Jump to content

terabait

Members
  • Content Count

    163
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by terabait


  1. Majoriti rakyat Amerika Syarikat menyokong Israel sebab mereka nampak Israel adalah pihak yang benar dan teraniaya. Ini semua disebabkan oleh pemikiran mereka yang dibentuk oleh media mereka yang pro Israel yang hanya menunjukkan berita yang baik mengenai Israel dan yang jahat pula dalah Palestine. Cuba korang tengok berita CNN dan IHT, korang akan nampak betapa tak adilnya isi berita diorang. Yang terbaru berita semalam yang BBC akan menapis semua berita kemusnahan dan kesengsaraan orang Palestine. So kita jangan berasa hairan dengan perkara ini, sebab media massa utama negara kita juga melakukan perkara yang sama. sleep.gif


    P/s : Aku dah vote

  2. Bagi akulah sepatutnya negara - negara Islam perlu bersatu padu dahulu. Kemudian baru boikot barangan USA. Kalau semua penduduk Malaysia boikot barangan USA, takkan ada kesan punya. Negara kita penduduk kurang dan kuasa membeli pun tak sebesar mana. Bagi aku memang takder kesan. Kalau ada pun sikit, yang terlibat pun rakyat Malaysia sendiri. Bos - bos yahudi tak terasa pun kesannya. Cuma boikot ni dapat menunjukkan kita protes ke atas Yahudi dan bagi semangat pada rakyat Palestin ajer. Lebih baik kita beramai - ramai [lanun] movie dan software dari Amerika. Adalah jugak kesannya.

    Aku rasa baik kita buat protes dan desak kat negara Arab supaya hentikan pelaburan , simpanan wang dan lain - lain lagi kat US. Paling penting mintak negara Arab menutup pangkalan tentera Amerika kat Teluk.

    Dalam bab boikot ni mari kita boikot Coca-Cola dulu. Kalau dah nampak kesan yang jualan Coca-Cola ni dah kurang atau dah takder kat Malaysia ni, baru kita boikot barang lain pulak. Sebab bagi aku jenama Coca-Cola ni amat dikenali ramai dan sesiapa saja yang ada duit RM2 - Rm 2.50 dapat beli.





  3. Aku cadangkan pergi ke Pulau Perhentian bagi sesiapa yang suka dengan laut. Kat sana korang boleh snorkling, tgk penyu dan bermain dengan ikan. Kalau suka dengan hutan, bagi aku Kuala Tahanlah tempat yang paling best yang pernah aku pergi. Boleh main air, trekking, masuk gua, tgk binatang kat Bumbun, jambatan gantung dan melihat puncak Gunung Tahan. Kalau nak gi sana buleh guna jalan darat tapi naik bot lagi puas hati.




  4. Aku pakai Vista dan XP. XP digunakan untuk mendownload 24 jam, http, mp3, surfing Internet dan lain2 lagi. Vista untuk aku main game dan tgk citer . Kedua - dua OS ni ok. Aku suka pakai. Lagipun setiap OS ini pasti adalah kelemahan dan kelebihannya. Pandai2lah guna. smile.gif

  5. Disebabkan negara kita tidak pernah berubah kerajaan sejak merdeka, maka aku tak dapat bandingkan samaada kerajaan ini adalah yang terbaik dengan kerajaan sebelumnya. Tapi sekiranya kita bandingkan ngan kerajaan Zimbabwe, Korea Utara, Indonesia, Swaziland, Myanmar dan Rwanda, kerajaan kita adalah yang terbaik. :D

    P/S: Aku bersyukur hidup di negara ini.


  6. 10 sifat Anwar yang bahaya kepada umat Islam

    1. Anwar berkhidmat dengan universiti USA dan menggangotai banyak panel yang di sponsor oleh USA untuk menjustifikasi penaklukan Iraq dan Afghanistan atas nama forced democracy

    2. Anwar tidak pun bersetuju penubuhan Negara Islam jika Malaysia bertukar kuasa

    3. Anwar akan menghapuskan DEB yang menjadi asas reformasi sosio ekonomi orang Melayu Islam dan menggantikan dasar ekonomi baru yang tidak mengambil kira Malaysia sebagai Semenanjuk Tanah Melayu yang mempunyai almost 100 peratus melayu Islam sebelum penjajah

    4.++++++


  7. Aku baru ajer baca Utusan Malaysia.

    Amerika perguna Anwar

    PUTRAJAYA 19 Sept. – Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) mempergunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.... Berita Penuh

    Nampaknya UMNO dah terlalu terdesak sampai gunakan Wisma Putra. :rolleyes: . Nak tengok apakah tindakan mereka seterusnya.


  8. Kali terakhir internet aku down malam raya tahun lepas.... :).. Aku pun banyak juga tak puas hati kat TM pasal Streamyx, IPVPN dan ISDN + telefon tetapi aku takkan salahkan mereka. Aku hanya salahkan kerajaan yang menyebabkan TM jadi begini. :)


  9. Huit Shamil. Senang2 camnih. Ko amalkan Islam yang sebenar cukup ah. Tak payah nak tok guru apa ka kerana bukan ko leh dapat shafaat apa2 pon. Sendiri2 jer. Org lain PM Bush kalo amal Islam sebenar masuk syurga gak, x der undi PAS pon.

    Yup.. elok kita amalkan Islam yang sebenar.. Tak payah letak Hadhari. Mengelirukan umat Islam sahaja. Islam pernah jadi kuasa besar dunia dahulu, dengan hanya mengikut ajaran Islam yang sebenar - benarnya...


  10. aku RPK nih awal2 baca jugak... dan aku terima sebagai 'reliable' source jugak

    buat after a while, lepas aku tengok salah satu posting kat malaysia-today yg mengatakan Raja Petra adalah rasul utusan tuhan (raja petra kan ke dia compile posting blog org lain kat web dia kan), at that moment, aku turus x baca dah. dah mengarut.

    so aku rasa raja petra nih, sampai boleh lekat post yg mengatakan dia rasul utusan tuhan, aku rasa dia nih something wrong jugak lah, sick man. pastuh bahasa kesat pon digunakan.. naik geli aku baca.

    Aku selalu juga masuk blog dia. Penulisan dia ni memang keras dan selalu juga celupar. Sama ajer mcm web pembelamelayu. Tapi aku tak pernah pun terbaca dia mengaku rasul. Yang pasti, sekiranya kita baca artikel dia, eloklah kita baca sampai habis kerana kalau kita baca sekerat sahaja, kita mesti salah faham apa yang ditulisnya. Selok - eloknya, sekiranya kita nak baca artikel seseorg tu biarlah baca terus dari sourcenya.

    P/S: Aku pun rasa Raja Petra ni delusional..... :rolleyes:


  11. PKR dan UMNO sama aja. Kedua - duanya adalah parti politik dan ada tujuan tersendiri. Bagi aku UMNO sekarang adalah lebih teruk dari PKR, maka PKR/PAS menjadi pilihan aku buat masa ini. Namun begitu sekiranya UMNO lebih baik dari PKR/PAS pada suatu hari nanti, aku akan menyokong UMNO. Begitu juga dengan orang yang menyokong UMNO, sudah tentu mereka nampak PKR/PAS lebih teruk dari UMNO. Tapi aku takkan jadi ahli untuk mana - mana parti politik ini. :huh:

×
×
  • Create New...