Jump to content

sempoi

Members
  • Content Count

    30
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by sempoi


  1. Puasa Tidak Boleh Berpisah Dari Dalil Sunah

    Posted on Sep 04, 2008 under Ibadat |

    **Artikel lepas tulisan Dr Mohd Asri yang dicadangkan untuk bacaan bersempena dengan Ramadhan ini**

    TIADA siapa pun yang beriman dapat menafikan bahawa pengamalan agama ini hendaklah berteraskan apa yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda adalah tempat rujukan tanpa sebarang pertikaian mengenai hakikat Islam dan cara ibadah dalam Islam.

    Seorang agamawan sama ada dia sarjana besar, atau memiliki puluhan Ph.D sekalipun, mufti atau siapa sahaja, jika huraiannya mengenai agama ini tidak selaras dengan dalil-dalil sunah Nabi maka ia tidak diterima.

    Penolakan terhadap sunah Rasulullah berlaku dalam dua bentuk; pertama; golongan yang menolaknya secara prinsip iaitu golongan antihadis. Mereka ini pada hakikatnya menolak nas-nas al-Quran itu sendiri yang menyuruh agar kita mengikuti Rasulullah.

    Kelompok kedua mereka tidak mendakwa menolak sunah Nabi. Tetapi apabila mereka dapati nas-nas hadis yang tidak bersesuaian dengan selera, kepentingan, kebiasaan atau adat mereka, maka berbagai-bagai alasan diberikan agar dimandulkan isi kandungan hadis berkenaan sekalipun jelas kepada mereka kebenaran hadis tersebut.

    Bukan kerana mereka tidak tahu hadis adalah rujukan yang benar dalam Islam namun kerana enggan mengubah kebiasaan atau ketaksuban terhadap pendapat yang diikuti sejak sekian lama.

    Tokoh-tokoh cendekiawan Islam yang agung seperti para imam mazhab yang empat dan selain mereka sering menegaskan agar hal yang seperti ini tidak boleh dilakukan oleh seorang Muslim. Sebagai contohnya apa yang disebut oleh tokoh sarjana kita, al-Imam al-Syafii yang melambangkan ketaatan kepada nas-nas sunah dan kebebasan dirinya yang agung dari ketaksuban pendapat.

    Beliau pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.†(Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah). Katanya juga: “Jika kamu dapati apa yang ada di dalam bukuku menyanggahi sunah Rasulullah s.a.w. maka berpeganglah dengan sunnah dan tinggalkanlah pendapatku.†(Al-Zahabi, Siyar A’ lam al-Nubala. 10/34).

    Kata seorang rawi hadis yang besar iaitu al-Humaidi (meninggal 219H): Suatu hari al-Syafii meriwayatkan sebuah hadis. Aku bertanya: “Apakah engkau akan berpegang dengannya?†Dia menjawab: “Apakah engkau menganggap aku ini datang dari gereja, atau memakai tali pinggang Kristian sampai apabila aku mendengar sesuatu hadis daripada Rasulullah s.a.w. lalu aku tidak berpegang dengannya.†(Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).

    Juga al-Imam al-Syafii: “Setiap hadis daripada Nabi s.a.w. adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya daripadaku.†(Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35). Katanya lagi: “Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya sesuatu sunah daripada RasululLah s.a.w. maka tidak boleh dia meninggalkannya kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.†(Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/263).

    Juga katanya: “Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadis daripada Nabi yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati.†(Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/266). Sehingga beliau berkata: “Apabila sahihnya sesuatu hadis maka itulah mazhabku.†(Al- Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).

    Inilah imam yang agung. Melarang kita taksub kepada pandangannya tanpa melihat dalil sunah daripada Rasulullah. Demikian juga imam-imam agung yang lain, menyatakan pendirian yang sama.

    Malangnya, ada orang mendakwa pengikut mazhab imam-imam ini lebih lajak dari laju sehingga mendakwa seseorang tidak boleh mengambil pendapat lain selain mazhab tertentu.

    Kita sepatutnya mencontohi akhlak terhadap Rasulullah yang ditunjukkan oleh para imam kita ini. Kesopanan yang tinggi terhadap inti kandungan sunah Nabi dan seruannya agar semua pihak membebaskan diri dari ketaksuban.

    Berbalik kepada kehidupan kita, kadang-kala kebiasaan mengongkong kita lebih dari dalil dan nas-nas agama. Umpamanya kadangkala lihat wanita yang menutup aurat, tetapi apabila hendak bersolat dia seakan tidak mampu selagi tidak memakai telekung putih yang menjadi kebiasaan orang Nusantara.

    Saya bukan menyalahkan pakaian tersebut. Seseorang boleh memakainya jika dia mahu. Tetapi keterikatan dengan ‘uniform’ yang seperti itu boleh membebankan diri dan melupakan kita bahawa dengan pakaian yang ada sudah memadai. Sehingga ada yang menangguh solat hanya kerana tertinggal telekungnya.

    Apabila saya memperkatakan tentang pemandu bas perjalanan jauh boleh berbuka puasa kerana musafir, ramai yang bersetuju. Tetapi apabila saya menyebut mereka sepatutnya berbuka puasa, bahkan disuruh berbuka puasa jika puasa itu mengganggu tumpuan pemanduan mereka lalu membahayakan nyawanya dan penumpang dan jika dia berpuasa juga dia menyanggahi petunjuk agama ini, ada pihak yang bertanya saya; apakah sampai hendak disuruh buka, setakat diberikan pilihan itu, tidak mengapalah?!

    Saya beritahu kepada mereka bahawa dalam hadis;

    Rasulullah dalam satu perjalanan lalu mellihat orang ramai berkumpul dan seorang lelaki yang dipayung (kerana terlalu teruk berpuasa). Lalu baginda bertanya: Kenapa? Mereka menjawab: Dia berpuasa. Baginda bersabda: Bukanlah sesuatu yang baik itu, berpuasa ketika musafir (riwayat al-Bukhari).

    Hadis ini adalah ulasan Nabi terhadap lelaki berkenaan yang mana puasanya telah membawa mudarat kepada dirinya sendiri. Maka baginda menyatakan bukan satu perkara yang dianggap baik dalam Islam berpuasa ketika musafir sehingga memudaratkan diri. Jika memudaratkan diri disebabkan berpuasa ketika musafir dibantahi oleh Rasulullah bagaimana pula dengan pemandu bas yang jika puasanya boleh memudaratkan dirinya, penumpang yang ramai di belakangnya dan pengguna jalanraya yang lain? Tentulah mereka ini lebih utama untuk berbuka lebih dari lelaki dalam hadis di atas.

    Dalam banyak hal, kita kurang bertanya dalil mengenai amalan agama kita, melainkan berdasarkan ikutan yang sudah menjadi kebiasaan semata. Ada orang yang sakit mata dan telinga berkata; saya terpaksa menanggung kesakitan sepanjang hari kerana jika saya titikkan ubat saya nanti batal puasa saya.

    Saya bertanya dia; siapa yang menyatakan batal? Dia berkata: Ramai yang kata macam itu. Saya kata kepadanya:

    Dalam hadis disebutkan: Rasulullah s.a.w. bercelak sedangkan baginda berpuasa (riwayat Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

    Jika memasukkan sesuatu ke daerah mata atau setiap rongga membatalkan puasa, tentu baginda tidak lakukan.

    Demikian juga anggapan ramai pihak bahawa seseorang yang mandi disebabkan keletihan atau terlalu dahaga pada bulan Ramadan, mengurangkan pahala puasanya. Ada yang menambah, sesiapa yang mandi selepas waktu asar, juga berkurangan pahala puasanya. Sedang di dalam hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh al- Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud: Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

    “Telah berkata sahabah yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.â€

    Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:

    “Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kapalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabah bahawa mereka melihat Rasulullah di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.†(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, Beirut: Dar al-Fikr).

    Maka tidak menjadi kesalahan mereka yang letih atau kekeringan ketika bertugas membasahkan kepala atau mandi demi menambahkan kesegaran dan meneruskan urusan. Agama ini sangat rasional. Ia tidak menyuruh kita keletihan dan tersandar sepanjang hari.

    Dalam sunah kita disunatkan berbuka puasa dengan rutab, jika tidak ada dengan tamar, jika tidak dengan air. Rutab ialah buah kurma yang masak sebelum menjadi tamar kering, ianya lembut dan manis.

    Adapun tamar adalah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu‘jam al-Wasit 1/88). Faedah kesihatan juga terbukti secara saintifik berbuka dengan rutab atau tamar. Sesetengah menganggap jika ada air zamzam itu lebih baik.

    Sebenarnya, dakwaan seperti ini tidak berteraskan hadis.

    Anas katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Al-Diya al-Maqdisi menilai hadis ini sebagai sahih).

    Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air…

    Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zamzam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zamzam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiyyah).

    Demikian sesetengah kita, akan berhenti memakan sahur apabila melihat jadual waktu imsak yang disebarkan oleh kebanyakan pihak. Jadual itu biasanya akan menetapkan waktu berpuasa lebih awal dari masuknya waktu solat subuh.

    Padahal al-Quran menyebut: (maksudnya): Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (surah al-Baqarah: 187).

    Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi menyebut dengan jelas: Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh).

    Ibn Ummi Maktum adalah muazzin Nabi. Baginda mengajar kita dalam hadis ini agar kita boleh bersahur sehingga masuknya waktu solat subuh. Apabila waktu solat subuh, bererti waktu sahur berakhir. Baginda tidak pula menyebut beberapa ketika atau setengah jam sebelum subuh. Bahkan dalam hadis Abu Daud dan Ahmad baginda memberikan kelonggaran yang lebih luas untuk umatnya.

    Baginda bersabda: Apabila seseorang kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya (dinilai sahih oleh al-Albani). Baginda tidak menyuruh seseorang meludah atau memuntahkan apa yang ada dalam mulut apabila mendengar azan seperti pendapat sesetengah orang. Islam itu mudah dan praktikal.

    Ada orang kata, dia tidak dapat terima pendapat ini. Saya katakan kepadanya: Ini hadis bukan pendapat. Dia kata: Saya pakai pendapat orang ramai. Saya katakan: Agama berdasarkan dalil, bukan emosi.

    Dalam hadis disebut “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengan makanan sebelum kamu menunaikan solat maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.†(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Dalam hadis yang lain baginda bersabda:

    Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Tujuan hadis ini agar solat tidak diganggu oleh ingatan kepada makanan. Makanlah dengan sederhana kemudian bersolatlah. Namun ramai yang apabila hidangan berbuka puasa di hadapan matanya dan keinginannya pula tinggi, lalu dia meninggalkan hidangan pergi menunaikan solat dengan hati yang tidak fokus. Seakan itu petunjuk agama. Sebenarnya petunjuk Nabi bukan demikian. Baginda lebih memahami jiwa insan.

    Kata al-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis- hadis tersebut menunjukkan dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ianya boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, Beirut: Dar al-Khair).

    Apa yang ingin saya jelaskan, betapa pentingnya agama ini dibina di atas dalil. Sesiapa sahaja yang berbicara tentang agama, sehebat mana dia, mintalah kemukakan dalil syarak. Agar agama tidak menjadi jualan murah yang diberi lesen kepada sesiapa sahaja untuk mewakili Allah dan Rasul-Nya tanpa bukti.

    Contoh-contoh puasa adalah sempena Ramadan yang masih kita lalui. Banyak lagi contoh lain jika ingin dibicarakan.

    Semoga puasa kita mendekatkan kita kepada sumber yang agung; al-Quran dan al-sunah.


  2. Assalamualaikum semua..

    Disini saya ingin membantu kepada sesiapa yang ada masalah dalam mendaftarkan perniagaan sama ada ingin daftar baru,perubahan atau penutupan perniagaan..anda boleh ajukan soalan,insyaAllah saya dapat membantu..

    zam.kat jb leh buatkan x?..berapa ko cas utk runner daftar sykt enterprise?..kalau buat sdiri rm70-+


  3. udah2 la tu dia pon dah kata keje susah x ya la korang nak marah2 dia ... lain la dia kata keje senang gaji rm10k sebulan ... dah terang lagi bersuluh keje susah ... makne nyer kene usaha gigih bagai nak mati baru leh dapat 10k lor .....

    kalau sorang keje sampai nak mati sampai dpt upah rm10000 sebulan...kalau 40 orang?bygkan tokey dapat berapa?...fuh!..caya lah tokey!! work smart not work hard.perah,jgn x perah :D


  4. info berkenaan SYARIKAT PENGENDALI MESIN TOP UP NI

    NAMA : HOSPITALITY BIZ NETWORK CONSULTANT (HBNC (M) SDN BHD) -

    ROC : 595924-W

    So, ia memang tiada kaitan dengan mat kiosk atau amazed aim marketing sdn bhd tuh...

    JENAMA MESIN : EASY TOP UP

    kepada yang dah PM, time kasih bebanyak.....kepada yg berminat amat dialu-alu kan.....

    kalau ko bagi info mcm ni awal2 kan bagus,xder sapa yg curiga.tadi aku jumpa member yg dah pi presentation dia,dia kata pun mmg sykt spt yg elite sebut tu.takde kene mengena dgn matkiosk.esok sblm balik raya kwn aku nak tunjuk bangunan opis dia kat kl.kalau sempat aku nak dgr presentation sekali.lps raya aku update.sekian selamat hari raya...maaf zahir batin


  5. Matkiosk ni di bawah Amazed Aims Sdn Bhd dan/atau GMC Bhd. Kalau hangpa nak tau segala penipuan syarikat ni, sila lah layari http://www.consumer.com.my/ untuk maklumat selanjutnya....jangan tertipu, aku dah pi perangkap depa kat Bangsar tu, kedai pun tingkat atas sekali, takdak billboard pulak tu. tapi yg penting, aku tak tertipu sbb aku dah siasat terlebih dahulu. aku ada segala particular sebagai pembeli mesin walaupun aku tak beli......nak ka aku tulis semua detail tu?

    http://www.consumer.com.my/message/index.php?itemid=1443

    baca website ni.......

    elite tolong jwb...


  6. ok aku dh dpt sikit info.mesin tu berharga rm37k.bayo muka rm11k.selebihnya boleh buat loan.bila beli, mesin tu kita punya tapi maintainence sykt buat.win-win situation.

    pendapatan kita:jual topup,sewa pengiklanan(dari sykt lain ke mesin kita,2 side=rm1000 sebulan),dan referal.

    kita tanggung kos:sewa tapak,bil letrik,bil telefon dan bayaran 15% kepada sykt maintenance.

    lokasi mesin ditentukan oleh kita dgn nasihat pihak sykt.(sykt buat survey dan paperwork utk deal dgn pemilik permis,misalnya uia,utm dll.semua kerja2 pemasangan dan relocation(jika tak dpt sambutan) dibuat oleh sykt tanpa bayaran.

    untung bersih bila dikira, yg paling minima=rm3000 sebulan.pemilik yg dah beli mesin ni pendapatan bersih di uia=rm8k

    Produk internet dan IDD/STD

    -Maxis

    -Digi

    -Celcom

    -Jaring Prepaid

    -TmNet Prepaid

    -ring-ring

    -i-talk

    -NasionCall

    -DigiChat

    -Red tone

    -Time contact

    mesin ada insurans,surat perjanjian,multistamp.

    mesin dipantau guna 'cms'central monitoring system.segala failure dapat dikesan dan dibuat pemantauan segera.

    status mesin boleh diketahui melalui report sms setiap hari

    info ni saya dpt dari rakan yg dah dengar presentation dia.tapi tak beli sebab tak boleh adakan rm11k.

    bagi saya bagus mesin ni utk long term,mcm beli sebuah kedai cuma simple dan smart tanpa pekerja.kita punya kerja cuma kutip wang dan rolling modal dlm mesin.


  7. KEPADA SESAPE YG ADA MODAL ATAU KEKURANGAN MODAL PUN BOLEH JUGAK JOIN.

    BISNES TOP UP VENDING MACHINE NI MASIH BARU.....ADA TERMASUK INSURAN......

    UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT, SILA TINGGALKAN NAMA DAN NO TELEFON UNTUK KAMI HUBUNGI.....

    Asalamualaikom.aku nak tau info yg basic2 je elite..berapa harga mesin?berapa modal mula?apa nama mesin dan sykt?mcamana nak run bisnes?ada jaminan ke?..berforum la kat sini bagi semua org tau..bila dah yakin baru boleh tinggal no tepon


  8. tak payah main mercun.duit mercun tu elok didermakan pada orang-orang miskin,orang-orang palestin,darfur,iraq dan penduduk-penduduk islam miskin yang lain.jangan bakar duit.selain merbahaya,membazir itu amalan syaitan.ibubapa sila ambil perhatian!

    bagi 'rakyat malaysia'..ko senyap2 pi beli bom tangan kat siam,baling kat rumah depa yg kojaq tu..jangan la sampai kantoi lak..apa2 hal tanggung sendirik(kira baling bom sembunyi tangan la).hahaha :lol:


  9. Yeah .. last2 yang untung pemilik Kelantan Delights gak .. nape? Sewa mungkin x setinggi di Suria KLCC .. promosi satu Malaysia tahu, dalam TV, dalam Suratkhabar, dan dalam internet skang nih ... orang Melayu pun datang berduyun-duyun sebab nak kasi support atas alasan prihatin dengan masalah restoran tu, dan last sekali sape yang untung yek? :wub:

    eh biar la dia untung..dia berusaha.yg ko ni kenapa?..sakit hati ke bangsa ko kaya?

    masalahnya..kenapa pengurusan tertinggi suria klcc tu diberi kpd bangsa asing?kan malaysia dah 50 thn merdeka


  10. Agaknya pada diorang orang tempatan ni tak pandai manage tempat2 berprestij gitu.kita mesti mintak tolong itu orang putih kasi manage kita punya mercu tanda kebanggaan negara.itu orang putih manyak pandai dan bagus.

    hehehe..itu la hasil 50 tahun merdeka.indah khabar dari rupa.jerung-jerung lebih utamakan rakyat asing.mereka tak peduli.Rakyat asing meriah kaut keuntungan negara kita (siap sombong lagi)..serupa mcm sebelum merdeka dulu.

    orang melayu bukan malas,bukan lemah,bukan bodoh...mereka kononnya bantu melayu..tapi dgn polisi yg akhirnya peniaga melayu dibebani hutang..akhirnya gulung tikar..lepas tu kata orang melayu x boleh berniaga, malas..contoh..sipulan..sipulan..dan sipulan..

    nampak saja org melayu miskin berniaga tepi jalan... kalau x beri rasuah..angkut!..lps tu org melayu tu berhenti berniaga sebab habis modal..lepas tu kata melayu layu!

    "eh tepi jalan tu ada pulak kedai lain boleh bukak..lama2 bukak kilang, eh dah ada 8 kilang rupanya.. boleh pulak? "tu orang bayor rasuah la dol!..ko x tau ke malaysia ni negara rasuah?ko kena bunuh ketua-ketua rasuah dulu baru la orng yg rajin boleh jadi kaya..orng yg malas jadi papa!..kalau ketua-ketua rasuah tak dihapuskan, orang yg rajin boleh jadi papa...orng yg malas boleh jadi kaya."

    sapa ketua-ketua rasuah?

    tanya la bpr..tu keja depa,takkan depa tak tau!


  11. benda ni kita boleh dpt jwpannya kalau kita ikut ajaran islam sebenar.islam kan indah..serba lengkap.

    dan termasuk basuh baju, memasak, mengemas rumah, jaga anak.. ...kenapa tak percaya ke ? heheheh.... isteri boleh tolak semua kerja kerja tersebut di atas . satu ajer yang dia haram tolak.. iaitu berjima' ... so kepada sang suami. jgn marah isteri anda kalau dia lupa nak masak nasik untuk anda..

    memang betul kenyataan ni.......tapi adakah isteri2 zaman sekarang sama akhlaknya mcm isteri2 zaman nabi dan para sahabat?kalau sama....mereka wajar dilayan sedemikian rupa.


  12. jgn cakap pelik2...

    aku setiap minggu naik nuri nih...

    nuri mantap apa!!!

    Tapi klu tukar baru lg best....

    klu ada rezeki bleh g oversea ha ha ha

    aku pun selalu naik nuri ni...mmg mantap.maklumla diselenggara penuh disiplin ikut jadual.kontrak sparepart berjalan lancar.dia kalau cukup haul siap tukar enjin baru/kipas baru dll. so ..apa nak risau?belum tentu heli baru boleh semantap nuri dlm semua keadaan.contoh,bantuan bencana banjir di johor.

    tapi ramai pakar2 sarankan(bukan pakar aircraft)tukar heli baru pasal asyik crash...kena tukarla...jangan degil..nanti kita sama2 bayarla kos batal kontrak nuri,kos beli heli baru,kos maintainance heli baru,kos kursus dll.mungkin lps tu tiada lagi kemalangan heli kat malaysia.

    lagi satu pakar2 harus usulkan kereta proton kalau asik accident aje kena scrap semua sekali.agaknya dah berapa ramai org mati ek sejak thn 80an kerana memandu kereta2 proton?rasanya lebih 90 orang kot..........


  13. korang perasan x knp bangsa parasit nih semakin hari semakin byk di malaysia? knp plak diorang senang2 je bleh bukak .biz besar dkt bandar??

    pendatang haram dari china ramai! bangsa dia sendiri sorok n backup,bagi modal bisnes.boleh kaya raya kat sini.tapi pendatang indon kena tangkap pulak.bukannya suruh backup pendatang indon..cuma bersikap adil lah wahai pihak yg berwajib!tangkap semua sekali.cina yg tak tau cakap melayu tu..sah dari china tu


  14. Dalam Berita Harian hari ni, rasenya ada tulis yang dia ada kuarkan satu lagi lagu yang menghina orang Melayu .. entah betul ke idak ... leh tengok dalam paper hari ni .. :angry:

    darah korang tak mendidih ke?tangkap cepat itu orang!!!

    Lagi lagu Meng Chee hina Melayu

    Oleh Junita Mat Rasid

    Jualan secara terbuka CD di Muar perlekeh Bumiputera, cetus isu perkauman

    MUAR: Pelajar Malaysia di sebuah universiti di Taiwan, Wee Meng Chee, yang didakwa menghina lagu Negaraku dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan orang Melayu, dikesan turut menghasilkan sebuah lagi lagu bertajuk Kawanku/My Friends yang turut menghina orang Melayu.

    Lagu Kawanku/My Friends itu, antara dua lagu Meng Chee yang dimuatkan dalam cakera padat (CD) cetak rompak yang dikesan dijual di sebuah pusat beli-belah, dekat sini. Selain lagu itu, CD berkenaan turut memuatkan lagu Negaraku yang diubah suai.

    CD itu dipercayai dirakamkan secara haram oleh syarikat atau individu tertentu yang mengambil kesempatan berikutan isu itu sedang hangat diperkatakan.

    Kedua-dua lagu itu menjadi lagu pertama dan kedua dalam CD berkenaan itu iaitu lagu Negaraku dimainkan selama lima minit 46 saat, manakala lagu kedua dinyanyikan selama empat minit tujuh saat.

    Lagu Kawanku/My Friend berentak rap itu dinyanyikan menggunakan bahasa Mandarin, Melayu dan Inggeris.

    Antara liriknya dalam bahasa Melayu, "Cakap lagi la Cina balik China, kalau semua balik sini bukan Malaysia, saya takut mana kamu pergi cari kerja.. tapi biasalah orang Melayu pun tak suka kerja... semua masuk hutan hidung macam sakai.

    "Bahasa Melayu saya cakap macam tahi tapi ini ialah saya punya betul feeling sudah 50 tiap-tiap hari tidur tengok hadapan la 2020".

    CD itu dipamerkan secara terbuka kepada pembeli, malah lebih mengejutkan apabila lagu itu turut diperdengarkan kepada pelanggan kedai berkenaan tanpa rasa bersalah oleh pekerja kedai berkenaan.

    Selain dua lagu nyanyian Meng Chee itu, CD itu turut memuatkan 19 lagi lagu penyanyi terkenal dari Hong Kong, Taiwan, Korea, Singapura dan Amerika Syarikat termasuk lagu penyanyi Gwen Stefani, Linkin Park, Selena, Sean Kingston, Christine Glass dan Goo Goo Dolls.

    CD dengan tajuk dalam bahasa Mandarin yang bermaksud Carta Hits Pasar Malam itu dijual dengan harga RM7 dan turut menampilkan gambar Meng Chee yang digelapkan dan ditandakan tulisan Cina merah yang bermaksud diharamkan.

    Bahagian bawah kulit muka hadapan CD itu turut tertera tulisan Mandarin yang bermaksud istimewa untuk Wee Chee Meng tajuk lagu Negaraku dan tajuk lagu Kawanku My Friends.

    Tinjauan Berita Harian mendapati pekerja kedai itu tergesa-gesa menutup lagu itu apabila melihat pandangan tidak senang pelanggan dalam kedai itu, tetapi apabila ada yang bertanya mengenainya, mereka memberitahu bahawa lagu itu antara lagu dalam dimuatkan dalam CD gabungan ramai penyanyi.

    Tinjauan dan pemeriksaan Berita Harian di beberapa lagi kedai CD serta kaset di sekitar bandar ini bagaimanapun mendapati setakat ini hanya sebuah kedai yang menjual CD berkenaan.

    Meng Chee yang menggunakan nama samaran Namewee mencetuskan kontroversi apabila menyiarkan klip video lagu rap itu di laman web YouTube pertengahan bulan lalu.

    Antara lain, lirik lagu dalam bahasa Mandarin itu mendakwa dasar kerajaan meminggirkan masyarakat Cina, memperlekehkan orang Melayu, wanita Islam bertudung dan azan Subuh.

    Sebelum ini, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, dilaporkan berkata kementeriannya sedang mengumpul cadangan untuk dikemukakan kepada Peguam Negara dalam usaha menyekat perbuatan mencerca, memperkecilkan dan memberi gambaran buruk terhadap lagu kebangsaan.

    Mengikut Akta Lagu Kebangsaan 1965, seseorang boleh didakwa jika didapati berniat mempermain, menghina dan mencerca Negaraku serta menimbulkan kemarahan orang dengan mempertikaikan lagu itu.

    Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan proses undang-undang terhadap pelajar yang menghasilkan klip video kontroversi Negaraku itu, Meng Chee, diteruskan walaupun sudah meminta maaf secara terbuka Selasa lalu.

    berita harian 18/08/07


  15. orang nyanyi lagu negaraku kena berdiri tegak.dia nyanyi leh terhangguk2 rap lak kepala hangguknya.lps tu kutuk2 malaysia dimata dunia.mcm tu ke dia kata nak promosi malaysia sempena 50 thn merdeka?latar belakang lagu siap ada gambar taik,gambar lucah.kalau bukan lagu 'negaraku' ko punya pasallah.

    ..bila rakyat malaysia bising ada lak menteri atau sedara-mara dia kata dia patriotik la, takde niat hina malaysia,masih mentah la...belum sunat la..dah tentu umur dah 24 thn! pelajar pulak tu.dan paling pasti...mmg dia tau apa yg dia buat tu salah dan kesannya sebab last sekali dia siap tulis..'jgn saman saya...saya takde duit'.KURANG AJAR!

    -hukum jgn tak hukum..kami tunggu aje!


  16. satu lagi cara...ko pecahkan hidung mamat tu.kasi ajar sikt...takde kerja lain ke kacau privacy orang!

    perbuatan dia umpama mengendap ko mandi/berak..lps tu siap cerita kat ko dan sebar2 kepada yang lain...siap megah lagi!

    kalau ko takut,tukar je hp baru dn jgn berkawan ngan orang mcm tu.


  17. "Semua orang bebas untuk menyuarakan pendapat masing-masing, asalkan tidak melepasi batas harmoni dan perpaduan." - Pak Lah

    Aku rasa benda ni jelas. Jangan sampai kita jadik macam kat Ambon, Poso, Darfur, barulah kita semua menyesal sebab tak mensyukuri keamanan yang dah dikecapi. Kita pun pernah rasa bibit2 peristiwa hitam dulu, dan seboleh2 tak nak benda camtu jadik lagi.....

    aku dah jangka,akhirnya orang melayu jugak akan mengalah..(macam biasa la).semangat perpaduan hanya orang melayu saja yang jaga kat malaysia ni.kaum lain tidak menjaganya bahkan selalu cari pasal .orang melayu diam hanya marah dalam hati.siap 'backup' lagi si kaum lain.(demi keamanan negara)

    tapi nasib baik la melayu jadi kaum majoriti kat malaysia ni,tu sebab la aman.kaum lain naik lemak pun takpe.melayu tak kisah..melayu penyabar.kalau kaum lain yang majoriti kat malaysia ni mcamana agaknya?..semua melayu akan jadi hamba kot?

    negara lain yang berbilang kaum kenapa tak aman macam malaysia?...sebab kaum majoriti dia bukan kaum melayu.

    rasa-rasanya kalau orng cina indonesia buat perangai mcm tu terhadap negara mereka..apa tindakan rakyat indon?

    dekat malaysia ni bukan tiada orang melayu yang berjaya,rajin,berusaha.bukan tiada orang cina yang haprak,malas,penipu,bisnes lingkup.bukannya kerja sektor kerajaan tak ada orang cina.sama saja..cina pun ada yang makan rasuah.bagi rasuah?...lagi la banyak.

    apa-apapun aku bangga jadi anak melayu.satu-satunya kaum yang 'cool'.walaupun dihina,dicerca, disindir oleh kaum lain.kerana itulah rahsia malaysia aman harmoni.tapi mungkinkah ia akan kekal begitu?..so kaum-kaum lain berhati2 lah dengan tahap kesabaran orang melayu.kalau anda elok..nasihatlah kawan2 sebangsa dgn anda supaya sama-sama jaga perpaduan kaum.. sebelum nasi menjadi bubur!


  18. QUOTE(BudakZonM @ Jul 27 2007, 10:41 AM)

    Jika seseorang tuh jiwa pemberontak,

    pasti berlaku pemberontakan jua,

    Cuba bayangkan kamu berada disudut tersebut....

    saya rasa sekolah bukan tempat pemberontak.kalau jiwa pemberontak saya rasa patut kita sekolahkan mereka di sekolah anak2 nakal atau dalam penjara.kalau mereka tak mahu berada disudut tersebut.ikutlan disiplin,dengar nasihat cikgu,rajin belajar.niat guru hanya ingin mendidik mereka jadi baik.saya rasa guru2 pun tak suka nak hukum anak murid.hukuman diberi lebih kepada untuk menjadi iktibar kpd murid2 lain.

    QUOTE(gaman80 @ Jul 27 2007, 02:16 PM)

    sempoi...kalu buat mcm tu lagi teruk jadinya. tak pasal2 kena saman. nanti ada pla yg masuk media kata anak dijadikan hamba...

    kalau tak bersalah takkan cikgu nak hukum mcm tu.saya rasa itu seringan2 hukuman dah tu.kalau mak bapak tak puashati,kita panggil mak bapak dtg sekolah tolong anak depa berus longkang sekali.kalau menyalak gak,suruh depa buat sekolah sendiri,iaitu sekolah utk anak-anak manja semalaysia. :lol: <<<dah mula nak mengarut lah ni..

    apa-apa hal pun biarlah guru yang mengajar murid, jangan sampai guru pulak yang kena ajar dgn anak murid atau dgn makbapak diorang yang berlagak!


  19. assalamualaikum.

    kalau murid2 sekarang tak boleh dijentik sekalipun oleh guru,saya cadangkan mereka yg tidak berdisiplin dihukum memberus longkang sekolah atau memungut sampah keliling sekolah atau menyapu keliling sekolah (dgn pemantauan)selama 1 hari.jika kesalahan agak besar..bagi 2 hari,atau seminggu.pasti tak cedera.

    zaman sekarang agaknya tak boleh mendera fizikal jadi..kita dera mental.mungkin dalam masa mereka menjalani hukuman tu,timbul kesedaran terhadap kesalahan yg mereka buat..maklum la malu,semua org tgk murid 'keras kepala' atau 'hero' atau 'awek paling cun' jadi tukang kebun tak bergaji.selain dari itu kaw. sekolah pun bersih.

    kita tunggu pula apa mak bapak mereka nak komplen lps ni.saman sekolah pasal baju anak mereka kotor kot?

    -hanya cadangan..kalau tak setuju boleh abaikan :rolleyes:


  20. hahaha.. kini aku kembali.. tapi kejap jer.. mod jangan marah aa..

    forex belum menubuhkan band dan SC pon belum berminat nak tubuhkan band untuk forex.

    mereka tak tahu nak cari penyanyi di mana

    yang ada cuma SC 'ban' mana2 website menipu :D

    penyanyi xder lagipun drummer dia ketuk x ikut tempo.mmg sampai bila2 la sc x dpt tubuhkan 'band' utk forex :lol:


  21. raging memang tak patut. sebenarnya itu adalah adat lama. dah tak valid dah. aku rasa raging ngan kaunseling, lagi bahaya kaunseling sebab skit badan xpe jgn sakit telinga.....

    apa yang aku suggest kat sini ialah kita terapkan budaya hormat-menghormati sesama sendiri. senior hormat junior,junior hormat senior. lagi bagus.

    bagus untuk bangsa. melayu kena bersatu...

    percayalah kita akan kuat......

    betul tak?????

    betul tu.sapa yg rasa2 kaki ragging dipersilakan masuk askar,esp. komando..bagi senior ragging hang dulu..next time u ragging junior lak.kita tgk langit tinggi/rendah.hehehe!

×
×
  • Create New...