Jump to content

b1naryc0de

Members
  • Content Count

    1480
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by b1naryc0de


  1. Tumpang menyebok

    MLM merupakan antara 4 cara yang boleh memajukan sesuatu business dengan cepat

    MLM juga adalahlah cara terbaik dan paling cepat memasarkan produk

    MLM adalah benda yang paling senang orang melayu nak buat

    MLM halal jika menepati syarat2 tertentu

    Aku nak tekankan kat yang aku bold tue.. Ko nie owner MLM ke atau sekadar reseller?? Kalo owner bolehlah ko cakap camtu.. Bisnes MLM bertukar menjadi skim biler ko lebih tekankan pada komisen, downline dan blablabla.. Biler dah bertukar jadi skim maka akan hancurlah bisnes tu sebab yang masuk pon bukan disebabkan produk tapi disebabkan nak cari downline.. Katakan ko ada downline.. Dan downline ko masuk pon sebab nak dapat duit jer.. Agak2 ko majoriti downline ko mampu ke buat promosi.. Dan biler diorang gagal buat promosi adakah diorang akan berterusan membeli produk (dalam hati diorang tak berminat pada produk tapi pada komisen)? Biler dah camtu maka ko akan ada ramai downline yang mati dan pergerakan ko pon jadi sekerat jalan jer.. Yang untung owner.. Ko kene ingat MLM bukan cara cepat untuk reseller buat duit.. Ia amik masa yang panjang..

    Bab MLM bende yang paling senang orang melayu nak buat tu tipu lah.. Ko sedar tak kat sekeliling ko orang menyampah dengar perkataan MLM? Ko baru sebut M jer diorang dah tolak ko.. Apa yang senangnye?

    Income Bulan pertama : +- RM 3000 (gerenti dapat tanpa buat apa-apa)

    Income Bulan Kedua : RM 2000 (dengan 2 downline)

    Income Bulan Ketiga : RM +- 7500 (dengan 2 orang downline lagi + 2 downline sebelum jugak ada 2 downline di bawah)

    Income Bulan Seterusnya : Tertakluk kepada usaha anda.

    Biler ko sebut income bulan pertama dapat +- RM3000(gerenti dapat tanpa buat apa-apa) maka jelas ni bukan MLM yang sebenar.. Giler ke ape syarikat nak bagi free RM3000?? for sure dia kenekan bayaran yuran yang tinggi dan income bulan pertama tue datang dari bayaran yuran bukannye komisen dari penjualan produk which means ia adalah skim cepat kaya bukan MLM.. MLM yang sebenar kadar bayaran yuran adalah rendah kurang dari RM100..

    Berkenaan yang berjaya memang ada yang berjaya.. Tapi peratusan yang berjaya terlalu kecik..

    Dalam zaman sekarang, kita kena Work Smart bukan Work Hard.

    Kita nampak peluang kita boleh berjaya ke arah yang lebih cepat, kenapa kita nak tolak. Kenapa kita nak pilih jalan yang susah. As long as ianya dijalan yang halal.

    Itu la Melayu. Walaupun aku melayu tapi aku malu dengan melayu sendiri.

    Suka kutuk orang tanpa usul periksa. Suka hentam orang tapi tak tau pun puncanya.

    Pleaselah, korang takkan nak kerja makan gaji seumur hidup dan berada ditakuk yang lama.

    Betul tu ko cakap.. berada ditakuk lama.. Pleaselah, sampai biler melayu nak berada ditakuk lama dengan mudah ditipu, nak kaya cepat, jadi kuli(orang bawahan kepada owner MLM).. Biler nak buat bisnes betul2?? Buat produk sendiri?? Untuk pengetahuan ko ramai forumer putera ni yang ada bisnes sendiri bukan setakat makan gaji.. Dan yang komen ko kat atas2 nie pon ramai yang ada bisnes sendiri yang genuine bukan skim..

    Dan sekali lagi, kalo ko betul apa kata ko sahut cabaran cikgureza??


  2. Wakaka.. Standard lah tu bahasa melayu dari dulu sampai sekarang.. Cuba korang kaji asal usul perkataan2 dalam bahasa melayu yang kononnye melayu punye.. Bercampur aduk dari bahasa2 lain.. tamil ada, mandarin ada, arab ada, orang putih ada.. Kesimpulannya bahasa melayu ni bahasa antarabangsa sebab gabungan pelbagai bahasa dari serata dunia.. :rolleyes:


  3. Ini spam dan scam aku rasa.. Sape yang nak kasi duit yang banyak pada orang yang tak dikenali lepas tue gunakan email dan tak bagi contact number.. reason masalah kesihatan.. nonsense.. Ikut logik better dia bagi pada kawan2 terdekat yang dipercayai.. Jangan lak cakap semua tak boleh dipercayai.. Kalau camtu boleh ke percaya orang yang tak dikenali?? Mempergunakan duit/nafsu kepada harta untuk tarik perhatian.. Jangan terpengaruh bende2 camni.. Tipu belaka..

    Cuba tengok:

    http://www.google.com.my/search?hl=en&...koffi&meta=

    Sebenarnya dia ni mempergunakan agama dan psychology untuk tipu orang.. Ramai camnie..


  4. Heheh emosi atas akal = buta... akal atas emosi = celik...

    Aku pon naik menyampah biler ada orang tanya kat aku camner nak hidup senang.. Biler dah bagitau cara2 tips2 peluang semua diorang buat bodoh tak nak percaya.. Then ada masalah datang kat aku balik.. What the hell..

    Kesimpulannya orang2 macam ni abaikan jer.. wasting time..

    Kita yang memilih kita nak hidup macamana.. Kita gak yang memilih nak dibantu atau tak..

    Duit tu pada pandangan mata aku tak wujud.. kehkehkeh mesti ramai tak faham.. takpe aku taknak jelaskan.. :rolleyes:


  5. Assalamualaikum..

    Aku nak minta pandangan pasal server nie.. Aku nak beli server sendiri dan host website di server tersebut.. Target visitor lebih seribu orang sehari..

    Boleh tolong cadangkan tak:

    1) Server untuk webserver dan mail server yang bagus tetapi tak terlalu mahal yang korang recommend

    2) Data Backup hardware

    3) Network hardware yang berkaitan

    4) Talian internet yang laju untuk upload dan download

    5) Software2 yang berkaitan (prefer opensource software)

    6) Hardware2 lain yang berkaitan

    7) Mana satu korang prefer?? Windows or unix based OS??

    Dan kalau boleh bagi tips2 sekali dalam menguruskan server sendiri.. Terima kasih membantu.. :D


  6. sya ada idea camner nak dpt duit cpt..membe sya pnh x sampai sebulan dpt 100 USD..

    camni..1st,cr membe yg ada google adsense sbyk mungkin..

    pastu stiap membe mesti klik adsense utk setiap blog atau laman web membe dia yg lain at least 2-3 kali sehari.

    jgn tipu..kt bley tau sapa2 membe yg x klik..tp jgn klik endlessly, kang kene ban..

    klo bminat PM sya..

    Orang kita tak habis2 cari idea nak menipu nak duit senang.. Berubahlah wei!! <_<

    Google adsense tu utk org promote website bukan untuk google bagi sedekah kat ko..

    p/s: camnilah yang buat banyak bende malaysia kene banned..


  7. Heheh.. banyak dah ko belajar yer fryshadow.. :) Timba ilmu dan pengalaman banyak2.. Nanti boleh buat JV..

    Kepada frenzly.. Nak buat CMS ni memang rumit sikit sebab sistem dia besar tapi tengoklah skop CMS yang korang nak buat..

    Sebagai cadangan apa kata ko dan kawan ko kaji dulu CMS yang dah sedia ada.. Tengok documentation untuk developer diorang.. Kaji camner sistem diorang, cuba buat component atau module dan pengubahsuaian kat sistem diorang.. Lepas dah faham camner sistem diorang berfungsi baru start CMS sendiri..


  8. Ape maksud ko guna placeholder? Boleh bagi contoh tak?

    Component yang aku nak buat ni "expose".. Kalo biasa kene guna link ke component lepas tu dia kan load kat mosMainBody().. Tapi yang aku nak buat dia tak perlu guna link, jadi dia akan keluar terus biler bukak website..


  9. Assalamualaikum..

    Siapa kat sini biasa meng h.a.c.k code joomla??

    Aku nak tanya sikit ni.. Macamana mosMainBody() berfungsi? <- hehe soalan umum..

    Persoalan yang lebih khusus macamana nak load satu component tu secara berasingan tanpa melibatkan url??

    Biasanya untuk component dia akan amik input dari url kan diproses dan kemudian dikeluarkan melalui fungsi mosMainBody()..

    Dari yang setakat aku sempat godek aku dapati mosMainBody() tak menerima input apa2 macam mosMainBody($variable).. Jadi aku nak twist sikit supaya dia boleh terima input dan sekaligus ubah output macam untuk module ada mosLoadModule('left',-2)..

    Err.. Faham ke ape aku tulis nie?? Sebenarnya aku in hurry ada hal tu yang berterabur soalan..

    Dipendekkan soalan camner nak paparkan output satu2 component secara direct??


  10. Activesync tak jadi masalah.. Yang jadi masalah driver untuk guna ipaq sebagai modem jer.. Ces hampeh tul HP support nie.. Puas aku tunggu si Vishal ni balas message aku.. Kalo nak balik keje pon bagitau lah elok2 terang2, pass aku dulu kat orang lain ker takdelah aku tertunggu2.. :angry:


  11. contoh bijak belanje: kalo orang tu resourceful, dan kuat berusaha, die akan carik kontek kat kastam dan beli kereta dengan harga kastam nye price - kete yang harga gune AP.

    ade bebaru ni sorang mamat nak jual murcielago kat ako, RM900,000 sahaja. memang murah gile, tapi die ingat ako bodo ke hape, die beli takat kurang 450k je! memang chinaman habis!

    Wah!! Kalo aku nak angkat kereta nanti aku kene cari ko c-fu.. banyak beza tue.. galardo takde ker??


  12. Bro.. Ko tak rasa ke amoi ko tu menyusahkan ataupon amoi ko tu umpama parasit??

    Dah dia tau dia tak mampu nak bayar untuk masuk kursus kecantikan dan dia pon tau ko tak mampu, yang dia mengada2 nak juga bende tak mampu buat apa?? Kalo dia betul2 nak masuk ke bidang kecantikan banyak lagi cara lain yang tak menyusahkan macam keje kat salun belajar slow2.. Dah lama keje sikit mungkin boleh mintak majikan dia support untuk masuk apa2 kursus untuk tambah skill..

    Janganlah ko fikir nak buat pinjaman.. Tu maknanya ko sediakan tali gantung untuk diri ko sendiri.. Ko yakin ke dengan kewangan ko atau amoi ko sekarang mampu bayar balik pinjaman tue nanti??

    Aku cakap ni bukannya aku tak pernah ada awek yang suka minta lebih2 nie.. Penah dan zaman tu aku bodoh giler.. Padan muka aku habis berpuluh2 ribu last2 dia curang.. (masa tu pon aku yakin dia akan kawin dengan aku macam ko yakin sekarang).. Ke ko nak ikut jejak aku yang dulu?? Mane tau ko nak rasa pengalaman macam tue??

    Jadi jangan menyusahkan diri sendiri untuk sesuatu yang tak pasti.. Buat baik berpada-pada..


  13. Aku pon buat financial management yang macam C-Fu buat tu..

    40% -> roll dalam bisnes

    40% -> untuk perbelanjaan (bayar bil, makan, minum, joli, shopping, derma)

    10% -> investment

    10% -> untuk simpanan

    Akaun bank aku jer ada 4.. kekeke.. asing2kan supaya tak terambil bahagian lain..

    Satu lagi yang penting selain financial management macam di atas ialah pembinaan aset..

    (2) Pelaburan (ASB, ASW2020, Stock Exchange, Bursa Malaysia, Kahwin, Aset spt rumah/tanah etc.)

    Biler sebut aset kene faham ape itu yang dikatakan aset... Bahasa mudah aset hanya bermakna aset apabila ianya boleh menambahkan duit poket dan bukan mengurangkan duit poket..

    Contoh rumah boleh terkategori samaada aset ataupon liabiliti:

    -Aset kalo rumah tue untuk disewa di mana terdapat keuntungan disitu..

    -Aset kalo rumah tue cadang untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi dari harga beli..

    -Aset kalo rumah dijadikan kedai runcit ker dimana boleh menambahkan duit

    -Liabiliti kalo rumah tu untuk diduduki.. Sebab duit banyak keluar dari pada masuk.. Kenapa?? sebab biler duduk kat umah tu kene bayar bil, maintenance, harga beli rumah tue, interest dari loan.. Ada tak duit masuk dari rumah tue??

    Jadi cash flow kene jaga.. Dapat income lebihkan kepada membina aset yang boleh mendatangkan pasive income.. Nak belanja guna duit sebahagian dari pasive income tue jer.. Biler jaga cash flow duit korang akan bertambah bukan berkurang dan korang akan bebas masalah kewangan..


  14. tidak haram kepada penerima ek..?

    kalau macam tu tak haram la bagi seorang anak yang tidak mengetahui hasil pencarian seorang ayah itu dari sumber yang haram..?

    tapi kenapa ada effect jugak pada dia walaupun dia tak tau..?

    erm, please jelaskan.. aku pun dah lama pikir benda ni..

    aa.. konsep dia tak sama ke dengan menderma barang curi?

    Anak dia tau tak tu dari sumber haram? Ayah dia derma atau bagi anak dia hasil tue? Bukankah memberi nafkah kepada anak itu tanggungjawab seorang ayah? Jadi bolehkah ianya disamakan dengan derma?

    Untuk barang curi pula.. Kalau barang yang dicuri itu kita tau siapa tuan dia dan tuan dia masih ada jadi kita kene pulang balik kepada tuan dia.. Melainkan kita tak tau siapa tuan dia jadi bolehlah kita sedekahkan.. Namun konsep robin hood tak boleh digunakan (mencuri harta orang lain untuk tolong golongan fakir) walaupun berniat baik tapi cara tidak menghalalkan..

    Cuba fikirkan pulak camner babi yang jelas haram tu kita dibenarkan makan pula bila dalam keadaan darurat? Ingat masa darurat sahaja, bila dah tak darurat apa pulak hukumnya kalo kita masih terus makan daging babi? Darurat hanya bila kita betul2 tak ada pilihan lain.. Kalau nak kata mencuri untuk isi perut atas dasar darurat kerana tak ada duit itu dah lari dari maksud sebab masih ada pilihan lain lagi untuk dapatkan duit selain mencuri..


  15. Owh....thanks for everyone...abis tu mcmana ek....duitnya aku dah dapat banyak nie.....amik terus je ke?Derma?Buang je ke?

    Amik yang hak(modal kita) dan dermakan hasil riba(keuntungan dari program tu).. Nak dermakan seperti yang panglimakhalid cakap.. Cuma dalam menderma itu bukan untuk dapat pahala, niatkan untuk hapuskan riba tersebut/menyucikan diri dari riba yang kita dapat..

    Nak derma pula dermakan pada yang sangat2 memerlukan (fakir miskin, anak yatim/piatu, mangsa bencana) atau kepada perkara2 yang memberikan kebaikan bersama seperti keperluan masjid.. Wang yang didermakan itu tidak haram pada penerima derma.. :)


  16. Dalam membuka chakra ni kene berhati2 sikit.. Ni salah satu cara kuasa jahat boleh masuk dalam badan kita (jin,syaitan)..

    n than saya ade stdy ttg Jose Silva, Esther Hick, Napoleon Hill..semua diorg nih stdy ttg bende nih...siap buat xperiment2 tertentu...n u know wat dlm islam dah lame cara2 nih di ajar..cume kite x tau mcm mane nak gunakan dgn btol....mcm khusyuk dlm sbhyg,berzikir,berdoa,muhasabah diri sblm tido, bersyukur..dll..semua ada kaitan...maybe sbb tue org zaman2 dulu (org2 islam) sgt pandai..sbb diorg tahu dan faham mcm mana nak mengamalkan bende2 nie secara betul, tp yg dah tgk The Secret n tau ttg Jose silva dan lain2 (diorg namakan universe law of "LAW OF ATTRACTION"), saya berminat nak bincang bersama2 ttg bende nih hehe
    Setuju dengan rie_sj... Dalam Islam sendiri ada diajar.. Ni cara yang selamat..

  17. Memandangkan website forge.joomla.org ada problem sekarang nie aku mengharapkan pertolongan korang.. Siapa ada fail:

    1) Community Builder

    2) JoomlaBoard

    Send kat aku boleh? Jasa mu kan ku kenang.. :)

    edit:

    Hehe.. maaf semakkan database.. Dah jumpa dah file.. Kalo boleh tolong delete thread nie.. TQ


  18. kalau kat PD, banyak hotel2/resort yg selalu org buat kursus. senang dapat bilik/internet.

    Setuju buat kat PD.. Kebetulan tahun ni aku pon nak buat gathering kat PD untuk sekolah lama aku.. Bolehlah survey lokasi best untuk dua2 gathering sekali.. :D


  19. Hi kengkawan semua.. Ape cite kelab bina game ni?? Apa aktiviti2 yang bakal menyusul.. Dah agak slow perkembangan mungkin masing2 agak busy.. Projek dengan MDEC camner??

    Hmm.. kalau ada apa2 yang aku boleh bantu bagitau lah yer.. Mungkin buat masa sekarang bagi idea dengan tolong sikit2 tutorial bina game 2d.. Yang 3d tak mampu lagi.. :blush:

    Lama aku tak melibatkan diri.. Doa2 kan lah aku ada banyak masa terluang untuk contribute kat kelab nie.. :)

×
×
  • Create New...