Jump to content

abixpert

Members
  • Content Count

    1230
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by abixpert


  1. bantuan RM3K Jabatan Belia ada lagi ka?
    rasanya tahun ni last belia bagi
    pastu tadak dah kot

    loan belia plak, RM15K tanpa penjamin
    Nak lebih, kena ada penjamin dan cagaran

    mula2 apply RM15K dulu, pastu kasik canteq bayaran kat bank sekurang2nya RM7.5K, boleh apply pinjaman lagi, pon tanpa cagaran. tak perlu apply banyak2 sekali gus. jadi kurang sket kita nak nyusahkan orang jadi penjamin.

    ingat... pinjaman tau... bukan harta kita lagi. bila dah bayaq balik semuanya baru jadi harta kita.
    kalau boleh, jangan buat pinjaman 100%, kot jadi apa2, teruk wo... sebab nak kena bayar balik harta orang.

    kat rancangan bijak wang kat TV3 aritu ada sebut tentang pinjam meminjam ni.

  2. sapa tak suka hadiah?
    sapa tak suka barang murah?

    bila kata nilai RM15K, cuma bayar RM10K, sapa tak nak?

    ni semua permainan psychology.

    aku pon pernah kena tegur jugak dengan dorang ni
    nyaris2 masuk lobang, sebab ayat dorang mmg power beb
    macam ahli politik dorang main kata2
    benda tak logik pon buleh jadi logik

    masa kita tak kena, mmg kita tau benda tu tipu, bila dah kena, otak jadik tak betul, nafsu tamak take over kapla otak.

    korang kena cepat2 melarikan diri kalau dorang datang tegur. buat2 la sibuk nak ke mana2...

  3. kalau pakai beg laptop, senang orang nak curi laptop tu

    ada 1 kes, baca mana ntah

    owner tu letak beg laptop dalam keta, tapi dalam beg laptop tu letak file, kertas2 opis je
    laptop letak dalam begpack biasa ja

    pastu terus laptop beg yang disambar pencuri
    begpack yang ada laptop langsung xamik

    pengajaran yang aku dapat... jangan boh dalam beg laptop... tak kisah la yang biasa atau begpack branded untuk letak laptop... letak laptop dalam begpack biasa je

  4. aku sokong makcik ni...

    lawan jangan tak lawan

    hehe..

    untung badan dapat 1 juta siap interest lagi

    kenyataan X-Fresh tu mengelirukan

    p/s: mungkin X Fresh lepas kot... ada kes sblm ini, kerajaan negeri berjanji untuk beri sesuatu tapi tak beri pon lepas. Kes mahkamah biasanya merujuk juga kes2 hampir sama yang dah diputuskan mahkamah sebelum ni.


  5. sumber: http://abiagro.com.my/v1/pertandingan-cipta-logo-abi-agro

    ABI AGRO adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada Ogos 2007. Antara objektif ABI AGRO ialah membangunkan pertanian berasaskan teknologi dengan kaedah tanaman secara fertigasi, melahirkan usahawan tani baru melalui program latihan yang ditawarkan, mewujudkan pusat sentralisasi hasil keluaran petani dan juga menawarkan khidmat nasihat kepada yang berminat mahupun petani yang menghadapi sebarang masalah pertanian.

    Abi Agro dengan ini menjemput semua warganegara Malaysia untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo Abi Agro. Tujuan diadakan pertandingan ini adalah untuk melahirkan sebuah logo yang boleh digunapakai oleh Abi Agro sebagai logo rasmi syarikat.

    Syarat-syarat pertandingan:

    1 Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia,

    2 Semua ciptaan hendaklah mengambilkira objektif penubuhan Abi Agro.

    3 Rekacipta hendaklah bersifat dinamik, dimana Abi Agro akan sentiasa maju ke hadapan dengan teknologi yang terkini,

    4 Rekacipta hendaklah asli dan warna hendaklah tidak lebih dari tiga (3) warna,

    5 Rekacipta mestilah dilukis menggunakan kaedah teknologi grafik,

    6 Rekacipta hendaklah dihantar dalam bentuk ’softcopy’,

    7 Para peserta bolehlah mendapatkan maklumat berkaitan Abi Agro di laman web Abi Agro di www.abiagro.com.my

    8 Para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan hendaklah dinyatakan nama, alamat surat menyurat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan e-mel yang boleh dihubungi.

    9 Pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja.

    10 Semua penyertaan tidak akan dikembalikan dan boleh digunakan semula oleh Abi Agro tanpa sebarang syarat.

    Penilaian Pemenang

    Penilaian akan dibuat oleh pengadil yang akan dilantik oleh Abi Agro. Keputusan pemenang yang dibuat oleh Abi Agro adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan diterima oleh Abi Agro.

    Hadiah

    HADIAH-HADIAH

    Tempat Pertama : RM 100.00 & Sehelai T-Shirt Abi Agro

    Tempat Kedua : RM 50.00 & Sehelai T-Shirt Abi Agro

    Tempat Ketiga : Sehelai T-Shirt Abi Agro

    Emailkan penyertaan anda kepada:

    [email protected]

    Tarikh tutup:

    Sebelum jam 12.00 tengahari, 6 Oktober 2008

    Sebarang pertanyaan boleh diajukan di [email protected]

×
×
  • Create New...