Jump to content

abixpert

Members
  • Content Count

    1230
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by abixpert


  1. mungkin kena virus sasser

    kenapa windows nak shutdown lepas korang install antivirus?

    sebab virus tu tau korang nak scan dia, tu yang dia nak shutdown pc korang

    camna nak scan virus ni?

    korang install antivirus

    masa keluar popup nak shutdown windows dalam 60 saat, korang tekan start>run> tulis shutdown -a atau shutdown -r.

    windows korang takan shutdown

    pastu korang scan pc

    kalau keluar popup nak shutdown windows, buat perkara yang sama "shutdown -a atau shutdown -r"

    aku baru saja repair laptop yang kena virus sasser ni, guna kaedah ni la

    scan masa save mod pon keluar popup jugak

    lepas tu, korang install patch yang johnburn bagi

    http://forum.putera.com/tanya/index.php?s=&a...st&p=663514


  2. klik kanan kat Computer, masuk sistem properties > (tgk sebelah kiri) advance system settings (automatik akan masuk tab "advance") > startup and recovery > setting > sistem startup > default operating system (pilih windows vista) > uncheck "time to display operating system"


  3. aku pernah buat satu ketika dulu.

    kalau mobo tu limit 10gb saja, pecahkan harddisk tu kepada 8 partition (80gb)

    tapi kena buat partition tu kat mobo yang support 80gb la

    nanti mobo tu akan detect ada 8 partition yang berkapasiti 10 gb kat dalam harddisk

    aku penah buat kat pc member aku, PII masa blajar dulu, masa tu mmg support 10gb je hdd, cuma tadak la mampu nak beli 80gb harddisk, 20gb harddisk kot kalau aku tak silap.

    cuba la, mana tau menjadi, atleast ko cuba, ye tak...


  4. aku ada wifi router dgn laptop dell vostro 1200

    camna nak buat utk kuatkan signal?

    aku nak akses internet dari rumah aku ke kebun... dalam 200 meter je...

    ada rumah dengan pokok besar sebelum sampai kebun aku

    router aku letak kat bilik aku kat tingkat atas, mengadap ke kebun...

    rasanya boleh sampai tak signal?

    aku guna aztech wl830rt4

    boleh tak aku DIY apa2 kat router aku tu untuk bagi aku dapat signal kat kebun?

    kalau buat cara Hackezkk, adakah signal lagi kuat kat kebun? bila aku halakan ke kebun (belakang rumah), signal kat depan rumah macam mana? kuat atau kurang?


  5. ASSALAMUALAIKUM WBT.

    MOHON LALUAN DARIPADA MODERATOR.

    Saya ingin membuka tawaran kepada mana-mana individu atau syarikat yang

    berkebolehan dan berkemampuan untuk 3 projek berkaitan :-

    1. Pembinaan Montaj Perasmian Majlis Mega Reunion Alumni Sekolah

    1.1. Tempoh masa sekitar 5-7 minit

    1.2. Maklumat berkaitan tema, informasi dan lain-lain akan

    dimaklumkan kepada yang berminat

    1.3. Kos boleh dirundingkan.

    1.4. Tempoh siap dalam masa 3-4 minggu (pada atau sebelum 01 April

    2008).

    2. Pembinaan dan Rekabentuk Rasmi Logo Persatuan

    2.1. Rekaan mestilah bercirikan teknikal, innovatif dan kreatif

    2.2. Memasukkan warna rasmi : merah, kuning dan hitam

    2.3. Rekaan dalam bentuk saiz A4

    2.4. Dibuat dengan menggunakan perisian Pagemaker atau Powerpoint

    sahaja

    2.5. Penghantaran dalam bentuk softcopy dan hardcopy (2 salinan

    cetakan warna)

    2.6. Kos boleh dirundingkan.

    2.7. Tempoh siap dalam masa 3-4 minggu (pada atau sebelum 01 April

    2008).

    3. Pembinaan Lama Web Rasmi Persatuan

    3.1. Sila merujuk kepada Mansor Adam untuk maklumat lanjut.

    3.2. Maklumat berkaitan tema, informasi dan lain-lain akan

    dimaklumkan kepada yang berminat

    3.3. Kos boleh dirundingkan.

    3.4. Tempoh siap dalam masa 2 bulan, sehingga 30 April 2008

    Kepada sesiapa yang berminat sila berhubung dengan Saudara Mansor Bin Adam

    (012-3753082 atau mansor_adam@ heitech.com. my). Sebarang perbincangan dan

    maklumat lanjut amat dialu-alukan. Sila hubungi saya untuk membuat temu

    janji sekitar KL.

    "BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT."

    SEMUA BEKAS PELAJAR SEKOLAH TEKNIK SELURUH MALAYSIA DIJEMPUT UNTUK MENJADI

    AHLI PERSATUAN GRADUAN SEKOLAH-SEKOLAH TEKNIK MALAYSIA (PGTM)

    UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI :

    http://www.Persatua n-PGTM.blogspot. com

    www.Persatuan- PGTM@yahoogroups .com

    ikhlas daripada

    MANSOR BIN ADAM

    SETIAUSAHA EKSEKUTIF

    b/p AJK PGTM SESI 2008

    Saya hanya penyampai maklumat. Kepada sesiapa yang berminat sila berhubung dengan Saudara Mansor Bin Adam

    (012-3753082 atau mansor_adam@ heitech.com. my). Sebarang perbincangan dan

    maklumat lanjut amat dialu-alukan. Sila hubungi Saudara Mansor Bin Adam untuk membuat temu

    janji sekitar KL.


  6. Saya beli Dell Vostro 1200 - Mainstream RM2,549 (FREE extended warranty, FREE upgrade 1GB to 2 GB, RM450 Instant Cash Redemption dan FREE shipping). Ciri-ciri yang saya cari… murah, kecil dan ada wireless.

    Lepas dah bayar, saja je saya suka-suka tengok balik web Dell, baru sedar, ada Dell Vostro 1200 - Basic RM1,999. Saya ingat hanya ada pakej RM2,549 tu je sebab Dell buat trick sket kat website dia. Saya tak jumpa pakej lagi murah bila buka page yang RM2,549. Iye la, dah nama pon bisnes, mesti ada trick yang boleh menarik pelanggan. Untuk makluman, kat laman web Dell, kita boleh ubah suai pakej yang dorang dah tetapkan. Dan promosi untuk Dell Vostro 1200 - Basic (FREE extended warranty, FREE upgrade 1GB to 2 GB, RM550 Instant Cash Redemption dan FREE shipping).

    Saya cuba ubah suai spec Dell Vostro 1200 - Basic menjadi spec Mainstream. Saja suka-suka, mana la tau, kot-kot pakej Mainstream lagi murah daripada ubah suai pakej Basic. Saja untuk kepuasan dapat beli barang murah. Tapi, bila saya jadikan spec Basic ke Mainstream, harganya menjadi RM2,449. Aik, murah RM100. Mungkin saya terlepas pandang spec Mainstream. Saya cuba sekali lagi dan harganya tetap sama RM2,449.

    Cuba tengok balik promosi Basic dan Mainstream, nampak sama tapi tak serupa. Pakej Basic RM550 Instant Cash Redemption, manakala Mainstream RM450 Instant Cash Redemption. Saya jimat RM100 kalau saya upgrade spec Basic jadi Mainstream. Tapi apa boleh buat, saya jadikan pengalaman saya untuk orang lain pula, semoga anda pon dapat beli dengan harga murah.

    petikan daripada: http://mohdashraf.com

×
×
  • Create New...