Jump to content
Pok_Den

Penternakan Sarang Burung Walit

Recommended Posts

Pak Den saya ahli baru, boleh tak pak den tolong info kan saya kalau ada kursus yg berkaitan walet ni, saya akan buat setelah membuat ujian lokasi dan menyertai kursus..... apa2 kursus yg akan dianjurkan pak den tolong email saya mzhar_jalo @yahoo.com.

sertakan no phone saya akan contact nanti.....

pening dah saya ! asyik duk tunggu tak ada org nak tolong

sekian terima kasih

Share this post

Link to post
Share on other sites

MAJU walet untuk semua.....''

1. Kat mana demo beli tempayan?

-KAT KEDAI PASU BUNGA BERLAMBAK BE..

2. Boleh kawe gi tengok sarang burung demo?

-BOLEH NANTI SEMUA OK...BETUL2 OK KITER2 CONTACT K.

TOK WAN ASAL MANA/? DAH ADER bH KER BELUM/?

p/s.. arap pok den dapat jawad soalan2 sy sebelum ni.. ma kasihhh...

Share this post

Link to post
Share on other sites

Pak Den saya ahli baru, boleh tak pak den tolong info kan saya kalau ada kursus yg berkaitan walet ni, saya akan buat setelah membuat ujian lokasi dan menyertai kursus..... apa2 kursus yg akan dianjurkan pak den tolong email saya mzhar_jalo @yahoo.com.

sertakan no phone saya akan contact nanti.....

pening dah saya ! asyik duk tunggu tak ada org nak tolong

sekian terima kasih

Lerrr.. lupa pulak. Nasib baik ingatkan.

Kursus Perternakan Sarang Burung Walit

Sahabat Pok Den iaitu Pak Hendri Mulia (Pak Hen) dari Klub Penternak Walit (KPW) akan mengadakan kursus penternakan walit pada 29 - 30 November 2008 di Jakarta, Indonesia. Nie poster iklan nya

iklan-Seminarwalet.jpg

Kos Rp2,250,000 (tak termasuk tiket kapal terbang yerr.)

Hotel: Twin Plaza Hotel Jakarta

*yang penting kursus nie akan menerangkan teknik membuat sarang merah. Rugi jika tak datang. Tempat terhad nak 'book' pok den leh aturkan.

Wah...thanks atas informasinya..anyway, Pok Den boleh tak suggest kursus yg diadakan di Malaysia..basic class atau bg mereka² yg baru bermula berjinak-jinak dalam bidang ini..minta Pok Den PM saya..

thanks.

Share this post

Link to post
Share on other sites

salam Dan maju walet untuk semua..''

terima kasih untuk jawapan pokden tu..

sekarang musim ujan kat kat kb..AlhamduliLLah masalah suhu xjadi masalah lg. lgpun sy dah pakai blacknetting kat luar Bh. suhu 25-26pg-26-28ptg..mlm 29kot..kira ok lagi kot. tempayang xtambah lagi..kalau xader masalah xkan tambah mgkin. betul jugk pokden ckap bab suara External ni.. Bh kawan sy punya la xsedap..tapi elok je walet suka..

1soalan pak.. betul ke suara external ni kena tukar?..sebulan sekali ker 2bln ker 3bln ke? ader "org' kata kena la tukar jugak..

Tak semestinya kena tukar. Ada suara tahap evergreen dah guna lebih 15 tahun, walit tetap suka. Selalunya pertukaran cd suara burung hanya dilakukan apabila menggunakan suara sejenis. Bagi yang menggunakan suara campuran tak perlu risau.

2soalan pak..."membusuk buah2-an..." sy ader cuba.. bau masam buah dlm Bh lebih dr baun najis walet....xaper ker?..maklum lah terlebih buah kot. 1buah jer..he2 kait buah jambu kat belakang umah. (buah ni sy letak di satu bahagian atas lantai dalm Bh)

Cuba kulit nenas, letak dalam bekas jadi senang nak buat housekeeping.

3soalan pak...kalu dan ok...semua ok..nanti sy ajak p[akden k...aper2 hal nanti kite2 ni contact k...

Tahun depan jer..

4soalan pak...perlu ke tweeter para bola dibahagian luar Bh?? sebagai extra sound?? sy cuba tp xsalahkan pak?? mahu suara yg sama dalam Bh ker x?? or suara yg sama dgn external sound?..sebab sekarang ni sy guna suara yang berlainan.

Tak salah berinovasi selagi tidak mengganggu tetangga. Suara luar dah cukup. Apabila walit dah banyak suara dalam sahaja sudah memadai.

5...soalan2 lain akan muncul...ckup setakat ni dulu.. maju walet untu semua''''

-aku memang pencinta walet'-saifzra-

Ooo.. soklan nie rupanya, tak perasan ler. Pok Den jawab ayat merah kat atas yer.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Pok Den, Apo yg dikatokan suara campuran tu dan bagaimanakah memilih suara yg quality adakah dari segi jelas atau....? Serta bagaimanakah membezakan suara test lokasi, suara dalam, suara dalam, suara anak, berahi, koloni, panggil dll? Thank.

Edited by ez tm

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(ez tm @ Oct 23 2008, 06:24 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Pok Den, Apo yg dikatokan suara campuran tu dan bagaimanakah memilih suara yg quality adakah dari segi jelas atau....? Serta bagaimanakah membezakan suara test lokasi, suara dalam, suara dalam, suara anak, berahi, koloni, panggil dll? Thank.

ez tm, ni secara umum untuk kefahaman sahaja, lebih detail Pok Den tak leh 'describe' sb kena 'hands on' baru leh sampai tahap kefahaman berkenaan suara tuh.

Test Lokasi : Suara ini adalah campuran pelbagai jenis suara burung layang-layang dan walit untuk mengetahui apakah tempat itu ada burung walit atau tidak. Dari segi susunan bunyi tidak diperhatikah sangat kerna tujuan adalah nak tahu ada burung atau tidak. Sekiranya kawasan tuh dah ada RBW.. test location jadi kurang penting.

Suara Dalam : Suara Dalam adalah merujuk suara yang dimainkan dalam RBW. Bunyi ini boleh terdiri daripada beberapa jenis bunyi atau hanya satu jenis sahaja.

Suara Anak : Jenis suara ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat
i, Baby Sound
ii, Kid Sound
iii, Young Walet Sound
Camner dia punya bunyi.. rolleyes.gif cit..citt..cit..cittttt pooorah.. hehe.. biggrin.gif

Suara Birahi : Yahh.. itu suaranya yang ngerang².. suara ini suara walit betina

Suara Koloni : Suara ini adalah rakaman langsung dalam RBW yang telah penuh.. lebih kurang cam suara kat pasar ikan.

Suara Panggil : Suara ini juga di sebut suara luar dan merupakan gabungan suara walit

Pada pandangan kita, suatu suara itu berkualiti apabila berjaya menarik banyak burung walit. Perkara ini sangat subjektif. Pok Den pernah dengar suara yang sangat jelas dan dirasakan berkualiti tetapi walit tak suka.. pandang pon tidak. Nasihat Pok Den berkenaan suara ini.. Suara tak berapa jelas pon tak apa.. yang penting walit suka.

Sekiranya walit tak masuk ke dalam RBW itu memberikan petunjuk RBW masih ada masalah yang perlu ditangani dan semasa menyediakan RBW.. pastikan jangan benarkan walit masuk meninjau melainkan RBW benar² ready untuk Majlis Pembukaan..

Nota:- Berkenaan pembinaan RBW, Tolong patuhi Akta² dan Undang² setempat yang sedang berkuatkuasa.. [yang akan berkuatkuasa tuh nasib ler...] 'No Man's Land'

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(damak09 @ Oct 20 2008, 01:04 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Terima kasih Pak Den.. atas nasihat itu ( pasal loan bank). Namun setakat ni.. itulah pilihan terbaik yang saya ada untuk menceburkan diri dalam industri Walet ni. Sebab saya dah melangkah.. saya berharap akan terus dapat sokong moral dan nasihat daripada semua.. terutama Pak Den.. Saya dah pergi melawat sarang burung saifzra... mungkin lain kali saya boleh wat "lasalbela" lawatan sambil belajar BH pak den lak...

wasalam

Salam...damak09.
semoga dalam keadan yang sihat dan kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah..
tentang melangkah atau belum suka saya ingatkan kepada kita yang beragama islam elakan dari membelakangkan tuhan.Adalah sebaik-baiknya buat solat istikhorah dan tanya dengan tuhan adakah kita sesuai buat bh ke tak lepas tu baru kita berusaha,lepas usaha baru tawakal.kekadang kita selalu lupa dengan tuhan,usaha dulu baru tawakal lepas tu gagal juga baru salahkan takdir.Sekadar memperingatkan kawan2 dan diri saya sendiri jugak.bidang ternakan walit ni adalah berkaitan dengan benda yang hidup,apa pun yang kita ketahui tentang walit ni takan sama dengan pengetahuan tuhan dengan makhluk yang diciptakanya,jadi selalulah kita sama2 bertanya pada Tuhan apakah ia baik untuk kita atau tidak supayah kita tidak menyesal kemudian hari.kalau kita dah bertanya fahamilah bahasa alam,kalau dipermudahkan bermakna sesuai untuk kita,kalau dijauhkan maka bukan untuk kita,itulah hakikat namanya,pasrah dengan ketentuan tuhan tapi bukan bermakna berserah saja tanpa berbuat apa2,tanya Tuhan apa yang perlu dibuat baru usaha dan baru tawakal.maaf kalau terlampau fanatik tapi sekadar memperingatkan antara satu sama lain.Harap kita semua dapat terima dengan positif dan mudah2han perbincangan kita sentiasa mendapat rahmat dari ALLAH,Amiiiinnnnn...
damak09 apa yang penting untuk kita sediakan adalah modal jiwa yang kuat dalam membuat sebarang perniagaan.Ini adalah kata2 dari jutawan gila mendiang tan seri lim goh tong,bagi kita orang islam memang patut pun sediakan modal jiwa yang kukuh.
sekian...

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(pok_den2000 @ Oct 14 2008, 12:59 AM) <{POST_SNAPBACK}>
joeyasek.. share ler kat sini pengalaman ko servay walit di tuaran n papar tuh.

Nie info Pok Den..
i. Setakat Beaufort sampai Menggatal memang tak der masalah.. buat jer RBW (yg mematuhi syarat) walit pasti buat sarang.
ii. Walit tuh kebanyakannya jenis Aerodramus Fuchiphagus. Burung Layang² pon ada.
iii. Kat menara Masjid Negeri (sembulan) ada sarang walit tapi sekarang tengah diubahsuai jadi tak nampak ler.
iv. Dalam Jam 6pm - 7pm akan kedengaran suara kicauan walit balik ke sarang.

pok den...
Sori lambat reply lama tak masuk blog ni..
Saya pun tak tau mcmana nak xplain servay saya..cuma masa on the way tgk
RBW dkt Tuaran tu memang byk walit berterbangan dlm 300 meter sebelum sampai RBW tu.
Bila sampai RBW tu phewwww..byk nya walit tak rugi jln jauh ke sana hanya utk tgk keadaan RBW
tu.Rupa2 nya RBW tu baru ja operasi tak sampai setahun..

itu ja la yg saya bole terang kan dkt sini..

Share this post

Link to post
Share on other sites
Pok Den,
Bagaimanakan untuk memilih suara yg di sukoi burung walit, serta bolehkah kita copy suara anak, koloni, berahi dan suara dewasa digabung dalam 1 cd sebagai suara dalam?
Sini saya minta komen Pok Den dgn RBW yg baru 1 bulan beropersi tapi tiada satu pun yang menginap bingung betul..............
RBW ini dibagunkan oleh seorang yg bergelar konsulton, Ada satu perkara yg saya kurang pasti tentang ruang dalaman yg tiada sekatan atau ada bilik sebagai contoh Burung masuk dari lubang masuk dari jenis monkey terletak ditengah bangun dan lubang masuk di bahagian timur dan burung terus masuk ke roving room seterusnya ke bawah dan boleh pilih ke depan atau ke belakang bangunan tanpa sekatan lansung bolehkah??????
Bolehkah RBW tanpa sekatan-2 untuk burung berputar-putar sebelum memcari tempat bersarang??????
Terimo Kasek wacko.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites
TERIMA KASIH SEMUA..

dah sebulan BH sy beroperasi..namun tak nampak juga si liur emas mahu bersarang lagi... dalm perwaletan ni kiter kena banyak bersabar..bersabar dan terus bersabar..

saper2 geng2 yang duk kelantan..sila22 la berkongsi cerita,masalah,pengalamn dengan saya

maju walet untuk semua..

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(mohdrozmi @ Oct 24 2008, 03:52 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Salam...damak09.
semoga dalam keadan yang sihat dan kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah..
tentang melangkah atau belum suka saya ingatkan kepada kita yang beragama islam elakan dari membelakangkan tuhan.Adalah sebaik-baiknya buat solat istikhorah dan tanya dengan tuhan adakah kita sesuai buat bh ke tak lepas tu baru kita berusaha,lepas usaha baru tawakal.kekadang kita selalu lupa dengan tuhan,usaha dulu baru tawakal lepas tu gagal juga baru salahkan takdir.Sekadar memperingatkan kawan2 dan diri saya sendiri jugak.bidang ternakan walit ni adalah berkaitan dengan benda yang hidup,apa pun yang kita ketahui tentang walit ni takan sama dengan pengetahuan tuhan dengan makhluk yang diciptakanya,jadi selalulah kita sama2 bertanya pada Tuhan apakah ia baik untuk kita atau tidak supayah kita tidak menyesal kemudian hari.kalau kita dah bertanya fahamilah bahasa alam,kalau dipermudahkan bermakna sesuai untuk kita,kalau dijauhkan maka bukan untuk kita,itulah hakikat namanya,pasrah dengan ketentuan tuhan tapi bukan bermakna berserah saja tanpa berbuat apa2,tanya Tuhan apa yang perlu dibuat baru usaha dan baru tawakal.maaf kalau terlampau fanatik tapi sekadar memperingatkan antara satu sama lain.Harap kita semua dapat terima dengan positif dan mudah2han perbincangan kita sentiasa mendapat rahmat dari ALLAH,Amiiiinnnnn...
damak09 apa yang penting untuk kita sediakan adalah modal jiwa yang kuat dalam membuat sebarang perniagaan.Ini adalah kata2 dari jutawan gila mendiang tan seri lim goh tong,bagi kita orang islam memang patut pun sediakan modal jiwa yang kukuh.
sekian...

Alhamdulillah.. inilah part paling saya suka bila bicara soal niaga atau usaha.. 'Spiritual Quation - SQ'
Peringkat awal kita menyediakan IQ, semasa melangkah kita menyediakan EQ, dan part akhir menyediakan SQ.
terimakasih 'mohdrozmi' kerana mengingatkan sesama mukmin.

Saya menyediakan thread nie pon untuk menggalakkan seberapa ramai orang melayu & bumiputra berbicara soal walit.. agar tidak ketinggalan jauh dibelakang. Secara umum untuk mengingatkan kembali.. penternakan walit di Malaysia masih setahun jagung.. hanya bermula sekitar tahun 1995 tu pon disebabkan penghijrahan orang indonesia semasa krisis ekonomi di negara mereka. Kira cam tak sengaja pon.

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(joeyjoe @ Oct 25 2008, 08:59 AM) <{POST_SNAPBACK}>
pok den...
Sori lambat reply lama tak masuk blog ni..
Saya pun tak tau mcmana nak xplain servay saya..cuma masa on the way tgk
RBW dkt Tuaran tu memang byk walit berterbangan dlm 300 meter sebelum sampai RBW tu.
Bila sampai RBW tu phewwww..byk nya walit tak rugi jln jauh ke sana hanya utk tgk keadaan RBW
tu.Rupa2 nya RBW tu baru ja operasi tak sampai setahun..

itu ja la yg saya bole terang kan dkt sini..

Thanks joeyjoe atas penerangan serba ringkas. Maklumat cam nie pon dah cukup bagus.

Oh yer.. masa awak tengok tuh dalam jam berapa??

Aler setakat KK ker tuaran tak jauh mana ler.. 35 minit dah sampai.

Lagi satu ada pergi ke keningau?? sebab Pok Den pernah sembang ngan sorang konsultan, dia pernah bagi kursus ngan sorang yg buat RBW kat Keningau.

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(ez tm @ Oct 25 2008, 10:20 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Pok Den,
Bagaimanakan untuk memilih suara yg di sukoi burung walit, serta bolehkah kita copy suara anak, koloni, berahi dan suara dewasa digabung dalam 1 cd sebagai suara dalam?
Memang tuh ler yang dorang buat.. cuma ko bayangkan ler sendiri.. pahami ayat nie
"1. sayanggg..lepas makan masuk bilik yer penat nak tidur"
"2. sayanggg.. makan nak yer masuk bilik lepas penat tidur"

Sini saya minta komen Pok Den dgn RBW yg baru 1 bulan beropersi tapi tiada satu pun yang menginap bingung betul..............Tak menginap tak per baru 1 bulan tapi ada atau tidak burung masuk kat dalam?
RBW ini dibagunkan oleh seorang yg bergelar konsulton, Ada satu perkara yg saya kurang pasti tentang ruang dalaman yg tiada sekatan atau ada bilik sebagai contoh Burung masuk dari lubang masuk dari jenis monkey terletak ditengah bangun dan lubang masuk di bahagian timur dan burung terus masuk ke roving room seterusnya ke bawah dan boleh pilih ke depan atau ke belakang bangunan tanpa sekatan lansung bolehkah?????? lepas nie ko gi buat lawatan ker gua walit.. ada banyak tempat seperti kat Pulau Kapas, Gua Niah ker, Gua Gomantong ker.. ahh banyak lagik ler. Pastu duduk kat tempat tuh 3 hari perhatikan bahasa alam.. Jawo kata buat Pati Geni. Mesti ko paham cam ner buat RBW tanpa sekatan. Dalam keadaan ini, Nesting Planks amat memainkan peranan.

Bolehkah RBW tanpa sekatan-2 untuk burung berputar-putar sebelum memcari tempat bersarang??????Tuh walitnya putar² sebelum masuk RBW ada sekatan juga ker kat atas tuh.. Pok Den nak tengok langit dengan sekatan.
Terimo Kasek wacko.gif

sebab banyak soalan, jadi PoK Den jawab kat atas ngan tulisan merah leh kan ez tm.

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(saifzra @ Oct 26 2008, 09:19 AM) <{POST_SNAPBACK}>
TERIMA KASIH SEMUA..

dah sebulan BH sy beroperasi..namun tak nampak juga si liur emas mahu bersarang lagi... dalm perwaletan ni kiter kena banyak bersabar..bersabar dan terus bersabar..

saper2 geng2 yang duk kelantan..sila22 la berkongsi cerita,masalah,pengalamn dengan saya

maju walet untuk semua..

Pengalaman Pok Den, selagi belum suksess pertanyaan demi pertanyaan pasti akan dilontar.. bila dah suksess mula ler lupa keng kawan lama di alam siber nih. Sebab tuh dari sekarang sediakan jaringan (Network) agar ada tempat mengadu di kala senang dan susah. Pok Den pon kengkadang lupa.. yer yer kita memang mudah lupa, melayu mudah lupa.. (Tun Dr. Mahathir Mohamad) Nasib baik ada mohdromzi tukang ingatkan kiter.

saifzra, satu perkara yang kita selalu lupa dan kengkadang buat² lupa kerna kita terlalu fokus kepada sarangnya sahaja. Maka kita lupa kitaran hidup sang burung walit. Sebagaimana wujudnya 4 musim (panas, sejuk, luruh, bunga) cam tuh juga ler sang walit. Bila musim bertelur.. maka pasangan walit akan bekerjasama membina sarang untuk kelangsungan generasi walit berikutnya. Apabila sudah menetes.. mana mungkin pasangan walitnya mau buat sarang lagik. Nie masa untuk membesarkan anak nya sang walit. Cam pompuan ko ler.. dalam edah takkan gi belasah lagik, puasa la pulak.

Share this post

Link to post
Share on other sites
Hello semua n Pok Den,
Bagi sikit information cara-2 atau perkara utk membina sesebuah RBW tanpa Khimat konsulton.Dan bagi sikit komen tentang LMB dari Open Roof, Monkey kenel, dan window dari segi di sukai walit dan kelebihan serta keburukan.......
Ada sesiapo pernah baca atau ada buku walit boleh la bagi cadangan utk semua. boleh la tambah ilmu biarpun X ado RBW.
terimo kasih

Edited by ez tm

Share this post

Link to post
Share on other sites
aku tatau apa-apa pasal burung walit ni...

tu akau nak tanya rega dia berapa RM/KG skang...

aku ada kawan cina kat indon.....

dia beli burung ni la...

dia offer aku jual sarang tu kat malaysia.....

harga ikut gred...

yg ada bulu..gred C

yang ada koyak2 sikit...gred B

yang mmg cantik n bersih..gred A

itu katanya lah.....

so any idea rega kat sini macamana...

dan sapa yg sebenarnya target market kat sini....

kalu sapa2 ada info bole la kongsi....

kalau berbaloi bole la kita semua buat kerja sambilan...

kalu tak berbaloi...lupakan ajee

hu hu hu....

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(ponyuk @ Aug 27 2008, 02:54 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Salam Pok Den.
1. Adnan Bin Shamdin
2.Alamat: 03-G-35,block 35,Cendana Apartment,Tmn.Bukit Subang,Sek.U16,40160 Shah Alam.
3. [email protected]
4. Saya nak sangat cd ni sebab nak buat test lokasi kat kampong di tapah perak,jika sesuai nak buat BH,nak beli kat luar mahal & mutu suara belum tentu baik,pakai konsaltan lagi mahal,kalau free alhamdulilah Pok Den.

Salam Pok Den

1. Mansor b Mahmud
2.Alamat: 3g.taman Setiabudi,Tikam Batu, 08600 Subgai Petani, Kedah
3. [email protected]

4. Saya nak anggota koperasi yg berminat masuk dalam biz ini..Koperasi akan jadi project manager dalam ni

Terima kasih
rolleyes.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(ez tm @ Oct 28 2008, 10:05 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Hello semua n Pok Den,
Bagi sikit information cara-2 atau perkara utk membina sesebuah RBW tanpa Khimat konsulton.
Ok sikit jer.. bina bangunan 1 tingkat (atas tanah atau bangunan kedai) Dinding guna batu bata (paling baik) pakai papan pon boleh, sediakan lobang ventilation (guna batang paip atau batu pasir berlubang - sori technical term not wise), sediakan LMB (Open Roof/ Monkey kenel / window/ dog kenel / Elephent Kenel pon boleh) Siling pasang Nesting Planks. (

Dan bagi sikit komen tentang LMB dari Open Roof, Monkey kenel, dan window dari segi di sukai walit dan kelebihan serta keburukan.......
Asalnya Pok Den percaya kepada pengunaan satu LMB sahaja, tetapi tidak salah memberikan pilihan kepada walit untuk masuk dari lobang yang dia suka. Masing² mempunyai kelebihan tersendiri hanya dari segi kelemahan.. Predator.

Ada sesiapo pernah baca atau ada buku walit boleh la bagi cadangan utk semua. boleh la tambah ilmu biarpun X ado RBW.
Setuju. Meriah kan thread walit nih.

terimo kasih

Pok Den jawab kat atas dengan ayat merah

Share this post

Link to post
Share on other sites
Assalamu’alaikum semua.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga sy masuk setelah hampir 3 bln cuba nak mengingatkan ID & password sy. Dah cuba buka akaun baru, tapi tak boleh masuk juga, entah apa silapnya sy pun tak tau. Lepas ni nampaknya kena tulis kat dinding rumah besar2 no. password & IDnya atau kena makan sarang burung hari2 supaya otak bertambah geliga.

Elok saja dpt masuk sy dapati ada kawan2 yg ingin menghubunyi sy personally, tapi maaf sy tak tahu cara nak reply, tekan ini tak boleh, tekan itu tak boleh. Sy rasa benda tu dinamakan PM, entah apa binatang PM tu sy pun tak tahu, yg sy tahu PM tu Prime Minister atau Perdana Menteri. Dulu sy dah katakan yg sy ni tak berapa reti sangat dgn kecanggihan IT sekarang ni. Jadi sy rasa cara yg terbaik utk kita semua berhubungan & bertanya soalan adalah dlm forum ini sendiri supaya semua kawan2 lain dpt tompang sekaki.

Saya rasa kita semua terhutang budi dgn sifu kita Pok Den. Kerana dah banyak sangat ilmu dicurahkannya kpd kita dlm forum ini. Kalaulah Pok Den ni ahli politik mungkin dah dpt Dato’ sama2 dgn SRK baru2 ni. Sy juga nak mengajak semua kawan2, kalau dpt semua ambil bahagian dgn mengemukakan soalan2 jika ada & yg se-eloknya soalan tu biarlah specific, supaya senang Pok Den (khususnya) nak jawab. Kadang2 sy lihat jawapan dari Pok Den pun berbentuk perli saja, sebab soalannya pun seolah2 membenarkan Pok Den menjawab sedemikian. Sy lihat penglibatan dari peminat2 walit dlm forum ini amat menggalakkan sekali sekarang ini, tak macam dulu sampai lebih 2 bln tak ada sapa pun masuk. Tuan2 tahu tak segala interaction kita dlm forum ini adalah ilmu yg berharga. A to Z tentang walit ni semuanya berada di tangan pengusaha2 Cina, tapi mereka takkan nak beritahu kita percuma, sebab perinsip hidup mereka adalah antara lainnya, “there is no such thing as free lunch”. Jgn marah kalau ada yg tersenggong, mungkin tak 100% begitu, ada juga yg murah hati. Sy hairan sepatutnya jabatan kerajaan yg berkenaanlah yg semesti mempunyai kepakaran khusus dari A - Z mengenai walit ini, tapi sayang seribu kali sayang, ditelan pahit dibuang sayang (ini senikata lagu, jgn marah).

Jadi oleh itu kita kena terus bertanya & sy pun ada soalan juga, sy akan nyatakan dipenghujungnya nanti.

Pd sy sebagai seorg Muslim, ilmu adalah milik Allah. Sekiranya org yg bertanya itu ikhlas ingin tahu & jawapannya kebutulan ada pd kita, apalah salahnya diberitahu, mudah2an Allah akan balas pula dgn lebih banyak kebaikan & ganjaran kpd kita, Insya Allah.

Sy nak kongsi sikit pengalaman yg ada pd sy selama sy berkecimpung dlm bidang ini. Pd dasarnya, tambahan pula kita yg berugama Islam ni, segala sesuatu yg kita usahakan di bumi Allah ini hendaklah kita buat dengan penuh sabar, sebab SABAR ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN (tuan2 kena percaya dgn ungkapan ini, kerana ia terdapat di dlm Kitab Suci Al-Quran). Di dlm industri walit ni pula khususnya, sy merasakan bahawa tuntutan kesabaran itu hendaklah kita tambah berganda2 jika dibandingkan dgn kesabaran kita dlm ternakan kambing atau pun lembu yg juga menuntut kita bersabar sebelum berjaya sepenuhnya. Sebab burung walit ni, kalau dia nak start jadikan BH kita ni sebagai permanent home mereka, ia mengambil masa yg agak lama, walau pun mereka dah banyak kali buat window shopping. Seterusnya apabila mereka dah registered sebagai permanent occupant pd BH kita, tak ada undang2 di dunia ni yg boleh menghalang mereka utk migrate ke tempat lain apabila mereka dah tak suka di atas pelbagai sebab.

Kalaulah walit dlm BH kita ada katakan, 100 ekor, sy rasa yg dah “berkahwin” tu mungkin sekitar 20-30 pasang saja, sebab yg lain tu masih bujang atau belum baligh lagi, alah macam kita juga, kekadang dik kerana sebok dgn carrier sampai 45 thn baru nak kawin pun ada. Baru2 ni sy berbual dgn seorg pelakun lelaki drama TV Gerak Khas, umur dia dah 43 thn tapi masih bujang. Dia kata nak cari perempuan senang, tapi nak cari isteri susah sikit (macam2 alasan). Ada pulak tu 11 thn dah kawin, umur 12 thn laki dia (org kaya) lantik jadi GM syarikat dia sendiri. Kisah ni berlaku kat Indon masuk paper baru2 ni atas tajuk GM yg paling muda di Indonesia.

Sy perhatikan apabila walit betina bertelur (walit bertelur 1 atau 2 biji sahaja & setakat ini belum lagi jumpa yg lebih dari itu) ia mengambil masa lebih-kurang 20-25 hari utk menetas (drp mengawan hingga bertelur sy tak tahu berapa lamanya). Selepas menetas, anak walit tu mengambil masa lebih-kurang 40-50 hari utk terbang utk cari makan sendiri secara full time & lepas tu barulah kita boleh ambil sarangnya. Yg cantiknya tuan2, anak walit yg kecil ni kepalanya akan mengadap keluar supaya senang emaknya dtg bagi makan. Bila dan besar sikit & dah mula berak, dia akan mengalihkan ponggongnya keluar supaya apabila berak tahinya tidak sikit pun akan kena pd sarang. Kerena kelakuannya sebeginilah maka walit ini dipanggil toilet-trained bird. Tak macam burung lain, main bedal saja. Kalau ada org2 awam yg marah akan BH kita dgn mengatakan walit kat BH kita kotor & berak merata2, inilah hujahnya. Walit ni macam org juga. Cuba tanya org yg menuduh walit ni pengotor, dia kat rumah berak atas tilam ke atau kat tandas? Kalau dia kata atas tilam, jgn tunggu lama, panggil ambulance, & terus hantar dia sama ada ke Tampoi atau Tanjung Rambutan (tengok mana yg dekat) sebab dia ni confirmed gila.

Mengikut apa yg pernah sy baca, sepasang walit akan bertelur 4X setahun. Mungkin ada kebenarannya statement ini, terutamanya walit yg jenis sex maniac (alah macam kita juga sebulan lepas pantang bini dah berisi lagi).

Berdasarkan catatan di atas, utk mendptkan 1 kg setiap bln, sy rasa kena ada lebih kurang
600-800 ekor walit. 1 kg memerlukan antara 120-140 sarang, ikut saiz. Agaknya berapa lama pulak nak dptkan walit sebanyak itu menghuni BH kita? Mungkin 3 ½ thn (ini anggaran sy saja sebab BH sy belum ada sebanyak itu). Kalau ada kawan2 yg dah panen 1 kg sebln sebelum jangka-masa itu tolong kongsi bersama. Sy pun nak tahu sangat rahsianya. Terkecualilah kalau BH itu terletak di lubok walit, contohnya di tepi laut atau sungai. Tapi tak semestinya juga tepi laut atau sungai ada banyak walit.

Satu lagi mengenai sarang burung walit ini, yg terbaik ialah sarang yg kat tengah2 nesting planks. Yg ini memang boleh dpt harga yg baik. Yg banyak, terutamanya di peringkat permulaan ialah di sudud. Sebab kerja membuatnya pun senang sikit. Walit ni pun pandai. Silap2 ada yg lebih pandai sikit dari manusia.

Jadi oleh kerana masa yg di ambil utk mendptkan hasil yg memuaskan agak lama, maka pengusaha2 atau pun penternak2 walit khususnya dikalangan org Islam kena banyak2 bersabar. Disamping itu kena banyak berdoa & banyakkan solat2 sunat, terutamanya solat sunat Dhuha. Maksud doa yg kita baca selepas selesai solat sunat Dhuha ialah antara lainnya berbunyi begini, “ .. Ya Allah, jika rezqiku masih di atas langit, turunkanlah, jika di dlm bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkahlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh, dekatkanlah, jika dekat, permudahkanlah…”. Kan cantik doa tu. Kalau tiap2 hari kita amalkan solat sunat Dhuha ini & berdoa sekali, Insya Allah, pasti akan di maqbulkan Allah.

Jadi sy harap saifzra, kena banyak bersabar. Nak tanya sikit, you selalu masuk dlm BH ke? Kalau dpt di peringkat awal ni jgn masuk dulu. Sy dulu dlm masa 2 bln langsung tak dibenarkan masuk. Walit ni tak suka bau benda2 asing. Macam kita juga kalau tercium bau khinzir amacam? Terkecualilah BH yg dah lama & yg penghuninya pun dah beribu2. Masa tu kita nak panggil SRK shooting film Hati Mere Sathi versi baru kat dlm BH pun tak masaalah.

Akhir sekali sy nak tanya satu soalan tentang harga sarang yg belum di bersihkan. Harga yg sy jual selalu pd consultant sy utk mixed saiz ialah RM3.7/gm, tapi, baru2 ni turun kpd RM3.3/gm, sebab world financial crisis dah merebak sampai ke Cina, HK & Taiwan, negara yg paling banyak mengimport sarang burung dari M’sia. Kalau ada tempat yg sanggup beli lebih dari harga yg sy sebutkan itu harap dpt beritahu. Harap2 Pok Den atau nosts_rounder atau sapa2 yg lain tahu atau ada dikalangan tuan2 sendiri yg taukehnya, tolonglah bagi info sikit. Jgnlah berahsia sangat, terus saja tulis dlm forum ini. MAHA yg baru lepas ni saya sempat singgah ke booth G.E.M. satu2nya pengusaha walit Melayu yg sy tahu. Dia beli dgn harga RM6/kg tapi khusus kpd mereka yg menggunakan khidmat nasihat mereka. Org2 yg tak berkenaan dia org tak beli. Sy pun ada isi borang sebab berminat nak turut serta dlm salah satu dari program mereka, iaitu sekim perkongsian, kita sediakan tanah & mereka sediakan modal. Tapi sampai sekarang tak ada apa2 berita. Kot ya pun hantarlah satu sms utk mengatakan “permohonan anda, kami kiv” atau, kelentonglah apa2 pun, utk nak sedapkan hati sy, supaya sy tak tertunggu2.

Ok, sy rasa cukup setakat ini dulu. Kalau ada apa2 komen, silakan, asalkan jgn belasah sy (kot2 ada yg tersalah cakap) cukup. Kalau ada apa2 kesalahan atau gurauan yg menyenggong perasaan, mohon maaf. Hidup di dunia ni kalau berterusan serious, tak berapa menarik kan? Akhir qalam, kalau ada di kalangan tuan2 yg nak berangkat ke Tanah Suci tak lama lagi saya ucapkan selamat menunaikan fardhu haji, Rukun Islam yg ke 5 & sy doakan supaya anda semua mendapat haji yg mabrur, Insya Allah. Mintak tolong doakan kami semua ni (di tempat2 yg mustajab doa) yg telah lama bersabarr menunggu, agar dikurniakan Allah rezqi yg melimpah ruah agar kami semua (mana yg belum buat haji lagilah) pun akan dpt menunaikan Rukun Islam yg ke 5 ini, di sama akan dtg Insya Allah.

WASSALAM.

Share this post

Link to post
Share on other sites
Pok Den,
Minta bagi sikit info sistem dalam atau layout/plan dari LMB jenis open roof. Adakah LMB open roof mebazir ruang dan adakah roving area yg sebelum sampai ke lubung masuk harus menpunyai ruang yg besar cukupkah dgn ukuran 10x8kaki atau...
bolehkah ruang dalam RBW tidak terlalu gelap atau terang juga?
maaf ya Pok Den banyak tanyak maklu la baru nok belajar banyak yg tak reti. Terima kasik...

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(Salleh @ Oct 31 2008, 11:27 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Salam Pok Den,

Saya berminat untuk jadi usahawan burung walit ni. Dan bercadang untuk membena sebuah
RBW di kawasan Kuala Selangor pada tahun 2010.
Semantara tu saya ingin menimba sebanyak ilmu tentang burung walit ini.
Soalan saya ialah:
Harga sarang burung ni bergantung pada gred dia.
Apa cara dan do/dont cara process sarang dia agar gred nya tak jatuh.

Terima Kasih.

Share this post

Link to post
Share on other sites
Salam,

Saya baru 2 minggu tertarik pasal projek sarang burung ni lepas baca kat harian metro, jadi mulalah membaca, cari maklumat kat internet ni selama lebih kurang 2 minggu ni, jadi saya dah mula bebincang dengan adik saya dan dah buat keputusan nak buat kat melaka projek ni, jadi saya nak tanye ada tak sesiapa di sini boleh bagi servis khidmat nasihat? mungkin sya nak jumpa secara live...terima kasih

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(sukawalit @ Oct 30 2008, 04:52 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Assalamu’alaikum semua.
Waalaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh.. gembira dapat tengok suka walit tulis banyak² dan sedang tunggu rokoksebatang dan nost_rounder memberikan komentar bagi memeriahkan lagi thread walit nih.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga sy masuk setelah hampir 3 bln cuba nak mengingatkan ID & password sy. Dah cuba buka akaun baru, tapi tak boleh masuk juga, entah apa silapnya sy pun tak tau. Lepas ni nampaknya kena tulis kat dinding rumah besar2 no. password & IDnya atau kena makan sarang burung hari2 supaya otak bertambah geliga.
hehe.. terkena juga penyakit lupa nih yer.. nasib baik ler Pok Den dapat register atas nama pok den gak tuh pon tambah 2000 kat belakang. Selalu ler masuh agar tak ilang id ngan password tuh.

Elok saja dpt masuk sy dapati ada kawan2 yg ingin menghubunyi sy personally, tapi maaf sy tak tahu cara nak reply, tekan ini tak boleh, tekan itu tak boleh. Sy rasa benda tu dinamakan PM, entah apa binatang PM tu sy pun tak tahu, yg sy tahu PM tu Prime Minister atau Perdana Menteri. Dulu sy dah katakan yg sy ni tak berapa reti sangat dgn kecanggihan IT sekarang ni. Jadi sy rasa cara yg terbaik utk kita semua berhubungan & bertanya soalan adalah dlm forum ini sendiri supaya semua kawan2 lain dpt tompang sekaki.

Saya rasa kita semua terhutang budi dgn sifu kita Pok Den. Kerana dah banyak sangat ilmu dicurahkannya kpd kita dlm forum ini. Kalaulah Pok Den ni ahli politik mungkin dah dpt Dato’ sama2 dgn SRK baru2 ni. Sy juga nak mengajak semua kawan2, kalau dpt semua ambil bahagian dgn mengemukakan soalan2 jika ada & yg se-eloknya soalan tu biarlah specific, supaya senang Pok Den (khususnya) nak jawab. Kadang2 sy lihat jawapan dari Pok Den pun berbentuk perli saja, sebab soalannya pun seolah2 membenarkan Pok Den menjawab sedemikian. Sy lihat penglibatan dari peminat2 walit dlm forum ini amat menggalakkan sekali sekarang ini, tak macam dulu sampai lebih 2 bln tak ada sapa pun masuk. Tuan2 tahu tak segala interaction kita dlm forum ini adalah ilmu yg berharga. A to Z tentang walit ni semuanya berada di tangan pengusaha2 Cina, tapi mereka takkan nak beritahu kita percuma, sebab perinsip hidup mereka adalah antara lainnya, “there is no such thing as free lunch”. Jgn marah kalau ada yg tersenggong, mungkin tak 100% begitu, ada juga yg murah hati. Sy hairan sepatutnya jabatan kerajaan yg berkenaanlah yg semesti mempunyai kepakaran khusus dari A - Z mengenai walit ini, tapi sayang seribu kali sayang, ditelan pahit dibuang sayang (ini senikata lagu, jgn marah).
Terima kasih. Pok Den memang menggalakkan perbincangan secara detail berkenaan penternakan walit nih, sebab tuh posting pertama Pok Den ".. sila-silakan". Pok Den pilih Tanya@putra sebagai medan interaksi Penternakan Sarang Walit sebab percaya ada ramai melayu n bumiputra menjadi ahli forum. Ilmu berkaitan Walit sangat sedikit berada di luar sana, lepas tuh macam-macam persoalan tapi nak tanya kat sapa?? Tanya kat Pengusaha Cina.. hmm.. nasib ler kalau serempak yang peramah.. tuh pon (confirm) masa datang disambut ngan anjing garang.. aduh kecut perut banggg. Tetapi yang melayu pulak bila dah ada ilmu mula ler mata berpinar nampak $$$ jer, tak nak tolong, berkira, PHD, lagi satu species nih kaki pecah rumah.. selamat RBW / BH (tuh sb susah nak bagi tau lokasi RBW.. takut terorist)

Jadi oleh itu kita kena terus bertanya & sy pun ada soalan juga, sy akan nyatakan dipenghujungnya nanti.

Pd sy sebagai seorg Muslim, ilmu adalah milik Allah. Sekiranya org yg bertanya itu ikhlas ingin tahu & jawapannya kebutulan ada pd kita, apalah salahnya diberitahu, mudah2an Allah akan balas pula dgn lebih banyak kebaikan & ganjaran kpd kita, Insya Allah.

Sy nak kongsi sikit pengalaman yg ada pd sy selama sy berkecimpung dlm bidang ini. Pd dasarnya, tambahan pula kita yg berugama Islam ni, segala sesuatu yg kita usahakan di bumi Allah ini hendaklah kita buat dengan penuh sabar, sebab SABAR ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN (tuan2 kena percaya dgn ungkapan ini, kerana ia terdapat di dlm Kitab Suci Al-Quran). Di dlm industri walit ni pula khususnya, sy merasakan bahawa tuntutan kesabaran itu hendaklah kita tambah berganda2 jika dibandingkan dgn kesabaran kita dlm ternakan kambing atau pun lembu yg juga menuntut kita bersabar sebelum berjaya sepenuhnya. Sebab burung walit ni, kalau dia nak start jadikan BH kita ni sebagai permanent home mereka, ia mengambil masa yg agak lama, walau pun mereka dah banyak kali buat window shopping. Seterusnya apabila mereka dah registered sebagai permanent occupant pd BH kita, tak ada undang2 di dunia ni yg boleh menghalang mereka utk migrate ke tempat lain apabila mereka dah tak suka di atas pelbagai sebab.

Kalaulah walit dlm BH kita ada katakan, 100 ekor, sy rasa yg dah “berkahwin” tu mungkin sekitar 20-30 pasang saja, sebab yg lain tu masih bujang atau belum baligh lagi, alah macam kita juga, kekadang dik kerana sebok dgn carrier sampai 45 thn baru nak kawin pun ada. Baru2 ni sy berbual dgn seorg pelakun lelaki drama TV Gerak Khas, umur dia dah 43 thn tapi masih bujang. Dia kata nak cari perempuan senang, tapi nak cari isteri susah sikit (macam2 alasan). Ada pulak tu 11 thn dah kawin, umur 12 thn laki dia (org kaya) lantik jadi GM syarikat dia sendiri. Kisah ni berlaku kat Indon masuk paper baru2 ni atas tajuk GM yg paling muda di Indonesia.
Setuju betul ngan kenyataan suka walit nih.

Sy perhatikan apabila walit betina bertelur (walit bertelur 1 atau 2 biji sahaja & setakat ini belum lagi jumpa yg lebih dari itu) ia mengambil masa lebih-kurang 20-25 hari utk menetas (drp mengawan hingga bertelur sy tak tahu berapa lamanya). Selepas menetas, anak walit tu mengambil masa lebih-kurang 40-50 hari utk terbang utk cari makan sendiri secara full time & lepas tu barulah kita boleh ambil sarangnya. Yg cantiknya tuan2, anak walit yg kecil ni kepalanya akan mengadap keluar supaya senang emaknya dtg bagi makan. Bila dan besar sikit & dah mula berak, dia akan mengalihkan ponggongnya keluar supaya apabila berak tahinya tidak sikit pun akan kena pd sarang. Kerena kelakuannya sebeginilah maka walit ini dipanggil toilet-trained bird. Tak macam burung lain, main bedal saja. Kalau ada org2 awam yg marah akan BH kita dgn mengatakan walit kat BH kita kotor & berak merata2, inilah hujahnya. Walit ni macam org juga. Cuba tanya org yg menuduh walit ni pengotor, dia kat rumah berak atas tilam ke atau kat tandas? Kalau dia kata atas tilam, jgn tunggu lama, panggil ambulance, & terus hantar dia sama ada ke Tampoi atau Tanjung Rambutan (tengok mana yg dekat) sebab dia ni confirmed gila.
Berdasarkan kenyataan sukawalit nih.. ni dinamakan panen penetasan kerana kita tunggu sehingga walit menetas baru sarangnya diambil. Untuk RBW yang masih baru (lingkungan 5 tahun beroperasi) kaedah ini sesuai digunakan bagi membantu mempercepatkan bilangan walit dalam RBW kita.

Mengikut apa yg pernah sy baca, sepasang walit akan bertelur 4X setahun. Mungkin ada kebenarannya statement ini, terutamanya walit yg jenis sex maniac (alah macam kita juga sebulan lepas pantang bini dah berisi lagi).

Berdasarkan catatan di atas, utk mendptkan 1 kg setiap bln, sy rasa kena ada lebih kurang
600-800 ekor walit. 1 kg memerlukan antara 120-140 sarang, ikut saiz. Agaknya berapa lama pulak nak dptkan walit sebanyak itu menghuni BH kita? Mungkin 3 ½ thn (ini anggaran sy saja sebab BH sy belum ada sebanyak itu). Kalau ada kawan2 yg dah panen 1 kg sebln sebelum jangka-masa itu tolong kongsi bersama. Sy pun nak tahu sangat rahsianya. Terkecualilah kalau BH itu terletak di lubok walit, contohnya di tepi laut atau sungai. Tapi tak semestinya juga tepi laut atau sungai ada banyak walit.
Sukawalit, 120 sarang/kg adalah perkiraan standard. Apabila terdapat sumber makanan yang banyak.. sarang boleh menjadi 100pcs/kg dan pernah terjadi 80pcs/kg.

Satu lagi mengenai sarang burung walit ini, yg terbaik ialah sarang yg kat tengah2 nesting planks. Yg ini memang boleh dpt harga yg baik. Yg banyak, terutamanya di peringkat permulaan ialah di sudud. Sebab kerja membuatnya pun senang sikit. Walit ni pun pandai. Silap2 ada yg lebih pandai sikit dari manusia.

Jadi oleh kerana masa yg di ambil utk mendptkan hasil yg memuaskan agak lama, maka pengusaha2 atau pun penternak2 walit khususnya dikalangan org Islam kena banyak2 bersabar. Disamping itu kena banyak berdoa & banyakkan solat2 sunat, terutamanya solat sunat Dhuha. Maksud doa yg kita baca selepas selesai solat sunat Dhuha ialah antara lainnya berbunyi begini, “ .. Ya Allah, jika rezqiku masih di atas langit, turunkanlah, jika di dlm bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkahlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh, dekatkanlah, jika dekat, permudahkanlah…”. Kan cantik doa tu. Kalau tiap2 hari kita amalkan solat sunat Dhuha ini & berdoa sekali, Insya Allah, pasti akan di maqbulkan Allah.
Doa nie juga disebut Doa Rezeki dan sangat elok diamalkan oleh pengusaha walit beragama islam. selain itu boleh amalkan ayat 100 dinar moga-moga dibukakan allah swt pintu rahmat.. berbondong-bondong walit migrate ke RBW hanya dalam masa semalam cam muhajirin dan pembukaan Kota Mekah.

Jadi sy harap saifzra, kena banyak bersabar. Nak tanya sikit, you selalu masuk dlm BH ke? Kalau dpt di peringkat awal ni jgn masuk dulu. Sy dulu dlm masa 2 bln langsung tak dibenarkan masuk. Walit ni tak suka bau benda2 asing. Macam kita juga kalau tercium bau khinzir amacam? Terkecualilah BH yg dah lama & yg penghuninya pun dah beribu2. Masa tu kita nak panggil SRK shooting film Hati Mere Sathi versi baru kat dlm BH pun tak masaalah.
Tuh yang Pok Den bagi tempoh sampai tahun depan baru leh jengah RBW Saifzra.. leh kan?? Perhatian / Achtung : 1st month critical time for your BH, either accepted or abandon by walit so never come inside.

Akhir sekali sy nak tanya satu soalan tentang harga sarang yg belum di bersihkan. Harga yg sy jual selalu pd consultant sy utk mixed saiz ialah RM3.7/gm, tapi, baru2 ni turun kpd RM3.3/gm, sebab world financial crisis dah merebak sampai ke Cina, HK & Taiwan, negara yg paling banyak mengimport sarang burung dari M’sia. Kalau ada tempat yg sanggup beli lebih dari harga yg sy sebutkan itu harap dpt beritahu. Harap2 Pok Den atau nosts_rounder atau sapa2 yg lain tahu atau ada dikalangan tuan2 sendiri yg taukehnya, tolonglah bagi info sikit. Jgnlah berahsia sangat, terus saja tulis dlm forum ini. MAHA yg baru lepas ni saya sempat singgah ke booth G.E.M. satu2nya pengusaha walit Melayu yg sy tahu. Dia beli dgn harga RM6/kg tapi khusus kpd mereka yg menggunakan khidmat nasihat mereka. Org2 yg tak berkenaan dia org tak beli. Sy pun ada isi borang sebab berminat nak turut serta dlm salah satu dari program mereka, iaitu sekim perkongsian, kita sediakan tanah & mereka sediakan modal. Tapi sampai sekarang tak ada apa2 berita. Kot ya pun hantarlah satu sms utk mengatakan “permohonan anda, kami kiv” atau, kelentonglah apa2 pun, utk nak sedapkan hati sy, supaya sy tak tertunggu2.
Berkenaan harga minta maaf banyak².. kalau ada vendor selamat tapi kepada yang DIY, jika dapat jual RM2.8/gm (mix raw) kira alhamdulillah yang processed tuh lain citer ler, pastu degar pulak hantor Taiwan.. hmm tuh yg jejak RM250/gm. Mudahnya, penentuan harga masih ditentukan oleh prinsip 'supply n demand' sebab tuh kena wujudkan network pada peringkat permulaan penternakan sarang walit nih. Pok Den pon ada gi MAHA tuh.. dapat pamplet G.E.M jer Booth dier kat ner aar?? Peralnest ader ler serempak.. nie pon booth rojak macam-macam ada.

Ok, sy rasa cukup setakat ini dulu. Kalau ada apa2 komen, silakan, asalkan jgn belasah sy (kot2 ada yg tersalah cakap) cukup. Kalau ada apa2 kesalahan atau gurauan yg menyenggong perasaan, mohon maaf. Hidup di dunia ni kalau berterusan serious, tak berapa menarik kan? Akhir qalam, kalau ada di kalangan tuan2 yg nak berangkat ke Tanah Suci tak lama lagi saya ucapkan selamat menunaikan fardhu haji, Rukun Islam yg ke 5 & sy doakan supaya anda semua mendapat haji yg mabrur, Insya Allah. Mintak tolong doakan kami semua ni (di tempat2 yg mustajab doa) yg telah lama bersabarr menunggu, agar dikurniakan Allah rezqi yg melimpah ruah agar kami semua (mana yg belum buat haji lagilah) pun akan dpt menunaikan Rukun Islam yg ke 5 ini, di sama akan dtg Insya Allah.
Ehh.. tak belasah..keroyok jer biggrin.gif Pok Den juga ucapkan selamat menunaikan fardhu haji kepada ahli forum yang da sampai seru nih. Sampai sana lambai pulak kat Pok Den kot-kot awal skit dapat gi ker tanah suci.
WASSALAM.

sukawalit komen Pok Den ada kat atas warna Merah Bleh kan??

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(ez tm @ Oct 30 2008, 04:57 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Pok Den,
Minta bagi sikit info sistem dalam atau layout/plan dari LMB jenis open roof. Adakah LMB open roof mebazir ruang dan adakah roving area yg sebelum sampai ke lubung masuk harus menpunyai ruang yg besar cukupkah dgn ukuran 10x8kaki atau...
bolehkah ruang dalam RBW tidak terlalu gelap atau terang juga?
maaf ya Pok Den banyak tanyak maklu la baru nok belajar banyak yg tak reti. Terima kasik...

ez tm, kekangan apabila berbicara melalui 'pphb' image perlu di upload dari suatu sumber lain dan bukannya boleh direct upload. Oleh itu berbicara soal layout / plan memang sukar skit, camner pon Pok Den akan usahakan selepas nie. (Bagi masa skit)

Sekiranya LMB jenis OR di buat di RBW atas tanah persendirian, sebesar mana pon nak dibuat memang tidak menjadi masalaah (hanya $$$ ada ker tak) Tetapi apabila LMB OR di buat di rumah kedai.. hmm, sebaiknya maksimumkan penggunaan toilet sebagai ruangan masuk burung, soal Rooving Area boleh biarkan di luar bangunan (dengan syarat tidak ada pokok atau binaan yang menghalang LMB)

kepada semua, apa definasi kita (dalam konteks RBW) terang dan gelap?? Mata manusia akan menfsirkan Terang dalam RBW adalah suatu keadaan samar-samar dan adakalanya wujud bayangan hitam. Manakala, Gelap memang tak nampak, langsung tidak ada cahaya yang dapat dipantulkan dari suatu objek untuk ditafsirkan oleh mata.

Oleh itu, jalan terbaik adalah menggunakan suatu alat yang dinamakan LUX Meter untuk menyukat tahap kekuatan biasan cahaya dalam RBW anda. Nilai terbaik adalah apabila meter menunjukkan kekuatan biasan cahaya dalam RBW adalah sebanyak 30lux @ 3 candle. Kepada yang takde meter, keadaanya seperti anda duduk dalam hutan dengan diterangi bulan (hijrah) pada hari ker 18.

Aler ez tm, Pok Den nie pon masih belajar.. banyak lagik yang tak tau.. "Ilmu Allah nie terlalu luas.. semakin Pok Den belajar lagi banyak yang Pok Den tak tau, sehingga diibaratkan walau habis semua pokok dijadikan pena dan air laut menjadi tinta, ianya hanya setitik dari Ilmu Allah. Sebab itu, Pok Den pon berusaha agar apa yang disampaikan dalam thread ni memberi manfaat kepada semua. Jadi soalan umum, Pok Den jawab secara umum ler.. nanti lagik yak paham wacko.gif Edited by pok_den2000

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...