Jump to content
eddyra

Streamyx Yang Berhantu...

Recommended Posts

Salam semua pengunjung tanya putera,

Sebelum aku menulis masalah aku ni, aku dah search semua topic streamyx di board ni, namun aku rasa tiada jawapan untuk masalah aku ni.

Begini,

Aku baru je sebulan install streamyx kat rumah aku dan di bawah ini spec untuk streamyx dan PC aku :-

Package : 1MB

Modem : ZTE831

Jarak : >5km (6 km rasanya dari interchange)

Masalah pertama aku ialah :-

1. Masa mula-mula install test speed aku hanya sekitar 425KBps setelah di test menggunakan beberapa tester spt Xpedometer, mytest, speedometer etc dan speed result test hampir sama. Aku tak puas hati aku call 1-300 bertanyakan hal ini, katanya TMNET tak set pada 1MB tapi pada 512KBps. Hampeh sungguh bila fikirkan aku akan bayar bill RM88 sedangkan package yang aku terima hanyalah 512KBps.

Then beberapa hari kemudian aku test lagi sebagaimana disuruh. OK lah sudah ada peningkatan sikit setakat 550KBps.

Aku masih tidak puas hati, sebab customer service tu kata aku sepatutnya dapat at least 750-800KBps. Aku report lagi pada 1-300. Budak practical yang jawab panggilan aku suruh buat itu buat ini. Cehh.. macam hafal script!! Apa yang dia suruh aku buat sudah lama aku buat. Siap dengan DNS setting, ON OFF modem, direct cable modem to socket .. malahan semua itu aku sudah cuba. Hari-hari aku scan spyware dan virus.. tak juga OK malahan kadangkala lagi teruk sehingga sekitar 200KBps.. Cakap lah apa sahaja caranya, aku buat.

Sehinggalah semalam seorang technical staff TMNET datang kerumah aku, dan mendapati package yang streamyx inject cuma 720KBps!! Bukan 1MB seperti yang aku subscribe!! ZTE831 (modem management) indicate aku punya speed pun 720KBps!! Yang menghairankan aku bila guna laptop dia utk test, bacaan sekitar 20% lebih tinggi dari menggunakan PC aku, maksudnya di sini 20% speed telah LOSS apabila menggunakan PC aku.. hairan juga.

Kemudian staff TMNET cuba pulak guna laptop dia direct kat socket telephone (Aku sebelum ni guna 25" panjang extension wire dari socket hingga ke bilik computer aku)

Fuhh!! Bacaan pada ZTE831 modem management menunjukkan MAKSIMUM 1024KBps!!! dan speed sekitar 820KBps.. itu sudah cukup laju bagi aku, alhamdulillah. Tapi bila test guna PC aku cuma sekitar 750KBps..

So fahamlah aku kenapa speed pada PC aku jadi slow, bermakna lebih kurang 300KBps LOSS di sepanjang 25" extension wire tersebut. Bayangkanlah....

So staff TMNET tu suruh aku tukar wire 25" cap ayam itu kepada wire original untuk telephone, aku buat dan pasang 2 socket pada kedua hujung wire tersebut, kiranya untuk prevent LOSSES.. namun tidak juga berjaya untuk dapatkan speed 750KBps. Yang dapat sekitar 450KBPs .. lagi teruk.

Soalan aku :

1- Apakah PC aku terdapat spyware yang menjadikan internet connection aku begitu slow? Atau apa-apa internet programme yang menjadikan PC aku slow?

2- Extension wire menghilangkan 300KBps speed aku, ada cara wiring yang sesuai tak? Ada cadangan.

Masalah kedua aku ialah :

Setiap jam 7.00 ptg hingga jam 10.30 malam, aku boleh connect streamyx TETAPI signal DSL blinking dan selalu terputus. Langsung tak boleh browse. Kejadian ini berlaku hampir setiap hari kebelakangan ini, tapi sekitar masa itu sahaja, dan semalam pukul 2.30 pagi berlaku lagi.. memang bengang lah bila tidak boleh LANGSUNG browse internet.

Bila aku tanya jiran-jiran terdekat, dia orang kata OK dan dia orang punya streamyx tdk ada apa-apa masalah sekitar masa tu.

Apa masalah sebenarnya? Letih dah aku ni nak call 1-300 tu.

TQ semua.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Berikut adalah tip untuk pengguna streamyx tapi tak dapat dipastikan ketetapan fakta. Tak salah kalau mencuba ...

Wiring telephone - kebiasaanya banyak rumah mempunyai telephone lebih dari satu dalam satu line. Kebiasaanya saya akan pastikan bahawa pendawaian talian dari tiang telephone terus masuk ke modem dahulu kemudian baru ke telephone.

Tiang telehone ----->modem (pararel melalui filter)-------> telephone

Pastikan jarak atau panjang antara filter dan modem tak terlalu panjang.

Share this post


Link to post
Share on other sites

sedangkan rumah dekat sebelah2 exchange tak dapat ngam2 ,inikan pula rumah lebih 5KM...pikir2 sendiri la la ye..

rintangan copper tu dari exchange ke rumah tu kene ambil kira...mesti ada loss punya..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya juga mengalami masalah yg sama. Package 1 MB tapi dapat 423.25 kbps sahaja. Technician Telekom beritahu mungkin kena tukar ke kabel optic dan jika sesuatu kawasan kita tak ramai yg pakai streamyx bermakna pengurusan Telekom tak akan buat (tukar kabel optik). Walau bagaimanapun aku akan cuba buat apa kawan2 beritahu tu. Dulu aku pakai modem Aztech 305E wayarnya masuk ke modem dulu melalui filter (bukan spliter), lepas tu baru ke cpu dan talipon set. Sekarang pakai ZTE, wayarnya ke spliter kemudian terpecah dua satu ke modem dan satu lagi ke talipon set. Kalau tak boleh juga kita kena ramai2 hantar surat ke Telekom minta tukar juga ke kabel optik. Aku bayar RM 90. RM 2 tu utk Anti Spam dan Virus Shield. Mari kita cuba dan posting kat sini balik. Jom...

Edited by ramonsalem

Share this post


Link to post
Share on other sites

Berikut adalah tip untuk pengguna streamyx tapi tak dapat dipastikan ketetapan fakta. Tak salah kalau mencuba ...

Wiring telephone - kebiasaanya banyak rumah mempunyai telephone lebih dari satu dalam satu line. Kebiasaanya saya akan pastikan bahawa pendawaian talian dari tiang telephone terus masuk ke modem dahulu kemudian baru ke telephone.

Tiang telehone ----->modem (pararel melalui filter)-------> telephone

Pastikan jarak atau panjang antara filter dan modem tak terlalu panjang.

Saudara ace dapat berapa speed ? tepat2 1MB ke ?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bukan nak jawab soalan cuma nak tanya..baru-baru ni aku upgrade ke SP2. Lepas upgrade speed semakin slow...Selalunya dalam 850-870kbps tapi lepas install SP2 drop kadang-kadang sampai 750 dan paling tinggi 840 kenapa yer...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Untuk mengetahui kelajuan sebenar yang diberikan oleh pihak telekom, masuk web management. kat situ ada state upstream & downstream. jangan mudah percaya pada speed test, terutama kalo web tu dari antarabangsa. Lagi satu, pakej yang ditawarkan oleh streamyx dalam kadat bit sesaat, bukannya bait sesaat. jadi sepatutnya kbps dan bukannya kBps. kalo la aku dapat downstream 720kBps, fuh~~~ syok nya. 720kBps = 5.76Mbps. harap maklum

Share this post


Link to post
Share on other sites

bergantung kepada "best effort service" .

dan satu lagi,sila refer topic2 terdahulu satu persatu..

berapa banyak soalan macam ni daa...

p:/s: aku tengok forum bahagian ni dah macam helpdesk tmnet dah..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Berikut adalah tip untuk pengguna streamyx tapi tak dapat dipastikan ketetapan fakta. Tak salah kalau mencuba ...

Wiring telephone - kebiasaanya banyak rumah mempunyai telephone lebih dari satu dalam satu line. Kebiasaanya saya akan pastikan bahawa pendawaian talian dari tiang telephone terus masuk ke modem dahulu kemudian baru ke telephone.

Tiang telehone ----->modem (pararel melalui filter)-------> telephone

Pastikan jarak atau panjang antara filter dan modem tak terlalu panjang.

Asallamualaikum @ Salam Sejahtera...

Sampai je rumah aku pun terus mencuba apa yang saudara ace katakan itu. Masih tidak bertambah speednya. Terima kasih saudara ace kerana memberi alternative, mungkin boleh pada orang lain pulak. Aku akan cuba cara lain pulak. TQ

Share this post


Link to post
Share on other sites

Untuk mengetahui kelajuan sebenar yang diberikan oleh pihak telekom, masuk web management. kat situ ada state upstream & downstream. jangan mudah percaya pada speed test, terutama kalo web tu dari antarabangsa. Lagi satu, pakej yang ditawarkan oleh streamyx dalam kadat bit sesaat, bukannya bait sesaat. jadi sepatutnya kbps dan bukannya kBps. kalo la aku dapat downstream 720kBps, fuh~~~ syok nya. 720kBps = 5.76Mbps. harap maklum

ya aku silap kbps..

laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pakai modem Aztect dia punya web management tahkan betoi tah kan tidak tapi yang tertulis macam ni la

Overall Status

--------------------------------------------------------------------------------

ADSL Line Status: SHOWTIME

Downstream Data Rate: 512kbps

Upstream Data Rate: 256kbps

PPP Connection Status: Connected

Protocol & Encapsulation Mode: PPPoE LLC

VPI/VCI: 0/35

Tapi jangan gelak la pulak sebab bayaq pun cuma RM66 saja.. padan la

Share this post


Link to post
Share on other sites

Untuk mengetahui kelajuan sebenar yang diberikan oleh pihak telekom, masuk web management. kat situ ada state upstream & downstream. jangan mudah percaya pada speed test, terutama kalo web tu dari antarabangsa. Lagi satu, pakej yang ditawarkan oleh streamyx dalam kadat bit sesaat, bukannya bait sesaat. jadi sepatutnya kbps dan bukannya kBps. kalo la aku dapat downstream 720kBps, fuh~~~ syok nya. 720kBps = 5.76Mbps. harap maklum

Saudara dzulcarnine tolong beri website nak masuk ke web management untuk check upstream & downstream tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

PERGH!! AKU PUN MEGALAMi MASALHA SAME.

bayangkan lah terpaksa tunggu 1 jam untuk kasik lampu DSL tak berkelip. Aku tido jer masa nak tunnggu dia berkelip.

Nak report pening aku pakai website nih www.streamyx.com.my . tak paham aku camner nak contact diorang!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

hahaha...mmg kite semua kena tipu!!!

satahu aku tak semua tempat dapat 1M..tu cume promosi jer

aku pun register 1M....pastu memula aku pada tak spi 512 pun

pastu call Tmnet..dia kata dia tersilap..pastu baru dia naikkan sket..tu pun tak spi 700.

aku tanya apsal tak dpt 1M? dia ckp 1M nie package baru, so ader yg dapat ader yg tak dpt...ader sesetengah tempat jer yg dapat...

Share this post


Link to post
Share on other sites

PERGH!! AKU PUN  MEGALAMi MASALHA SAME.

bayangkan lah terpaksa tunggu 1 jam untuk kasik lampu DSL tak berkelip. Aku tido jer masa nak tunnggu dia berkelip.

Nak report pening aku pakai website nih www.streamyx.com.my . tak paham aku camner nak contact diorang!!!

betul la kekadang tu aku nak shut down pc jenuh nunggu sampai lampu dsl padam

Firmware Version: 29.2.3

ADSL Line Status: SHOWTIME

Downstream Data Rate: 512kbps

Upstream Data Rate: 256kbps

PPP Connection Status: Connected

Protocol & Encapsulation Mode: PPPoE LLC

VPI/VCI: 0/35

Share this post


Link to post
Share on other sites

jika connection pd modem management anda kurg drpd pakej yg anda subscribe,

buat report, minta no. report utk dibuat rujukan,

perlu diingat connection pd modem management kurang drpd full speed spt dlm pakej yg dilanggan krn faktor2 spt best effort service.

average speed saya utk pakej 512kbps hanya kira2 40-52kB/s (dlm kB/s bkn kbps) ketika dl guna torrent).

smile.gif

iklan streamyx tmnet ??? blink.gif

http://www.tm.net.my/html/images/product/tmstreamyx01.jpg

Share this post


Link to post
Share on other sites

PERGH!! AKU PUN  MEGALAMi MASALHA SAME.

bayangkan lah terpaksa tunggu 1 jam untuk kasik lampu DSL tak berkelip. Aku tido jer masa nak tunnggu dia berkelip.

Nak report pening aku pakai website nih www.streamyx.com.my . tak paham aku camner nak contact diorang!!!

Talipon terus .....Pusat Interaksi Pelangan : 1-300-88-9515

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...