Jump to content

terabait

Members
  • Content Count

    163
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by terabait


  1. Senang citer

    Keburukan PKR - Kebanyakan aku dengar dari media rasmi kerajaan & BN, Internet dan penyokong kerajaan.

    Keburukan kerajaan - Aku dengar dari Internet, media rasmi pembangkang, penyokong pembangkang dan aku sendiri rasa kesan dari tindakan kerajaan.

    Sekiranya UMNO pada tahun 90an dan ke bawah, aku percaya mereka memperjuangkan ketuanan Melayu tapi UMNO sekarang, aku percaya mereka mempertahankan ketuanan melayu untuk kroni mereka.

    Bagi aku semua ahli politik ada cita2 politik yang tersendiri. Yang pasti kebanyakan mereka hendak berkuasa dan mencari kekayaan yang singkat. Seperti kata Pak Lah, fitnah sedang berleluasa termasuklah kes Anwar dan Najib. Sama ada betul atau tidak, sejarah yang akan menentukan. Lebih - lebih lagi dalam politik. Kita nak percaya atau tidak, itu hak kita.

    Dulu Tun pernah berkata politik itu kotor. :rolleyes:


  2. PAS pernah masuk BN. Tak silap aku pada zaman Tun Abdul Razak iaitu beberapa tahun selepas tragedi 13 Mei. Sebab dia, untuk perpaduan Melayu. Dan kemudian keluar UMNO pada tahun 1990 kot ( betulkan jika aku salah ). Sebb dia mungkin tak puas hati dengan UMNO yg menganaktirikan PAS @ PAS amik peluang dengan perpecahan UMNO. Sekarang sanggupkah ahli UMNO yg ikhlas memperjuangkan ketuanan Melayu keluar parti @ membetulkan semula hala tuju UMNO utk ketuanan Melayu. Apa gunanya ketuanan Melayu yang hanya utk kepentingan segelintir org Melayu & kroni mereka yg berbangsa lain. :D :D

    P/S: Teringat aku sejarah kita zaman dahulu yang mana rakyat jelata terpaksa membeli barang dari bangsawan dengan harga yg lebih mahal dari harga pasaran dan menjual barangan mereka dengan begitu murah dari harga pasaran kepada bangsawan mereka.


  3. Bukan niat nak kutuk bro

    Maksud aku...mostly kat sini xder kepakaran dalam bidang ekonomi secara sah

    Tp first impression masa aku dengar debat tu...aku x rasa yang menteri penerangan kita banyak bermain ngan fakta (sedangkan dia bekas pensyarah ekonomi)

    Mostly points yang sama digunakan dalam setiap round (pangkah orang tu bukan FAKTA)

    Kita mahukan solution...bukan excuse

    Bg aku...menteri2 memang x rasa langsung kesan kenaikan harga minyak ni coz diaorang dapat minyak FREE

    Gaji bulanan pun > 50k/month

    Tp yang terbeban adalah golongan bawahan

    Kalo kerajaan betul2 nak salurkan subsidi tu kepada golongan yang berhak kena betul2 adil

    Orang kaya yang ada 5-6 kereta kat rumah...(dapat RM625 x 5-6 = ?)

    Orang miskin..kadang2 nak ada kereta pun susah

    Guna motor jer kot...berapa diaorang dapat? RM150 jer

    So kat sini...adil ke solution ni??

    Ya itu memang betul. Gaji bulanan lebih 20 - 50k + gaji @ elaun pengarah, penaung, CEO dan direktor pelbagai jenis syarikat + projek gov. Mana rasa susah. Yang susah rakyat. Shaberee sepatutnya tidak membandingkan inflasi negara Iran dan Venezuela, sebab negara tersebut anti Amerika terutamanya Iran yg dikenakan sekatan embargo. Lagi elok dia bandingkan ngan Zimbabwe yg inflasi dia lebih 2juta %. Oh Zimbabwe pun tak boleh sebb kena sekatan. Senang citer bandingkan dengan negara yg pendapatan perkapita sama @ hampir sama dgn negara kita.

    P/S: Bagi aku kerajaan kita pro US sebb kita sbg negara yg majoriti Islam diberi kebenaran bina loji nuklear dan kerajaan baru2 ni mengharamkan hosting website torrent di Malaysia.


  4. So aku sebagai rakyat malaysia yang tinggal dimalaysia dan warga negara malaysia AKU CABAR KERAJAAN MALAYSIA DAN PEMBANGKANG DUDUK SEMEJA BINCANG PASAL MASALAH EKONOMI DAN TERIMA YANG BAIK TAK KIRA DARI MANA PIHAK SEKALIPUN....JANGAN KERAS KEPALA

    Aku setuju ngan idea ko. Sekiranya ia mendatangkan kebaikan untuk kita semua aku amat menyokong sekiranya mereka duduk semeja. Tapi, malangnya kedua - dua pihak keras kepala. Cuba menjatuhkan antara satu sama lain.


  5. Bagi aku RM 5 Billion tu takkan dapat turun RM 0.50 . Tapi masih lagi dapat menurunkan harga minyak. Setidaknya masih dapat mengurangkan kesan kenaikan harga makanan walaupun tak ketara sangat. Apa yang aku nampak, Anwar cuba memberikan gambaran yang dia mampu menurunkan harga minyak dengan mengawal perbelanjaan kerajaan yang pada masa sekarang ini amat membazir. Malah dia terpaksa mengubah perancangan dia sebelum pilihanraya untuk menurunkan harga minyak di bawah RM1.92 disebabkan tindakan tak disangka kerajaan menaikkan harga minyak dengan melampau.

    P/S: Walaupun aku nampak Shabery banyak merapu bersama wakil dia, tapi aku aku ucapkan tahniah kepada dia ( sebagai wakil kerajaan ) sebab berani berdebat dengan Anwar di depan tv . Terasa pulak macam tgk perdebatan antara bakal presiden Amerika. Aku harap ia sebagai langkah pertama ke arah politik yang matang. Teringat aku Ahmadinejad diserang peribadinya ketika dia berdebat di Universiti Colombia.


  6. ni perubahan yg aku nmpk trhdp Negeri yg ditadbir oleh pembangkang a.k.a BR, time BN memerintah, jarang2 dgr isu, tp time BR memerinth, slalu je kuar isu itu ini w'pun tak smpai stahun memerintah, teruk sngat ke cra BR memerintah?

    Aku setuju ngan ayat rakyatmalaysia ngan diatas. Tak kisahlah apa tujuan BN, setidaknya mereka menjadi pembangkang yg berkesan. Mengetengahkan pelbagai isu yang membuatkan kita tahu apa yang berlaku.

    BN : Guna tv dan surat khabar utama mengetengahkan isu

    BR : Guna blog dan suratkhabar mereka sendiri + Parlimen mengetengahkan isu


  7. Kalau nak beli Windows XP Pro, aku cadangkan beli Retail. Jangan beli OEM sebb lesen Retail boleh dipindah ke pc lain. OEM tak boleh.

    P/S: Aku pun tak sanggup beli CD original. Lebih baik aku beli HD, buleh simpan cerita banyak2.


  8. pleaselah jangan bagi Ku Li naik

    hurm... x naklah ngumpat tp orang cakap dia dah makan harta anak2 yatim kat melaka, betul ke x wallahu alam

    kenapa petabait x nak syed hamid albar.... ok je dia tu:p

    Aku sokong mereka yang bukan pak angguk dalam UMNO. Berani menyuarakan pendapat dan berani bertanding. Setidaknya seorang yang berani buat keputusan. Sejak Syed Hamid Alba jadi menteri luar aku dapat rasakan suara negara kita di persada antarabangsa tenggelam. Aku dah tak ingat kenapa aku tak nak sokong Muhyiddin Yassin. Aku kena tanya balik kawan aku yg tinggal di kawasan parlimen dia.

    PS: Sayw kenapa ko tulis petabait. Nak menghina nick aku atau salah tulis?


  9. cadangan sayw sama ada

    tan sri rais yatim

    muhyiddin yassin

    menteri luar negara tu (x ingat nama)

    Cadangan aku jadi PM:

    Rais Yatim

    Rustam

    Ku Li - Tapi aku rasa mustahil dia leh jadi

    Orang yang aku x nak jadi PM

    Syed Hamid Albar

    Muhyiddin Yassin

    Lupa lak : Najib


  10. Habis belajar aku terus buat part time jadi kontraktor pemasangan Streamyx. Duit masuk ikut order yg aku dapat. Lepas tu aku buat pelbagai jenis kerja tapi masih lagi di dalam bidang komputer. Kemudian aku amik SLG Web Development. Selepas tu aku bekerja balik sehinggalah aku bekerja ngan kompeni aku skang ni, yg kerja aku jadi jaga Server+Internet....


  11. Aku pun nak sampuk sikit..

    Majoriti rakyat Turki mengundi parti AKP yg berhaluan Islam. Di mana Perdana Menteri sekarang Abdullah Gui dari parti ni. Di Turki tentera mempunyai kuasa macam Thailand yang amat menyokong sekular. Malah terdapat golongan berpengaruh di Turki yang menyokong sekular. Sekarang parti AKP hendak diharamkan atas alasan ingin menubuhkan negara Islam.

    Apa yang aku nampak:

    PM Kita - Memperkenalkan Islam Hadhari tetapi dihalang oleh pembangkang ( Selangor/Pulau Pinang/ )

    PM Turki - Cuba menjalankan pemerintahan Islam tapi dihalang oleh golongan sekular. Parti dia mungkin diharamkan tak lama lagi.

    PM kita - Anak ulama

    PM Turki - Anak seorg pelaut

    Isteri PM kita - Tak pakai tudung ( baru masuk Islam + ahli UMNO )

    Isteri PM Turki - Pakai tudung ( aku tak tahu samada dia baru masuk Islam @ dilahirkan dalam Islam )

    Kesimpulannya: Kedua - dua mereka mula merintah pada tahun 2003. :rolleyes:


  12. Sedikit-sedikit diorang nak buat perubahan, ni baru papan tanda jalan, lepas ni apa pula ya?

    Nasib baik ada ni :

    Artikel 152 Perlembagaan dengan jelas menyatakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

    Mungkin selepas ni DAP mintak guna Bahasa Mandarin @ Inggeris kat Parlimen. :o

    Aku amat berharap agar semua pemimpin dan ahli korporat Melayu cuba bercakap dengan menggunakan Bahasa Melayu di tv. Kalau mereka sendiri tak hormat bahasa kita, bagaimana kita nak mengharapkan bangsa lain bercakap menggunakan Bahasa Melayu.

    P/S : Kecewa bila pelancong angkasa lepas kita berkomunikasi dengan PM dari IIS menggunakan Bahasa Inggeris.


  13. Dahulu KFC berjaya mengembangkan sayap mereka di PLUS sekarang pulak Starbucks di IPT. Semakin terancam peniaga tempatan. :(

    P/S : Lebih baik lesen berniaga yang diberikan kepada Starbuck tu diberikan kepada peniaga tempatan yang berniaga tanpa lesen di tepi jalan. Takderlah premis mereka dirobohkan oleh pihak berkuasa. Maklumlah bukan senang nak dapat lesen berniaga.


  14. Kandang Khinzir Buat, Masjid 30 Tahun minta X buat-buat

    BN - Kandang Babi : Berpuluh tahun memerintah biarkan kandang babi yang cemarkan alam beroperasi juga. Cuma sempat hantar wakil ke Jerman untuk kaji kandang babi moden . Makan angin kot.

    PKR - Kandang Babi : Baru 2 bulan memerintah terus dibuat kandang babi moden RM100 juta.

    BN - Masjid : 29 tahun 9 bulan memerintah, Masjid tak dibuat-buat juga.

    PKR - Masjid : Hampir 4 bulan memerintah, Masjid tak dibuat-buat juga.

    BN - Minyak : Beberapa bulan dapat mandat, minyak naik. Bonus khas untuk rakyat Malaysia : Elektrik naik 1 Julai ni. Hanya mereka yang menggunakan 201 kw ke atas ajer. Sian TNB sebb terpaksa tampung kenaikan minyak, arang batu + 100% kenaikan gaji Exec mereka.

    PKR - Minyak : Beberapa bulan dapat mandat, minyak tak turun juga. Dapat berpuluh liter air percuma ajer. ( Nak bagi air percuma pun susah, sebb ia melibatkan SYABAS dan kerajaan pusat )

    :D


  15. Persoalan mengenai harga minyak dinaikkan oleh kerajaan telah diperdebatkan sebelum ini baik di forum ini ataupun melalui medium lain. Boleh rujuk kepada post2 sebelum nih. Berbalik kepada soalan aku, apakah harga barang/perkhidmatan akan diturunkan semula sekiranya harga minyak diturunkan? Apakah kerajaan mempunyai kuasa untuk mengarahkan penurunan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak?

    Kerajaan boleh mengarahkan penurunan harga terutamanya barang kawalan. Yang pentingnya ada penguatkuasaan. Biasanya kebanyakan peniaga payah nak turunkan harga barang walaupun harga minyak turun, naik senanglah.

    P/S: Agak - agak korang siapakah yang memanipulasi harga minyak dunia? Yahudi?


  16. laa kong x gerak ke....

    133232.300x300.jpg

    Power supply kat atas nih harga dia cuma rm 40 sahaja....tapi aku cakap jangan beli.....600watt wooo :lol:

    Fuiyooo 600Watt.. hahaha

    Aku cadangkanlah sesiapa yang hendak beli PSU tu, buat survey dulu kat website macam anandtech, tweaktown, guru3d, tomshardware dan lain - lain lagi. Selepas tu baru minta pendapat kat ruangan forum. Selepas ilmu cukup di dada baru korang boleh pergi kedai komputer untuk beli PSU. Jurujual kedai nak kelentong ko pun takleh sebb ilmu dlm PSU ni korang dah ada. :rolleyes:


  17. Alahai anak bangsaku, betapa tertutupnya minda anda dengan kebenaran.

    Kenapa Kerajaan tak nak gunakan hasil keluaran minyak petronas di Malaysia?

    Minyak kita tidak mencukupi untuk rakyat malaysia tambahan pula taburan penduduk malaysia semakin padat. Kualiti Minyak hasil tanah air kita lebih tinggi dari minyak yang dikeluarkan oleh negara-negara lain. Apabila minyak kita berkualiti, kita akan jual dengan harga yang tinggi. Macam kasut adidas, kualiti nya bagus, branded, harganya pun branded juga kan?

    Hasil keuntungan dari penjualan minyak kita yang berkualiti tinggi itu akan dijadikan subsidi kepada rakyat malaysia. Peranan petronas pula ialah menguruskan hal jual beli minyak kita dengan negara@pengusaha luar. Selain terlibat dalam penjualan dan pembelian minyak petronas juga terlibat dalam perlaburan Dunia. (Itulah sebabnya petronas untung berbilion-bilion setiap tahun)

    Ingat! Kita sudah takda minyak! Lagipun kamu semua memang takda hak untuk mempersoalkan kenaikan harga minyak. Petronas pada dahulunya adalah syarikat asing. Jadi memang wajar tindakan mereka. Walau bagaimana pun Petronas telah banyak berjasa dalam pembangunan negara etc: Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Kuala Lumpur, Subsidi minyak Import, Biasiswa pelajar malaysia ke luar negara dan lain-lain.

    Saya bersyukur dengan kerajaan yang sedia ada kerana saya telah tinggal di tanah kerajaan, makan subsidi kerajaan, pakai duit biasiswa kerajaan untuk pergi belajar dan lain-lain. Jadi wajarlah kerajaan kita menarik balik subsidi minyak kita. Kita sudah terlalu manja dan terlalu "lemak" dengan kerajaan. Jadi sekarang kita kena bekerja dengan lebih kuat dan bersemangat lagi. Insyaallah, suatu hari anda akan menjadi CEO dan akan makan gaji sebanyak berpuluh ribu, beratus ribu dan berjuta ringgit.

    Saya tak faham kenapa rakyat malaysia suka mempersoalkan kerajaan suka MAKAN DUIT RAKYAT dan MENYALAHGUNAKAN DUIT RAKYAT?? Bagaimana dengan pekerja kerajaan? Mereka pun rakyat jugakan? Bagaimana dengan tenaga kerja yang mereka salurkan untuk rakyat?? Seperti tol, ada yang kata tol dibina menggunakan duit rakyat, itu memang betul tp ada pula yang mempersoalkan kenapa kita perlu bayar tol?? :lol:

    Alamak! Tang sini saya tergelak, alahai... :blush: . Dari manalah PLUS dapat duit biaya gaji pekerja mereka dan kos penyelenggaraan jalanraya? Pekerja mereka tu kan rakyat. Tentulah pekerja mereka mahu gaji mereka naik, anda mahu tak gaji anda sebagai seorang pekerja naik? jadi apa boleh buat, mereka pun terpaksalah naikkan duit tol. Simple kan? Duit penyelenggaran jalanraya, siapa yang selalu terlibat dalam kemalangan jalanraya yer? rakyat kan? jadi siapa yang kena kerja dan baiki kawasan kemalangan tu? rakyat jugakan?(kalau tak paham tanya org yang paham :wacko: )

    Kesimpulannya, ZAMAN SEMAKIN CANGGIH, TAPI FIKIRAN MASIH SEPERTI ZAMAN BATU. LOOK FORWARD MY YOUNG MAN/WOMAN.

    Aku kesian tengok pekerja bawahan sektor swasta seperti penyapu sampah, pekebun dan lain-lain lagi. Gaji diorang dalam lingkungan RM420 - RM700. Ko bayangkanlah diorang kerja kat tempat panas terik. Lepas tu harga minyak naik. Agak - agak korang macammana diorang nak hidup. Kena pikir anak ,api, air, cukai pintu, belanja harian dan lain - lain lagi. Berapa ramai rakyat Malaysia ni yang gaji mereka di bawah RM1000? Mungkin bagi orang yang gaji mahal @ hidup ditanggung tak terasa. Bagi aku dengan taraf hidup kita yang rendah daripada Singapura, kita masih memerlukan subsidi. Kecualilah bila taraf hidup kita lebih 2-5 kali ganda daripada Singapura, kerajaan nak hapuskan subsidi pun takpa.

    Kenapa orang selalu mempersoalkan kerajaan suka MAKAN DUIT RAKYAT dan MENYALAHGUNAKAN DUIT RAKYAT??.... Sebab kerajaan pegang amanah rakyat apabila membelanja wang negara. Kalau projek yang kerajaan buat tu dapat manfaat kepada rakyat, rakyat takkan persoalkan. :rolleyes:

    P/s : Dgn wang sebanyak RM 500 - RM 570 kita buleh bayar loan bulanan Myvi. :P

×
×
  • Create New...