini didakwa menaikkan tambang mereka melebihi 40 peratus dengan alasan kenaikan harga minyak. Tindakan tersebut membebankan pengguna yang terpaksa membeli tiket yang mahal itu kerana tidak mempunyai pilihan lain.

    KUALA LUMPUR 7 Jun - Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) tidak mempunyai kuasa untuk mengawal atau menghalang persatuan kenderaan komersial seperti pengusaha lori yang mahu menaikkan harga perkhidmatan mereka.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Persatuan Pengusaha Pengangkutan Lori Wilayah Utara (PPPLWU) yang menaikkan kadar sewa lori kargo am sebanyak 50 peratus bagi menampung kos operasi.

    BUKIT MERTAJAM 7 Jun - Para peniaga di negeri ini menyifatkan kenaikan harga barang yang dijangka berlaku dalam tempoh satu atau dua minggu lagi sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan mendadak harga bahan api baru-baru ini. Menurut mereka, walaupun harga barang pada masa ini masih terkawal dengan peniaga cuba mengekalkan harga lama, kenaikan tetap akan berlaku ekoran peningkatan kos yang ditanggung oleh pemborong. Para peniaga yang ditemui di sini hari ini berkata, peningkatan harga bahan api akan memberi kesan secara langsung kepada perubahan margin pendapatan terutama di kalangan peniaga yang mendapatkan bahan mentah dari luar Pulau Pinang.

    KUALA LUMPUR 7 Jun - Persatuan Pemilik Lori Tipper Selangor dan Kuala Lumpur hari ini mengikut langkah Persatuan Pengusaha Pengangkutan Lori Wilayah Utara (PPPLWU) menaikkan caj perkhidmatan mereka sebanyak 40 peratus. Pengerusi persatuan itu, Lee Keen Seng berkata, ahli-ahli persatuan itu terpaksa mengambil tindakan tersebut bagi menampung kos operasi ekoran kenaikan harga bahan api baru-baru ini.

    KUALA LUMPUR – Harga siling ayam masih belum dimansuhkan, namun penternak, pemborong serta para peniaga ternakan berkenaan nampaknya sudah tidak lagi mematuhi penetapan harga siling untuk ternakan itu. Malah berdasarkan tinjauan Kosmo! Ahad di beberapa pasar utama di seluruh negara mendapati, hampir semua peniaga menjual ayam pada harga melebihi harga siling iaitu RM6 seperti yang ditetapkan kerajaan.

    KOTA BHARU - Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Kelantan (PPBSK) mengambil keputusan menaikkan harga tambang bulanan sebanyak RM5 ekoran kenaikan harga diesel baru-baru ini. Harga bagi tambang harian bagaimanapun dikekalkan pada harga RM1.

    yeah! we want more!

    Melampau siot... Mengambil kesempatan. Lepas ni transnational ngan MARA Liner kena tambah bilangan bas utk membolehkan lebih ramai pengguna menaiki bas dgn tambang yg sederhana.


  9. Opps.. sori tgk bola. Kapsul soyus dan penghantaran misi ke ISS mmg boleh dipertikai di kala kita sedang menghadapi masalah kewangan. Tp mcm aku ckp, yg tu bkn hal berkaitan dgn ATM. Hny timbal-balas dalam pembelian Sukhoi. Option je dan yg membuat keputusan adlh badan eksekutif, bkn ATM. Kerajaan telah membazir wang yg agak byk dlm misi tu. Kerajaan juga patut menghalang penglibatan ahli politik dalam mencampuri urusan tentera, sbb ahli politik tak tau apa dan hanya menjatuhkan imej ATM.

    Berbeza dgn sukhoi. Aku cuma harap korang faham ttg kepentingannya dlm pertahanan ruang udara kita. Sukhoi mampu menjalankan operasi menjangkau sehingga Sabah dan Sarawak, sekaligus menjimatkan kos dari kita beli pesawat2 tambahan utk pertahanan di sebelah sana. Kesimpulannya. kita menjimatkan kos membeli pesawat utk diletakkan di sebelah sana, dgn membeli pesawat yg mampu menjalankan operasi ke seluruh pelusuk tanah air. Cuma TUDM masih berharap, selepas krisis kewangan selesai, beberapa pesawat tambahan dpt diperoleh bg melengkapkan kekuatan udara kita.

    Dan utk tambahan, Sukhoi mampu membawa peluru berpandu udara-ke-udara, R-77 yg boleh memusnahkan musuh dalam jarak 120km.

    Apa2 pun, aku berterima kasih sbb korang ambil berat ttg isu pertahanan negara.


  10. Jgn la salahkan Sukhoi tu. Pesawat tu kita beli dari Rusia tahun 2002. Kita kena ingat, dlm sistem kita, pasukan keselamatan adalah berasingan dengan badan eksekutif (politik). Jadi, segala pembelian senjata yg dbuat adlh utk keperluan. Cuma, kdg2, ada org cuba campur tangan hal ehwal tentera dan benda2 camni mejejaskan imej tentera. Maaf, off topik. Bkn per, utk pengetahuan semua, pihak ATM dah byk mengurangkan operasi dan kos, demi utk kesejahteraan bersama. Byk lagi pembelian peralatan yg kritikal terpaksa ditangguhkan, kerana kerajaan kata takde duit. Mereka dah cuba sedaya upaya utk sama2 meringankan beban, cuma ada org lain yg memang tak pernah nak berkorban utk menstabilkan keadaan. :)


  11. Celcom vs Ulama

    Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, pihaknya telah membuat kajian yang menyeluruh termasuk merujuk fatwa mengenai produk telekomunikasi sebelum memutuskan untuk menganjurkan promosi yang bukan berasaskan nasib itu.

    Semalam, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menasihatkan umat Islam tidak menyertai peraduan itu kerana ia mengandungi unsur perjudian.

    Mufti Johor, Datuk Noh Gadut berkata, peraduan itu juga mempunyai unsur memberi harapan yang tinggi kepada peserta dan boleh mewujudkan rasa tidak puas hati kepada mereka yang menyertainya.

    Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir pula berkata, kaedah mengenakan caj kepada peserta bagi setiap penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa memberi sebarang pulangan tidak dibolehkan.

    Wa.. Ada org lagi pandai dari ulama'. Tiga orang besar berkaitan hal ehwal agama dah bersuara, tp nampaknya Pak Cik Shazalli ni lagi hebat ilmunya dari mufti dan ulamak. Apa nak jadi la ngan dunia sekarang, org yg tak tau ttg sesuatu tu, buat2 pandai sehingga boleh menepis hujah ilmuan2 agama.

    Aku rs, buat ms sekarang, kpd yg pakai Celcom, memandangkan perkara ini ada unsur meragukan, lebih baik kita jauhkan diri dari sertai peraduan ini, supaya kita tidak terjebak dlm bersubahat dgn perkara2 yg haram atau pun yg sewaktu dgnnya. Dan utk mengelakkan keraguan terhadap hasil pendapatan kita.


  12. owh.. yeke? thx sgt2 sbb bagi respon..

    kalo yg lain2 nak comment, comment la bleh tambah pengetahuan lagi..

    anyway thx byk2 sbb berkongsi pengetahuan sama2.. :)

    Terpulang la skrg, kos mana yg jadi pilihan. Tt, apa2 pon, kuatkan tekad dan semangat. Tetapkan niat utk menuntut ilmu demi keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan tanahair. Mgkn hari ni kt tak nmpk, tp mgkn satu hari nnt ilmu itu akan menjadi ilmu yg amat berguna kpd masyarakat sekeliling.


  13. nape celcom tak rujuk jakim dlu before wat any sms contest??

    nape jakim or other ngo islam x bantah sume sms contest yg de kat malaysia?

    mungkin umat islam sendri yang tak mau ambil tahu pasal mende ni

    Ini pon sering menjadi pertanyaan umum. Kenapa pihak berwajib mcm kurang amik endah tentang isu2 seperti kuiz sms ni sedangkan iklan tu sah2 jelas di depan mata. Nak tunggu mufti perak ngan mufti perli gak yg bg kenyataan, baru nak melatah. Bkn la kita ni nak tunjuk pandai, tp sekurang2nya masyarakat perlu diberikan maklumat ttg perkara2 mcm ni, supaya kurang masalah salah kefahaman ttg isu agama.

×
×
  • Create New...