Jump to content

mchammer

Members
  • Content Count

    135
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by mchammer


  1. Assalamualaikum

    Terima kasih DeZeque kerana reply.

    Masalah ni timbul dalam form. Bila user masukkan input yang ada special characters, dia takleh nak update. Contohnya lebih kurang macam ni, aku dah ringkaskan 'code'nya:-

    // Ini file index.php
    <form action='inserted.php' method='POST'>
    <input type='text' name='topic'>
    </form>
    
    // Ini file inserted.php
    $tajuk = _POST['topic'];
    $query = "INSERT INTO $table VALUES ('$tajuk')";
    mysql_query($query);
    

    Dalam kes kat atas tu, katakan user memasukkan string yang mengandungi special character ('), string tu akan di'pass'kan ke page inserted.php dan disimpan dalam variable $tajuk. Masalah timbul bila nak query ke MySQL, sebab string tu mengandungi tanda '. Sudah tentu aku tak boleh halang user tersebut dari memasukkan special characters dan aku tak bercadang nak buat macam tu.

    Sebulan yang lepas database aku ok je, boleh terima input macam tu. Tiba-tiba pulak dia buat hal (aku baru nak update selepas beberapa bulan aku biarkan database tu tanpa update). Bila aku masukkan input yang ada special character terus dia jadi tak betul. Aku pun tak tahu macam mana boleh jadi macam tu. MySQL aku tu rasanya ok je, sebab boleh query data tanpa masalah.

    Kalau sesiapa yang rajin, boleh tak tolong bereksperimen dengan benda ni. Buat form, lepas tu minta input dari user. Lepas tu 'pass'kan input tersebut ke satu variable dan variable tu pulak di'pass'kan ke sql (INSERT), macam kat atas tu. Kiranya variable tu menyimpan string yang mengandungi special character.

    Adakah teknik aku buat form tu salah atau cara aku query salah?

    Kalau nak code penuh, nanti aku postkan.


  2. Assalamualaikum

    Aku ada buat form, masalahnya bila orang submit ayat yang ada special characters seperti ' , database aku tak berjaya untuk diupdate.

    Ini code php aku

    mysql_connect($host,$username,$password);

    @mysql_select_db($database) or die( "Unable to select database");

    $query = "INSERT INTO $table VALUES ('$id','$topic','$date','$header','$mytext')";

    mysql_query($query);

    Sekarang ni aku ada 4 form iaitu topic, date, header & mytext. Masalahnya bila salah satu variable tu mengandungi value yang mempunya special character seperti ', terus database tak boleh update. Kalau tengok pun memang logik, cuba tengok command ketiga tu, dia akan jadi lebih kurang macam ni:

    $query = "INSERT INTO $table VALUES ('id','topik's kita pada hari ini','tarikh hari ini','ini tajuk saya','lalalla testing')";

    Bagaimana mahu mengatasi masalah seperti ini?


  3. Assalamualaikum

    Hehehe, nak join dua kaki.

    :::.. Download Stats ..:::

    Connection is:: 8883 Kbps about 8.9 Mbps (tested with 2992 KB)

    Download Speed is:: 1084 KB/s

    Tested From:: http://www.testmy.net/

    Bottom Line:: 159 times faster than 56K you can download 1MB in 0.94 second(s)

    Validation Link:: http://testmy.net/cgi-bin/get.cgi?Test_ID=NWUY5REC4

    :::.. Upload Stats ..:::

    Connection is: 4018 Kbps about 4 Mbps (tested with 1013 KB)

    Upload Speed is: 491 KB/s

    Tested From:: http://www.testmy.net/

    Bottom Line: 72 times faster than 56K you can upload 1MB in 2.09 second(s)

    Validation Link :: http://testmy.net/cgi-bin/get.cgi?Test_ID=B186H0TSX


  4. Assalamualaikum

    1. Boleh delete. Lagi senang kalau tar zxvf namafile.tar.gz

    2. Source ni selalunya up to date. RPM ni bergantung, kalau ada orang rajin, dia akan build RPM dari source yang up to date. Kalau source tersebut besar dan selalu update, orang malas nak build RPM untuk setiap version. Oleh itu kau kena compile dari source sendiri kalau nak gunakan source yang up to date tu. RPM ni selalunya orang akan build untuk stable version.

    3. prefix=/bla/bla/bla menunjukkan installation pada directory /bla/bla/bla. Boleh je install mana-mana tapi elok biar default kalau tak tahu, nanti berterabur ke sana-sini pula program kau.


  5. Assalamualaikum

    Aku tak pernah set sendmail ni tapi nak mencelah sikit sebab aku kurang faham soalan-soalan kau.

    1. semua user kat internal network hantar emel pakai 1(int mail server) dan utk org luar access email pakai 3(ext mail server)?

    2. Ini bermaksud emel int akan melalui proxy dan terus send ke internet dan mail yg sampai akan tiba di 3 dan pergi ke 2 seterusnya ke 1 barulah org bleh baca...

    Ok, macam ni. Kalau kau dah set satu mail server dalam internal network, sudah tentu pengguna dalam internal network guna server tersebut untuk send email keluar. Dan server tersebut sudah tentu berfungsi untuk terima email dari luar dan sampaikan kepada pengguna dalam internal network. Kenapa nak guna proxy? Kalau nak bagi orang luar guna mail server tersebut untuk menghantar email, setkan sahaja smtp (kalau aku tak silap) berserta dengan authentication.


  6. Assalamualaikum

    Yang localhost tu jangan dibuang, susah nanti. Ini contoh hosts aku

    [putera@putera]$ cat /etc/hosts

    ::1 home.domainsaya.net localhost

    127.0.0.1 home.domainsaya.net localhost

    192.168.0.1 home.domainsaya.net sukahati

    ::1 sama dengan 127.0.0.1, cuma dia dalam bentuk ipv6. Buat sementara ni, kalau takyah letak ::1 pun takpe.

    Fungsi hosts ni sebenarnya nak 'map'kan IP address kepada hostname. Maknanya orang tak payah susah-susah taip IP address. Sebagai contoh, pada pc tersebut, user boleh taip telnet sukahati atau telnet home.domainsaya.net Benda ni sama juga dengan telnet 192.168.0.1 cuma dia lebih mudah sebab dalam bentuk perkataan.

    Kalau tak silap aku, 'hosts' ni adalah `DNS` pada zaman dahulu kala. Kiranya orang guna teknik ni untuk mapkan IP address kepada hostname. Tapi sudah terserlah kelemahan dia, bilangan IP yang wujud memang berlambak (ini baru IPv4), jadi file ni sudah tentu jadi panjang sebab nak letak setiap mapping bagi setiap IP address dan setiap komputer yang wujud pada masa tu juga perlu ada file yang sama, kalau tak, tak jalan la jawabnya. Kalau nak edit pun susah. Sebab tu ianya tak praktikal dan akhirnya wujud teknologi DNS yang kita guna pada zaman sekarang ni.

    Ok, berbalik kepada masalah kau. Aku tak pernah set Sendmail ni, tak tahu pula cara kerjanya. Ada eloknya kalau kau paste error message, senang orang lain nak membantu


  7. Assalamualaikum

    Hehehe.

    Ada betul juga cakap C-Fu tu, kadang-kadang (selalu?) ahli tertanya-tanya apa status laporan/cadangan mereka. Aku rasa mungkin Admin sibuk, tak dapat baca post. Tapi memandangkan XIJMX dah kata "Admin ambil kisah dan ingin menilai semua laporan/cadangan", mungkin benda tu mengambil masa dan admin memerlukan input dari ramai ahli sebelum mengambil tindakan. Ini mungkin menjelaskan kenapa satu topik tu sampai 5 muka surat tapi admin tak reply. Pada pendapat aku, ada baiknya kalau Admin atau Moderator yang mewakili Admin ada menyelit sedikit sebanyak dalam topik, baru lebih Best.

    P/S: Susah betul jadi Admin ni, kena dengar suara setiap anak buahnya.


  8. Assalamualaikum

    ooo, aku tersilap, bukan windows sharing rupanya. Aku jumpa kejap tadi, ada kaitan dengan Microsoft RPC service. Cuba tengok link ni hxxp://nsit.uchicago.edu/alert/port-135.html (tukar hxxp kepada http). Mungkin komputer lain tu sudah dijangkiti trojan dan cuba untuk menjangkiti komputer kau pulak. Pakai firewall blok akses ke port 135.


  9. Assalamualaikum

    Erm, ini kalau tak silap aku la, thumb drive kau tu sudah bermasalah. Aku ada terbaca artikel (aku lupa kat mana), kalau kau cabut thumb drive tanpa 'remove properly' melalu windows, thumb drive tu boleh rosak.

    Apa kata kau cuba kat pc lain, tengok resultnya.


  10. OC tu singkatan bagi OverClock. Orang buat OC untuk meningkatkan prosessor punya clock speed. Sebagai contoh, ada orang OC 1GHz prosessor kepada 1.2GHz atau lebih tinggi, bergantung kepada kemampuan hardware. Benda yang perlu diambil kira ialah suhu dan kestabilan sistem selepas OC. Selalunya selepas OC, suhu prosessor akan meningkat dan Operating Sistem (OS) boleh menjadi tidak stabil.


  11. Secara praktikalnya, bolehkah satu pc disambung ke 2 router (2 gateway)? Kedua-dua gateway boleh buat sambungan ke internet. Satu router ber`ip'kan: 192.168.0.1 dan satu lagi 10.10.10.1 (Kena berlainan untuk elakkan konflik).

    Kalau secara praktikalnya boleh, bagaimana kalau user melayari internet, laluan yang mana satu dia guna? Gateway yang pertama atau kedua? Apa yang menentukannya? Bolehkah kita set laluan mana satu yang dia akan lalu?


  12. Abang Sham kena edit file smb.conf.

    Untuk RedHat Fedora, rasanya smb.conf terletak kat /etc/smb.conf.

    Kalau takde kat situ, cuba search smb.conf.

    Lepas tu kena edit file smb.conf tu.

    Dalam file smb.conf tu ada bagi detail untuk setiap option.

    Harap dapat membantu.

×
×
  • Create New...