Jump to content

saddam

Learning
  • Content Count

    4
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by saddam


  1. aktiviti berbasikal ini amat baik, terutama untuk kesihatan. saya hanya sempat dihujung minggu saja. kayuh sorang-sorang. masuk kekawasan perumahan baru, sedap juga mata memandang design rumah sekarang ni cantik-cantik.
    Tak payah dok ingat nak beli basikal mahal-mahal, kita bukannya pro. sewaktu saya nak beli basikal hari tu, tauke tanya, encik dulu naik basikal macam mana. saya jawab, yang budak-budak bawa pi sekolah saja. ok dia kata ambik yang bawah RM1000n dulu buat permulaan. nanti bila dah cekap, dah seronok boleh upgrade. Banyak rakan-rakan saya yang tersekat utk menyertai aktiviti ini kerana memikirkan nak beli basikal mahal. malu nak kayuh basikal murah. bagi saya yg penting adalah hasil kayuhan iaitu utk kesihatan.

  2. saya bukan nak menyokong sesiapa atau nak membantah sesiapa. Kita perlu lihat dari minda positif. AES ini berfungsi bila kita melanggar peraturan (melebihi had laju atau langgar lampu merah). Kalau pemandu yang ikut peraturan, tiada masalah. oleh itu kalau kita tak nak bagi syarikat itu untung, kita pakat-pakat ikut peraturan. Jangan melebihi had laju, jangan langgar lampu merah. tak ada saman keluar...syarikat tak dapat duit.

  3. Wslm...

    kalau nak buat kena ada alat-alat berikut:-

    1. Video VHS - untuk mainkan tape

    2. Komputer yang ada capture card

    3. Software (Contoh: Cyberlink Power Producer) - untuk capture

    aku pernah buat benda ni tapi hantar kedai je. dia caj rm30/jam. nak buat sendiri tak boleh sebab tak ada video vhs.

    semoga membantu. betulkan kalau salah

    Lagi satu kalau nak mudah, tak perlu beli capture card tapi kena beli DVD recorder. Daripada video VHS boleh terus transfer ke DVD.

×
×
  • Create New...