Jump to content

xdsl

Members
  • Content Count

    446
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by xdsl


  1. Salam,

    Saya ingin menjemput pengusaha-pengusaha tak kira dari manapun ke MiniGath - Pengusaha CyberCafe KL 2008.
    MiniGath akan berlangsung 27 Disember 2008. MiniGath ini akan diakan bersama-sama dengan promosi produk MaxSpread.


    Ringkasan Maklumat :
    Tarikh Gath : 27 Disember 2008
    Tempat Gath :
    Dotcom 8 Cybernet cawangan Taman Connaught, Cheras.
    alamat: No 18, Jalan Menara gading 1,
    Medan Connaught, Taman connaught,
    56000 Cheras, KL.
    Tel : 03-91015515


    Tentatif program telah diubah, untuk maklumat, sila ke link berkenaan.

    - bagi pengusaha dari luar Lembah Klang yang ingin bermalam, penginapan boleh diuruskan dan ditanggung sendiri oleh pengusaha.
    - pengusaha hanya dibenarkan membawa seorang pekerja/technician sebagai pengiring.
    - pendaftaran ditutup pada 24 Disember 2008;
    - Tempat masih kosong... (60org punya makanan)
    - pertanyaan, hubungi xdsl 016-2212153 or cybercafe.my minigath

  2. QUOTE(azali @ Nov 30 2008, 01:20 AM) <{POST_SNAPBACK}>
    ada sesapa tak yg pnh pakai BolehVPN ni?
    aku dh beli yg trial punya... 3 ari..
    tp tak reti nk install la.. tak paham..
    aku cdg nk guna kt cc..
    blh ka kita nk guna utk semua pc kt cc ni menggunakan 1 akaun ja?
    penggunaannya utk browse internet ja..
    tak guna utk torrent...
    harap dpt membantu secepat mungkin..

    aku penah cuba vpn. tp tak pernah cuba utk cc sendiri. pernah2 aku terfikir nak letak kat pfsense or squid, letak pada upstream proxy. tp tu cuma teori ajer, praktikal blom dicuba. tongue.gif

  3. QUOTE(Raja_Kayangan @ Nov 30 2008, 12:44 PM) <{POST_SNAPBACK}>
    sesape kat sini yang tahu CyberCafe Managemet Software yang mane yg bleh email daily report?

    p/s:
    Aku nak tinggalkan cc aku ni kat staff je, (dah tak jage sendiri), so kalo bleh aku nk pakai software yg akan email aku report everyday..Aku pakai cafestation....and report tu plak takleh copy-paste...kalo tak blh aku suh die email je kat aku...
    harap kekawan kat sini bleh tolong.

    bro pakai cafesuite (cafestation) ?. dalam option ada send email daily report. sy pun buat begini. ataupun, bro boleh pakai cafeboss, software kecik utk cafesuite.

  4. Salam,

    Aku ada menjalankan perniagaan Pusat Internet dan terbaru (insya'allah 2 minggu lagi ON), adalah kedai komputer. Aku ingin menawarkan jawatan kosong untuk PEMBANTU TECHNICIAN KOMPUTER.

    Syarat Kelayakan :
    - Warganegara Malaysia
    - akademik : minimum SPM/SPMV
    - kemahiran : mengetahui cara-cara membaikpulih komputer
    - skop kerja : menjadi pembantu aku utk membaiki komputer dan menjaga kedai komputer. kekadang aku akan panggil troubleshoot utk cybercafe aku. jaraknya hanyalah 100meter tongue.gif
    - gaji : aku tak tau nak bagi berapa. tapi permulaan, aku bagi RM 700; elaun topup rm60; socso; epf (after confirmation).
    - waktu kerja : 6hari seminggu; kedai bukak smpai kedai tutup.
    - tempat : Taman koperasi polis fasa 2, batu caves, kuala lumpur.


    sebarang soalan dan permohonan, sila ajukan kepada email aku or call
    CODE
    [email protected]
    016-2212153



    wassalam


  5. Salam,

    Contact IT Services Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat BARU dan AKAN menjalankan perniagaan import dan eksport barangan komputer daripada China, Taiwan, dan Asia Tengah (Iran, Iraq, UAE, Arab Saudi).


    Pembantu Wanita diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja :
    - Mencari Manufacturer / Marketing
    - Melakukan tugas-tugas penting dengan Client (Manufacturer tadi).
    - Tugas-tugas hanya dilakukan di kawasan lembah klang.

    Calon perlu :
    - memiliki lesen kereta / lesen motorsikal
    - bujang / kahwin (anak2 dah besar; tiada komitmen ketat dengan anak2)
    - Mahir komputer (Word, Excel, Windows XP/Vista)
    - Cekal
    - Kerja kuat
    - Bumiputera (non bumi pun okay asalkan ISLAM).

    ** BAYARAN GAJI adalah berdasarkan kepada KELAYAKAN DAN KEBOLEHAN pekerja **

    Pemohon boleh menghantarkan RESUME kepada


  6. maaf maaf.. dah lama tak masuk thread ni..

    hehehe...

    sebenarnya bukan songlap duit kampeni. citer tahun lepas, lupa nak letak 'songlap duit kampeni'. kekekekeke.... masa tu CC jadi nyawa-nyawa ikan. hampir2 putus asa. alhamdulillah skarang nie maju balik. :D

    okay, encik rocktu... beg plastik stakat ni tak ada buat. :D

    encik/cik Irshail, kilang ni hanya pembuatan. apa yg sy faham, encik/cik boleh dapat daripada pemborong. sebab pemborong yg akan create/request design, color, quantity, etc. :) tp kalau nak jugak, sy cuba tanya dgn abg sy.

    sekian..


  7. tempat kat mana bro? pada pdpt aku zaman dlm bidang cc nie dah nak berubah....line internet pun makin murah dan laptop pun dah xmahal, kat kafe/restoran2 dah byk wifi....pd mata aku lah....ko dok dlm bidang tu misti ko lebih tau....xsalah kita berkongsi pgetahuankan?

    Tempat sekitar selangor.

    kalau line internet, laptop, wifi dijadikan kayu pengukur; maka boleh hang lihat contoh2 kat US cybercafe dorang still ramai customer even ada wifi free, laptop lg murah, internet lagi laju. So, apa sebenarnya yang customer inginkan di CyberCafe?. Adakah semata-mata nak surfing? Layan games? ^_^ Sure ada solutionnya.

    Sememangnya bidang cc dah nak berubah. that why kena ikut trend semasa. Jika di China, mereka bersaing dari segi dekorasi cc, less down time pc, maka di Malaysia tak kurang hebat. Lebih2 lagi kalau ada beberapa tambahan rencah rahsia :P

    Mcm biasa, ongkosnya berkadar terus dengan risiko. :) Ada berjaya ada tidak. Ada yang melabur RM 300K boleh dapat dlm kurang setahun. Ada yang melabur RM 50K, nak pulang modal 2-3tahun. :)


  8. salam,

    sapa tau mana mau carik membership card. dah puas tanya pakcik google. hanya dpt 1 kampeni. mahai gile nk mampos. kena beli printer dia lar, kad dia lar, software dia lar.

    dulu2, if tak silap aku...company yg buat printing ada buat membership card skali. tapi awat skarang byk tak da.

    aku amat memerlukan benda nie. sesapa ada info, thanks in advance for sharing caring. :blush:


  9. kalau berani bukak cc 200K. tempat ada. pesaingan no hal. idea dan perancangan ada pada aku. cuma belum diimplementasikan untuk 200K. nie bukak cc baru, bukan takeover etc. pembahagian keuntungan tengok pada kesepakatan kau dan aku ^_^.

    contact me bebeh.

    tq


  10. salam,

    ya, aku tak nampak pun 10K tu sebagai penghalang untuk bukak cc. dan aku tak nampak pun 10K tu boleh menjadi penyebab kpd kehancuran perniagaan. ^_^

    p/s: erk.. myccoc sentiasa up. dalam proses yang panjang utk tukar server.


  11. @syedzeela,

    Baguslah kalau kau ada kerja dengan cina utk dptkan kemahiran. Tapi, betul ke statement : "dan boleh dikatakan orang cina buka cc dan hampir semuanya pc second hand.." ?

    kalu kau bagi aku 50k 2 aku leh buka 1 cc yang sempurna tau x...

    siap aircond kerusi yg selesa n carpet x pon lantai morzet tau x.

    n komputer 40 siap ori windows... n grafik kad lagi....

    pecaya x...

    Kalau PC 2nd hand RM 700 yg kau cakap tu, mmg aku percayalah kau boleh buat 40pc.

    Nak juga aku tau mcm mana kau seragamkan 40pc 2nd hand, dengan dekorasi dlm cc.

    2nd hand pc tak salah; tengok market setempat. Kalau dlm satu kawasan tu kau ada pesaing, takkan nak guna pc 2nd hand sebagai asset?. Tp tengok spec jugaklah. Huhu.

    kau sangup melabur 50k utk 10 pc sahaja...

    eeeee jgn membazir n jgn ambil risiko.....

    conoh la sejam RM2..

    sehari beroprasi 15jam shaja.

    rm2 x 15jam = rm30sehari

    rm30 x 30 hari = rm900 sebulan

    Errkk, siapa ajar kau kira CC mcm tu? ^_^

    Aku selalu beli direct dengan distro, kebiasaannya mereka akan suggest aku LOW END spec. Tp aku mmg degil, aku akan ambil tengah2. huhu. Contohnya, mereka pernah suggest aku ambil VGA 8500gt; katanya aku hanya bagi customer main, bukannya aku sendiri yg main; membazir katanya kalau aku ambil 8600gt. Bagi aku, tak membazir. kebiasaanya distro cina mmg begitu. mereka akan suggest low-low kpd pengusaha Melayu. Benda ni terbukti. Aku ada kawan tokey cina, beli dr distro yg sama tetapi suggestion yg jauh berbeza.

    So, aku tak hairan kalau org2 cina memberikan suggestion kpd Melayu utk membuka cc dgn low spec; dgn maksud tak membazir katanya. itu adalah strategi mereka utk mudah bersaing dengan kita. ^_^

    customer sekarang nie dah celik komputer. mereka tau fungsi ram; vga; processor. kalau pc CC tu slow, dengan pc CC yg laju; harga sama; takkan depa nak pergi yg slow pulak kotttt..... ^_^


  12. Alo bro, wassup..aku arap ko UP lepas nih. gini lah.... sarcasm kembali haaa.... sila sila...

    tengok posting pertama empunya thread ni bro..

    Assalamualaikum..

    Kepada pengusaha-pengusaha cc bumiputera..teringin tak nak jadikan cc korang berdaya saing macam cc

    bangsa lain usahakan..

    lihat pada target pembuka thread. Kepada siapa dia tujukan? kepada pengusaha-pengusaha cc bumiputera. tuan punya thread tak tujukan kepada pembeli nasi lemak. tak tujukan kepada pembeli iklan tisu muka, penselbox plastik etc. dia tujukan kepada pengusaha CC bumiputera. pasal2 marketing nie, sepatutnya kita dah faham as a bizman. kalau tak faham tu, ada 2; samada nak tunjuk bagus, ataupun betul2 hilang ingatan kerana banyak sangat makan asam.

    RATA-RATA pengusaha bumiputera TAHU tentang hal ni. Bro boleh skodeng thread-thread lepas. Ada bincang mengenai licensing. tetapi aku hairan, dunia sudah terbalik. mangsa rompakan pula dipersalahkan dan perlu minta maaf kepada perompak. ye tak?.

    Customer semestinya ada rights, aku stuju dengan bro. Apa yg aku lihat perjalanan thread ni, aku dulu memula pun -ve thinking kpd pembuka thread, tp setelah aku kaji dan aku dalami tuan punya thread, secara personal tanpa menjatuhkan maruah dia di khalayak sptmana sesetngah org buat di SINI (termasuklah aku ni haaa) aku dapati dia betul. personal maksud di sini, PM, contact dia. dia ada bagi nombor HP kan? mungkin sebab nombor encik razif tak cantik; maka tak ramai dpt lihat nombor tu. gitulah kekdahnya.

    Soal mak nenek cd-key patut tak timbul as aku dan org yg berminat, mengetahui perniagaan cc. dalam putera.com nie begitu banyak thread mengenai cc dibuka. alhamdulillah bagus-bagus belaka perbincangan antara mereka. secara OPEN lagi. tapi tak pernah jadi seperti ini. Ya, tak pernah seperti ini.

    satu soalan aku, sejauh mana control "kami perlu daftar tu?" sebab kalau ikut realitinya (dlm 999) masih ada cc yg kanoti memakai game yg tak berlesen,dan di letakkan dlm satu server.Aku bukan nak kan jawapan kat soalan itu, tapi bila tak di explain DARI AWAL, maka, bende2 ni pasti timbul..

    Itu penguatkuasaan punya kekdah. Itu terserah kepada penguatkuasa. Mcm org jual dadah lar. kenapa sampai sekarang masih ramai mat-mat gian kat luar? takkan lar polis tak ambil tindakan?. perkara mcm ni pun bro boleh query?. itu yg jadi sarcasm tu.

    Apa-apa pun, bro tak perlu nak menyuruh mintak maaf. posting sebelum tu lagi aku dah bagitau awal2... nah, aku quote balik... (sebab dah berkali2 tak nampak, ye tak?)

    disebabkan tokey2 cc ni dikira seperti MENJUAL kepada org lain lain, maka EULA tidak dikira. dan harga games tidak dikira berdasarkan harga EULA, tetapi kena subscribe!.

    bagi yg TAK TAU dan BUAT-BUAT TAU mengenai lesen games utk cybercafe, aku mintak maaf banyak-banyak. begini sebenarnya ye, kengkawan sekalian.

    Okay bro.. jawapan tu bukan utk bro je, utk smua yg suka "mensarkaskan" org lain termasuklah aku.... @_@

    hoho...biasalahkan forum... sure gadoh, baik, gadoh. bak kata bro petabite, kalau nk baik2 slalu....dok lepak surau je lah... sebelum tu, sempat2kan diri utk lari dr thread...huhuhu.. ^_^


  13. Salam,

    Dah lama aku tak dapat masuk putera.com

    Aku tukar2 ip pun tak boleh. Pakai proxy yg aku sewa pun tak boleh.

    Okay buat kepada teman-teman yang TAK TAHU, yang BUAT-BUAT TAU, BUAT-BUAT EXPERT (ala...mcm aku lar, aku tengah berlagak nih...) pasal licensing, aku boleh terangkan.

    Gini, kengkawan sekalian yg aku hormati.

    ISCSI nie teknologi baru. Dan telah diiktiraf oleh MICROSOFT sendiri. Lesen OS untuk CC, bagi yg tak tau tu aku arap lepas ni korang TAU. untuk cc, kami kena daftar dengan microsoft malaysia. setiap pc kami kena sediakan 1 cd-key original (kena beli samada OEM/retail). apabila daftar, microsoft akan rekodkan 1key=1pc kitaorg. dia akan tanya samada nak pakai 1key utk semua pc (dia buatkan) ataupun pakai je 1key=1pc (wajib tampal sticker pada casing).

    Jadi, tak ada masalah sekiranya tokey2 cc run windows dari server (Diskless Boot). Pada Diskless boot itu, kena buat image. Image akan copy sekali key; kalau yg 1key=1pc, kena buat image windows mengikut jumlah pc. katakan aku ada 20pc... so, aku kena buat 20image, contoh : windowsxpPC01, windowsxpPC02, dan seterusnya.

    Bagi yg volume license, boleh terus guna 1 image jer, disebabkan 1key=semua jumlah pc (as registered with microsoft).

    okay? setel ke idak lesen windows nie? kira [lanun] tak?? jawapannya TIDAK SAMA SEKALI. sebab dah daftar dengan microsoft, and kalau tak daftar pun, microsoft memberikan kebenaran run pada ISCSI. Tak percaya? okay, sila google microsoft iscsi. takkan nak suap jer, ye tak?.

    so, kalau memana mamat yg kata run menyalahi EULA itu, adalah karut marut mcm tukang karut semata-mata. kerana apa? kerana untuk tokey CC, apabila dah daftar dengan microsoft, EULA tidak dikira. ada agreement lain yg korang kena patuhi sebab korang dikira "menjual semula" OS xp utk digunakan org lain. clear?

    disebabkan tokey2 cc ni dikira seperti MENJUAL kepada org lain lain, maka EULA tidak dikira. dan harga games tidak dikira berdasarkan harga EULA, tetapi kena subscribe!.

    bagi yg TAK TAU dan BUAT-BUAT TAU mengenai lesen games utk cybercafe, aku mintak maaf banyak-banyak. begini sebenarnya ye, kengkawan sekalian.

    setiap cc, kena langgan dengan company yg menjadi reseller/agent games. setakat ini ada 4 kampeni yg buat benda ni.

    1. sendi mutiara multimedia

    2. e-clubmalaysia

    3. gamers.com.my

    4. newera

    cara langganan adalah berdasarkan bilangan komputer. minimum 10komputer (semua kampeni, melainkan SMM nak 20pc minimum).

    jadi, lesen/cd-key boleh bertukar-tukar komputer selagi mana jumlah komputer tidak melebihi had lesen yg korang langgani.

    adakah langgar hak cipta?

    jawapannya TIDAK SAMA SEKALI. kerana cybercafe telah diberikan hak untuk menggunakan lesen games berkenaan berdasarkan jumlah pc yg telah ditetapkan/dilanggani.

    contohnya

    aku melanggan SMM (ada game Warcraf 3: frozen throne: DOTA) utk 20pc games. aku boleh SEDUT tanpa ada rasa bersalah ataupun gentar kerana SMM telah memberikan HAK AKU kepada AKU, dan AKU telah berikan HAK DIA KEPADA DIA.

    Apa hak dia? hak dia adalah mendapatkan bayaran langganan bulanan daripada aku utk 20pc

    apa hak aku? hak aku adalah menggunakan semua games daripada SMM untuk jumlah 20pc aku tanpa rasa takut.

    JADI APA YG LANGGAR HAK CIPTANYA?

    aku tak nampak apa-apa yg dilanggar. mungkin juga yg rabun terlanggar tunggul kot.

    Nak kata rompak cd-key, tak jugak...sebab kampeni yg dilanggani tu bagi run utk 20pc (let say lar 20pc)

    nak kata copy files secara haram, mana ada wei!. halal tu, daripada cd yg diberi tu!

    JADI.....MANA? MANA HAKCIPTA yg dilanggar?...

    mmm...gini lah, korang akan jadi mcm dlm 999 tu sekiranya korang tak subscribe dengan 4 kampeni di atas tu. sebenarnya, CC tu bukannya dirampas sebab dia SEDUT siput sedut dari server. tetapi atas kesalahan dia menggunakan tanpa lesen game berkenaan. ala, maksudnya haprak 1 kampeni di atas dia nak subscribe.

    okay, aku arap clear lah. walaupun nampak dah pakai cermin mata dah tu. kalau tak clear jugak, boleh contact aku. aku ada di MYCCOC; id aku ada pada profile.

    sekian, wassalam. jumpa lagi bro-bro smua. jgn lupa makan siput sedut byk2. boleh kita sedut duit, boleh carik jodoh utk kawin. jodoh kan di tangan Tuhan, nak cari2 lagi wat apa ye tak?.. @_@

    adios


  14. Salam,

    aku boleh komen sikit je. kalau nak full komen, bagi pengusaha-pengusaha; boleh masuk ke komuniti pengusaha spt tertera ^_^.

    Endorsement (ceeewaaahhh) daripada aku, aku rekemenkan pengusaha-pengusaha guna system ni. Ataupun bagi yang ada duit lebih, boleh guna DDS (bukan Michaelsoft DDS ye).

    goodluck.


  15. sistem ni dah dipraktikkan pada cc yang ada 60 biji pc..dan running games tiada kaitan ngan internet..sebab games akan running dari server games...cc demo ader di pj dan bangi..boleh lihat dulu..

    mungkin maksudnya penggunaan pada switch tu. 100base nak layan 60pc, tak haru ke?.

    kalau guna gigabit okay kan? lagipun skarang ni trend cc buka dengan gigabit lan.

    aku pun berminat. boleh advertise FREE kat myccoc, kasi out DDS. bumiputera first. :)


  16. minimum budget utk bukak cc anggaran:

    10 PC = RM 50K

    20 PC = RM 75K

    30 PC = RM 100K

    Harga termasuk dekorasi kelas bawahan (paling murah). tapi spek pc, med-range.

    gile susah nak dapatkan 20pc+lcd = RM 35K.

    deposit kedai mcm mana?, meja? kerusi? networking?


  17. game server ada kelebihan dan kekurangan.

    nak guna game server, pc server kena ada 2, 1-running, 1-backup.

    game server diberikan secara percuma di sesawang komuniti cybercafe di China.

    sayangnya, perisian itu di dalam bahasa China.

    di Malaysia, terdapat beberapa pihak yang telah menterjemahkan ke dalam bahasa inggeris, dan bahasa Melayu.

    terdapat pelbagai jenis perisian bagi game server.

    ada yang boleh update registry, ada yang tidak boleh. ketika ini, banyak games yang menitikberatkan penggunaan registry spt pengisian versi, nama komputer, serial number, patch version, etc.

    maklumat lanjut, boleh didapati di portal komuniti usawahan cybercafe.


  18. Salam,

    Sy bercadang nak ambil ni :

    CORE 2 DUO E4500

    Abit IP35-E

    2gb KVR

    8600gt

    Casing + PSU OEM

    Persoalannya adalah, agak2 lepas tak PSU OEM utk memberikan energi semaksimum mungkin kepada sistem sy di atas dalam kondisi penerimaan energi oleh C2D adalah minimum?

    Oh ya, sistem tu saya bercadang utk digunakan selama hampir 20jam setiap hari.

    Tq.


  19. di tmn melewar gombak, smemangnya ada 2 cybercafe milik bumiputera. sy lihat di kawasan tersebut, hanya sesuai utk 2 cybercafe dan kebawah. mereka hanya "cukup-cukup" makan. walaupun kelihatan terlalu ramai customer, tetapi itu hanya pada waktu-waktu tertentu. pada mulanya sy berminat dengan kawasan sebegitu, tetapi setelah melakukan kajian pada awal tahun hingga pertengahan tahun 2007, sy mendapati ianya tidak sesuai memberikan saingan kepada cybercafe sedia ada.

    Taman Melewar terletak di dalam kawasan Parlimen Batu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan tertakluk di bawah undang-undang kecil Kerajaan Tempatan. Tidak memerlukan sebarang lesen daripada DBKL bagi yang ingin membuka PUSAT INTERNET. Mungkin awak boleh mencari di kawasan yang lebih jauh sedikit dari Taman Melewar.

    Sekadar pandangan... :)


  20. Mohon lesen untuk permainan/games daripada:

    i. Sendi Mutiara Multimedia (eg: WarCraft, StarCraft)

    ii. NewEra (eg: TonyHawks)

    iii. Gamers.com.my (EA games. eg: FIFA, NFS)

    iv. E-Club Malaysia (CS, PopGames, Etc)

    leh tokey2 cc tlg aku x...

    -sume game kat cc nk kene ade lesen ke??

    - klu xpyh lesen blh x??

    -bp kos lesen utk sume game nie utk 40 pc??

    sume game kat cc nk kene ade lesen ke??

    --ya, wajib

    klu xpyh lesen blh x??

    --kalau kau tak duduk kat malaysia, mungkin boleh kot.

    bp kos lesen utk sume game nie utk 40 pc??

    --lebih kurang RM 5000-RM6000 sebulan, utk 40pc utk smua games di atas.

×
×
  • Create New...