Jump to content

sHäwTY™

Members
  • Content Count

    305
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by sHäwTY™


  1. Tracer mmg panas.

    Korang nak bling bling, kena la korbankan sesuatu.

    Nothing is perfect in this world. ;)

    Actually, korang still boleh sejukkan ram tu guna active cooling tapi still enjoys the beautiful leds.

    Aku guna 2 kit [4 Batang] Crucial Ballistix Tracer DDR2 PC2-6400 800MHz 4GB Kit. [Total = 8GB Of Ram]

    Dan aku juga still guna active cooling kat ram aku, tapi aku still boleh enjoy led led kat ram tu.

    Cara aku, aku guna Corsair Dominator Airflow.

    Corsair Dominator Airflow ada tiga kipas 40MM.

    Aku cabut yang tengah tengah, so aku still boleh enjoy led on the top of all 4 Tracer sticks.

    Semua 4 batang tracer aku run kat 34°C kat full load.

    You just have to be creative. ;)

    PS: Ram aku run kat DDR2 PC2-6400 800MHz @ 4-4-4-12 @ 1.925Volts.


  2. Shawty aku kurang phm ratio 1:1 tue..mksud kau kalau aku Oc RAM aku,aku kene Oc Proc aku skali eh?Oc nie bergantung pd mobo jugk kan blh support ke tak? :unsure:
    1:1 ratio ni, kira yang paling sedap dan paling susah nak stabilize kan, sebab kalau ko nak buat 1:1 ratio, susah nak buat 500MHz Bus Speed : 500MHz Ram [DDR2 PC2-8000 1000MHz].

    1:1 ratio ni kalau ko dapat stabilizekan system ko lagi reliable, lagi tahan lama.

    Selalunya orang buat 1:1 ratio on 400MHz Bus Speed : 400MHz Ram [DDR2 PC2-8000 1000MHz].

    Tapi tgk processor gak la, kalau pakai Intel Core2Duo / Core2Quad / Pentium Dual Core, senang je nak buat 400MHz Bus Speed.

    Kalau ko ada Intel Core2Duo E8400 / E8500, senang je nak buat 500MHz Bus speed.

    Tak semestinya ko kena buat 1:1 ratio, dia terpulang pada ko sendiri la, nak guna ratio apa pun boleh.

    Pasal oc processor tu, boleh gak kalau ko hanya nak overclock ram tanpa overclock processor.

    Yang tu ko kena main divider.

    Tapi apa guna overclock ram tanpa overclock processor, ko takkan rasa effect apa apa nanti. ^_^


  3. bermakna, RAM ni nk kene seimbang la ngan brg komputer yg laen? owh. bru faham

    last question (confirm), dual channel ni mcm dual core or cume tambah performance?

    TQ

    Pasal seimbang tu, betul, tapi pasal dual channel ngan dual core, salah.

    Actually, semua benda kena seimbang dalam pc ni.

    Contohnya, kalau ko ada processor lembik, ram lembik, tapi graphic card high end tahap karmeng, tak guna jugak, sebab nanti processor dengan ram tu akan bottleneck performance sebenar graphic card tu.

    So, semua benda ko kena seimbangkan.

    Macam pemakanan diet yang seimbang la. :)

    cth ram jenis pc5300 kalo di dualchannelkan akan diganda 2x jadi 10600.paham?
    Aku sekeh jugak mamat ni karang. doh.gif

    Sape ajar ko kalau ram PC2-5300 buat dual channel jadi PC2-10600? shakehead.gif

    Kalau tak tau, buat cara tak tau, jangan pandai pandai reka fakta.

    Orang ramai datang sini nak belajar, so, jangan la bagi ajaran sesat macam tu. -_-


  4. fuh best-best.satu explanation yg terang lagi jelas.Nak tau gak ni bro...1250mhz @ 5-5-5-12 tu ram brand apa dan 2gb kit atau 4gb?sambil tu aku nak tambah skit. Team Xtream boleh layan 1200mhz @ 4-4-4-12.Sayangnya 2gb kit.Kalau 4gb kit sure aku rembat.
    wow...dasat...akunye crucial ballistix stakat ni aku mampu 4-4-4-12 1020mhz je...

    erm...4gb kit xleh OC selaju 2gb kit la bro...chip yg best kt 1gb sekeping je.

    yg sekeping 2gb x bape best. tp ballistix still leh wat 1150+ kt 2Gbx2

    Korang kena ingat phrase kat bawah ni:

    "Saiz adalah lebih penting daripada kelajuan"

    Ko anggap ram ni macam ko banding Mazda RX8 dengan Ford Shelby GT 500KR lar.

    Satu sports car, satu lagi muscle car.

    Mazda RX8 enjin dia 1300CC yang Ford Shelby GT 500KR tu plak 5400CC.

    Mazda RX8 menang dalam top speed, tapi torque ngan accelaration dia kalah.

    Ford Shelby GT 500KR kalah dalam top speed, tapi torque ngan accelaration dia tinggi gila babeng.

    Mana ko pilih? ;)


  5. Dual Channel ni macam ni.

    Kat Valueram ada, kat high performance punya ram pun ada.

    Nak dapat Dual Channel ni, yang paling penting, korang kena ada dua batang [batang ram, bkn batang lain :lol: ] yang sama, saiz yang sama, chipset yang sama.

    Kalau nak senang dapat Dual Channel, beli ram yang sama brand, tapi kena tgk gak, kalau chipset lain, lain plak jadinya nanti.

    Kalau high performance ram, selalunya dia datang directly dalam Dual Channel Kit.

    Bila beli yang Dual Channel kit ni, ko takyah bimbang, sebab slalunya dia akan letak ram yang sama saiz, sama chipset dan paling best, datang dari batch yang sama.

    Batch ni memainkan peranan penting gak.

    Ada batch yang sedap oc, ada yang hampeh.

    Dual Channel ni dari zaman DDR1 dah ada.

    Pasal timing ni, hardcore overclockers selalunya carik highest speed at the lowest timing possible.

    Macam sekarang ni, record paling terbaik, 1250MHz @ 5-5-5-12 <- yang ni ketat gila, tapi masalahnya, sekarang ni, hanya ada beberapa brand je yang boleh buat macam tu.

    Timing ni memainkan peranan penting, kalau setakat speed je tinggi, tapi timing sengal, baik ko takyah oc.

    Contohnya, DDR2 PC2-8000 1000MHz @ 5-5-5-15 takde beza pun dengan DDR2 PC2-6400 800MHz @ 4-4-4-12.

    Kalau dapat buat DDR2 PC2-8000 1000MHz @ 4-4-4-12, sedap la.

    Kalau ko dapat run ram tu kat 1:1 ratio paling best, tapi, macam biasa lah, bila korang nak buat 1:1 ratio, processor ada FSB wall, ko nak oc processor sampei 500MHz Bus Speed, susah, bkn banyak processor leh buat camtu weh.

    Kalau dapat run FSB & Dram kat 1:1 ratio, sedap. Dapat 400MHz Bus Speed & ram kat DDR2 PC2-6400 800MHz @ 4-4-4-12 pun dah kira ok.

    DDR2: Dual Data Rate. So maksudnya, 800MHz / 2 = 400MHz.

    So kalau nak run ram kat DDR2 PC2-8000 1000MHz kat 1:1 ratio dgn processor, ko kena la oc processor korang sampei 500MHz Bus speed.

    Contoh kalau korang run e6600 @ stock speed [2.394GHz Clock Speed | 266MHz Bus Speed | 1066MHz FSB] at 1:1 ratio dgn ram, ram korang akan run kat DDR2 PC2-4200 533MHz.

    Contoh kalau korang run e6750 @ stock speed [2.664GHz Clock Speed | 333MHz Bus Speed | 1333MHz FSB] at 1:1 ratio dgn ram, ram korang akan run kat DDR2 PC2-5300 667MHz.

    Kalau nak tgk contoh 1:1 ratio, tgk gambar kat bawah ni:

    contohfp8.jpg


  6. tok lah, aku gune ocz, ok jerk, mungkin la ngan certain mobo tak ok, tapi ngan aku nyer current mobo ok la, dah beberapa kali flash bios tip top :D
    Try overclock ram OCZ Reaper ko, tgk boleh ke tak dia reach 13XXMHz macam Crucial Ballistix / Crucial Ballistix Tracer. :rolleyes:

    Confirm tak boleh. :lol:

    OCZ Reaper DDR2 PC2-6400 800MHz pakai chipset tak boleh blah.

    Tak berbaloi beli, kalau nak beli performance ram, pastikan dia pakai chipset sedap, kalau beli performance ram tapi performance ram tu pakai chipset tak boleh blah, buat pe? Baik beli valueram. Membazir duit je beli performance ram yang pakai chipset tak boleh blah. <_<

    Takde niat nak melukakan hati sesapa, tapi ini adalah fakta. ;)


  7. lor jd kene beli crucial ballistix eh?life time warranty kan?shawty bukak ar tempahan pukal lagi.bg harga lagi murh..... :lol: ....
    I didn't say anything about ko mesti beli Crucial Ballistix.

    Decision masih kat tangan ko. Aku cuma timbulkan facts yang sebenar dalam topik ni.

    Tu je.

    About tempahan pukal, tempahan pukal sentiasa berjalan, automatic bila aku tutup bulk 17, bulk 18 akan terus dibuka pada hari yang sama, takkan tutup.

    Ko nak, join awal, jangan tunggu last minute. :rolleyes:


  8. Hehehe nasib baik laa Team Elite aku ni gna cip Promos kot, xde problem sangat nak OC..Tapi juz single sided, klau dapat double sided kan best :lol:

    Bro sHawTY, btween Ballistix vs Tracer, mna lg best OC?Tracer tuh panas kan? :rolleyes:

    Ram ko bkn guna chip ProMOS.

    Kalau ProMOS dia double sided. Tu chipset Hynix EBD.

    Yang tu la yang aku cakap Team Elite Revision baru, Hynix EBD mmg overclockable, tapi tak dapat lawan dgn ProMOS, apa lagi Micron D9GMH/D9GKX/D9GCT.

    Tracer mmg panas, tapi revision baru Tracer dah tak panas macam dulu, dah lebih sejuk.

    Semua komponen electric dan elektronik ada produce haba, Tracer dia panas sebab komponen kat atas ram tu lebih banyak berbanding ram ram high performance lain, Tracer ada tambah chip led controller dgn chip led voltage regulator. Ko nak bling bling, toksah la komplen pasal haba. :rolleyes:

    Try dapatkan Corsair XMS2 Pro [Ada Led], pastu ko test kepanasan dia, ko akan terkejut, heat yang di hasilkan oleh Corsair XMS2 Pro lagi teruk dari Crucial Ballistix Tracer.


  9. sayang ko..ade sentimental value..kekekeke...

    bro shawty,

    PM kat saya harga tracer 2*2gb..thanks.. :)

    Eee..

    Takut aku dengar benda tu. :lol:

    Nak tanya..sekarang ni mobo 8GB dah ada,kalau 8GB tentu tip top..agak2 ttak teringin ke nak wat sampai 8GB ddr2 kan nak murah sekarang ni.
    8GB?

    Kalau setakat ko guna Windows XP / Vista 32bit, toksah la, membazir duit je.

    MOBO 8GB tu ape bro...?? :blink:
    Aku rasa apa yang dia cuba sampaikan ialah mobo yang support 8GB.


  10. Team Elite punya ram yang revision baru dah tak sedap OC.

    Ramai customer aku komplen, diorang siap jual balik ram Team Elite diorang, pastu amik Ballistix, overclockable lagi tinggi dari Team Elite. :rolleyes:

    Kalau Team Elite revision lama, mmg la confirm sedap OC, tapi kalau beli sekarang, jangan harap la ko nak dapat Team Elite revision lama tu. :lol:

    Team Elite DDR2 PC2-6400 800MHz 4GB Kit lagi teruk performance dia, oc paling tinggi pun 850MHz.

    Teruk gila, tambah RM25 dah dapat Crucial Ballistix DDR2 PC2-6400 800MHz 4GB Kit yang takde masalah langsung nak touch 1158MHz @ 5-5-5-15 @ 2.2Volts.

    Bayangkan,

    Team Elite DDR2 PC2-6400 800MHz 4GB Kit - RM350

    Crucial Ballistix DDR2 PC2-6400 800MHz 4GB Kit - RM375

    Ko tambah RM25, dah confirm confirm leh touch 1000MHz. ;)


  11. yohoOo

    shawty, ade x crucial ddr eh?

    ko jual brape aa?? nanti pm aku k..

    aku clan dgn truckster..

    dia jiran sblh umah aku :lol:

    ddr ade kemungkinan turun harga x?? hehe

    yela org skrg pakai ddr2 kan...

    Ada, tapi dah EOL, Crucial dah lama stop production for DDR1.

    truckster tu sapa, tak kenal pun. :mellow:

    DDR?

    Lagi naik harga ada la, bila manufacturers dah stop production, pastu unit dah makin kurang, makin mahal la jawabnya.

    Toksah membazir duit beli DDR. Simpan je duit ko, upgrade the whole system.

    Aku tak faham betul kenapa sampai arini still ada orang nak upgrade system DDR ngan AGP diorang.

    Dari diorang membazir duit upgrade system lama tu, kan lagi bagus simpan duit tu sampai cukup untuk upgrade the whole system? :huh:


  12. kalau ko xoverclock,xpayah la amek performance ram.amek value ram udah la.

    kalau ko mmg overclock,amek crucial @ team elite.jgn menggatal amek corsair.kalau nk Adata ok gk,tp ko kena carik yg pakai chip D9GMH semua.

    What for amik A-Data D9GMH tu, mahal gila, sebatang RM150, dah tentu nak amik 2 batang.

    2 batang dah jadi RM300.

    Anyway Threadstarter, kalau budget rendah, amik Team Elite pun dah cukup.

    kau ade jual murah2 lagi tak.aku ade ternampak thrt kau jual RAM crucial nie.......mcm dah tmat tempoh jer.... :lol:
    Section ni untuk bincang pasal hardware bang, bkn sales, nanti ada kena warning. :lol:

  13. crucial bllistix tue...brand aper?tak pernah dgr pun?ade gambarnyer tak?team elite aku tgk design nyer mcm tak menarik dari Corsair XMS2...ye ker team elite lagi better? :lol:
    Ko tak penah dengar pasal Crucial sebab most mainstream users mmg tak tau pasal ram Crucial, ramai tau pasal corsair ngan kingston je.

    Yes, between Corsair XMS2 / XMS2 DHX / XMS2 Pro ngan Team Elite, Team Elite lagi better banyak berbanding Corsair.

    Aku tak reti nak terangkan benda ni dalam malay, so aku terangkan dalam english:

    Corsair XMS2 / XMS2 DHX / XMS2 Pro is nothing but valuerams slapped on with heatspreaders.

    Even Kingston Hyper-X pun lagi better dari Corsair XMS2 / XMS2 DHX.

    Corsair XMS2 / XMS2 DHX / XMS2 Pro hanya untuk newbies yang tak reti buat research before beli dan bagus untuk orang yang sukakan kecantikan semata mata. Dan orang orang ini jatuh dalam golongan yang kena makan dengan marketing Corsair.

    Crucial is different from Corsair.

    Target Crucial adalah pure customer satisfaction, berbanding Corsair yang target diorang hanya mengejar untung semata mata.

    Crucial Ballistix:

    BallistixSLi.png

    ==================================================

    Crucial Ballistix Tracer:

    TracerSLi.png

    ==================================================

    Crucial Ballistix Tracer Red Edition:

    TracerRed-1.jpg


  14. ade ke performance ram for lappy??? :wacko:
    Ada.

    Ada satu brand je yang buat performance ram untuk laptop.

    Brand Geil.

    Beza ram laptop performance dari Geil dengan ram ram laptop yang lain ialah timing & latency dia yang lebih rendah dari biasa.

    Explanation:

    Kingston Valueram DDR2 PC2-5300 667MHz So-Dimm 1GB datang dengan timing 5-5-5-15.

    Geil Extreem DDR2 PC2-5300 667MHz So-Dimm 1GB datang dengan timing 4-4-4-12.

    Geil Extreem tu hanya menggunakan voltage yang sama macam ram ram laptop biasa, iaitu, 1.8Volts.


  15. alo..aku mcm berminat ngan Crucial ko just soalan noob la

    apa beza crucial warna kuning ngan warna itam ( tracer )

    ShaWty dok shah alam ka...bole aku angkat direct dari ko..

    Crucial Ballistix: Heatspreader kuning tanpa LED.

    BallistixSLi.png

    ==========================================================

    Crucial Ballistix Tracer: Heatspreader hitam dengan LED's.

    Video Crucial Ballistix Tracer:

    TracerSLi.png

    ==========================================================

    Crucial Ballistix Tracer Red Edition: Heatspreader "Candy Red", PCB merah dan LED merah.

    Video Crucial Ballistix Tracer Red Edition:

    TracerRed-1.jpg


  16. terasa nak jual ram aku pulak..huhu

    bro @shawty trade in 4x1GB ddr2 800 OCZ reaper HPC angkat 2x2GB tracer buleh x bro? aku topup sket huhu

    Sorry beb, aku tak accept trade in.

    Kalau aku accept trade in pun, ko akan terkejut dengan jumlah yang aku suruh ko topup. :lol:

    Udah udah, ni topik bincang pasal harga ram nak naik, bkn tempat bincang nak beli ram dari aku, ada karang kena warning dengan zero plak kang. :wacko:


  17. Tapi apa kene mengena soalan aku ngan 4GB ko ngan awek ko. Nak menunjuk2 ke. Ada org ada cincin tunang pun tak sarung, takut jatuh saham. :huh:
    Ko ni apahal kerek plak ni?

    Aku jawab soalan ko baik baik, ko nak kerek kerek plak apahal?

    Aku bukan menunjuk la.

    Itu namanya lawak, kalau ko banyak duit, bubuh 4GB. Itu pun susah sangat ke nak faham? Tak nampak smiley gelak tu?

    Which part of that you don't understand?

    Sesedap mulut ko je cakap aku menunjuk.

    Ada lagi manusia yang tak faham bila kita tgh buat lawak.

    Ingat dah pupus. :mellow:

    Lain kali kalau nak suruh orang jawab, tapi bila orang dah jawab nak kerek kerek, lu jangan duduk kat forum ni, forum ni bkn tempat orang untuk tunjuk besar kepala. Faham?

    Biadab betul budak budak newbies sekarang.

    Baru masuk tempat orang dah nak tunjuk besar kepala.

    Aku yang duduk kat dalam forum ni ngan forum lain bertahun tahun pun tak pernah cakap macam tu kat orang lain. <_<


  18. Aku punya laptop ni lembab. yg terer bg cadangan utk aku upgrade leh tak?

    W. Vista

    1GB DDR2.

    huh lembab, kalau tido dah bangun tido baru abis donlod :lol:

    Depends.

    Kalau dalam laptop ko skang ni ada 2 X 512MB, kena beli 2 keping 1GB yang baru.

    Kalau dalam laptop tu ada sekeping 1GB, tambah je sekeping 1GB lagi.

    Windows Vista perlukan 2GB untuk betul betul stable.

    Kalau 1GB mmg lembab la.

    Kalau banyak duit, beli 2 keping 2GB DDR2 ram.

    Total 4GB macam laptop aku ngan laptop awek aku. :lol:

×
×
  • Create New...