Jump to content
wadud

Cara untuk membina laman web

Recommended Posts

a'kum..camne nak buat laman web sendiri..den dari dulu lg cuba nak belajar tapi tak reti2 lagi..ada tak laman web yg bg tutorial camno nak buek laman web nih? kalu boleh tutorial dalam bahasa melayu laaa..dalam bhs inggeris pun boleh gak tapi bi den tak mantap sangat laa hehe..

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau ada akaun email dgn yahoo, dpt free website kat geocities.com

1. masuk www.geocities.com - login pakai id yahoo & password

2. bukak le file manager.

3. edit fail index.html, lepas tu taip arahan HTML ni...

<html>
<body bgcolor="lightblue">
Selamat datang ke website aku
</body>
</html>

4. save.... siap dah. boleh logout

lepas tu semua orang boleh bukak website ngko kat address ni, cth

http://www.geocities.com/namaidyahoo/

ni coding paling asas. nak lebih lanjut baca tutorial html dalam website ni

http://www.w3schools.com

tongue.gif

Edited by puteranetwork

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak senang gune ajer Dreamweaver ke aper ker..

tapi bagi aku .. kene paham gaks dia punya code..

baru senang nak buat keje..

Edited by puteranetwork

Share this post


Link to post
Share on other sites

dulu mase 1st time aku nak buat website aku pun tak tau code2 tue ..apa yg aku buat senang jer.. copy source org lain.. then edit jadi ko punyer... so dari situ ko tau apa gunanye codes yg ade tue... kalau nak buat simple website..guna javascript.. banyak dah software2 kat luar tue yg user friendly.... takde pun susah2 ko pakai Microsoft Frontpage... buat cam ko pakai word... buat table..buat box.. semua buat cam ko pakai word. smile.gif pastu save dlm *.html

Edited by puteranetwork

Share this post


Link to post
Share on other sites

cam gini aa. wudud...

awak buat je dulu guna frontpage tu.. taip je apa apa yang awak nak dalam frontpage tu..

buat dulu.. pastu kalau ada masalah berkenaan dengan html.. reffer aa kat kita org..

cara senang nak blajar .. baca help file..

biggrin.gif

atau

http://www.ilmukomputer.com/berseri/ekopur...tpage/index.php

http://www.ilmukomputer.com/umum/alisalim-dreamweaver3.php

pasai website tu.. kemudian fikir .. buat secara offline dulu..

Edited by psychoX

Share this post


Link to post
Share on other sites

ye ke..guna frontpage senang gak ke..ada tak tutorial camne nak wat laman web guna frontpage tu? takpun kat ne lagi laman2 web yg boleh ngajo den ni cara2 wat laman web?

kalo stakat frontpage la .. dreamweaver aku tak buat laie. or lebih senang cakap .. aku maleh nk buat. ada byk ebook bagus.

check tutorial aku : http://www.darkwan.co.nr

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku nie cikgu website, setakat nie aku ngajar bebudak aku pakai front page dalam masa 4 jam, alhamdullilah semua boleh ikut.

4 jam dah dapat buat laman sendiri dari 0. x susah pun buat web nie.

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehe..bereh darkwan..mu org ganu deh? hehe..tu org tanye tu, mu jawab laa..mu bg tu utk mende..ambe bukak mu nya artikel takdok mende pung..tokleh nok bukak mu nya fail ke?

he he he.

aku buat ompej "keluaran 2" tu ngan Dreamweaver MX. pastu grafik wat ngan Photoshop. ala bangang bangang je lah. aku buat masa boring tuh. yg depan skali tuh for sure lah aku guna Swish. senang mudah cepat. tongue.gif

ko carik kat artikel .. download "WebPantas DP v1.2". aku dalam proses evaluation utk buat artikel develop asp webpage ngan Dreamweaver MX. ecceh dh terkantoi la pulak projek baru. nantilah tahun depan takder aral insya Allah release.

dan utk soklan peribadi di atas .. aku masih belajar di Terengganu .. umah ayah di Segamat .. umah mak kat Kluang dan umah atuk kat Melaka. jadi kalo aku tak kat Terengganu .. bila aku kata "aku balik kampung" .. aku mungkin berada di salah satu lokasi di atas. sekian terima kasih. laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

pada pendapat aku, pertama tama kena belajar ialah html. walaupun sekarang ni bermacam macam software ada untuk memudahkan pembinaan laman web seperti Dreamweaver, microsoft Frontpage,Swish dan lain lain.

Maksud aku, janganlah guna kalkulator semata mata, belajarlah juga asas asas mengira supaya tanpa kalkulator pun kita MASIH boleh mengira.

bacalah : http://www.geocities.com/SiliconValley/Vis...utor2/index.htm

dan boleh cuba buat latihan melalui notepad.

Edited by ninjamerah

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku setuju ngan ninjamerah..

sebab aku pun blajar asas ngan notepad.. perhhhh.. bersengkang mata .. maklum la.. dulu dulu mana ada frontpage ngan dreamweaver...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Apo lah susah bonar nak buek laman web...

Poie jo kek laman web google, pastu taip 'Web Template'...

Haa.. pastu korang pilih jer maner2 web yang dah di 'pre-design'. Khas untuk korang yang baru blajo...

Share this post


Link to post
Share on other sites

nasihat aku aaa. kalau newbie ..elok rasanya blajar asas html .. kalau boleh buat dkt notepad.. nanti kalau dah faham sintak sintak dan kod kod tu .. ikut suke aa nak blajar pakai software apa pun..

Share this post


Link to post
Share on other sites

askum sume!

ni aku bg skit tip utk berjaya dalam pembangunan aplikasi berasaskan web!

Beli buku

dapatkan buku yg sesuai dengan mende yg korang nak study.costing mmg tinggi..tapi...klu nak seribu daya kan? mmg ebook lagi murah.tapi aku yakin dengan buku lebih praktikal utk korang gunakan sambil buat kerja!

Buat Latihan

ok..bukak buku..pastu ikut sebijik2 tutor dalam buku.kat situ lah korang akan dapat idea.biasa ah..try and error kene ade beb!baru buleh maju!

Dapatkan source dari internet

masuk le memana web yg ade tutor..mulakan dengan yg biasa2.pastu baru masuk CORE

Join memane forum

masuk le memana forum yg membincangkan psal web.pastu tanya lah sebanyak mana yg korang nak tanya..tapi jgn tanya yg merapu.lagi satu pastikan korang usaha dulu..jgn nak kene suap je.so bile org lain tak jawap soalan korang tue jgn lah ingat takde org yg tau..ade lah slack kat soalan korang tue!

ada banyak lagi..atas usaha korang lah tue!yg aku bagi ni antara yg aku buat time aku tak tau ape2 psal buat web...

The BIGGER the BETTER

Share this post


Link to post
Share on other sites

wadud,aku rekomenkan nko gune dreamweaver n dlm tu ade tutorial.dulu aku jumpa satu site yg bagi tutorial buat laman web dlm BM (gune html) kalau ade lagi aku post kan .

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli forum Putera.com.... saya adalah ahli yang baru di dalam forum ini. Disini izinkan saya untuk memberikan beberapa tips kepada anda yang baru didalam pembinaan laman web. Berikut adalah beberapa krietiria yang perlu adan miliki untuk mebolehkan anda mahir didalam pembinaan laman web:

a. Mahirkan diri dalam skrip dahulu - Ini adalah asas utama bagi anda yang baru menceburi didalam dunia web. Kalau anda gunakan perisian terus tanpa mengetahui skrip atau coding asas... anda boleh diibaratkan seperti berjalan di dalam gelap.

b. Dapatkan perisian yang sesuai - Setelah anda mengetahui asas skrip ataupun coding..... barulah jinak-jinakkan diri anda dengan perisian(software)..... walaubagaiamanapun saya amat-amat mencadangkan bagi yang baru ni menggunakan Perisian MICROSOFT FRONTPAGE 2003. Perisian ini adalah yang terbaru dan ia menyerupai dreamweaver......

c. Kreatif dan inovatif - Anda harus juga mempunyai kreativiti yang semula jadi agar pembinaan web anda sama ada grafik ataupun apa jua akan kelihatan cantik walaupun simple. Kalau setakat pandai didalam software tetapi kreativiti hancur .... tak boleh jugak...

d. setelah anda fikir yang anda sudah mahir ....... cuba-cubalah berjinak dengan source code Java Script, ASP dan PHP........ Kalau boleh ikutilah urutan yang saya berikan itu....... kerana java script tu senang sikit dari ASP dan ASP tu pulak senang sikit dari PHP.......

e. SOURCE CODE UNTUK FORUM, BUKU PELAWAT, BERITA DAN BERMACAM-MACAM LAGI..... ANDA BOLEH KLIK PADA LINK INI http://www.webwizguide.info/asp/sample_scripts/default.asp

Akhir sekali saya ucapkan selamat membaca walaupun ia panjang ......... dan saya ingin memohon ampun dan maaf kerana apa yang saya tulis ini terlalu panjang... namun ia untuk kebaikan kita semua.......... HENDAK SERIBU DAYA .... TAK HENDAK SERIBU DALIH..... Kalau ada masalah email je kat saya di [email protected]..... insyaallah saya akan bantu

Share this post


Link to post
Share on other sites

yer betul tu, saya memerlukan tips-tips sebegini utk dikompilkan sebelum dihantar kepada admin utk dimasukkan ke dalam bahagian tutorial yg akan dibuka tidak lama lagi.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Terima kasih diatas sokongan anda terhadap saya sebagai ahli yang baru.......

ok tips pada hari ini pulak adalah berkenaan dengan resolusi atau paparan skrin....... Selalunya bila kita bukak satu-satu web tu mesti dia ada tulis "Best Resolution 1024 X 768" atau sebalik nya. Ok disini yang apa yang saya lihat kebanyakan (tetapi tidak kesemua web) laman web yang dibina menggunakan arahan ini sebagai satu "PERINTAH" dan bukannya satu "SARANAN". Sesebuah laman web yang mengarahkan pengguna atau pelawat yang melawat web tersebut mengubah resolusi skrin mereka adalah disifatkan sebagai laman web yang bukan mesra pengguna (not user friendly)....

Best Resolution 1024 X 768 ini adalah merupakan salah satu ayat "SARANAN" dan jangan sekali-kali menjadikan ia sebagai satu ayat 'PERINTAH'. Tetapi apa yang telah terjadi pada ketika ini, sekiranya pengguna/pelawat tidak mengikuti arahan resolusi yang diberikan maka mereka tidak akan dapat melihat sepenuhnya laman web tersebut...... Mengapakah perkara ini terjadi.... dan bagaimanakah ia diselesaikan.....

ok disini saya mencadangkan kepada mereka yang baru berjinak didalam pembinaan laman web........ setiap data, objek atau apa jua perkara yang hendak di siarkan SILA LALUKANNYA DI DALAM TABLE. Ini kerana table akan mengunci kedudukan sesuatu objek, data atau apa jua perkara yang ingin kita siarkan didalam laman web. Ini sekali gus web tersebut akan mengikuti resolusi bagi sesebuah komputer. Nak tahu software dia..... gunakanlah MICROSOFT FRONTPAGE 2003... kerana anda masih baru di dalam laman web dan perisian ini adalah yang paling sesuai....... jangan malu menggunakannya kerana ia sudah setanding dengan macromedia dreamweaver.......... cuba dan lihat

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tq tentang info table tu .. Sebenarnya aku dah lama nak tahu tentang resolution nih.. tq sekali lagi.. biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

hai..... dan Assalamualaikum..... bertemu kita kembali.....

ok tips untuk hari ini adalah macam mana gambar bertukar apabila mouse kita kena dekat satu satu gambar di dalam web.... atau senang cerita kita nak buat link menggunakan objek/gambar........

1. cipta 2 gambar yang berasingan dan saiz yang sama (gambar berlainan tau ..... kalau sama macam mana kita nak bezakan)

2. Save dalam bentuk GIF atau JPEG format.

3. Masukkan gambar pertama kedalam frontpage 2003 yang mana gambar itu akan di link ke satu fail yang lain.

4. Didalam Microsoft Frontpage 2003..... klik pada menu VIEW --- TOOLBARS DAN PILIH DHTML EFFECTS.

5. Kota menu DHTML Effects akan keluar ...... Dekat kotak DHTML Effects tu pilih on MOUSE OVER - Apply Swap Picture dan Select Pitcure..

6. Pilih gambar yang kedua seperti apa yang saya katakan pada permulaan tadi.

7. Selepas itu link kan gambar ini ke menu yang anda kehendaki.....

8. Klik butang privew di bawah sebelah kiri dan cuba alih kan mouse anda kepada gambar/objek tersebut. anda akan melihat objek tersebut akan bertukar apabila mouse terkena kepada objek tersebut...... Selamat Mencuba.....

DISINI SAYA INGIN UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA WARGA MUSLIM DAN HAPPY DEEPAVALI KEPADA SEMUA WARGA HINDU........ KITA JUMPA LEPAS RAYA OK

Share this post


Link to post
Share on other sites

coding dreamweaver nagn coding frontpage same ker x

Share this post


Link to post
Share on other sites

betul tu......

apa-apa hal kena mahirkan diri ngan code HTML dulu.....

tengku dulu pun merangkak2...dan sekarang nie..baru nak belajar berjalan....

kat bawah nie ader satu website yang tengku buat sendiri...hasil dari belajar

sorang2 sambil explore "source" website yang cantik2 kat dalam internet.....

tak aderlah cantik sangat ..tengku pun masih peringkat amatur....

sekarang ni tengku berminat nak belajar flash...

orang cakap kalau tau pasal flash....website lagi cantik......

selamat melayari laman web tengku....

http://www.geocities.com/tengku_duanyu/asmaradana.HTML

Edited by tengku_duanyu

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...