Jump to content

bazet

Members
  • Content Count

    407
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by bazet


  1. tutorial dan source code V1 ada di blog, cuma rajin atau tak sahaja.

    Update from latest development.
    1. Prepaid Mode fully tested & bug squashed
    2. UAM aku write sendiri, guna Cakephp, so tak dependant lagi ke hotspotlogin.cgi, atau JSOn atau hotspotlogin.php
    3. Radius controller & Nas Box controller ( untuk control radius dan juga nas box a.k.a wifi ap )
    4. Ajax interface untuk set bandwidth user
    5. Guna 2 database, radius schema yg dtg dengan freeradius, dan mamakspot
    6. Beberapa attribute radius yg baru diperkenalkan seperti untuk mengawal kelajuan bandwidth, Session-Timeout dsb



    Login form. Sesiapa yg connect ke SSID wifi aku, secara automatik akan redirect ke login form. User nak login anonymous, boleh guna Guest account, tapi limited .


    Maklumat yg terpapar selepas user login, masih dalam pebinaan. Nak buat realtime ajax indicator kat sini..seperti..jumlah masa online, bandwidth upload/download dan juga masa pengunaan prepaid


    Ajax UI controller..SLider digunakan untuk set bandwidth user. System akan bagitau jumlah bulan,harri, tahun access setiap pengguna.


    FYI,MamakSpot V1 adalah opensource, tapi V2 adalah untuk full commercial.

  2. jangan amalkan sangat guna bake..nanti jadi malas...

    nih tips aku buat cake

    1.install cakephp kat c:\cake so akan jadi c:\cake\app\webroot\
    2.ubah Document root dalam httpd.conf supaya guna 'c:\cake\app\webroot\'
    3. restart apache dan point ke http://localhost
    4. betulkan apa yg patut ( ubah security dalam core, connect ke database )

    NAk tengok video ?
    download dekat http://progold.biz/pages/listing

  3. kalau aku beli web hosting
    1. mesti dalam malaysia sebabnya client aku orang malaysia. Katakan buat kat US, berapa banyak HOP nak lompat, dan dah tentu lag
    2. tengok respons support.....
    3. kalau boleh guna IDC isp terbesar di malaysia, jaring,tmnet etc
    4. pastikan diorang tak buat overselling
    5. sebelum beli, cuba check dalam 1 ip..berapa banyak domain yg telah dipark disitu

  4. Just nak share something,

    http://mamakspot.blogspot.com/2008/11/mama...screenshot.html

    Guna 2 DB, Radius dan Mamakspot_v2
    Guna FreeRadius AAA server
    Guna MySQL DB
    Guna CoovaChilli Captive Portal, DHCP server juga menggunakan Chilli Coova
    Guna Linux Redhat EL5
    Guna Cakephp 1.2 untuk framework PHP
    Guna JSON ajax untuk display status user bila dah connected
    Guna konsep prepaid , sebelum ini guna konsep username dan password, prepaid generation menggunakan konsep UUID ( sila check google on UUID )

  5. Dah lama stop buat development mamakspot, skrg dah start balik..sebab dah ada sponsor smile.gif. gambar-gambar development boleh dilihat di blog mamakspot, http://mamakspot.blogspot.com

    Basic interface untuk mamakspot v2 ada di http://progold.biz

    mamakspot versi 2 adalah lebih kepada pembangunan software controller berdasarkan web based

    CakePHP 1.2 Framework akan digunakan untuk membuat logik-logik programming

    Antara ciri-ciri yg sedang difikirkan
    1. User management : hanya registered user sahaja boleh surf guna wifi anda
    2. user forum discussion : user ada masalah, boleh post di support forum
    3. Advertisement engine : user ingin jual barang, boleh iklan di ad engine, ad engine akan menjadi default page semua user wifi..kalau ada 10,000 user wifi dis esuatu kawasan, apabila prepaid mereka expired, mereka akan diredirect ke page advertisement, dan juga kalau system admin wajibkan logout setiap 1 jam usage,semua user akan diredirectkan ke advertisement page


    Admin part
    1. boleh generate prepaid, contohya admin akan generate prepaid 5 jam dengan kod xxxx-xxxx-xxxx-xxxx.
    2. Admin sudah generate 10 prepaid berjangka masa 5 jam setiap satu dan berkelajuan 1mbps upload dan download
    3. prepaid yang sudah digenerate akan diiklankan di ruangan jual beli prepaid, konsep macam shopping cart
    4. registered user sahaja boleh request untuk membeli 1 atau 2 unit prepaid yg jangka masa 5jam,
    5. user akan bayar pakai maybak2u ker..bayar cash ker
    6. admin akan set prepaid #xxxx akan dijual ke user id sekian-sekian, dan prepaid tersebut akan ditanda telah dijual di ruangan iklan prepaid
    7. prepaid code akan dihantar ke ruangan control panel user tadi dan user akan masukkan kod prepaid ke login form
    8. user boleh surf dengan memasukkan kod prepaid ke login form untuk surf internet ( hanya prepaid sahaja..macam mobile phone prepaid )

    Katakan user tadi nak guna 10 jam, dia akan beli 2 unit prepaid 5 jam...disebabkan selepas 5 jam pengunaan, prepaid akan expired.

    rekod accounting
    1. semua rekod penjualan prepaid akan disimpan sebagai archive untuk tujuan accounting. lengkap dengan tarikh prepaid generate dan tarik prepaid dijual
    2. sistem juga akan update admin samaada prepaid yang dijual telah diaktifkan untuk pengunaannya dalam sistem


  6. kalau guna CakePHP, dag ada built in pager

    kod dia semudah
    CODE
    function index(){
        // display videos to public
          $this->paginate = array
           (
               'order'            => 'TubeVideo.id DESC',
               'conditions'       => null,
               'recursive'        => 1,
               'contain'          => array('User.username'),
           );

          // paginated data
        $this->set('videos', $t = $this->paginate('TubeVideo'));
        
            
      }




    Itu kalau guna cake, kalau guna pure php code, logic dia macam gini

    1.kira jumlah query
    2. bahagikan jumlah query dengan jumlah data yg hendak dipapar dalam satu page katakan 1000 result / 20 , dapat laa 50 muka surat
    3. Masa nak buat next previos, pandai-pandailaa guna logic php,mysql

  7. bukan rajin....he heh kalau aku rajin semua framework aku bantai

    tapi since masih diperingkat awal..baik ko pilih salah satu sahaja..aku cadangkan samaada Zend atau Symfony..macam aku nih dah guna cake sejak version 1.x..susah nak migrate...aku gi layan SF pun kejap aja..tapi terus terang memang powerful SF...tabik spring sama developer dia.


    Zend pulak, banyak high quality API datang dari diorang....Flickr,Youtube,Paypal......

  8. ok maybe pernyataan aku silap..scratch maksud aku...buat logic and guna helpers...not from 100% scratch........application mamakspot itu memang 100% scratch...barebone PHp script...dengan takder unit test,docs,profiling......

    develop using your own application memang bagus, aku pun pernah ada app sendiri, tapi bila code makin berkembang, bila kita resign kerja, rasa aku baik guna satu framework yg dah establish, contohnya Zend....actually aku dah test semua framework....still suka Cake sebab laju...means bukan code tuh laju.....application development lagi laju..tambah tambah bila ada team...sorang buat 1 module.

    so kalau ada team baru masuk, bagi aja link manual framework, the next day dah boleh contribute plugin. So kalau aku masih guna framework sendiri, berapa banyak masa nak spent nak ajar programmer baru ? Rugi masa dan tenaga

    Depends kepada programmer, kalau suka kerja sorang dan nak securekan future projek dengan buat support, baik buat framework sendiri..tapi kalau nak cepat rapid dan pantas...pilih framework yg dah establish..sebabnya ada dedicated team yg akan buat profiling ( symfony contohnya ) , bug squashing, so just follow aja advise diorang.....dan juga documention...sapa yg sanggup buat docs ? ( cuba tengok symfony.kemudian ci..dan baru laa cakephp docs )..dan juga unit tests...ahaa aku paling suka Symfony Unit Test

    Macam guna Symfony, development diorang memang power, setiap function dah ada profiling.......dah ada sebab kenapa diorang guna logic tersebut...dan ada sebab kenapa diorang dipilih oleh Yahoo........plugable framework..takmo guna doktrin ..gi buang doktrin...takmo yaml buang yaml

    Dan ada juga framework yang mati di tengah jalan, macam qcodo....sebab developer dia sudah ilang...........

    dan ada sebab aku guna cakephp.......sebab senang nak lompat pergi RoR jika keadaan memerlukan

    Daripada RoR....terbitlah framework yg cuba meniru mereka
    - Symfony ( php )
    - CakePHP ( php )
    - Django ( py )
    - Prototype ( js )

    Qcodo tuh promising...tapi tuh laa developer sudah lari

    http://www.symfony-project.org/blog/2007/0...eal-world-usage

    Kat malaysia nak layan freelance, skrg kena upfront 50% dulu.....macam designer untuk buat kerja mock up......yg bridge Cake + Joomla tuh menarik....aku ada jumpa guna Jake...

    And yg paling sedih, kebanyakkan team business development company IT nih tak dapat bezakan....Joomla,Drupal dengan core application development.....

    Client A : Vendor saya guna Joomla boleh siap 1 hari kenapa awak perlu 1 bulan ? Mahal pulak tu.
    Programmer C: terkedu nak jawab
    Client A pun anugerahkan tender jabatan kerajaan kepada vendor yang guna Joomla
    4 bulan kemudian.........Client A menerima banyak request dari HR untuk membolehkan staff yg register dalam Joomla boleh apply cuti dan buat OT request dan dia pun telefon Vendor B

    Client A : Encik Ahmad, saya memerlukan sekian sekian sekian......
    Vendor B : terdiam........dan akhirnya mengaku, kami hanya install sahaja encik, yg forum joomla tuh saya ambil free aja..component joomla...bukan kami yang develop.
    Client A : Laa yang kami bayar RM120k itu cuma install dan hosting sahaja ? Nak buat custom development tak boleh ?
    Vendor B : Nanti kami usahakan

    Dan Vendor B pun mencari laa sesiapa yang boleh develop application dalam J Framework ( atau Joomla Framework )..dan terjumpa Programmer C..dan akhirnya Vendor B sanggup bayar 50k kepada programmer C supaya kontrak mereka disambung oleh Client A.....

    Programmer B pun pi godek J Framework..dan next week application dah siap atau
    Programmer B pi guna CakePHP..bridgekan guna Jake...pun dah siap

    Client A ..pun belajar mengenai perbezaan Application Installer dan Programmer.....
    ohh lain rupanya...abis duit rakyat aku leburkan...........


  9. URL : http://progold.biz

    Cabaran

    Register & Iklan CRUD

    Membina satu sistem di mana user perlu register untuk hantar iklan dan mempunyai sistem kawalan iklan mereka sendiri. Bermaksud, user boleh hantar iklan,edit,delete. User juga boleh melihat performance iklan dengan menggunakan jumlah DIGG ( masih dalam pembinaan ) dan juga kiraan pageviews.

    Pagination

    Jika user tersebut mempunyai 100 iklan, sistem mesti membuat pagination, pecahan kepada 20 paparan dalam satu muka surat.

    Search

    Pengguna pula boleh menggunakan built in search engine untuk mencari iklan. Search pula akan mencari field TITLE dan juga BODY.

    Struktur Direktori

    Cabaran paling sukar ialah membina struktur direktory tanpa had,menggunakan konsep digunapakai oleh ( http://www.sitepoint.com/article/hierarchi...ata-database/2/ ), cabaran untuk membina struktur direktori menggunakan MPTT agak sukar. Tetapi dengan adanya bantuan CakePHP Tree Behavior, masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mudah.

    SEO

    URL dibina mengikut terma SEO, di mana URL yg mudah diingat, pendek akan memberi lebih impak kepada user experience dan cantik bila Google spider url anda.

    Forum

    Menggunakan database user yang sama, sistem juga mempunyai enjin forum supaya user yang bermasalah atau hanya sekadar ingin berforum boleh menggunakan fungsi asas tersebut.

    Sistem Storan Gambar

    pada mulanya saya mengambil langkah mudah dengan menyimpan gambar terus ke dalam mysql menggunakan column longblob. Kemudian sistem menjadi amat perlahan disebabkan bindata. Sistem gambar perlu se dinamik yang mungkin di mana dengan menggunakan 1 punca gambar, saya boleh membuat image cache , contohnya gambar ali.jpg mempunya berbagai saiz..200x200,500x500 di mana semua saiz akan digenerate on the fly. Jadi saya membuat sistem di mana buat pertama kali gambar dibaca, ia akan dicopy ke folder cache mengikut saiz yang dikehendaki.Jadi saya menukar sistem dari menyimpan terus ke database, ke simpanan tetap di dalam web folder.

    Profile

    Sistem yg mudah.Menyimpan profile user seperti no telefon,mobile phone,YM,Skype. Data ini amat berguna untuk membuat email newsletter, SMS blast, hantar mesej direct ke YM menggunakan API CURL PHP/YAHOO di kemudian hari.

    Social Bookmark

    Mudah dan selalnua dipandang remeh, tapi percaya atau tidak, icon social bookmark akan mendatangkan impak besar dari segi web marketing.

    RSS Feeder

    Dalam perancangan, tapi ini antara elemen paling penting. User akan membuat RSS Bookmark untuk mengetahui iklan iklan terbari di direktori kegemaran mereka. Contohnya jika Osman menghantar iklan di direktory KERETA->BMW...sistem secara automatik akan fetch RSS

    Sistem buat masa ini masih dalam keadaan basic.

    Jika ada pembangun software web ingin berkongsi ilmu, boleh reply di sini.

    Sistem dibangunkan menggunakan CakePHP 1.2RC3, MySQL database

    http://www.cakephp.org

    - forum

    - ad management

    - profile management


  10. google gammu

    2 way commuciation

    user daftar -> sistem masukkan verication code dalam mysql -> gammu akan grab data -> gammu send sms ke pendaftar -> pendaftar balas balik, contohnta AKTIF 23453 -> gammu terima data dan masukkan ke dalam mysql -> server bandingkan data dalam mysql sama atau tidak dgn data activaton

×
×
  • Create New...