Jump to content

libragirl

Members
  • Content Count

    35
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by libragirl


  1. Cara berkesan tapi agak keras : potong bekalan air api.

    sebelah umah saya ni dah kena dah. diorg sewa tapi tak bayar 3 bulan. tuan umah suruh keluar, tak gak keluar2.. last2 bila kena potong air api..baru le angkut barang. kitorg pun pelik gak nape la umah diorg ni gelap je. mlm2 diorg dok kat luar sbb tak tahan panas :lol:


  2. Fresh graduate diploma Business IT yang kurang pengalaman kerja boleh ke memohon untuk jawatan tersebut or ada jawatan sbg assistant etc. Berminat sbb skop kerja ni boleh improvekan diri nih.Thanks.

    kat situ ada post untuk business development exec..skop kerja nya lebih kepada tender dan sale..tapi ada peluang untuk belajar bab2 teknikal dgn technical team..kalau nak, bleh cuba untuk post tu..


  3. salam..

    saya nak tolong kawan saya iklankan 1 jawatan kosong kat tempat dia bekerja.

    Nama jawatan : Technical Executive (1-2 kekosongan)

    Lokasi : Phileo Damansara 1, Seksyen 16, PJ

    Kelayakan : ada diploma / degree in Comp Sc, IT atau yang berkaitan dengannya. Berpengetahuan dalam bidang networking. Jika ada CCNA / CCNP lagi bagus.

    Skop kerja : membuat kerja yang berkaitan dgn networking spt memasang + configure router, membuat cabling etc.

    Range gaji : RM1800 - RM2300 (bergantung kepada pengalaman kerja)

    Waktu bekerja : Isnin - Jumaat (8.30 am - 5.00pm)

    Kelebihan kompeni ni :

    - suasana kerja yang best.

    - takde politik kerja.

    - office mate yang ceria dan friendly (tak ramai dlm 10 org je camtu)

    - bos yang sempoi, tak gila kuasa.

    - time besday, dapat kek + kad besday (terasa la dihargai)

    - keja tak stress

    - kalau outstation, bleh dapat claim yg byk (RM0.60 per km, hotel RM150 per nite, makan RM50 per day)

    Kompeni ni berstatus System Integrator (SI)..so diorg banyak dapat projek gomen macam TMNET, Kem. Belia & Sukan, MINDEF etc..

    Bos kawan saya ni tgh nak carik orang nak gantikan staff dia yang dah quit dapat better offer. Sesapa yang berminat bleh la menghantar email kepada saya : [email protected]


  4. masa form 2..ada sorang member 1 bilik ni..dia ni mmg terer tapi sakit..dia citer la..masa mak dia study kat oversea dulu..bawak mee segera berkotak2..konon2nya nak bajet la tu..bila dah kawen dan ada anak..doktor dia sahkan anak dia sakit jantung..asma..sbb kes byk makan mee segera ni la.. :wacko: sian kat dia kena sakit


  5. petikan dari email yang saya dapat ..

    Dear Valued Customers,

    Good morning. I hope you all are in the best of health.

    We at Knowledge Com are committed to give you trainings that are value added and superior quality, which comes from certified trainers and the solution-based training modular and syllabus.

    Now, it’s the perfect time for you to decide; training and workshop discover how you can make a difference for yourself and your organization. Due to overwhelming response and our effort to maintain quality delivery! This Public Program beneficial for those companies who have individual participant and for those who does not have groups. You can see the details in Brochure attached.

    By the way, our registration is only limited to the first 20 participants signing up.

    Network+ & A+ (Customized Module)

    16 ~ 20 July 2007

    RM 499 + RM 250 (ori book)

    Linux System Administration

    23 ~ 27 July 2007

    RM 499 + RM 210 (ori book)

    Cisco Certified Network Associate (CCNA)

    9 ~ 13 July 2007

    RM 499 + RM 170 (ori book)

    Introduction to Visual Basic. NET

    2 ~ 6 July 2007

    RM 499 + RM 180 (ori book)

    Call us now to register yourself for the training workshop. Training workshop detail outlines and trainer profile will be made available to you.

    Make sure you act fast as our seats are limited and reservation is based upon first-come-first-serve basis. As you aware, you have nothing to lose but something to gain. Do not procrastinate, take an action TODAY! Feel free to contact us for further details should you have any enquiries…

    Once again thank you for your time and interest. Should you have any enquiry, please do not hesitate to contact me directly.

    Have a nice day!

    Thanks.

    Wassalam.

    Best Regards,

    FARAH ABDUL RAHMAN

    KNOWLEDGECOM CORPORATION

    TEL: 03 - 79601922 DID: 03 - 79601923

    FAX: 03 - 79601921

    EMAIL: [email protected]

    WEB: www.eknowledge.com.my


  6. Mana ko rembat artikel zodiak ni Libragirl ?

    Boleh bagi link tak ?

    Aku lahir dalam zodiak Virgo ...

    Ade kena sikit la dengan sifat-sifat aku tu ...

    Dalam 60 % ...

    ni jumpa kat 1 forum yang ala2 paranormal sket.. ada sorang minah ni..dia letak kat situ..

    tah le mana la dia rembat benda2 camni.. :unsure:


  7. SCORPIO : YANG MANJA ( 23 Oktober - 22 November )

    Ciri Positif

    Orang yang dilahirkan pada tarikh antara 23 Oktober hingga 22 November dikatakan bernaung di bawah zodiak Scorpio , yang berlambang Kala Jengking. Dengan yang demikian , Scorpio mempunyai daya penarik , kreatif , ada keinginan yang kuat, punya stamina , daya seksual yang tinggi dan ada bakat menyembuh.

    Ciri Negatif

    Walau bagaimana pun , ada kalanya Scorpio mudah menaruh rasa cemburu , suka menuntut bela , suka ' membinasa diri ', melampau , fanatik , tamak dan berdaya untuk menyerang.

    Kualiti Astrologi

    Scorpio termasuk dalam kategori tetap , iaitu mempunyai daya kestabilan, daya ketabahan , daya ketahanan dan daya kesempurnaan . Dengan kualiti ini , anda adalah baik untuk memastikan sesuatu projek itu berjalan dengan lancar atau dapat memperlihatkan hasilnya.

    Gelagat Perhubungan

    Di sebalik penampilan yang agak kasar ,Scorpio adalah seorang yang lemah . Anda suka disanjung dan takut pada kritikan. Anda sangat mengharapkan kejujuran kawan atau pasangan anda sehingga anda sampai menjadi seorang yang pengongkong dan mudah cemburu. Kalau anda disakiti , anda cepat melenting. Dalam hubungan ini , kawan atau kekasih yang ideal bagi Scorpio adalah seseorang yang mempunyai daya kesabaran yang paling tinggi dan berupaya menawan kekasaran anda.

    Orang yang bernaung di bawah lambang Taurus ( 21 April - 20 Mei ) dan Cancer ( 21 Jun - 20 Julai) merupakan pendamping yang sesuai yang diperlukan oleh Scorpio. Sebaliknya, orang yang bernaung di bawah naungan Aries ( 21 Mac - 20 April ) dan Gemini ( 21 Mei - 20 Jun ) pula perlu dihindari oleh Scorpio.

    Taurus adalah pedamping yang diperlukan oleh Scorpio . Dengan kesabaran yang ditunjukkan oleh Taurus , Scorpio mampu melenyapkan sikap kasarnya.Dengan sikap Taurus yang matang dan mantap akan menyebabkan sifat Scorpio yang pencemburu itu akan mudah berasa damai ( tenang ).

    Berpasangan dengan Cancer pun akan menyenangkan Scorpio. Cancer biasanya seorang yang boleh dipercayai dan mantap . Dia mampu memberi perlindungan dan kedamaian yang diperlukan. Tambahan pula , Cancer juga berpandangan konservatif seperti Scorpio.

    Sebaliknya, Aries bukanlah pasangan yang idela bagi Scorpio . Aries cenderung memperkatakan sebarang perkara , sedangkan Scorpio takut dikritik. Demikian juga dengan hubungan Scorpio - Gemini . Sifat Gemini yang keanak - anakan tidak sesuai bagi Scorpio yang juga cenderung bersifat demikian.

    Kerjaya dan Kewangan

    Scorpio ingin menjadi pemimpin . Namun , hasrat itu sentiasa dirahsiakan dan tidak dinyatakan secara umum , barangkali sebagaimana orang berlambang Leo . Cita - cita utama Scorpio dalam hidup ialah supaya diangkat oleh teman - teman atau masyarakat sebagai sumber kehidupan dan kebanggaan. Scorpio biasanya berjaya sebagai akauntan , peguam , pengurus atau ahli bank.

    Dari segi kewangan pula , wang ringgit adalah kuasa bagi orang Scorpio. Wang akan menjadi penyebab kepada perubahan dan pengawalan . Dalam hubungan ini, jika tidak dikawal . orang Scorpio mudah menjadi manusia yang mengutamakan kebendaan dan dikuasai oleh tujuan mendapatkan wang semata - mata !

    Dari segi lain , kerjaya kebanyakkan orang berlambang Scorpio akan terlibat dalam bidang kewangan seperti akauntan atau pengurus bank. Tetapi , perlu berhati - hati supaya tidak berlaku penyalah - gunaan kuasa wang ! Walau bagaimana pun , biasanya Scorpio memperolehi wang dari usaha sendiri yang gigih.

    Keluarga dan Rumah Tangga

    Scorpio sememangnya inginkan keluarga dan rumah tangga yang harmoni . Namun , cara yang dilakukan untuk menimbulkan suasana tersebut kadang - kala dilakukan secara paksaan yang sudah tentunya menyinggung setiap ahli keluarga. Dalam hubungan ini , nampaknya Scorpio perlu membina sikap mengutamakan kehidupan berkeluarga dan rumah tangga . Scorpio sepatutnya menimbulkan suasana melayan aktivit keluarga sebagai satu pasukan , yang mana setiap ahli keluarga perlu menyumbangkan peranan dan tugas yang sesuai.

    Ini adalah penting kerana sikap Scorpio yang rakus , bersemangat dan sedia memberi penumpuan , jika tidak diimbangi dengan sikap bertolak ansur , boleh membawa kearah sikap ' kuku besi '. Dengan yang demikian , sewajarnya Scorpio mempelajari ilmu dan teknik penjagaan anak , rasa bertolak ansur dalam keluarga dan berusaha mengurus rumah tangga secara persefahaman .

    SAGITTARIUS : YANG BERWAWASAN LUAS ( 23 November - 20 Disember )

    Ciri Positif

    Orang yang dilahirkan pada tarikh di antara 23 November hingga 20 Disember dikatakan bernaung di bawah zodiak Sagittarius , yang berlambang pemanah. Sagittarius minat belajar , bersikap optimis , kembara , kefahaman - diri , berminda tinggi , mempunyai hati nurani , berpegang pada agama , psikologi , suka pada keseronokan , bijaksana , selalu ada tuah , gemar penerokaan dan ada pelbagai impian.

    Ciri Negatif

    Walau bagai mana pun , ada kalanya Sagittarius berada dalam kecuaian , tidak mematuhi undang - undang , berada dalam kegelisahan , pembaziran , terlalu menurut kehendak hati, tidak jujur dan tidak bertanggungjawab.

    Kualiti Astrologi

    Sagittarius termasuk dalam kategori berubah - ubah , iaitu mempunyai daya pengubahsuaian , daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kualiti ini anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang - lambang yang termasuk dalam kategori berubah - ubah selain Sagittarius ialah Gemini, Virgo dan Pisces.

    Gelagat Perhubungan

    Orang yang dilahirkan dibawah lambang Sagittarius adalah seorang yang cintakan kebebasan. Jadi , ini bermakna anda bukanlah seorang yang posesif ( pengongkong ). Anda merupakan kawan atau pasangan yang menyenangkan kerana anda mempunyai wawasan yang luas dan bersikap tenang.

    Anda gemar mencari seberapa banyak kawan tetapi hanya segelintir sahaja yang anda dapat percayai. Dari segi perhubungan yang membuahkan cinta , Sagittarius gemar bertukar - tukar kawan atau pasangan sebelum bertemu dengan pasangan yang paling secocok. Namun , Sagittarius seorang kekasih yang setia. Pasangan yang anda gemari ialah bukan dari jenis yang cemburu. Jadi , pasangan yang sesuai dengan anda ialah Aries ( 21 Mac - 20 April ) dan Gemini ( 21 Mei - 20 Jun ). Sebaliknya , hubungan anda dengan Capricorn ( 21 Disember - 19 Januari ) atau Cancer (21 Jun - 20 Julai) perlu anda hindari lantaran kurang sesuai denga anda.

    Aries sesuai dengan anda kerana Aries juga menyukai pada kebebasan . Sifat Aries yang periang dan cerdas juga sangat menyenangi anda. Begitu juga dengan hubungan anda dengan Gemini kerana Gemini sukakan kebebasan dan periang yang mana sudah tentu sesuai dengan anda. ( Sagittarius ) Walau bagaimana pun , Capricorn yang cemburu dan posesif agak kurang sesuai bagi Sagittarius yang gemarkan kebebasan. Begitu juga hubungan anda dengan Cancer yang agak sensitif . Ini kerana orang Sagittarius tidak bersedia untuk meluangkan masanya untuk menyelami isi hati orang yang sensitif.

    Kerjaya dan Kewangan

    Sagittarius agak memilih pekerjaan . Anda seorang pemikir yang mempunyai impian yang 'besar'. Anda mengkehendaki wang , nama , glamour , prestij dan pengiktirafan masyarakat. Namun , kerjaya yang sesuai bagi Sagittarius ialah tugas dan tanggungjawab yang melibatkan perkhidmatan amali kepada orang lain seperti jururawat , doktor , agen pelancongan , pegawai kewangan atau pegawai di syarikat menjual ubat - ubatan.

    Di tempat kerja , Sagittarius sememangnya rajin , tekun , suka menolong rakan sekerja dan suka memuji kawan dan ketua. Dengan mempunyai kerjaya yang sesuai , Sagittarius biasanya mudah mendapat wang. Tetapi , orang Sagittarius tidak mengutamakan wang yang begitu banyak, lantaran sikap kesederhanaan yang terdapat dalam diri anda.

    Apabila menghadapi masalah kewangan , Sagittarius biasanya mudah mendapat bantuan dari keluarga atau perniagaan keluarga. Ini berlaku demikian kerana sememangnya sifat Sagittarius sentiasa mementingkan kawan , sehingga apabila diri anda berada dalam kesempitan ada sahaja kawan yang menghulurkan bantuan nasihat atau kebendaan .

    Keluarga dan Rumah Tangga

    Sagittarius sukakan keluarga dan rumah tangga yang harmoni. Sikap demikian menyebabkan sebarang masalah yang dihadapi Sagittarius segera dapat diatasi dengan bantuan anggota keluarga. Sagittarius suka memberi kebebasan kepada kanak - kanak dan remaja . Walau bagaimana pun , apabila berhadapan dengan anak - anak sendiri , anda agak mengongkong mereka. Walaupun terdapat sedikit masalah dengan anak - anak pada peringkat awal , namun pada keseluruhannya , orang Sagittarius berjaya mengatasi berkat kerjasama dan persefahaman.


  8. VIRGO : YANG SERIUS ( 22 Ogos - 22 September)

    Ciri Positif

    Orang yang dilahirkan pada tarikh di antar 22 Ogos hingga 22 September , dikatakan bernaung di bawah zodiak Virgo , yang berlambangkan seorang gadis. Dengan yang demikian , Virgo suka pada kerja , hasil kerja sempurna , punya wira - diri , suci , mengutamakan penjagaan kesihatan , ada kesedaran , memberi penumpuan , berdisiplin , praktikal . sedia berkhidmat dan menyeluruh.

    Ciri Negatif

    Walau bagaimana pun , Virgo ada kalanya berasa bimbang , cerewet , berpandangan sempit , terlalu tertib , suka merungut , tak berupaya mengaku kalah , dan ada ciri mengkritik.

    Kualiti Astrologi

    Virgo termasuk dalam kategori berubah -ubah , iaitu daya pengubahsuaian , daya perubahan dan daya keseimbangan .Dengan kualiti ini , anda dianggap kreatif tetapi tidak selalu praktikal. Lambang - lambang yang termasuk dalam kategori berubah – ubah selain Virgo ialah Gemini , Sagittarius dan Pisces.

    Gelagat Perhubungan

    Orang yang dilahirkan pada tarikh di antara 22 Ogos hingga 22 September sentiasa tenang , serius dan agak kolot. Dari segi berkawan , anda mungkin tidak suka menunjuk - nunjuk bahawa anda ini adalah seorang kawan yang dapat dipercayai , tetapi anda adalah seorang kawan yang bertanggungjawab.

    Dari segi pergaulan yang membuahkan cinta , Virgo mungkin tidak romantis tetapi anda dapat menjadi kekasih yang hangat. Kata - kata "Biar Lambat Asal Selamat " dapat anda terapkan dalam percintaan. Apabila anda tertarik pada seseorang , anda tidak akan terburu - buru bergaya atau memikat ( menggoda ) . Sebaliknya anda akan mengamati dan meneliti dahulu sebelum mengungkap isi hati anda . Lantaran itu anda bukan petualang cinta.

    Cancer ( 21 Jun - 20 Julai ) dapat menjadi kawan atau kekasih yang baik bagi Virgo . Manakala bersama Virgo yang serius , Cancer yang cemburu ; tidak akan berasa resah . Di samping sifat Cancer yang sukar dijangka akan membuatkan Virgo menjadi ceria memikirkan sesuatu yang tersirat di fikiran .

    Pasangan yang juga tepat bagi Virgo ialah Leo ( 21 Julai – 21 Ogos ) . Sifat Leo yang gemar berubah menurut kehendak hati ; tetapi Leo tahu cara untuk menggembirakan kawan atau kekasih seperti Virgo. Sebaliknya , Sagittarius ( 23 November - 20 Disember) bukan pasangan yang ideal buat Virgo. Sagittarius pecinta kebebasan sedangkan Virgo cenderung untuk merancang sesuatu dalam hidup dengan teliti. Seterusnya , sifat Virgo agak tertutup , misalnya dalam hal mengungkapkan rasa cinta, manakala sifat Sagittarius lebih terbuka , sehingga tidak segan - silu menciumi kekasihnya di khalayak ramai !

    Kerjaya dan Kewangan

    Virgo mencapai saat mantap dalam kerjaya apabila dia dapat memperlihatkan ilmu dan kemahirannya yang dapat difahami oleh orang lain. Ini bermakna , kelahiran Virgo perlu mengembangkan bakat pertuturan apabila berkomunikasi dengan orang lain . Kerjaya yang sesuai adalah guru atau wartawan .

    Virgo begitu aktif dalam menjalankan tugas harian . Anda suka belajar sebarang jenis pekerjaan asalkan ada ganjaran dalam bentuk wang. Oleh sebab anda seorang yang tekun, cekap dan sentiasa produktif ; sebagai ganjaran terhadap sikap anda itu , anda sentiasa berada dalam kecukupan dari segi kewangan. Virgo mudah dapat wang tetapi anda bukan seorang pemboros. Sebaliknya , suka menyimpan . Kalau terlibat dalam pelaburan

    sekalipun , anda sentiasa berhati - hati supaya risikonya tidak tinggi.

    Keluarga dan Rumah Tangga

    Rumah orang berzodiak Virgo sentiasa kemas , bersih dan teratur. Kalau berada di dalam rumah Virgo , anda jangan cuba - cuba mengalihkan susunanperabotnya ! Namun , Virgo perlu bertimbang rasa terhadap anak - anak dan ahli - ahli keluarga yang tinggal serumah dengannya, sebab tidak semua orang sama cita rasa dalam hal mengemas rumah dan menyusun perabot ...

    Aneh juga bagi anda yang berlambang Virgo sebab , kalau ada sedikit masalah , anda gemar berkurung dan menyendiri di dalam rumah . Namun , jika tiada bermasalah , Virgo gemar menjadi tuan rumah kepada perkumpulan untuk sembang - sembang dan makan minum.Virgo menyukai kanak - kanak , tetapi agak tegas , lantaran anda bercita - cita menjadikan anak - anak bermoral dan pandai berdikari apabila dewasa.

    LIBRA : YANG BIJAK ( 23 September - 22 Oktober )

    Ciri Positif

    Orang dilahirkan pada tarikh di antara 23 September hingga 22 Oktober dikatakan bernaung di bawah zodiak Libra , yang berlambang alat penimbang ( Dacing ).Dengan yang demikian , orang yang berzodiak Libra biasanya berciri - ciri harmoni , seimbang , gemarkan perkahwinan , sukakan perhubungan , mengutamakan kesamarataan , pakatan , diplomasi , berseni , suka membantu , sentiasa dalam keadaan ceria , dapat menjadi pasangan yang ideal dan sukakan keadilan .

    Ciri Negatif

    Walau bagaimana pun , ada kalanya Libra bersikap bolak - balik , pura - pura , tidak jujur, tujuan kurang tegas , atau tindakan kurang seimbang.

    Kualiti Astrologi

    Libra termasuk dalam kategori aktif , iaitu berprinsip memulakan sesuatu. Dengan kualiti ini, anda tersangat baik untuk meransang dan seterusnya memulakan sebarang projek baru. Lambang - lambang yang termasuk dalam kategori aktif selain Libra ialah Aries , Cancer dan Capricorn .

    Gelagat Perhubungan

    Libra sukar benar untuk membuat pertimbangan dan sentiasa berada dalam keadaan ragu- ragu. Anda seorang yang gemar mencari kawan tetapi tidak banyak daripada kawan - kawan anda yang dapat anda percayai. Keadaan yang sama berlaku dalam soal anda mencari kawan yang dapat anda jadikan kekasih anda... Akibatnya , anda berkemungkinan terlibat dalam pelbagai kisah cinta sebelum bertemu dengan seseorang yang sesuai anda yakini.

    Libra juga menampilkan sifat yang agak sukar untuk difahami oleh pasangan/kawan anda. Misalnya , pada hari ini cinta anda begitu membara sekali ; tetapi pada hari esoknya anda kelihatan sebaliknya. Namun Libra adalah seorang kekasih yang bijak dan sentiasa menjaga perbuatan dan pertuturannya agar kekasihnya tidak tersinggung.

    Pendamping yang ideal buat Libra ialah Taurus ( 21 April – 20 Mei ) dan Leo ( 21 Julai - 21 Ogos ). Sebaliknya , hubungan anda dengan Aries ( 21 Mac - 20 April ) dan Gemini ( 21 Mei - 20 Jun ) didapati kurang sesuai . Taurus yang matang dan sabar sangat diperlukan untuk mengendalikan sifat Libra yang sentiasa dalam keraguan . Manakala , Leo yang tangkas pula , dapat menjadi kekasih yang baik buat Libra . Dia tahu menyenangkan hati anda yang suka menimbang - nimbang sesuatu keputusan dan sentiasa dalam keadaan keraguan itu.

    Sebaliknya , Aries yang suka bergantung pada kawan / pasangannya sudah tentu tidak sesuai dengan Libra yang sememangnya suka menimbang - nimbang dan sentiasa ragu - ragu itu. Lagipun , Aries sukakan keputusan yang cepat , sedangkan Libra sememangnya agak lambat dalam memberi keputusan. Begitu juga halnya hubungan anda dengan Gemini , bukanlan hubungan yang ideal bagi anda . Sifat Gemini yang cepat bosan dan

    sering berubah - ubah itu sememang sukar dipegang memungkinkan anda cepat berasa kecewa.

    Kerjaya dan Kewangan

    Di khalayak ramai , orang berlambang Libra ini adalah pembela . Kawan atau kenalannya adalah merupakan ahli keluarganya. Mungkin inilah sebabnya Libra ada potensi untuk menjadi ketua atau menonjol dalam kepimpinan politik. Dalam hal mengembangkan bakat , Libra sukakan kerjaya yang dapat menyatakan idea dan perasaannya secara bebas ( terbuka ). Sehingga Libra banyak terlibat dalam seni kreatif dan di samping kerjaya yang lain , Libra mampu menonjol sebagai pendidik atau pakar perunding.

    Namun , Libra lebih fleksibel dalam pendekatan kepada kerjaya. Bagi Libra , hati dan perasaan kawan atau orang sekitarnya perlu dihormati perasaan mereka. Dari segi kewangan , Libra memang berusaha mencari wang ringgit, tetapi lebih untuk faedah orang lain daripada dirinya semata - mata. Setiap wang yang diperolehi dipastikan menjadi keperluan menyara keluarga atau kawan.

    Mungkin dengan sebab yang demikian , Libra kerap membelanjakan wang yang banyak untuk hiburan atau perkara yang seumpamanya. Di samping , Libra gemar menolong kawan yang memerlukan bantuan kewangan. Dengan perkataan lain , bagi orang yang berzodiak Libra, "wang senang datang dan senang pula pergi".

    Keluarga dan Rumah Tangga

    Kelahiran Libra sememang sukakan rumah yang terurus , bersih dan kemas tetapi agak malas mengemas sendiri . Beban rumah tangga katanya ! Apabila termampu , Libra rela mengupah orang lain untuk mengemaskan rumahnya ! Namun , Libra gemar berkebun dan menggemari bunga dan pokok di dalam rumah . Sesuai dengan sikap Libra yang sukakan keharmonian dan kreativiti , dan sering saja Libra membiarkan anak - anak

    melakukan apa yang diingini mereka. Walau bagaimana pun , kebebasan anak -anak perlu ada batasannya , betul tak Libra ?


  9. CANCER : YANG HANGAT ( 21 Jun - 20 Julai )

    Ciri Positif

    Orang yang dilahirkan pada tarikh di antara 21 Jun hingga 20 Julai ,dikatakan bernaung di bawah zodiak Cancer , yang berlambangkan ketam. Dengan yang demikian , Cancer sukakan rumah tangga , keluarga , kesihatan , makanan , ada rasa simpati , memberi perlindungan , agak sensitif , punya kesabaran , kejujuran , dan kepintaran .

    Ciri Negatif

    Walau bagaimana pun , ada kalanya Cancer bersikap keanak - anakan , berbolak - balik , berpuak - puak , tidak selamat , terlalu bertahan dan takut pada perpisahan .

    Kualiti Astrologi

    Cancer termasuk dalam kategori kardinal , iaitu aktif . Dengan kualiti ini, anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek . Lambang - lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain Cancer ialah Aries , Capricorn dan Libra.

    Gelagat Perhubungan

    Dalam pergaulan , orang Cancer adalah seorang yang setia. Dalam perhubungan yang membuahkan cinta pula , Cancer adalah zodiak yang sentiasa hangat dan setia pada pasangannya. Demi cinta, Cancer sanggup mengorbankan apa saja . Sehingga mudah menyulitkan keadaan sebab anda juga seorang yang kuat cemburu dan mengongkong. Sifat anda yang mudah sensitif sukar difahami oleh pasangan anda. Contohnya , anda mudah menangis tanpa ada sebab yang tertentu.

    Seseorang yang berperibadian yang matang adalah pasangan yang ideal buat Cancer . Di sini , Taurus ( 21 April - 20 Mei ) dan Virgo ( 22 Ogos - 22 September ) merupakan pendamping yang ideal bagi Cancer. Sebaliknya , hubungan anda dengan Aries ( 21 Mac - 20 April ) dan Gemini (21 Mei - 20 Jun ) adalah kurang sesuai .

    Taurus yang tenang adalah pasangan yang dicari oleh Cancer . Bersama - sama Taurus, anda akan tenteram . Sikap Taurus yang matang dan berperibadian yang kuat menjadikan anda berasa terlindung ( selamat ). Virgo juga pasangan yang sesuai untuk Cancer . Namun demikian , Virgo cenderung menjadi dingin dan tidak romantis . Cancer perlu menunggu ungkapan cintanya ! Bersabarlah , kerana Virgo sememangnya lambat

    dalam soal cinta ini. Namun , Virgo juga seorang yang hangat .

    Seterusnya, Aries bukanlah pasangan yang tepat buat anda . Aries gemar berleter , padahal Cancer adalah seorang yang sangat sensitif. Kalau Aries suka berteman dan mudah berkumpul dengan teman - temannya ; Cancer pula adalah sebaliknya. Dengan Gemini yang mudah bosan dan berubah - ubah sifatnya , juga menjadikan hubungan Cancer dengan Gemini kurang sesuai . Cancer mudah kesal lantaran Gemini tidak memperlihatkan sifat tetap yang anda perlukan.

    Kerjaya dan Kewangan

    Dari segi kerjaya , orang Cancer memang mengambil masa yang agak lama sebelum mampu memulakan bisnes ( perniagaan ) secara bersendirian . Dengan yang demikian , Cancer memang patuh pada ketuanya atau majikannya ditempat kerja.

    Pada Cancer , dalam dunia kerjaya anda mengharapkan ketuanya sebagai wira dalam pertahanan. Hanya sekiranya Cancer ditakdirkan menjadiketua atau berjawatan kanan barulah anda bersedia menjadi panglima perang. Cancer gemar bekerja dengan anak - anak , sehingga anda menjadi pendidik atau guru yang dedikasi.

    Dari segi kewangan , Cancer kerap memperolehi harta menerusi perniagaan keluarga . Walau pun ianya bukan milik keluarga sendiri , tetapi anda akan berusaha menimbulkan suasana kekeluragaan di tempat kerja.

    Contoh sumber kewangan yang mudah diperolehi Cancer ialah dalam perniagaan yang berbentuk hotel , restoran , kelab malam atau urusan jualbeli tanah . Untuk memantapkan pegangan kewangan , Cancer perlu memperbaiki diri , misalnya mengurangi rasa murung, dan meningkatkan kestabilan dan kemantapan .

    Keluarga dan Rumah Tangga

    Dalam soal rumah tangga kejayaan Cancer lebih menyerlah . Persekitaran rumah dan keluarga yang diciptanya merupakan kerja seni yang diserlahkan . Cancer rapat dengan keluarga , sanak saudara , dan terutama ibunya. Cancer sayangkan keluarganya dan terikat erat hingga ke akhir hayatnya. Cancer sayangkan kanak - kanak dan sedia memberikan merekakeperluan . Sebagai ibu atau bapa , Cancer segera memaafkan kesalahan anak - anaknya atau saudara mara, sesuai dengan ungkapan " Walau apa pun terjadi , anda atau dia adalah keluarga kita " . Mempertahankan institusi kekeluargaan merupakan sebab utama mengapa Cancer terus hidup. Anda mempunyai banyak perkara untuk diajar kepada orang lain . Lantaran berorentasi keluarga , rumah tangga Cancer sentiasa bersih , tersusun dan menyenangkan. Anda menyukai perabot dan langsir ciptaan baru dan lama.

    LEO : YANG DAPAT DIPERCAYAI ( 21 Julai - 21 Ogos )

    Ciri Positif

    Orang yang dilahirkan pada tarikh di antara 21 Julai hingga 21 Ogos , dikatakan bernaung di bawah zodiak Leo, yang berlambang singa. Leo mengutamakan rasa cinta , mesra , bersifat pemurah , ada daya kepimpinan , menonjolkan kemegahan , sentiasa hidup , menonjolkan keagungan , keberanian , keupayaan , rapat dengan anak - anak , berbakat dan suka pada hiburan.

    Ciri Negatif

    Walau bagaimana pun , ada kalanya Leo ini kerap menunjukkan ego , banyak cakap , memperlihatkan sifat ketuanan , menunjuk - nunjuk , mengejar kemewahan , dan menghadapi komplek rendah diri dan bangga diri.

    Kualiti Astrologi

    Leo termasuk dalam kategori tetap , iaitu mempunyai daya kestabilan , daya ketabahan , daya ketahanan , dan daya kesempurnaan . Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk menghasilkan sesuatu tugas. Lambang - lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain Leo ialah Aquarius , Taurus dan Scorpio.

    Gelagat Perhubungan

    Dalam pergaulan , orang yang dilahirkan dengan lambang Leo , memang dapat dipercayai. Dalam perhubungan yang membuahkan cinta, Leo memang serius . Demi kelancaran hubungan cinta , Leo bersedia melakukan apa saja! Lantaran itu , anda yang berzodiak Leo adalah setia dan dapat dipercayai. Bagi Leo , cinta adalah sesuatu yang peribadi , sehinggakan anda tidak memperlihatkan kasih sayang anda di khalayak ramai . Leo suka bergaul sehingga tidak dapat berdampingan dengan seseorang yang cemburu dan mengongkong.

    Dalam situasi ini , Libra ( 23 September - 22 Oktober ) , Sagittarius ( 23 November - 20 Disember ) , dan Taurus ( 21 April - 20 Mei) adalah pendamping ideal buat Leo. Sebaliknya , Capricorn ( 21 Disember -19 Januari ) dan Scorpio ( 23 Oktober - 22 November) agak kurang sesuai .

    Hubungan dengan Libra dapat membahagiakan Leo. Seperti anda ,Libra juga memerlukan cinta yang menyeronokkan . Libra tidak suka memutuskan perhubungan lantaran dia matang dalam membuat keputusan. Pasangan yang juga tepat bagi Leo ialah Sagittarius dan Taurus . Sifat Sagittarius yang periang dapat menjadikan anda berbahagia . Daya fikir Sagittarius yang luas sehinggakan mengagumkan anda (Leo). Walaupun kurang romantis , namun Sagittarius tahu bagaimana cara menyenangkan kekasihnya.Taurus yang matang , penyabar dan penyayang memang sesuai buat Leo , terutama dalam meningkatkan mutu kerjaya.

    Capricorn yang cemburu bukanlah pasangan yang ideal bagi Leo . Anda juga berasa terlalu kaku dan kolot dalam soal berfikir. Apabila anda melemparkan sesuatu idea, Capricorn mungkin mengambil masa yang lama untuk memahaminya. Leo juga agak sukar berdamping dengan Scorpio . Apabila Scorpio berasa marah , Leo pastinya tidak dapat bertahan (bersabar). Kata - kata Scorpio yang berbentuk leteran juga membosankan Leo.

    Kerjaya dan Kewangan

    Kelahiran Leo ini memang suka kelihatan mewah dan bergaya. Kalau anda seorang yang kaya , anda gemar memiliki rumah besar dengan tanah dan kebun yang luas.Dalam kerjaya, anda cemerlang dalam jawatan yang ada kuasa dan kata pemutus. Anda baik dalam hal membuat keputusan tetapi gemar menyerahkan perkara yang lebih terperinci kepada orang bawahan anda. Leo dihormati rakan sejawatan dan orang bawahan , sebahagiannya disebabkan anda sememangnya memahami perasaan orang sekeliling anda.

    Dalam sebarang kerjaya , Leo sentiasa berusaha mencapai kedudukan tertinggi walaupun anda bermula dari bawah . Ini bermakna , Leo seorang yang tekun bekerja. Walau bagaimana pun , anda seorang yang tidak suka di arah untuk buat itu dan ini. Dari segi perolehan kewangan , Leo memang seorang ketua yang hebat tetapi ini bukan bermakna anda pengurus yang baik. Namun, Leo mempunyai wawasan dan jika bekerja sebagai eksekutif , daya pengurusannya lebih berhasil. Sehubungan ini , Leo mencari wang yang lebih lantaran anda seorang yang cintakan kekayaan bagi kebahagian yang diperolehi. Anda gemarkan gaya hidup mewah dan glamour. Leo memang seorang yang pemurah. Anda sedia menggunakan kekayaan membantu orang lain turut mengecap nikmat hidup.

    Kekayaan bagi Leo adalah untuk membeli perkhidmatan dan keupayaan mengurus. Dengannya , Leo berusaha mencipta pekerjaan bagi orang lain dan memberi kebajikan yang sewajarnya. Ini bermakna , kekayaan bagi Leo adalah kebaikan dan sesuatu yang perlu dinikmati sepenuhnya.

    Keluarga dan Rumah Tangga

    Dari segi luaran , memang Leo gemar melayan dan mengasihi orang lain. Namun , dari segi dalaman , hanya segelintir kawan yang tahu apa sebenarnya kehidupan harian Leo. Bagi orang berlambang Leo , rumah adalah ruang yang menyenangkan , rekreasi , mahligai , dan kamar persendirian . Leo sangat setia pada keluarga. Anda menyukai anak - anak dan memastikan mereka di jaga dan di pupuk dengan sewajarnya. Namun , sebagai ketua dalam rumah tangga , sebaik - baiknya anda sentiasa bersedia menyelami hati atau perasaan orang lain dengan lebih menyeluruh.


  10. TAURUS : YANG SETIA ( 21 April - 20 Mei )

    Ciri Positif

    Orang dilahirkan pada tarikh antara 21 April hingga 20 Mei dikatakan bernaung di bawah zodiak Taurus , yang berlambang Lembu Jantan. Dengan yang demikian , Taurus mengutamakan kekayaan , ketinggian rohaniah , kuat daya rasa , kesetiaan , gemar berjalan-jalan, kesuburan , terlalu praktis , murah rezeki dan ketabahan .

    Ciri Negatif

    Walau bagaimana pun , ada kalanya Taurus bersikap terlalu kebendaan , terlalu mengongkong, keras hati , suka menurut rasa hati dan buntu fikiran .

    Kualiti Astrologi

    Taurus termasuk dalam kategori tetap , iaitu mempunyai daya kestabilan , daya ketabahan, daya ketahanan dan daya kesempurnaan. Anda sebenarnya sentiasa baik atau menjadi dalam usaha melancar atau menyelesaikan pekerjaan.Lambang - lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain Taurus ialah Leo , Scorpio dan Aquarius.

    Gelagat Perhubungan

    Taurus sangat berhati - hati memilih kawan , sahabat lebih - lebih lagi kekasih , sehingga menjadi seorang yang sangat pemilih. Walau bagaimanapun , sebaik - baik sahaja mendapat pendamping yang serasi , Taurus akan menjaga perhubungan itu supaya tetap berpanjangan.Taurus mudah mesra , setia pada kekasih , bersikap melindungi , tetapi sifat ini juga bermakna mengongkong. Taurus suka tinggal di rumah , suka menghabiskan masa bersama keluarga daripada berpeleseran.

    Pendamping yang diidamkan Taurus adalah seorang yang setia dan memberi perhatian penuh padanya . Ini bermakna Taurus sangat bergantung pada pasangannya.Cancer ( 21 Jun - 20 Julai ) dan Virgo ( 22 Ogos - 22 September) adalah pasangan yang ideal bagi Taurus . Walau bagaimana pun, Taurus perlu berhati - hati apabila berpasangan dengan Aries ( 21 Mac - 20 April) atau Gemini ( 21 Mei - 20 Jun). Cancer memang pendamping tepat bagi Taurus . Keperibadian Cancer yang matang dan tidak berubah - ubah sesuai dengan cita rasa Taurus . Lagi pun , Cancer mempunyai pandangan yang konservatif ( kolot ) seperti anda. Sikap Virgo yang tenang dan agak kolot juga sesuai bagi Taurus.

    Pasangan Taurus - Aries mungkin tidak sesuai . Ini kerana , Aries bercita - cita tinggi, lincah dan terbuka berbanding dengan Taurusyang tenang tetapi matang .Gemini juga bukan pasangan ideal bagi Taurus . Sifat Gemini yang mudah berubah - ubah boleh menyebabkan Taurus mudah berasa kecewa.

    Kerjaya dan Kewangan

    Dalam hal pekerjaan , Taurus sangat rajin , tekun , cermat , cerewet , kreatif dan mementingkan deadline; ( tempoh siap ). Semua ciri ini menguntungkan sebarang majikan atau organisasi. Namun , Taurus sangat inginkan bosnya serajin dan sekreatif seperti dirinya.Anda menghormati orang mempunyai kesedaran meluas dalam hal ehwal kemasyarakatan dan politik.

    Dalam perniagaan Taurus cukup pintar atau licik . Anda tidak pernah bersikap malas , tetapi berasa seronok bekerja dan mengharapkan hasil yang memuaskan Taurus kurang gemar menanggung risiko yang tidak perlu dan dengan yang demikian anda berhasil menduduki taraf ketua seperti pengurus atau penyelia.

    Kemahiran pengurusan diperkukuh oleh bakat semula jadi Taurus pada pengurusan dan pengendalian yang terperinci dengan penuh kesabaran dan keterlibatan.Taurus juga mampu memperlihatkan hasil yang baik dalam perkebunan dan pertanian. Secara umumnya , orang Taurus akan memilih wang ringgit dan kekuasaan daripada prestij atau pengiktirafan orang awam Justeru itu , Taurus hanya akan mengejar prestij dan kemegahan sekiranya ia dapat memberi kesan langsung kepada wang ringgitnya !

    Kekayaan bagi Taurus , adalah kesenangan dan keselamatan . Kekayaan adalah kestabilan . Dan Taurus hanya akan berasa mempunyai kekayaan kalau dia dapat melihat dan merasanya! Sehubungan dengan itu , Taurus cemerlang dalam agensi perladangan dan pertanian. Dalam usaha mencapai tujuan ini , Taurus perlu mengembangkan kebolehan intelektual dan komunikasi. Namun , sikap bertolak ansur selalu diperlukan untuk memastikan kejayaan Taurus.

    Keluarga dan Rumah Tangga

    Rumah dan keluarga merupakan dua harta ( aset ) dan tanggungjawab adalah perkara yang sangat penting bagi Taurus. Orang kelahiran Taurus memang sayangkan anak - anak .Untuk kelengkapan rumah , orang Taurus gemar membeli perabot dan perhiasan untuk keselesaan. Rumah bukan untuk tempat tinggal semata - mata tetapi tempat untuk kreativiti dan hiburan . Oleh sebab itu, semua alat dan perabot sentiasa tersusun dan bersih.

    Semakin tua , Taurus gemar tinggal di rumah , terutama rumah yang jauh dari kebisingan. Taurus memang sukakan tanah tempat tumpah darah apabila menjelang hari tua. Taurus memang penyayang tetapi agak tegas pada anak - anak . Segala - galanya disediakan dan diawasi demi kebajikan dan kebaikan mereka . Bagi Taurus , kasih sayang bukan diucap tetapi dipraktiskan. Walau bagaimana pun , Taurus tidak menyenangi

    kebisingan oleh kanak - kanak.

    GEMINI : YANG BEBAS ( 21 Mei - 20 Jun )

    Ciri Positif

    Anda yang dilahirkan pada tarikh antara 21 Mei hingga 20 Jun , dikatakan bernaung di bawah zodiak Gemini, yang melambangkan Saudara Kembar . Dengan yang demikian , Gemini mahir berkomunikasi , suka mengembara , serba boleh, bijak , ada kuasa bercakap , berkebolehan menulis , kedekatan pada sanak saudara dan jiran , gemar penghijrahan, dan bersikap terbuka.

    Ciri Negatif

    Walau bagaimana pun , ada kalanya Gemini bersikap hanya suka sekejap sahaja , berperangai keanak - anakan , gugup , talam dua muka , bercakap kosong , tak lengkap dan suka berpura - pura.

    Kualiti Astrologi

    Gemini termasuk dalam kategori berubah - ubah , iaitu mempunyai daya pengubahsuaian , daya perubahan dan daya keseimbangan . Dengan kualiti anda dianggap kreatif tetapi tidak selalu praktikal . Lambang - lambang yang termasuk dalam kategori berubah - ubah selain Gemini ialah Virgo , Sagittarius dan Pisces.

    Gelagat Perhubungan

    Orang yang bernaung di bawah zodiak Gemini adalah pecinta kebebasan tetapi seorang yang pembosan . Dalam pergaulan , Gemini suka bertukar – tukar kawan dan pasangan sehingga dia bertemu dengan kawan / pasangan yang sesuai. Pendamping yang sesuai bagi Gemini adalah seseorang yang bijak dan memahami cita rasa Gemini yang sentiasa berubah - ubah. Aries ( 21 Mac- 20 April ) dan Taurus ( 21 April - 20 Mei ) adalah pasangan yang tepat buat anda , manakala Cancer ( 21 Jun - 20 Julai ) dan Virgo ( 22 Ogos – 22 September) bukanlah pasangan yang ideal bagi Gemini.

    Gemini , yang mempunyai daya pesona yang dapat meluluhkan hati seseorang , terutama Aries . Ketangkasan , kepintaran dan kelincahan Gemini adalah merupakan ciri - ciri yang disenangi oleh Aries . Sebaliknya ,Aries sendiri juga adalah pendamping yang setia dan penuh perhatian buat Gemini .

    Taurus yang tenang adalah pasangan yang tepat buat Gemini .Keperibadian Taurus yang kuat , matang dan sentiasa melindungi , dapat menguruskan sifat Gemini yang pembosan dan mudah berubah - ubah . Manakala , sifat Gemini yang sentiasa berubah - ubah ini menyebabkan anda sukar berdampingan dengan Cancer yang yang sifatnya juga demikian . Namun , Cancer adalah jenis yang setia orangnya! Dengan Virgo yang dingin sifatnya , juga kurang sesuai bagi Gemini . Kesukaan Virgo pada kerapian menyulitkan Gemini.

    Kerjaya dan Kewangan

    Gemini perlu sedar anda di anugerah kemahiran berkomunikasi yang tinggi . Dengan kemahiran ini , anda berupaya memindahkan hasrat dan matlamat dalam diri kepada dengan orang lain secara logik . Kaedah pemindahan ini menjadikan orang Gemini sangat menonjol dalam kerjaya yang melibatkan penulisan , pendidikan , perjualan dan kewartawanan . Banyak contoh yang melibatkan orang Gemini , terkenal sebagai penyajak , pelukis , pemuzik dan ahli sufi . Sehingga kini , pencapaian yang tertinggi bagi orang Gemini ialah untuk mengajar kebenaran , sama ada bidang sains atau sejarah .

    Tidak keterlaluan jika dikatakan orang berzodiak Gemini adalah pembawa ilham yang mengagumkan ! Minda Gemini selalu berisi dengan berfalsafah hidup yang meransang minda orang lain .Dari segi kewangan , Gemini cenderung mengambil berat terhadap kekayaan pembelajaran dan idea daripada kekayaan kebendaan .

    Gemini gemar membuat perbincangan atau tawar – menawar dalam perkara yang melibatkan kewangan. Anda boleh memperolehi wang dengan banyak cara . Oleh sebab itu , sikap kewangan dan keinginan anda nampaknya berubah dari hari ke sehari. Perasaan terhadap wang ringgit juga turut berubah ; kekadang anda sangat ceria dengan wang , tetapi pada ketika yang lain , anda seolah - olah tidak mempedulikan wang ! Pada keseluruhannya , matlamat kewangan kerap di anggap sebagai cara untuk membantu keluarga .

    Keluarga dan Rumah Tangga

    Dalam rumah orang Gemini kelihatan agak cerewet . Anda cenderung supaya pasangan dan anak - anak menerima ukuran keinginan yang anda tetapkan Jika ini tidak dipatuhi , anda mudah merungut dan mengkritik . Namun , orang Gemini merupakan keluarga yang baik dan suka melayan keluarga dengan cara yang praktikal dan berfaedah . Rumah Gemini menyenangkan dan meransangkan . Anda berkeupayaan bertukang dan mengemas . Kalau di rumah, ada sahaja yang anda lakukan supaya kelihata terlalu sibuk selalu!

    Gemini memahami perasaan anak - anak dan mesra dengan mereka . Sebagai orang yang mahir berkomunikasi Gemini berkebolehan menjelaskan sesuatu sesuatu dan perkara kepada anak - anak , dan sudah tentunya mendapat kasih sayang dan rasa hormat daripada anak - anak . Sesuai dengan pepatah bapa borek anak rintik , orang Gemini juga menggalakkan anak - anaknya supaya sekreatif dan suka berbual sepertinya.


  11. ok..saya sambung lagi..sori la eh sebab tak bleh nak copy semuanya dlm 1 masa..

    PISCES : YANG SENSITIF ( 19 Febuari - 20 Mac )

    Ciri Positif

    Orang dilahirkan pada tarikh diantara 19 Febuari - 20 Mac dikatakan bernaung di bawah zodiak Pisces , yang berlambangkan ikan. Pisces mengutamakan cinta sejagat, bersifat manja , sentiasa mencari ilham , memperlihatkan kepercayaan, ada persefahaman, berjiwa puitis, gemarkan muzik, agama . bersifat setia, mampu melayan diri, mengutamakan kerohanian, dan tidak mudah mengaku kalah.

    Ciri Negatif

    Walau bagaimana pun, ada kalanya Pisces berasa keliru , bersalah , mudah mengaku kalah - diri , kecewa , bimbang, risau, terlibat dalam penipuan, ketagihan, dan mudah menurut kemahuan hati.

    Kualiti Astrologi

    Pisces termasuk dalam kategori berubah - ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan , daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah - ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalunya praktikal. Lambang - lambang yang termasuk dalam kategori berubah – ubah ini selain Pisces ialah Gemini , Virgo dan Sagittarius.

    Gelagat Perhubungan

    Dalam pergaulan , cita rasa Pisces mudah berubah - ubah. Ini mungkin membingungkan orang sekitarnya. Pisces seorang sensitif ! Tersinggung sedikit cepat menanggis. Anda mudah cemburu tetapi anda hangat dan romantik. Anda akan berusaha menyenangkan kawan atau kekasih. Pisces suka pada pujian dan mengharapkan ungkapan cinta daripada kekasih. Justeru itu, seseorang yang berkeperibadian kuat adalah pendamping yang tepat untuk anda.

    Taurus ( 21 April - 20 Mei ) yang pendiam tetapi mantap, sesuai untuk Pisces. Sikap Taurus yang dewasa, bersikap melindungi , akan mententeramkan hati Pisces yang sensitif ini. Cancer ( 21 Jun - 20 Julai ) yang matang dan gemar melindungi, juga diidamkan Pisces.Pasangan Cancer dan Pisces akan senada seirama lantaran kedua - duanya sama – sama berpandangan kolot.

    Sebaliknya, Aries ( 21 Mac - 20 April ) bukan teman yang tepat untuk Pisces. Lagak cakap Aries yang terlalu becok menyukarkan anda yang sensitif. Aries juga banyak meminta - minta buat anda. Gemini ( 21 Mei - 20 Jun ) juga bukan ideal anda. Sifatnya yang pembosan dan kerap berubah - ubah boleh menyebabkan anda tersinggung.

    Kerjaya dan Kewangan

    Kelahiran Pisces gemar menyahut cabaran dan suka dihargai. Kerjaya yang banyak cabaran juga bermaksud anda perlu banyak belajar, merantau , dan menimba pengalaman di mana - mana. Sikap penyayang menjadikan kerjaya kelahiran Pisces sebagai doktor, jururawat atau guru.

    Walaupun kerjaya anda memang menjamin pendapatan yang cukup lumayan tetapi wang bukanlah segala - galanya. Pisces cenderung menjadi pemurah jika mempunyai lebihan wang untuk diri dan keluarga.

    Keluarga dan Rumah Tangga

    Dalam kehidupan keluarga dan rumah tangga kelahiran Pisces ini perlu melakukan lebih banyak komunikasi lisan. Anda tidak suka dikongkong, sebaliknya inginkan kebebasan. Pertukaran idea dan pendapat yang tidak emosional dan tenang, memanfaatkan orang lain. Pisces menggemari persekitaran rumah tangga yang mampu membuahkan kepentingan intelek dan minda.

    Pisces suka melayan jiran sebagai keluarga. Keseluruhannya, demi keharmonian diri, keluarga dan jiran, anda perlukan keseimbangan antara layanan emosi dan layanan intelektual, atau antara keluarga dengan jiran.

    ARIES : YANG PENUH DAYA TARIKAN ( 21 Mac - 20 April )

    Ciri Positif

    Orang yang dilahirkan pada tarikh antara 21 Mac hingga 20 April dikatakan bernaung di bawah zodiak Aries, yang berlambang Biri - biri Jantan. Dengan yang demikian , anda seorang yang berani, yakin, inisiatif, mengutamakan tindakan , ada pertahanan diri, ada rasa merintis, ada daya juang, dan pencipta nasib.

    Ciri Negatif

    Walau bagaimana pun , ada kalanya Aries ini terlalu pemikir , ada kekasaran, kesombongan diri, gemar menimbulkan permusuhan , agresif, hasil kerja tak sempurna, dan ada kelemahan.

    Kualiti Astrologi

    Aries termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik dalam memulakan setiap projek baru. Lambang - lambang yang termasuk dalam kategori aktif ini selain Aries , ialah Cancer, Libra dan Capricorn.

    Gelagat Perhubungan

    Aries punya daya pesona yang tinggi. Dalam pergaulan , anda kelihatan lincah, pintar, berkeperibadian kuat dan teman bual yang mengasyikan.Taurus ( 21 April - 20 Mei ) , Gemini ( 21 Mei - 20 Jun ) dan Aquarius ( 20 Januari - 18 Febuari ) adalah kekasih yang tepat bagi Aries. Sebaliknya, anda perlu berhati - hati apabila berkasih dengan Capricorn ( 21 Disember - 19 Januari ) atau Cancer ( 21 Jun - 20 Julai ).Taurus yang matang adalah pendamping yang tepat bagi Aries .

    Dengan sikapnya yang tenang ; Taurus yang berlambang Lembu Jantan , mampu menundukkan Biri - biri Jantan (Aries ) yang tidak mahu duduk diam. Gemini juga boleh menjadi kekasih yang ideal bagi Aries .Kebetulan Gemini dan Aries mempunyai banyak persamaan, iaitu aktif , cerdas dan bijak. Dengan kematangannya , Aries boleh mengendali kekurangan Gemini. Di samping Aquarius , Aries mampu mengecapi bahagia. Aries tidak mempersoalkan sifat kekasih yang romantik seperti Aquarius. Sebaliknya kecerdasan Aquarius menjadi daya tarikan yang kuat buat Aries.

    Capricorn bukan pula pasangan yang ideal bagi Aries yang aktif dan terbuka. Sifat Capricorn yang konservatif dan tertutup boleh membosankan anda . Namun , Capricorn setia orangnya ! Sebaliknya , anda sukar berdamping dengan Cancer yang sensitif. Apabila anda tersalah cakap , Cancer mungkin murung berterusan. Walau bagaimana pun , Cancer jujur dan pelindung orangnya.

    Kerjaya dan Kewangan

    Kelahiran berlambang Aries ini sentiasa bercita - cita merintis kerjaya sendiri daripada hanya bekerja dengan majikan. Walau bagaimana pun , Aries jarang menyelesaikan projek hingga ke penghasilan yang memuaskan ! Namun , pada jangka pendek , tiada siapa yang mampu mengatasi daya rintis Aries.Lantaran itu , supaya berhasil ke puncak kerjaya , orang Aries perlu memperbaiki kualiti pengurusan dan pentadbiran pada jangka panjang.

    Pada umumnya , Aries mementingkan tindakan , dan pemantauan daripada mencari dan mengumpulkan wang semata - mata.Orang yang kelahiran Aries biasanya pekerja yang kuat dan rajin dan anda mampu memperolehi banyak wang kerana kekuatan tenaga dan pemikiran.

    Keluarga dan Rumah Tangga

    Orang yang berlambang Aries adalah raja dalam rumah ( bos ) ! Lelaki Aries akan menyerahkan tugas hal - ehwal dalam rumah tangga kepada pihak perempuan ( isterinya ). Manakala perempuan Aries pula akan cenderunguntuk memerintah ! Aries gemarkan keluarga yang besar dan memerlukan peranan setiap ahli keluarganya . Dalam hal ini , Aries adalah orang keluarga yang baik walaupun anda tidak semestinya suka terperap ( terpenyap ) di dalam rumah ! Aries sukakan kanak - kanak dan sebenarnya lembut dan mesra dengan pasangannya. Pada keseluruhannya , Aries suka pulang ke rumah setelah bekerja lama dan kuat di luar rumah.


  12. salam..

    ni saya copy paste dari forum lain.. tak sure betul atau tak tapi kat saya kena la 80% :P

    mana yang baik tu jadikan panduan dan yang buruk tu kalu terkena diri sendiri, bawak2 la berubah ;)

    CAPRICORN : YANG POSESIF ( 21 Disember - 19 Januari )

    Ciri Positif

    Orang dilahirkan pada tarikh di antara 21 Disember hingga 19 Januari dikatakan bernaung di bawah zodiak Capricorn , yang berlambang kambing.Capricorn mengutamakan kejayaan , status ,kedudukan, reputasi , kesetiaan, penumpuan , di samping berkebolehan menyelesaikan masalah , bertanggungjawab, memperlihatkan kebijaksanaan , dan keseriusan belajar melalui pengalaman.

    Ciri Negatif

    Walau bagaimana pun , ada kalanya Capricorn bersikap memandang buruk (pesimis ), selalu terpaksa, membebankan, menghadapi halangan, memperlihatkan batasan, kurang simpati, berada dalam ketakutan, dan pemikiran sempit.

    Kualiti Astrologi

    Capricorn termasuk dalam kategori kardinal , iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain Capricorn , ialah Aries,Cancer dan Libra.

    Gelagat Perhubungan

    Dalam pergaulan , orang yang berkelahiran Capricorn agak posesif (mengongkong ). Dalam pergaulan yang membuahkan cinta , anda sering mencemburui si dia tanpa sebab. Sifat begini menyebabkan perangai anda sulit untuk dimengerti dan anda kekadang semacam kebudak - budakkan.Untuk mengatasi masalah ini , seseorang yang berkeperibadian dewasa , mesra dan penuh pengertian adalah pendamping yang sesuai bagi Capricorn.

    Orang yang di bawah naungan Aries ( 21 Mac - 20 April ) , Taurus ( 21 April - 20 Mei) atau Libra ( 23 September - 22 Oktober ) memang sesuai bagi Capricorn. Sikap Aries yang penuh perhatian dapat mendamaikan hati Capricorn . Bersamanya, anda (Capricorn) akan berasa diperlukan dan disayangi. Taurus yang tenang juga tepat bagi Capricorn. Sikap Taurus yang kerap melindungi dan jujur , memang anda perlukan. Berpasangan dengan Libra yang bijaksana pula, akan membahagiakan Capricorn. Libra sangat

    berhati - hati dalam tutur kata sehingga perasaan anda yang sensitif , tidak akan terluka.

    Sebaliknya, Hubungan Capricorn dengan Aquarius ( 21 Januari – 18 Febuari ) atau Gemini ( 21 Mei - 20 Jun ) dianggap kurang sesuai. Ini kerana hubungan Capricorn - Aquarius bukanlah hubungan yang ideal. Tetapi anda (Capricorn) jangan risau. Sikap anda yang sukakan praktis dapat mengatasi hal tersebut. Ini berlaku demikian kerana Aquarius memiliki pandangan yang luas apabila rasa cemburu anda sedang meluap-luap.

    Manakala sifat Gemini , yang sukar dipegang, bukanlah mempesonakan anda yang berlambang Capricorn. Tidak mudah bagi anda yang mudah cemburu mendampingi perilakunya yang sering berubah - ubah. Namun begitu, hidup bersama-sama Gemini tidak akan ada ketegangan lantaran dia suka berpesta, berteman banyak dan berseronok - seronok.

    Kerjaya dan Kewangan

    Capricorn memang bercita - cita mencari kekuasaan dalam kerjaya sehingga anda bersedia bekerja dengan tekun . Capricorn ditakdirkan menjadi pengurus dan pentadbir yang baik. Diibaratkan berpasangan dengan Leo, kalau Leo sangat baik menjadi raja atau permaisuri, Capricorn sangat sesuai menjadi perdana menteri.

    Kejayaan Capricorn dalam usaha mengatasi masalah dan risiko akhirnya menjadikan anda berjaya mendapat faedah dari segi kewangan. Sikap rajin bekerja anda juga menyebabkan ketua dan rakan seorganisasi menghormati anda. Dari segi kewangan juga Capricorn pada umumnya memperolehi harta dan mampu membelanjakan harta itu pada jalan yang wajar. Anda misalnya tidak gemar bersikap boros atau membelanjakan wang ringgit untuk tujuan perjudian atau pelaburan yang belum pasti untung ruginya.

    Keluarga dan Rumah Tangga

    Rumah kelahiran Capricorn biasanya kemas dan tersusun. Cara anda menguruskan rumah tangga sama dengan cara anda mengurus kerjaya. Capricorn bijak menguruskan anak - anak dan serius dengan peraturan yang sewajarnya dipatuhi mereka. Pastinya Capricorn berbangga menjadi ibu atau bapa.

    AQUARIUS : YANG RASIONAL ( 20 Januari - 18 Febuari )

    Ciri Positif

    Orang dilahirkan pada tarikh antara 20 Januari hingga 18 Febuari dikatakan bernaung di bawah zodiak Aquarius, berlambang gelombang ( alur air ). Aquarius meminati pengembaraan, berjiwa kemanusiaan , ingin tahu, bersikap spontan, progresif , persahabatan , hak asasi, berkumpulan, dan manfaat manusia.

    Ciri Negatif

    Walau bagaimana pun, ada kalanya Aquarius menghadapi gangguan, tak boleh dijangka, suka membantah, memberontak, tak lengkap, perilaku salah, tak kosisten, perangai radikal, kurang kaedah, dan mendatangkan bencana.

    Kualiti Astrologi

    Aquarius termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang - lambang dalam kategori tetap ini selain Aquarius ialah Taurus, Leo, dan Scorpio.

    Gelagat Perhubungan

    Anda yang dilahirkan berzodiak Aquarius ini , sangat terbuka. Demikian juga dalam soal asmara. Anda memilih kawan atau pasangan terutama kerana daya tarik intelektual, bukan raut muka dan bentuk badan. Aquarius ini menyintai kebebasan sehingga tidak mungkin berdamping dengan seseorang yang pengongkong. Kegemaran pada kegiatan luar rumah menjadikan anda tidak berminat menjadi ratu dapur. Walaupun semacam dingin dan individu, namun Aquarius setia orangnya !

    Teman atau kekasih yang secocok bagi Aquarius adalah Aries ( 21 Mac - 20 April ) dan Gemini ( 21 Mei - 20 Jun ). Walau bagaimana pun, anda perlu bersabar lebih apabila berdamping dengan Capricorn ( 21 Disember - 19 Januari ) dan Virgo ( 22 Ogos - 22 September ).

    Aries merupakan pendamping yang sesuai bagi Aquarius. Semangat Aries yang tinggi untuk menambah ilmu menarik perhatian Aquarius. Aries sebaliknya menyenangi sikap Aquarius yang terbuka. Gemini pula mempunyai persamaan dengan Aquarius. Kedua -

    duanya memandang daya intelektual bukannya rupa dan tubuh badan semata -

    mata. Keinginan Aquarius memburu kerjaya turut disenangi oleh Gemini.

    Oleh sebab Aquarius bersikap dingin, anda sukar berdamping dengan Capricorn yang sikapnya tertutup. Namun begitu, anda berdua sama - sama cerdas dan memendam rasa. Seterusnya, anda mungkin kurang sesuai berdamping dengan Virgo. Hidup anda menjadi kaku dan mendatar apabila berpasangan dengan Virgo yang serius.

    Kerjaya dan Kewangan

    Kelahiran Aquarius ini biasanya tekun bekerja dan ingin orang lain sama tekun bekerja sama. Lantaran itu Aquarius gemarkan kerjaya yang mengikat dirinya dengan asas kefalsafahan , kekretifan dan berlandaskan kaedah serta teknik yang tersusun.

    Aquarius cepat menguasai kerjaya dan berupaya menyumbang idea bagi peningkatan diri dan organisasi, dan gemar membantu teman sekerja. Walau bagaimana pun, untuk berjaya ke matlamat kerjaya yang tertinggi , anda perlu mengembangkan sensitiviti emosi, perasaan mendalam dan kesabaran yang tinggi.

    Dari segi perolehan wang , kelahiran Aquarius cenderung bersikap idealistik dan kemanusiaan. Anda biasanya pemurah dan suka menyumbang untuk sosial dan politik tetapi tanpa mengharap balasan atau sanjungan. Aquarius memerlukan wang untuk keperluan yang berfaedah bagi diri, keluarga atau orang lain. Tetapi bukan untuk status diri sendiri semata - mata.

    Keluarga dan Rumah Tangga

    Dalam keluarga dan rumah tangga, kelahiran Aquarius mudah berubah, iaitu tidak stabil. Namun , anda tetap inginkan sebuah rumah yang baik untuk melayan keluarga dan kawan. Demi keharmonian rumah tangga dan keluarga, anda perlu memasukkan ciri-ciri kestabilan dan kualiti. Di samping mengutamakan daya intelektual , anda sebenarnya perlu meresapkan cinta ke dalam rumah dan keluarga.


  13. ok..dah nampak dah apa yg dah jadi sebenarnya..

    semlm saya uninstall kaspersky tu tapi tak close icon yg kat tray ..jadi, tak complete la kan uninstallation tu.. bila try install kaspersky balik (guna trial version) tu pun tak bleh..ada error..

    yg error "You must close Active Virus Shield before proceeding with installation" tu sebab tak close icon kat tray..bila close dan try install balik AVS, pun ada error gak (error 1406)..dia kata tak bleh nak copy fail yg dah ada folder kaspersky kat registry editor.. bila try manual delete kat C:\ pun error gak.. access denied..

    jadi skrg ni lom install apa2 AV lagi..ingat nak install gak AVS tu..

    :(


  14. salam..

    semalam saya dah uninstall kaspersky sbb guna trial version je.. tapi bila try install AVS, dia tak bleh nak copy file yang ada kat folder kaspersky kat registry editor.. so try la nak delete folder kaspersky kat registry editor tu tapi takleh gak.. last2 kensel tak jadi nak install :(

    skrg ni bila nak install AVS je, dia keluar error "You must close Active Virus Shield before proceeding with installation" .. rasanya takde plak complete install si AVS ni hari tu :blink: so tak tau nak close pe.. ada sape2 yang bleh tulun settle kan masalah ni tak? tensen gak rasa mcm nak lempang2 je kaspersky dgn AVS ni..hehe


  15. nak cuba try test eh..kalu salah kang mintak tolong betulkan..

    IP : 172.16.0.0

    subnet mask :

    255.255.255.128

    subnet mask dlm bentuk decimal :

    11111111.11111111.11111111.10000000

    11111111 = 128 + 64 + 32 + 16 + 8 + 4 + 2 + 1 = 255

    oleh itu, 1 pada oktet ke 4 yang makcik boldkan tu bernilai 128. maknanya, host range bagi setiap subnet adalah 128

    valid host per subnet / segment :

    128-2=126 (sebab tolak Network ID dan Broadcast ID)

    bila saya letak dlm bentuk jadual, ia akan jadi begini :

    subnet.jpg


  16. ni saya ambik dari dari forum lain..

    menurut ismail kamus :

    kenapa kita susah tido? kerana roh kita berat...

    roh kita mencintai Allah...

    bila kita byk dosa.. lupa kepadaNYa..

    maka roh kita 'sakit'.. dan sukar hendak 'naik'..

    .. ataupun payah sangat, gi makan ubat selsema yang warna kuning tuh .. :lol: . Gerenti mata layu .. .

    setuju..tapi takleh la amalkan selalu..dadah tu bang.. :P

    antara cara yang penah saya buat :

    1. minum susu sebelum nak tido (kalau lepas tu bantai kopi o keras tak jadi gak.. :lol: )

    2. makan madu 1 sudu besar

    3. ambik minyak aromaterapi setitik pehtu campur dgn air, sapu kat seluruh muka

    4. zikir dan istighfar bebyk..


  17. Penyalahgunaan wildcard mask,

    [b]router(config)#access-list 1 deny 210.1.1.1 0.0.0.255[/b]
    router(config)#access-list 1 permit any any
    router(config)#interface s0
    router(config-if)#ip access-group 1 in

    Access-list ni masih salah my dear... boleh cuba lagi.. buat apa aku nak marah :wub: hehehe

    alamak..silap la plak..ok ok..ni nak try sekali lagik..

    router(config)#access-list 1 deny 210.1.1.1

    router(config)#access-list 1 permit any

    router(config)#interface s0

    router(config-if)#ip access-group 1 in

    mcm leceh plak guna wildcard mask ni..time peksa hari tu pun tak letak (soalan extended access-list tu)..mujur lepas.. :D


  18. waahh..soalan access-list tu..teringat dlm peksa kena config utk blok2 org ni (topik simulation popular masa kini :D) makcik ni pun bukannya terer pun..ilmu lom cukup di dada tapi dah gatai nak pi exam.. ekekeke

    oleh kerana hajat mat tenuk nak menge'test' tu, maka makcik pun try2 la ye..kot salah kang jgn mare :D

    1) Slaughter tak dibenarkan access Lab C, manakala user User A boleh access Lab C, tetapi komunikasi dengan network lain dibenarkan untuk user dalam Lab A. (assume yg slaughter takleh access langsung network yg ada kat Lab C tu..)

    LAB C :

    router(config)#access-list 1 deny 210.1.1.1 0.0.0.255

    router(config)#access-list 1 permit any any

    router(config)#interface s0

    router(config-if)#ip access-group 1 in

    soalan2 lain tu korang bleh tolong sambungkan..hehe

×
×
  • Create New...