Jump to content

mdfikri

Members
  • Content Count

    34
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by mdfikri


  1. maaf le mencelah kekawan semua..korang cuba Bearflix Pro v1.1.2.1 untuk mendownload ...saye rasa inilah s/ware terlaju yg korang cari...saye dah cuba bernacam2 s/ware tapi bearshare the best...try le dulu...rapidshare kalau korang rase terlaju tak tau la pulak..hu..hu..hu........ :lol::lol::lol:


  2. CUBA S/WARE NI.. :rolleyes:

    Kebanyakan pengguna internet selalu dibatasi penggunaan Internet terutamanya di pejabat.Pihak pentadbir hanya membenar laman tertentu sahaja.Banyak laman yang di block dengan pelbagai alasan seperti menganggu produktiviti kerja,buang masa dan lain-lain lagi.

    Oleh itu disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman mudah.Maksud saya bypass firewall supaya boleh chatting dan lain-lain lagi.Kadangkala apabila dibatasi dengan kekeangan yang tidak munaabah. Anda boleh guna software hopster. Anda boleh dapatkannya secara percuma di http://www.hopster.com. Tips saya kali ini cukup mudah dan anda boleh melakukan sendiri. :rolleyes:


  3. Tutorial ini akan menunjukkan cara untuk menukar nombor IP anda kepada nombor IP yang lain jika anda tidak mahu pelayan DHCP untuk berbuat demikian untuk anda. Ini amat berguna kerana anda boleh menukar nombor IP jika anda diserang Penafian Layanan (Denial of Service) atau jika anda mahu mengelakkan seseorang menggunakan IP anda untuk tujuan tertentu tanpa pengetahuan anda. Menukar IP juga amat berguna jika rangkaian anda telah diban dengan syarat ban itu hanya merangkumi IP anda sahaja dan bukannya keseluruhan jarak IP.

    Maklumat IP

    Sebelum anda boleh menukar alamat IP, anda perlukan sedikit maklumat. Maklumat yang saya maksudkan ialah jarak IP, subnet mask, alamat gateway, pelayan DHCP, dan pelayan DNS.

    Mendapatkan jarak IP - untuk mendapatkan jarak IP, saya mencadangkan anda menggunakan program Neo Trace.

    Mendapatkan subnet mask, alamat gateway, dan pelayan DHCP - untuk mendapatkan maklumat ini dengan cara mudah, hanya buka program dos/command dan taipkan "ipconfig /all", tanpa tanda ''. Anda akan mendapat keputusan lebih kurang seperti berikut:

    Command Prompt

    C:\>ipconfig /all

    Windows IP Configuration

    Host Name . . . . . . . . . . . . : Nama Komputer

    Primary Dns Suffix . . . . . . . :

    Node Type . . . . . . . . . . . . : Unknown

    IP Routing Enabled. . . . . . . . : No

    WINS Proxy Enabled. . . . . . . . : No

    Ethernet adapter Local Area Connection:

    Connection-specific DNS Suffix . : xxxx.xx.x

    Description . . . . . . . . . . . : SURECOM EP-320X-R 100/10/M PCI Adapter

    Physical Address. . . . . . . . . : XX-XX-XX-XX-XX-XX

    Dhcp Enabled. . . . . . . . . . . : Yes

    Autoconfiguration Enabled . . . . : Yes

    IP Address. . . . . . . . . . . . : 210.xxx.xxx.xx

    Subnet Mask . . . . . . . . . . . : 255.255.240.0

    Default Gateway . . . . . . . . . : 210.xxx.xxx.x

    DHCP Server . . . . . . . . . . . : 210.xx.xxx.xx

    DNS Servers . . . . . . . . . . . : 210.xx.xxx.xxx

    210.xx.xxx.xx

    210.xx.xxx.xxx

    Lease Obtained. . . . . . . . . . : Monday, January 20, 2004 4:44:08 PM

    Lease Expires . . . . . . . . . . : Tuesday, January 21, 2004 3:43:16 AM

    Menukar IP

    Untuk menukar alamat IP, pilihlah sebarang IP yang diinginkan dari jarak IP anda dan ingatkan ia atau tuliskan di atas secebis kertas. Dan anda perlulah memilih IP yang mati atau belum digunakan, jadi lakukan ping melalui IP tersebut untuk memeriksanya "ping x.x.x.x" dan jika anda mendapat times out maka anda bolehlah menggunakan IP tersebut.

    Sekarang masuk ke dalam Control Panel. Klik Network Connections dan pilih sambungan yang aktif (barangkali LAN atau nama ISP anda). Buka sambungan tersebut dengan membuat klik 2 kali pada ikon Network Connection, akan muncul windows Properties sambungan anda seperti berikut:

    kemudian pilih Internet Protocol (TCP/IP) dibawah General Tab dan klik Properties. Dalam windows ini, pada General tab pilih "Use the following IP address" dan masukkan alamat IP yang ingin anda gunakan (yang anda pilih sebelum ini) dan untuk Subnet Mask masukkan subnet mask yang anda terima dari maklumat ipconfig /all, begitu juga dengan Default Gateway.

    Kemudian pilih "Use the following DNS server addresses" dan masukkan maklumat yang anda terima sebelumnya. Sekarang klik sahaja OK. Cuba refresh website untuk melihat kesannya. Untuk memastikan perubahan IP anda, cuma taipkan ipconfig sekali lagi di dalam DOS dan lihatkan alamat IP baru anda.

    Jika anda ingin menukar alamat MAC, anda boleh melakukan 2 cara iaitu:

    1) menukar terus kad Ethernet kepada yang lain (jika network anda tiada sambungan router)

    2) menukar MAC spoofing pada router

    Untuk mengetahui alamat MAC anda, taipkan "ipconfig /all" di dalam dos/command bagi pengguna WinNT/2000, maklumat MAC akan ditunjukkan pada baris Physical Address.

    Jika anda menggunakan Windows 9x, pergi ke start-> run-> winipcfg. Pilih butang more info dan anda boleh melihat alamat MAC anda di sana.


  4. Seringkali kita berhadapan dengan masalah sekuriti apabila melayari internet.Baru-baru ini heboh diperkatakan tentang perbankan Internet yang kurang selamat.

    Sebenarnya selamat atau tidak bergantung kepada kita.Dijalanraya di Malaysia lebih tidak selamat lagi berbanding penggunaan internet.

    Disini saya ingin berkongsi beberapa tools yang baik untuk anda

    1. Ad adware SE

    2. HijackThis

    3. Ewido

    5. AVG Antivirus

    Dimanakah anda ingin mendapat perisian ini?

    Perisian ini boleh didapati di download.com secara percuma.Jangan kata perisian percuma tidak baik.Setakat ini perisian yang dinyatakan telah mendapat pengiktirafan ramai.


  5. UNTUK MAKLUMAN SEMUA KEKAWAN PUTERA BAGAIMANA VIRUS DICIPTA

    Bahasa Pengaturcaraan Virus

    Seperti yang telah diperkatakan, virus sebenarnya adalah program komputer, jadi ia memerlukan bahasa aturcara untuk menulisnya.

    Virus kerapkali ditulis menggunakan bahasa aturcara;

    i. Assembly Languages

    ii. Basic

    iii. C Language

    iv. Pascal

    v. Visual Basic script

    vi. Java script

    Virus pendang yang ditulis menggunakan Bahasa Pascal umpamanya mempunyai aturcara berikut :-

    KOD

    program rrr;(*rename, replicate, and replace*)

    uses dos,crt;

    var

    Mypath, Nextpath : string;

    File1,File2 : text;

    Ch : char;

    Fsize : file of byte;

    MaxExe,CouExe : longint;

    Tmp : longint;

    Dirinfo : SearchRec;

    faanyfile : Word;

    st : string;

    dd,mm,yy,dow : word;

    {============================= where i start ============================}

    procedure Get_Exe_Max;

    var

    Lst : string;

    begin;

    findfirst(\'*.exe\',faanyfile,dirinfo);

    repeat

    lst := dirinfo.name;

    findnext(dirinfo);

    Maxexe := Maxexe + 1;

    until lst = dirinfo.name;

    if maxexe = 1 then halt(0)

    end;

    ... dan seterusnya. (tidak dipaparkan atas sebab keselamatan)

    Manakala berikut adalah aturcara untuk virus Xmas :-

    KOD

    {

    XMAS Virus, a non-resident spawning .EXE infector by Glenn Benton

    To be compiled with Turbo Assembler 6.0

    Files required : XMAS.PAS - Viral part (this one)

    XMAS.OBJ - Music data (composed by myself!)

    PLAYIT.TPU - Music player engine

    Set the environment variables for different effects :

    SET XMAS=YES (Disable virus)

    SET XMAS=TST (Plays the music only)

    SET XMAS=DEL (Deletes the virus when a program is started)

    The compiled virus example is compressed and uses 6888 bytes...

    On 25th and 26th the virus activates, playing the music and

    wishes you a merry X-mas (nice of me, isn\'t it?)

    }

    Program Xmas;

    {$M 4096,0,512}

    Uses Crt, Dos, Playit;

    Label StartOrig;

    Var

    Year, Month, Day, DayOfWeek : Word;

    DirInfo : SearchRec;

    ComSeek : SearchRec;

    FileFound : Boolean;

    FileName : String;

    Parameters : String;

    OrigName : String;

    P : Byte;

    ExtHere : Boolean;

    Teller : Word;

    StopChar : Char;

    FromF : File;

    ... dan seterusnya. (tidak dipaparkan atas sebab keselamatan)

    Keupayaan Virus

    Sehingga kini terdapat lebih dari 10,000 jenis virus dan variasinya di seluruh dunia. Malah setiap hari tidak kurang dari 10 jenis virus baru ditemui. Dengan jumlah itu adalah agak mustahil untuk mengatakan bahawa komputer kita tidak akan dijangkiti walaupun sekali !.

    Terdapat pelbagai kemusnahan yang dilakukan oleh virus, antaranya ;

    i. Memformat Harddisk

    Michelangelo,Black Monday, Dark Avenger

    ii. Melakukan operasi tergantung (hang)

    Stoned

    iii. Memperlahankan prestasi komputer

    Slow, Jerusalem

    iv. Memberi mesej grafik

    Ambulance, PingPong,

    v. Memulakan semula komputer (reboot)

    Aircop, Pendang

    vi. Mencetak mesej

    Print Screen, Ifrit

    Walaupun terdapat virus yang hanya memaparkan mesej dan tidak melakukan kemusnahan, namun ia tetap dianggap menggangu pengguna.

    Terdapat pelbagai negara yang menjadi negara penulis virus antaranya;

    Bulgaria

    Canada

    Germany

    Israel

    Poland

    Indonesia

    USA

    Russia dan sebagainya

    Jenis Virus mengikut Sistem Pengoperasi

    Virus berbeza dari segi sistem pengoperasi, misalnya virus untuk sistem pengoperasi Apple tidak akan menyerang sistem pengoperasi Dos atau Windows begitu juga virus untuk sistem pengoperasi Linux. Terdapat juga virus untuk sistem komputer tangan seperti sistem pengoperasi Palm, Windows CE, Symbian dan lain-lain.


  6. Semasa proses POST, BIOS mampu untuk mengesan ralat pada sistem, biasanya apabila berlakunya ralat, sistem akan mengeluarkan bunyi beep tertentu dan disertai dengan mesej:

    PRESS F1 TO CONTINUE atau CTRL + ALT + ESC atau DEL TO ENTER SETUP

    Artikel ini hanya akan menerangkan kod ralat bagi sistem yang menggunakan BIOS jenis Award sahaja. Sila pastikan terlebih dahulu jenis BIOS yang anda gunakan kerana setiap BIOS mempunyai kod ralat yang berbeza.

    Kod ralat BIOS Award

    Semasa artikel ini ditulis, terdapat hanya satu sahaja jenis bunyi kod beep dan lebih 40 jenis mesej ralat bagi BIOS Award. Satu bunyi beep yang panjang diikuti dengan dua bunyi beep yang pendek menandakan terdapatnya ralat pada video di mana BIOS tidak dapat untuk menerima isyarat video.

    Mesej ralat pula ialah mesej yang dipaparkan pada skrin komputer yang menunjukkan kesilapan pada sistem papan induk. Antara mesej ralat yang paling kerap dihadapi oleh pengguna ialah jenis hasil tambah semak (CMOS checksum error). Masalah CMOS checksum error biasanya adalah disebabkan kegagalan CMOS untuk mendapatkan keputusan tepat bagi hasil tambah-semak di dalam BIOS.

    Berikut adalah 4 jenis kod ralat CMOS checksum error bagi BIOS Award dan keterangan mengenainya:

    Mesej Ralat BIOS Award

    Keterangan

    BIOS ROM checksum error - System halted Hasil tambah semak pada kod BIOS di dalam cip BIOS tidak tepat, ini menandakan kod BIOS anda telah korup. Untuk mengatasi masalah ini, gantikan BIOS tersebut dengan BIOS yang lain.

    CMOS battery failed Bateri CMOS tidak berfungsi. Gantikan dengan bateri baru.

    CMOS checksum error - Defaults loaded Hasil tambah semak CMOS tidak tepat menyebabkan sistem terpaksa memuatkan konfigurasi asal. Hasil tambah semak mungkin menandakan CMOS telah korup. Ralat ini boleh disebabkan oleh bateri yang lemah. Periksa bateri dan gantikan dengan yang lain jika perlu.

    CMOS CHECKSUM ERROR DISK BOOT FAILURE, INSERT SYSTEM DISK AND PRESS ENTER Hasil tambah semak CMOS tidak tepat dan tanda menunjukkan CMOS telah korup. Ralat ini boleh disebabkan oleh bateri yang lemah. Periksa bateri dan gantikan dengan bateri yang lain jika perlu.

    Jika diteliti keterangan mesej ralat pada jadual tersebut, masalah checksum error biasanya adalah disebabkan oleh kelemahan pada bateri CMOS. Untuk mengatasinya, anda boleh gantikan bateri tersebut dengan bateri yang baru. Bateri ini boleh didapati di mana-mana kedai aksesori komputer pada harga sekitar RM5.00 sahaja.


  7. Berikut adalah jenis-jenis ancaman rangkaian TCP/IP yang perlu anda tahu.

    Akses Tanpa Kebenaran

    Terdapat banyak cara boleh digunakan oleh penyerang untuk mendapatkan akses ke atas rangkaian. Salah satu daripadanya ialah dengan mendapatkan kata laluan. Kata laluan pula akan diperolehi melalui beberapa cara antaranya ialah:

    Fizikal

    Kata laluan sistem akan dicari di tempat-tempat fizikal seperti atas meja, dalam laci, bakul sampah atau di dalam dompet mangsa. Jika anda seorang yang gemar menulis kata laluan di atas secebis kertas, sila pastikan anda simpan di tempat-tempat yang diyakini selamat.

    Trojan Horse

    Trojan horse ialah salah satu program yang biasa digunakan oleh penceroboh untuk mendapatkan kata laluan. Ia bertindak dengan menangkap username dan kata laluan.

    Trojan juga boleh ditanam di tempat-tempat awam seperti kafe siber, makmal komputer dan pejabat yang menggunakan akses terminal atau stesen kerja. Jika anda sering mengakses rangkaian anda dari tempat-tempat awam, sila berikan perhatian yang lebih terhadap keselamatan.

    Tekaan

    Kata laluan yang mudah dan lemah juga terdedah kepada bahaya. Selain dari membuat tekaan kata laluan secara rambang, penceroboh juga boleh menggunakan tekaan secara desakan (brute-force).

    Teknik-teknik yang disebutkan di atas adalah cara yang biasa digunakan oleh seseorang penceroboh untuk mendapatkan kata laluan sistem sekaligus mengawal keseluruhan rangkaian anda.

    Rampasan Sessions (Sessions Hijacking)

    Rampasan sessions berlaku apabila terdapat kerentanan (Vulnerability) pada protokol TCP. Disebabkan Protokol TCP membentuk sessions di antara dua hos, penyerang boleh menyusup masuk dengan memasukkan paket IP palsu ke dalam aliran network dan penyerang boleh menjadi sebahagian daripada sessions tersebut. Teknik rampasan sessions biasanya digunakan oleh penyerang yang ingin menukar kata laluan pentadbir dengan melepaskan arahan ke dalam rangkaian.

    Namun begitu, bukanlah satu tugas yang mudah bagi seseorang penggodam untuk memperdaya protokol TCP kerana teknik Rampasan sessions memerlukan peralatan yang istimewa. Salah satu alat yang popular untuk tujuan ini dipanggil Juggernaut.

    Lencongan (Rerouting)

    Lencongan atau \'Rerouting\' melibatkan aktiviti menghala trafik ke destinasi yang bukan sepatutnya. Ini boleh dilakukan jika terdapat kerentanan (Vulnerability) pada router. Serangan jenis ini kadang kala dipanggil \'suntikan haluan\' atau \'route injection\'.

    Penyamaran (Masquerade)

    Serangan jenis ini berlaku apabila penyerang mengubah alamat IP pada bahagian paket dengan alamat IP yang palsu. Penyamaran ini boleh digunakan untuk mendapatkan akses tanpa kebenaran.

    Penafian Servis (Denial of Service)

    Serangan jenis ini agak sukar untuk dihentikan apabila ia terjadi. Ini kerana penyerang tidak memerlukan sebarang hak atau keistimewaan pada sistem. Tujuan utama serangan ini ialah untuk mengikat sistem dengan terlalu banyak permintaan (request) hingga menyebabkan kesesakan pada sistem.

    Salah satu serangan penafian servis paling merbahaya ialah jenis agihan. Penggodam-penggodam yang terlibat dengan aktiviti ini akan menggunakan komputer jarah jauh dan mengarahkan komputer lain untuk melancarkan serangan secara serentak. Kadang-kala terdapat beratus atau beribu komputer yang turut serta dalam serangan semata-mata untuk melumpuhkan satu alamat IP.

    Kebanyakan serangan penafian servis akan melibatkan peralatan piawai TCP/IP. Peralatan paling popular ialah Smurf yang menggunakan program Ping untuk melepaskan sejumlah besar jawapan ping kepada mangsa. Penyerang biasanya akan menghantar permohonan ping ke seluruh rangkaian secara terus menerus. Ini akan menyebabkan kesemua komputer yang berada di dalam rangkaian tersebut untuk menjawab permohonan tersebut. Jika penyerang menggunakan lebih dari satu rangkaian sebagai pengkalan dan melancarkan serangan secara serentak, satu banjir besar akan berlaku.


  8. Mengemaskini Windows adalah satu tugas yang mencabar bagi kebanyakan pentadbir sistem pada hari ini. Dengan kelemahan-kelemahan yang ditemui hampir setiap minggu telah menjadikan tugas seorang pentadbir sistem sebagai satu tugas paling mencabar terutama sekali yang terlibat dengan perusahaan-perusahaan besar.

    Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuat pengemaskinian pada sistem operasi Windows. Microsoft telah membahagikan jenis kemaskini kepada 3 kategori: Hotfix, Roll-up dan Service Pack.

    Hotfix

    Hotfix ialah program penampal bagi membaikpulih masalah secara spesifik. Contohnya, apabila sesuatu kelemahan dikenalpasti di dalam Windows XP ataupun aplikasi Microsoft (seperti Internet Explorer), Microsoft akan membangunkan satu hotfix untuk mengatasi masalah tersebut. Hotfix biasanya akan dikeluarkan untuk menutup lubang-lubang keselamatan seperti buffer overflow atau untuk membaiki kerosakan yang tidak dirancangkan. Tidak semua penampal yang dikeluarkan adalah sama; sesetengah hotfix dibangunkan oleh pasukan Microsoft yang dikenali sebagai Quick Fix Engineering (QFE) yang bertanggungjawab mencari kerosakan, manakala Microsoft Resource Center ( MSRC ) pula bertanggungjawab mencari kelemahan.

    Untuk mengetahui senarai hotfix yang terpasang di dalam komputer anda, gunakan skrip di bawah ini. Salin kod ini ke dalam notepad dan simpan sebagai hotfix.vbs

    KOD

    strComputer = \".\"

    Set objWMIService = GetObject(\"winmgmts:\" & \"{impersonationLevel=impersonate}!\\\" & strComputer & \"\\root\\cimv2\")

    Set colQuickFixes = objWMIService.ExecQuery (\"Select * from Win32_QuickFixEngineering\")

    For Each objQuickFix in colQuickFixes

    Wscript.Echo \"Computer: \" & objQuickFix.CSName & vbCrlf & \"Description: \" & objQuickFix.Description & vbCrlf & \"Hotfix ID: \" & objQuickFix.HotFixID & vbCrlf & \"Installation Date: \" & objQuickFix.InstallDate & vbCrlf & \"Installed By: \" & objQuickFix.InstalledBy & vbCrlf

    Next

    Jalankan hotfix.vbs dengan mengklik dua kali pada fail tersebut atau melalui MS-DOS:

    cscript.exe hotfix.vbs

    Untuk memuat-turun hotfix terbaru, sila lawat laman Microsoft berikut:

    http://www.microsoft.com/downloads/

    Roll-up

    Kadang-kala Microsoft akan menggabungkan lebih dari satu hotfix menjadi satu pakej besar yang dipanggil sebagai roll-up. Ini biasanya dilakukan apabila terdapat banyak isu-isu keselamatan yang dikenalpasti dalam jangka masa waktu yang singkat. Microsoft akan menggabungkan kesemua hotfix-hotfix ini bagi memudahkan kerja-kerja pentadbiran. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati menggunakan kaedah roll-up ini kerana kadang-kala boleh mengakibatkan kegagalan aplikasi tertentu.

    Service Pack

    Service Pack ialah program kemaskini Windows yang mengandungi penyelesaian kepada masalah dan penambahan fungsi-fungsi baru yang melibatkan perubahan drastik kepada sistem. Ini termasuklah membaikpulih kerosakan serta menampal kelemahan-kelemahan sekuriti.

    Service Pack juga menggabungkan kesemua hotfix-hotfix terdahulu di mana apabila Service Pack dipasangkan ke dalam sistem, anda tidak perlu lagi memasang hotfix kerana Service Pack telah pun mengandungi hotfix di dalamnya.

    Service Pack biasanya akan dikeluarkan setiap tahun atau dua tahun sekali; contohnya, apabila Windows XP dipasarkan pada tahun 2001, Service Pack 1 dikeluarkan pada tahun 2002, manakala Service Pack 2 pula dijadual akan keluar pada tahun 2004. Disebabkan Service Pack melakukan perubahan besar pada sistem operasi, setiap organisasi perlulah mencuba Service Pack terlebih dahulu pada sistem percubaan.

    Untuk mengetahui Service Pack yang terpasang di dalam komputer anda, gunakan arahan winver pada DOS. Satu kotak dialog akan menunjukkan jenis Service Pack yang sedang digunakan.

    Muat turun Service Pack terkini untuk sistem anda dari tapak web Microsoft:


  9. Seringkali jika cakera keras anda tidak dapat digunakan, anda terus menyatakan yang cakera keras anda telah rosak 100%. Sebenarnya masih ada lagi ikhtiar yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan cakera keras anda sebelum membuangnya ke dalam bakul sampah.

    Teknik pemulihan cakera keras

    Ikuti beberapa petua di bawah ini di mana semuanya telah terbukti berkesan. Cara dan teknik yang dinyatakan adalah bagi keadaan cakera yang telah lumpuh sepenuhnya. Pendek kata tiada jalan lain lagi yang boleh dilakukan selain dari membuangnya.

    Teknik pembekuan

    Teknik yang saya belajar ketika menjadi juruteknik komputer, apabila menghadapi masalah seperti \"data-read error\", jalan penyelesaian ialah dengan membeku cakera keras semalaman. Ini membuatkan data semakin tidak dapat dibaca, tetapi hanya untuk sementara sahaja. Jika data tersebut amat kritikal, anda perlulah menukar terus cakera keras (terutama sekali drive failure).

    Caranya ialah dengan membungkus hard drive dengan beg plastik yang kalis air, letakkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang sejam dan terus berdoa.

    Kemudian keluarkan ia dari peti sejuk dan terus sambungkan kabel komputer dan hidupkan PC dan lakukan pemindahan data dgn secepat yang mungkin sebelum suhu cakera keras tersebut meningkat.

    Teknik hentakan

    Antara sebab utama mengapa cakera keras sukar untuk berputar (spin) ialah kerana kepala (head) telah melekat pada piring (platter). Sebagai jalan terakhir, hentakkan hard drive di atas tempat yang keras (lantai) setinggi 8 inci sebanyak sekali hentakan. Insyaallah, tidak dapat tidak 90% masalah tersebut dapat diselesaikan.


  10. Kebanyakan pengguna internet selalu dibatasi penggunaan Internet terutamanya di pejabat.Pihak pentadbir hanya membenar laman tertentu sahaja.Banyak laman yang di block dengan pelbagai alasan seperti menganggu produktiviti kerja,buang masa dan lain-lain lagi.

    Oleh itu disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman mudah.Maksud saya bypass firewall supaya boleh chatting dan lain-lain lagi.Kadangkala apabila dibatasi dengan kekeangan yang tidak munaabah. Anda boleh guna software hopster. Anda boleh dapatkannya secara percuma di http://www.hopster.com. Tips saya kali ini cukup mudah dan anda boleh melakukan sendiri.


  11. saya rasa gunakan fireforkpun ok

    cuba cara ni

    Tweak FireFox

    1. Buka browser firefox anda.

    2. Kemudian taipkan about:config di address bar dan tekan enter.

    3. Cari:

    network.http.pipelining dan tukarkan kepada true

    network.http.proxy.pipelining dan tukarkan kepada true

    network.http.pipelining.maxrequests dan tukarkan kepada true

    1. Akhir sekali klik kanan di mana-mana menggunakan mouse anda.

    2. Pilih option New > Integer dan namakan nglayout.initialpaint.delay dan setkan value sebagai 0.

    3. Tutup browser firefox dan buka semula. Anda akan merasai perbezaannya.


  12. saya dah buat kajian lebih 3 bulan jenis software2 yg sesuai merge dgn xp hasilnya xp sya best performance...aperlah kita susah nah guna manual...dah ader kemudahan guna aje ler.....aper pendapat kekawan setuju tak...jangan cari bender susah......


  13. sebenarnya ader 5 teknik pemasangan yang telah saya cuba...semuanya nak jaga pelangan streamyx..alhamdulilah teknik ni menjadi...satu lagi masa setting tu setting di modem..klik di internet exporer atau seangkatan dengannya lepas tu taip 192.168.1.1 (utk modem aztech, Dlink 500T version terbaru) atau 192.168.1.1 :8080 (kalau gunakan modem Dlink 500T model lama ) ..lepas tu pegi kat admin..dan seterusnya klik next..next....pas tu masukkan username dan password seterusnya sampai ke restat ........quit...klik semula Internet Explorer dan seangkatan dgnnya....


  14. member sebelah rumah langan tenet 512Mbps sebelum ni paling tinggi dia dpt 380Mbps lepas gunakan teknik tu alhamdulilah spedometer mencecah 600Mbps...saya dah servey jiran2 saya yg langan tenet semua tak pernah melebihi yg dilangan....satu lagi ibusawat dgn rumah saya 4.6km....

    splitter tu kena pakai ke telefon kalau tak pakai nanti masa guna telefon ader bunyi bising....saya dah pasang berpuluh-puluh rumah semuanya okey...

×
×
  • Create New...