Jump to content

LanoV

Moderator
  • Content Count

    4552
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by LanoV


  1. Tahun 2014... fuhh tak sangka dah 8 tahun kelab nie sejak ditubuhkan....

     

    Untuk makluman semua, aku dah tak buat apa2 programming hampir 3 tahun.... jadi makna nya, dunia pengaturcaraan dah aku tinggalkan... sob sob sob... busy yang amat sekarang nie, dengan banyak komitmen....

     

    Jadi, kepada programmer2 muda sekalian, aktiflah korang.... jangan senyap2 jer... timba lah ilmu walau di mana jua, sebab ICT nie sangat2 cepat berkembang dan sentiasa ada benda baru untuk di explore...


  2. [quote name='NeoLogy' timestamp='1353146721' post='1086847']
    Setahu aku lah, kisah Nabi Sulaiman a.s dan jin Iffrit adalah berkaitan dengan permintaan Nabi Sulaiman untuk membawa singgahsana Permaisuri Balqis dari istananya ke istana Nabi Sulaiman (kira-kira 2000 batu jaraknya). Lalu Iffrit menawarkan khidmatnya dengan berkata "Aku boleh membawanya sebelum Tuanku bangun dari tempat duduk Tuanku". Bangun dari tempat duduk itu bukan bermaksud duduk dan berdiri. Maksudnya dari start daripada Nabi Sulaiman berbincang masalah dengan rakyatnya sehingga tamat. Macam parlimen la. Pagi bersidang, petang baru selesai. Tetapi ada seorang hamba Allah yang bernama Assid bin Burqiyah (kalau tak silap) offer dengan berkata, "Saya boleh membawanya sekelip mata". Hamba Allah ini tidak menggunakan apa-apa alat tetapi beliau mengamalkan sepotong ayat/doa yang dapat memindahkan object sekelip mata. (Sumber : Kuliah Ustaz Ismail Kamus - Mengenal Alam Jin )

    Maksudnya di sini, benda ni tak mustahil dengan bantuan dan pertolongan Allah. Manusia mungkin penah sampai ke bulan. Tapi kita tidak dapat kepastian yang jelas kerana beberapa bukti yang didakwa oleh Amerika Syarikat boleh diragui kebenaranya. Ini berdasarkan beberapa gambar manusia di bulan yang tidak begitu meyakinkan dengan melihat persekitaran/environment bulan yang tidak memenuhi hukum fizik mikro graviti, Bagaimana bendera US boleh berkibar, bagaimana cahaya dan bayang-bayang yang terhasil di bulan, dan beberapa elemen lain lagi..

    Apa pun, tiada yang mustahil jika Allah berkehendakannya. Allah turut mencabar manusia supaya naik ke langit sekiranya manusia berkuasa (mampu dan berilmu).
    [/quote]

    Thank you neology... sebab betulkan cerita nie. dah lama benar sebab tu aku ingat2 lupa... :D

  3. [quote name='sayw' timestamp='1352672397' post='1086679']
    tapi... kalau ikut logik al quran, bulan ni dikira juta tahun cahaya...... x tua ke angkasawan yang pergi ke bulan tu? fikir2 kan la
    [/quote]
    nie biar betul... kat ayat mana dalam Al quran yang kata jarak bulan jauh macam tu... so far setahu aku takde pulak sapa2 mentioned benda nie... setahu aku jugak, takde ulamak yang menidakkan yang manusia pernah ke bulan... tidak ada yang mustahil jika manusia mahu berfikir dan dengan ilmu yang ada manusia mampu melakukan perkara2 yang diluar kebiasaan...

    dalam Al quran ada beberapa kisah yang menunjukkan bahawa manusia pernah mempunyai teknologi2 yang hebat zaman dahulu lagi... misalnya apabila nabi Sulaiman memerintahkan sapa2 yang boleh mengambil mutiara dari dasar laut yang dalam... jin dengan bangganya kata dia boleh ambil sebelum nabi Sulaiman sempai bangun dari tempat duduk... tapi ada seorang hamba Allah nie dia lagi hebat dari jin, iaitu boleh ambil mutiara tu sebelum sempat nabi Sulaiman kelipkan mata... dari sini kita tahu teknologi yang digunapakai hamba Allah nie lebih kepada teknologi teleportation (yang masih belum dapat dihasilkan saintis zaman ini).

    Sebenarnya, banyak lagi perkara2 mustahil yang mampu menusia buat dengan akal fikiran mereka...

  4. Dulu memang riuh rendah jugak kelab nie... tapi dah sunyi sepi mungkin sebab masing2 dah ikut haluan sendiri... aku pun dah jadi silent reader jer kat sini... malas ler nak beraktiviti sorang2.... dulu pernah aku sorang2 jer ber'aktiviti' kat sini dengan display model2 3d yang aku buat... sepanjang beberapa bulan aku sorang jer yang aktif... last2, aku pun malas ler nak aktivate kat sini.... huhuhuhu...

  5. Next week aku akan ke LCCT (hantar orang ke airport), mungkin lepas balik dari LCCT, aku akan survey tempat berkenaan... siapa2 yang pernah pergi situ, sila ler bagitau sikit berapa banyak hotel, chalet kat area tu... dan korang nyer aktiviti macam mana... berapa budget sorang2 kalau korang nak stay...

  6. Daripada website diorang...

    [img]http://1.bp.blogspot.com/-xy2TzeUE_OI/T8Q-vq9ykJI/AAAAAAAADN8/0EShLasv1Tw/s200/beach-resort-chalet.jpeg[/img] [img]http://3.bp.blogspot.com/-7BIw2n6GAw0/T8Q-xUEO4CI/AAAAAAAADOE/KzJ87TYAZME/s200/beach-resort-facilities.jpeg[/img] [img]http://1.bp.blogspot.com/-AVt_vadFZmo/T8Q-zonLHGI/AAAAAAAADOM/uvJoNBdztLA/s200/beach-resort-hall.jpeg[/img]

    [img]http://3.bp.blogspot.com/-MvRuUFpIgyc/T8Q-1q7aY-I/AAAAAAAADOU/Br138Y2UEuU/s200/beach-resort-longhouse.jpeg[/img] [img]http://3.bp.blogspot.com/-X_GLnY2CogY/T8Q-3tFa4uI/AAAAAAAADOc/_l6oD92PaPY/s200/beach-resort-restaurant.jpeg[/img] [img]http://4.bp.blogspot.com/-JPVk2LtgYp4/T8Q-61DZJ2I/AAAAAAAADOs/DaxuSbRGupY/s200/beach-resort.jpeg[/img]

    Taktau betul ke tak, tapi nie ler hasil pakcik Google... chalet and resort Bagan Lalang, Sepang...

    Jalan dia kalau nak pergi LCCT/KLIA tu, ada satu simpang yang dekat dengan Litar F1 Sepang tu... kat situ lah kot jalan menuju ke tempat nie...

  7. [quote name='CFoo++' timestamp='1349852731' post='1085301']
    Masalah utama ialah lacturer x reti GUI, x penah buat program selain projek final year masa belajar dulu-dulu. Belajar tiori, kedian jadi pensyarah dan mengajar. Paham-paham je la...
    [/quote]
    Pendek kata takde praktikal skill lah kan... sebab semua teori jer... aku rasa lecturer kena at least kerja dan ada experience kurang-kurang 2 tahun baru tahu real life challenge...
×
×
  • Create New...